Jumaat, 10 Jun 2011

Negara berkebajikan ala Najib terus tekan rakyat?

Oleh Sofi Wahab
 
Presiden Umno, Najib Razak berkata, perjuangan menjurus kepada negara kebajhttp://1.bp.blogspot.com/_8Gjr2U_ybyc/SdZALRb3ujI/AAAAAAAAAcQ/gvNdSe9Q0Ow/s400/Najib+Razak.jpgikan "yang baru terfikir oleh PAS" sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Bernama memetik Perdana Menteri berkata, PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan.


Benarkan negara Malaysia sekarang negara berkebajikan.?

Isu Negara Berkebajikan serlah hipokasi Umno

Oleh: Mat Zain Mat Isa
Rasanya tidak ramai orang berakal akan mudah percaya jika dikatakan bahawa Umno sangat serius menjadikan pemerintahan ditunjanginya kini selari dengan tuntutanhttp://4.bp.blogspot.com/-cXJDrpGCS4M/Teris3-w1BI/AAAAAAAAA-E/yur_iBIkSuM/s1600/Kartun%2BHarakah%2BMembangun%2BNegara%2BBerkebajikan.jpg ajaran Islam. Bukan sahaja sukar mempercayainya, bahkan mungkin ada yang tergelak atau tersenyum sinis.
Sebab itu teramat janggal apabila tiba-tiba para pemimpin parti asobiyah itu kini riuh mempertikaikan kenapa PAS tidak lagi mencanangkan penubuhan Negara Islam.

Kononnya apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memilih ‘Membangun Negara Berkebajikan’ sebagai tema ucapan dasarnya minggu lalu, ia menandakan parti itu sudah meninggalkan matlamat menubuhkan Negara Islam yang sekian lama diperjuangkannya.

Negara Berkebajikan turut fokus golongan muda

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Golongan muda di negara ini tidak perlu ragu-ragu untuk menyokong PAS kerana agenda Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS meliputi kesemua golongan, dengan sebahagian daripadanya turut terfokus kepada golongan muda.
Antara fokus untuk golongan muda dalam agenda negara berkebajikan PAS termasuk usaha-usaha yang akan dilakukan bagi membolehkan mereka, termasuk lepasan universiti, mendapatkan pekerjaan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menjelaskan, selain itu, antara agenda negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS akan turut berusaha mendapatkan rumah kepada golongan muda dan membantu para pelajar mendapatkan biasiswa.

Media elektronik diminta untuk hebahkan maklumat tarif elektrik baru

Pengamal media elektronik diminta untuk "menyebarkan maklumat tentang kenaikan tarif elektrik", menjelaskan kewajaran di sebaliknya kepada khalayak ramai.  Seorang pengamal media yang enggan namanya dilaporkan, memberitahu MerdekaReview bahawa "pihak berkenaan" yang telah merasai bahang rungutan rakyat itu, kini berharap agar media berkata sesuatu yang baik untuk dirinya.
Media elektronik, termasuk stesen televisyen dan radio, menerima surat rasmi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertarikh 7 Jun 2011.  Dalam surat tersebut, pengamal media diminta kerjasama untuk "menghebah dan mewar-warkan maklumat tarif elektrik baru Tenaga Nasional Berhad", yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.

Forum "Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan"

Pergolakan politik tanahair kebelakangan ini amat menarik, terutamanya apabila pemimpin yang ingin membawa perubahan dalam PAS (dilabel "Erdogan") menang dalam pemilihan parti yang diadakan, baru-baru ini.  Kemenangan ini diibaratkan sebagai garis pemisah yang penting dalam proses "transformasi" PAS.
Sekali imbas, "transformasi", "reformasi" menjadi istilah yang kerap terkeluar dari bibir - selepas politik tanahair dilanda "tsunami politik".  Ia mencerminkan realiti politik Malaysia, yang mahu menuju ke arah "pertengahan" dalam kemajmukan - untuk membentuk sesebuah masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama yang sejahtera.  Idea ini dikongsi bersama, dan pemerintah mahupun pembangkang berebut-rebut untuk menampilkan diri sebagai pendokong idea tersebut.

Pengajaran daripada isu Lynas: KPRU tuntut kerajaan segerakan penggubalan FOI dan mantapkan Akta Alam Sekitar

Sementara menunggu keputusan laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengimbas kembali perkembangan isu pembinaan kilang tanah nadir (rare earth) oleh Lynas Corp serta mengulas dengan lebih lanjut beberapa perkara penting yang mungkin diabaikan khasnya oleh pihak media massa.
Lynas sebenarnya bercadang memulakan pembinaan kilang pemprosesan tanah nadir yang bernama Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan sejak tahun 2008 dan mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dengan segera pada ketika itu.  Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyifatkan kelulusan projek sebagai "fast-track approval". Hal ini kerana JAS meluluskan projek pada 15 Februari 2008 walaupun hanya mendapat Laporan Awal Kesan Alam Sekitar (PEIA) pada 21 Jan 2008.<1><2> Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pula memberikan kelulusan kepada Lynas dalam tempoh 1 hari.<3>

Video - Persepsi : Kabinet Pilihan Raya (Hard Talk bersama Mohamad Sabu)

Kenyataan Soi Lek bukti 1Malaysia gagal

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) disingkirkan daripada 1Malaysia ciptaan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan konsep itu gagal sama sekali.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berpendapat Perkasa yang diterajui oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu sebenarnya hanyalah ‘topeng’ kepada Umno yang sememangnya sebuah parti perkauman.
Katanya, tindakan mereka yang ekstrem serta melaungkan hanya semangat kemelayuan jelas bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang mana bertujuan untuk menyatukan semua kaum di kalangan masyarakat majmuk di dalam negara ini.
Chua dalam wawancaranya bersama Malaysiakini menyatakan bahawa  1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Harapan Chua: 1Malaysia singkir PERKASA..projek APCO dalam proses kegagalan....!!!

Sejak 1Malaysia 'dilahirkan' dua tahun lalu, ia mendapat pelbagai reaksi - sesetengah memuji, tidak kurang yang mencemoh dan ada pula yang tidak ambil kisah.

Cabaran getir menanti pasukan Nik Aziz-Abdul Hadi

TIDAK sampai dua minggu lagi kita akan menyambut ulang tahun ke sembilan pemergian Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor, mantan Presiden PAS yang kembali kerahmatullah pada 23 Jun 2002.
Pemergian Almarhum, yang jasadnya dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah, harus diperingati, bukan untuk meratapinya dengan kesedihan semata-mata. Yang paling penting nilai perjuangan yang beliau sumbangkan terlalu besar ertinya kepada PAS.
Selepas Ustaz Fadzil Noor mengambil alih jawatan Presiden (ketika itu Yang Dipertua PAS Pusat) daripada Almarhum Ustaz Yusof Rawa pada tahun 1989, kepimpinan dan ahli PAS yang menjalani tarbiyah serta pemulihan (di zaman Ustaz Yusof 1983-1989), semakin diperkukuhkan.
Untuk rekod Ustaz Yusof meninggal dunia pada 28 April 2000 setelah uzur selama beberapa tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Gelugor, Pulau Pinang, pada kira-kira pukul 7.00 pagi, pada usia 78 tahun.

Guan Eng: Hentilah bohong diri sendiri, MCA

NONEKerajaan Pulau Pinang menafikan dakwaan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek bahawa negeri itu kini mengalami belanjawan defisit ekoran 'kenaikan' tarif air domestik sebanyak 20 peratus.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng (kanan) sebaliknya berkata, negeri itu tidak pernah mempunyai rekod belanjawan lebihan atau surplus tiga tahun berturut-turut sejak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada BN pada 2008.

Sehubungan itu, merujuk wawancara Chua dengan Malaysiakini semalam, Lim berkata "MCA harus berhenti daripada terus melakukan pembohongan kepada diri sendiri" berhubung perkara itu.

Entah Dari Dunia Mana : Mashitah ragui Kelab Taat Suami, dakwa keliru rakyat...kelab " Pelacur Terhormat "

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menter Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata Kelab Taat Suami cuba mencetuskan kontroversi untuk meraih publisiti dan mencari populariti bagi menarik lebih ramai ahli menyertai kelab itu.
Mashitah berkata, kewujudan kelab itu juga menimbulkan tanda tanya kerana ia dibimbangi menjadi kelab yang digunakan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej “taat” kepada golongan isteri dengan cara yang salah.
“Kalau saya tidak salah, mereka adalah cabang dari kumpulan Al-Arqam kerana berasal dari kelompok Ikhwan Global.

Umno sanjung ulama hanya lakonan

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Para pemimpin Umno tidak perlu menonjolkan mereka menyanjungi ulama dengan membuat kenyataan demi kenyataan dalam akhbar milik umno, Utusan Malaysia kerana sikap mereka sudah diketahui dengan jelas hanyalah lakonan semata-mata.
Mereka juga tidak perlu menuduh para pemimpin dan ahli-ahli PAS kini menolak ulama kerana tujuan sebenar mereka sudah diketahui dengan nyata hanyalah untuk melaga-lagakan antara sesama pemimpin PAS.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, sekiranya para pemimpin Umno terus memainkan isu ciptaan mereka itu, mereka tetap kecewa kerana para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri sudah amat faham perkara itu.
Menurut beliau, ahli-ahli PAS sendiri sudah sekian lama memahami sikap sebenar para pemimpin dan ahli-ahlli Umno selama ini yang tidak pernah menyanjungi ulama, malah sentiasa memperlekehkan golongan ulama.

Mat Zain: Panel SPRM tiada kuasa bebas AG

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membidas panel Semakan Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana membebaskan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail daripada sebarang salah laku ketika menunaikan ibadah haji dengan seorang lelaki yang mencurigakan bernama Shahidan Shafie.

Sampai bila pun Umno tak faham perjuangan PAS

PARIT BUNTAR, 10 Jun: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendakwa PAS hilang konsistensi dalam isu menjaga ketekalan dasar perjuangan parti.
Baginya, apa yang diperkatakan oleh Khaled membuktikan sekali lagi bahawa Umno sangat resah dan gelisah dengan perkembangan terbaru dalam PAS.
“Saya rasa sampai bila pun pemimpin Umno tidak akan faham dengan perjuangan parti PAS kerana parti tersebut selesa dengan situasi berada di bawah tempurung besi, jauh sekali untuk memahami apa yang diperjuangkan oleh PAS.
“Kalau saya bertanyakan kepada Khaled tentang apa yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh Umno dia pun tidak mampu jelaskan, bagaimana beliau menyibuk untuk mengulas mengenai PAS,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Insiden Glenmarie: Keluarga mangsa tolak inkues, gesa anggota polis didakwa

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Pemimpin PKR dan aktivis peguam yang mewakili keluarga mangsa hari ini menolak langkah polis Selangor yang mahu mengesyorkan agar diadakan inkues berhubung kematian tiga remaja di Glenmarie dekat Shah Alam Disember lalu, yang mereka dakwa mati akibat ‘tembakan membunuh’ pasukan keselamatan itu.
Sebaliknya mereka mahu anggota polis yang terlibat dihadapkan di mahkamah.
“Merujuk kepada pengumuman Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah (pagi ini) bahawa polis telah memutuskan untuk memanggil satu inkues berhubung kejadian menembak mati Mohd Shamil Hafiz, Hairul Nizam Tuah dan Mohd Hanafi Omar, bagi pihak keluarga mangsa, kami menolak keputusan memanggil pembunuhan ini,” kata dua naib presiden PKR N Surendran dan Nurul Izzah Anwar serta seorang lagi peguam dari Lawyers for Liberty, Fadia Nadwa Fikri dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Surendran (gambar) juga merapakan anggota Lawyers for Liberty.

Tembak mati remaja: Polis cadang tubuh inkues

Polis mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya mengadakan inkues bagi menyiasat kejadian tembakan di Glenmarie pada November tahun lalu yang dikatakan dalam keadaan yang mencurigakansehingga mengakibatkan tiga pemuda ditembak mati.

NONEKetua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis masih belum menyelesaikan siasatan mereka berhubung perkara itu, meskipun kejadian berlaku lebih enam bulan lalu.

“Tidak wajar bagi polis mengulas lanjut berhubung kes itu kerana kami akan mencadangkan supaya inkues diadakan,” kata Tun Hisan.

“Namun, tindakan polis adalah semata-mata untuk menahan suspek. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana ia mungkin menjejaskan inkues yang dicadangkan itu,” katanya.

Ditanya mengapa siasatan yang dijalankan sebegitu lama tidak siap, Tun Hisan berkata anggotanya terpaksa mengumpulkan laporan daripada pelbagai jabatan.

Kes Aminulrasyid: Mahkamah tolak laporan polis Jenain


SHAH ALAM, 10 Jun — Laporan polis Koperal Jenain Subi tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan kes Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati awal tahun lalu, demikian diputuskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.
Dalam keputusannya, Hakim Latifah Mohd Tahar berkata pihak pendakwa seharusnya telah mengemukakan laporan itu sebelum bermulanya perbicaraan, bukannya sekarang.
“Mahkamah mendapati pihak pendakwa tidak mematuhi Seksyen 51(a) (Kanun Keseksaan)... pihak pendakwa seharusnya telah mengemukakan kesemua dokumen agar pihak pembela tahu apa yang akan digunakan terhadap tertuduh,” kata hakim.
Bulan lalu, pihak pendakwa mengambil langkah untuk mengemukakan laporan polis Jenain (gambar) sebagai bahan bukti, yang dibuat selepas remaja itu ditembak mati, untuk menunjukkan percanggahan keterangan dan mendakwanya.

'Skandal' seks: Tak apa, kisah lama, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya.

NONEIni kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."

Kes video seks: Tiada perkembangan, tangkapan..ha..ha..pengedar video seks halal...!!!

Kes video seks: Tiada perkembangan, tangkapan
Polis masih belum mempunyai sebarang petunjuk baru atau membuat tangkapan berhubung pengedaran VCD lucah yang memaparkan aksi seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang seperti yang dipertontonkan oleh trio 'Datuk' kepada wartawan.

Video - Perception : The Rising Cost of Living

PM risik kahwin anak di Kazakhstan, Dr Dzul pertahan pendirian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa mengatur majlis risikan  pertunangan dan perkahwinan anak perempuannya di Kazakhstan dan dalam masa yang sama hadir di negara itu atas urusan rasmi negara.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad semalam mempertahankan dakwaannya bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur menggunakan wang rakyat untuk urusan peribadi.
Pasangan itu sebelum ini dilapor menyertai Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) tetapi juga dikatakan hadir untuk membincangkan majlis pertunangan anak perempuan mereka dengan anak seorang pemimpin negara itu.

BN sengsara mahu pikat undi Tionghua

AMPANG, 10 Jun: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, kaum Tionghua memainkan peranan yang besar dalam politik negara sebenarnya.
Malahan, undi 80% kaum Tionghua di Ampang telah memberi kemenangan kepadanya dan PKR sewaktu Pilihanraya Umum 2008 lalu.
Katanya, perubahan yang dibawa kaum Tionghua jelas sudah menakutkan MCA dan BN.
Justeru, beliau yakin, taktik kotor BN yang dikepalai oleh Umno dengan memainkan isu video lucah fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak memberi kesan kepada undi kaum Tionghua.

Kantoi : 1Malaysia, tapi tiga peraturan pendaftaran JPN

Kegagalan percubaan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya untuk mendaftarkan bangsa anak perempuan mereka sebagai 'Anak Malaysia' sebenarnya mendedahkan kepincangan sistem pendaftaran negara.

BN mahu banteras rasuah, rakyat senyum kambing

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, Pakatan Rakyat komited melakukan reformasi seperti yang digaris dalam kerangka dan dasar yang terkandung dalam Buku Jingga.
Berbeza dengan Umno-Barisan Nasional, parti pemerintah itu katanya, meskipun tampil dengan pelbagai slogan, namun dilihat tidak konsisten terutama dalam melaksanakan perubahan seperti membanteras rasuah dan salahguna kuasa, lapor Keadilandaily.
“Saya fikir Pakatan sudah memaparkan idea mereka dalam buku jingga dan apa yang penting ialah hapuskan rasuah dan ketirisan supaya sumber yang ada sampai ke tangan yang disasarkan.

Asri: Umno nampak hipokrit kecam konsep negara kebajikan PAS

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan.
Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik.
“Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.
“Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
“Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada Umno... patut Umno alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS,” kata beliau.

'Kalau PAS tak ambil, Umno akan ambil'

 
PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri yang dikuasainya – Kelantan dan Kedah, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Katanya, pemimpin berkenaan perlu berbuat demikian memandangkan perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut masih belum cukup dan lebih buruk lagi, masih ada lagi golongan dalam PAS yang masih berfikiran seperti pemimpin Umno.
"Bukanlah kalau PAS pergi ke Putrajaya dengan rakan-rakannya hal ini akan selesai. Tadbir urus baik ini masih perlu difahami.
"Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap Najib bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal.

Coretan Muktamar PAS ke-57

Dari kedai kopi hingga ke Pak Menteri dan tidak ketinggalan juga yang masih merasakan dirinya Perdana Menteri; telah banyak yang diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat semenjak berakhirnya Muktamar PAS yang ke 57 pada hujung minggu yang lalu.

PROSES PEMILIHAN
Saya telah hadir ke Muktamar di Taman Melewar yang bermula pada Jumaat 3 Jun hingga Ahad 5 Jun pada sekitar jam 4 petang. Ucapan dasar yang disampaikan membentangkan konsep ‘Negara Berkebajikan’ dan ini didakwa sebagai bukti PAS telah menyimpang dari dasarnya. Yang mendakwa sedemikian adalah UMNO yang dari awal tidak memahami apa yang PAS perjuangkan! Ini akan saya ulas secara lanjut di bawah.

Pada sebelah petang, pengundian dijalankan sambil minit mesyuarat, laporan tahunan dan laporan kewangan dibentang untuk dibahas. Hakikatnya, ini merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh ramai dan setelah selesai, ramai yang tidak sabar-sabar untuk tibanya esok hari kerana ingin mengetahui keputusan.

Gimik terakhir Umno halang perhimpunan BERSIH 2.0

KUALA LUMPUR: Perhimpunan ‘Walk For Democracy’ yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai depan menimbulkan ketakutan kepada Umno.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, laporan polis yang dibuat Pemuda Umno berhubung perhimpunan  itu, merupakan gimik terakhir mereka untuk menggagalkan perancangan NGO terbabit.
“Ia gimik terakhir mereka kerana mereka juga boleh menghalang kita dengan cara lain. Mereka sengaja menggunakan tekanan politik dengan membuat laporan polis supaya mengagalkan perhimpunan itu.
“Laporan itu tidak berasas, ini hanya cara untuk mereka mencari alasan sahaja. Ia menunjukkan Umno begitu takut dengan perhimpunan rakyat,” kata Tian Chua ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Semalam, Exco hal ehwal bandar yang juga ketua Pemuda Umno Bukit Bintang, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin membuat laporan polis konon kerana bimbang keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas ekoran penganjuran demonstrasi BERSIH 2.0.
Laporan polis itu berdasarkan laporan Suara Keadilan yang melaporkan Tian Chua sebagai berkata, 60,000 ahli KEADILAN akan hadir dalam perhimpunan itu.

Video - Lawyers: Youths kneeling when shot by cops

Vidoe Lucah-E-mail Palsu Tian Chua Diguna Sebar Fitnah

WIKILEAKS: Malaysia-based firm involved in guidance systems of ballistic missiles, cruise missiles, and unmanned aerial vehicles

In December 2009, the United States shared with China information regarding attempts by the Malaysia-based firm Electronics Component Limited (ECL) to buy TRS-500 gyroscopes from the Chinese firm VibTel Industrial Co. Inc. (Ref A). These gyroscopes, which are controlled by the Missile Technology Control Regime (MTCR) and China's missile-related export controls, would be suitable for use in the guidance systems of ballistic missiles, cruise missiles, and unmanned aerial vehicles.


Raja Petra Kamarudin

S E C R E T STATE 010900

SIPDIS

E.O. 12958: DECL: 02/03/2035
TAGS: MTCRE, PARM, PREL, MNUC, ETTC, KSCA, IR, CH, MY
SUBJECT: (S) ADDITIONAL INFORMATION FOR CHINA ON THE MALAYSIA-BASED COMPANY ELECTRONICS COMPONENT LIMITED

REF: A. 09 STATE 130917
     B. 09 BEIJING 003476

Pemimpin BN/UMNO songlap wang dan rasuah

Oleh: mohdnoorawang

"Memang dasar pemimpin BN, terutama pemimpin UMNOporno suka sangat wang rasuah dan menjadi penyamun dan perompak modern.

*****uh terbaru kes bekas menteri besar  Selangor orang umno bernama Dr. Mohamad Khir Toyo ubahsuai banglo berjumlah RM6 JUTA. DIBAYAR SECARA TUNAI kepada pereka dalaman.

Khir Toyo sedang proses dibicara. Sebanyak lima kali bayaran tunai dibuat oleh pehak Ditamas Sdn Bhd, Dan baki bayaran dibayar sendiri oleh Khir Toyo sebanyak tujuh kali kepada pereka tersebut.
Jelas pemimpin UMNO mengumpul wang dan harta secaratidak sah, Cakap semua pemimpin UMNO bohong.

PAS satu-satunya parti politik sosial yang mempunyai Majlis Syura Ulama?

Oleh: wfauzdin_ns

"HARI ini seorang Penganalisa Politik, Datuk Dr Zainal Kling membuat kenyataan di dalam akhbar Sinar bahawa PAS kini menuju ke arah parti sosialis.

Saya tidak tahu selama ini apa yang dianalisa oleh Penganalisa Politik yang pro Umno tersebut berkaitan dengan PAS dan adakah beliau faham dengan dasar PAS semenjak ia ditubuhkan.

Rampas kuasa daripada puak gila kuasa

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Para pemimpin PAS sememangnya wajar menjadi 'gila kuasa' untuk ke Putrajaya, bagi membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat merampas kuasa pemerintahan daripada puak yang gila kuasa sekarang.
Sehubungan itu, para pemimpin dan ahli-ahli PAS tidak perlu risau dengan dakwaan Umno yang mengatakan para pemimpin PAS  kini gila kuasa yang dikaitkan dengan pemilihan barisan kepimpinan sesi 2011-2013 pada Muktamar PAS Ke-57 pada 3 hingga 5 Jun lalu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, para pemimpin Umno BN yang sememangnya sudah diketahui umum yang gila kuasa sudah tidak sepatutnya dibiarkan terus memerintah negara demi kepentingan negara dan seluruh rakyat negara ini.

Beberapa 'Fakta Penting' Yang Telah Cuba Di Sembunyikan Lynas Dari Pengetahuan Rakyat

Satu sesi ceramah telah dianjurkan oleh Save Malaysia pada 5 Jun lalu di Tingkat Atas GC Curry House Jalan Air Putih Kuantan. Beberapa perkara yang tidak dimaklumkan oleh Lynas dan tidak pernah diberitahu kepada rakyat telah didedahkan oleh Dr.Lee Che Chong (foto). Beliau berkongsi pengetahuan keseluruhan tentang operasi kilang pemprosesan rare earth Lynas di Gebeng. Beliau mendapat Doktor Falsafah (PHD) dalam jurusan kejuruteraan dan sains kakisan (corrosion science and engineering) dari University of Manchester, UK dan berkelayakan sebagai perunding kejuruteraan serta terlibat dalam bidang tersebut selama 7 tahun. Beliau juga dilahir dan dibesarkan di Kuantan. Dr. Lee berkata, menurut laporan yang disediakan oleh Lynas, Lynas Advance Material Plant(LAMP) akan menghasilkan 11,000ton rare earth tulen pada tahun pertama dan 22,000ton pada tahun seterusnya. Ikut pasaran sekarang, harga jualan satu kilogram (KG) rare earth tulen adalah USD$180. Malah, LAMP itu akan menghasilkan air buangan sebanyak 500ton sejam, gas buangan sebanyak 100,000meter padu sejam, dan sisa simen yang mempunyai elemen beradiasi (Iron-phosphogypsum) sebanyak 64,000 ton dimana kandungan Thorium adalah 1655 ppm (atau 106ton) dan Uranium adalah 87 ppm (atau 5.6ton). Di samping itu, nilai eksport hasil Lynas itu dijangka boleh mencapai RM8 Billion setahun tetapi dikecualikan tax selama 12 tahun ( insentif tax) yang yang diberi oleh Kerajaan Malaysia.

Sarbani, MACC, Customs and Umno warlords: More than a can of worms

Sarbani, MACC, Customs and Umno warlords: More than a can of wormsThe death of senior Customs officer, Ahmad Sarbani, should not be taken lightly. Closure should be given to the deceased’s family and truth be revealed as to how and why his death could occur. The public confidence in MACC and the police has to be restored lest we have a country where dis-respect for law and order becomes the norm.
This case is complicated and the effects far reaching, and small wonder, investigations into the death has been prolonged by the police. The ball is in Attorney-General Gani Patail and the Inspector-General of Police Ismail Omar’s court and its a difficult one to play for these two men.

Kazakh debacle: Should not Najib and Rosmah set the highest moral code?

Kazakh debacle: Should not Najib and Rosmah set the highest moral code?The public is asking if the PM and his First Lady have abused their positions vis-a-vis attending their child's engagement while having gone to Kazakstan on official business.
Meanwhile many have rushed to rescue the PM and his First Lady giving evasive and aggitated explanations and even sneering at the very question that the rakyat are asking.
What makes it all a debacle is the way the rebuttals are forthcoming from the defenders of the PM and his First Lady.
The point of contention is very simple really. The logic is when you go to a foreign land on official business, the rakyat pay for the trip and expenses included. It is approved because you are doing your job given to you by the rakyat.

Negara Kebajikan Bergerak Selari Dengan Negara Islam, Tok Guru Nik Aziz


KOTA BAHARU,-- Konsep negara berkebajikan dibawa pakatan pembangkang adalah selari dengan kehendak Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Najib may delay GE-13 date but turbulent 'feng shui' in store

Najib may delay GE-13 date but turbulent 'feng shui' in storeIt was only last month that PAS Kuala Selangor MP Dr Dzulkefly Ahmad made a prediction that the 13th General Election will be held in July and there was even an analyst writing in an online news portal predicting that the election will be held as early as this month.
But due to the fluid nature of the Malaysian political scene, these gentlemen have shifted their forecast somewhat. Dzul now sees GE-13 in early September. However, his Pakatan Rakyat colleague Rafizi Ramli is still stickig to July to "err on the side of caution".
"It makes even less sense for Najib to delay now. It will only give us, especially PAS, more time to work around the Malay electorate and gain ground," PKR strategy director Rafizi Ramli told Malaysia Chronicle.

Bersih 2.0 giving UMNO running fever

The planned Bersih 2.0 rally for July 9 has already set a running fever for UMNO. This is diagnosed from the numerous police reports being lodged by UMNO followers so early.
The rational for those from UMNO is that the rally would ‘disrupt businesses’. And that very telling rational is also not doing any favor for their leaders within UMNO. Why?
Simply because what Bersih 2.0 stands for and what UMNO reps are asking for clearly indicates that the very fundamentals within UMNO are not rightly placed as has always been claimed by the opposition members and various NGOs as well as the rakyat.
Bersih 2.0 is asking for justice, fairness and transperancy in the execution of the elections. But UMNO is asking that its everyday business interests should not be disrupted.
Now which is a nobler intent – self interest and daily profiteering or long term fundamentals that are consistent with democracy and good for the whole nation?

Video : Suami Jangan Hanya Anggap Isteri 'Pelacur Terhormat'

Video : Kes Rasuah Khir Toyo RM6 Juta DiBayar Tunai

Video : Tembak Remaja, PKR Desak Polis Bertanggungjawab

Bersih : Laporan Polis Karut dan Khurafat, Kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan sebagai “karut dan khurafat” laporan polis oleh Pemuda Umno yang mahukan perhimpunan Bersih pada bulan depan dibatalkan.

Dalam laporan polis yang dibuat petang tadi, Pemuda Umno dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Umno mendakwa Himpunan Bersih di Kuala Lumour pada 9 Julai akan menjejaskan keamanan dan mata pencarian peniaga.

Mohamad atau Mat Sabu berkata hujah yang diberikan oleh Pemuda Umno dan NGO berkenaan tidak masuk akal kerana hakikat adalah sebaliknya. Penyertaan orang ramai pada perhimpunan aman itu, akan merancakkan perniagaan penjaja dan peniaga, kata beliau kepada TvSelangor.

Pasai macam ni la yang aku nak sangat Mat Sabu jadi Timbalan Presiden

Malaysiakini melaporkan:
Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan lebih berpengaruh dalam Pakatan Rakyat sekiranya ia bertanding di lebih banyak kerusi dengan majoriti bukan Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Mohamad berkata, formula berkenaan boleh digunakan bagi memastikan PAS menjadi teraju utama dalam Paktan memandangkan parti kini semakin diterima di kawasan bukan majoriti Melayu, katanya.
"Itu bergantung kepada kerusi yang (PAS) menang. Dulu kawasan majoriti bukan Melayu – DAP, majoriti Melayu – PAS, campuran – PKR.

Nik Aziz: PAS’s welfare state Islamic

Nik Aziz said PAS’s welfare state was not solely based on monetary aid. — file pic
KUALA LUMPUR, June 9 — Fending off accusations that the PAS welfare state model was not grounded in Islam, Datuk Nik Aziz Nik Mat has said the concept need not be measured solely on financial terms. Today, the PAS spiritual advisor explained the concept mooted by the Islamist party during its just-ended muktamar could also be seen in the enforcement of laws that propagate moral behaviour, such as the elimination of usury as forbidden in Islam.

Akhirnya PAS Diserang Juga !!


Salam to all,

Telanjur tak sehat sepanjang hari ni, telanjur jugalah menonton Buletin Utama TV3 apabila terbaring di depan TV selepas Maghrib. Tak ingat bila last tengok berita TV3, namun berita yang disampaikan malam ini adalah sangat mengejutkan.

Jika sebelum ini, parti PAS telah dilayan dengan baik oleh media arus perdana berbanding dengan PKR dan DAP. PAS digambarkan oleh media arus perdana sebagai sebuah parti yang sebenarnya boleh bergerak sendiri untuk meninggalkan Pakatan Rakyat. PKR dan DAP pula dicerca dan dihina hampir setiap hari dengan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor acap kali menjadi mangsa serangan bertali arus.

KANTOI : SURAT MAHATHIR KEPADA TOK GURU NIK AZIZ - "PENOLAKAN HUKUM HUDUD"!!!!!

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

HALAL BILA DUIT MASYUUUK...!!!!


Sabda Rasulullah saw :


SESUNGGUHNYA YANG HALAL ITU JELAS, YANG HARAM ITU JELAS DAN DI ANTARA KEDUA2NYA ADALAH SYUBAHAH...
UMNO kata Malaysia Negara Islam. Betul ke....????

Apa buktinya..????

hahaha... jom kita tengok buktinya...

Wisma Putra nafi Najib guna dana awam, urus perkahwinan anak...ha.ha..ada jurucakap untuk selamatkan bik mama..!!!

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Wisma Putra berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan adalah untuk memenuhi penerimaan beliau terhadap undangan yang sudah lama dibuat Presiden Nursultan Nazarbayev.
Kenyataan Wisma Putra, yang dipetik Bernama Online, menafikan laporan media bahawa beliau menggunakan lawatan itu untuk peribadi dan menguruskan pertunangan anak perempuannya.
Kenyataan itu menambah dakwaan kononnya lawatan itu untuk mengurus perkahwinan anak perempuan Najib sama sekali tidak berasas.
Kenyataan itu menjelaskan bahawa lawatan Najib (gambar) ke Kazakhstan pada 5 dan 6 Jun adalah juga lawatan rasmi pertama perdana menteri ke negara itu dan sebagai membalas lawatan Nazarbayev ke Malaysia pada Jun 2006.