Khamis, 9 Jun 2011

Itulah degil sangat... Keras Kepala....



Inilah balasan orang yang degil dan keras kepala...


Lu ingat dapat bini muda anak arab lu dah terror, Najib pesan jangan buat election, lu nak buat buat juga, akibatnya 16 kerusi terbang kat Pakatan rakyat....

Gandingan Hadi-Mat Sabu Ibarat Kabinet Perang - Azizan


Gandingan baru dalam kepimpinan Pas yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan, Mohamad Sabu diibaratkan sebagai ‘Kabinet Perang’ untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, gandingan itu bersama barisan Kabinet baru perlu dibayangi pelbagai latar belakang, termasuk generasi muda.

“Inilah barisan Kabinet Perang untuk berdepan pilihan raya. Bagi pertahan dan mantapkan parti, perlulah lantik juga orang-orang muda. Ada pemimpin kita letak di bahagian tertentu, dan ada pemimpin kepalai angkatan, ada yang membantu. Kita lihat sahaja hasilnya kelak,” katanya, ketika diminta mengulas mengenai barisan kepimpinan baru Pas pada pemilihan lalu.

Nurul tetamu persembahan untuk Selamatkan MerdekaReview

Ahli parlimen Pantai Dalam, Nurul Izzah Anwar bakal menjadi tetamu dalam satu persembahan seni untuk "Selamatkan MerdekaReview".  Antara pasukan muzik yang bakal terlibat dalam program "Rescue MerdekaReview to uphold independent Voice" ini termasuklah Fetus, Maharaja Commision, Seconds to Collide, Think! Tadpole! Think!, NAO, Carburetor Dung, Xerpent dan lain-lain lagi.
Program ini akan diadakan pada 2 Julai 2011 (Sabtu), antara jam 3 hingga 6 petang di MCPA Theater, Dewan Perhimpunan Kuala Lumpur-Selangor - bertujuan mengumpul dana untuk melanjutkan kelangsungan media internet, MerdekaReview.  Sebelum ini, MerdekaReview berdepan dengan masalah kewangan untuk meneruskan operasinya.  Bagaimanapun, dengan sokongan yang diberikan pembaca, MerdekaReview kini mampu bertahan untuk sementara waktu, pada masa yang sama merancang untuk mencari pelabur yang baru.

PRU-13: PKR lancar kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia


KUALA LUMPUR, 9 Jun – Bagi memastikan Pakatan Rakyat terus menerajui Selangor, PKR negeri itu merancang strategi berkesan – melancarkan kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia fasa dua – menyasarkan kemenangan di kerusi-kerusi dimiliki BN pada pilihan raya umum ke-13.
Menurut Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei, selain mempertahankan kerusi dimenangi pada pilihan raya 2008, parti itu juga akan menawan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) milik BN.
“Salah satu misi pilihan raya umum ke-12, PKR Selangor menyasarkan sebanyak 11 kerusi Parlimen untuk dimenangi dan berdasarkan statistik terkini kami mempunyai asas kukuh untuk mempertahankan lapan kerusi Parlimen sedia ada dengan tambahan tiga kerusi milik BN iaitu Sabar Bernam, Pandan dan Hulu Selangor.

Perpaduan Melayu: Umno silap jika terus salahkan PAS

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Mohamad Sabu menegaskan kepimpinan PAS termasuk barisan pemimpin pusat yang baru tidak menolak idea perpaduan Melayu, sebaliknya Umno sengaja menggunakan soal itu sebagai bahan kempen menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Jelas timbalan presiden PAS itu, “Umno silap” jika mendakwa keputusan PAS menolak untuk bekerjasama dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu bermakna ia akan memecahbelahkan orang Melayu.
“Umno mula pertikaikan perpaduan Melayu apabila kepimpinan sudah jatuh tetapi sebaliknya jika mula kuat, mereka jadi takbur,” ujar Mohamad (gambar) lagi.
“Umno sebenarnya sudah lemas, sebab itu membangkitkan isu perpaduan Melayu. Kami (kepimpinan baru PAS) tetap perjuangkan perpaduan Melayu tetapi berlandaskan keadilan untuk kepentingan semua masyarakat,” kata timbalan presiden PAS ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kelmarin, timbakan pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan rasa tidak gembira kerana PAS tidak mahu perpaduan Melayu apabila PAS terus menolak kerjasama dengan Umno.

Era progresif Dr Burhanuddin menjelma kembali

9 June 2011
Akhirnya, ramailah yang terloncat gembira dan tak kurang juga yang sasau selepas berakhirnya muktamar PAS minggu lalu. Lebih mencuit hati apabila ada ahli politik seperti kera kena belacan, meroyan seperti lelaki gila talak. Sedih dan sayu hati melihat segelintir Melayu mudah  lupa.
Lalu muncul istilah “Erdogan” dan “sekular”, hero seperti jaguh “kafir-mengkafir” kini sudah bersilih-ganti dan pastinya gelaran itu kini milik (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru) Zulkifli  Noordin.
Hebat sindiran si lebai bernama Zulkifli dengan kata-katanya kepada (Presiden PAS Datuk Seri) Hadi Awang, “Sebagai seorang agamawan yang tegas walau pun tidak banyak bercakap, namun  beliau kini tersepit di antara ‘impian ke syurga’ dengan ‘kilauan Putrajaya’.”
Beginilah nasib apabila kerap melompat parti, tergila-gila popularity, mahu jadi imam “kafir mengkafir”.
Alangkah baik kalau si jaguh ini lapangkan dada dan membaca sedikit lembaran sejarah terutamanya menyingkap perihal tokoh dan pejuang  kemerdekaan negara iaitu Presiden PAS sekitar 1956-1969, Dr Burhanuddin al-Helmy.

Gerakan tolak BERSIH, anggapnya 'lawak bodoh'.....Gerakan telah diperbodohkan UMporNO sejak dulu...!!

Pengerusi Gerakan Kedah, Cheah Soon Hai berkata kejayaan Pakatan Rakyat memenangi beberapa kerusi pada pilihan raya sejak 2008 membuktikan bahawa dakwaan gerakan BERSIH 2.0 yang menyatakan sistem pemilihan itu mempunyai kecacatan adalah tidak benar.

Siapa yang politikkan masjid kalau bukan Umno

Oleh Sofi Wahab
Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam berkata pentadbiran masjid tidak wajar dipolhttp://3.bp.blogspot.com/_c2_MNrQfsHc/Sb89qrq_E6I/AAAAAAAAALs/f25p2m4E-KI/s320/ali-rustam-mac17.jpeitikkan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang hendak mengujudkan pilihanraya bagi memilih Jawatankuasa Masjid.


Kenyataan beliau disiarkan oleh Sinar Harian semalam.

Rasuah balak: KM Sarawak disiasat SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berhubung dakwaan rasuah balak.

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara berkenaan.

Warkah di ambang maut (8): Dokongan hebat

NONE
Yong Vui Kong, rakyat Malaysia kelahiran Sabah, sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong kepada Yetian - seorang anggota kempen "Selamatkan Vui Kong" - sepanjang 12 minggu terakhirnya menghitung kematian.

PAS intai peluang di kawasan bukan Melayu

NONETimbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan lebih berpengaruh dalam Pakatan Rakyat sekiranya ia bertanding di lebih banyak kerusi dengan majoriti bukan Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.
Mohamad berkata, formula berkenaan boleh digunakan bagi memastikan PAS menjadi teraju utama dalam Paktan memandangkan parti kini semakin diterima di kawasan bukan majoriti Melayu, katanya.
"Itu bergantung kepada kerusi yang (PAS) menang. Dulu kawasan majoriti bukan Melayu – DAP, majoriti Melayu – PAS, campuran – PKR.

Ismail Sabri: Saya tak halang, tapi mogok pengusaha lori tak adil,,ha.,.ha...kerajaan tak adil tak apa..!!

PETALING JAYA, 9 Jun – Tindakan sesetengah pihak yang mahu melancarkan mogok ekoran pemansuhan diesel super subsidi untuk lori komersial oleh kerajaan 1 Jun lalu boleh dianggap sebagai tidak adil kepada kerajaan kerana sebelum pemansuhan itu para pengusaha lori sudah lama menikmati keuntungan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun super subsidi ditarik balik, sebenarnya kerajaan masih menanggung subsidi melalui diesel biasa dengan nilai subsidi kira-kira RM1.

PAS: Tiada yang bankrap selepas demo

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyelar tindakan Pemuda Umno yang meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demonstrasi BERSIH kerana alasan yang diberikan didakwa tidak berasas.

kamaruzzaman mohdKetua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad (kiri) sebaliknya mendakwa tindakan musuh politik mereka itu didorong "ketakutan" menghadapi gelombang kebangkitan rakyat pada 9 Julai ini.

"Ketika Himpunan BERSIH 2007, mereka juga membuat dakwaan yang serupa. Namun sehingga ke hari ini dakwaan itu gagal dibuktikan. Para peniaga sekitar Kuala Lumpur khususnya di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman masih dapat meneruskan perniagaan.

PAS tidak layan Khaled Nordin

"Tiada sebab untuk PAS minta maaf. Tuduhan itu sudah ketinggalan zaman," kata Salahuddin Ayub.

PETALING JAYA: PAS tidak akan meminta maaf kepada Umno seperti yang diminta oleh seorang pemimpin parti itu, tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
“Tiada sebab untuk PAS minta maaf. Tuduhan itu sudah ketinggalan zaman,” kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.
Beliau menjawab desakan ketua Umno bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendakwa PAS telah membuat pelbagai tuduhan liar terhadap Umno.
PAS, menurut menteri pengajian tinggi itu melabelkan Umno parti haram kerana tidak membentuk negara Islam.

'Disungkurkan': Utusan saran Nasharudin sertai Umno...Utusan lebih Pas dari PAS...!!!

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mecadangkan Nasharudin Mat Isa yang tewas jawatan timbalan presiden pada pemilihan PAS minggu lalu supaya meninggalkan parti itu dan berjuang dalam Umno.

‘Everything will be exposed’

Pakatan Rakyat has threatened to scrutinise Felda and make its accounts public when it comes into power.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat is not in power yet but it has already issued a warning to Felda: When it comes into power, it will look at Felda with a fine toothcomb. And all its wrong-doings will be exposed.
Supreme council member Tan Kee Kwong promised that a Pakatan government would not stop at anything to scrutinise the plantation agency’s alleged discrepancies.
“We will be very open and transparent. When we are in charge of Putrajaya, we will table Felda’s accounts (in Parliament).”
“If there are any irregularities, then we will let the people in charge answer for them,” he told FMT.
Tan said this as a challenge to Felda’s RM200 million suit against PKR organ, Suara Keadilan.

MACC still mum on Taib

Anti-graft boss Abu Kassim appears unwilling to correct public perception about his office’s bias for the ruling elite.
PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) remains reluctant to inform the public about the progress of its investigation into the alleged corruption of Sarawak Chief Minister Taib Mahmud.
This is despite its own oft-repeated complaint that critics have been unfair in accusing it of being unwilling to go after big fish, especially members of the ruling political elite.
At a press conference today, MACC chief Abu Kassim Mohamed gave only a terse reply when asked whether the commission had intensified its probe following last month’s statement by Swiss president Micheline Calmy-Rey that her government might freeze the Sarawak strongman’s
assets in her country.

Loji Lynas, penduduk bantah kerana isu keselamatan

Loji seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan Malaysia (Bukit Merah, Perak) memang membahayakan penduduk.
PETALING JAYA: Penduduk sekitar Kuantan membantah loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation kerana bimbang keselamatan mereka, Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Anti Rare Earth (Badar), Suhaimi Saad .
Beliau berkata, loji seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan Malaysia (Bukit Merah, Perak) memang membahayakan penduduk.
Menurutnya, jaminan keselelamatan penduduk perlu melebihi   kepentingan politik dan wang ringgit.”Apa yang berlaku sebelum ini, loji seperti itu memang membahayakan penduduk di kawasan sekitarnya.
“Bayangkan jarak rumah kami antara tiga hingga 10 kilometer dengan loji Lynas tersebut.
“Sudah tentu ia membahayakan 15, 000 penduduk Gebeng, Sungai Ular, Cherating, Balok, Sungai Karang dan taman perumahan.

Take your pick Umno elite, Plan A, B, C or D?

Take your pick Umno elite, Plan A, B, C or D?The recent PAS party election is seen as a setback for UMNO. Hoping fervently for a possible split between the Erdogans and the Ulamak, UMNO was taken aback at the positive results, which saw a more moderate line-up. Suddenly, in the eyes of Malaysians, PAS has become a viable alternative to UMNO.
The murmurings amongst the Malays have started to grow louder. The new line-up also meant that an UMNO-PAS tie-up is no longer deemed feasible or possible. But still UMNO’s doors remain open. With their hopes shattering, UMNO needs to fall back on Plan B.
An excerpt of Najib’s speech in Kazakhstan just a day ago says Openness, honesty and transparency are vital if the people are to have faith that their government is working for them and not for itself. As political leaders and as statesmen, it is up to us to show the resolve, dedication, commitment and political will required to do what is right, to right what is wrong and to prevent corruption and secrecy from becoming a norm in our societies.

PAS perlu tegas dalam isu Insaniah: KUIN perlu minta maaf, kata SMM

Setelah hampir dua minggu rayuan dikemukakan, lima orang mahasiswa KUIN yang dikenakan tatatertib belum mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak pentadbiran KUIN.  Hal ini adalah amat tidak beretika kerana pihak Pentadbiran hanya mengambil masa satu hari untuk menjatuhkan hukuman tetapi telah mengambil masa yang lama untuk meneliti rayuan.  Perkara ini seolah-olah memperlihatkan sifat acuh tak acuh pentadbiran KUIN terhadap tuntutan mahasiswa yang mahu hukuman digugurkan.
Mahasiswa sudah cukup bertoleransi dengan prosedur yang ditetapkan oleh pihak KUIN.  Malah setelah memorandum dihantar ke Pejabat Agung PAS pada 13 Mei lalu, Pemuda PAS sendiri memohon masa agar mahasiswa memberi peluang untuk pihak PAS menyelesaikan konflik yang berlaku di KUIN.  Namun setelah dua minggu, isu penindasan terhadap lima aktivis mahasiswa KUIN masih belum selesai.  Suka untuk saya tegaskan kembali premis mahasiswa dalam isu KUIN ini.  Hukuman yang dikenakan ke atas lima orang mahasiswa KUIN adalah amat tidak rasional dan bertentangan dengan konsep kebebasan bersuara yang dimiliki setiap rakyat Malaysia.

Resolusi Kongres Nasional PSM ke-13

1. Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantah sekeras-kerasnya kenaikan harga barangan, tambang pengangkutan awam serta peningkatan kos kemudahan asas kerana ia membebankan rakyat serta satu bentuk penindasan.  Dalam nada yang sama, PSM menuntut kerajaan menghentikan tindakan mengurangkan atau menghentikan subsidi kepada golongan rakyat biasa dan meminta pemerintah untuk kembalikan subsidi rakyat.
2. Polisi-polisi neo-liberal Pemerintah Barisan Nasional terus menggadai hak kepentingan rakyat umum.  Semua sektor awam seperti perubatan, pendidikan dan pengangkutan kini mengalami ancaman polisi neo-liberal yang membebankan rakyat biasa.  PSM berpendapat skim pinjaman PTPTN kini disalahgunakan dan patut dibubarkan dan pemerintah perlu memperkenalkan sistem pendidikan yang percuma bagi semua peringkat.

Video : Petronas Untung RM241 Bilion

Video : Negara Berkebajikan Umno Demam Panas

Video : Mahkamah Halang Lelong Ibu Pejabat PKR

Pindaan RUU PPKB bersifat kosmetik

Merujuk kepada pindaan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUU PPKB) yang dicadangkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, saya sukacita ingin memaklumkan bahawa sebahagian tuntutan pemilik tanah Kampung Baru sebelum ini yang saya suarakan selaku Wakil Rakyat Titiwangsa telah diambilkira oleh pihak Kementerian.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu juga dipinda dan dijelaskan kepada para penduduk sebelum dibentangkan di Parlimen.
Kedudukan Lembaga MAS
Fasal 57 RUU PPKB 2010 yang asal memperuntukkan pembubaran Enakmen MAS & Lembaga MAS telah dipotong. Ini sesuatu yang baik tetapi dengan pindaan ini apakah status Lembaga MAS di dalam PPKB?
Lembaga MAS masih wujud dan dalam masa yang sama PPKB juga bertindak sebagai pentadbir Kampung Baru. Kenapa perlu ada dua (2) badan yang mengurustadbir Kampung Baru?

Isteri diberi penghormatan, bukan pelacur

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat menyifatkan tindakan menyamakan para isteri dengan 'pelacur kelas pertama', melampau dan menghina Islam.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff (gambar) berkata, Islam meletakkan martabat wanita begitu tinggi sehingga Allah menamakan salah satu surah dalam Al-Quran dengan nama An-Nisa' yang bermaksud wanita.
"Islam meletakkan wanita di tempat tinggi. Syurga di bawah tapak kaki ibu.
"Pada saya menyamakan isteri dengan pelacur sangat melampau," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mungulas pandangan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed, yang mendakwa isteri patut melayan suami seperti pelacur kelas pertama.
Menurutnya, ia bagi memastikan suami tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Kereta PI Bala dicuri dari rumahnya di Rawang

Bekas penyiasat persendirian dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, P Balasubramaniam mendapati kereta miliknya dicuri dari rumahnya di Rawang pagi semalam.

Kejadian disedari apabila adik iparnya yang tidak mahu identitinya didedahkan mendapati kereta berkenaan hilang dari rumah mereka di Taman Pelangi kira-kira jam jam 6.30 pagi.

“Kereta itu masih di sana pada jam 2.30 pagi dan saya melihatnya. Namun pada jam 6.30 pagi, saya dapati pagar depan terbuka dan kereta telah hilang,” katanya sambil menambah beliau menetap di rumah Balasubramaniam sejak beliau meninggalkan negara ini.

Utusan agen Biro Politik Umno di muktamar PAS!

BIAR pun sibuk membaiki kedainya, pada pagi 4 Jun lalu seorang pemimpin Umno di peringkat cawangan sempat menanya siapa menang Timbalan Presiden PAS. Lalu dijawab penulis, Mat Sabu.
“Betulkah begitu, ambo sebelum ini ingatkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man boleh menang,” ujar pemimpin Umno terbabit.
Kemudian ketika berjumpa kali kedua di tempat kenduri di rumah seorang penduduk, Tuan Ismail selepas Zohor hari sama, beliau memberitahu sudah tahu semua pemenang. Katanya televisyen ada siar nama pemenang pada berita tengahari.
“Haji Husam pun menang Naib Presiden. Kalau hendak dibanding dari segi ilmu jauh berbeza di antara Mat Sabu dan Tuan Ibrahim.
“Tapi Mat Sabu panglima PAS yang tahan lasak. Ambo ingat Tok Guru Nik Aziz pun suka begitu,” ujar lelaki lewat 60-an itu, seperti berminat sangat.
Biar pun dia ahli tegar Umno, namun beliau tahu apa yang berlaku dalam PAS. Ternyatalah perhatian seluruh negara terarah pada muktamar PAS di Taman Melewar.
Bukan sekadar ahli di peringkat cawangan, sebaliknya pemimpin tertinggi Umno pun mengikuti sama perkembangan muktamar. Kadang-kadang ada debarnya.

Demi Kuasa, 'Projek IC' Kini Mula Menular Ke Pahang,

Lokasi Sulit Sebuah Kem Di Cherating Di Kenal Pasti Jadi Pusat Operasi Pihak Terbabit !!

Biar pun Pilihanraya Umum Ke-13 masih menjadi rahsia dan spekulasinya kini menjadi-jadi konon ia akan diadakan tahun ini, namun parti-parti yang bertanding kini sedang sibuk mencatur siapakah calon-calon yang akan mewakili mereka. Banyak maklumat sulit yang diterima mengatakan PRU13 bakal diadakan antara bulan Julai hingga November tahun ini berdasarkan kepada senairo semasa yang berlaku. Malah terdapat juga info mengatakan ia akan diadakan selepas sahaja Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat. Menurut mereka Najib akan membentangkan bajet yang merangkumi tawaran "Bukit Jingga" yang dibuat oleh pembangkang untuk menarik sokongan rakyat terhadap UMNO BN.

Video seks: Umno terdesak, menyamar guna identiti emel Tian Chua

KUALA LUMPUR: Identiti Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua digunakan untuk mengirim emel kepada Ahli Parlimen bagi memberi gambaran palsu, kononnya Ahli Parlimen Batu itu percaya video seks memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai sah.
Menyelar perbuatan itu, Tian Chua berkata penyamar itu didapati menggunakan alamat emel ‘tianchua@rocketmail.com’ untuk menghantar maklumat palsu itu kepada 16 penerima dengan  sebahagian sebesar adalah wakil rakyat KEADILAN.
“Ini tindakan mereka yang rendah moral dan menunjukkan Umno Barisan Nasional (BN) terdesak sehingga sanggup menyamar identiti (saya).

Kelantan haram judi, riba untuk kebajikan manusia

KOTA BHARU, 9 Jun: Dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak dahulu sehingga sekarang, biar pun diuar-uarkan pendekatan baru iaitu Membangun Negara Berkebajikan.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, Kelantan sebenarnya sudah lama melaksana konsep baru itu apabila mengharamkan segala bentuk maksiat sejak 1990.
“Kelantan haramkan judi, riba semata-mata bagi mendatangkan kebajikan kepada manusia. Mereka yang berjudi hanya menunggu nasib akhirnya berlaku kemusnahan dalam rumahtangga.
”Boleh dikatakan Kelantan satu-satunya negeri di rantau ini yang mengharamkan kegiatan judi. Islam larang aktiviti itu bagi mendatangkan kebajikan kepada manusia,” katanya di sini, semalam.
Pemimpin Umno kini bertali arus mengkritik hebat konsep baru diperkenalkan PAS pada muktamar baru-baru ini iaitu Membangun Negara Berkebajikan.
Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap DAP mendapat keuntungan apabila PAS dikatakan menggugur hasrat menubuh negara Islam.

Petronas untung RM97.8b, jangan lupa royalti Kelantan

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berharap Kerajaan Persekutuan tidak melupakan hak Kerajaan Kelantan dan Terengganu untuk menerima royalti ekoran keuntungan besar yang diperolehi.
Sehubungan itu, ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan dan kakitangan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang berjaya melonjakkan hasil pendapatan syarikat itu sebanyak 14.4 peratus iaitu kenaikan dari RM210.8 bilion tahun sebelumnya kepada  RM241.2 bilion bagi tahun lepas yang berakhir 31 Mac baru-baru ini.
Petronas berjaya mencatatkan keuntungan kasar sebanyak RM97.8 bilion dan keuntungan bersihnya meningkat kepada RM63.01 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 38.5 peratus berbanding RM45.49 bilion yang diraih pada tahun 2009.

PKR: Dua daripada tiga remaja ditembak mati polis dalam keadaan melutut


KUALA LUMPUR, 9 Jun — Peguam hak asasi N Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty hari ini mendedahkan dua daripada tiga remaja yang ditembak mati polis di Glenmarie, Shah Alam, tahun lalu disebabkan tembakan dari arah dekat.
Surendran berkata, berdasarkan laporan bedah yang diterima beliau dua hari lepas membuktikan kedua-dua remaja itu Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah ditembak ketika berada dalam keadaan melutut.
Bagaimanapun laporan bedah siasatan seorang lagi mangsa Muhamad Hanafi Omar,22, masih belum diterima.
Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Demo BERSIH: Pemuda Umno bimbang dan tergugat, mahu polis bertindak awal

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demo BERSIH.

Exco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

"Jangan sampai dah rugi RM10 juta baru nak ambil tindakan. Tak ada gunanya lagi," katanya sambil meminta semua pihak mengambil iktibar daripada perhimpunan pertama BERSIH dan anti-ISA sebelum ini.

Laporan itu menurutnya berdasarkan laporan Suara Keadilan kelmarin yang melaporkan Naib Presiden PKR Tian Chua sebagai berkata 60,000 akan terlibat dalam perhimpunan itu.

Masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda di Negeri Johor

Didalam lawatan kami dari Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat dan hasil daripada Majlis-Majlis Dialog diantara Biro ini dengan peneroka-peneroka Felda di Felda Sg Mas, Felda Adela, Felda Bukit Batu, Felda Ulu Dengar, Felda Redong dan Felda Maokil serta pertemuan dengan peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru, Felda Papan Timur, Felda Nipah 2, Felda Ulu Betong, Felda Lok Hing, Felda Chempelak, Felda Tenang, Felda Kahang dan Felda Kemelah, pelbagai masalah telah ditimbulkan.

Di Felda Redong, lebih kurang 43 orang peneroka-peneroka dihalang oleh pihak pengurusan Felda daripada mengambil alih ladang mereka untuk mereka menguruskan sendiri.

Polis, SPRM perlu sahkan sama ada Sarbani kaya raya atau tidak

KUALA LUMPUR, 9 JUN – Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu mengesah atau menafikan pendedahan blogger Raja Petra Kamarudin yang mendakwa siasatan polis mendapati Timbalan Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohammad tidak mempunyai harta dan kemewahan luar biasa.
Ketua Pembangkang DAP Lim Kit Siang berkata pihak berkuasa tidak perlu menunggu inkues atau suruhanjaya siasatan diraja berhubung kematian Sarbani.
Sarbani, 56, ditemui mati pada 6 April lalu di gelanggang badminton bangunan SPRM selepas beliau ke sana bertemu pegawai suruhanjaya berkenaan berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.
Melalui laman web Malaysia Today, Raja Petra menulis:

Abdul Hadi Mencari Ilham Di Kota Bharu

Mohd Sayuti Omar
SEMALAM Abdul Hadi Awang telah turun ke Kota Bharu Kelantan dan telah mengadakan pertemuan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kunjungan itu adalah pertama kali selepas selesainya muktamar Pas ke 57.

Sudah tentu kunjungan itu ada kena mengena dengan penyusunan barisan kepimpinan Pas berhubungan perlantikan beberapa post penting parti seperti Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan. Penjawat jawatan ini juga nanti merupakan Dewan Harian Pas iaini dewan politik yang akan merumus atau menentukan tindakan politik semasa.

Agaknya Mashitah Tak Faham Maksud Perkataan Pelacur

Oleh: BekokCobbong

"Aku tak tahu nak marah ke atau nak gelak terbahak-bahak sampai terguling-guling apabila baca Berita Harian hari Rabu 8 Jun 2011 berkenaan komen Mashitah Ibrahim di atas kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr.Rohaya Mohamed yang mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’. Mashitah menganggap kenyataan itu sebagai usaha merendahkan martabat wanita Islam.”

Enam Objektif Negara Berkebajikan

Dalam negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dahttp://media1-cdn.malaysiakini.com/369/ca4c61831bb59e122538a9542ae22a7e.jpglam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain.
 
PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan UMNO/BN, sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat.

Transparency call to Muslim nations: Najib told to explain Kazakh expenses first

Transparency call to Muslim nations: Najib told to explain Kazakh expenses firstAs the squall over his alleged abuse of travelling benefits reached a glass-shattering crescendo back home, Prime Minister Najib Razak donned his thickest skin and sallied forth to talk about openness, honesty and transparency at the World Economic Islamic Forum.
The WEIF, held in Kazakhstan a day ago, became famous in Malaysia after a sizzling series of Twitter exchanges between UMNO Youth Chief Khairy Jamaluddin and PAS MP for Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad.
Dzulkefly had accused Najib and wife Rosmah of moral impropriety and misusing an official visit to Kazakhstan to attend their daughter's engagement to a powerful Kazakh official. The first couple had allegedly gone with a large entourage in tow, all or substantially at the expense of Malaysian taxpayers.
Upset, the sensitive Khairy hit back at Dzulkefly for "despicable lies". That prompted the PAS leader to reveal that Khairy was also part of the entourage of alleged freeloaders, and had tweeted his messages from the WEIF where he was also a participant.

Chua: Perseimbangan Cina kini terumbang ambing

NONESejak 50 tahun lalu, MCA menjadi tunjang utama yang memperjuangkan bahasa, ekonomi dan kepentingan politik masyarakat Cina di negara ini. Namun hari ini parti itu mendapati kedudukannya berada di persimpangan jalan.

Semua tanda-tanda menunjukkan masyarakat Cina tidak lagi mengalas harapan terhadap parti itu. Sebaliknya, selepas pilihan raya negeri Sarawak, sokongan mereka kini ke arah Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau percaya masyarakat Cina telah lama mengamalkan sikap pragmatik apabila mengundi, khususnya dengan melantik campuran kedua-dua pihak sebagai perwakilan di Dewan Rakyat.

Jangan terus dicemuh di hujung usia

PARIT BUNTAR, 9 Jun: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim melahirkan kebimbangan jika Tun Mahathir Mohamad terus mendapat cemuhan dan penghinaan di hujung usia emas yang amat berharga itu.
“Oleh itu saya memohon jasa baik Tun Dr Mahathir atau pihak yang dekat dengannya untuk menggunakan khidmat doktor pakar untuk menguji tahap mental beliau adakah masih dalam keadaan baik atau tidak,” ujarnya.
Katanya, pengesahan dari doktor pakar dirasakaan perlu memandangkan kenyataan bekas perdana menteri itu yang terus menerus dikeluarkan oleh media tempatan boleh menimbulkan pelbagai tanggapan negatif kepadanya dalam keadaan beliau perlu banyak berehat dan menghabiskan waktu pencen bersama keluarga, anak, cucu dan cicit.
“Semoga dengan langkah itu dapat mengekalkan kehormatan rakyat sebagai bekas PM Malaysia pada satu masa dulu,” katanya.

NGO: Remaja ditembak dari jarak dekat oleh polis..

Laporan bedah siasat ke atas tiga remaja yang ditembak mati oleh polis pada tahun lalu menunjukkan mereka ditembak dari jarak dekat, dakwa NGO hak asasi Lawyers for Liberty.

Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, ditembak mati selepas dikejar pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.

Projek IC di Selangor: Polis belum siasat, agenda politik BN

KUALA LUMPUR: Projek IC yang diperkenal semasa zaman Dr Mahathir untuk mendaftar warga asing sebagai pengundi di Sabah, sudah mula dikesan berjangkit ke negeri- negeri Pakatan Rakyat.
Bulan lalu, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar membuat laporan polis berhubung pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Hulu Selangor.
Bagaimanapun Khalid berkata, beliau kesal kerana sehingga kini pihak berkuasa seolah-olah memejamkan mata, meskipun pihaknya mengemukakan bukti sepucuk surat yang dihantar Umno Hulu Selangor kepada Kementerian Dalam Negeri- bagi memohon kelulusan kerakyatan kepada 2,000 warga Indonesia.

Terima kasih Khairy kerana sahkan pertunangan anak PM

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana mengesahkan Perdana Menteri ke Kazakhstan untuk menguruskan pertunangan anaknya.
Sehubungan itu beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.
“Terima kasih kepada Khairy Jamaluddin (KJ) mengesahkan dakwaan saya (kami) bahawa benar Najib sememang mengadakan majlis urusan pertunangan anaknya dengan anak pembesar kerajaan Kazakhstan,” katanya.
Tambahnya, ini tepat seperti mana yang beliau terima daripada sumber-sumber yang dipercayai.
Malangnya, kata beliau media tidak langsung menyebutkan perkara itu.
“Bagaimana KJ boleh menuduh saya membuat pembohongan ketika beliau sendiri mengesahkan wujudnya urusan pertunangan tersebut,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Saksi: Ubah-suai rumah RM6.5 juta dibayar tunai....ha.ha..banyak duit khir ni ye..bayor tunai..!!!

Mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubah-suai rumahnya daripada rekabentuk asal Itali tropikal kepada konsep Bali, kata pereka lanskap yang dipertanggungjawab membuat pengubah-suaian itu, Nasir Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Jumlah itu, katanya pada hari ketiga perbicaraan rasuah Khir dibuat dalam bayaran ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.

Orang Kelantan tidak percaya Husam main politik wang, kata DHPP

"Apa guna beri RM350, 000 untuk dapat undi perwakilan sebanyak 1,050 orang untuk menang jawatan Naib Presiden PAS."
PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mendakwa musuh PAS sedang memainkan pelbagai isu untuk memecah belahkan perpaduan parti itu.
Pengerusinya, Hu Pang Chaw berkata, ini termasuk dakwaan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memberi wang RM350, 000 kepada bekas pengarah komunikasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Aziz yang lebih dikenali sebagai Kickdefella,
Beliau berkata, orang Kelantan tidak percaya Husam memberi wang sebanyak itu kepada Kickdefella.
“Apa guna beri RM350, 000 untuk dapat undi perwakilan sebanyak 1,050 orang untuk menang jawatan Naib Presiden PAS.

Gerakan, MCA, MIC: Going the way of the dodo bird

Gerakan, MCA, MIC: Going the way of the dodo birdAs Pakatan Rakyat steps forward in clearer and bolder steps - PAS taking a more moderate stance, DAP making huge gains in Sarawak and PKR still steadily holding the fort despite the enormous pressure to crack their party - what is there left for the sidelined component parties in Barisan Nasional?
Of late, it has been UMNO who has been grabbing the lime-light and playing big brother to all things politics. What has happened to the rest?
Khor Gark Kim, a former state Gerakan vice-chairman and central executive committee member, is one of few who have draed to speak up. He urged Gerakan president Koh Tsu Koon to heed the writing on the wall.
“Dr Koh should have stepped down after the 2008 general election but it's not too late now. Gerakan needs a leader with vision and drive to become bigger and stronger alongside the other Barisan Nasional component parties,” said Khor.

Kit Siang: Cops, MACC must answer RPK claims about dead Customs man


KUALA LUMPUR, June 9 — Both the police and the national anti-graft agency must respond to claims by blogger Raja Petra Kamarudin that police found no proof of unusual wealth in the assets of deceased Customs officer Ahmad Sarbaini Mohamed, Lim Kit Siang said today.
The DAP parliamentary leader said the authorities should not wait for an inquest or a royal commission of inquiry (RCI) to confirm or deny the allegations, especially as this was the second mysterious death under the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) watch.

Cukai syarikat komunikasi bakal bebankan anak muda

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Pemuda PAS Johor meminta penjelasan syarikat telekomunikasi terbabit yang didakwa tidak lagi menyerap cukai perkhidmatan mulai Julai 2011.
Justeru, ketuanya, Suhaizan Kayat (gambar) berkata pihaknya mewakili anak-anak muda Malaysia yang majoritinya pengguna telefon prabayar memohon penjelasan daripada pihak syarikat telekomunikasi berkenaan mengenai kebenaran dakwaan tersebut.
Katanya, penjelasan itu adalah penting untuk maklumat pengguna kerana merekalah yang menerima kesan terhadap polisi itu.
Menurutnya, terdapat 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan  Maxis.
Katanya, pada tahun 2006 terdapat 17.8 juta mendaftar sebagai pengguna talian prabayar.
Tambahnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati rakyat Malaysia membelanjakan RM17 juta sehari untuk penggunaan SMS (sistem pesanan ringkas).
Pada tahun 2004 terdapat 9.5 bilion SMS telah dihantar oleh rakyat Malaysia. Secara puratanya pengguna telefon menghantar 4 SMS setiap hari.
Beliau berkata, bermula Januari 2011 pihak kerajaan telah menaikkan cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6%.
Cukai perkhidmatan pengguna telefon prabayar juga tidak terkecuali di mana selama ini cukai 5% telah diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Felda Pinjam RM6 bilion, ANAK mahu bertemu KWSP

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menuntut pendedahan butiran perjanjian, terma dan syarat pinjaman RM 6 bilion yang dibuat Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya mahu bertemu pengurusan kanan KWSP bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.
“Tidak mustahil beban faedah pinjaman daripada KWSP akan dikenakan semula kepada peneroka. Kami bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan pihak KWSP untuk mendapatkan pengesahan lanjut mengenai pinjaman itu,” kata Mazlan.
Mazlan menambah, transaksi itu bukan sahaja membebankan peneroka, malah dibimbangi pencarum KWSP menghadapi kesukaran mengeluarkan simpanan mereka berikutan kekeringan tunai dalam rizab KWSP.

PAS lawmaker wants full account of PM’s Kazakh trip


KUALA LUMPUR, June 9 — PAS central committee member Dzulkefly Ahmad today urged Datuk Seri Najib Razak to disclose the expenses incurred from his official visit to Kazakhstan as it coincided with his daughter’s engagement.
The Kuala Selangor MP also thanked Umno Youth chief Khairy Jamaluddin “for confirming our claim that arrangements for a wedding were taking place during the trip.”
“After Najib’s speech at the World Islamic Economic Forum (WIEF) about walking the talk on good governance and transparency, he should disclose how much was spent on the trip.
“Disclose how much of it was for personal matters and whether anyone on the entourage was not necessary for the WIEF,” Dzulkefly (picture) told The Malaysian Insider.

Sepakat Demi Perkasakan Rakyat

oleh Putera Pulau

9 JUN – Lumrah kejadian alam, manusia sememangnya berbeza dari segi fizikal, mentaliti dan gender secara amnya. Namun begitu, ibarat pepatah Melayu, “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” dan kesepakatan ini telah menyatukan kita sesama manusia dalam sesebuah perkara.
Kesepakatan inilah yang bakal membina sebuah masyarakat dan negara untuk terus mencipta kejayaan serta kegemilangan. Walau pun begitu, tanpa mengenal saiz otak, ada kalanya kesepakatan ini goyah akibat persepsi dan interpretasi berbeda yang ditaakul oleh setiap minda individu manusia yang berakal. Hakikat ini adalah suatu intipati wajib dalam meneruskan kehidupan sebagai manusia mahu pun rakyat selagi hayat dikandung badan.
Pastinya kini, semua rakyat seolah-olah dapat menghidu rombakan pucuk pimpinan negara  yang semakin hampir. Mulai dari hari ini, mata perlu tajam, telinga perlu peka, minda perlu pasti dalam mencorak masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita.