Sabtu, 4 Jun 2011

Terburainya propaganda UMNO, Perwakilan PAS tuntut perubahan

Keputusan pemilihan PAS 2011 memperlihatkan bahawa perwakilan PAS telah  mencipta sejarah apabila berjaya menangkis serangan propaganda UMNO, dan bangkit untuk menuntut perubahan yang jelas dalam PAS.  Saf pimpinan yang terpilih kini bukan untuk melanjutkan nafas PAS semata-mata, malah lebih dekat dengan denyutan nadi masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Sesungguhnya Mohamad Sabu akan didakwa menang di celah-celah retakan undi perwakilan yang menuntut agar "ulama" dipilih untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden, namun rekod sejarah ini tetap bermakna jikalau diteliti dalam konteks politik terkini.
Terburainya propaganda UMNO
Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Utusan Malaysia milikan UMNO kelihatan lebih ghairah untuk mendukung "kepimpinan ulamak" dalam wacananya.  Malah, UMNO secara terang-terang mempertahankan "gandingan Hadi-Nasha", dan niatnya cukup jelas.  Bertopengkan "kepimpinan ulamak", Utusan Malaysia-UMNO pada hakikatnya lebih selesa dengan "Hadi-Nasha", kerana sering terperangkap dalam isu kerjasama/rundingan bersama UMNO.

Saf pimpinan PAS yang paling merunsingkan UMNO, kata Ketua DHPP

"Saf pimpinan baru PAS" yang lahir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini disifatkan sebagai gandingan yang paling merunsingkan UMNO.  Dengan empat pimpinan tertinggi yang dipilih, iaitu Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar sebagai Naib Presiden, pilihan sedemikian ditafsir sebagai kebijaksanaan perwakilan untuk meletakkan pemimpin di tempat yang sesuai.
Demikianlah ulasan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Phang Chow ketika diminta MerdekaReview untuk mengulas kekalahan bekas Menteri Besar Perak, Mohd. Nizar Jamaluddin dengan undi terendah dalam pertandingan jawatan Naib Presiden.
Hu Phang Chow berkata, Nizar Jamaluddin memikul dua misi yang terpenting buat masa kini, iaitu mengembalikan kuasa kerajaan negeri di Perak, dan meningkatkan sokongan bukan Melayu/bukan Muslim terhadap PAS.  Seandainya Nizar berjaya menyempurnakan dua misi ini, maka beliau boleh kembali ke pusat pimpinan untuk diberikan peranan yang lain.

Barisan impian PAS 2011 kesan protes dua tahun

Barisan kepimpinan kanan baru PAS (dari kiri) Mahfuz Omar, Hadi Awang, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Husam Musa. – Foto oleh Choo Choy May
ANALISIS, 4 Jun – Kira-kira empat bulan selepas pemilihan 2009, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengetengahkan idea agar diadakan pemilihan khas untuk menggantikan pucuk kepimpinan parti itu. Ketika itu, tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, mengejutkan banyak pihak khususnya di kalangan ahli parti itu sendiri. Perhimpunan khas yang diusulkan beliau tidak menjadi kenyataan, sebaliknya kepimpinan pusat memutuskan kaedah kompromi dalaman agar parti itu tidak berhadapan dengan perpecahan dan krisis dalaman.
Nik Aziz dalam blognya ketika itu menimbulkan cadangan itu dipercayai kerana tidak senang dengan beberapa pemimpin parti, Antara yang disebut-sebut ialah Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali serta Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa berhubung isu kerajaan perpaduan.
Meskipun kompromi dibuat tetapi persekitaran protes itu tidak habis di situ. Menjelang muktamar tahun lalu, isu kononnya Nasharudin tidak sealiran dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang muncul semula. Beberapa pemimpin mendakwa pihaknya akan membawa usul agar pemimpin kanan ditukar akan dibawa ke muktamar yang diadakan di Kelantan.
The Malaysian Insider ada membawa tulisan bahawa Hadi sendiri ada memaklumkan sahabatnya dan beberapa pemimpin kanan dalam parti itu bahawa beliau tidak mendapat sokongan yang diharapkan daripada timbalannya. Hadi menafikan tanggapan sedemikian.
Tetapi, setahun lalu, segelintir pemimpin kawasan menekankan bahawa usaha akan digerakkan bagi memastikan pucuk kepimpinan di tangga kedua mengalami perubahan tahun depan. Cakap-cakap itu kekal sebutan sebahagian besar perwakilan sehingga ke hari pengundian pemilihan 2011-2013.
Apabila keputusan rasmi diumumkan pagi ini, Nasharudin berada di tempat ketiga dengan 224 undi berbanding Mohamad Sabu 420 undi, yang pernah mencabarnya dua tahun lau. Pencabar ketiga, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turun sebagai calon minit-minit terakhir mengumpulkan 399 undi.
Sebagaimana dua tahun lalu, undi dua pencabar mengatasi undi calon yang menang.
Nasharudin berada di tangga kedua sebagai timbalan Hadi sejak 2005. “Saya menghormati apa yang dipilih oleh perwakilan dan merasakan pemilihan itu adalah yang terbaik,” katanya lagi.
Hari ini, Nasharudin juga berkata, beliau sudah tiga penggal menjadi timbalan presiden dan tiada masalah dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Laporan media tahun lalu menyebut wujud pergeseran antara Hadi dan Nasharudin.
“Selama tiga penggal saya sudah lakukan kerja saya sebaik mungkin. Kepimpinan terbaru ini, dilihat sebagai satu perkara terbaik,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok. Ditanya mengapa beliau kalah, Nasharudin menjawab: “Perwakilan tidak mengundi saya.”
Mengenai kekurangan pada dirinya yang membawa kepada kekalahan, Nashrudin memberitahu, “saya tidak pasti, mungkin mereka mahukan seseorang yang lebih vokal.”
Pun begitu Nasharudin menolak isu kerajaan perpaduan Umno-PAS yang diperkatakan sejak 2008-2009 sebagai punca kekalahan beliau.
“Isu itu isu basi,” ujar beliau.
Dalam temu bual khas dengan The Malaysian Insider menjelang hari pengundian, Mohamad ketika mengulas isu puak ulama dan profesional berkata, “namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS.”
Beberapa perwakilan yang ditemui beberapa jam selepas pengumuman keputusan berkongsi pandangan bahawa mereka sememangnya telah menjangkakan perubahan dalam kepimpinan nombor dua parti dan memperkukuhkan semula kedudukan naib presiden.
Perwakilan-perwakilan ditemui menekankan mesej hampir sama – PAS memerlukan pasukan agresif bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Mengapa tidak perubahan ini dibuat pada pemilihan 2007 sebelum negara menyaksikan pilihan raya umum ke-12 tahun berikutnya?
Dan juga, mengapa tidak pada pemilihan dua tahun lalu? Dua tahun tahu lalu, Mohamad dan Datuk Paduka Husam Musa, yang dilabel sebagai golongan profesional bertanding.
Pada 2009, undi kepada kedua-dua calon profesional berpecah manakala Nasharudin memperoleh sokongan padu perwakilan yang berlatarbelakangkan sentimen ulama.
Kali ini, undi perwakilan yang cenderung kepada ulama berpecah, sekali gus memberi kelebihan kepada Mohamad untuk menang dengan majoriti 21 undi.
“Saya memang sudah menjangkakan keputusan ini kerana kami tahu arah aliran sokongan. Perwakilan khususnya ahli-ahli mahukan satu pasukan yang boleh membawa PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan kuat,” kata perwakilan dari Kelana Jaya, Abdul Rahman Othman yang menyifatkan barisan kepimpinan kali ini sebagai “pasukan impian.”
“Saya pasti Umno, BN akan gerun dengan pasukan. Bukan begitu?” katanya lagi.
Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad iaitu perwakilan dari Temerloh, Pahang berkata, barisan baru ini akan memperkuatkan PAS dan Pakatan Rakyat.
“Ia akan memperkukuhkan dan menjadi PAS bergerak dengan lebih berkesan,” kata beliau.
Penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, perwakilan menyediakan satu barisan kepimpinan yang berasaskan rekod prestasi.
“Ini adalah pasukan yang berasaskan prestasi, berdasarkan KPI... mereka mahukan pencapaian, menunjukkan prestasi... isyarat yang jelas,” katanya yang turut mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa kerja kali ini.
Sebagaimana diperkatakan oleh seorang ahli jawatankuasa kerja pusat kepada The Malaysian Insider semalam, kira-kira empat jam sebelum proses pengundian, PAS nampaknya disajikan “pasukan terbaik” di sebalik persaingan sengit dalam memilih pemimpin terbaik.
Husam yang kembali memperoleh kerusi naib presiden berkata, “saya melihat ini pasukan terbaik. Yang diterima perwakilan dan boleh diterima oleh rakyat semua kaum dan berdasarkan rekod pencapaian yang baik.”
Mengambil kira intipati ucapan dasar Hadi semalam, perwakilan meletakkan satu pasukan kepimpinan yang lebih agresif untuk berhadapan dengan serangan Umno-BN, yang meningkat sejak setahun lalu dan sudah pasti keputusan hari ini akan merancakkan lagi serangan politik menjelang pilihan raya umum ke-13.
Meminjam kata-kata Ketua Pemuda PAS Nashrudin Hassan kelmarin, streng “kepimpinan” cuma satu. Streng sudah diberikan. Perwakilan akan mengukur prestasi pemegang-pemegang streng ini sebelum muktamar 2012 iaitu pada pilihan raya umum ke-13.

Mat Sabu: Dulu lain sekarang lain, saya tak serang lagi Anwar

Mohamad Sabu ketika diumumkan sebagai timbalan presiden baru PAS pagi tadi. – Foto oleh Choo Choy May
GOMBAK, 4 Jun – Mohamad Sabu yang dipilih sebagai timbalan presiden baru PAS menegaskan pendiriannya bahawa beliau tidak lagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun musuh politik beranggapan beliau tidak akan sebulu dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat berdasarkan perkembangan dekad-dekad lalu. Beliau mengakui pernah mengecam dan menyerang secara politik pada 1980-an dan 1990-an iaitu ketika Anwar masih berada dalam Umno.
“Pada masa 80, 90-an, Anwar dalam Umno. Dia mendokong dasar-dasar Umno. Sebab itu saya kecam.
“Kini, Anwar sudah beralih ke Pakatan, jadi kita sama-sama bekerjasama dalam satu pasukan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di akhir hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini.
Mohamad yang mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” memperoleh 420 undi untuk menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa yang hanya memperoleh 224 undi dan seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerima 339 undi.
Anwar menyertai Umno 1982 dan dipecat pada September 1998.
Sejak 2008 Anwar mengetuai Pakatan Rakyat dianggotai PAS, DAP dan PKR.
Petang tadi, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Anwar dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwanya sebagai “pak turut.”
“Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi.
“Tetapi semua tidak beri apa-apa kesan kecuali Datuk Nik Aziz dan pak turut Haji Hadi,” kata Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan ini pada pilihan raya umum 2008 bertanding dan menang menggunakan lambang PAS.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali pula berkata kemenangan Mohamad pasti akan mengecewakan Nik Aziz, Hadi dan puak ulama dan puak Erdogan.
“Mat Sabu hanya belajar di ITM dan tidak tamat, bukan lulusan pengajian agama Timur Tengah. Ianya memalukan gulongon ulama PAS kerana Mat Sabu tiada kelulusan akademik manakala puak Erdogan juga lagi kecewa kerana Mat Sabu tidak sokong Anwar,” katanya dalam kenyataan berasingan.
“Malah Mat Sabu yang mengelar Anwar Al-Juburi... kehebatan Mat Sabu, namanya Muhamad sama nama Rasullulah, tapi nama bapa Sabu.. tiga naib presiden pula adalah tokoh duniawi iaitu dua ada ijazah dan satu lagi dikatakan hanya SPM saja.
“Pada pendapat saya barisan pimpinan PAS baru ini semakin menyukarkan usaha ke arah perpaduan Melayu,” kata beliau lagi.
Mengenai kecaman itu, Mohamad yang kelahiran Pulau Pinang berkata, itu perkara biasa dan sesiapa sahaja boleh mengecamnya sebab beliau juga ada mengecam orang.
“Jadi, ini bukan masalah. Sekarang, saya menjadi timbalan, akan ramai lagi yang kecam saya. Saya sedia hadapi kritikan orang,” kata Mohamad yang pernah menjadi anggota Dewan Rakyat.
Mengulas pandangan Ibrahim itu, Mohamad berkata, itu pendapat peribadi wakil rakyat berkenaan dan “suka hati dia nak cakap apa.”
“Saya tidak mahu komen apa-apa. Kalau itu pandangan organisasi, lain ceritalah. Ini pandangan peribadi,” katanya lagi.

WAJAH BARU YANG MENAKJUTKAN UMNO

Ada yang menyifatkanya sebagai kemenangan untuk kumpulan profesional dan kekalahan untuk golongan ulama.

Tidak kurang pula tafsiran bahawa kemenangan “kumpulan Erdogan” dalam pemilihan PAS semalam sekali gus menempelak cubaan Umno untuk “meminang” PAS, khususnya sejak beberapa bulan lalu.

NONEApa pun, yang jelas ialah PAS sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Berlainan dengan Umno, PAS tidak menangguhkan pemilihan parti semata-mata kerana khuatir saingan untuk jawatan akan memecah belahkan parti dan menggugat peluangnya dalam pilihan raya umum.

Sebaliknya pucuk pimpinan PAS begitu yakin terhadap kematangan perwakilan dan calon untuk merapatkan saf dengan selesainya pemilihan yang dijalankan dalam semangat demokrasi dan musyarawah.

Hadi: ‘Perubahan pimpinan PAS biasa, macam alih perabot rumah’

Ahli-ahli PAS mengambil kesempatan memohon kad keanggotaan parti pada hari kedua Muktamar Tahunan Ke-57 di Taman Melewar dekat Kuala Lumpur hari ini. – Foto oleh Choo Choy May
GOMBAK, 4 Jun – PAS tidak akan mengalami perubahan dasar sebaliknya hanya akan mengubahsuai strategi sesuai dengan keputusan pemilihan kali ini yang menyaksikan kemenangan besar calon barisan profesional, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. “Sekali lagi, dasar tidak berubah tetapi strategi yang kita ubah,” kata Presiden PAS pada sidang media hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini hari ini.
Hasil pemilihan semalam, PAS menerima timbalan presiden yang baru iaitu Mohamad Sabu manakala Datuk Paduka Husam Musa pula kembali sebagai naib presiden manakala Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar mengekalkan kerusi naib presiden masing-masing.

Nasharudin terima kekalahan, dakwa PAS mahu pemimpin vokal

GOMBAK, 4 Jun — Nasharudin Mat Isa yang gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden yang disandangnya sejak 2005 berkata, beliau menerima kekalahan dan menghormati keputusan para perwakilan yang memberi mandat kepada suara vokal Mohamad Sabu kali ini.
“Kekalahan bukan benda baru ini dalam pertandingan. Kita terima dengan hati terbuka. Pertandingan tiga penjuru ini bagi saya bukan benda baru, sudah lama berlaku, dulu dan sebagainya,” kata beliau sambil mengaku kemungkinan wujud pecah undi kali ini.
Selain Nasharudin (gambar) dan Mohamad, jawatan timbalan presiden turut ditandingi oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Semua naib presiden PAS ditarbiah ulama

Naib presiden PAS yang baru Datuk Husam Musa menolak pengkelasan antara golongan ulama dan profesional dalam parti itu kerana ia hanya wujud di media.

Sedangkan, katanya, beliau sendiri dan dua penyandang yang mempertahankan jawatan - Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - juga mendapat didikan dan tarbiah daripada golongan itu.

"Tak ada isu sama ada kami menentang ulama dan ulama meminggirkan kami. Kami, saya, Salahudin, Mahfuz dan Mat Sabu dari kecil dibesarkan dengan tarbiah atau didikan ulama," kata Husam.

Hadi : 'Saya gembira dengan kabinet ini'


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan barisan kepimpinan baru termasuk sayap-sayap parti yang dipilih dalam muktamar PAS kali ini adalah kabinet pilihan raya.

Katanya, barisan kepimpinan ini dianggotai barisan pemimpin yang dipilih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional dan pemimpin masyarakat.

"Saya bergembira dan ahli-ahli bergembira (dengan keputusan ini). Muktamar semakin hari semakin meriah. Ini menunjukkan kematangan ahli-ahli kita.

"Ahli-ahli memilih saf di hadapan untuk pilihan raya. Dengan sebab itu kabinet saya kali ini adalah kabinet pilihan raya," katanya.

Nasha: Ulama kurang, tapi masih ada

Mantan timbalan presiden Nasharudin Mat Isa menolak pandangan bahawa pemilihan kali ini menunjukkan sentimen perwakilan menolak kepemimpinan ulama.

Katanya, walaupun bilangan pemimpin ulama semakin berkurangan, namun barisan pemimpin berkenaan masih mempunyai gabungan profesional-ulama.

"Jika mereka tolak ulama, kita tidak akan diwakili tapi (masih) ada beberapa nama yang mewakili ulama.

Percubaan baru, kata Haron Din

NONETimbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menafikan beliau kecewa dengan tumbangnya dua calon ulama dalam pemilihan timbalan presiden PAS hari ini.

"Saya tak pernah kecewa. Itu pandangan saya. Kalau majoriti kata perlu gandingan (ulama dan profesional) itu, itu percubaan yang cukup baik," katanya kepada pemberita.

Haron antara yang paling ke depan dan terbuka meminta anggota PAS memilih golongan ulama untuk mengisi jawatan tertinggi dalam parti itu.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Idris Ahmad pula menolak dakwaan bahawa kumpulan pro-Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menguasai parti itu.

Asri: Prinsip negara Islam-berkebajikan, bukti PAS alami kemajuan besar

GOMBAK, 4 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan “kemajuan memberangsangkan” memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.
Muktamar PAS kali ini dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.
Katanya, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.
“Cumanya, saya sedang meneliti apakah maksud ‘negara kebajikan’ yang hendak diwujudkan. Saya percaya Presiden PAS ada kerangka yang jelas.
“Ahli-ahli hendaklah difahamkan terlebih dahulu sebelum membicarakannya secara meluas. Ini kerana negara berkebajikan mempunyai pelbagai gambaran,” kata beliau.

Muktamar Pas : Kumpulan profesional sapu bersih dalam kepimpinan 2011 - 2013

GOMBAK, 4 Jun — Mohamad Sabu sah menang kerusi jawatan timbalan presiden PAS dalam percubaan kali kedua dengan menewaskan dua calon termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, sekali gus menyaksikan barisan kepimpinan parti itu kali ini dikuasai kumpulan profesional.
Mohamad Sabu melambai ke arah perwakilan selepas diumumkan menang jawatan timbalan presiden. — Foto oleh Choo Choy May
Mohamad, bekas naib presiden, memperoleh 420 undi — keputusan yang dilihat menarik perhatian banyak pihak di dalam dan luar parti itu. Nasharudin yang menyandang jawatan itu sejak 2005 hanya menerima 224 undi manakala seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat 399 undi.
Pemilihan PAS diadakan setiap dua tahun sekali.
Selepas tewas pemilihan 2009 Mohamad yang mesra dipanggil “Mat Sabu” dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.
Di peringkat naib presiden Salahuddin Ayub dan Datu Mahfuz Omar mengekalkan kerusi masing-masing dan Datuk Paduka Husam Musa kembali dipilih ke jawatan itu.
Salahuddin menerima undi terbanyak iaitu 753, Husam di tempat kedua dengan 660 undi manakala Mahfuz 616 undi.

Mat Sabu: Perwakilan berani, saya akan penuhi harapan rakyat ke atas PAS

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Mohamad Sabu yang memenangi jawatan timbalan presiden PAS berkata, beliau akan membantu parti itu memenuhi keperluan orang ramai dan bukan Melayu, yang menurut beliau meletakkan harapan tinggi ke atas komponen Pakatan Rakyat (PR).
Dalam reaksi pertama selepas diumumkan sebagai orang nombor dua parti Islam itu, Mohamad berkata, survival mana-mana parti politik akan ditentukan oleh sokongan undi orang ramai dalam pilihan raya.
Oleh itu anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, PAS perlu memainkan peranan menyeluruh untuk memenuhi keperluan ahli-ahli parti dan juga masyarakat umum bukan ahli PAS.

'Tsunami' Erdogan landa PAS

Keputusan pemilihan jawatankuasa pusat PAS yang diumumkan hari ini menggambarkan bahawa 'tsunami' kumpulan Erdogan atau pro-Pakatan Rakyat telah melanda parti Islam itu.

NONEDalam keputusan yang diumumkan sebentar tadi, pemidato terkenal Mohamad Sabu - yang dilihat tidak memihak kepada mana-mana - disokong kuat oleh kumpulan itu.

Kemenangan Mohamad yang bukan daripada golongan ulama juga pertama kali berlaku dalam tempoh 20 tahun selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan oleh parti Islam itu sekitar tahun 1980-an.

Manakala bagi tiga naib presiden yang baru dipilih pula, dua daripadanya - exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan ahli parlimen Datuk Mahfuz Omar - daripada kumpulan itu.

Tiada masalah bukan ulamak jadi pimpinan PAS - Presiden

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Tiada masalah timbalan dan naib-naib presiden bukan dari golongan ulamak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau sebaliknya gembira dengan keputusan yang dibuat perwakilan dalam pemilihan kali ini bagi sesi 2011-2013.

"Saya bersyukur dengan perpaduan yang wujud. Walaupun berbeza pandangan dari segi menentukan calon, tapi kita mendapat keputusan yang penuh kemesraan.

"Semua pihak menghormati keputusan perwakilan dan menerima siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13," kata beliau pada sidang media di muktamar PAS kali ke-57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad hari ini.

Tuan Ibrahim: Tidak timbul soal ulama, bukan ulama

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Tidak timbul soal ulama bukan ulama yang sedang dimainkan media pro Umno terhadap saf kepimpinan baru PAS, kata bekas calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap kepada Harakahdaily beliau berkata, keputusan pemilihan PAS yang diumum hari ini membuktikan perwakilan faham struktur dalam PAS yang sememangnya diterajui Majlis Syura Ulama.

"Kita ada panduan dari Majlis Syura, ini akan memandu parti kita.

"Saya fikir ia tidak mencerminkan penolakan terhadap ulamak, tetapi mereka faham ulama tetap tertinggi dalam PAS melalui Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS Pusat," katanya yang juga dilihat dari kelompok ulama, dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS.

Mat Sabu: Ini perubahan untuk p'raya

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perubahan kepimpinan yang berlaku dalam pemilihan PAS kali ini disebabkan muktamar yang diadakan berdekatan dengan pilihan raya.

NONE"Muktamar diadakan dekat dengan pilihan raya, oleh itu ahli cederung memilih pemimpin terlibat dengan segmen masyarakat dan kemasyarakatan.

"Perwakilan lebih cenderung kepada aktivisme, iaitu (memilih) mereka yang telibat secara langsung dengan masyarakat.

"Tidak bermakna yang tidak cukup undi, tidak ada aktivisme, tetapi perwakilan (dilihat) lebih cenderung ke arah itu," katanya.

Sebagai contoh, katanya, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman mendapat undi tertinggi dalam pemilihan jawatan tersebut dengan 804 undi kerana terlibat bersama perjuangan peneroka Felda.

Lensa : Muktamar Pas Pusat Ke 57 Hari Ke 2



Mohamad Sabu, Timbalan, Salahuddin, Husam, Mahfuz Naib Presiden

GOMBAK, 4 Jun - Spekulasi bahawa pemidato terkenal Mohamad Sabu menang jawatan Timbalan Presiden PAS tersebar sejak lewat malam tadi kini sudah terjawab. Pagi ini diumumkan 420 undi perwakilan muktamar PAS memilih Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal baru sesi 2011/2013.
Pengumuman senarai penuh keputusan itu dibacakan oleh Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman jam 10 pagi tadi.

Lensa : Muktamar Pas Pusat Ke 57 - 4-6-2011









Lensa : Perasmian Muktamar Pas Pusat Ke 57- 3-6-2011







Video Perception: Is Umno Anti-Rakyat [part2]

Vidoe Perception : Is Umno Anti-Rakyat [part1]

Video - Ust Nasharudin Mat Isa: Ucapan Perasmian Dewan Pemuda PAS-52

Video Ucapan TG Nik Abdul Aziz: Perasmian Muktamar DMPP ke-51

Video - PAS dan Umno boleh kerjasama bukan berpakat

Video Hadi Umno Bebalkan rakyat islam,Kotorkan Politik Negara

Video : Pemilihan Parti Lambang Keberanian PAS

Video Amanat Presiden Pertahan Negeri PR Sehabis Kudrat

Video Hadi Ketelusan Kunci Kemakmuran Negara

Ucapan bernas ke arah pengukuhan dasar - NGO

KUALA LUMPUR 3 Jun: Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sememangnya layak diberikan pujian kerana berjaya mengenengahkan fakta-fakta yang bernas bagi kemantapan PAS dan kepentingan negara, menerusi ucapan dasarnya.

Dalam ucapan dasarnya  pada Muktamar PAS Ke-57 di Kolej Univeriti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, hari ini, beliau antara lain telah menyentuh pelbagai perkara bagi pengukuhan dasar PAS yang tidak boleh lari dari perjuangan Islam.

Timbalan Pengerusi 1 Sekretariat Misi Cakna Pallestin, Wan Mohd Sharafi berkata, menerusi ucapannya itu, Presiden PAS telah meletakkan harapan yang tinggi kepada ahli-ahli parti agar istiqamah dengan perjuangan walaupun menghadapi tekanan hebat.

PAS Perkenal Dasar Undang-undang Didik Rakyat


GOMBAK, 3 Jun - Undang-undang yang mendidik rakyat adalah objektif PAS dalam menerajui negara yang berkebajikan, ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, kaedah denda yang ditetapkan oleh kerajaan kepada pesalah di negara ini tidak menjurus ke arah pendidikan akhlak dan pemantapan rohani. Sebaliknya, ia hanya bertujuan menakutkan rakyat.
Tegas Abdul Hadi itu lagi, kaedah perundangan Islam menjadikan orang yang dituduh belum bersalah dengan wajib melindungi dan membelanya. Sementara seorang hakim pula mencari jalan untuk membebaskan tertuduh bukan menjatuhkan hukuman.

Amanat Presiden : Pertahan Negeri PR Sehabis Kudrat


GOMBAK 3 JUN : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini secara rasminya mengarahkan seluruh jentera PAS bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 sebaik sahaja muktamar berakhir.

Beliau juga menggesa seluruh pimpinan berikrar untuk mempertahankan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dengan sepenuh daya dan kudrat.

" Walau bila pun tarikhnya, saya dengan ini mengarahkan seluruh jentera PAS untuk bersiap sedia sebaik sahaja muktamar kita selesai untuk menghadapi pilihan raya umum, dengan membuka bilik gerakan dan aktivitinya dengan penuh taktikal, seterusnya menyiapkan gerak kerja secara berstrategi yang akan diperincikan oleh Jabatan Pilihan raya PAS Pusat nanti. Manakala ILPAS juga perlulah melalui fasa keduanya dalam menjadi nadi utama latihan kepada semua petugas parti di pelbagai peringkat,"katanya.

Pemilihan Parti Lambang Keberanian PAS


GOMBAK 3 JUN : Kematangan para pewakilan untuk memilih pemimpin yang mantap selain mampu membawa kejayaan parti adalah cermin kepada keberanian PAS tidak menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Berbeza dengan Umno-BN, parti Islam itu malah yakin mampu membawa kejayaan parti terutama dalam menghadapi Pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata walaupun banyak parti politik lain menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti mereka sehingga selepas PRU-13, namun PAS yakin pemilihan kali ini tidak akan memecahbelahkan parti sebaliknya akan memantapkan perpaduan pemimpin serta anggota parti.

PAS dan Umno boleh kerjasama bukan berpakat

KUALA LUMPUR, 3 Jun: PAS sedia bekerjasama dengan Umno untuk hal-hal tertentu tetapi sama sekali tidak akan berpakat dengan parti nasionalis itu.

"Dengan Umno, kerjasama boleh tetapi untuk pakat tak ada. Bincang untuk pilihan raya adil dan lebih demokratik, kita bersedia," kata Abdul Hadi dalam sidang medianya tengahari tadi.

Abdul Hadi berkata, pelbagai kerjasama yang telah PAS buat dengan Umno termasuk dalam isu nukleur, Palestine dan juga berusaha sama-sama untuk menghadapi masalah ekonomi melalui Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapen).

Beliau menjawab soalan wartawan ekoran sikap Umno yang terus-terusan mengajak PAS bersama dengannya.

Untuk menjawab sikap Umno yang terus-terusan membuat kenyataan meminta PAS meninggalkan Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata, "Itu kena tanya Umno, kenapa tawar PAS sampai begitu sekali, susah sangat ke hingga tawar PAS."

Hadi : Umno Bebalkan Rakyat Islam, Kotorkan Politik Negara


GOMBAK 3 JUN : Dalam ucapan yang dianggap paling keras terhadap Umno, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan parti pemerintah itu sebagai pengotor politik negara menerusi amalan rasuah, fitnah, pembohongan dan perkauman sempit.

Penegasan beliau sekaligus menzahirkan bahawa  parti Islam itu tidak “termakan” dengan pelawaan-pelawaan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini mendedahkan Umno menawarkan tiga jawatan Menteri jika PAS setuju meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersama Umno.

PAS perinci konsep negara kebajikan, persiap Pakatan hadapi PRU-13

GOMBAK, 3 Jun — Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, Presiden PAS membentangkan secara terperinci dasar pihaknya bersama komponen Pakatan Rakyat mahu mewujudkan asas negara berkebajikan — pengurusan yang menurutunya tidak akan membebankan rakyat sama sekali.
Ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, yang bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”, dilihat kali pertama meletakkan komponen pengurusan dan pentadbiran ekonomi secara menyeluruh lagi terperinci. Ucapan-ucapan lalu lebih berkisar pada soal agama dan sosial.
Hadi menegaskan, dalam negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain.
Oleh itu katanya, PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan Umno-BN sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat.

Ucapan Dasar: PKR, DAP puji komitmen PAS

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Ucapan dasar Presiden PAS bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan" di Muktamar PAS Pusat kali ke-57  mendapat reaksi positif daripada rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang hadir sebagai tetamu ke muktamar yang bermula hari ini di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) berkata, ucapan dasar tersebut mempunyai mesej yang jelas mengenai peranan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Presiden PAS : Fahami Konsep, Mari Bangun Negara Berkebajikan

GOMBAK 3 JUN :Muktamar tahunan PAS kali ke-57 yang sedang berlangsung kini adalah medan memperkukuhkan konsep dan objektif sebagai senjata menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang begitu sengit, tegas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam ucapan dasarnya, beliau memberi peringatan sudah sampai masanya segala komitmen bersama Pakatan Rakyat diperkukuhkan sebagai persediaan memimpin masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau juga mengajak seluruh rakyat di negara ini bersama-sama gagasan itu dalam memantapkan sebuah negara berkebajikan.  

Objektif Ucapan Dasar Presiden

 GOMBAK, 3 Jun - Objektif Negara Berkebajikan memainkan peranan yang besar bagi menyempurnakan keperluan asasi dan kemudahan asas kepada rakyat.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, objektif negara berkebajikan ini diguna pakai PAS di negeri Pakatan Rakyat bagi merungkai segala masalah yang  melanda rakyat melalui pendekatan kebajikan.
Tegasnya lagi, PAS tetap tidak menyokong sikap pemimpin UMNO yang memerintah terutamna mereka yang banyak membebankan rakyat dan mengambil kesempatan melalui hasil rukun hidup rakyat.

Ucapan dasar sesuai keperluan rakyat kini

GOMBAK, 3 Jun: Kekuatan ucapan dasar Presiden PAS terus diperkatakan kerana tema Membangunkan Negara Berkebajikan cukup tepat diketengahkan mutakhir ini.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ir Iskandar Samad berkata, konsep itu amat sesuai sekarang dalam keadaan rakyat berhadapan dengan kerajaan BN yang  tidak prihatin pada kebajikan rakyat.

Menurutnya, ekoran sikap tidak prihatin kerajaan itu kini, rakyat dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan  perkhidmatan.

"Kerajaan seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dengan apa yang sedang menimpa rakyat," tegasnya ketika ditemui pada tengahari.

Pemilihan PAS: Keputusan 10 pagi esok

Mungkin bagi mengelakkan 'rumah siap, pahat berbunyi', PAS memperkenalkan peraturan baru dalam pemilihannya kali ini.

Menurut Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman calon-calon jawatan tertinggi kali ini dibenarkan membawa pemerhati ketika proses pengiraan jawatan berlangsung.

Selain itu, tambahnya, sistem Borang 14 seperti yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan penipuan jumlah undi turut diperkenalkan.