Ahad, 5 Jun 2011

LENSA : SEPANJANG MUKTAMAR PAS KE 57 - Koleksi Khas





Majlis Syura ‘pemandu’ parti, kata Abdul Hadi

Presiden PAS berkata, Majlis Syura itu penting dan mereka wajib mendalami ilmu Islam dan bukan setakat mengaji semata-mata.

GOMBAK:  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Majlis Syura sebagai ‘pemandu’ kepada parti sekaligus menolak dakwaan sesetengah pemimpin PAS yang memperkecilkan Dewan Ulama.
Jawapan Hadi itu selaras dengan ucapan penggulungan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din yang menolak dakwaan bahawa Dewan Ulama’ tidak turun padang.
“Majlis Syura itu penting dan mereka wajib mendalami ilmu Islam dan bukan setakat mengaji semata-mata. Kita angkat Majlis Syura ini untuk membuat sebarang keputusan penting,” katanya dalam ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini.

"Negara Berkebajikan" menepati sasaran pada UMNO-BN

Reaksi pemimpin UMNO dan liputan media milikan UMNO terhadap keputusan pemilihan PAS terkini memperlihatkan kerunsingan parti pemerintah, sehingga pelbagai laporan dan kenyataan negatif diserang ke atas PAS.  Bagaimanapun, pimpinan PAS tertinggi menangkis serangan itu dalam sesi penggulungan Muktamar PAS ke-57, petang ini.
Husam Musa (gambar kiri) yang kembali sebagai Naib Presiden mengucapkan "syabas" kepada Presidennya, setelah melihat reaksi pimpinan UMNO dan media arus perdana.  "Pada pendapat saya, dengan cara media mainstream menimbulkan... Seolah-olahnya sesuatu yang negatif, saya yakin presiden kita telah rightly hit, secara tepat...menepati sasaran, dalam menyediakan satu platform pilihan raya ke-13, iaitu membangun negara berkebajikan."
Jarum berbisa yang disuntik
Naib Presiden dengan undi tertinggi kali ini, Salahuddin Ayub pula menyanggah tuduhan bahawa pimpinan bukan dari latar belakang ulamak sedang mencuba untuk memusnahkan parti.

Laluan PAS: Cabaran buat Umno, peluang bagi Pakatan?


Semangat diperlihatkan perwakilan PAS ketika ceramah perdana malam tadi, kira-kira 10 jam selepas keputusan pemilihan pusat diumumkan. — Foto oleh Choo Choy May
ANALISIS, 5 Jun — Berdasarkan laporan Harakah hari ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipetik berkata saf kepimpinan baru parti itu menjadikan jalan menuju ke Putrajaya “makin jelas.” “Jangan ada jual kad pengenalan, bagi kepada warga asing mengundi, insya-Allah. Kalau demokrasi dijalankan dengan betul, maka tidak ada sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh sampai ke Putrajaya,” kata Menteri Besar yang mengetuai Kelantan sejak 1990.

Presiden PAS: ‘Bukan Erdogan, tapi pasukan Nik Aziz-Hadi Awang’

GOMBAK, 5 Jun — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, barisan kepimpinan pusat PAS sesi 2011-2013, yang diumumkan semalam, bukan kumpulan Erdogan sebagaimana dilabel musuh-musuh politiknya ketika setiap kali diadakan pemilihan.
Sebaliknya Presiden PAS itu berkata, “ini adalah pasukan (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) dan Abdul Hadi Awang.”
“PAS adalah parti Islam, parti AKP bukan parti Islam. Ini Malaysia, bukan Turki,” kata beliau yang dilihat merujuk kepada label-label bahawa PAS kini dikuasai oleh kumpulan profesional atau Erdogan ekoran keputusan pemilihan pusat parti yang berlangsung kelmarin.

Antara Hadi, Dewan Ulama dan Pemuda

Presiden amat menyedari harapan besar parti pimpinannya. Beliau sudah sembilan tahun mengemudi parti Islam itu dan dia sudah lama memikul harapan dan kepercayaan rakyat.

GOMBAK: Tirai Muktamar Tahunan PAS kali ke 57 dilabuh hari ini dengan perwakilan mahukan parti Islam terbesar negara mengambilalih Putrajaya bersama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU13) akan datang.
Pada masanya pimpinan tertinggi parti berulang kali beliau memperbaharui tekad dengan menyatakan PAS sudah sedia mengambilalih pemerintahan negara.
Hadi amat menyedari harapan besar parti pimpinannya. Beliau sudah sembilan tahun mengemudi parti Islam itu. Dia sudah lama memikul harapan dan kepercayaan rakyat.

'Jangan cuba suntik racun dalam PAS'

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menegaskan walaupun barisan kepimpinan PAS dianggotai ulama dan bukan ulama, beliau bersama-sama rakan yang lain tetap akan mempertahankan parti itu.

Ahli parlimen Kubang kerian itu memberi amaran kepada BN bahawa beliau akan "memerangi" musuh PAS itu "sehingga menyembah bumi" sekiranya cuba memecahbelahkan parti itu.

"Tak mungkin orang macam saya di sini untuk menjahanamkan PAS. Niat jahat mereka untuk pecah belahkan (kita)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di muktamar PAS di Taman Melawar.

Utusan cuba lagakan 3 dewan PAS - Zailah

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang mengandaikan mereka tidak mengiktiraf kepimpinan Dewan Ulama.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sebaliknya berkata, DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama yang merupakan pemantau segala dasar dan perancangan dalaman parti.
Beliau berkata, Utusan Malaysia hanya berniat melaga-lagakan keakraban ketiga-tiga dewan dalam PAS.
"DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama dan kesal dengan laporan media yang kata muslimat tidak mengiktiraf Dewan Ulama.

Muhyiddin: Meskipun PAS terus tolak, pintu Umno masih terbuka..ha..ha..ha...kesian masih gila talak lagi....


KUALA LUMPUR, 5 Jun — Meskipun PAS terus menolak kerjasama dengan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi bahawa pintu komponen BN itu masih terbuka kepada parti Islam tersebut untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Timbalan presiden Umno itu berkata, idea berkenaan adalah demi Islam, bukan kerana kepentingan politik.
“Demi kepentingan rakyat, kita tidak pernah menutup pintu (kepada PAS). Sama ada menerima atau tidak, itu soal lain.
“Pelawaan kami bukan kerana politik, tetapi demi kepentingan politik. Dan, itu yang membezakan Umno daripada PAS, Umno melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan manakala PAS hanya fokus pada kepentingan parti,” kata beliaus selepas mengadakan kunjungan ke beberapa lokasi di ibu negara petang ini.
Dalam ucapan dasarnya kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu.

Muhyiddin selar PAS korban prinsip Islam kerana politik...ha..ha..ha...Siapa yang jual agama selama ni...he..he..he..

KUALA LUMPUR, 5 Jun  — Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa PAS mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan presiden Umno itu juga mengecam PAS bimbang kebenaran di sebalik video seks itu, yang didedahkan “Datuk T” Mac lalu, akan mencemar imej agama yang dibawa parti itu.
“Kemungkinan mereka sudah tahu latar belakang isu video itu . . . atau siapa orang dalam video,” kata Muhyiddin (gambar) di sini hari ini.

"Bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang"

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Biarpun PAS diserang hebat oleh media sebelum dan selepas keputusan pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetap mengucapkan tahniah kepada perwakilan dan pemimpin yang telah dipilih.

Berucap ketika menyampaikan ucapan penangguhan hari akhir Muktamar PAS ke-57 hari ini, beliau bagaimanapun tidak menyalahkan petugas media yang mebuat liputan selama tiga hari itu.

"Ada (media) menyatakan pimpinan baru ini kumpulan Erdogan.

Jalan ke Putrajaya 'makin jelas' - Nik aziz

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat membayangkan saf kempipinan baru PAS yang dipilih pada muktamar ke-57 parti itu semalam menjadikan jalan menuju ke Putrajaya 'makin jelas'.

Bercakap ketika ditemubual Harakah dan Harakahdaily hari ini, beliau yakin kabinet baru PAS itu mampu melakar masa depan baru untuk PAS khususnya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Jalan menuju Putrajaya makin jelas.

Isu TNB dengan IPP, Dr Mahathir wajar menjawabnya kepada rakyat

Aspan Alias

5 JUN — Salah satu yang terang dinyatakan oleh agama kita ialah ‘kemiskinan membawa kekufuran’. Itu sebabnya Islam sentiasa menggalakan supaya umatnya berusaha dengan tekun untuk mengelak dari menjadi miskin kerana kemiskinan boleh membawa sesuatu kaum, masyarakat dan juga negara menuju kearah kekufuran itu.

Malaysia Wajib Di Selamatkan,Umno Boleh Di Kalahkan - DR Wan Azizah

SHAH ALAM: Kemantapan jentera Penerangan KEADILAN mampu membantu Pakatan Rakyat mengalahkan Umno yang diibarat sebagai gergasi yang luka parah, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Apatah lagi, katanya, KEADILAN memiliki banyak peluru berbentuk isu yang mampu menumbangkan gergasi, antara kenaikan harga barang, petrol, penyelewengan kuasa dan gejala rasuah.

Namun, beliau mengingatkan jentera penerangan parti betapa gergasi yang parah akan berbuat apa sahaja untuk memastikan kemenangannya tetap berpihak di tangannya.“Gergasi itu kini luka parah. Tindakannya mungkin tidak terjangkau imaginasi kita. Justeru, kita harus sentiasa bersedia menerima sebarang kemungkinan.“Dulu, ingat habis kes Fitnah I, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dah kena dakwa, kena penjara kemudian bebas, habislah. Rupa-rupanya tak juga. Ada pula kes Fitnah II.“Tidak cukup dengan kes mahkamah. Mereka (Umno) sebar video lucah. Tak habis-habis,” katanya.

Mat Sabu mahu Majlis Syura dinaik martabat, diberi kuasa audit

GOMBAK, 5 Jun — Mohamad Sabu hari ini mengesyorkan agar Majlis Syura yang dianggotai golongan ulama dinaikkan martabatnya supaya sayap itu mempunyai kuasa audit dan pengawasan mendalam terhadap prestasi barisan kepimpinan pusat yang dipilih perwakilan.
Timbalan presiden baru PAS itu melahirkan pandangan ini ketika timbul tanggapan bahawa perwakilan kumpulan ulama sudah terhakis di peringkat eksekutif parti susulan proses pemilihan kali ini.

Video : Nik Aziz iktiraf Mat Sabu

Video : Mahfuz tempelak UMNO-BN

Ujian, cubaan suatu kemestian dalam dakwah

http://dinmerican.files.wordpress.com/2011/06/57-muktamar-pas.jpgDALAM proses pembinaan dan di dalam saf dakwah ini pasti terjadi ujian dan cubaan. Baik ujian-ujian yang berasal dari dalam dan dari luar akan didera oleh setiap individu mahupun jemaah ini dalam pelbagai bentuk, dan di setiap fasa dakwah akan menyaring barisan dakwah ini dan membersihkannya daripada batu-batu bangunan yang rapuh dan lemah, sehingga ia semakin kuat dan kokoh.
Firman Allah, bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami Telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (al-Ankabut ayat 2)

Majlis Syura dicadangkan buat odit kepimpinan

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Majlis Syura Ulamak dicadangkan supaya membuat odit kepada setiap anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan dinilai setiap masa demi kepentingan PAS.

Odit ini pula hendaklah digunakan untuk membuat pembetulan terhadap semua mereka dan jika perlu mereka yang berkenaan dipanggil untuk diperbetulkan.

Perkukuh PAS hadapi Umno-BN dan PRU-13

Oleh SAFAR JUMAAT
APA pun niat perwakilan datang ke Muktamar Tahunan PAS ke-57 kali ini, satu perkara yang perlu fokus ialah persiapan menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang boleh diadakan bila-bila masa, mungkin Julai dan mungkin November, atau mungkin tahun depan.
Masa sudah tidak ada untuk memikirkan soal pertandingan dalam PAS, kerana pertandingan dalam parti sebenarnya tidak memberi apa-apa makna kepada parti, jika PRU-13 nanti, PAS tidak dapat menambah kecemerlangan yang dicipta dalam PRU- 12, tiga tahun yang lalu.

Ruang membina masa depan umat

Oleh Wan Nik Wan Yusof
Sudah acap kali dibicarakan persoalan masa depan PAS. Ia berlaku pada setiap kali ada agenda besar yang diketengahkan oleh parti Islam yang usianya melewati setengah abad ini. Namun, titik fokus popular ialah poin pilihan raya umum.
 Ia adalah kerana pilihan raya umum menjadi urusan rutin mengikut penggal yang dihitung berlaku setiap lima tahun sekali. Maka pilihan raya umum ke-13 nanti merupakan salah satu poin penting untuk dibina dan diolah dalam Muktamar PAS ke-57 ini.

PAS lulus usul himpun 300,000 untuk Bersih 2

KUALA LUMPUR, 5 Jun: PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu ketika membentangkan usul tersebut berkata, seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007 lalu tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya juga, usaha mendaftarkan warga asing sedang berleluasa di Selangor dan turut berlaku di negeri-negeri lain.

"Satu pun tuntutan Bersih pada 10 November 2007 tak ditunai pemerintah.

"Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Datuk Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata beliau yang merupakan salah seorang penggerak Bersih.

Video seks: Muktamar PAS kutuk sikap bisu ulama rasmi kerajaan

GOMBAK, 5 Jun — Dewan Ulama PAS meluluskan usul mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan, yang didakwa tidak tegas dalam mengutuk tindakan penayangan video seks oleh “Datuk T” Mac lalu. 
“Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.
“Mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka,” kata usul yang dibentangkan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57.
Enam usul dibahas dan diluluskan kali ini. Usul itu merujuk kepada penayangan video seks pada 21 Mac lalu kepada media-media terpilih, yang pelakonnya didakwa mirip Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar sudah pun menafikan dakwaan itu. Video seks itu setakat ini telah tiga kali dimuat naik di dunia siber termasuk yang penuh beberapa hari lalu.

Raja Petra mahu MCLM kerjasama dengan PAS

NONEPergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) berharap dapat menjalinkan bekerjasama dalam PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Ini ekoran keyakinan MCLM pada barisan kepimpinan baru PAS yang dilihat akan memandu parti Islam itu mencapai matlamat menentang nilai negatif dalam politik negara.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan maksud untuk memulihkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua Rakyat Malaysia," kata pergerakan itu.

Dalam kenyataan bersama pengerusinya Raja Petra Kamarudin (atas) dan Presiden Haris M Ibrahim hari ini, mereka mengucapkan tahniah kepada yang menawarkan harapan besar untuk Rakyat.

Pakatan tak boleh kekal jika gagal sekat BN, kata Mat Sabu

GOMBAK, 5 Jun — Timbalan presiden PAS yang baru Mohamad Sabu memberi amaran negeri-negeri Pakatan Rakyat khususnya Selangor, yang menjadi idaman pentadbiran Najib, sukar boleh dipertahankan jika perikatan itu gagal menangani pendaftaran pemilih baru dalam satu jumlah yang besar.
“Tumpuan utama mereka sekarang ini adalah untuk tawan Selangor. Tapi adakah kita boleh kekal Selangor jika program daftar ini giat dibuat oleh BN?” kata beliau (gambar) ketika membentangkan usul berkaitan Himpunan Bersih 2.0 pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di sini hari ini.
Usul itu mendakwa empat tuntutan utama Himpunan Bersih 2007 belum dilaksanakan.
Tuntutan itu ialah akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik, melaksanakan penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda, memansuhkan sistem undi pos dan umur 21 tahun secara automatik didaftar sebagai pengundi.

Mat Sabu: Belum tentu kita menang lagi di S'gor

NONEDi sebalik pentadbiran yang baik, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih bimbang kejayaan merampas Selangor tidak boleh dipertahankan sekiranya pilihan raya mengejut diadakan dalam masa terdekat.

"Kita bawa kesejahteraan, guru KAFA gaji tinggi dan sebagainya, tetapi jika dipanggil pilihan raya umum, adakah Pakatan akan terus memerintah selangor?" tanya mohamad sabu kepada perwakilan ketika membentangkan usul menyokong perhimpunan BERSIH untuk mendesak diadakan penambahbaikan peraturan pilihan raya.

Menjawab sendiri soalannya itu, Mohamad mengejutkan perwakilan apabila memberikan jawatan yang dianggap negatif.

"Belum tentu, belum tentu kita boleh menang," katanya.

Mat Sabu: Make Bersih rally a success

The newly elected deputy president received a resounding thunder of approval when he asked if the delegates will march on July 9 to seek a clean and fair elections.

GOMBAK: PAS today passed a motion urging all party members to join a rally planned by the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) on July 9.
The motion, passed during the Islamic party’s muktamar, also urged all Pakatan Rakyat party machineries and NGOs to make the rally a success.
“Our president in recent speeches said that he wants around 300,000 PAS members to attend the gathering.
“PAS will work together with other political parties and NGOs in order to make this rally as success so that we can hold a clean and fair election,” said newly elected deputy president Mohamad Sabu who proposed the motion.

Tukang Kempen Yang Berlagak Tuhan


Akhirnya Haji Mohamad Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Ketika saya mengunjungi Markaz Tarbiyyah PAS Pusat tadi, seorang kawan baik mengucapkan tahniah kepada saya. Kawan itu adalah seorang yang sangat wala' kepada kepiminanan ulama. Saya tak ingat apa saya kata bila dia ucap tahniah. Tetapi yang jelas, saya bukanlah orang yang patut diucapkan tahniah.

Saya tak membantu Mat Sabu. Saya tidak minat benda tu semua. Bagi saya, setakat nak lawan Umno, nak maki Umno, Mat Sabu tak payah jadi Timbalan Presiden PAS. Atas nama Mat Sabu pun dia boleh buat kerja tu dengan cemerlang. Dia dah established.

Muktamar : Buang label komunis terhadap kaum Melayu dan Cina

Kehadiran komunis asalnya atas rasa tak puas hati rakyat apabila British datang menjajah negara ini terutamanya di kalangan Melayu dan Cina, kata perwakilan PAS Kawasan Batu.


GOMBAK: Gelaran komunis yang dilabelkan terhadap segelintir masyarakat Cina dan Melayu perlu dibuang kerana mereka bukannya petualang bangsa sebaliknya kumpulan pejuang yang mahu membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman British dan kerajaan Perikatan.
Demikian menurut perwakilan PAS Kawasan Batu Zabur Nawawi ketika sesi perbahasan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar di sini hari ini.

Hanipa Maidin: UMNO solehkan video seks dengan "sumpah"

Fitnah menggunakan video seks memperlihatkan bagaimana teruknya Barisan Nasional berpolitik, namun PAS seharusnya menjadikan ia satu peluang untuk menonjolkan kehebatan Islam.
AJK Pusat PAS Hanipa Maidin (gambar kanan), ketika menyokong usul "Mengutuk Fitnah Menggunakan Video" yang dibawa Dewan Ulamak, menerangkan bagaimana UMNO-BN cuba "solehkan, hiaskan video dengan sumpah", kerana sedar bahawa ia tidak akan berkesan jika sekadar menggunakan video seks.
Maka, sumpah itu dijalankan, pertama, atas nama Allah; kedua, dengan al-Quran; dan ketiga, dalam masjid, dan mungkin orang akan tertanya-tanya, "Takkanlah tak betul?"
"Kita berlawan dengan satu golongan yang mereka ini ... Saya rasa syaitan pun respect mereka."  Kata-kata Hanipa Maidin ini menggelakkan perwakilan dalam dewan.

Pemimpin yang tewas akan kembali semula – Muslimat

Perubahan kepimpinan terutamanya apabila golongan ulama gagal menguasai barisan kepimpinan yang baru ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan bukan suatu perkara yang baru.


GOMBAK: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Siti Zailah Mohd Yusof tidak menolak kemungkinan calon yang pernah mengetuai pimpinan PAS penggal lalu namun tewas pada pemilihan kali ini akan kembali semula memimpin parti itu pada penggal akan datang.
Baginya, perubahan kepimpinan terutamanya apabila golongan ulama gagal menguasai barisan kepimpinan yang baru ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan bukan suatu perkara yang baru.
Kamu akan lihat selepas ini bahawa semua yang kalah juga akan dimasukkan semula.

PAS arah daftar pemilih secara besar-besaran

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Dengan andaian pilihan raya umum akan diadakan dalam masa enam bulan lagi, PAS mengarahkan semua peringkat partinya agar membuat pendaftaran pemilih secara besar-besaran.

Isu ini telah disebutkan segenap peringkat muktamar dan digulung oleh Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (gambar)  agar pendaftaran pemilih secara besar-besaran dibuat.

"Saya menyaran tugas ini dipikul oleh Dewan Pemuda kerana mereka yang perlu didaftar adalah golongan muda.

"Sebanyak 3.5 juta remaja belum lagi mendaftar sebagai pemilih," kata Abdul Halim ketika berucap menggulung perbahasan Ucapan Dasar  Muktamar PAS ke 57.

UTUSAN LEBIH ULAMA DARI ULAMA........

ADEGAN YANG INGIN ANDA LIHAT....

MUKA HADAPAN MINGGUAN SASAU HARI INI....HEHEHEHEHEHEHEHE.....


Nasrudin: Tak adil jika nilai Pemuda PAS hanya berdasarkan kontroversi Hari Kekasih

Adalah tidak adil seandainya Dewan Pemuda PAS dinilai hanya berdasarkan pendiriannya yang kontroversial dalam isu Hari Kekasih, kata Nasrudin Hassan Tantawi.  Beliau mendakwa bahawa satu sesi pimpinan mengambil masa dua tahun, dan Hari Kekasih hanya satu hari, daripada 365 hari dalam setahun.  Hari-hari yang selebihnya diisi dengan kerja untuk perkara yang lain, namun tidak diberi perhatian, katanya.
Ketua Dewan Pemuda PAS ini memberi contoh bahawa Dewan Pemuda PAS adalah pasukan yang tiba di tempat kejadian tanah runtuh Hulu Langat baru-baru ini untuk menghulurkan bantuan, namun tidak diberi liputan oleh media.

Muktamar PAS kutuk 'fitnah' ke atas Anwar

Muktamar PAS hari ini meluluskan usul mengutuk "fitnah" melalui video lucah yang dilemparkan ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Usul yang diluluskan sebulat suara itu turut mengutuk tindakan BN yang didakwa telah membenarkan video lucah berkenan ditayangkan di saluran televisyen dan media cetak.
Usul berkenaan juga mengutuk tindakan ulama rasmi kerajaan yang disifatkan tidak tegas dalam mengutuk tindakan yang tidak berakhlak itu.
Usul berkenaan dibentangkan oleh wakil dewan ulama Mohd Fadzil Mohd Noor.

Menyokong usul tersebut, perwakilan Ipoh Barat, Norazli Musa berkata, budaya fitnah perlu dihentikan oleh pihak berwajib.

Beliau menggesa para mufti supaya menghalang penyebaran fitnah itu.

Muktamar lulus usul perkasa pendidikan Islam

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Muktamar PAS hari ini meluluskan usul Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang mendesak kerajaan agar perkasakan Pendidikan Islam.

DMPP hari ini mengusulkan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil beberapa tindakan terhadap subjek Pendidikan Islam yang semakin dipandang remeh oleh masyarakat.

Usul yang dibacakan wakil DMPP, Wan Hamidah Wan Ahmad mencadangkan Kementerian Pelajaran meminda syarat pensijilan di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menjadikan subjek pendidikan Islam sebagai syarat asas pensijilan bagi pelajar-pelajar beragama Islam.

Isu IC palsu jatuh ke telinga pekak

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Muktamar PAS hari ini didedahkan bagaimana usaha untuk menyelesaikan isu kad pengenalan palsu hanya jatuh ke telinga pekak sahaja.

Ia berlaku apabila pelbagai usaha melalui pelbagai saluran dibuat untuk menyelesaikannya namun pihak yang prihatin ini hanya ditendang bagai bola sahaja.

Perwakilan PAS kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim memberitahu, beliau menemui 14 keping kad pengenalan bersama dengan kad berlogo BN di satu tempat pembuangan sampah.

PRU-13: PAS gesa Pakatan fail injunksi halang JPN

GOMBAK, 5 Jun — Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang termasuk perintah injunksi sementara terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menggantung pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, yang dikaitkan pembangkang sebagai komplot Umno-BN menjelang pilihan raya umum ke-13.
Gesaan itu terkandung dalam usul berkaitan pemalsuan kad pengenalan dibawa Dewan Ulama pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 hari ini.
Pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, sekali gus didakwa membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi menjadi isu yang dibawa oleh pembangkang sejak tahun lalu.

Zalim.. Kerajaan Selangor Akan Rampas Tanah Rakyat.. Perkasa Dan GAPS Kena Cepat Berdemo! Hahaha


KERAJAAN NEGERI AKAN RAMPAS TANAH DI PJS1

Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan untuk merampas tanah seluas 11 ekar di PJS1 bagi memastikan rumah mampu milik dan sekolah dapat dibina di tanah tersebut.

Setiausaha kerajaan Negeri telah keluarkan arahan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk keluarkan Notis 7A mengikut Seksyen 128 Kanun Tanah Negara kepada pemilik-pemilik tanah itu: Lee Man Construction Company Sdn Bhd dan Kembar Empat Sdn Bhd.

Mengikut rekod, tanah itu telah diberi kerajaan negeri pada tahun 80-an kepada dua syarikat berkenaan dengan harga RM100 seekar untuk tujuan pembangunan bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut.

Mufti Perlis mahu PAS bentang konsep negara kebajikan

GOMBAK, 5 Jun — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berharap PAS akan membentangkan segera konsep negara berkebajikan yang disentuh oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya kelmarin.
“Kita juga harap PAS bentangkan segera konsep negara kebajikannya. Jangan sampai rakyat tunggu-tunggu seperti kerangka negara Islam PAS sebelum ini yang tidak muncul tiba,” kata Juanda (gambar) dalam satu kenyataan SMS.
Muktamar PAS kali ini dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema “membangun negara berkebajikan”, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.
Dalam ulasannya semalam, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan “kemajuan memberangsangkan” memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.

PAS rangka pelan kemenangan - Husam

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Naib Presiden PAS yang baru terpilih, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya akan merangka satu pelan kemenangan bagi menuju Pilihan Raya Umum ke-13.

Ia adalah antara rangka untuk merealisasikan tema muktamar PAS kali ini, 'Membangun Negara Berkebajikan'.

Ketika ditemui sejurus selepas diumumkan menang naib presiden, Husam berkata perkara tersebut akan diperincikan di peringkat semua dewan-dewan sesuai dengan peranan masing-masing.

Mat Sabu: ‘PAS beri aktivis mandat, jangan salah tafsir peranan ulama’

GOMBAK, 5 Jun — Mohamad Sabu sambil menyifatkan perwakilan kali ini memilih saf kepimpinan lebih cenderung kepada aktivis menegaskan, beliau tidak mahu kepimpinan ulama dalam PAS disalahtafsirkan kedudukan dan peranan mereka.
“Aktivis ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan masyarakat sama ada timbalan presiden dan naib-naib presiden yang dipilih.
“Namun pada saya, bukanlah yang tidak cukup undi itu tak bersifat aktivis, tetapi pemilihan dibuat perwakilan cenderung ke arah itu (mengangkat aktivis),” kata timbalan presiden baru PAS ini dalam temu bual kepada Harakah Daily.

Usul-Usul Muktamar PAS 57

1. Himpunan BERSIH 2 (PAS Pusat)
• Menyedari ruang demokrasi semakin terhimpit oleh kerajaan BN, walaupun negara hampir mencapai kemerdekaan negara 54 tahun.

• Menyedari BN takut bertarung secara anak jantan di gelanggang yang sama rata dengan memperalatkan SPR.

• Menyedari tuntutan BERSIH 1 belum dilaksanakan,

1. Akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik
2.Melaksanakan penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda.
3.Memansuhkan sistem undi pos
4.Umur 21 tahun secara  automatik didaftar sebagai pengundi.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan  3 hingga 5 Jun 2011

Ketua Muslimat: Isteri harus taat suami tapi jangan lebih-lebih

GOMBAK, 5 Jun — Ketua Dewan Muslimat PAS yang baru, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, isteri sepatutnya mentaati suami dan ia juga diharuskan dalam al-Quran.
Bagaimanapun kata beliau, sikap itu tidak boleh berlebih-lebihan.
“Kita memang perlu taat pada suami. Tetapi tidak ada ketaatan yang lebih tinggi selain taat kepada Allah.
“Jangan sampai tahap ketaatan kita pada suami itu melebihi sehingga mengatasi ketaatan kepada Allah,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.

A pass for PAS

A pass for PASIndeed PAS must be commended. You would never see such world-class performance within BN. Now, BN stop getting furious.
If BN turns red from ear to ear or rages with anger for the rakyat's show of respect and commendation for PAS performance at its recently concluded Assembly, it is very well understood why.
When BN meets - i.e. UMNO, MIC or MCA, we hear of fireworks and blatant cold blooded calls for race blood and race rights. It is like a broken record turned on the gramaphone of a bygone era.
But when PAS meets they remain calm, collected, civil and above all professionally political. They vote with their heads and a spirit of clear unity.
When their opponents convene it is always crowned with war cries of crushed bones and bloodied bodies and what have you. So what can we make out of all these?

More than ever, Malays need Ibrahim Ali and Perkasa: True or False?

More than ever, Malays need Ibrahim Ali and Perkasa: True or False?Perkasa is the most famous NGO in the country today. It is notorious for its radical stand and extreme views. It should have been banned by the Government, but Perkasa is still running around as our Government is liberal enough to encourage freedom of speech.
Perkasa is the self proclaimed saviour of the Malays and the Guardian of Article 153 in the federal constitution. Without article 153 there is no Perkasa. Without article 153, Malays will be the same as non-Malays. Perkasa believes that Article 153 has been written to guard the Malays and Bumiputras as first class citizens accorded with Special Privileges. The rest are second-class, who have no right to question their rights.
Article 153 wouldn’t have been known by Malaysians if not for Perkasa. Because of Article 153, human rights must take second place and so must meritocracy, equality and fair play. According to Perkasa, no one must or can or should question Article 153. Today Article 153, is the Mother of all articles in the Constitution. All hail Article 153.

Berani pilih sedia berjuang

Wan Hamidi Hamid

5 JUN — Ulama tidak kalah, profesional tidak menang dalam pemilihan PAS. Yang membentuk wajah PAS sekarang ialah gabungan kedua-dua kumpulan di samping mereka yang bukan ulama dan bukan profesional — guru, pegawai perkhidmatan awam, peniaga dan aktivis.
Pemisahan antara kumpulan-kumpulan itu yang wujud lebih sedekad lalu tidak lagi menjadi isu dalam PAS kerana latar belakang mereka disatukan atas kesetiaan perjuangan mereka berlandaskan perlembagaan parti.
Yang menang adalah para perwakilan yang dilihat kecewa dengan kelembapan kepimpinan PAS dalam Pakatan Rakyat yang selama ini terganggu dek pujuk rayu Umno yang kononnya mahu mewujudkan perpaduan Melayu.

Ucapan Terima Kasih Muslimat Atas Ucapan Dasar Presiden PAS

Oleh AL UKHT. AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Perwakilan Dewan Muslimat PAS Pusat

1.0 Ybhg. Tuan Pengerusi Tetap, YB Tuan Guru Datuk Seri Presiden, Ahli-Ahli Majlis Syura Ulamak, Soff Kepimpinan PAS Pusat, Sidang Perwakilan, Para Pemerhati Dan Seterusnya Rakan-Rakan Media, Blogers Serta Seluruh Aktivis Perjuangan Islam & Perjuangan Rakyat Di Mana Pun Mereka Memainkan Peranan.

2.0 AlhamduliLlah, ana saudara kamu dalam Islam dan saudara kamu seinsan/ sekemanusiaan : Aiman Athirah Al Jundi - Perwakilan dari Dewan Muslimat PAS Pusat ingin turut sama mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Ucapan Terima Kasih Atas Ucapan Dasar Datuk Seri TG Presiden ; yang hakikatnya telah pun upaya mengangkat suatu tema yang pada hemat kami begitu memenuhi ciri-ciri Rahmatan lil Alaamin (Rahmat kepada sekalian alam) : iaitu Membangun Negara Berkebajikan... ke persada Muktamar Tahunan PAS Kali yang ke-57, khususnya dan ke gelanggang politik tanahair amnya.

Nik Aziz: ‘Mat Sabu menang kerana undi sah, bukan sebab undi MyKad’

Suasana dalam dewan ketika Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan ceramahnya sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Taman Melewarm Gombak malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May
GOMBAK, 5 Jun — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memperakui kemenangan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden baru sambil menyifatkan pemimpin vokal itu menang dengan “undian sah” perwakilan yang yakin kerana kepimpinannya.