Selasa, 7 Jun 2011

Bila Mahathir Teringin Nak Makan Jering

WAH wah.. wahhhh...Mahathir kita sudah sihat rupanya, sudah dapat bercakap dan bersuara. Sudah keluar dari IJN, bila? Hari ini dia memberi komen tentang barisan kepimpinan baru Pas. Selamat segar, Dok! Biasalah nadanya, sebagai seorang penentang Islam Pas nombor satu penuh sinis dan sindir menikam kalbu. Inilah kehebatan Mahathir kita dia boleh tembak orang selamba saja.

Kali ini dia membuat perbandingan orang Pas dengan memilih pelapik kepala, songkok dan kopiah. Kata Mahathir puak ulama dikalahkan puak songkok hitam. Maksud beliau puak songkok hitam ialah puak yang menyokong Anwar Ibrahim. Mahathir sangat alergik terhadap kedua-duanya, kepada Pas dan Anwar. Dialah yang memecatkan Anwar sehingga Melayu jadi huruhara sehingga hari ini dan Umno terus menyentak-nyentak.

Kata Mahathir dengan kemenangan puak songkok hitam ia memberi kemenangan besar kepada Karpal Singh. Jauh tilikkan dan sindiran beliau. Mat Sabu yang berlawan dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man, Karpal Singh yang menang, bukan orang Pas ataupun Umno. Inilah bidasan orang politik veteran bernas dan berkias menyenakan hati. Sebenarnya juga inilah permainan politik.

Video : Suasana Muktamar PAS ke 57, 2011

Video : Muktamar PAS kali ke-57-Penggulungan oleh Dewan Ulama PAS

Video : Muktamar PAS kali ke-57-Penggulungan oleh Dewan Pemuda PAS

Video : Muktamar PAS kali ke-57-Penggulungan oleh Dewan Muslimat PAS

Video : PAS kali ke-57-Penggulungan oleh Timb. Mursyidul Am

Video : Muktamar PAS kali ke-57-Penggulungan oleh Timb. Presiden PAS

Video : Muktamar PAS kali ke-57-Penggulungan oleh Naib Presiden 3 PAS

*Ini Peringatan Keras Dari Kaum Lelaki*

Kita selalu mendengar akan kes gangguan seksual dan yang menjadi mangsanya adalah kaum wanita/pompuan, sehinggakan menteri2 wanita pun selalu menuding jari kepada kaum lelaki... kononnya jahat.

Tapi adakah menteri2 wanita dan kaum sejenisnya mencerminkan diri mereka terlebih dahulu sebelum membuat andaian/tuduhan kepada kaum lelaki...??? Bukankah puncanya bermula daripada tatacara pemakaian kaum pompuan itu sendiri, yang suka berpakaian menjolok mata, suka seksi dan seksa lelaki, dedah itu ini mengalahkan pelacur dan sundal yang cari makan... hahahaha...

Kat bawah nih... jeritan hati seorang chatter dari SIM Groups, siap bagi peringatan tuuu.... (gua copypaste dari email),


Gambar sumber Google

Penghinaan Mahathir Terhadap Hukum Islam Lebih Dasyat Dari Karpal Singh

PAS: ‘Kalah puak ulama, menang puak kopiah hitam’, kata Dr M

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu, dilihat sebagai pertembungan kumpulan ulama dan profesional, adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal Singh.

Dengan nada menyindir, bekas perdana menteri berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”

Kes Kantoi : Ani Arope Dedahkan Skandal TNB RM131.3 Billion


IPP: Najib harus jelaskan subsidi gas RM131.3 bilion

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng desak Perdana Menteri jawab skandal subsidi gas yang didedahkan oleh bekas CEO TNB Tan Sri Ani Arope.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Ani Arope mengenai skandal subsidi gasyang mengakibatkan negara menanggung kos sebanyak RM131.3 bilion.

Video : Malaysia Negara Diktator Bukan Negara Berkebajikan Di Bawah Umno

Penduduk Kampung Baru perlu pertimbang sebelum terima PPKB

KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Baru perlu memikirkan secara serius sebelum bersetuju dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB), kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman.
Beliau yang juga salah seorang pewaris tanah berkata, draf cadangan rang undang-undang berkenaan menyatakan Menteri berkuasa penuh melantik Pengerusi PPKB yang bakal ditubuhkan tanpa perbincangan dengan pemilik dan waris tanah Kampung Baru.
“Jika draf ini diluluskan, pemilik dan pewaris tanah langsung tiada hak untuk menyuarakan pendapat mereka tentang siapa yang seharusnya mengepalai PPKB kerana kuasa perlantikan di tangan Menteri,”

IPPs fight back: We are not beneficiaries of gas subsidy ...but who..???

IPPs fight back: We are not beneficiaries of gas subsidyPenjanabebas, the Association of Independent Power Producers, wishes to clarify recent reports relating to the prevailing misconception that the 'gas subsidy' contributes to the overall profitability of the Independent Power Producers (IPP).
The Association wishes to reiterate that it is factually incorrect to portray our members as beneficiaries of the 'gas subsidy' or that any of our members in any way profits from any fuel used in the generation of electricity.
Under the Malaysian IPP model most of the PPAs between our members and Tenaga Nasional Berhad (TNB) operate on a fully despatchable basis (all capacity must be made available to the national grid at any time except during planned scheduled maintenance).
Payments to IPPs consist of two core components; Capacity Payments (fixed payments as specified under the respective PPAs to recover the costs of developing power generating facilities and fixed overheads) and Energy Payments for fuels consumed in generation and variable operating rates (to cover maintenance costs incurred during generation).

Batu Arang Bandar Bersejarah


Laporan Khas oleh Aziz Muda   
BATU ARANG yang terletak di Rawang dan berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan diisytiharkan sebagai Bandar Bersejarah tidak lama lagi.

Peristisyaharan tersebut dijangka akan dibuat tahun depan, tetapi usaha ke arah itu sedang giat dilakukan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Arang.

Setiausaha JKKK Batu Arang, Ahmad Rafie Yob menjelaskan, sebelum peristiyharan itu dilakukan, usaha-usaha bagi memperkenalkan Batu Arang sebagai Bandar Bersejarah perlu dilakukan terlebih dahulu.
(Gambar: Rafie menunjukkan peta lokas kawasan bersejarah di Batu Arang)

PAS dropping Islamic struggle, and the one to benefit is Karpal - Ustaz Mahathir

Dr M: PAS dropping Islamic struggle, and the one to benefit is KarpalA recent and serious chest infection has not stopped former prime minister Mahathir Mohamad from joining the hottest conversation in the local political scene - a landmark decision by PAS to shift from its previously hardline Islamist stance to a more moderate and inclusive one.
The 85-year old Mahathir had spent a few days in the hospital late last month, but it appears that no antibiotic or medicine could dull his venom for the political oppostion.
Using PAS, one of his favourite enemies to attack DAP chairman Karpal Singh, another of his favourite punching bags, Mahathir accused PAS of abandoning its Islamic struggle.
“The person who won big did not attend the muktamar (congress) and is not even a PAS member. That person is Karpal Singh. His fight against PAS’s plans to build an Islamic state which would have enforced hudud law has been achieved,” he wrote in his popular chedet blog on Tuesday.

DIA NI DARI DUNIA MANA - DR ROHAYA: ISTERI SAMA DENGAN PELACUR ?

'Layan macam pelacur'

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

Gelombang reformasi di Timur Tengah tidak berlaku sekelip mata- Anwar

KUWAIT: Gelombang reformasi politik yang berlaku di Timur Tengah sebenarnya tidak berlaku dalam sekelip mata kerana banyak negara, terutamanya negara ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sudah lama mengambil langkah progresif ke arah demokrasi dan kebebasan.
Demikian dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampaikan ucaptama di majlis Persidangan Pembiayaan Kewangan Islam di Kuwait pagi tadi.
“Mereka yang berfikir kononnya gelombang reformasi politik yang melanda rantau ini muncul secara tiba-tiba sahaja perlu ingat bahawa banyak negara Timur Tengah, terutamanya GCC, sudah lama mengorak langkah ke arah demokrasi dan kebebasan,” kata Anwar.
Malah, beliau sendiri sudah pernah menyeru perkara yang sama sewaktu berucap pada forum U.S-Muslim World di Doha hampir lima tahun dahulu, kata Anwar.
Berucap lebih lanjut, Anwar berkata perubahan yang dicapai daripada kehadiran gelombang itu akan lebih bermakna sekiranya ia mengukuhkan demokrasi dan mencambahkan perubahan-perubahan lain yang diingini.

Video : Bersih 2.0 Ingat Nama Itu

Video : Selamatkan Malaysia 2011

ADUN Gagal Daftar Bayinya Sebagai 'Anak Malaysia'

SUBANG JAYA 7 JUN : Dalam usaha menolak politik perkauman, seorang ADUN cuba mendaftarkan keturunan anak perempuannya sebagai 'Anak Malaysia' tetapi diberitahu oleh pegawai jabatan pendaftaran, sistem sekarang tidak membenarkannya.

Bayi berusia enam hari yang diberikan nama Shay Adora Ram, hampir menjadi 'anak Malaysia' pertama yang didaftarkan oleh pasangan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy.

Pasangan ibu bapa itu ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya hari ini bagi mendaftarkan kelahiran Shay.

"Kami diberikan borang untuk diisi. Jadi kami letak 'anak Malaysia' di ruangan 'bangsa' tetapi seorang pegawai berkata bangsa mestilah didefinisikan mengikut keturunan ibu bapa mereka, iaitu Cina atau India,” kata Yeoh (kanan) kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

"Kami jawap anak perempuan kami bukan Cina ataupun India.”

Lagi ditangkap bawah ISA

Satu lagi tangkapan dicatatkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjadikan jumlah yang menjadi mangsa kezaliman undang-undang tanpa perbicaraan itu seramai sembilan orang tahun tahun ini.

Menurut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Abdul Haris Syhuhadi, 63, ditangkap pada petang Ahad di rumahnya di Klang, Selangor. Beliau didakwa terbabit dengan “aktiviti keganasan”.

Pemuda selesai lantik AJK, majoriti profesional

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) memenuhkan exconya dengan melantik ramai golongan profesional dalam kabinet yang dibentuknya.

Dewan itu melantik 20 ahli jawatankuasa (AJK) barunya sebagai tambahan kepada anggota yang telah dipilih di dalam Muktamar ke-52 dewan itu di Shah Alam baru-baru ini.

Majoriti yang dilantik untuk bersama kabinet baru itu adalah dari kalangan profesional dalam bidang masing-masing.

Kuasa undi anak muda boleh tawan Putrajaya

KOTA BHARU, 7 Jun: Pemuda PAS Kelantan kini mempergiatkan usaha mendaftar anak-anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih bagi mencapai matlamat melangkah ke Putrajaya.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar)  berkata, tanpa ada usaha secara serius sasaran menguasai Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan.
Oleh itu katanya golongan muda perlu diberi kesedaran bagi membolehkan mereka menggunakan peluang yang berbaki sekarang mendaftar sebagai pemilih.
“Peluang yang ada sekarang perlu direbut anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih. Tanpa disenarai sebagai pemilih mereka tidak mampu melaksanakan tanggungjawab besar menafikan kuasa politik Barisan Nasional (BN) sekarang.
“Saya berharap jentera pemuda di seluruh jajahan mengesan anak-anak muda yang belum mendaftar sebagai pengundi,” ujarnya di sini.

Omong kosong bakal Perdana Menteri Malaysia?

NONERakyat bimbang dengan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak yang diwarnai dengan kenaikan harga barangan, pemotongan subsidi dan sebagainya. Namun mereka seharusnya lebih gusar jika Tan Sri Muhyidin Yassin menjadi Perdana Menteri baru pada satu masa kelak.

Kenyataan-kenyataan Muhyiddin sejak akhir-akhir ini menampakkan seorang pemimpin yang mengharapkan retoriknya dan pengumuman “peruntukan satu dua juta ringgit” ke mana sahaja beliau pergi adalah cukup untuk menarik sokongan rakyat.

Tidak apa jika retorik itu adalah pembohongan semata-mata – contohnya di Sarawak, beliau mengumumkan Malaysia adalah sebuah negara maju kepada pengundi Iban di rumah panjang. Umum tahu kita masih, lebih-lebih lagi sekarang, dikategorikan sebagai negara membangun.

Ha ha ha! Mahathir

Ali Kadir

JUNE 7 — How far have the mighty fallen? But then again, we should not be surprised at anything our favourite ex-Prime Minister Dr Mahathir Mohamad says anymore.
The man who mortgaged our future to the IPPs (as pointed out by Sakmongkol AK47 that all the IPPs are owned by politically-connected businessmen Francis Yeoh, Syed Mokhtar al-Bukhary, Ananda Krishnan) is really plumbing the depths of desperation with his attack against PAS.
I wonder why he has not replied to some strong points raised by former TNB boss Ani Arope on the lopsided IPP deals forced upon TNB by the Mahathir administration. Could his diatribe against PAS be just another diversionary move by a politician who once was respected by all of us for his forthright and decisive way of running the country?

Perlukah Jakim menjadi ‘halal player’?

Oleh  AHMAD ZAINI AB RAHMAN
SETIAP kali media mencanangkan isu halal di media massa berhubung produk makanan dan barangbarang gunaan, khalayak rakyat merasa risau,http://rmreview.com.my/wp-content/uploads/2010/04/HOW-TO-GET-HALAL-CERTIFICATION-LOGO-SEMINAR.jpg takut-takut mereka tersalah guna atau termakan benda- benda haram.
Sementara pihak industri merasa amat takut dan kecut perut, kalau-kalau produk mereka mengandungi campuran ramuan haram atau sijil halal mereka tidak sah.


Mereka risau dan terfikir apa akan jadi dengan produk mereka, dan nasib pekerja-pekerja mereka yang sudah tentu menanggung anak, isteri, ayah dan seisi keluarga.
Rasa gerun dan takut ini akan lebih menyeksa pihak industri apabila media yang mencanang berita itu memetik sumber berita dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sama ada menterinya atau pun pegawaipegawai kanannya atau para pegawai Bahagian Hab Halal Jakim yang menyewa pejabat di tempat yang amat berprestij di Cyberjaya.

Obedient Rohaya gets a mauling for sex tips

A ridiculous suggestion by Dr Rohaya Mohamad of the Obedient Wives Club has got women in Sarawak all riled up.
KUCHING: Sarawakian women have come out to slam the Obedient Wives Club (OWC) for offering to give women sex lessons to help them keep their husbands.
They described OWC vice-president Dr Rohaya Mohamad’s offer to teach as degrading to both men and women.
Speaking on their behalf, former teacher Voon Shiak Ni said Rohaya should apologise for “making such public statements”.
“She should apologise to all men and women of this country for making public such an embarrassing statement.
“Rohaya should do a bit of research before making public statements and if she is serious about reducing family problems.

PSM: Wanita dan hak kesaksamaan!

Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak setuju dan malah terkejut dengan fungsi wanita yang didefinasi oleh "The Obedient Wife Club" Di mana digambarkan bahawa fungsi isteri hanya memastikan kegembiraan suami mereka semata-mata.
PSM ingin menyatakan kegembiraan seseorang itu tidak sepatutnya atas kesengsaran seseorang yang kehilangan hak untuk menentukan arah tujuan kehidupan diri sendiri.
PSM membantah wanita dijadikan objek seks di mana peranan mereka seolah-olah hanya sekadar untuk memuaskan nafsu seseorang lelaki.  PSM juga membantah sebarang pandangan bahawa keganasan rumah tangga berpunca dari kesilapan si wanita atau si isteri dimana mereka patut dipertanggugnjawabkan apabila berlaku keganasan rumah tangga.
PSM memegang pada prinsip setiap orang mempunyai hak yang sama tanpa mengira kaum, jantina dan agama.
Penindasan wanita dalam sistem kapitalis bertujuan menstabilkan masyarakat dan pemikiran wanita adalah kelas kedua juga diwujudkan supaya perpecahan dapat diwujudkan dan seseorang dapat dipersalahkan sepertimana yang berlaku sekarang.

DBKL ‘vandals’ damage estate property

About 30 DBKL officers tore down the Bukit Jalil estate's banners while police officers looked on.
PETALING JAYA: The residents of Bukit Jalil estate claimed another “official vandalism” took place yesterday when nearly 30 Kuala Lumpur City Hall (DBKL) officers tore their banners.
It all took place in the presence of nearly 20 police officers.
The estate action committee treasurer K Balakrishnan said that DBKL officers arrived at the estate at about 10am and started tearing down their banners placed at the estate entrance.
“When I enquired one of officers, known as Abdullah, he told me that he was instructed by the minister to do so,” said Balakrishnan. The estate comes under the jurisdiction of the Federal Territories and Urban Well-Being Ministry.
On May 25, about 30 DBKL officers and policemen tore down their banners and damaged the chairs placed at the security post located at the entrance of the estate.

Malaysia sudah Negara Berkebajikan? Presiden Pas terlambat!!!

Oleh Saiful Bahri
Macam orang mengigau dari tidur… PM Malaysia mengaku Malaysia adalah Negara Berkebajikan. Kalau Presiden PAS cakap ke Arah Negara Yang Adil, neshttp://3.bp.blogspot.com/-tmQiuHd7yg0/Te2eAflmmTI/AAAAAAAAC2g/guzv78DpLmM/s1600/kebajikan1.jpgcaya PM apabila ditanya oleh wartawan pasti dia jawab.. Malaysia merupakan Negara yang adil. Samalah seperti mentornya. Tun Dr Mahathir Mohamed. Apabila Pas memperjuangkan kearah menegakkan Negara Islam lalu dia mengumumkan Malaysia adalah Negara Islam.


Hebat jugak Presiden PAS ni. Muktamar hanya di Taman Melewar, dok dicelah-celah taman dan perkampungan sempit di KUIZM. Hanya dibucu Taman perumahan tetapi diperhatikan orang diseluruh pelusuk dunia dan dalam kesibukan PM Najib berurusan di Kazakhstan, sempat lagi mengulas:

Zairil Khir Johari: Sayap pemuda tidak diperlukan

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menyaksikan kecenderungan golongan pemuda untuk menyokong parti pembangkang, DAP, PAS dan PKR, yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat.  Gandingan parti politik yang menggalas misi untuk melakar masa depan generasi muda ini, menampilkan ramai pemimpin muda yang "menonjol".
Ironinya, sayap pemuda parti-parti ini kurang "terserlah" sebagai organisasi yang dinamik dan proaktif.  Sayap yang secara tradisionalnya berada di baris depan perjuangan parti ini semakin pudar sinarannya - dari apa yang diharapkan.  Lebih menggusarkan, apabila agenda dan pendekatan perjuangan parti gagal menggarap imaginasi generasi pemuda-pemudi.
Baru-baru ini, dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, Mohamad Sabu (gambar kiri) berkongsi pengamatan beliau bahawa terdapat anak muda Melayu yang menunjukkan minat untuk menyertai DAP.  Pemerhatian Timbalan Presiden PAS baru ini mencungkil pertikaian sesetengah pihak, dan kebetulan MerdekaReview bertemu dengan Zairil, anak kepada veteran UMNO Khir Johari yang menyertai DAP baru-baru ini.

Negara berkebajikan untuk dapat pengampunan Tuhan

Mohamad Sabu menegaskan PAS memperjuangkan negara berkebajikan untuk mengganti Umno bagi menerimapakai Piagam Madinah pada akhirnya.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini berkata PAS mahu menggantikan Umno dengan memperjuangkan negara berkebajikan yang mendapat pengampunan Tuhan.
“Sebab itu kita mencanangkan slogan ‘PAS ganti Umno’ kerana matlamat PAS untuk menerimapakai Piagam Madinah pada akhirnya,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kepada FMT.
Beliau berkata begitu sebagai reaksi kepada rencana Zulkiflee Bakar dalam Utusan Malaysia hari ini bertajuk ‘Layakkah PAS ganti Umno?’
Slogan ‘PAS ganti Umno’ yang dicanangkan parti Islam itu dikritik oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kerana PAS bukan dominan dalam Pakatan Rakyat sepertimana Umno dalam Barisan Nasional.

Husam Perlu Mengemudi Jentera Pilihan Raya Pas

Oleh Mohd Sayuti Omar
PENAKA musafir di padang pasir yang kehausan air, begitulah perumpamaan boleh dikatakan kepada Husam Musa apabila sebaik menang sebagai naib presiden Pas beliau terus mencampakan idea dan harapannya untuk mengatur pelan bagi memajukan Pas. Katanya (Pas) akan merancang dan menyusun program di semua sudut untuk meletakkan Pas dalam keadaan kondusif bagi menghadapi pilihan raya. Begitulah kira-kiranya dan diharap saya tidak tersalah mentafsir!


Dua tahun Husam meninggalkan Jalan Raja Laut, meninggalkan bangunan Pas yang pembelian diusahakan olehnya. Nasib kata orang, sebaik rumah siap dia terpaksa berada di luar, menikmati keindahan dari jauh dengan penuh kekangenan membelah jiwa.

Ruang membina masa depan umat

Oleh Wan Nik Wan Yusof
Sudah acap kali dibicarakan persoalan masa depan PAS. Ia berlaku pada setiap kali ada agenda besar yang diketengahkan oleh parti Islam yang usianya melewati setengah abad ini. Namun, titik fokus popular ialah poin pilihan raya umum.
Ia adalah kerana pilihan raya umum menjadi urusan rutin mengikut penggal yang dihitung berlaku setiap lima tahun sekali. Maka pilihan raya umum ke-13 nanti merupakan salah satu poin penting untuk dibina dan diolah dalam Muktamar PAS ke-57 ini.
Mengiringi poin pilihan raya umum, semestinya pemilihan saf kepimpinan baru untuk penggal menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Ini berikutan ahun ini, pihak parti terpaksa memperbaharui semula urusan kepimpinan parti kerana ia adalah kehendak perlembagaan parti.
Sesuai dengan kehendak perlembagaan jugalah, maka semua peringkat organisasi parti (cawangan, kawasan, dewan peringkat kawasan dan negeri) telah melakukan muhasabah dan pengukuhan kepimpinan masing-masing.

Video Perception : PAS Post the 57th Muktamar

PAS: Saf baru, tambah perkasa

Syair sempena Muktamar PAS ke-57



PAS: Saf baru, tambah perkasa

Umno cemburu dengan hasil muktamar PAS

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Para pemimpin Umno benar-benar terpukul dengan apa yang dicapai dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, ia dibayangkan dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin bawahan Umno yang agak tahu agama termasuk Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

"Ketika pemimpin bawahan mereka meminta Umno mencontohi sikap yang ditunjukan PAS dalam muktamar baru- baru ini, pemimpin atasan Umno cuba melaga-lagakan PAS dengan pimpinan Pakatan Rakyat dan juga dalaman PAS sendiri.

Karpal sekat hudud: Saifudin kata Dr Mahathir haprak

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Bankruptcy now firmly in sight: Are political games being played to hide this

Bankruptcy now firmly in sight: Are political games being played to hide thisAmidst all the racial and religious rhetoric served up by the politicians of the day, Malaysia is facing a far greater problem. The various political entities in Malaysia can throw all the mud they want at each other, and fight over who should be the next this and that, but if left unchecked; there may not be much of a country to govern within the next two to three years.
Bank Negara have just released the 1st Quarter economic and financial data for Malaysia on the 3rd of June and it paints a grim picture.
For the 1st quarter of 2011, the central government debt sits at RM430,151 million compared to RM407,101 million for the same period in 2010, i.e up RM23 billion. Of the RM430,151 million, RM425,831 million is medium and long term debt.

DAP: Beri biasiswa, geran kepada pelajar terbaik SPM

DAP menggesa kerajaan memastikan semua pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia diberi biasiswa untuk belajar di luar negara dan juga geran bagi belajar di dalam negeri.

Umno sedih pemimpin PAS tak mahu perpaduang Melayu, kata Mukhriz...PAS sedih UMNO tak mau kerjasama Islam

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Datuk Muhkriz Mahathir melahirkan rasa tidak gembira partinya dengan pendirian kepimpinan baru PAS yang tidak berminat dengan idea perpaduan Melayu, sambil menekankan parti itu berdegil “untuk memecahbelahkan orang Melayu demi kepentingan sendiri.”
Bagaimanapun timbalan pengerusi Umno Kedah itu melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) boleh mengatasi PAS meskipun mereka ada barisan kepimpinan baru khususnya di Kedah.

Hina Surah Yassin: Polis diminta bertindak

NONESekumpulan umat Islam yang menunaikan solat di Taman Bertam Kepala Batas pada Ahad lalu terkejut apabila mendapati beberapa keping gambar lucah diselitkan di beberapa Surah Yassin di masjid itu.

Gambar-gambar berkenaan dilekatkan dengan cara ayang agak teratur, kata pengerusi jawatankuasa masid Abdul Rahman Abdullah kepada tabloid berbahasa Melayu Sinar Harian.

Membidas tindakan itu, ahli exco bagi hal ehwal agama, perdagangan dalam negeri dan pengguna Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim meminta kerjasama polis supya bertindak segera terhadap dalang berkenaan.

Umno putih mata, ‘kerajaan perpaduan’ berkubur dalam Suara Keadilan 19

Muktamar PAS ke-57 yang berakhir 5 Jun lalu menyaksikan sekali lagi impian Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama PAS berkecai. Ia menjadi topik utama Suara Keadilan edisi ke 19.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan parti itu menutup pintu kepada kerajaan perpaduan (UG) yang dicadangkan Umno dan ia noktah muktamad.
Di sebalik kehangatan isu kerajaan perpaduan, Suara Keadilan kali ini menampilkan kontroversi perbicaraan Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendakwa raya sengaja melengahkan perbicaraan kerana membenarkan hanya beberapa orang saksi sahaja daripada 25 orang untuk ditemubual.

BN seats fight for GE-13 begins: MCA and Umno tussle for Wangsa Maju

BN seats fight for GE-13 begins: MCA and Umno tussle for Wangsa Maju It looks like the MCA's final humiliation is at the doorstep. Coalition boss UMNO has already started to pummel the party in a bid to make it vomit out seats ahead of the next general election expected to be called soon.
"The coming general elections will see BN and MCA pushed against the wall, and the allocation of every constituency seat must be resolved through internal negotiation or channels," MCA treasurer-general and FT chairman Tan Chai Ho said in a statement out on Tuesday.
"Simply speaking out to the media without proper thinking can do serious damage to BN’s work preparation and morale in the elections thus leading to unnecessary disputes and discords as well as creating drifters who seek to take advantage of BN only."

Pendedahan Wikileaks tak libat dasar, kata Mukhriz

Pendedahan Wikileaks berhubung Model Ekonomi Baru dan perkhidmatan tinggi awam Malaysia hanyalah "pandangan peribadi" dan tidak melibatkan dasar, kata timbalan menteri perdagangan antarabangsa Datuk Mukhriz Mahathir.

Faekah: BN tak fikir sebelum beri TOL tanah rizab

ngo pro selangor government rally 230111 faekahKeputusan pentadbiran BN Selangor memberikan lesen menduduki sementara kepada pengusaha di tapak rizab di Sg Buloh sebelum ini dibuat tanpa memikirkan keselamatan rakyat, kata setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin.
Faekah menjelaskan, kawasan yang menjadi tapak perusahaan tapak semaian itu merupakan rizab keselamatan kerana menempatkan paip bertekanan tinggi bagi menampung bekalan air kepada lebih sejuta penduduk.
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memeliharanya demi mengelak kemungkinan kemalangan besar berlaku.
"Malangnya kerajaan Umno BN ketika itu, entahkan cuai atau mungkin begitu cetek ilmu telah mendesak pegawai kerajaan mengeluarkan TOL dan mengarahkan pengusaha tapak semaian berpindah ke tapak tersebut," kata Faekah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan "celupar" timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak prihatin dalam isu berkenaan.

‘Kalah puak ulama, menang puak kopiah hitam’, kata Dr M dalam keadaan tertekan...

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu, dilihat sebagai pertembungan kumpulan ulama dan profesional, adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal Singh.
Dengan nada menyindir, bekas perdana menteri berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”
Kata Dr Mahathir (gambar), yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar.
Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Najib dan Rosmah salah guna duit rakyat bagi risik kahwin anak...ha..ha..ha..macam 3 abdul la pulak..!!

Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dari segi moral, kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.

Hadi tidak mahu jawatan PM jikapun Pakatan menang,,,mana nak letak muka si nazri ni..!!!

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihan raya umum ke-13.
Hadi (gambar), yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.
“Yang penting kita mahu selamatkan negara... sesiapapun boleh jadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru hari ini.
Laporan Bernama Online memetik beliau mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz bahawa perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

Kantoi : Najib dikecam guna program rasmi untuk urusan pribadi

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang.

Tindakan ini disifatkan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.

Kecaman ini dibuat ekoran tindakan Najib menggunakan segala kemudahan kerajaan dan wang rakyat untuk memenuhi keperluan keluarganya di Kazakhstan sekarang.
(Gambar: Laporan Harakahdaily semalam)

Subsidi diesel nelayan C2: K'jaan dolak dalih

Pengusaha bot pukat tunda C2 masih menikmati subsidi diesel RM1.80 seliter walaupun keputusan awal bagi memansuhkan semua jenis subsidi untuk mereka, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong.

Video : UMNO Harus Bawa Isu UDA Ke Parlimen

Video : 'Pilihanraya' Kembalikan Kegemilangan Institusi Masjid Mansor

Video : Polis, DBKL Gertak Penduduk LBJ Atas Arahan Menteri?

Video : Dakwaan Jenayah Turun Adalah Cerita Dongeng,

Akses perjanjian tenaga hanya untuk MP saja

Dokumen rahsia perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP) boleh didedahkan kepada ahli Dewan Rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Namun menurut beliau butiran perjanjian itu tidak boleh didedahkan kepada orang ramai kerana ia adalah perkara sulit.

Himpunan BERSIH 2.0: Hishamuddin perlu tarik balik ugutan

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya menarik balik ugutannya terhadap perhimpunan BERSIH 2.0, Julai depan.
Beliau mengulas kenyataan Hishammuddin semalam yang menegaskan bahawa tiada ‘layanan istimewa’ untuk pihak yang terlibat perhimpunan tersebut.
“Saya cabar Hishammuddin supaya menarik balik ugutan tidak berasas beliau yang jelas melihatkan ketidakmatangannya berhadapan perkara itu.
“Tidak timbul Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu takut sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 dijalankan bulan depan kerana pengalaman sebelum ini menyaksikan perhimpunan tersebut tidak mengganggu-gugat keselamatan negara,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Kata beliau, Hishammuddin perlu sedar bahawa perhimpunan itu untuk menyatakan suara rakyat yang mahukan pilihan raya bersih dengan membuat beberapa tuntutan dan sama sekali tidak bertentangan dengan dasar negara demokrasi.
Ia, katanya termaktub dalam perlembagaan negara yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan bersuara bagi menyatakan sesuatu bantahan.

Mufti Perlis gesa PAS gubal segera rangka negara kebajikan

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mahu PAS segera mengadakan jawatankuasa pemandu bagi menggubal konsep negara kebajikan yang digariskan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar parti itu Jumaat lalu.
Tokoh agama negeri utara Semenanjung ini berkata, butiran terperinci perlu bagi kebanyakan pihak khususnya mereka atas pagar dan profesional Muslim dan bukan Muslim menilai agenda PAS.
“Jawatankuasa ini perlu terdiri daripada profesional, ulama bebas, ahli politik terulung dan negarawan dan perlu bersidang dan keluarkan segera pelan rangka.
“Ini penting agar mereka di atas pagar, mereka yang tidak memihak mana-mana parti, profesional Muslim dan bukan Muslim boleh tertarik dengan agenda PAS,” katanya dalam kenyataan SMS mengenai agenda negara berkebajikan yang diketengahkan oleh Hadi Jumaat lalu.
Juanda (gambar) berkata ruang demokrasi yang ada mesti dijadikan ruang terbaik untuk menyuburkan keadilan,  kesejahteraan, keselamatan untuk semua.

Umno bimbang tidak dapat kawal masjid

TEMERLOH, 7 Jun: Langkah Umno menentang pemilihan jawatankuasa masjid di Pulau Pinang oleh anak kariah membayangkan ketakutan Umno kalau-kalau cengkaman mereka ke atas masjid di negeri itu hilang.

Ini kerana, sistem melantik pengerusi dan jawatankuasa masjid yang dibuat Umno sebelum ini memastikan Umno mengawal masjid bukannya anak kariah masjid berkenaan.

Sarbani deathfall: Another complex delaying game, but Umno not in sight

Sarbani deathfall: Another complex delaying game, but Umno not in sightAmid growing unease that the authorities had launched a new and complex "scam" to delay or even block the truth from surfacing, there is curiositiy as to why UMNO, the largest Malay political party in the country, is silent on the mysterious deathfall of senior Customs officer, Ahmad Sarbani.
The 56-year old assistant director of Selangor Customs was found dead at the MACC premises in Kuala Lumpur two months ago.
According to MACC, he had gone there on his own accord to see the Investigating Officer in charge of his file pertaining to the MACC crackdown of the Customs Department, which had netted 62 officers allegedly involved in a money-laundering racket amounting to more than RM3 billion.
The file was being shuffled from the police to the Attorney-General and vice-versa with no end in sight. Finally, Sarbani's family could not stand it anymore. They reached out for help.

4 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Dihisab & Diseksa

Oleh: al-bahanj

"Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas radhiaAllahu `anhuma, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa Baginda sallAllahu `alaihi wasallam diberitahu ada 70,000 orang di kalangan ummatnya yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa terlebih dahulu.

Siapakah mereka yang beruntung yang termasuk di dalam 70,000 orang itu? Mereka ialah:

  1. Orang-orang yang tidak menjampi,
  2. Orang-orang yang tidak pernah minta dijampi,
  3. Orang-orang yang tidak meramal,
  4. Orang-orang yang hanya bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla.

Bersediakah Najib jika rakyat bangun menuntut hak?


Keputusan pemilihan PAS yang membawa kepada kesimbangan pimpinan parti itu adalah bukti angin perubahan terus bertiup kencang di Malaysia sejak tsunami politik 2008.
Saf kepimpinan baru PAS yang diterajui oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjadi igauan kepada UMNO yang berharap PAS menjadi lebih lemah.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata keputusan pemilihan PAS itu telah membuatkan Datuk Mukhriz Mahathir, salah seorang pemimpin UMNO yang bercita-cita besar untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara pasca Datuk Seri Najib Razak, telah menuduh beliau (Kit Siang) dan PKR sebagai dalang dalam proses pemilihan PAS.

Hadi Idam PM, Ganti Projek Kekalkan Ulama

Oleh: tinburuk

"Sebelum ini bertubi-tubi media massa kuasaan kerajaan memberikan publisiti percuma untuk berkempen bagi pihak yang dikatakan kumpulan ulama dengan slogan kekalkan kepimpinan ulama PAS. Saya menjadi pening bila melihat akhbar dan menonton TV dengan berita seolah-olah UMNO cukup sayang dan prihatin terhadap golongan ulama.

Bila sebahagian besar golongan ulama yang bertanding di Muktamar PAS kali ini tidak bernasib baik dan gagal untuk memenangi pos-pos penting, UMNO dan media kerajaan terutamanya Utusan Malaysialah yang saya nampak lebih bersedih daripada tukang kempen 'geng ulama'.

Pelik dan ajaib dunia UMNO ammnya. Celaru gila babi kita dibuat oleh wartawan dan penulis Utusan Malaysia.

Utusan bohong lagi, DAP tak campur tangan masjid

 Pembohongan terbaru Utusan Malaysia cuba mengaitkan DAP dengan cadangan mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa masjid di Pulau Pinang.
Laporan berita Utusan mendakwa kononnya pemilihan itu “dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian”.
Berita Utusan itu menambah, “jika dilaksanakan sepenuhnya, ‘pilihan raya masjid’ itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu”.
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang.