Selasa, 31 Mei 2011

Pertahankan Putrajaya dari korupsi, salah guna kuasa…

oleh Muhammad Zir

Bagi kebanyakan remaja yang menghadiri pesta Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya sepanjang hujung minggu lalu, ia memang menjadi sumber hiburan kepada mereka. Lagi pun ia persembahan percuma, hasil kutipan wang sumber asli negara dan cukai rakyat.
Bermacam-macam acara diadakan selama tiga hari yang berakhir malam tadi. Acara-acara yang penuh meriah ini meliputi persembahan artis, karnival, forum, pesta buku, acara keagamaan, gerai pameran dan jualan, perhimpunan persatuan anak-anak yatim, perhimpunan warga belia OKU, belia orang asli, pertandingan nyanyian dan hiburan, kempen-kempen kesedaran dan keselamatan oleh badan-badan berkanun, pertandingan sukan motor, sukan lasak dan sebagainya.

Kampung Tambatuon di Sabah berjuang pertahankan hak untuk hidup

Rombituon dalam dialek Dusun membawa makna bintang-bintang. Apabila peneroka terawal tiba di lembah ini, mereka ternampak jutaan bintang bergemerlapan sebaik siang bertukar ke malam. Kemudian mereka ketahui bahawa ramai lagi yang sudah menetap di situ; sebanyak bintang-bintang di angkasa. Mereka terpukau dengan kecantikannya lalu mula menetap dan menamakan kawasan itu sebagai Tambatuon. Asal Tambatuon berbalik kepada beratus tahun dahulu, masyarakat yang asalnya dari Nunuk Ragang dan Bundu Tuhan di tanah tinggi Ranau. Mereka percaya Tambatuon sudah melepasi 17 generasi yang mana hanya cuma lapan generasi sahaja dapat dijejaki. Kaum Dusun menguasai kawasan tersebut walaupun terdapat kaum-kaum lain yang sudah memajmukkan lagi perkampungan ini seperti Cina, Murut Lundayeh, Iban dan Dusun-Timor.

Biasiswa JPA: MCA kecut dengan UMNO

KUALA LUMPUR, 31 MEI – Kegagalan MCA untuk menegur kerajaan pusat Barisan Nasional berhubung dasar pemberian biasiswa oleh Jabatan Pelajaran Awam (JPA) terhadap pelajar cemerlang membuktikan parti kaum Cina itu hanya berlagak hero tetapi takut dengan dasar-dasar tidak adil ditetapkan oleh UMNO.
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata kenyataan rakan sejawatnya dari MCA Datuk Wee Ka Siong dalam twitter pada pada 29 Mei lalu adalah bukti MCA cuba mengelirukan fakta sebenar.
Dalam cicipan twitternya, Wee berkata: ‘Pendirian MCA: beri keutamaan kepada pelajar terbaik untuk PILN (Program Ijazah Luar Negara) terutamanya pelajar yang mendapat A+. Ribuan yang mendapat 8A+, hanya 1,500 PILN, jadi pilih yang terbaik, bukan kedua terbaik!’

Tarif elektrik: kera di hutan disusukan


KUALA LUMPUR, 31 MEI – Kenaikan tarif elektrik tanpa menyemak rundingan berat sebelah dengan syarikat penjana kuasa bebas (IPP) adalah seperti “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan,” kata Setiausaha Publisiti DAP Toy Pua.
Beliau berkata tindakan kerajaan menaikkan kadar tanpa penstrukturan semula perjanjian pembelian kuasa (PPA) akan membebankan sektor perindustrian dan komersil.
Menurutnya, pengguna besar akan menghadapi kenaikan sehingga 8.4 peratus harga elektrik yang bukan sahaja meningkatkan inflasi tetapi bakal berhadapan dengan “letupan besar” kepada industri eksport yang sudah terbeban dengan ringgit yang kuat.
“Masalahnya, kerajaan memilih untuk menghukum pengguna dan pemilik industri tanpa menghiraukan keuntungan yang dikecapi IPP.

Video : Intimidation spooks anti-Lynas group - Part 2

Video : Memo demanding oil royalty as promised

Video : Hata Wahari Letak Jawatan Presiden NUJ

Video : PKR Fail Permohonan Mahkamah Halang ROS

Video : RM4511 Bayaran Ambil Pembantu Rumah Indonesia

Jenazah Bonda Sultan Selangor Selamat Disemadikan


SHAH ALAM 31 MEI : Jenazah bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mangkat kira- kira jam 9 pagi tadi di Hospital Pakar Ampang Puteri selamat disemadikan di Makam Diraja Shah Alam, jam 3.55 petang.

Jenazah Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah telah dibawa ke Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang untuk penghormatan terakhir dan disembahyangkan sekitar jam 2.23 petang.

Antara kenamaan yang hadir di Istana Alam Shah untuk menziarahi Almarhumah adalah, Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, Raja Perlis, Raja Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco- exco Selangor dan kaum kerabat diraja.

Kerajaan wajar ‘rasionalisasi’ dasar untungkan korporat besar- KPRU

KUALA LUMPUR: Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) kesal dengan langkah kerajaan menaikkan tarif elektrik secara purata sebanyak 7.12% mulai Jun 2011 meskipun dalam tekanan inflasi yang semakin mendesak.
KPRU berpendapat kenaikan itu membebankan pengguna dan majoriti rakyat berpendapatan rendah di negara ini, sebaliknya hanya menguntungkan syarikat korporat besar menerusi dasar kerajaan yang berat sebelah.
“Pengurangan subsidi rakyat sewajarnya dilaksanakan selepas kerajaan menilai dan merunding semula perjanjian yang memberikan subsidi ‘luar biasa’ kepada korporat besar, antaranya termasuk perjanjian antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Penjana Tenaga Swasta (IPP) yang memberikan subsidi sebanyak RM22 billion setahun.

Zaid Ibrahim dan KITA Kini Tukang Karut Umno?


Banyak  pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui  KITA. Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di  negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional. 

Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Anwar Ibrahim yang diumumkan semalam.

Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000. 

Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan  proses mengaibkan  Anwar bersabit video seks Datuk T.

Muslimat pastikan undi kepada PAS meningkat

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Muslimat PAS Pusat akan mengambil peluang pada muktamar mereka kali ini untuk membahaskan beberapa perkara penting menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh (gambar) berkata ucap temanya juga akan memfokuskan kepada peranan muslimat di semua peringkat untuk menghadapi PRU ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.
"Tahun ini, kita mengadakan muktamar di ambang pilihan raya umum ke-13. Ada beberapa perkara yang menjadi keutamaan kita menjelang pilihan raya umum ini.
"Insya Allah kita akan bersama mempertegaskan peranan yang perlu dimainkan oleh segenap peringkat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Nuridah yang juga Ketua Muslimat Wilayah Persekutuan juga berkata, tenaga muslimat amat diperlukan untuk terus konsisten dalam gerak kerja dalaman dan luaran parti bagi memastikan undi terhadap PAS meningkat.

FMM: Pengguna tidak harus tanggung kenaikan..lagi mahal lagi baik..!!!

azlanPersekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berkata kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.

Dalam satu kenyataan akhbar, presiden FMM Mustafa Mansur berkata walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini. Justeru, katanya, ini menjadikan kenaikan harga itu tidak dapat diterima.

‘MIC, just an Umno puppet’

A DAP state assemblyman says the BN component party has done nothing for the community, except to 'steal' from the poor.
GEORGE TOWN: MIC is an Umno puppet without any political conviction, said DAP state assemblyman A Tanasekharan.
The Bagan Dalam rep said that because of this, MIC would never implement any policies to upgrade the living standards of the Indian community.
He claimed that MIC had always taken Indians’ hard-earned cash to carry out its projects that failed to benefit the community.
Tanasekharan noted that the Maika Holdings and MIED scandals were perfect examples of MIC swindling poor Indians.
He also remarked that MIC built AIMST University in Kedah from contributions of Indians from all walks of life.

Pakatan to BN: Exodus, true or false?

Pakatan to BN: Exodus, true or false?The 13th General Election is surely very near now. One of the great signs that it is just around the corner is the mainstream press focusing on an exodus of members from PKR, DAP and PAS leaving in 'vast numbers' to join the BN.
In April, just before the Sarawak polls, 300 PKR members from the Indera Mahkota branch were reported to have quit the party but a check with the branch concerned revealed that the actual number was only 3!
Then, there was the report on the top 10 DAP leaders in Tawau leaving the party, but a check showed that it was only 1 ordinary member!
Fast forward to May and there is the latest news reports of further departures. One is of the 800 DAP members in Penang leaving the party, while hundreds of PAS members are also quitting, or about to quit or have already quit.

Video : Another extention for PJS 1 folk

Pro-Lynas 'samsengs': Adnan, Najib slammed for disgracing Malaysia

Pro-Lynas 'samsengs': Adnan, Najib slammed for disgracing MalaysiaWhichever way one views the Lynas project, Pahang Mentri Besar Adnan Yaakob and Prime Minister Najib Razak have to take the responsiblity for the disgraceful violence that broke out this morning between supporters and detractors of the rare earth plant - in full sight of a distinguished panel from the IAEA.
It is well established that both Adnan and Najib favor the RM700 million project even though it carries huge environmental risks from potential radioactive leaks due the rare earth mining processes and waste materials.
Adnan, in particluar, has been vocal and wants to hammer the project through so that it can be re-started within the next month or so. This despite a slew of warnings from environmentalists, and the bitter experience of a similar and failed project in Bukit Merah, Perak.

PAS will remain intact despite two camps

PAS will not allow the two schools of thoughts to split the party as it firmly upholds a common ideology, according to observers.

PETALING JAYA: PAS may have two prominent schools of thoughts but their opposing stand is unlikely to split the party, an academician said today.
Mohammad Agus Yusoff said that PAS subscribed to one common ideology althouth it has two different approaches or methods.
“On the one hand, the ulamas believe that some compromise can be made with Umno for the unity of Muslims.
“On the other, the Erdogans are seen to be more liberal as they are more willing to compromise with the non-Muslims. This group is seen to be more pro-Anwar (Ibrahim),” said Mohammad Agus, an associate professor in the political science department at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

The Scorpenes return with a vengeance

The Scorpenes return with a vengeanceLike it or not, Prime Minister Najib Razak has always been linked to the purchase of the French built Scorpene submarines and also the Russian Sukhoi SU30MKM aircraft.
This is a fact one needs to bear in mind. No contract of such magnitude would even need to allude to him at the time of purchase. He was the Defence Minister and his signature of approval would be evident on all the relevant documents.
There is no point in questioning whether there were any procedural misconduct in the purchasing of the arms. It would all be in order and the paper-work in place. Asking for an explanation from this angle will only bury you in technical jargon that would spin you round moon.
What really needs to be questioned is the role of Syarikat Perimekar Sdn Bhd as the defense contractor in charge of maintenance works on Malaysian soil.

Penganalisis: Pilihan raya awal tidak mungkin...

Kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung menjadikan peluang pilihan raya umum awal diadakan di negara ini agak tipis. Lebih-lebih lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razah perlu berdepan dan menangani kemarahan orang ramai terlebih dahulu.

SPR didesak buat keputusan segera

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak mengambil tindakan sewajarnya dengan membuat keputusan segera mengenai bantahan yang dikemukakan oleh PAS berhubung pertambahan pengundi luar biasa di Selangor.
Desakan tersebut dibuat memandangkan tempoh bantahan yang diberikan oleh SPR terlalu singkat, manakala jumlah pertambahan pengundi di Selangor yang dikeluarkan oleh SPR pada suku pertama tahun ini terlalu ramai sehingga 71,000 orang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPS), Hasbullah Mohd Ridzwan memberitahu, jumlah pertambahan pengundi sebanyak itu pada suku pertama tahun ini sememangnya amat meragukan, memandangkan ia amat jauh melampaui jumlah pendaftaran biasa pengundi baru di Selangor yang paling ramai hanya berjumlah 15,000 orang.

Anak Kelantan serah memo tuntut royalti minyak

Jawatankuasa mahu agar Najib memastikan mereka mendapat hak sama rata seperti yang diperoleh kerajaan negeri Terengganu.
PUTRAJAYA: Bosan menunggu sehingga 34 tahun, Jawatankuasa Bertindak Anak Kelantan Perantauan hari ini  mengemukakan
memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut supaya dituanikan janji mengenai isu hak pembayaran royalti kepada kerajaan negeri Kelantan.
Dalam memorandum itu, selain menuntut wang royalti dibayar kepada kerajaan negeri, jawatankuasa itu juga mahu agar Najib memastikan mereka mendapat hak sama rata seperti yang diperoleh kerajaan negeri  Terengganu.
Pengerusi Royalti Kelantan Apandi Mohamad dalam memorandum itu berkata, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terenganu ke-12 telah mengesahkan pembayaran royalti ptroleum kepadab Terengganu berjumlah RM938 juta secara berperingkat sehingga Jun 2011.

Give up unfair contracts, Nurul Izzah tells IPPs


KUALA LUMPUR, May 31 — Independent power producers (IPPs) should give up their contracts which allow them to profit “obscenely” at the expense of the people, PKR vice president Nurul Izzah Anwar has said.
While stressing that the party believed strongly in the sanctity of contract, she said the power purchasing agreements (PPAs) were “unconscionable” as they not only burdened the people but also discouraged competition, efficiency and innovation.
“We have no quarrel with IPPs on making a decent profit, but we do not subscribe to the idea that they are entitled to make super and obscene profits at the expense of the rakyat and nation,” she said in a statement today.

Video : Intimidation spooks anti-Lynas group

Presiden Perkasa juga mahu Anwar digantung jawatan Ketua Pembangkang


KUALA LUMPUR, 31 Mei — Datuk Ibrahim Ali juga mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung jawatan Ketua Pembangkang Parlimen sehingga hasil siasatan rakaman video seks selesai.
Kata Ahli Parlimen Pasir Mas (gambar) itu, tindakan menggantung Anwar selaras dengan prinsip dan amalan yang dilakukan di perkhidmatan awam di sisi undang-undang.
“Sebagai ahli Parlimen saya menyokong 101 peratus cadangan (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) Datuk Seri Rais Yatim agar jawatan ketua pembangkang yang disandang Anwar digantung sehingga kes dakwaan dalam rakaman video seks dan perbincaan bela diri kes liwatnya selesai.

'Chai' pemilihan Pas mula berkeliaran


Pemilihan jawatan tertinggi PAS semakin hampir membahang apabila wujudnya cakap-cakap di kalangan akar umbi mengenai regu atau 'chai' yang berpontensi menang. Malah, ia dilihat mula diedarkan di laman maya, khususnya di Facebook beberapa hari kebelakangan ini.

Bagi jawatan timbalan presiden, umum melihat wujudnya tiga 'chai'. Kumpulan ulama kali ini dilihat berpecah dua manakala kumpulan profesional teguh di belakang calon timbalan mereka Mohamad Sabu.

Soooo... bangang!!


"Tetapi kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab. Jika kita kekalkan harga rendahdan membiarkannya memberi kesan kepada perbelanjaan persekutuan hanya untuk menggembirakan orang ramai, pada jangka panjang rakyat akan merana dan ini tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan.”

[Lagi di sini]

Malas nak ulas pepanjang. Ulasan pendek jer....

Kenyataan bangang from:
The Greatest Bangang of all Bangangs!!

Lynas: Penunjuk perasaan diugut, kereta dipecah

Anggota jawatankuasa 'Selamatkan Malaysia' memutuskan tidak berjumpa dengan panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang dijadualkan hari ini kerana bimbang terhadap ancaman dan ugutan daripada kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai pro-Lynas sejak semalam.

Hata Wahari letak jawatan presiden NUJ


KUALA LUMPUR, 31 Mei – Bekas wartawan kanan Utusan Malaysia Hata Wahari melepaskan jawatan presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung NUJ V. Anbalagan dalams satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu kata Anbalagan, Majlis Eksekutif telah melantik Naib Presiden NUJ Chin Sung Chew untuk jawatan nombor satu itu.
“Majlis Eksekutif mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hata atas sumbangan kepada kesatuan,” katanya.
Hata (gambar) telah dipecat dari Kumpulan Utusan kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dikatakan mencemari imej syarikat milik Umno itu.

Ordinan Darurat: Apa salah anak saya?

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Ibu bapa kepada 4 remaja lelaki yang ditahan di Balai Polis Ayer Molek, Johor, di bawah Ordinan Darurat amat hairan dengan penahanan ke atas anak-anak mereka dan hanya mampu bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh anak saya sehingga menyebabkan mereka ditahan di bawah undang-undang itu?"

Lesap RM52 bilion saham bumiputera, Umno khianat Melayu

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Khalid Jaafar mengulangi desakan supaya pimpinan Umno memberi penjelasan ke mana hilangnya RM52 bilion saham bumiputra, sebelum bercakap soal membela orang Melayu.
Beliau berkata demikian mengulas isu saham bumiputera berjumlah RM52 bilion yang dilesapkan di Bursa Kuala Lumpur, seperti mana yang didedah Pakatan Rakyat sebelum ini.
Namun sehingga kini, katanya, kerajaan pimpinan Umno masih belum memberi sebarang penjelasan berhubung isu itu.
“Sehingga sekarang masih tiada pemimpin Umno perjelaskan isu saham yang disonglap mereka. Semua orang perlu tahu ke mana perginya sejumlah besar saham tersebut,” kata Khalid ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Menurutnya, saham bumiputera diperuntukan melalui Dasar Ekonomi Baru, cetusan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bagi mengangkat martabat ekonomi di kalangan bumiputera.

PM: Kenaikan tarif tidak beri manfaat kepada IPP..tapi susahkan rakyat dan kaya kroni...!!!

NONEPengeluar tenaga bebas (IPP) tidak mendapat manfaat daripada kenaikan dalam tarif elektrik semalam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini berikutan pengenalan mekanisme 'Fuel Cost Pass-Through' yang mana syarikat minyak negara Petronas akan melupuskan sebahagian daripada keuntungannya bagi membolehkan sektor tenaga menghasilkan tarif elektrik yang rendah kepada rakyat,” katanya.

Purata tarif elektrik berkuatkuasa esok akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj.

SPRM bebaskan Peguam Negara dari tuduhan rasuah tunai haji

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) daripada dakwaan rasuah berkaitan dengan ibadat haji dikerjakan oleh Peguam Negara itu tahun lalu.
Pengerusi panel penilaian operasi (PPO) Tan Sri Datuk Dr Hadenan Abdul Jalil berkata kes itu digugurkan kerana siasatan menunjukkan tiada keterangan yang boleh membuktikan ada kesalahan jenayah.
PPO telah bermesyuarat hari ini dan  mengkaji semula butiran-butiran siasatan selain berpuas hati dengan testimoni Abdul Gani.
“SPRM mendapati wang untuk perjalanan beliau (Abdul Gani) adalah wang sendiri, dari akuannya sendiri, akaun yang menyimpan gaji bulanannya.

Satu Ketika Benci,Satu Ketika Lain Mesra Ditemuramah Utusan Malaysia

Oleh ramziredang

"Itulah tahap 'intelektual'nya pemimpin PAS. Dengan jelas dan terang lagi bersuluh, siapa yang bernama pembangkang tahu bahawa utusan malaysia adalah bapak segala fitnah di malaysia. Bukan main hebat lagi ianya dikutuk oleh para pemimpin PAS, kononnya ianya penyebar fitnah, penjaja isu moral yang murah atau adakalanya digambarkan penyesat umat Islam di malaysia. Tiba tiba Ketua Pemuda PAS pula sanggup menghulur kepala untuk diputarbelit oleh utusan

Dengan tajuk "Ada Pengacau Dalam Pemilihan PAS" jelas sekali tajuk tersebut sudah membawa seribu persoalan pula, apakah yang dimaksudkan oleh ketua pemuda PAS tersebut.

Tarif ; Umno-APCO Perompak Tegar!!

Opah-opah Umno-APCO seronok tak terkata bila tarif elektrik naik kah kah kah...


Keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik merupakan satu rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Lemahnya Kerajaan BN hari ini..selembut sang sotong....!!!


Menteri: K'jaan tiada kuasa dedah kontrak IPP
Sumber [MK]  Kerajaan tidak boleh memaksa Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum kerana ia dimeterai oleh entiti swasta.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata PPA ditandatangani antara beberapa pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Elektrik: BN main silap mata dengan rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS menganggap kerajaan BN bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif elektrik.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sedangkan pada 25 Mei lalu kabinet memutuskan petrol RON 95  tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat.
Tiba-tiba, katanya rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif elektrik 7.12% bermula 1 Jun (esok).
Katanya, menjadi kebiasaan akhbar Umno, Utusan Malaysia dengan tajuk "Tiada Kenaikan Guna 300 kWj".
“Inilah  kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat.
“Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan korporat Umno untuk diberi percuma sahaja,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno.
Katanya lagi, menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan.
Ketika menaikan tarif elektrik, tambahnya pemimpin BN berhujah 75% isi rumah  rakyat Malaysia tidak terjejas.
“Mereka cuba menyembunyikan kepada  rakyat ‘kesan berantai’ kerana kenaikan tarif elektrik,” ujarnya.
Beliau berkata, hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil elektrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik.
Tambahnya, hujah yang sama juga penerangan Umno BN menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan.
Menurutnya, mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur dibawa melalui tol.
“Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka,” katanya.
Menurut Ketua Ekonomis Ratings Agency Malaysia, Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana  industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.
Menurutnya, walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,"
Kemungkinan tarif elektrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.

Mengapa harga minyak, gula, elektrik naik?

Oleh Tok Non

Soalan menarik untuk diketahui mengapa akhir-akhir ini harga-harga yang dikaitkan dengan subsidi seperti minyak, gula dan elektrik asyik naik, naik, naik? Di sini Tok Non ingin menyenaraikan akan sebab musababnya agar rakyat dapat buka mata.

1) Cara mudah kerajaan BN cari duit. Depa mana reti pikiag nak menjana pendapatan negara melalui hasil lain selain dari 'seluk poket rakyat' ambik duit sebagai sumber pendapatan. Rakyat bawahan merah bijik mata pulun cari duit, depa senang-senang tadah kantung.

2) Untuk menggunakan duit tersebut membiayai BN hadapi pilihanraya umum ke 13. Umumnya jentera BN tak boleh bergerak tanpa duit. Biaya bilik gerakan, makan minum, kempen, merasuah pengundi semua perlu duit. Nak bawak masuk pengundi Sabah mai tukar alamat, nak cetak VCD lucah untuk diedarkan kepada rakyat perlu duit, upah Datuk SK buah sumpah laknat bukan free tu saja habis berjuta-juta, nak upah pelakon mirip Anwar.. semua perlu duit. bagi BN biar rakyat marah sekejab tarif lektrik naik, lepas tu rakyat suka balik dapat rasuah sepuluh dua dekat pilihanraya.

Pinjam KWSP RM6 bilion: Kerajaan dicabar jelas kewangan Felda

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicabar memberi penjelasan berhubung status kewangan Felda apabila agensi itu dikatakan bertindak membuat pinjaman berjumlah RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong berkata, sehingga kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan enggan menjelaskan itu itu.
Menurutnya, sekiranya kerajaan enggan menjawab dakwaan tersebut, ia mengesahkan bahawa Felda mengalami masalah kewangan yang teruk.

Pemimpin Tanpa Nama

Oleh: darultauhid

" Menjelang Muktamar: Pemimpin Tanpa Nama Menjadi seorang pemimpin sangat sukar. Pemimpin perlu melepaskan keselesaan, kemewahan dan kesenangan mereka demi pengorbanan mereka dalam perjuangan. Amanah, istiqamah dan ujian akan membebani diri.Muhammad Sabu kalau nak habuan dunia, sudah tentu beliau minta bantuan Anwar semasa dalam tahanan ISA. Beliau mengucap terima kasih kepada isterinya kerana menghalang. Penjara atau tahanan ISA membuktikan ramai pemimpin bertaraf ‘pendekar’ menangis ‘takut’.

Islamkah Melayuku?

Oleh: ruhan

"islam.JPG (54644 bytes)Akhirnya kita diberi Allah petunjuk tentang fiil manusia yang bercelaru pemikiran mereka tentang hukum-hakam dalam agama Islam.  Suatu ketika dahulu, UMNO-APCO pungut balik duit yang Lim Guan Eng bagi kepada warga tua Melayu-Islam kerana mendakwanya diambil dari hasil judi lumba kuda.  Tidak ada seorang mufti pun yang muncul memberi penjelasan atas perkata tersebut.  Hal itu menyebabkan UMNO-APCO begitu ghairah menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang melalui akhbar dan televisyen.  Hampir setiap malam selama berminggu-minggu isu itu dimainkan semahu-mahunya.

Be a clown, be a clown: Time for Zaid to reflect on what he and KITA are

Be a clown, be a clown: Time for Zaid to reflect on what he and KITA areA new bunch of clowns have emerged in the skewed Malaysian political landscape. KITA‘s latest salvo at PKR leader Anwar Ibrahim is seen as totally unwarranted.
The childish gimmick of offering a silver Rolls Royce and RM10,000 cash to anyone who can find a man who looks like Anwar backfired.
It was a snide reference to the controversial Datuk T sex video, and only served to reinforce the perception that KITA head Zaid Ibrahim was a stooge for Prime Minister Najib Razak and UMNO.
Maybe KITA wanted to show that by offering a Rolls that it was a classier outfit than say Ibrahim Ali's Perkasa, but somehow it fell flat. Critics opine that while Perkasa may be boorish and low-class, KITA was no better.
In fact, it is boorish, low-class and trying to show off it had a Rolls to throw away!

Yong: Who is Hisham trying to fool?

Home Minister Hishamuddin Hussein's murky views about the self-proclaimed 'Sulu Sultan' Mohd Akjan Ali is laughable, according to a local Sabah opposition party.

KOTA KINABALU: The Home Ministry has been urged to make public the documents which Mohd Akjan Ali Muhammad claimed to have submitted to Prime Minister Najib Tun Razak concerning the dropping of the Sulu Sultanate claim to Sabah.
Sabah Progressive Party (SAPP) president Yong Teck Lee made this call when commenting on Home Minister Hishamuddin Tun Hussein’s statement that he had ordered a probe into Akjan’s citizenship.
“In one of Akjan’s earlier statements after the fake ‘coronation’, he had alleged that he has documents for the prime minister concerning the dropping of the Sulu Sultanate claim to Sabah.
“I now call on Hishammuddin to reveal to the public what these documents are.

PKR: Penjanaan elektrik negara perlu reformasi segera

Pengarah Strategi PKR berkata sektor penjanaan elektrik di negara ini terus dihantui dengan warisan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah dan membebankan rakyat.

PETALING JAYA: Pengumuman terbaru kerajaan berhubung kenaikan tarif elektrik semalam hanya membebankan rakyat sedangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) pula masih menerima keutungan sama dan tidak terkesan dengan kenaikan tersebut.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata sektor penjanaan elektrik di negara ini terus dihantui dengan warisan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah dan membebankan rakyat.
Menurutnya,   pengumuman itu langsung tidak memenuhi sektor penjanaan elektrik yang memerlukan reformasi segera.
“TNB terpaksa membeli elektrik pada kadar yang lebih tinggi dari kos dalaman IPP. Bagi mengimbangi harga elektrik yang terlalu tinggi,TNB dan IPP diberi subsidi gas yang terlalu tinggi setiap tahun dan ditanggung Petronas.

Muktamar : `Nilai Pemuda PAS dengan adil`

Nasrudin Hasan berkata, beliau akan menggalas amanah yang disandarkan kepadanya sebaik mungkin.

PETALING JAYA:Nasruddin Hasan yang menang tanpa bertanding untuk penggal kedua jawatan ketua Pemuda PAS berkata, beliau  menggalas amanah besar untuk menggerakkan gelombang kebangkitan anak muda.
Menurutnya, bermula dengan sasaran terdekat iaitu pilihanraya umum ke 13, Pemuda PAS akan erat bergandingan dengan AMK dan Pemuda DAP bagi memastikan Pakatan Rakyat mencapai objektif dan matlamatnya.
“Saya dan rakan-rakan hanya memiliki lapan  bulan untuk melangsaikan tugas dan amanah perjuangan selain pembabitan dalam arena pilihan raya,” katanya melalui emel.
Nasruddin dari Pahang mengambilalih jawatan ketua Pemuda PAS dari Sallahuddin Ayub yang bertanding jawatan naib presiden pada 2009.

Mukjtamar : ‘Tiada Erdogan, ulamak dan kenegerian dalam PAS’

Pihak yang suka menggambarkan seolah-olah ada dua kumpulan tidak lebih daripada strategi musuh untuk memecah belahkan PAS.

PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tidak wujud kumpulan Erdogan, ulamak dan kenegerian dlam parti itu.
“Yang ada hanya satu keluarga PAS – dan semestinya dalam satu keluarga akan ada sudut pandangan yang mungkin berbeza dan latar belakang pendidikan yang pelbagai.
“Ada jurutera, ada cikgu, ahli kimia, ahli bahasa, ahli pidato dan ahli agama,” katanya dalam wawancara melalui emel.
Menurut naib presiden PAS itu, pihak yang suka menggambarkan seolah-olah ada dua kumpulan tidak lebih daripada  strategi musuh untuk memecah belahkan PAS.
Katanya, dalam PAS tiada bangsa bergelar “erdogan”, “ulamak” ataupun mengikut kenegerian.

PAS sambut baik BIMB dan BM tidak jadi bergabung

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS menyambut baik keputusan Bank Islam dan Bank Muamalat yang tidak jadi bergabung untuk membentuk 'Bank Islam Mega' buat masa ini.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, beliau bimbang nama Bank Islam Mega sedap didengar tetapi isinya akan merugikan Bank Islam dan pelaburnya yang terdiri dari badan-badan umat Islam termasuk Tabung Haji.

KEADILAN failkan permohonan mahkamah halang ROS

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti itu.
Menurut Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran, permohonan semakan semula pembatalan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang ini.
“Hari ini kita akan failkan permohonan menghalang ROS daripada membatalkan pendaftaran KEADILAN.
“Permohonan ini dibuat ekoran kita menerima notis yang bertarikh 9 Mei daripada ROS yang menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun,” kata Surendran ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Katanya, antara barisan peguam yang mewakili KEADILAN bagi  memfailkan permohonan tersebut terdiri daripada Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya yang mewakili Lawyers for Liberty (LFL).

10,000 sertai program Selangor di Sabak Bernam


(Gambar: Sebahagian remaja dan kanak-kanak yang hadir di majlis yang diadakan di Sungai Besar baru-baru ini)
SABAK BERNAM, 31 Mei: Konsert dan Sembang Santai Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam baru-baru ini penuh meriah apabila hampir 10,000 menyertainya.

Exco kerajaan negeri Selangor yang juga penaung program ini, Dr Halimah Ali menyifatkan perhimpunan ini satu kejayaan besar dalam menembusi kawasan Sabak Bernam.

'Majikan terbaik' cabuli peraturan kerja?

NONEBosan akibat dihantui dengan kebimbangan dihantar pulang serta sering kali diperas ugut kerana tidak mempunyai permit di Malaysia, pekerja migran Indonesia yang bekerja di syarikat gergasi elektronik Western Digital kini tampil menceritakan masalah mereka.

Kumpulan yang mendakwa mewakili pekerja yang tertindas itu pada Sabtu lalu menggantung kain rentang menunjukkan rakan-rakan mereka dalam keadaan digari dan menuntut pembelaan.

Biasiswa JPA: Nasib 86 pelajar ditentukan esok

Jemaah Menteri akan bermesyuarat esok bagi menentukan sama ada 86 pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM tetapi gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam boleh melanjutkan pelajaran mereka di luar negara.

Interlok: Apa lagi pihak protes mahu, soal timbalan menteri

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Pihak yang masih mendesak agar novel Interlok digugurkan daripada digunakan sebagai buku teks sastera umpama golongan yang tidak mahu isu itu selesai, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi (gambar).
Beliau berkata, isu novel Interlok sudah selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi, malah tetap akan digunakan di sekolah tahun ini.
“Mereka yang nak buku ini ditarik balik merupakan mereka yang tak mahu isu ini selesai kerana mereka hidup atas isu.
“Isu Interlok ini kami lihat sudah selesai. Ia diselesaikan berdasarkan permuafakatan yang diambil. Seperti yang telah diumumkan, kementerian sudah pun meminda perkataan seperti yang diusulkan kerana dianggap menghina kaum tertentu seperti perkataan ‘paria’,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Tinjauan orang ramai: Rakyat terbeban kenaikan tarif elektrik

KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini akan menambahkan beban yang sedia ada malahan memberikan kesan yang menyeluruh kepada rakyat Malaysia.
Perkara ini jelas menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan rakyat yang tidak bersetuju dengan kenaikan yang diumumkan kerajaan semalam.
Mahmud Awangluddin, 43, ketika ditemui wartawan menyatakan ketiadakpuasan hatinya apabila kerajaan menaikkan tarif elektrik.
Katanya, meskipun kenaikan itu tidak dikenakan kepada pengguna secara langsung, namun harga barang dan perhidmatan lain dijangka akan meningkat.

PKR: K'jaan 'rompak' rakyat bagi suap kroni, kapitalis

 PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliKetua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.

Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.

"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.

"Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis,” kata Rafizi kepada wartawan hari ini.

140 pemimpin pelbagai agama berhimpun di Selangor

SHAH ALAM, 31 Mei : 140 pemimpin pelbagai agama dan rumah ibdata di Selangor menyertai program dialog antara agama yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor baru-baru ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Dr Halimah Ali.
(Gambar: Sebahagian dari ketua-ketua agama yang hadir bergambar bersama Ronnie Liu)

Turut hadir adalah Dr. Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang melengkapkan lagi majlis ini.

A ‘snap poll’ in Malaysia? Political surprise, journalistic cliché

Election campaigns in Malaysia — from the announcement of the poll, the proroguing of Parliament, the nomination of candidates, the campaign, the vote, and the declaration of the result of the poll — can accordingly be completed, from start to finish, in about 10 days. The whole business is usually “done and dusted” within two weeks.
 
Clive Kessler,


Once again there is talk of an early or imminent election in Malaysia.
No surprise, nothing unusual in that.
And once again the commentators are considering the likelihood of a “snap poll.”
Again, no surprise, nothing unusual in that. Just silly.