TEMERLOH, 23 Jun: Perbicaraan kes saman Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman terhadap empat pihak yang didakwa berkonspirasi menangkapnya di Felda Lembah Klau serta mengurung beliau di lokap Balai Polis Raub pada 9 Mac tahun lalu, ditunda kepada 22 Julai depan.
Menurut peguamnya, Wan Rohimi Wan Daud, hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Datuk Akhtar Tahir, mengarahkan demikian hari ini setelah pihak peguam Felda secara tergesa-gesa menghantar notis memohon bukti “konspirasi” seperti dalam pertuduhan oleh plaintif.
KUALA LUMPUR, 23 Jun – Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) mengulangi gesaannya agar Putrajaya menarik balik penggunaan novel Interlok sebagai buku teks sastera di sekolah ekoran kemelut yang berpanjangan termasuk isu terbaru penggunaan pelekat khas.Isu ini muncul semula dengan dakwaan bahawa Kementerian Pelajaran telah memutuskan untuk menggunakan pelekat khas bagi menutup perkataan-perkataan yang sensitif berbanding persetujuan awal agar novel itu dicetak semula.
“Kami di NIAT, bermula dari hari pertama (isu ini) kami telah meminta kerajaan agar menarik balik novel Interlok daripada digunakan dalam sukatan sekolah dan digantikan dengan novel dari zon-zon lain,” kata penyelaras media NIAT Barathidasan Saminathan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Novel Interlok yang kontroversial hanya digunakan di sekolah-sekolah di Zon II iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan.
















KUALA LUMPUR, 23 Jun: Tuntutan Bersih yang bermatlamatkan agar pemilihan pucuk pimpinan negara melalui pilihan raya yang telus dan bersih adalah selari dengan tuntutan Islam.






KUALA LUMPUR, 23 Jun: Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mendakwa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan melakukan pembohongan terhadap Yang di-Pertuan Agong berhubung pertukaran jawatan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).









KUALA LUMPUR, 23 Jun: Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.




KUALA LUMPUR, 23 Jun: Kartunis Zulkifli Anwar ul Haq atau nama penanya, Zunar, menerbitkan buku kartun pertamanya dengan tajuk berbahasa Inggeris yang diberi nama "EVEN MY PEN HAS A STAND".
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Pengarah Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said (gambar) berkata, peneroka Felda perlu bangkit dan sedar tentang penipuan yang dilakukan kerajaan BN.