Jumaat, 24 Jun 2011

Khairy: Himpunan 9 Julai kekal, MCA tak serta

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Pemuda Umno akan tetap meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai ini walaupun tidak diberi permit oleh Kementerian Dalam Negeri, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.
Katanya selain Pemuda Umno, Pemuda MIC dan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) akan turut serta dalam perhimpunan itu.
“Bagaimanapun, Pemuda MCA tidak akan menyertai perhimpunan tersebut atas sebab-sebab tertentu dan Pemuda Umno menghormati keputusan mereka,” katanya dipetik Bernama Online.
Khairy (gambar) terdahulu merasmikan mesyuarat agung tahunan Pemuda PPP hari ini.

Maksiat punya cerita

Fuuhhh... !! Hebatnya. Dia berjaya mendedahkan maksiat. [sini]

Maksiat siapa??

Anwar?? Ehh... orang tak caya ler!!

Kalau betul, dah lama Anwar kena dah. Depa tak tunggu punyer!! But Anwar still lives...

Aha, ini ada satu lagi kes maksiat... Best punyer!!

Maksiat budak sekolah 14 tahun. Gempaq 1Malaysai suatu ketika dulu.

In case you've forgotten, let me refresh your memory...

Lihat dan ingat gambar ini serta peristiwa di sebaliknya....


Untuk lebih jelas, baca kenyataan pihak ynag terbabit dengan maksiat ini.....

Puak2 umPORno Gila Meroyan... hahaha... Kita Bakor Lagi...!!!!

 
8.00pm tadi gua jumpa pelanggan di Tanjung Malim, so kami lepak di sebuah restoran kat pekan tanjong malim.. sambil makan sambil berbincang... bla..bla...bla..., dan di restoran tu ada big skrin dan macam biasalah waktu perdana maka siarannya adalah Buletin TV3 Suku.

Terkini : Halang road show Bersih, FRU kepung Uptown Shah Alam

SHAH ALAM: Terdesak dengan kehebatan momentum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sepasukan polis bertindak keras dengan menghalang road show anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam di Uptown di sini, malam ini.
Polis dengan bilangan keanggotaan yang ramai termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengepung sekitar laluan menghala ke Uptown Shah Alam – lokasi tumpuan anak muda sekitar bandar raya itu.
Tekanan awal mulai dirasai apabila beberapa sekatan jalan raya dibuat sebelum polis yang kemudian menghalang orang ramai memasuki Uptown di Seksyen 24 itu, dengan melakukan kepungan sejak jam 7 malam.
Anggota polis turut menutup pentas Uptown yang dijadual berlangsung ucapan pimpinan AMK sempena program road show itu.
“Kawasan ceramah di Uptown dikepung polis sehingga tiada pengunjung dibenar memasuki Uptown itu,” kata imbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar atau Jonah kepada Keadilan Daily, malam ini.
Selain Shah Alam, Jonah dalam kiriman pesanan ringkas (SMS), berkata polis juga menahan beberapa anggota AMK yang berceramah di Felda Hulu Selangor.

Perbicaraan 'Datuk T' atau Pesta Serang Anwar ?

24 JUN : Adakah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan mengambil langkah berani untuk mensabitkan Anwar Ibrahim atas tuduhan membuat laporan polis palsu ?

Atau, adakah memadai untuk Peguam Negara menutup kes ini di sini, selepas pendakwaraya mengambil kesempatan menghebahkan kononnya dua profesor  sebuah kolej dari Amerika Syarikat memberitahu Polis DiRaja Malaysia bahawa orang dalam video itu adalah mirip Anwar.

Tidak ada peluang untuk peguam- peguam Anwar mempertikaikan laporan profesor dari Dartmouth College Hanover New Hampshire itu atau rekod akademik kolej itu sendiri kerana pertuduhan hanya membabitkan 'Datuk T'.

Sex, Lies and Videotape in Malaysia


Image
Three Happy Fellas. (Photo: Malaysian Insider)
Three who exposed Anwar video – if it was him – are  happy to plead guilty


Three men known collectively as “Datuk T” pleaded guilty Friday in a Kuala Lumpur magistrate’s court to screening a videotape in March allegedly featuring Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim having sex with a Chinese prostitute earlier this year.
The three are former Malacca Chief Minister Abdul Rahim Thamby Chik, a stalwart of the United Malays National Organization, Shazryl Eskay Abdullah, formerly a close friend of and fundraiser for Anwar, and Shuib Lazim, former treasurer of the Malay supremacy NGO Perkasa, which is closely aligned with former Prime Minister Mahathir Mohamad.   The three said they had made the video to demonstrate that Anwar wasn’t qualified to be prime minister.

Peguam Wakili Rahim Ada Agenda Politik


PETALING JAYA 24 JUN: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa peguam Datuk Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Rahim Thamby Chik dalam kes penayangan video seks lucah mempunyai agenda peribadi terhadap Ketua Pembangkang.

Ini kerana menurutnya, fakta kes yang dibaca dalam mahkamah oleh Shafee bertujuan mengemukakan hujah meringankan hukuman Rahim dilihat lebih menjurus kearah meyakinkan hakim bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks berkenaan.

"Kemungkinan peguam Shafee mempunyai motif peribadi, mungkin masalah beliau dengan Anwar sehingga beliau mengemukakan hujah dalam rayuan dengan menyebut dan menyerang Anwar.

"Rayuan dalam kes ini seharusnya dilakukan dalam konteks mengurangkan hukuman dan kenapa Rahim tidak boleh diberikan hukuman berat. Bukan menyerang Anwar untuk menyelamatkan Rahim, itu bukan kaedah," kata beliau.

Video seks: Anwar tak gentar pendedahan trio Datuk T


SHAH ALAM, 24 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal tidak risau dengan pendedahan di Mahkamah Majistret hari ini bahawa pakar-pakar Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa lelaki dalam rakaman video seks didedahkan trio Datuk T adalah beliau.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu ketika ditemui pada forum ekonomi di Hotel Quality di sini kelihatan tenang apabila ditanya mengenai tindakan susulan beliau.
Anwar (gambar) berkata beliau telah menjangkakan perkembangan prosiding mahkamah hari ini dan beliau tidak terjejas dengan pendedahan itu.
“Saya fikir semuanya telah diatur. Pendakwa, sebagaimana anda tahu, akan memastikan mereka akan mendapat hukuman yang ringan dan mereka sudah pastinya akan menggunakan perkara itu sebagai rujukan (selepas ini),” kata Ketua Umum PKR ini.

Kit Siang dakwa kes trio Datuk T salah guna kuasa mahkamah

Lim menyoal kredibiliti bukti pakar sedangkan ia tidak dicabar dalam mahkamah. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 24 Jun — Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata prosiding kes melibatkan trio Datuk T di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi seolah-olah menunjukkan wujud salah guna proses mahkamah sehingga menggambarkan urusan kehakiman negara menjadi “bahan lucu.” Justeru, Lim juga menyoal sama ada salah guna proses mahkamah itu sebahagian daripada konspirasi melibatkan Peguam Negara dan polis sehingga kes itu sudah lewat tiga bulan untuk dibawa ke mahkamah.

Misi Gaza: Khalid Samad tarik diri, dakwa dicemari politik BN


KUALA LUMPUR, 24 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membuat keputusan muktamad menarik diri daripada menyertai Flotilla Kemanusiaan Antarabangsa II ke Gaza, selama seminggu yang bermula minggu depan, di sebalik dakwaan bahawa Umno cuba memonopoli misi murni itu.
Khalid (gambar) berkata, misi ke Gaza ini telah dicemari oleh politik BN dan penganjurnya.
“Saya dah buat keputusan untuk tarik diri. Misi Gaza telah dicemari politiking oleh (Datuk Seri) Najib (Razak) dan penganjurnya. Saya dimaklumkan NGO yang tinggal pun hanya NGO yang pro-BN iaitu Aman Malaysia dan Ihsan (Pekida). Muslimcare, Yayasan Amal semua dah tarik diri.
“Selebihnya saya akan kemas kini blog selepas kembali dari Mekah ke Jazan,” katanya kepada The Malaysian Insider petang ini.

Bersih denies it’s anti-govt

... if the government is for free and fair elections, says Haris Ibrahim in FMT RAW’s maiden broadcast
PETALING JAYA: A Bersih 2.0 leader today sought to correct a misconception that the movement is anti-government.
“If the government stands for free and fair elections, then we are not anti-government,” said Haris Ibrahim, who sits on the steering committee of Bersih 2.0.
“But if the government is going to stand in the way of free and fair elections, we are against anyone who is against free and fair elections.”
He made his remarks in an interview on FMT RAW, a half-hour online broadcast that made its debut at 3pm today.

‘Jangan buat spekulasi tanpa bukti’

Ibrahim Ali tidak menolak kemungkinan SMS itu rekaan semata-mata.

PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ibrahim Ali memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak membuat spekulasi bahawa Perkasa ialah dalang di sebalik SMS ugutan bunuh yang diterima pengerusi Gabungan Pihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga.
“Mengarut, anda jangan buat spekulasi tanpa bukti. Ini amaran saya,” kata beliau ketika ditanya mengenai ura-ura bahawa ahli Perkasa terlibat dalam penyebaran SMS tersebut.
Semalam Ambiga membuat laporan polis setelah menerima SMS ugutan bunuh pada pukul 1.57 pagi.

Umno goes berserk with Bersih

If the Arabs had their defining moment in the form of the Arab Spring, Malaysians might well have their day of reckoning in our Summer of Change.

Ambiga Sreenevasan, the Bersih chairman, may yet be the person who leads this country out of the quagmire. Ambiga was the Malaysian Bar chairman from 2007-2009 and in March 2009, received the US Secretary of State’s Award for International Women of Courage from Hillary Clinton, with the US First Lady, Michelle Obama in attendance.
Mrs Clinton praised Ambiga for her pursuit of judicial reform and good governance. She described Ambiga as a champion of religious tolerance, a staunch advocate of women’s equality, whose work and influence was felt in Malaysia and in other countries.

9hb Julai : Bawa bunga, bendera dan gambar.

Oleh: tokpepijat

" Peserta-peserta Perhimpunan BERSIH 2.0 di sarankan membawa beberapa "senjata" bukan untuk " berperang" tetapi untuk menyatakan kesetiaan dan kasih sayang kepada negara kita.

Antara yang perlu dibawa :

1) Bunga ros atau mawar untuk dihulurkan kepada anggota polis tanda persahabatan dan untuk nyatakan polis bukan musuh rakyat. Juga tanda penghargaan kerana menjaga keselamatan semasa Perhimpunan BERSIH 2.0.

PSM jadi sasaran menjelang perhimpunan BERSIH

NONEPolis meneruskan tindakan terhadap aktiviti politik menjelang perhimpunan BERSIH 9 Julai ini - kali ini terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Menurut setiausaha agung PSM, S Arutchelvan (kiri), kira-kira 50 anggota polis berada di tempat pelancaran kempen parti itu - 'Udahlah ...Bersaralah' - di Nusantara, Johor.

Ketika dihubungi petang ini, Arutchelvan berkata kira-kira 50 ahli PSM dihalang daripada mengedarkan risalah mengenai kempen tersebut pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Menurutnya, pihak polis mengancam untuk menangkap mereka atas dakwaan menghasut jika mereka meneruskannya, dan polis juga menggunakan perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai alasan untuk menghalang kempen tersebut.

'Polis ada cara halang perhimpunan 9 Julai'

Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.

"Apa rancangan dan jenis tindakan yang akan kita ambil itu, biarlah polis sahaja yang tahu. Yang pasti, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan ini," katanya dalam sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Amar Singh berkata sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu.

Oleh itu, kata beliau, sekiranya perhimpunan itu diadakan juga, ia boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau tidak ada permit/lesen seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Satu lagi projek Rent-Seeking? RM2b lagi setelah RM1.4b habis digunakan

Menurut laporan Business Times Singapura yang disiarkan pada 16 Jun 2011, CIMB Bank secara rasmi mengambil alih Asia Petroleum Hub Sdn Bhd, yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO.  Ini kerana syarikat ini telah menghabiskan pinjaman RM1.4 bilion dari CIMB, namun gagal menyempurnakan projek Asia Petroleum Hub, malah merancang untuk mengumpul RM2.0 bilion lagi untuk mengisi lubang hitam perbelanjaan.
Asia Petroleum Hub ialah satu projek mega yang mengambil tempat di Wilayah Pembangunan Iskandar, selatan Johor (berdekatan dengan Tanjung Pelepas).  Mengikut rancangan asal, projek bernilai RM1.4 bilion ini memiliki kemudahan pelabuhan pelbagai jenis - mampu mengendalikan kapal pelbagai skala, dengan bilangan 3,000 kapal setahun, dan 30 juta tan produk petroleum.
Dalam satu kenyataan pada Julai 2007 oleh Asia Petroleum Hub Sdn Bhd, projek ini pada asalnya dijangka siap pada tahun 2009.  Namun demikian, penyempurnaan projek berkenaan belum mencecah 65% sehingga hari ini, dan RM1.4 bilion telah habis digunakan.

Kesudahan kes video seks dalam jangkaan,

Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim mendakwa bahawa keputusan pertuduhan "Datuk T" lantaran penayangan satu klip video seks yang mengheret nama dirinya itu "sudah dijangka".
Malah, Anwar berkata, "Saya tak terkesan sama sekali.  Eekmal (pembantunya) lebih terkesan, dia yang beritahu saya apa yang berlaku secara terperinci.  Dan saya jangka..."  Beliau meneruskan, "Siapa yang tidak tahu sistem yang ada sekarang?  Dan tentunya media UMNO akan menyerang, cuba nak hidupkan balik kes yang sudah mati..."

Bersih: Ketua AMK Negeri Sembilan dipanggil beri keterangan

NEGERI SEMBILAN: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, Nazree Yunus hari ini dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kandungan ceramahnya di Sepang yang menyentuh isu perhimpunan Bersih 2.0.
Selain beliau, beberapa lagi pimpinan Pakatan Rakyat turut dipanggil iaitu Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Cabang KEAdilan Sepang, Borhan Aman Shah.
Menurut Nazree, beliau menerima panggilan itu awal pagi tadi oleh seorang anggota polis yang memperkenalkan dirinya sebagai Asisten Superintendan (ASP),  Hairul.
Pegawai polis berkenaan meminta beliau datang jam 3 petang untuk diambil keterangan di Balai Polis Senawang, dipercayai berhubung ceramah yang dianjurkan di Kampung Sungai Merab, Sepang pada 22 Jun lalu.
Katanya, beliau percaya tindakan itu ada kaitan dengan amaran polis kepada pengerusi majlis supaya tidak menyentuh langsung mengenai perhimpunan 9 Julai ini.
“ASP Hairul telefon saya pagi tadi untuk meminta saya datang memberi keterangan berhubung ceramah di Sepang, pada 22 Jun lalu.

Pemuda Umno tetap adakan perhimpunan 9 Julai

Pemuda Umno akan tetap meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai ini walaupun tidak diberi permit oleh Kementerian Dalam Negeri, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Katanya selain Pemuda Umno, Pemuda MIC dan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) akan turut serta dalam perhimpunan itu.

"Bagaimanapun, Pemuda MCA tidak akan menyertai perhimpunan tersebut atas sebab-sebab tertentu dan Pemuda Umno menghormati keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pemuda PPP di Kuala Lumpur hari ini.

MP PKR tunjuk ‘dokumentari’ video seks buktikan Anwar bersih

PETALING JAYA, 24 Jun — Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul petang ini mempertahankan ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) bahawa beliau bukan si pelaku dalam rakaman video seks yang ditayangkan oleh ‘Datuk T’ tiga bulan lalu sambil berkata ada “seribu kemungkinan” mengenai identiti individu terbabit.
Menjawab hujah dikemukakan di mahkamah pagi tadi, wakil rakyat itu menunjukkan kepada pemberita satu “dokumentari” video seks buatan sendiri, di mana beliau merupakan “hosnya”.
Tengah hari tadi, trio Datuk T menegaskan walaupun dijatuhkan hukuman kerana menayangkan bahan lucah, namun mereka menyifatkan ia “satu kejayaan” apabila dapat menyampaikan kepada rakyat identiti sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hina Islam : Utusan dibakar di seluruh negara

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di pelbagai tempat bagi membantah penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia yang didakwa menghina Islam.

NONEDalam perhimpunan di Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu turut menyaksikan akhbar milik Umno itu dibakar selepas solat Jumaat hari ini.

Di Kuala Lumpur, diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Sabki Yusof, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru.

Menurut ketua penerangannya Herman Samsudin, menariknya, terdapat peserta yang tidak membakar keseluruhan akhbar itu tetapi halaman kartunnya saja yang menjadi mangsa.

ANAK berang, Felda bukan milik Isa Samad

 KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tidak berhak membuat kenyataan mengenepikan hak peneroka kerana agensi itu bukan hak milik beliau, tegas Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman.
Mazlan mengulas kenyataan Isa semalam yang menyatakan pinjaman Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
sebanyak RM6 bilion, sebagai ‘satu penghormatan’.
Berang dengan kenyataan itu, Mazlan berkata, Isa seharusnya menjawab secara jujur mengenai status kewangan Felda dan bukan cuba membuat kenyataan yang cuba mengalih perhatian peneroka.
Mazlan juga mengulangi persoalan, sekiranya kedudukan kewangan Felda kukuh, mengapa  agensi itu perlu membuat pinjaman sebanyak itu dan menaggung kerugian pelaburan di luar negara.

Salahudin cabar Najib ubah paradigma

KOTA BHARU, 24 Jun: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membina paradigma baru negara dengan mencontohi negara-negara maju iaitu mengumumkan tarikh pilihan raya setahun lebih awal.

Ini kerana, dengan permainan teka-teki sekarang menunjukkan Najib takut dan cuba untuk mengekalkan status quo sahaja.

“Sepatutnya dalam politik baru, rakyat khususnya orang-orang muda mahu supaya Najib membawa suatu era yang lebih cemerlang dengan tidak menjadikan, sebagai contoh, tarikh pembubaran Parlimen itu hanya (dianggap) milik Perdana Menteri semata-mata.

Anggota Unit Amal PP dikerah sertai Bersih 2.0

PERMATANG PAUH, 24 Jun: Seluruh anggota Jabatan Unit Amal Negeri Pulau Pinang akan dikerahkan untuk turun padang beramai-ramai bagi menjayakan himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Ketuanya, Yusni Mat Piah, ketika dihubungi berkata, Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, akan memastikan seluruh jentera Unit Amal terlibat secara langsung bagi memastikan perjalanan himpunan tersebut dalam keadaan aman tanpa provokasi mana-mana pihak.
"Kita merencanakan himpunan ini adalah himpunan aman, tiada senjata dan tiada provokasi. Kita hanya ingin menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, mengenai hasrat sebenar rakyat yang inginkan pilihan raya yang bersih.

SUARAM Johor: Majlis pelancaran tuntutan BERSIH di JB

Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negeri Johor (FOS Johor) mengeluarkan empat kenyataan seperti di bawah mengenai isu yang sedang hangat didebat oleh parti pemerintah dan pembangkang serta menarik perhatian ramai iaitu himpunan besar-besaran dan "Perarakan Demokrasi" yang bakal disertai oleh rakyat jelata Malaysia pada 9 Julai di Kuala Lumpur:
A. 8 TUNTUTAN REFOMASI SISTEM PILIHANRAYA MERUPAKAN TUNTUTAN MUNASABAH
Himpunan besar-besaran dan"perarakan demokrasi" di Kuala Lumpur kali ini adalah satu aksi menuntut refomasi dalam sistem pilihan raya yang diterajui dan dipimpin oleh "Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil" (atau ringkasannya BERSIH 2.0) yang terbentuk daripada wakil pelbagai badan bukan kerajaan (disebut NGO selepas ini) dan demokrat perseorangan.  Lapan tuntutan yang dikemukakan adalah: 1. Bersihkan  senarai undi dan mendaftarkan rakyat penuh 21 tahun sebagai pengundi secara otomatik; 2. Mereformasi undi pos (membenarkan pengundi sah yang tidak dapat balik ke kawasan undi dengan sebab yang munasabah mengundi melalui undi pos); 3. Guna dakwat kekal bagi mengelakkan pengundi hantu; 4. Masa kempen minima 21 hari; 5.  Akses media yang bebas dan adil (memastikan media arus perdana tidak berat sebelah); 6. Kukuhkan institusi awam (memastikan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan PDRM, bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi ini); 7. Hentikan rasuah; 8. Hentikan politik kotor. Lapan tuntutan ini jelas adalah tuntutan munasabah yang menjurus kepada kekurangan semasa sistem pilihanraya negara.

Karikatur: PAS buat demo, gesa KDN gantung permit Utusan

KUALA LUMPUR, 24 Jun — PAS mengadakan demonstrasi di bandar-bandar utama hari ini sambil menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia berhubung penyiaran karikatur yang didakwa menghina agama Islam.
Selain itu, parti Islam itu juga mahu polis dan jabatan agama menyiasat karikatur yang disiarkan pada 15 Jun lalu.
Hari ini, demonstrasi diadakan di beberapa negeri termasuk Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu ekoran keengganan Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan karikatur itu.
Demonstrasi anjuran PAS di pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur membantah karikatur terbitan Utusan Malaysia. — Foto oleh Choo Choy May
“Kita sudah hantar memorandum supaya Utusan Malaysia meminta maaf tapi sehingga hari ini mereka tidak berbuat demikian... kita tidak boleh membiarkan akhbar yang menghina Islam. “Sekali lagi kami mahu Utusan Malaysia meminta maaf kepada seluruh umat Islam, kita juga mahu polis, jabatan agama menyiasat kartunis dan editor-editor yang menghina Islam ini,” kata Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan Nasaie Ismail ketika menyampaikan ucapan di pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat.
Minggu lalu Dewan Pemuda PAS pusat memberi tempoh tujuh hari kepada Utusan Malaysia agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan.

Muslimat PAS adu kartun Utusan pada JAWI

Dewan Muslimat PAS hari ini membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Karikatur yang didakwa menghina Islam dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu.

Hina Islam : Heret Utusan ke mahkamah

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan siasatan ke atas pihak Utusan Malaysia berhubung karikatur yang disiarkan 15 Jun lalu, didakwa menghina Islam.
DMMP juga mahu Jawi menyiasat pembabitan biro politik Umno dalam pengeluaran dan penerbitan karikatur tersebut.
Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof membuat gesaan tersebut selepas membuat aduan dan menyerahkan memorandum bantahan di pejabat Jawi pagi tadi.

Nik Aziz sokong himpunan aman Bersih 2.0

KUBANG KERIAN, 24 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan hmpunan aman Bersh 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.
Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh.
“Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah perkara ini adalah amat wajar dan sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kebaikan bagi diri mereka,” ujar beliau.
Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang membantah sebahagian rakyat negara ini untuk mengadakan demonstrasi aman Bersih 2.0 tu.

Provokasi halang Bersih 2.0 di Perlis

KANGAR, 24 Jun: PAS Perlis mengutuk keras tindakan provokasi dan kelakuan biadap pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menimbulkan ketegangan rasa kebencian di kalangan penduduk di negeri ini.

Pagi tadi penduduk di sekitar Kangar dikejutkan dengan insiden sebuah kereta Toyota Camry telah disembur dengan cat hijau bertulisan "Bersih 2.0". Kejadian berlaku di sebuah lorong di belakang Pasaraya Aneka dekat sini.

Tidak jauh dari situ pula, dinding sebuah premis pula disembur dengan cat hijau dengan perkataan "Hidup PAS", manakala dinding pagar di sebuah premis berdekatan Masjid Syed Alwi pula disembur dengan tulisan "Joint Bersih 2.0" .

Biasiswa: Dasar baru bukti tadbiran BN lemah, perlu kajian dalam

KUALA LUMPUR, 24 Jun — PKR mahu Putrajaya mewujudkan sebuah jawatankuasa khas melibatkan wakil semua parti dan semua bidang untuk memperhalusi pelaksaan dasar baru biasiswa bagi mengelakkan kumpulan tertentu ditindas sekiranya dilaksanakan secara tergopoh-gapah.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semakan secara menyeluruh dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dilakukan pada tahun depan.
Kata Najib, semakan itu akan termasuk sama ada memperuntukkan tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang di peringkat kemasukan universiti dan menawarkan dermasiswa untuk pelajar SPM untuk mereka mengikuti kursus prauniversiti seperti STPM atau A-level.

Rahim: Kami berjaya dedahkan 'maksiat'....atau buat maksiat....!!!

datuk t charged 240611 rahim thamby chikWalau agak kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah berjaya mencapai tujuannnya dalam "mendedahkan kemaksiatan" yang didakwa dilakukan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas ketua menteri Melaka itu juga mendakwa, individu yang ditunjukkan dalam bahan kes perbicaraan hari ini juga tidak boleh lagi dikatakan "mirip Anwar."

"Hari ini dalam mahkamah kita melihat perkara sebenarnya didedahkan

Video Seks : Maklumat Pakar US 99.99% pasti Anwar Ibrahim kata Peguam Datuk T.

Lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata peguam yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah (kanan) berkata, pakar video Amerika yang dirujuk polis Malaysia, telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

“Ini bererti A and B adalah orang yang serupa,” katanya kepada wartawan ketika mahkamah berehat.

Trio Umno mengaku tayang video lucah dan didenda antara RM 1,000 ke RM 3,000....ha..ha..ha..denda aje..!!!

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Trio Umno atau Datuk T mengaku bersalah mengedarkan video lucah dan masing-masing didenda antara RM3,000 hingga RM1,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Ketiga-tiga mereka, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik didenda RM1,000;  Datuk Shazryl Eskay Abdullah RM3,000 manakala bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim RM1,500.

Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi:

DALAM KENANGAN : AYAHANDA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOR R.A


Dato' Hj Fadzil @ Ali bin Mohd. Noor dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd. Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Hj. Abdul Rahman. Dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.
Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama' yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan terkenal di Kedah.


Pendidikan
Sejarah awal pendidikan Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama hingga tahun 1962.
Tahun 1963 beliau telah menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut.

Ustaz Fadzil Noor (1937-2002) dalam kenangan - Al Fatihah

Dari Gudang Ilmu Ke Kancah Siasah

Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram. Ulama’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’ lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.
Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini “Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Video : Don't Be Afraid, jom turun Bersih

Video - Twitter Revolution: something for us to learn on 9th July 2011

MemBERSIHkan KATAK yang hodoh!


"BERSIH 2.0 telah membuatkan 2,3 ekor katak melompat-lompat kekalutan. Kalut untuk mencari tapak untuk menikmati kelazatan enaknya nyamuk..! Sedangkan katak-katak hodoh itu tidak menyedari bahawa sang nyamuk tidak akan berlegar-legar lagi dibibir katak-katak itu namun akan terus menghisap darah katak-katak hodoh itu!..

BERSIH 2.0 adalah kehendak rakyat. Buktinya perhimpunan BERSIH 1.0 itu berjaya dengan hebatnya. Rakyat yang mempunyai jiwa membara untuk memastikan pilihanraya telus dan adil serta diBERSIHkan dari penyelewengan beramai-ramai turun ke jalan raya melontarkan kehendak jiwa bahawa keadilan itu wajib dihormati.

Haramkan Akhbar Utusan ?

Oleh: WFAUZDIN NS

APA hukum membeli, menjual dan membaca akhbar Utusan? Sebelum ini akhbarhttp://3.bp.blogspot.com/-CgLzD_sY3V8/TfjgfFMAaCI/AAAAAAAACvA/jQea7edVE6I/s400/boikot_utusan430.jpg Suara Keadilan ada menyiarkan kenyataan Prof Dr Harun Din yang menyebut bahawa `haram' membaca akhbar pencacai ini. Namun, akhirnya akhbar Suara Keadilan terpaksa menarik balik penyiaran kenyataan Prof Dr Harun Din kerana beliau sendiri menafikan pernah berkata sedemikian.


Ertinya, Prof Dr Harun Din tidak bersetuju dengan apa yang disiarkan oleh Suara Keadilan tersebut. Selepas itu, kita dikejutkan lagi dengan perbuatan akhbar milik parti sekutu Apco tersebut yang menyiarkan lukisan kartun yang jelas menghina hukum Islam di dalam isu rogol dan zina.

Orang Berjiwa Kecil Saja Akan Marah Kepada Ambiga

MUNGKIN rakan sebangsa saya akan 'murih' kepada saya kalau saya mengatakan orang Melayu berjiwa kecil, akal pendek dan berani tidak bertempat. Mungkin ada mengatakan saya 'mengacung' (merepek) kepada bangsa sendiri. Tidak... sebenarnya apa yang saya katakan ini adalah kebenaranya. Bangsa Melayu tidak berjiwa besar. Lebih tepat lagi orang, sebahagian orang Melayu.

Kalau semua bangsa ia melibatkan semua orang Melayu yang dikelas atau dikelompokkan Melayu dengan kritria atau identiti tertentu. Bukan bangsa yang berjiwa kecil tetapi orang. Sesuatu keleompok yang sudah sampai ke title bangsa harus berjiwa bear. Jiwa besar di sini ialah ada wibawa, ada semangat dan ada pertimbangan waras selari dengan pegangan dan amalan (akal budi) bangsa itu. Yang bergerak selari dengan gerakan alam berpaksikan kepada ajaran agamanya.

Bagaimana saya boleh mengatakan orang Melayu berjiwa kerdil. Saya khasnya kepada orang Melayu yang bermain politik dalam negara ini. Yang merebut kuasa seperti ketam dalam bakul yang sanggup tindih menindah di antara satu sama lain. Orang-orang Melayu ini tidak ada wibawa, tidak cukup ilmu dan dia lebih berpadukan kepada nafsu dan melebihi kepentingan diri yang dia merasakan berhak.

Rally Bersih sudah 'international' pula

Oleh Aspan Alias
Rally anjuran Bersih akan secara serentak juga diadakan di negara-negara lain pada 9hb Julai ini. Malaysian Insider melapurkan yang rally tersebut akan di adakan di Osaka, Seoul, Melbourne, Sydney, New York, Los Angeles dan California.

Rakyat Malaysia yang menetap di negara-negara tersebut telah bersetuju untuk bersama-sama mengadakan rally tersebut dan kebanyakan dari mereka itu telah tampil secara sukarela untuk bersama-sama menganjurkan rally tersebut pada hari yang sama.di tempat dan bandar mereka tinggal.


Di bandar-bandar tersebut tidak ada pula mereka dicegah dan tidak pula rakyat di sana merungut kerana menjejaskan perniagaan mereka. Di sini berbagai-bagai macam alasan yang dibuat untuk mengelakan rally ini di adakan termasuk lah alasan yang rally itu akan menjejaskan perniagaan di tempat rally itu di adakan.

Melayu Pulau Pinang dimartabatkan

oleh Putera Pulau

24 JUN – Rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu sememangnya amat bertuah dan terus dibela apabila kerajaan negeri Pakatan Rakyat memperuntukkan RM1.75 juta kepada 102 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu. Tindakan ini sekali gus menyangkal dakwaan kononnya orang Melayu ditindas oleh pimpinan Pakatan Rakyat.
Pulau Pinang tetap disinari mentari yang terbit dari timur ke barat. Begitulah usaha memperkasakan rakyat di negeri ini yang silih berganti oleh kerajaan negeri untuk memartabatkan ketuanan rakyat.

Kalau Dato’ Onn masih hidup, sanggupkah Hishammuddin menangkapnya?

KUALA LUMPUR, 23 JUN – Adakah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan menangkap Dato’ Onn Jaafar yang menganjurkan rapat umum dalam tahun 1946 sehingga melahirkan UMNO, jika arwah datuknya itu masih hidup hari ini?
Persoalan itu dibangkitkan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang terhadap kenyataan Hishammuddin yang mahu menangkap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Kit Siang berkata, Onn, datuk kepada Hishammuddin, bukan sahaja pengasas UMNO, malah beliau adalah antara pengasas awal demonstrasi secara aman di negara ini apabila mengadakan rapat-rapat umum menentang gagasan Malayan Union yang dianjurkan oleh penjajah British.

'Minimal' charges against Datuk T, no criminal intimidation or blackmail

'Minimal' charges against Datuk T, no criminal intimidation or blackmail The notorious Datuk T trio has finally been charged in the Magistrates court for possession and distribution of pornography, spurring immediate and angry public reaction that Prime Minister Najib Razak was again shielding the three UMNO members who are believed to be part of a conspiracy to destroy Opposition Leader Anwar Ibrahim.
It is not known yet how the trio will plead. Magistrate Aizatul Akmal Maharani has allowed a short break for defence lawyers to consult with the three men. If found guilty, they can be fined and/or jailed for up to 3 years.
"That's it? That's the charge? What about criminal intimidation, blackmail? How come those people who helped organised the press conference not in the list?" asked Bukit Lanjan assemblywoman Elizabeth Wong on her Twitter site.

The Year of the Rakyat

The Year of the RakyatZeitgeist is a German word that is translated into English as 'the spirit of the times'.  A check with Wikipedia revealed the following explanation of the word:

Zeitgeist is the general cultural, intellectual, ethical, spiritual, and/or political climate within a nation or even specific groups, along with the general ambiance, morals, sociocultural direction, and mood associated with an era.
The term zeitgeist is from German Zeit – "time" (cognate with English "tide" and "time") and Geist – "spirit" (cognate with English "ghost").
This year's recent events may reveal that the Malaysian Zeitgeist is already here. A series of happenings with predictable plots and outcomes that have left Malaysians thoroughly disgusted and disenchanted with Prime Minister Najib Razak's style of government, choice of policies and politicking style.

Lakaran Anwar di penjara dalam buku baru Zunar

Kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar menerbitkan buku terbaru, yang antaranya memuatkan lakaran wajahnya sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zulkiflee, kerja seni "istimewa" dari koleksi peribadinya itu dilukis ketua pembangkang ketika merengkok dalam penjara Sungai Buloh pada Ogos 2001.

Video : Sistem Biometrik SPR, Kerajaan Ada Kepentingan Politik

Video : Reaksi SMS Ugut Bunuh

Video : Troubling delay in autopsy of alleged abused woman

Najib Umum PRIMA Ekoran Tekanan PR

KUALA LUMPUR 24 JUN : ProjeK perumahan Rakyat 1 Malaysia atau singkatannya PRIMA yang diumumkan Perdana Menteri semalam hanya reaksi terdesak pimpinan itu apabila pembangkang mendedahkan berlakunya kepincangan dalam urus tadbir 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khuatir terus diasak, Najib bertindak mengumumkan bahawa sebahagian daripada tapak seluas 196.6 hektar itu akan dibangunkan dengan projek perumahan mampu milik, kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Bersih 2.0, Perkasa and the ‘middle-ground’ fallacy

Pak Sako

JUNE 24 — Based on my analysis, I believe the government faked the plane crash and demolished the World Trade Center North Tower with explosives. The South Tower, in a simultaneous but unrelated plot, was brought down by actual terrorists. — Randall Munroe, on taking the middle ground, in xkcd.com
An article entitled “Bersih 2.0 — is there a third alternative?” appeared in The Malaysian Insider. The author, Anas Zubedy, attempted a clever-clogs proposal.

Kalau Zainal Kling nak mengampu biar kena tempat

KUALA LUMPUR, 24 Julai: AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, adalah pelik dan macam mana seorang ahli akademik seperti Prof Datuk Dr Zainal Kling mengatakan pembangkang suka kepada anarki iaitu supaya suasana tidak tenteram dan tidak mengikut undang-undang.
“Beliau memberi komen himpunan Bersih 2.0, andaiannya boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram,” katanya.
Sebagai ahli akademik, tambah belau sepatutnya sebelum memberi pandangan biarlah mencari fakta yang adil, kemudian baru membuat rumusan.
“Macam mana beliau sebagai ahli akademik yang sering berpesan kepada mahasiswa ketika menjalankan penyelidikan perlu membaca semua bahan, kemudian baru membuat rumusan.
“Tiba-tiba beliau sendiri tidak mengikut disiplin akademik yang membuat tuduhan secara membuta tuli kepada pembangkang,” ujarnya.