
Seronok melihat gelagat pemimpin Pas baik yang tua mau pun yang muda last-last minit terpa masuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan juga jawatan
Timbalan Ketua Pemuda.
Mungkin pada peringkat awal masing-masing hanya seperti pasukan bolasepak yang nampak nak kalah atau seri terpaksa masukkan pemain simpanan untuk perkuatkan pasukan, dengan angan-angan jika dimasukkan pemain gantian pasukan mereka akan menang! Ha ha..

Orang Pas kena ingat Pas bukan lagi parti hanya untuk Tok Lebai dan orang yang berkopiah putih saja tapi dah jadi parti yang disokong oleh orang-orang yang bukan mengaji atau belajar bidang agama saja tapi liputi semua bidang pekerjaan.Pas sebagai parti Islamjadi hebat kerana dalam Pas ada nelayan, petani, penoreh getah, ustaz, Tok Lebai, ulama, peguam, doktor, jurutera, cikgu dan macam-macam lagilah.Malah Pas kini dapat sokongan orang bukan Islam.
Adakah 11oo perwakilan yang akan mengundi pilih calon pilihan mereka pikirkan ini semua?Ulama dalam Pas memang hebat , depa berada dalam kelompok paling atas dalam Pas, dapat layanan vip tak macam Umno yang jadikan ulama sebagai kelas berapa tak tau la.