Selasa, 21 Jun 2011

Nasib baik Umi Hafelda tak faham maksud Yu Gi...

Para pembaca yang budiman, aku rasa agak ramai pembaca yang agak kabur tentang konsep dan falsafah negara kebajikan. Apabila parti PAS mengajukan negara kebajikan sebagai raison d'être atau matlamat dan garis perjuangan parti, kelihatan musuh utama rakyat Malaysia - United Malays National Organisation – menjadi sasau.

Secara mengejut, tiba-tiba benggolan-benggolan dari United Malays National Organisation menjadi sasau dan mamai. Entah pelesit mana yang datang merasuk. Dengan mengejut secara tiba-tiba Mahathir Mohamad, Najib Razak, Nazri Aziz, Utusan Malaysia dan PERKASA meluahkan cinta berahi mereka terhadap para ulama PAS.

1Brahem jadikan 1Malaysia tak relevan

Sikap UMNO dan Barisan Nasional berdiam diri terhadap “kegilaan” Datuk Ibrahim Ali yang menghina wanita dan agama Hindu, mengancam kaum Cina dan mengisytiharkan dirinya sebagai “jeneral perang” semata-mata kerana takut kepada perhimpunan aman Berish 2.0 membuktikan slogan 1Malaysia hanya khayalan dan penipuan besar.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tindakan memalukan dan kenyataan menghina oleh Presiden Perkasa itu ketika pelancaran perhimpunan anti-Bersih 2.0 di Kampung Baru adalah penuh dengan hasutan.

Kartun ZUNAR dengan kartun yang di UTUSAN...!!!


http://3.bp.blogspot.com/-bvgZHorooac/TfqXeUQohHI/AAAAAAAAAmE/7fpaWGF1q2I/s1600/Kartun+qazaf.jpg

Kritik orang Islam, bukan ajaran Islam

Saya merujuk sebuah artikel yang disiarkan Utusan Online dan juga disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia edisi cetak 5 Jun lepas yang menyentuh kartun karya saya.

Artikel bertajuk "Penghinaan Kartunis" itu ditulis oleh seorang bernama "Malim".

Dalam artikel itu, kartun-kartun saya dituduh sebagai "menghina dan fitnah orang Islam lain".

Artikel ini terbit selepas tercetusnya kontroversi sebuah kartun yang disiarkan oleh akhbar Utusan sendiri.

Kepintaran Mat Sabu berbanding sarjana Umno

Oleh Subky Latif   
MAT Sabu, Timbalan Presiden PAS tidak lulus Universiti Oxford seperti Ketua Pemudhttp://2.bp.blogspot.com/-MrNNpGqGSeM/TeuuLKfkS_I/AAAAAAAANwU/WzzodcZ8CR8/s1600/Mat%2BSabu.jpga UMNO Khairy Jamaluddin. Kelulusannya pun tidak sehebat setengah sarjana UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Najib. Dia tidak mengaji falsafah dan sains politik peringkat ijazah di ITM. Dia belajar diplomat tertentu tentang teknologi saja.

Giliran BN ambil alih kerja membangkang

Oleh: Mat Zain Mat Isa

‘Bangkang, jangan tak bangkang‘. Momokan itu sejak sekian lama dipalitkan kepada parti-parti pembangkang negara. Secara sinis ungkapan itu kerap diulas http://3.bp.blogspot.com/_zvXYO7AdOaI/R845mEQ-WzI/AAAAAAAAAH4/uPkWJLYKwwM/s400/say%2Bno%2Bto%2BBN.JPGsebagai tabiat parti-parti lawan kepada Barisan Nasional (BN), yang didakwa hanya tahu membangkang apa saja dikemuka atau dilakukan parti pemerintah itu.

Sejak sekian lama para pemimpin BN, dibantu media kroni dan berbagai alat propaganda, dianggap berjaya membentuk persepsi umum sebegitu. Bahawa kewujudan parti-parti pembangkang tidak mendatangkan faedah kepada negara.

Khir Toyo took RM3mil loan to buy house, court hears

Khir Toyo took RM3mil loan to buy house, court hearsSHAH ALAM - Former Selangor Mentri Besar Dr Mohd Khir Toyo took a RM3mil bank loan to finance the purchase of two plots of land and a bungalow in Section 7 here, the High Court heard.
HSBC Bank officer Chuah Yew Tean, 35, said that the loan was approved in May, 2007, after the bank, through an international property investment consultant Rahim & Co, made a valuation of RM3.5mil of the said properties.
"The valuation process is a (standard) procedure, without which, we could not give a loan.
"The bank will only give a loan not more than 90 percent of the market value or the market price, whichever is lower," Chuah told Justice Mohtarudin Baki here Tuesday.

Stop lying about Yayasan Selangor, Zuraida tells Khir Toyo

Stop lying about Yayasan Selangor, Zuraida tells Khir ToyoPKR Women's Chief Zuraida Kamaruddin has rejected the explanation offered by former Selangor Mentri Besar Khir Toyo that when he left office, state education fund Yayasan Selangor had RM80 million in cash surplus.
"The response that I received from Dr. Khir Toyo, former Selangor Menteri Besar, in regards to the RM594 mio missing from Yayasan Selangor was clouded by so much dishonesty and inconsistencies that it is impossible to recognize the truth if any from the lies," Zuraida, who is also Ampang MP, said in a statement.
She pointed out that Yayasan Selangor has itself lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission because of the fraud that occurred in the organization during the time that Khir was the Menteri Besar for Selangor.
Furthermore, based on the audited financial statement, the cash surplus was only RM 45 million and not 80 million.

Greek tragedy: Why China stands to gain and the West to lose

Greek tragedy: Why China stands to gain and the West to loseBefore we delve into the Greek crisis, let’s take a trip back into history about 600 years ago in China. At that time, China had the highest standard of living in the world, the largest middle class, the best health care, infrastructure, a robust economy, scientific innovations such as the wheel, gun powder, paper, paper money, compass, seafaring vessels and many others.
Nanjing was indeed the center of the world then. Chinese seafaring vessels under Admiral Zheng He explored the high seas and reached destinations in Java, Sumatra, Malacca, Calcutta , Cochin and even Africa. This was the period when the Chinese were at the pinnacle of power in civilization.
None of the Chinese would have believe you if you told them then that in about 500 years, all this would change. That there would come a sea change shift of global power and wealth from the East to West. At that moment in time, the Chinese were living life to the fullest, enjoying endless 10-course banquets, dining with the finest china, Emperors living in palatial palaces, concubines dressed in the best silks and so on.

Interlok: MIC kecewa pelekat ajaib diguna tutup perkataan sensitif


KUALA LUMPUR, 21 Jun – MIC kecewa dengan tindakan menggunakan pelekat - yang wakil panel khas kaum India menyifatkannya sebagai “pelekat ajaib” bagi menutup perkataan-perkataan sensitif dalam buku teks sastera Interlok.
“Apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang mengecewakan,” kata Presiden MIC Datuk G Palanivel (gambar) dalam satu kenyataan malam ini.
Kata Palanivel, jika tiada jaminan bahawa buku teks itu akan diedit dan dicetak semula, MIC akan membuat satu pendirian tegas termasuk meminta agar ia ditarik balik daripada digunakan di sekolah.

Menteri sahkan Utusan Malaysia siar berita bohong

WarkahDaily – Sebelum ini akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia dilaporkan telah menyiarkan berita kononnya sebuah maahad swasta dijadikan pusat merekrut belia bercirikan fahaman Salafiah Jihadiah.

Kumpulan Utusan melalui terbitannya, Mingguan Malaysia telah mendakwa sebuah maahad swasta merekrut belia malah pelajar yang direkrut di maahad atau pembelajaran agama Islam dipercayaai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Berita yang disiarkan di muka depan akhbar rasmi Umno itu mendakwa, kegiatan itu dikesan beroperasi selepas maahad tersebut dipercayai dijadikan lokasi mesyuarat antara pemimpin dari Indonesia Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar bagi menubuhkan JI selepas berlaku krisis kepimpinan Darul Islam, Anjengan Masduki.

Hikmah di sebalik Israk dan Mikraj

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang   

Marilah kita mendengar firman Allah Taala yang menceritakan tentang peristiwa agung yang berlaku dalam sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
Walaupun para ulama telah bertelingkah di dalam menentukan bulan dan tahun berlakunya Israk tetapi ia adalah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada Rasulullah s.a.w. kerana peristiwa ini dinyatakan oleh al-Quranul Karim dan diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya yang sahih, yang diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

BERSIH 2.0, PDRM Akur Perintah Siapa?

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
NEGERI SELANGOR
21 JUN 2011


BERSIH yang merupakan Jawatankuasa Bertindak bersama bagi reformasi sistem pilihanraya akan mengadakan ‘Walk for Democracy’ pada 9 Julai 2011. KEADILAN Selangor, inshallah akan bersama sama kebangkitan rakyat seluruh negara ‘berjalan untuk demokrasi dan keadilan’
demi rakyat Malaysia.

Ibrahim Ali Sebenarnya Teringin Jadi Popular Seperti Anwar Dan Mat Sabu

Tidak Perlu Takut Dan Bimbang Dengan Salentia

Ramai orang marahkan kepada Salentia. Yang marah itu pula yang cerdik yang tidak sanggup berada di belakangnya. Semuanya kerana kerenah politiknya yang sedemikian ada itu. Kerana marah juga ada meminta Murai mengulas tentang Salentia dan membelasahnya secukup-cukupnya. Terus terang Murai kata Murai sudah jemu untuk membicarakan makhluk ini.


Tidak kurang juga kerana geram dan tidak tahan perasaan melihat gelagtnya, meminta polis supaya menahannya dan siasat di bawah akta hasutan. Pada Murai desakan itu semua adalah sia-sia saja, ia tidak akan memberi apa-apa bekas. Polis tidak akan tangkap Salentia. Murai percaya, Salentia bukan buru politik negara ini, malahan mana-mana negara juga termasuk Jeboti.

Andaikata Tok Berahim Ali mati semasa perhimpunan Bersih 2.0, apakah itu mati syahid?

Melayu yang katanya akan kebuluran dan kesusahan akibat diganggu oleh perhimpunan Bersih 2.0 bula depan.

Memandangkan segala ugutan dan acahan Perkasa lansung tidak dihiraukan, maka dia tidak ada pilihan melainkan turun berarak dan bertembung untuk bertempur dengan pasukan Bersih. Kali ini dia benar-benar mahu tunjuk bahawa Perkasa lah yg amat kuat dan Ibrahim Ali terutamanya ada kuasa Perkasa dan sanggup mati demi Melayu.

Masalahnya adalah, satu kumpulan sekurang-kurangnya seramai 300,000 orang yang akan bertembung dengan satulagi kumpulan lagi yang mungkin paling ramaipun dalam lingkungan 300 orang sahaja bakal mencetuskan satu persaingan yang amat berat sebelah. 300 orang merupakan satu jumlah yang paling banyak mampu dikumpulkan oleh Ibrahim Ali. Justeru itu kita boleh mengjangkakan apa yang bakal berlaku padanya. Jika jadi begitu bolehkah kita katakan dia syahid?

UMNO Sebati Dengan Demonstrasi Ganas


Saya merujuk kenyataan Datuk Salleh Tun Said yang menyelar hasrat BERSIH mau menganjurkan demonstrasi aman bagi menzahirkan rasa tidak puas hati di atas sikap membisu SPR ke atas beberapa tuntutan BERSIH supaya kepincangan dalam sistem pilihanraya yang berat sebelah ditangani segera. Datuk Salleh menyifatkan demonstrasi yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini sebagai bukan budaya rakyat Malaysia. Saya tidak terkejut dengan kenyataan dari pemimpin UMNO seperti Datuk Salleh. 

Beliau bukan seorang pemimpin tulen, melainkan hanya tau mengampu, membodek dan 'angkat kaki'. Sayang, seorang yang berpendidikan tinggi seperti Datuk Salleh tidak mampu menyerlahkan daya intelektual beliau bila berhujjah. Tetapi begitulah realiti politikus Sabah, bila sudah ada jawatan, ada habuan projek bernilai ratusan juta ringgit, ada ribuan ekar kawasan balak, maka otak mereka pun jadi dungu, bengap dan jumud. 

Cekal hati seorang wanita

Seorang wanita bertudung yang tampak cekal pada wajahnya, tegap pada lenggok jalannya, datang datang ke sesi wawancara bersama Roketkini tepat pada masa, seperti dijanjikan, dengan membawa bersama anak tunggalnya.
Detik itu lah saya terpanggil dengan sifat profesionalisme yang ada dalam diri Jumilah Abdul Malik, 48, kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Agak janggal bagi saya, sebagai ibu tunggal yang mempunyai kelulusan sebagai juru ukur bahan berdaftar yang bebas, beliau memilih untuk memandu teksi sebagai salah satu kerjaya.
Ya, berkelulusan ijazah Quantity Surveyor dari London South Bank University, seorang profesional bebas dari sektor swasta memilih untuk membawa teksi sebagai memenuhi masa lapang.

Khairy bersama Pakatan Rakyat PRU 13?

Ketua Pemuda Umno yang kontroversi, Khairy Jamaludin Abu Bakar menjadi perhatian kebelakangan ini ekoran tindakan-tindakan yang dilihat sengaja dilakukan untuk tujuan tertentu.

Dalam debat panas berhubung Bersih 2.0 yang dijadual mengadakan perhimpunan pada 9 Julai nanti, Khairy menentang amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang juga seorang naib presiden Umno.

Dalam isu perhimpunan Bersih juga, Khairy bertembung dengan Perkasa, pertubuhan Melayu condong kepada Umno di bawah pimpinan Datuk Ibrahim Ali.

Menentu bekas perdana menteri itu kemudian mengkritik program Dialog Antarabangsa Langkawi yang sedang dihoskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, menyinggung kedua-dua Najib dan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan.

NGO Eropah mahu aset Taib di Jerman dibekukan

Lagi NGO yang berpangkalan di Eropah terus mengenakan tekanan kepada pihak berkuasa untuk membekukan aset-aset milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Dalam kenyataan media hari ini, NGO Switzerland Dana Bruno Manser berkata pihaknya telah menulis kepada canselor Jerman meminta campurtangannya.Surat itu dibuat dengan kerjasama dua lagi NGO lain iaitu - Persatuan Penduduk Terancam dan Rettet den Regenwald.

Bersih 2.0 : Pesanan dari Presiden MCLM

 Kepada Rakan-rakan Gerakan Kebebasan Sivil,

BERSIH 2.0 merupakan antara inisiatif penting, jika bukan paling penting, yang akan berlangsung tahun ini. BERSIH 2.0 merupakan Gagasan untuk Pilihanraya yang Adil dan Bersih dan saya sangat berbangga menjadi ahli dalam jawatankuasa pemandu.
BERSIH 2.0 telah secara aktif menyeru reformasi pilihanraya sejak 2005. Perhimpuan BERSIH 2.0 “Berjalan Untuk Demokrasi” yang akan datang akan berlangsung pada 9 July 2011 dengan tuntutan seperti berikut:

Ugut rogol, Srikandi beri tempoh 3 hari kepada polis

KUALA LUMPUR: Srikandi KEADILAN memberi tempoh tiga hari kepada polis untuk menangkap pihak yang memberi ancaman kepada ketuanya, Siti Aisyah Shaik Ismail.
Pengugut terbabit mengancam untuk merogol dan merakam adegan berkenaan di laman Facebook milik Aisyah, 13 Jun lalu. Malah, individu itu juga mendakwa tidak takut jika dihadap ke mahkamah kerana ‘tiada empat saksi’.
Ancaman serupa turut diterima Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar oleh individu sama yang menggunakan akuan Facebook ‘Rango Crew’.

Menanti Detik UMNO Bertanding Atas Simbol Keris Telanjang.

Oleh: BayangDiAir

"

Apa pemimpin UMNO dan PERKASA tak kata kepada orang Cina dan India. Bukan sekadar memperli dan menghina malah mengugut dengan pelbagai cara. Ingatkah lagi isu heret dan sepak kepala lembu? Apakah orang India dan penganut  Hindu tidak terhina? Apakah hilang rasa marah kaum India di bandar dan di estet hanya kerana disogokkan dengan sedikit kemudahan dan bantuan ketika pilihanraya? Apakah kaum Cina tidak rasa tersentuh apabila dianggap sebagai bangsa asing? Apakah gelaran pelacur untuk perempuan Cina tidak mampu menggugat kesetiaan MCA terhadap UMNO?

Kenapa ada MB selak kain orang??? ..…

Oleh Ust Saiful Bahri

Kita harap Dato Ahmad Said selaku Pengerusi Umno negeri Terengganu lebih menumpukan untuk menyelesai masalah dalam Umno Terengganu sendiri daripada menghabiskan masa beliau untuk ‘capik’ (membicarakan) hal ehwal dalaman Pas Terengganu. Nampaknya Umno Terengganu serba tak kena berpemimpinkan Dato Ahmad Said. Semakin bercakap semakin menampakkan kedangkalan (kebodohan) beliau dalam hiraki pimpinan Pas. Apa yang beliau gambarkan seolah-olah kepimpinan Pas ini sama seperti kepimpinan Umno.

Kita nasihatkan beliau, kalau tak tahu apa-apa tentang Pas jangan dok cakap merapu tak tahu ke hala. Lagi cakap, lagi terdedah kejahilan beliau. Kalau nak serang Pas pun, biarlah bermaklumat dahulu. Tetapi kalau nak menipu dihadapan ketua-ketua cawangan Umno, munasabahlah, sebab mereka akan telan semuanya. Tapi kalau nak tipu semua rakyat Terengganu… maaflah! Tak semua rakyat Terengganu ni bodoh belaka.

Pelancaran Kami Benci PERKASA

Oleh: abirds

"
Kenapa saya benci Ibrahim Ali?
Pertama;
Ia adalah anak didikan yahudi yang begitu menyintai rasis (perkauman).

Racial discord rages on but where is the Prime Minister of Malaysia?

Racial discord rages on but where is the Prime Minister of Malaysia?As Malaysia walks into a firestorm of racial tensions caused by the likes of Ibrahim Ali and bloggers like “Panglima Perang Cyber” who imply that the Indonesian race riots of 1998 could happen here, we are left wondering - where is the Prime Minister of Malaysia?
Where is the commander in chief at this time when a voice of authority is needed?
Najib Razak is busy attending the 9th Langkawi International Dialogue where he is entertaining the likes of Zimbabwean President Robert Mugabe and a host of leaders from Africa.
Najib Razak is too busy selling his brand of moderate governance to African leaders while the party he leads - UMNO and its sister organization Perkasa kicks up a fit of extreme behavior, threatening violence against the Chinese community in Malaysia. Just a month ago, Perkasa also threatened a holy war against the Christians.

Terkedu dan Termalu


Ha ha ha... Ada pihak tu kata kan... BERSIH ni tak disokong oleh rakyat. BERSIH ni cuma nak bikin huru-hara jer. Rakyat tak sokong mereka.

Woit!! Hotak hang!!

Bersih 2.0 : "Kami Tak Takut Ugutan Polis"

SHAH ALAM 21 JUN : Parti Keadilan Rakyat Selangor dari segenap peringkat akan bersama-sama gerakan rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan di negara ini walaupun bakal berhadapan dengan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafie berkata, pihaknya tidak gentar berhadapan dengan ugutan polis mahu menahan sesiapa sahaja yang menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sebaliknya menegaskan perhimpunan itu begitu penting bagi membina sebuah negara yang dihormati dunia.

"PDRM sewajarnya mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan rakyat pada 9 Julai ini dan bukan dengan tindakan provokasi menyembur gas pemedih mata pada rakyat yang berhimpun aman! Jika ugutan ini diteruskan dengan tindakan, Keadilan Selangor percaya kebanyakan rakyat sudah bersedia menghuni penjara. Waktu itu api semangat jihad menegakkan keadilan, tidak akan dapat di padam lagi hatta dengan ratusan 'water cannon' di depan mata!,"katanya.

BN tabur RM1.18 bilion pada Pilihan Raya Sarawak

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendedahkan sebanyak RM1.18 bilion digunakan dua bulan sebelum dan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak  berlangsung April lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan perkara itu dalam jawapan bertulis ekoran pertanyaan lisan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh-DAP) yang meminta beliau menyatakan nama dan nilai projek pembangunan yang diumumkan kerajaan, dalam tempoh itu.
“Sehingga 30 April, sebanyak 62 projek dan program bernilai RM1.18 bilion telah diumumkan untuk dilaksanakan di seluruh Sarawak.

Video : Pemilik, pewaris tanah Kg Baru tolak RUU PPKB

Video - Azmin : Daftar Pengundi SPR "Kotor"

Video : Tiada Alasan Untuk Tidak Siasat Ibrahim Ali

Video : Kit Siang invites cabinet to join Bersih rally

Video -Yen Yen gets a 'pat on the back' from DAP

Video - Ibrahim on Chua's status: Just doing my job

Video : 'Chinese stay home' remark just advice, says Ibrahim

Video -PKR Srikandi: Upset over the lacklustre attitude by the police over insi...

Video : Wanita PKR reaches out to rural women voters

Video : PKR sacks ex-deputy sec-gen, 28 others

BERSIH 2.0: Ibrahim Ali Rancang Huru-Hara..?


"Setahu saya, orang Cina jarang mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan. Demonstrasi kali ini, saya percaya akan disertai oleh orang Melayu dari PAS... dan juga Umno. Kita (PERKASA) akan juga adakan satu.

"Jadi pertembungan adalah antara Melayu dengan melayu. Jadi bagi mengelakkan bangsa lain terheret, saya kata lebih baik bagi orang Cina duduk di rumah. Itu sahaja,” kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

IBRAHIM ALI TERLALU MELAMPAU

Apabila kita mengalabah, sah Bersih telah berjaya mendapat sambutan ramai.


Ibrahim Ali sudah bertindak terlalu jauh dan melampaui batas sebagai seorang yang hidup di dalam sebuah negara demokrasi. Perkasa dipergunakan olehnya untuk memperjuangkan kehendak dan kepuasan peribadi beliau dengan membakar semangat rakyat untuk berfikiran ganas dan ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab terhadap bukan sahaja kepada rakyat malahan kepada diri beliau sendiri.

Ibrahim Ali dengan Perkasanya telah bertindak untuk memaksa Bersih membatalkan rally yang dirancangnya pada 9hb Julai yang akan datang dan beliau bertindak seolah-olah beliaulah yang berjuang untuk negara sedangkan hakikatnya Ibrahim tidak lebih dan tidak kurang dari seorang yang berjuang untuk kepentingan peribadi beliau sahaja.

Bersih 2.0: Khairy juga perlu disiasat bawah ISA, kata Wira Perkasa

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Sayap pemuda Perkasa mengecam saranan Khairy Jamaluddin agar presiden pertubuhan membela hak Melayu Datuk Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman Ahad lalu.
Sebaliknya tegas Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris, tindakan sama sepatutnya dikenakan terhadap Khairy, Ketua Pemuda Umno kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.
Selain itu, tambah Irwan Fahmi, beliau bersetuju dengan pandangan Ibrahim yang mengatakan “apa sahaja boleh berlaku” pada 9 Julai kerana penganjur himpunan Bersih 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak boleh menjamin keamanan pada hari itu.
Selain Bersih, turut mengadakan perhimpunan Perkasa dan juga Pemuda Umno.

WAJAH Tarik Minat Wanita Luar Bandar


 PETALING JAYA 21 JUN :  Wanita Parti Keadilan Rakyat hari ini mengumumkan penubuhan Wanita Keadilan Jelajah Kampung (WAJAH) yang bertujuan untuk menarik sokongan wanita luar bandar terhadap Pakatan Rakyat.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, program ini merupakan kesinambungan ucapan dasar beliau sewaktu Kongres Nasional Tahunan Keadilan tahun lalu yang memberi penekanan kepada strategi, inisiatif dan idea wanita PKR.

BERSIH: Siapa yang mulakan kekecohan?

Tarikh 9 Julai ini mungkin akan menjadi tarikh keramat. Tarikh di mana rakyat Malaysia berpesta meraikan demokrasi dan merayakan hak mereka di bawah perlembagaan.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menyatakan hasrat mereka untuk membuat perarakan di ibu kota pada 9 Julai ini.
Tidak ketinggalan Umno juga mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membuat perarakan pada hari yang sama untuk 'memperkukuhkan sistem demokrasi yang ada dan turut serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang di katakan akan membawa gelombang berlawanan iaitu 'anti BERSIH'.

Ada beberapa persoalan yang timbul di sini?

Pemilik, pewaris tanah Kg Baru tolak RUU PPKB

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) didesak supaya menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUU PPKB) 2010.
Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang mewakili Dr. Lo' Lo' Ghazali (PAS-Titiwangsa) menerima memorandum bantahan tersebut daripada wakil penduduk Kampung Baru yang hadir ke Parlimen pagi ini.
Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, beliau berkata, wakil Pakatan Rakyat tetap bertegas untuk menolak sebarang cadangan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru sekaligus menolak RUU PPKB 2010.

No laughing matter: Ibrahim Ali's U-turn makes the Chinese more angry

No laughing matter: Ibrahim Ali's U-turn makes the Chinese more angryAll-round condemnation has forced Perkasa chief Ibrahim Ali into a sharp U-turn, but he has only worsened the situation and it now behoves Prime Minister Najib Razak to show some fair play or risk being shut out by the community especially at the ballot boxes where it hurts most , say Chinese leaders.
"That is most flimsy excuse ever. It is really rubbing salt into the wound. This shows the total disrespect the Najib administration has for the Chinese," Gopeng MP Lee Boon Chye told Malaysia Chronicle.
Ibrahiim and Perkasa had burned effigies of Ambiga Sreenevasan on Sunday, just hours before the official Bersih 2.0 launch. Ibrahim Ali is against the anti-election fraud rally slated for July 9. Ambiga is the chairman of the organizing committee for the Bersih rally.

Perkasa boss slams ‘old cow’ Kit, ‘rich’ Khairy

Ibrahim Ali criticises his critics, DAP stalwart Lim Kit Siang and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin.
PETALING JAYA: Perkasa president Ibrahim Ali lashed out at DAP stalwart Lim Kit Siang, calling the veteran politician an “old cow”.
He also took the “rich” Umno Youth chief Khairy Jamaluddin to task, and welcomed the latter’s call on the police to investigate him under the Sedition Act.
Khairy had urged the police to investigate Ibrahim following his comments on Sunday after the Perkasa boss launched Gerak Aman to counter the Bersih 2.0 rally scheduled for July 9.
During the launch, Ibrahim had warned the Chinese to stock up on food since anything could happen on that day.

Mahasiswa sokong BERSIH 2.0 dan dokong Rakyat Gebeng

Dalam kehangatan massa memperbincangkan mengenai Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini, Mahasiswa konsisten untuk terus memberi perhatian kepada perkara asas perjuangan iaitu membela rakyat Gebeng yang sedang diancam risiko keselamatan.  Mahasiswa tegaskan bahawa mahasiswa menyokong sepenuhnya Himpunan Aman BERSIH 2.0 dan akan mengerahkan sepenuhkan kekuatan untuk bersama dengan rakyat pada perhimpunan tersebut.
Namun bagi mahasiswa, BERSIH 2.0 bukan kemuncak kepada perjuangan mahasiswa  dalam membina negara Malaysia yang lebih baik. 

Apakah Sarawak sekadar modal untuk kuasa politik?

Selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, penganalisa politik mendakwa bahawa Sarawak yang kononnya "deposit tetap" Barisan Nasional (BN memenangi 29 daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak) telah menjadi "overdraft" (memetik Tay Tian Yan dari Sin Chew Daily).  Ini kerana Pakatan Rakyat merangkul 12 dari 14 kerusi di kawasan bandar, dan pengundi di kawasan separa desa juga jelas mengubah kecenderungan pengundian mereka (memetik Bridget Welsh).
Ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PKR, DAP dan PAS) memperolehi jumlah undi 38.9%, peningkatan sebanyak 15.1% berbanding 23.8% pada tahun 2006 (memetik Andrew Aeria).  Menurut perhitungan yang dibuat, BN kehilangan sejumlah 8% undi berbanding PRN ke-9 (termasuk undi yang kalah kepada calon bebas).

PKR Pecat 29 Ahli, Pembersihan Parti Menjelang PRU-13


PETALING JAYA 21 JUN : Parti Keadilan Rakyat hari ini mendedahkan nama ahli parti itu yang dibuang, digantung dan diberi surat amaran sejak Januari hingga Jun tahun ini.
Pengerusi Biro Displin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan seramai 29 ahli dipecat, 10 digantung dan 12 diberi surat amaran lantaran pelbagai perkara seperti menjadi calon pilihan raya untuk parti lain, membantu kempen parti lain, serta mengkritik kepimpinan tanpa menggunakan saluran yang betul dalam laman web sosial.
"Ini tindakan membersihkan parti ikut saluran dan perlembagaan parti. Secara umum terdapat dua kumpulan dalam senarai ini. Pertama selepas pemilihan parti akhir tahun lalu, kedua selepas pilihan raya negeri Sarawak," umum beliau ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Antara yang dipecat ialah Thony anak Badak, Michael Jok dan beberapa lagi yang bertanding sebagai calon SNAP dan Bebas pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.
Bekas Pengarah Komunikasi Jonson Chong dan Soo Lina pula didapati membantu calon parti lain sepenuhnya dalam PRN yang sama.

Bersih dan kebebasan berhimpun

Frederic Bastiat, seorang ahli ekonomi dan penggubal dasar di Perancis pada abad ke-19 pernah mengungkapkan: “Nyawa, kebebasan dan harta benda tidak wujud kerana manusia membuat undang-undang. Sebaliknya, sebenarnya nyawa, kebebasan dan harta benda telah sedia wujud dan mendorong manusia membuat undang-undang”.
Reformasi Pilihan Raya di Malaysia
Pada 10 November 2007, satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah diadakan di Kuala Lumpur dan saya terlibat menyertainya. Perhimpunan ini diadakan bertujuan menyampaikan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara dengan empat tuntutan utama iaitu:

Parlimen putuskan status Tian Chua minggu depan

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Parlimen akan memutuskan minggu depan status Ahli Parlimen PKR Chua Tian Chang, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) hari ini.
Pandikar memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau telah meneliti penghakiman Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan pejabatnya berhubung dengan Jabatan Peguam Negara mengenai perkara itu.

Ugut Kaum Cina : KDN Terus Diamkan Diri

KUALA LUMPUR 21 JUN : Pendakwaan terpilih yang diamalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diteruskan lagi dalam kes melibatkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mengugut kaum Cina di negara ini.

Setelah dua hari berlalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan apatah lagi mengambil tindakan terhadap Ibrahim. 

Sehubungan itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang di parlimen hari ini menuntut kementerian termasuk Ketua Polis Negara menjelaskan kepada umum kuasa imuniti Ibrahim sehingga beliau tidak terkesan oleh peruntukan undang-undang.

BN takut, guna SPR untuk halang Perhimpunan Bersih

Kuala Lumpur: Pelawaan Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertemu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), adalah usaha terakhir Umno BN menghalang perhimpunan yang dianjurkan NGO itu, 9 Julai depan.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata,  BN bimbang dengan perhimpunan tersebut, yang dijangka mengumpulkan ratusan ribu rakyat untuk turun ke jalan bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya.
“BN kini sudah takut dan gentar sehingga menggunakan SPR untuk membatalkan perhimpunan tersebut walhal Bersih tidak dihasut mana mana pihak sebaliknya ia sememangnya keinginan rakyat sendiri (Untuk menuntut pilihan raya bebas),” katanya.
Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mempelawa gabungan itu untuk berbincang mengenai pembaharuan yang ingin dilaksanakan, dengan syarat NGO itu membatalkan perhimpunan yang ingin dianjurkan.

Bersih 2.0 untuk kebebasan dan demokrasi

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Islamic Renaissance Front (IRF) ingin menyatakan dengan jelas bahawa perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancang adalah dipelopori oleh masyarakat madani tanpa sebarang perintah daripada mana-mana parti politik.
Pengarahnya, Dr Ahmad  Farouk Musa  berkata tuntutan telah pun disampaikan yang menuntut pilihan raya yang bebas dan adil serta demokrasi liberal yang tulen.

Ibrahim 'bangga' dengan desakan beliau ditangkap.,.ha..ha..bangga la sangat sebab dilindungi...!!

“Saya merasa sungguh hebat,” kata presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas bidasan yang diterimanya daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan yang mahu beliau diheret ke mahkamah mengikut Akta Hasutan.

Ibrahim: 'Cina duduk di rumah' satu nasihat saja..ha..ha...katak dah panas...!!!

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata seruannya kepada masyarkat Cina supaya menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 bersifat nasihat dan bukannya satu ugutan.

Bersih 2.0: SPR lebih baik berdiam diri

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) diingatkan agar lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan janggal untuk mengadakan rundingan dengan Jawatankuasa Bersih berhubung isu Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.
Langkah seperti itu lebih baik bagi mempastikan SPR sebuah badan bebas yang bertugas untuk melaksanakan pilihanraya yang adil dan bersih, memandangkan SPR juga menjadi mangsa kepada sistem yang tidak adil dalam negara ini.
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, sebagai badan perlaksana kepada pilihanraya, SPR tidak mempunyai cukup kuasa untuk membuat perubahan kepada lapan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.

Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH..ha..ha.,..1 juta lebih sokong...!!!!

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

Kit Siang ajak tadbiran Najib sokong Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini meminta pentadbiran Najib memberikan sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan bulan depan.
Selain itu, Lim (gambar) juga menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memudahkan penganjur Himpunan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan terbesar itu 9 Julai ini dengan aman.