Ahad, 19 Jun 2011

Video Dinsman : Rapat Anak Muda 13.0 AMK (2)

Video Dinsman : Rapat Anak Muda 13.0 AMK (1)

Mari kita ingati peristiwa besar menjelang Ogos ‘57

Oleh Dinsman
Ya, apa dia peristiwa besar menjelang Tanah Melayu diisytiharkan Merdeka pada akhttp://1.bp.blogspot.com/_wy1BrbSSyqI/SxgUx6NDJWI/AAAAAAAAAtQ/jrppzIIyTo4/s320/dinsman.jpghir Ogos 1957?
Kebanyakan kita, saya percaya, tentu tak pernah fikirkan pun perkara ini. Apa dia peristiwa besar menjelang Ogos 1957 itu? Peristiwanya ialah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, di Johor Bahru, sebagai menyahut resolusi Kongreas Bahasa II yang diadakan pada tahun tersebut

Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956, sebagai satu persediaan penting untuk mengisi kemerdekaan yang sedang hangat diperjuangkan pada waktu itu.
Orang sekarang mungkin terkejut dengan kenyataan saya ini. Apa? Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu agenda besar dan penting menjelang Merdeka 1957?

PAS Kelantan : Pasukan Untuk Mengapai Kemenangan

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pengguguran tiga anggota Badan Perhubungan Pas Kelantan yang juga sebagai anggota eksekutif poltiik Pas Kelantan, (Dewan Harian) Annuar Tan Abdullah, Zahttp://2.bp.blogspot.com/-onjKFgv7Wf0/Tdk2ExlGm1I/AAAAAAAAeNU/iwArsFjHuLo/s1600/nik+aziz+makan+nasi.jpgki Ibrahim dan Abdul Fatah Haron adalah tepat dan satu rombakan yang rasional apabila mereka diganti dengan muka yang jauh berkebolehan dan mempunyai jangkauan politik yang ke depan dan cekap membaca suasana politik kontemporari



Jawatan Setiausaha Perhubungan yang dipegang Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim diganti dengan Adun Pulau Chondong Zulkefli Mamat yang mempunyai pengalaman dan stail pengurusan yang bersistemetik.

Beliau juga seorang yang tegas dan setia dalam politik dan bukan seorang pemimpin yang yes man. Walaupun pernah digugur sebagai Ketua Penerangan dan Anggota Exco Kelantan tidak terdengar rungutan atau tindakan rajuk daripadanya. Beliau terus membantu dan memberi sumbangan kepada parti secara konsisten.

Masa untuk PAS semarakkan aktiviti kebajikan

Oleh: Mat Zain Mat Isa
Di antara perkara yang disentuh agak kerap oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar Presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu dhttp://2.bp.blogspot.com/-Y_4ZJ2pqnOE/Teodjam4-cI/AAAAAAAANvE/r9iRKERnV4k/s1600/HADI%2BAWANG%2B1.jpgi ibu negara dua minggu lalu ialah peri pentingnya jentera parti mempergiatkan usaha dan aktiviti memasyarakatkan PAS. Walau pun beliau tidak menyebutkan kalimah tersebut secara khusus, intipati hasrat itu terakam dalam beberapa bait ucapannya.

“Semua Dewan dan aktiviti PAS Kawasan hendaklah sekurang-kurangnya melaksanakan 70% tumpuan program ke arah mendekati pengundi yang masih menunggu PAS bertemu dengan mereka dan golongan atas pagar yang masih belum membuat keputusan (menyokong parti mana) dalam pilihan raya yang akan datang nanti,” baca ucapan itu.
Tidak syak lagi penegasan Tuan Guru Presiden ini mengambilkira hakikat bahawa dalam sistem politik demokrasi, rakyat adalah hakim. Di tangan merekalah kekuasaan sebenar menentukan jatuh-bangun sesebuah kerajaan.

Eloklah Kalau Khairy Juga Hendak Jadi Beruk...

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sebelum ini mencemuh penunjuk perasaan jalanan dan menganggap mereka sebagai beruk, dilaporkan juga akan turut berarak pada 9 Julai nanti hari dan tarikh di mana Gerakan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) berhimpun dan akan berarak untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong

Kata Khairy Pemuda Umno juga akan menyerah memorandum kepada Yang Dipertuan Agong tetapi maksud dan tujuannya berbeza dengan memorandum yang hendak diserahkan oleh Bersih. Bersih menuntut agar dilakukan perubahan dalam beberapa peraturan pilihan raya, tetapi Pemuda Umno akan meminta Yang Dipertuan Agong mengekalkan format yang ada hari ini yang dikira menguntungkan UBN.

BERSIH 2 – Demokrasi mesti di pulihkan

Oleh Dr.Syed azman Syed ahmad
Pelbagai reaksi yang dapat di rasakan dari pengistiharan terbuka Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 bagi mengadakan himpunan aman di Kuala Lumpur pada 9 hb Julai akan datang.
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan mendesak perhimpunan itu dibatalkan segera kerana ia boleh memburukkan imej negara dan sekiranya ia hendak diteruskan maka ia boleh diadakan di dalam stadium.
 Beliau juga telah memberi amaran terbuka kepada Bersih bahawa sebarang bentuk himpunan haram “boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan”.

BERSIH 2.0: Tiada Hujan Tanpa Awan

Oleh Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor
Menuju BERSIH 2.0, sudah beratus-ratus laporan polis dibuat oleh wakil-wakil BN melalui UMNO di seluruh Malaysia dan proksi-proksi yang dihantar atau ditubuhkan di pelbagai NGO. Termasuklah ugutan pihak kerajaan untuk menggunakan 'penjara kekal' ISA. Hentaman demi hentaman di peringkat awal kepada seluruh aktivis masyarakat yang digemparkan bahawa penangkapan awal secara besar-besaran oleh pihak polis bagi menyekat gegaran BERSIH 2.0 ini.

J.D's weird dream: Lebih Bersih 2.1

At the helm is the beloved First Lady of a tiny but big-in-feeling nation far away. Decked in her fine and radiating silk garment and adorned with her favorite marble-sized pearl necklace, and flashing diamonds on her fingers, the morning rays of sunshine sparkle her into a Lady of Grace and Glamor. J.D's weird dream: Lebih Bersih 2.1Keeping careful pace close behind her is the tiny nation’s Foreign Minister, followed by several Cabinet members, VVIPs, and captains of industry.
More importantly there is a sea of citizens – grandfathers and grandmothers, fathers and mothers, sons and daughters from this far away tiny but big-in-feeling nation, all following the mammoth rally.
It is the country’s first Lebih Bersih 2.1 Rally. On hand, in full battle outfit is their police force. The only difference is, in place of M16s, they are waving a white lily flower connoting blessings of peace and safety for the marching crowd.
The background music is that of “I did it my way”.
The Prime Minster is missing in the crowd. Rumor has it that he decided to retire early in life, but his spouse who is known as no-quitter, and out of her undying love and concern for the millions of citizens, she promised to soldier-on with the burden of leadership.

Bersih: Umno on the run, it can no longer curtail the people

Bersih: Umno on the run, it can no longer curtail the people
A seemingly harmless rally, organised by an NGO and not affiliated to any political party is causing UMNO to flip over in a seizure.
The first Bersih rally was organised in 2007, and 50,000 people took to the streets in a march of solidarity to demand free and fair elections. It came months before the 12th General Election that saw the opposition achieve great gains, winning over 5 states and denying the BN the key two-thirds majority in parliament.
It was a rude awakening for UMNO and BN.
It’s 2 years on and a new souped-up Bersih 2.0 is now fast approaching. This time, UMNO has thrown a fit of even bigger proportions and the Bersih rally is being used as a convenient scapegoat for anything that has gone wrong in Malaysia.

The power of sex in Malaysian politics

The power of sex in Malaysian politicsIn devil-worship, sex rituals and sex orgies are the norm while in the realm of orthodox religion, marriage sanctifies sex.
For good or for evil, sex is a powerful tool indeed. Therefore, in the political arena, sex can be used and will be used to topple one's enemies.
Sex scandals can destroy a politician's career because according to public perception, a politician must be morally upright as he is upheld as a leader and a role model. Thus, if he has a sex scandal, he is considered immoral and must resign from his post with immediate effect.
Profumo and Monica Lewinsky
Over the years, there have been a number of famous political sex scandals around the world, for instance, the Profumo scandal at the height of the Cold War in the early 1960s.

The Greek tragedy is coming, Malaysia will not escape

The Greek tragedy is coming, Malaysia will not escapeThe European Union’s failure to solve the Greek debt crisis is sending shockwaves through the financial, currencies, equities and derivatives markets. This will have a huge rolling impact, fanning out from the markets to the private sectors and to the governments around the world. Malaysia will not be spared.
At this moment in time, Greek bonds are pretty irrelevant with 3 year bond yields going at 2860 basis points and the 30 year bond is price at 40 cents to the dollar. Greek CDs are trading at 1900 basis points and that basically seals the fate of Greece as good as being a default nation.
There are two developing events that have totally shocked the markets.

Khairy, Khalid Samad antara sertai misi ke Gaza

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memastikan keselamatan flotilla kemanusiaan, yang antara lain disertai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar atas) dan Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam Khalid Samad (gambar) — yang bakal berlepas ke Gaza minggu depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon untuk melantik wakil bagi memeriksa dan mengesahkan flotilla kemanusiaan itu yang disertai lebih 600 pertubuhan bukan kerajaan dari 20 negara itu tidak membawa sebarang senjata, dan semata-mata membawa bantuan kemanusiaan.

Syarat baru ‘pelik’ Bank Negara gugat firma Abu Dhabi beli RHB


KUALA LUMPUR, 19 Jun — Beberapa syarat baru dikenakan Bank Negara didakwa mengancam urusan penjualan 25 peratus pegangan bernilai RM5.9 bilion dalam RHB Capital Bhd oleh dua firma Abu Dhabi, termasuk keperluan bahawa pemegang baru mesti menyokong kemungkinan penggabungannya dengan sebuah lagi bank Malaysia.
Kedua-dua syarat yang mengejutkan itu memerlukan  Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB)  dan pemegang saham baru RHB dana pelaburan Abu Dhabi, Aabar Investments agar bertolak ansur jika harga jualan lebih rendah daripada harga penggabungan RM10.80 sesaham yang telah dipersetujui kedua-dua syarikat dan penggabungan tidak seharusnya terlalu menyimpang daripada harga pasaran agar ia tidak melemahkan urusan penggabungan kedua-dua entiti terbabit.

Video - Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan

Rakyat Selangor Tolak Pemimpin Rasuah


SUNGAI BESAR 19 JUN : Selangor memerlukan pemimpin yang jujur dan amanah agar segala hasil mahsul negeri ini tidak dibolot sebaliknya dipulangkan kepada rakyat jelata.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata semua pemimpin harus meneladani sikap dan tindak tanduk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mengurus tadbir negeri yang terkaya di Malaysia itu.

Azmin berkata, teladan yang ditonjolkan Khalid jauh berbeza dengan gerak geri bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.

Ku Li: Gugur pemusatan kuasa di tangan PM, Peguam Negara


KUALA LUMPUR, 19 Jun — Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar pemusatan kuasa di pejabat Perdana Menteri dan Peguam Negara dikaji balik agar kepentingan rakyat jelata tidak terus terhakis sebagaimana disaksikan sejak tiga dekad lalu.
Dalam pandangan yang lantang terbaru ini, Ahli Parlimen Gua Musang (gambar) itu berkata, cabaran pada hari ini ialah meneliti kembali pemusatan kuasa di tangan individu tertentu termasuk perdana menteri dan mengembalikan persekitaran politik yang “imbang dan periksa” demi rakyat menikmati amalan demokrasi yang tulen.
“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapatkan balik hak-hak kita dalam (negara) demokrasi, bahawa kuasa dan jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sebagai satu peluang untuk memperkayakan diri.

Himpunan Bersih 2.0 membuang kotor

Menuju BERSIH 2.0, sudah beratus-ratus laporan polis dibuat oleh wakil-wakil BN melalui UMNO di seluruh Malaysia dan proksi-proksi yang dihantar atau ditubuhkan di pelbagai NGO. Termasuklah ugutan pihak kerajaan untuk menggunakan 'penjara kekal' ISA. Hentaman demi hentaman di peringkat awal kepada seluruh aktivis masyarakat yang digemparkan bahawa penangkapan awal secara besar-besaran oleh pihak polis bagi menyekat gegaran BERSIH 2.0 ini.
Pihak kerajaan perlulah bersikap adil dengan lawan mereka. Jika BN menggunakan KOTOR, maka lawan mereka pastilah menggunakan BERSIH. Doktrin KOTOR melalui siaran televisyen sebenarnya lebih hebat dan tiada lawan yang mampu menyekatnya. Persepsi betapa teruknya Pakatan Rakyat dan betapa mulianya UMNO diserap ke dalam minda rakyat melalui 'risalah saraf' Utusan Malaysia dan sekutunya.
Jadi, BERSIH tidaklah setanding KOTOR yang dianjurkan oleh UMNO. BERSIH hanyalah sekadar perhimpunan aman yang ingin membuat beberapa tuntutan sempena pilihanraya umum. BERSIH hanyalah sekadar berjalan kaki secara beramai-ramai yang pastinya tidak menimbulkan kekacauan serta keganasan yang dimanipulasikan oleh beberapa pihak.

Suara UMporNO : Utusan dakwa Nik Aziz lebih teruk dari Ayah Pin

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Akhbar mingguan Kumpulan Utusan mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang memperlihatkan pendirian tegas terhadap Umno dan media miliknya, lebih 'teruk' daripada Ayah Pin yang didakwa mengetuai kumpulan ajaran sesat di Terengganu lebih lima tahun lalu.
Awang Selamat dalam ruangan Mingguan Malaysia hari ini mendakwa “lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.”
“Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?” kata Awang Selamat lagi yang menulis pandangan itu ekoran keputusan kerajaan Kelantan semalam mengharamkan akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan acara yang melibatkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta.

Menanti pertembungan sengit di Parlimen

Mohd Rashidi Hassan
 Parlimen minggu ini kembali rancak dengan kemasukan semula empat pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas enam bulan digantung berhubung isu APCO.
Selain Anwar, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dan Timbalan Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden KeADILan,R Sivarasa kembali ke Parlimen 16 Jun lepas
Pada 16 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kerajaan Malaysia.
Karpal yang merupakan wakil rakyat DAP bagi kerusi Bukit Gelugor,  Azmin (KeADILan-Gombak) dan Sivarasa (KeADILan-Subang) digantung kerana menghina dewan akibat membantah penggantungan Anwar.
Isunya di sini bukan soal penggantungan empat MP Pakatan Rakyat semata-mata. Tugas menggantung adalah hak Speaker, namun usul dan motif penggantungan itu yang dipertikaikan.

'Pemuda PKR diarah tumbangkan BN'

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionKejayaan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki pada pilihan raya umum negara itu minggu lalu terletak pada kepercayaan kepimpinan parti itu kepada anak muda untuk mengetuai kempen pilihan raya, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Justeru, katanya, pemuda PKR - AMK harus bersedia memikul tanggungjawab berkenaan dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Rahsia kejayaannya adalah organisasi parti yang baik. Kempen mereka tidak ubah seperi malam ini, ada ucapan dan ada nyanyian.

"Ada nampak gayanya (malam ini), (Kita) ada ciri-ciri ni," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada anggota AMK.

Anwar: Tiada tempat untuk yang 'merengek' di AMK

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berada di barisan hadapan bagi memimpin perubahan (Islah) pada masa akan datang khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau juga menggesa AMK terus bekerja sedaya upaya dengan menyusun jentera serta turun ke akar umbi untuk berdepan dengan BN dengan penuh yakin pada pilihan raya umum itu.

"Kita perlu berubah, (pemimpin yang) tak yakin duduk di barisan belakang, (pemimpin yang) yakin duduk di barisan hadapan.

LL4G: Pidato Mohamad Sabu diarah dibatalkan

poster Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia, mohamad sabu not invitedPenampilan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai seorang daripada pemidato semasa pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi dibatalkan.

Menurut Harakahdaily, difahamkan pembatalan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah “mendapat tekanan” daripada Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas yang tidak mahu identitinya diumumkan.

Video Shamsul Iskandar : Rapat Anak Muda 13.0 AMK Suk Shah Alam

Video Saifuddin Nasution : Rapat Anak Muda 13.0 Shah Alam

Video Anwar : Rapat Anak Muda 13.0 Shah Alam

Lifeline4Gaza: Pidato Mat Sabu dibatal, didakwa kerana tekanan JPM....ha..ha...takut...!!

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza, misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin, yang dilancarkan malam ini oleh Datuk Seri Najib Razak, membatalkan acara pidato yang sepatutnya menampilkan penyertaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Selain Mohamad (gambar) yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras di sini juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili Barisan Nasional.