Sabtu, 11 Jun 2011

Hisham, Haris and the business linkages between the Umno families

Hisham, Haris and the business linkages between the Umno familiesYou cannot fault Hishamuddin Hussein for stating that he did not know what his brother is doing. As Home Minister, Hishamuddin is not obliged to track the going-ons of his own brother, yet it still is illogical for someone in his position to “not know” what his own brother is doing especially when it involves dealings with another government.
Haris Onn Hussein is no small time businessman. A Cambridge graduate with a Bachelor of Arts in Economics, he knows how to do business. This former accountant returned to Malaysia in 1992 and started work at DCB Sakura Merchant Bankers Berhad.
He has since moved on from being a salary earner to one who is paying out salaries. He is Managing Director of Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi), a partnership with Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) and Ekovest Bhd. Kesturi had successfully bid for the Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) project on a build-and-operate basis over a concession period of 34 years.

Kazakh trip, IPPs, Khir Toyo and Rosmah's handbag to dominate Parliament

Kazakh trip, IPPs, Khir Toyo and Rosmah's handbag to dominate ParliamentPrime Minister Najib Razak's recent Kazakhstan trip, lop-sided IPP agreements and former Selangor mentri besar Khir Toyo's RM6.5 million cash renovations are likely to top the list of questions to be asked when the mid-year Parliament session starts on Monday.
The seesion will last from June 13 to June 28, and Malaysians can expect a lively debate from the Pakatan Rakyat lawmakers led by Opposition Leader Anwar Ibrahim. However, whether Prime Minister Najib Razak's government will be as forthcoming with credible answers is less likely, gauging from past records.
Nonetheless, Pakatan MPs have vowed to get to the bottom of allegations that Najib and his wife had abused public money by timing an official visit with the engagement of their youngest daughter to the son of a wealthy and powerful Kazakh official.

What about a ‘Responsible Husbands Club’? So What...

Women are not sex slaves to be forced into submission and there is more to a marriage than just sex.
If Global Ikwan Sdn Bhd can form the “Obedient Wives Club” (OWC) to train wives to satisfy their husbands, then why not a club to teach husbands how to be responsible?

The aim of the OWC is to “make wives obedient and submissive”. But blaming the wives for the “infidelity and other weaknesses of men” is wrong. It is degrading for women and makes husbands appear insecure.
Some sections of the Malaysian community focus on the needs of men only, and ignore the well-being of women and children of society.
Why is the woman at fault when her husband misbehaves? Why should wives be “made” obedient and kept submissive? Wives are neither circus animals trained to perform tricks nor are they sex slaves to keep husbands happy.

Akta Kampung Baru: Pemilik masih ragu, Putrajaya jamin tidak abai mereka


KUALA LUMPUR, 11 Jun — Sementara pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru masih kelihatan ragu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar memberi jaminan Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru yang sudah dipinda — bakal dibawa ke Parlimen bulan ini tidak akan mengabaikan kebajikan mereka.
Ketua setiausahanya Datuk Ahmad Phesal Talib berkata kebanyakan bantahan dikemukakan pemilik dan pewaris telah pun diambil kira dan ditambah baik melalui pindaan dibuat.
Pindaan baru yang telah dipersetujui Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) dikekalkan, kekebalan perbadanan dari segi perundangan dalam Seksyen 51 telah dipinda dan keanggotaan dalam perbadanan ditambah untuk menambah penyertaan wakil penduduk.
“Kita telah pinda klausa yang dibantah pemilik dan pewaris tanah setelah kita mengadakan perbincangan dengan tiga badan utama Kampung Baru sebelum buat keputusan ini.
“Rang undang-undang dulu kini sudah dipinda, yang baru ini kita akan bentangkan di Parlimen... dulu bacaan kali pertama kita hanya baca tajuk (rang undang-undang) tetapi bacaan kali kedua kita baca tajuk dan kandungan sekali,” kata Ahmad Phesal kepada The Malaysian Insider selepas sesi penerangan rang undang-undang kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Atas A, Kampung Baru di sini.

Penduduk Kampung Baru memprotes rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru — Gambar fail
Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar. Selain Kampung Atas A, enam kampung lain adalah Kampung Atas B, Kampung Masjid, Kampung Hujung Pasir, Kampung Pindah, Kampung Paya dan Kampung Periok.
Hari ini merupakan hari terakhir sesi penerangan itu diadakan.
Justeru kata Ahmad Phesal, pemilik dan pewaris tanah tidak perlu bimbang akan kewujudan perbadanan kerana ia hanya membantu untuk menyelaras pembangunan di kawasan tanah milik eksklusif orang Melayu.

Menghimpit politikus terdesak menjelang PRU-13

Tanpa mengira parti politik, bagi segelintir pemain-pemain politik yang sebelum ini yang cuma tenggelam timbul, mulai kelihatan semula di dalam 'saf' paling hadapan-cuba meraih perhatian 'imam' masing-masing.
PETALING JAYA: Tatkala Presiden Umno yang juga Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun ABd Razak mengarahkan partinya itu mula mengadakan simulasi pilihan raya untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13), maka mengelupurlah politikus-politikus politik negara ini.
Bertambah meresahkan mereka, apabila spekulasi tarikh sebenar PRU 13 yang dikatakan akan diadakan tidak lama sahaja lagi iaitu pada Julai ini semakin bertiup kencang.
Tanpa mengira parti politik, bagi segelintir pemain-pemain politik yang sebelum ini yang cuma tenggelam timbul, mulai kelihatan semula di dalam ‘saf’ paling hadapan-cuba meraih perhatian ‘imam’ masing-masing.

Wang Felda untuk aktiviti politik

"Apa guna aktiviti politik kepada peneroka Felda? Melainkan supaya peneroka menyokong dan mengundi Umno," kata presiden anak peneroka Felda.
PETALING JAYA:  Beratus juta ringgit dibelanjakan pengurusan Felda untuk pelbagai aktiviti politik Umno, dakwa Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
“Saya boleh kata perbelanjaan untuk aktiviti politik di kawasan-kawasan Felda di seluruh negara  membabitkan perbelanjaan RM200 juta.
“Aktiviti politik begini antara menjadi punca Felda selalu tidak cukup wang untuk membantu peneroka.
“Apa guna  aktiviti politik kepada peneroka Felda? Melainkan supaya peneroka menyokong dan mengundi Umno,” katanya.
Kata Mazlan, sesetengah program tersebut tidak sepatutnya diadakan dan membabitkan peneroka Felda.

PAS Hormati & Muliakan Ulamak, UMNO Perbodoh & Pergunakan Ulamak


Mahfuz : Sayap Ulama Umno Hanya Retorik

SHAH ALAM 11 JUN : Cadangan pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan supaya parti pemerintah menubuhkan sayap ulama Umno bagi mengembalikan sokongan pengundi Melayu Islam yang kononnya hilang keyakinan terhadap PAS dilihat bersifat retorik semata-mata.

Naib presiden PAS, Mahfuz Omar berkata, selama ini kerajaan Umno-Barisan Nasional hanya menggunakan institusi agama untuk menghalalkan setiap tindakan mereka dan bukannya atas tujuan menjaga kebajikan rakyat.

Rasuah balak: Taib perlu ambil cuti hingga siasatan SPRM selesai

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Penasihat DAP Lim Kit Siang menasihatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud “mengambil cuti” sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menyiasat tuduhan rasuah balak yang dikaitkan dengan pemimpin veteran itu.
Lim berkata tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Taib disifatkan beliau sebagai “rasuah luar biasa” berhubung perkara itu.
Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengesahkan pihaknya sedang menyiasat Taib (gambar) berhubung dakwaan rasuah balak.
Beliau berkata, SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara itu.

Anwar turut serta Bersih 2.0 pada 9 Julai

PORT DICKSON: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan turut serta bersama-sama rakyat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai hadapan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur.
“Saya nak pesan tentang Bersih 9 Julai. Saya, Tuan Guru Haji Hadi dan YB Lim Kit Siang akan turut serta bersama-sama (berhimpun) menyatakan pandangan kita,” kata Anwar.
Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin pada Ceramah Perdana di Kampung Si Rusa, Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bersih 2.0 yang akan berlangsung 9 Julai ini di sekitar ibu negara diadakan kerana tuntutan Bersih terdahulu yang antaranya mahukan satu reformasi pilihan raya yang adil dan pembersihan daftar pengundi masih lagi belum dipenuhi SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR).

Dr M: Lihatlah PAS permainkan Islam

NONETun Dr Mahathir Mohamad meminta orang Melayu membuka mata melihat PAS "mempermainkan Islam" dengan "menggugurkan" perjuangan negara Islam kerana ingin mendapat undi bukan Islam.

"Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan negara Islamnya," katanya.

Menurut Dr Mahathir (kiri), Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz sendiri yang berkata, yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada negara Islam.

"(Justeru) untuk kemenangan pilihan raya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS," katanya.

Usaha Najib nak lagakan PAS-DAP akan gagal, kata Guan Eng


KUALA LUMPUR, 11 Jun — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai “batu api” kerana cuba melaga-lagakan PAS dengan parti itu ekoran keputusan pemilihan parti Islam itu minggu lalu.
Semalam Najib berkata keputusan pemilihan PAS yang memihak kepada golongan profesional adalah kemenangan kepada DAP kerana parti itu berjaya “mempengaruhi” parti Islam itu mengubah dasar memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.
“DAP telah berjaya dalam mengubah perjuangan PAS,” kata perdana menteri .

Teladan: Tun M tak layak jadi contoh

KEPALA BATAS, 11 Jun: Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak layak untuk dijadikan contoh dan pemimpin teladan walaupun telah memimpin negara selama 22 tahun.
Malah beliau juga bukan saja menolak hukum Islam yang cuba dilaksanakan oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, tetapi memperlekehkan hukum Islam apabila mengugut akaan menggunakan pelbagai cara serta peruntukan bagi menghalang pelaksanaan hukum itu.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamamd Nizar Jamaluddin (gambar) berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di padang awam, Penaga, Kepala Batas malam tadi.
Katanya lagi, ini juga membuktikan Umno yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika itu, jelas menolak hukum Islam dan sekaligus membuktikan kepimpinan mereka bukan saja memperkecilkan kemampuan undang-undang yang menjadi tuntutan syarak sepertimana yang terkandung dalam Al Quran.

'Lu apa kuasa ambil gua punya IC?'

Pengurus bank Hiew Kok Ming, ditahan, digari dan ditahan tiga hari di lokap ibu pejabat trafik Melaka Tengah akhir bulan lalu hanya kerana tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Bagaimanapun, beliau dituduh menghalang polis daripada menjalankan tanggungjawabnya.

Negara Berkebajikan: Umno tidak lena tidur

Najib tak faham negara berkebajikan PAS

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perdana menteri sebenarnya tidak faham konsep 'negara berkebajikan', apabila mendakwa PAS mahu meniru BN.

Tegasnya, negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS jauh berbeza dengan apa yang didakwa oleh Umno BN bahawa mereka sudah mengamalkannya sejak sekian lama.

Malah PAS tidak pernah menganggap Umno BN mengamalkan konsep itu dengan tekanan ekonomi termasuk kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi yang terpaksa ditanggung rakyat.

Negara berkebajikan: Siapa nak tiru siapa

TASEK GELUGOR, 11 Jun: PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan.
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika ditemui di majlis minum pagi di perkarangan Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Komoniti (JKKK) Sungai Dua pagi tadi sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib menyaran PAS agar tidak meniru Umno untuk mewujudkan negara berkebajikan kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Sebaliknya, kata Tuan Ibrahim, Negara Berkebajikan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar baru-baru ini mempunyai agenda tersendiri dan jauh daripada anasir buruk sepertimana yang dilakukan kerajaan pimpinan Najib.

BN dan Pakatan mula lumba, PAS diminta tubuh panel rangka negara kebajikan

KUALA LUMPUR, 11 Jun — PAS perlu segera mengadakan jawatankuasa pemandu merangka konsep negara berkebajikan memandangkan kedua-dua kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat berebut-rebut cuba membuktikan mereka berada di depan dalam agenda tersebut, kata mufti Perlis.
“Saya gembira melihat kerajaan dan pembangkang berebut-rebut cuba membuktikan agenda merekalah terbaik untuk kebajikan rakyat.
“(Oleh itu) saya ulang sekali lagi desakan agar PAS segera tubuhkan jawatankuasa pemandu negara kebajikan mereka untuk merealisasikan bentuk dan hala tuju berkenaan agar selari dengan Islam dan jelas kepada rakyat,” kata Dr Juanda Jaya dalam satu kenyataan SMS hari ini.
Tokoh agama itu yang sering mengikuti dengan dekat isu membabitkan parti-parti politik negara ini berpendapat, “ini kemuncak pertembungan untuk meraih sokongn atas seriusnya agenda perubahan bagi membela rakayt.”
Menurut Juanda, jawatankuasa itu perlu inklusif dan dianggotai oleh ahli-ahli politik, ulama dan pemikir yang aktif dan realis dalam mengetengahkan kebajikan rakyat.
“Ini sepatutnya jadi teras PAS sekarang kerana momentum kesedaran rakyat sedang amat kuat. Kerajaan sekarang juga akan berusaha buktikan merekalah juara kebajikan dan mereka pasti akan buat perkara lebih banyak lepas ini untuk bersaing,” katanya.
Sehubungan itu kata beliau, PAS perlu membuktikan yang mereka mampu buat lebih daripada kerajaan yang ada dan jangan ia “disejukkan oleh asakan balik Umno bahawa PAS tidak praktikal.”
“Ketepikan sekejap program-program kurang utama. Pelan induk itu nanti akan jadi satu model standard bagi penceramah PAS jelaskan dasar parti. Bukannya masing-masing penceramh ada tafsiran sendiri seperti yang telah berlaku kepada konsep negara Islam sebelum ini,” katanya.
Ahad lalu, Juanda juga melahirkan harapan agar PAS akan membentangkan segera konsep negara berkebajikan yang disentuh oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada 3 Jun lalu.
Muktamar PAS kali ini dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema “membangun negara berkebajikan”, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.
Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 minggu lalu, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk “negara Islam”, isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.
Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama “negara Islam” itu semata-mata.
“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.
“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya.

Negara berkebajikan, mesra pelabur

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Konsep 'negara berkebajikan' yang mahu dilaksanakan PAS jika diberi mandat memerintah negara bersama rakan Pakatan Rakyat, diyakini mampu menarik minat pelabur asing melabur di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, minat pelabur itu akan didorong oleh keyakinan mereka terhadap pengurusan ekonomi negara yang sihat iaitu bebas rasuah, tiada salah guna kuasa dan berintegriti seperti yang dianjur Islam.

Hasil dari pengamalan urus tadbir yang baik itu juga, sekaligus akan menambah pendapatan negara.

"Dalam negara berkebajikan, cukai dipungut mengikut perkembangan, rasuah tidak ada, pelabur suka datang.

"Dengan sendiri hasil negara bertambah. Ini caranya," katanya melalui laman Facebook.

Beliau menjelaskan demikian dipercayai sebagai menjawab persoalan yang ditimbulkan pemimpin Umno BN berhubung konsep negara berkebajikan yang menjadi tema ucapan dasar presiden PAS pada Muktamar parti itu yang ke 57 minggu lalu.

Video : Tiada Maaf Bagi Mu, PAS Beritahu Umno

Video : Dasar Bantuan Pelajar PR Telus

Video : MP Ipoh Timur Mahu Kematian Sarbani Dibahas Di Parlimen

Video : Kazakhstan Najib Harus Beri Pengakuan Benar

Ubahsuai rumah RM6.5 juta, gaji MB lapan tahun pun belum mampu- Shuhaimi


KUALA LUMPUR: Belanja RM6.5 juta yang digunakan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo untuk mengubahsuai kediaman mewahnya, tidak akan mampu ditanggung meskipun beliau menjawat jawatan itu lapan tahun berturut-turut.
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, pendedahan itu menunjukkan kekayaan dan jumlah aset melampau yang dimiliki Khir, sekaligus mengambarkan pentadbiran Umno yang korup.

Mari kutuk fitnah bangang bloggers UMNO

Fitnah terbaru! Skandal Mat Sabu dan Cikgu Mala pulak

USAHA gerombolan songkok tinggi atau nama barunya gerombolan video lucah dilihat begitu jelas cuba menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada pemimpin Pakatan Rakyat dengan dakwaan-dakwaan skandal lucah.

Umno-BN terus serang ‘negara berkebajikan’ PAS


GOMBAK, 11 Jun — Umno meneruskan serangan ke atas konsep negara berkebajikan yang diketengahkan PAS minggu lalu dengan mendakwa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sudah pun melaksanakan dasar-dasar bersifat kebajikan sekian lama.
Terbaru malam tadi, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, antara contoh kerajaan menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah negara berkebajikan ialah dengan membayar pelbagai subsidi keperluan harian.
Beberapa jam sebelum kritikan itu, Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri dan pengerusi BN menyerang konsep diutarakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamarnya minggu lalu.

Piala FA: Kelantan PAS atau Kelantan Umno?

Oleh HARIS ZALKAPLI

Pasukan bola sepak Kelantan akan bertemu Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Kuala Lumpur malam ini.

Dalam suasana politik yang menyentuh dan menyelinap ke seluruh pelusuk kehidupan pada masa kini, perlawanan ini menjadi satu isu sentral dalam wacana politik popular negara ini.

Seperti juga perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2009 dan 2010, simbol politik akan dapat diperhatikan secara meluas menjelang, semasa dan selepas perlawanan Kelantan dan Terengganu malam ini.

Penyokong PAS umumnya mengaitkan Kelantan dengan parti itu, disebabkan penguasaan PAS lebih 20 tahun di negeri itu.

Dewan Ulama sokong PAS bertanding kerusi bandar

Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfoz Mohamad berkata, kerusi majoriti Melayu bukan lagi aset kepada PAS.
PETALING JAYA: Dewan Ulama menyokong untuk meletakkan calon parti itu bertanding di kawasan campuran di kawan bandar dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.
Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfoz Mohamad berkata, kerusi majoriti Melayu bukan lagi aset kepada PAS.
Dalam Pakatan Rakyat kerusi campuran ditandingi oleh PKR, kerusi majoriti Cina oleh calon DAP, manakala kawasan majoriti Melayu oleh calon PAS.
“PAS sukar menang bertanding di kawasan luar bandar, jadi boleh mencuba bertanding di kawasan bandar yang pengundinya bercampur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Probe on Taib: ‘Sarawak’s image unaffected’

The people should not prejudge the on-going investigation because reports about the chief minister are still mere allegations, according to the state BN.
KUCHING: The Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) investigation on Chief Minister Abdul Taib Mahmud over allegations of timber corruption will not affect the image of Sarawak, especially internationally.
State Barisan Nasional (BN) secretary-general Stephen Rundi said the people should not prejudge the on-going probe as any report or information on the matter remained allegations until proven otherwise by the authority concerned.
“Yes, I believe he (Taib) is innocent,” Rundi, who is also Public Health and Public Utilities Assistant Minister, told reporters after opening the Sarawak Health, Wellness, Beauty and Halal Expo 2011, here, today.

Najib dan kelab diktator Asia Tengah

Malaysia sedang menyaksikan peningkatan hubungan dengan Kazakhstan, negara bekas Soviet kaya minyak dan gas di Asia Tengah.

Hubungan Malaysia dengan Kazakhstan, dan hubungan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev bakal memasuki satu era baharu yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Hubungan rapat yang bakal bermula ini memberi implikasi yang besar kepada Najib dan Malaysia, dari pelbagai sudut terutama perniagaan dan politik.

PAS ganti Umno, Umno ganti PAS

PAS kini dilihat semakin bergerak ke tengah dalam spektrum ideologi, berubah menjadi semakin liberal dan inklusif.

Walaupun kenyataan ini masih tertakluk kepada perjalanan sejarah yang panjang, ia satu akibat yang semakin boleh dibayangkan dan difikirkan.

Agamawan dalam PAS masih mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat akar umbi, dan dijangka akan memberikan respons kepada hasil pemilihan yang baru berlangsung.

Walau bagaimanapun, dalam sejarah panjang kedua-dua PAS dan Umno, dapat diperhatikan perubahan pendekatan dan haluan parti-parti mewakili Melayu-Muslim utama di negara ini.

Kelab Isteri Taat cetus kontroversi untuk cari publisiti

Kalau saya tidak salah, mereka adalah cabang dari kumpulan Al-Arqam kerana berasal dari kelompok Ikhwan Global," kata Dr Mashitah Ibrahim.
KOTA BARU: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata Kelab Isteri Taat cuba mencetuskan kontroversi untuk meraih publisiti dan mencari populariti bagi menarik lebih ramai ahli menyertai kelab itu.
Beliau berkata kewujudan kelab itu juga menimbulkan tanda tanya kerana ia dibimbangi menjadi kelab yang digunakan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej ‘taat’ kepada golongan isteri dengan cara yang salah.
“Kalau saya tidak salah, mereka adalah cabang dari kumpulan Al-Arqam kerana berasal dari kelompok Ikhwan Global.

Malaysia developing a gambling culture

The menace of both legal and illegal gambling is casting a long shadow over the country.

Towards late last month, Johor police squashed an illegal 4D syndicate that reportedly was raking in RM500,000 monthly, and also arrested 23 suspects in yet another of a growing list of raids conducted from time to time that bears testimony to the fact that a gambling culture has spawned in Malaysia.
If we have become quite used to reading about these raids, not only are illegal 4D syndicates the target of police, also ubiquitous now are Internet casinos operating under the guise of cybercafés that are beginning to attract hordes of gamers.
In quite a number of neighbourhoods, there is usually now a cybercafé operating an Internet casino. While it is anybody’s guess how much the government is losing in revenue from this illegal activity, as calls to legalise Internet gaming have been made by certain quarters, the authorities are now caught between the devil and the deep blue sea.

MB: Aset air Selangor RM12 bilion, BN buat silap besar


Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion. — Gambar oleh Jack Ooi
SEPANG, 11 Jun — Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion dan rakyat akan terus menikmati pemberian bekalan 20 meter padu air percuma setiap bulan selagi Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.  Kata Menteri Besar Selangor, kerajaan pimpinannya telah melakukan kajian mengenai nilai sebenar aset air ekoran kegagalan pentadbiran BN menentukan nilai yang tepat semasa mereka memerintah negeri itu selama lima dekad.
“Kita telah memperuntukkan sebanyak RM760,000 untuk mengkaji nilai aset air di Selangor dan saya telah dimaklumkan nilai sebenar aset air kita berjumlah RM12 bilion yang mana sebelum ini BN mengatakan ia bernilai RM1 bilion sahaja.
“Inilah silap besar BN, mereka salah kira tapi kita tidak... kita semak balik, pening juga kita, dengan jumlah yang ada ini kalau kita jual RM1 bilion aset air ini rakyat boleh mendapat air percuma lebih daripada lapan tahun,” katanya pada ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini.

Slowly but surely, Malays awake from their Umno-induced nightmare

Slowly but surely, Malays awake from their Umno-induced nightmareA teary eyed UMNO has continuously begged PAS to reunite since the last 2008 GE, where UMNO has seen a drastic drop of support. Unable, to understand PAS’s stubborn attitude, one of the leading scions of the party Mukhriz Mahathir said the offer was made out of ‘sincerity’ for Malay and Islamic Unity, and had nothing to do with Politics.
His dad, Dr Mahathir, also made a surprising reappearance after a serious illness barely a fortnight ago to discredit DAP chairman Karpal Singh as the person who stands to gain the most from PAS' latest emphasis on a welfare state. He pointed out that Karpal would not have to worry about PAS stepping over his dead body anymore, as the party seems to have lowered its their fervour to implement Islamic Rule. This sickening analysis serves to remind Malaysians how Father and Son can team up to deceive the public with their scheming gutter politics.

Tiada Sebab PAS Perlu Minta Maaf Kepada UMNO


Kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) menegaskan bahawa tiada keperluan untuk pihaknya memohon maaf kepada Umno berhubung prinsip perjuangan parti itu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam menuntut PAS meminta maaf kepada Umno kerana melemparkan pelbagai tuduhan, gelaran, termasuk melabelkan parti itu sebagai kafir kerana tidak memperjuangkan negara Islam.

Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub berkata PAS akan terus memperjuangkan Negara Berkebajikan walaupun ia menimbulkan keresahan Umno yang khuathir pengaruhnya di kalangan pengundi Melayu akan terhakis lagi.

The difference between Rosmah and Imelda: Rosmah's handbag costs more

The difference between Rosmah and Imelda: Rosmah's handbag costs moreWhy does Prime Minister Najib's current wife always get into the news circuit for all the wrong reasons and all the time? Indeed it is mind boggling. Could it be that she was born under an unlucky star and the rakyat (populace) are absolutely wicked devils?
If she carries out a task, there is a flaw. If she opens her mouth - be it in response to a global-scale disaster or at some local political rally, she fouls up easily. If she goes on an overseas trip she trips all the time. And now, the latest that is riling up the rakyat - her million-ringgit handbag.
When and where in the five-dacade history of Malaysia did we witness the Prime Minsiter's wife facing so much of criticism and ridicule? Yes, none. And so why is Rosmah seen to be saying and doing all the wrong things and on that account also not seen to be saying and doing all the right or widely accepted things?

Video seks: Individu sebar VCD dapat perlindungan khas, dakwa Anwar


SEPANG, 11 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa individu menyebarkan VCD lucah yang dikaitkan dengan dirinya mendapat “perlindungan khas” ekoran kegagalan pihak berkuasa membuat sebarang tangkapan sehingga kini.
“Siapa tauke besar di Malaysia boleh edarkan VCD lucah ini? Sudah tentu dia tauke besar... siapa yang buat ini sudah tentu diberikan perlindungan dan jaminan.
“Apa jaminannya? Untuk jatuhkan Anwar Ibrahim, selepas kes liwat tidak berjaya sekarang video seks pula,” katanya pada pada ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini, malam tadi.

Umno dicadang tubuh Ulama SUU

Oleh: amkns

Nampaknya Umno memandang serius penubuhan Ulama SUU, iaitu Sayap Ulama Umno. Apakah ianya akan menjadi kenyataan penubuhan Ulama SUU ini?


Sayap ulama boleh jadi penasihat UMNO Utusan Malaysia 10 Jun 2011
KUALA LUMPUR 9 Jun - UMNO menyifatkan cadangan penubuhan sayap ulama sebagai satu usaha yang baik kerana golongan itu dapat membantu memberi panduan dalam pengendalian aktiviti parti supaya UMNO dilihat lebih serius menerapkan nilai-nilai Islam dalam agenda dan perjuangannya. 
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sayap ulama juga boleh bertindak sebagai badan yang secara berkala memberi nasihat kepada pelaksanaan dasar-dasar parti. 
Bagaimanapun katanya, jika cadangan itu direalisasikan, kedudukan ulama perlu dipastikan sesuai dengan peranan yang ditentukan Islam termasuk nasihat yang diberikan mengikut hukum Islam sebenar tanpa dipengaruhi oleh kepentingan politik. 

Benarkah Najib, Rosmah dan UMNO mahu Negara Islam?

Oleh: wfauzdin_ns

"

SERANGAN puak sekutu Apco dengan gerombolan pencacai mereka kini tertumpu kepada PAS setelah mereka kecewa menyerang PKR dan DS Anwar. Cita-cita PAS untuk mewujudkan Negara Berkebajikan dijadikan modal besar mereka untuk memburukkan imej PAS seolah-olah Umno terlalu rindu dan kepingin kepada sebuah Negara Islam.

Pemimpin Gerakan Akan Turut Serta "Perhimpunan BERSIH" 9 Julai


Pemimpin Gerakan akan hadir perhimpunan BERSIH

Walaupun pengerusi Gerakan Kedah Cheah Soon Hai, semalam, melabelkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai 'lawak bodoh yang tidak bermanfaat', namun rakannya di Pulau Pinang akan menyertai acara itu bersama sekumpulan peguam.

Menurut ketua biro hak asasi dan undang-undang Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, beliau bersama 10 peguam lain dari negeri itu akan menyertai Majlis Peguam memantau perhimpunan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Mat Sabu atau Shafie Nor yang nak tunjuk belang?

Oleh: TinBuruk

"

Saya terbaca satu blog baru lahir. Hampir sama lahirnya blog ini. Penulis blog ialah Shafie Nor seorang wartawan veteran yang berkhidmat di era Tun Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kemenangan Mat Sabu dan beberapa harapan baru

Oleh Dinsman
Keputusan pemilihan pimpinan PAS yang baru sempena Muktamar tahunannya yang berlangsung di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar, Kuala Lumpur 4 Jun, adalah suatu yang sangat menarik. Barangkali boleh juga disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa, yang menjanjikan atau memberikan beberapa harapan baru.


Bukan sahaja kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presidennya yang menewaskan Nasharudin Mat Isa (penyandang jawatan yang dikatakan sangat disenangi oleh Presiden dan kumpulan PAS Trengganu itu) dan Tuan Ibrahim Tuan Man, tetapi juga kemenangan tiga orang Naib Presiden yang ketiga-tiganya bukan dari golongan ulama, dan juga sebilangan besar Ahli Jawatankuasa Pusat, khasnya empat orang yang mendapat undi tertinggi, juga bukan dari golongan ulama.

Video : Umno Hanya Tinggal Satu Senjata Mat Sabu

Laporan Isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

Oleh: Muhammad Sanusi Md Nor
Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Kedah

Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjhttp://thestar.com.my/archives/2008/8/25/north/KUIN2.jpgaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.

Ku Li mahu Putrajaya tubuh suruhanjaya siasat konsesi IPP

GUA MUSANG, 10 Jun — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat konsesi syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) — yang membekalkan kuasa kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.
Sejak kebelakangan ini banyak pihak juga meminta kerajaan agar mendedahkan perjanjian IPP, yang didakwa berat sebelah, kepada umum.
Pemimpin veteran ini berkata kandungan perjanjian IPP menyebabkan TNB menanggung kos perbelanjaan yang tinggi, sekali gus membebankan kehidupan rakyat.