Khamis, 26 Mei 2011

Video : Hapuskan Kuota Kaum, Pelajar Aset Negara

Video : MTV World Stage Tak Sesuai Di I City

Video Seks Bocor Polis Digesa Siasat Segera

Video : Tuduhan Umno, Hanya Untuk Lagakan Perpaduan PR

Video : PAS Bantah 1,120 Ahlinya Dipindah Kawasan Undi

The top two Malay leaders: Mahathir and Anwar

The top two Malay leaders: Mahathir and AnwarSince 1998, no other Malaysian political struggle has had a greater impact than the one between former prime minister Mahathir Mohamad and his former deputy Anwar Ibrahim.
It has been a battle of epic proportions dividing the political landscape into two camps of thought. The Mahathir camp which sees Anwar as the mastermind for their demise and the Anwar camp which sees Anwar as the leader for change.
We have been served up every treat in the how-to-kill-off-your political rival cook-book. A relentless barrage of attacks, designed to undermine the people’s opinion of Anwar Ibrahim. Yet, in the deluge of attacks, the government has exposed its soft underside for all to see.

"Gajah tidak berkepala" hangatkan forum Pemilihan PAS

Senario yang berubah selepas "tsunami politik" memberi impak kepada semua parti.  Masing-masing berlumba-lumba untuk menawarkan sesuatu agar terus mendepani, dan bukannya tenggelam dalam arus perubahan.  PKR misalnya, mengambil langkah yang berani dengan memperkenalkan sistem pemilihan langsung dalam parti, kini cuba ditiru UMNO yang tidak mahu dilihat ketinggalan.  DAP pula, semakin proaktif untuk menembusi masyarakat Melayu/Muslim, antara usaha terbarunya, perlancaran laman bahasa Malaysia-nya, Roketkini.

EC urged to use ‘thumbprint readers’ for polls

If the EC is serious about adopting free and fair elections, then it should find ways to verify the identities of the voters, according to Sabah DAP.
KOTA KINABALU: The Election Commission (EC) has been urged to introduce finger or thumbprint readers in all future elections in the country to prevent fraud.
Sabah DAP Kepayan branch chief Stephen Jacob Jimbangan said the EC should consider implementing the proposal in the coming general election to ensure clean and fair polls.
“If the EC is not going to adopt a fair and clean election system, then it will no longer be creditable and trustworthy,” he said.
Jimbangan said that in past elections the EC was always facing problems in verfying and identifying eligible voters.

Hospital engkar mahkamah, masih belum bedah siasat remaja

KUALA LUMPUR: Tindakan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melengahkan proses bedah siasat kedua menyebabkan jenazah remaja yang ditembak polis, Mohamad Johari Abu Bakar masih disimpan di hospital tersebut.
Menurut sepupu mangsa, Yusof Kadarshah, 25, jenazah Johari masih belum dibedah siasat sehingga kini, meskipun Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengeluarkan perintah mengenai perkara itu, semalam.
Yusof ketika dihubungi keadilandaily berkata, ia disebabkan pelbagai karenah birokrasi hospital berkenaan yang mesti dipatuhi keluarganya.
“Kami sekeluarga menunggu daripada pagi dan sampai sekarang jenazah masih belum dapat dibedah siasat.

Pindaan Akta Sewa Beli tetap dikuatkuasakan Jun ini

gerakan ndc 101008 tan lian hoeKerajaan tetap menguatkuasakan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) pada 15 Jun ini, meskipun ada desakan daripada Persatuan Penjual Kereta Terpakai Malaysia supaya menangguhkannya sehingga tahun depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata pihaknya berpendapat bahawa penguatkuasaan itu perlu dilaksanakan segera bagi melindungi pengguna dan juga pihak penjual kereta terpakai.

"Sebenarnya penguatkuasaan akta itu memberikan situasi menang-menang selain memastikan bahawa tiada ruang yang boleh digunakan oleh mana-mana pihak untuk manipulasi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan pihak persatuan di Putrajaya hari ini.

Video : BN invited to join 'Bersih in walk with rakyat'

Video : More evidence on alleged vote-buying in Sarawak

Kilang Lynas: Hasil kajian pakar akhir Jun

NONEHasil kajian panel pakar bebas mengenai aspek keselamatan dan kesihatan terhadap pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dijangka diketahui hujung bulan depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata panel pakar itu akan menjalankan kajian secara menyeluruh mengenai projek itu dan juga perbincangan dengan pihak berkepentingan.

Beliau menjelaskan panel pakar itu terdiri daripada empat pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan lima pakar dunia dalam bidang berkenaan.

"Panel pakar ini akan menjalankan kajian bermula 29 Mei sehingga 3 Jun ini," katanya pada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Agensi di Kuala Lumpur, Khamis.

Video : Piawaian Keselamatan China Bukan Pilihan

Video : UMNO-BN Cipta Label Ulama, Profesional dalam PAS

Video : Tak Perlu Layan Kokokan Saki Baki Umno,

Siswa luah tak puas hati pada UM

NONESeramai enam pelajar lepas daripada tindakan tatatertib Universiti Malaya (UM) bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) setelah dibicarakan atas pelbagai pertuduhan.

Lima mahasiswa dibebaskan kerana kesalahannya tidak dapat dibuktikan manakala seorang digugurkan pertuduhan kerana tamat pengajian dan bukan lagi menjadi penuntut universiti itu.

Bagaimanapun, menurut seorang pemimpin pelajar yang didakwa Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dua orang lagi didenda RM200 dan diberikan amaran keras manakala sembilan didapati bersalah dan diberikan amaran.

Perbicaraan kes itu berlangsung semalam daripada jam 2 petang sehingga menjelang malam.

What is Najib doing about fuel subsidies?

High fuel prices contributed to the Election 2008 backlash that forced Abdullah’s eventual exit. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, May 26 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak could face questions over his commitment to economic reform after his government dodged a cut in fuel subsidies, threatening to put finances in peril and test the patience of investors seeking change. The decision yesterday to avoid a subsidy cut is likely to be regarded as the latest in a series of U-turns by Najib’s two-year old government which has tried to woo investment by pledging to overhaul the economy while trying to keep voters happy.

Less anger in Perak, but…

It’s still not easy for BN to win in a free election.
IPOH: Although public anger over the 2009 power grab in Perak appears to have dissipated, Barisan Nasional still has some way to go before it can be confident of winning the state in a free election.
A random survey in Ipoh indicates that most voters would again vote for Pakatan Rakyat, more because of dissatisfaction with BN policies than the desire to punish it for ousting the government they voted into power.
Their main concern seems to be to choose the party that is more likely to be sensitive to their needs and concerns, and several participants in the survey said the short-lived Pakatan government showed some promise in this regard.

‘Cops beat me, told me to die’

A 20-year-old student claims that he was assaulted and verbally berated after knocking into a policeman's motorcycle.
PETALING JAYA: “The policemen kept beating me and called me ‘keling’. They also shouted at me, saying I should just die so that they can close the case.”
A 20-year-old student was allegedly beaten up and verbally berated when he knocked into a policeman’s motorcycle at a roadblock in Rembau, Negri Sembilan, during the wee hours of the morning.
After the Monday incident, S Ganesan was also warned against lodging a complaint before he was put into an ambulance and sent to the Tuanku Jaafar Hospital.
However, Ganesan summed up the courage to lodge a report with the Chembong police station on the same day.

Is Najib a sentimental fool?

Singapore PM had the temerity to persuade the republic's two ex-PMs to quit politics, unlike our Umno leadership.

It’s more difficult to acknowledge what we did not learn. And the truth is, we have not learnt anything from the Singapore election.
What has happened is that Umno’s conceit and belligerence have escalated. The leadership’s insensitivity appears to have heightened instead of subsiding.
It still claims to be the sole spokesman and the voice of Malays. Umno advertises pompously its commitment to transformation. Yet Umno is digging itself deeper into the trenches.
Let’s see now what we, as in Umno, did not learn from the Orchard Road polls.
The most shocking outcome was the defeat of several ministers from Lee Hsien Loong’s party, PAP.
Notable among them is Brigadier General George Yeo.

Umno and its farcical morality

Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz

MAY 26 — I wrote a short article about Anwar Ibrahim volunteering going to jail. The term volunteer, I used in a wide sense, including Anwar conceding to whatever fate the Barisan Nasional government metes out to him.
That action, if he so chooses, is to serve a purpose. The purpose is to hasten the downfall of the present national government.
But Anwar is a recalcitrant and stubborn is his middle name.
That short article was actually meant for Umno people, to get them familiar with sophisticated thinking. The message is: Send Anwar to jail, we will hasten the downfall of the Umno government.
The weight of evidence this far indicates that Anwar’s next stop will be the jail. He will spend maybe 10 years in it, by which time he will be in his 70s. He won’t see his children grow into adulthood and perhaps will not see a number of his children getting married.

Agenda ditagih propaganda disaji

Dunia perjuangan politik Malaysia hari ini dilihat seperti sebuah kapal yang bernakhoda, namun tiada arah destinasi yang hendak dituju. Matlamat sering dikaburi dengan propaganda serangan peribadi kepada individu tertentu. Ia bagaikan sebuah fenomena yang tiada pengakhirannya. Drama politik Malaysia bagaikan lautan yang tidak akan surut dan sentiasa ada “khazanah” yang akan ditemui untuk meracun minda rakyat. Adakalanya fitnah bagaikan sebati dengan periuk nasi pemimpin politik hari ini. Soalnya, adakah rakyat sememangnya hendak tahu ataupun perlu untuk diberitahu dengan setiap resepi propaganda pemimpin politik? Corak politik Malaysia semakin meninggalkan sentimen ketimuran yang penuh adab sopan dan menjaga sensitiviti orang lain.

Saiful Izham optimis ubah pandangan rakyat terhadap Dewan Negara

KUALA LUMPUR: Senator baru mewakili Kedah bagi penggal kedua, Saiful Izham Ramli akan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 30 Mei ini di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-16, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Menurut Saiful Izham, pelantikan beliau itu diputuskan oleh kerajaan negeri Kedah bagi menggantikan Senatornya sebelum ini, Ir Zamri Yusuf.
“Perkara ini diputuskan oleh kerajaan negeri pada April lalu selepas mesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa negeri.
“Tempoh berkuatkuasa jawatan saya itu bermula 20 Mei lalu dengan surat pengesahan daripada kerajaan negeri,” kata Saiful ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, berkata agenda utama yang akan dibawanya adalah mengubah pandangan rakyat terhadap fungsi dan peranan Dewan Negara.
“Saya ingin membawakan Dewan Negara, sebagai sebuah badan yang lebih serius dan tegas dalam meluluskan rang undang-undang yang dibawa oleh Dewan Rakyat.

Kes Royalti : Mahkamah Putuskan Pusat Jadi Pencelah


PUTRAJAYA 26 MEI : Hakim Low Hup Beng dalam penghakimannya petang ini memutuskan untuk menolak rayuan kerajaan Kelantan bagi menghalang kerajaan pusat mencelah sebagai defendan kedua dalam kes saman ke atas Petronas. 
 
Keputusan itu diumumkan sebentar tadi di Istana Kehakiman, di sini, hari ini. 
 
Kerajaan Kelantan diwakili peguam Tommy Thomas sementara Rishwant Singh mewakili Petronas.

Kerajaan pusat sebelum ini mohon mencelah dalam kes saman kerajaan Kelantan terhadap Petronas dengan memohon untuk menjadi defendan kedua.

Warkah di ambang maut: Harapan menggunung

NONEYong Vui Kong, rakyat Malaysia kelahiran Sabah, sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong kepada Yetian – seorang anggota kempen “Selamatkan Vui Kong” – sepanjang 12 minggu terakhirnya di menunggu kematiannya.



Hari ini akan kukisahkan pada kalian tentang harapanku, tentang teman-teman rapat yang umpama darah daging sendiri.

Muktamar PAS : 'Selebriti' PAS buat percaturan terakhir

azlanTindakan Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang masih enggan menyatakan pendiriannya sama ada mahu bertanding jawatan naib presiden PAS hingga ke saat-saat akhir mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Ini kerana, seramai 13 lagi yang dicalonkan telah membuat keputusan sama ada untuk bertanding atau menolak hasrat daripada 146 kawasan PAS itu.

"Saya belum membuat keputusan. Saya hendak menunggu tiga atau empat fakta (untuk pertimbangan). Saya akan fakskan kepada ibu pejabat parti sebelum jam 5 petang.

Tuduhan Umno, Hanya Untuk Lagakan Perpaduan PR


SHAH ALAM 26 MEI : Pakatan Rakyat tidak akan terperangkap dengan jerangkap samar yang dipasang oleh Umno-Barisan Nasional untuk mengganggu gugat kestabilan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
Kisah kononnya DAP sedang merencana gerakan sistematik untuk memenuhi agenda parti itu sendiri adalah suatu taktik yang digunakan untuk menakut-nakutkan masyarakat Melayu di negara ini untuk terus menyokong gagasan itu.

Menurut ahli parlimen dari DAP, Anthony Loke Siew Fook, Umno akan menggunakan apa jua cara namun apa yang paling penting katanya, Pakatan Rakyat tidak harus melatah dengan momokan yang sengaja direkayasa Umno-BN.

Polis digesa jelaskan sebab kematian Sarbani

Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini menggesa polis mengemukakan penjelasan lanjut berhubung sebab kematian pegawai kanan kastam Ahmad Sarbani Mohamed bagi mengelakkan kesangsian bahawa isu berkenaan cuba ditutup.
"Semua orang masih tidak puas hati dengan penjelasan (polis). Bagaimana (Sarbaini) pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan rela hati untuk berjumpa pegawai penyiasat, tiba-tiba ditemui mati," kata Khalid.
Jelasnya, kesangsian itu timbul memandangkan polis setakat ini hanya menjelaskan bahawa "Sarbaini tidak dibunuh" dan "mati mengejut."

PM Najib kikis wang FELDA, Rezab wang FELDA tiada

Oleh: mohdnoorawang

"PM Najib Razak mengambil alih FELDA TERUS DIBAWAH KUASA PERDANA MENTERI, wang rezab FELDA dikisis habis dan berlaku ketirisan yang cukup serius. Simpanan rezab wang FELDA kehabisan. Memang cakap Najib dan Ahmad Mazlan sibadot yang jaga felda tidak mengaku dan wang felda masih banyak. Tepat sekali felda bakal dibankrap oleh Najib dan Ahmad Mazlan. Untuk rekod pengerusi Felda ialah TS Isa Samad.

Tahun 2004 rezab yang Felda RM4 Billion. Tahun 2009 rezab yang felda menjadi susut RM1.35 billion.  Tahun 2010 dan tahun 2011 rezab wang Felda dianggarkan sekitar RM200 juta hingga RM500 juta, mungkin kurang dari RM200 juta.

BN masih gagal majukan OKU

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Kerajaan BN ternyata gagal melaksanakan tanggungjawabnya terhadap orang kelainan upaya (OKU) sehingga menyebabkan golongan itu masih gagal mencapai kecemerlangan dalam hidup.
Realiti itu menyebabkan golongan kelainan upaya di tanah air masih mengalami kerumitan untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberikan peluang oleh pelbagai pihak, walaupun mereka juga mempunyai kebolehan tertentu.

Video : Skim Kenaikan Pangkat Perbesar Jurang Pendapatan Guru

Video : SPR 'Double Standard'

Muktamar Pas : Nik Abduh ubah fikiran, tanding Timbalan Ketua

KOTA BHARU, 26 Mei: Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz lewat hari ini memaklumkan menukar keputusannya di saat akhir untuk turut bersaing merebut jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS.

Keputusan itu dibuat selepas beberapa jam Harakahdaily menyiarkan keputusannya awal pagi tadi bahawa beliau menolak untuk bertanding jawatan nombor dua dewan itu dan hanya mahu bertanding Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja.

Bagaimanapun petang ini beliau merubah pendirian itu dan memaklumkan akan turut bertanding bersama tiga calon lain iaitu penyandangnya Azman Shapawi, Ketua Penerangan  Suhaizan Kaiat dan Pengarah Pilihanraya Mohd Firdaus Jaafar.

Hospital Shah Alam : JKR Dokong Syarikat Tidak Layak


SHAH ALAM 26 MEI : Ceritera Hospital Shah Alam yang masih menjadi igauan penduduk ibu negeri Selangor kini dibelit dengan isu pembayaran komisyen berjuta-juta ringgit oleh syarikat yang dituduh bersekongkol dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan  kontrak baru projek itu.
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan tiga dokumen menunjukkan bekas subkontraktor projek itu Frontier Structure menawarkan komisyen  RM30 juta kepada bekas kontraktor utama Sunshine Fleet Sdn Bhd. 
Sepucuk surat lagi menunjukkan bagaimana Kementerian Kewangan mengarahkan Jabatan Kerja Raya memasukkan Frontier sebagai syarikat yang membida projek berkenaan walaupun syarikat itu bukan kontraktor Kelas A dan tidak pun membida untuk mendapatkan projek itu.

Lynas: Nyawa lebih bernilai dari wang

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Kerajaan terus meluluskan projek berbahaya seperti Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng dan tidak mempedulikan rayuan rakyat bahawa nyawa dan kesihatan lebih bernilai daripada wang.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris (gambar) berkata nyawa manusia tidak seharusnya dipaksa melalui kesakitan dan penderitaan dalam mengejar pertumbuhan dan kekayaan.
“Untuk tidak mempedulikan tanda amaran walaupun semua bukti ialah untuk menyalahkan diri kita sendiri dan alam sekitar. Kita mempunyai pilihan untuk menuju ke arah masa depan yang lebih selamat dan waras.
“Isunya ialah sama ada kita mahu dan rayuan kita didengar dan tindakan diambil oleh mereka yang berkuasa,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya CAP merasa sedih dan kecewa berhubung beberapa siri kematian baru-baru ini akibat daripada tidak mempedulikan keselamatan.

Menjelang muktamar: Jelak terhadap Umno tapi masih ragui PAS

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Pemilihan kepemimpinan PAS kali ini, terutama di peringkat timbalan dan naib-naib presiden, mendapat perhatian agak luar biasa apabila ramai tokoh-tokoh besar bertanding. Bukan sahaja ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat memberi tumpuan dengan penuh minat, malah pihak luar juga lebih tertarik untuk mendekati parti Islam itu. Profil kepemimpinan PAS diteropong, manakala pelbagai analisis dan ramalan dilontarkan.

Perkembangan ini sudah dijangka memandangkan peranan dan kedudukan PAS dalam lanskap politik negara semakin penting, tambahan pula pilihan raya paling kritikal dalam sejarah, bakal diadakan bila-bila masa sahaja.

PKR dakwa KL kekurangan guru disebabkan kos hidup tinggi

May 26, 2011PETALING JAYA, 26 Mei – PKR mendakwa Wilayah Persekutuan berhadapan dengan masalah kekurangan guru, seperti yang dialami Sabah, tetapi di ibu negara ia disebabkan ramai keberatan mahu mengajar ekoran kos hidup yang tinggi.
Sabah berhadapan dengan kekurangan guru disebabkan kebanyakan sekolah berada di kawasan pendalaman.
“Statistik terbaru saya tidak peroleh lagi. Tetapi berdasarkan pengalaman saya dahulu menjadi pengarah pelajaran bahagian Wilayah Persekutuan dan timbalan pengarah bahagian sekolah Malaysia, sebuah sekolah akan ada lima hingga enam orang guru sementara di Kuala Lumpur,” kata Pengerusi Biro Pendidikan PKR, Abas Awang pada sidang media hari ini.

BERSIH 2.0: Pengusiran aktivis dari Sarawak dan pengumuman "Perhimpunan Rakyat"

Pengusiran Ong Boon Keong dari Sarawak
BERSIH 2.0 mengecam keras pengusiran aktivis sosial dan penyelaras Malaysian Election Observation Network (MEO-Net), Ong Boon Keong (berbaju kuning), dari Sarawak pada 24 Mei 2011.
Pada 24 Mei, sekumpulan yang terdiri daripada 10 pegawai Imigresen membawa Ong daripada Kampung Bengoh ke Pejabat Imigresen di Pending.  Beliau diminta memberi keterangan mengenai aktivitinya, khususnya mengenai pemantauan pilihan raya.  Ong diberitahu beliau tidak dibenarkan untuk memasuki Sarawak dan mesti memohon kepada penguatkuasa Imigresen sekiranya beliau ingin memasuki Sarawak.  Ong juga tidak diberikan atau ditunjukkan surat rasmi penolakan kemasukan ke dalam negeri, walaupun aktivis-aktivis lain yang dinafikan kemasukan ke Sarawak sebelum pilihan raya negeri Sarawak telah diberi surat tersebut.  Kami berpendapat layanan kasar terhadap Ong adalah satu intimidasi keras terhadap beliau.

Perjudis kaum dan ideologi dalam Interlok (II)

(G) Prejudis ideologi dalam Interlok
Prejudis kaum seperti tersebut di atas padahal berasas kepada prejudis ideologi dalam rangka dasar UMNO yang diteruskan sehingga kini, antara lain:
(1)Semangat kebangsaan Melayu yang sempit
Menurut jalan cerita Interlok, sejak balik dari Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, mata Lazim semakin nyalang melihat penderitaan bangsanya.  Mereka itu hidup dalam kemiskinan dan kebodohan.
Dia berpendapat, kerana kebodohan Pak Musa telah bekerja mati-matian sewaktu hidupnya dengan Cina Panjang itu tanpa mendapat sesuatu balasan yang setimpal, dan ketika dia mati anak dan isterinya diusir begitu sahaja. Ini baru satu, tentu masih banyak lagi contoh yang lain.
Orang Melayu sedikit pun tidak mengerti siasah.  Dia berasa dirinya bertanggungjawab untuk mengajak anak bangsanya sedar tentang siasah negerinya.  Kalau orang-orang Melayu itu terus-menerus begitu mereka tentu akan ketinggalan dan "negeri ini akhirnya akan jatuh ke tangan bangsa asing".  Semangat kebangsaan mesti ditanam. (ms.106-108)
Nyata sekali, semangat kebangsaan Lazim padahal Nasionalisme Melayu yang sempit, musuh utamanya bukan penjajah British dan rejim bonekanya, tetapi dituju kepada "orang asing" seperti Cina Panjang dan bangsanya.

Perjudis kaum dan ideologi dalam Interlok (I)

(A)Pendahuluan
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diundang menjadi salah seorang penalis kepada forum Antara Kesusasteraan Pendidikan dan Hubungan Kaum anjuran bersama Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, NIAT serta SUARAM berkaitan isu Interlok.  Makalah ini berasaskan tinjauan dari segi prejudis kaum dan ideologi dalam novel ini.
Maklumlah novel Interlok (1) karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain padahal bukan sebuah fiksyen sastera, tetapi novel sejarah yang memenangi hadiah sagu hati Peraduan Novel 10 tahun merdeka.  Idea peraduan ini dicetuskan oleh Razak selaku Timbalan Perdana Menteri masa itu.
Temanya ialah: "Perjuangan Kemerdekaan, Pembangunan Negara dan Penghidupan di Tanah Air Kita".  Jelas sekali ianya berkaitan dengan agenda politik UMNO supaya di satu pihak, parti itu disanjung sebagai parti yang memperjuangkan kemerdekaan dan pembangunan Negara; dan di pihak yang lain, dipertahankan ideologi parti itu yang perkauman, pro-penjajah British dan anti-komunis yang diwarisi daripada kuasa penjajah.

Lebih banyak insinerator akan dibina

Lebih banyak insinerator perlu dibina kerana tempat pelupusan sampah dan sisa pepejal tidak lagi boleh diterima sebagai pilihan terbaik pada masa akan datang, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heong.

mca new cabinet member 180308 chor chee heungBeliau berkata, untuk jangka masa panjang insinerator menjadi pilihan bagi melupuskan sampah dan sisa pepejal atas pertimbangan dan faktor kesihatan serta alam sekitar.

Katanya, lima loji insinerator di Langkawi, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Pulau Pangkor dan Labuan yang telah siap dan ada yang masih dalam pembinaan, mampu menampung keperluan antara 30 dan 40 tahun.

"Sampah yang dibakar di insinerator juga menjana elektrik yang digunakan untuk operasi loji.

"Sampah yang dibakar berbaki 10 peratus dalam bentuk abu atau debu dan dilupuskan di tapak pelupusan yang menjimatkan penggunaan tanah serta lebih selamat berbanding cara konvensional," katanya kepada pemberita selepas meninjau loji insinerator Langkawi hari ini.

Menteri Recycle Shahrizat...mai baca..!!!!

PENDAFTARAN RUMAH ANAK YATIM: ADA RUANG UNTUK PROSES DILICIN DAN DIPERCEPATKAN

Perhatian saya tertarik dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bahawa Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh baru-baru ini, tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Scorpenes: French lawyers to come to KL ahead of open court hearing

Scorpenes: French lawyers to come to KL ahead of open court hearing French lawyers acting for SUARAM are due to come to Kuala Lumpur in late June or July to brief their client on the latest development in Prime Minister Najib Razak's high-cost purchase of three submarines from European arms-maker DCNS.
SUARAM had on behalf of Malaysian taxpayers filed a suit against DCNS in December 2009 at the courts in Paris for “active and passive corruption, trading of favours and abuse of corporate assets”.
The civil rights group had been concerned there was 'hanky-panky' in the deal, the cost of which would ultimately have to be borne by Malaysian taxpayers. SUARAM suspected kickbacks worth hundreds of millions of ringgit had been hidden in the transaction and called on the Malaysian Anti Corruption Commission to investigate, but to no avail.
Also, despite constant grilling, Najib has kept the details of the transaction top secret while other members of his administration have provided only fuzzy details, even to Parliament.
"The lawyers are due to arrive and brief their client on the latest ahead of the hearing which will take place in open court. Once that happens, you can imagine what is next. Everyone will be very busy and the international media will be all over the place," the source told Malaysia Chronicle.
A Parisian court is due to hear the case and a hearing date was initially slated for May-June, but that may now have to be slightly delayed as SUARAM is applying for an investigative judge to preside.

Anak bagi tempoh seminggu Felda jelaskan pinjaman RM6 bilion

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), memberi tempoh seminggu kepada Felda memberi penjelasan berhubung pinjaman agensi itu daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM6 bilion.
Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman berkata, sekiranya tidak ada penjelasan diberikan dalam tempoh itu, pihaknya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis ke seluruh negara.
Ia akan dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab terhadap Felda.

Peguam kesal tindakan hospital biarkan jenazah remaja

KUALA LUMPUR: Kedua-dua Hospital Serdang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) didakwa sengaja membiarkan jenazah remaja yang ditembak polis, Johari Abu bakar sebelum persediaan menjalankan bedah siasat kedua pagi ini.
Menurut peguam yang mewakili keluarga mangsa, Latheefa Koya, pihak PPUM melengahkan pengurusan penyimpanan jenazah walaupun pihaknya menyerahkan surat perintah daripada mahkamah bagi bedah siasat tersebut.
Beliau juga kesal kerana jenazah,yang disimpan sejak pertengahan Mei lalu di Hospital Serdang hanya dibawa menerusi sebuah van jenazah biasa oleh hospital berkenaan.
“Sepatutnya pihak hospital Serdang mesti uruskan jenazah tersebut bukan dengan dibawa oleh van jenazah biasa kerana jenazah sudah disimpan lebih kurang dua minggu di hospital tersebut.

Muktamar PAS ke 57 : Pertandingan 6 penjuru Naib Presiden

Penyandang itu menyerahkan borang maklum balas pencalonan kepada Jawatankuasa Pemilihan di pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 petang tadi.

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak penggal lalu dalam muktamar pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas usat 2011-2013.
Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian mengesahkan dirinya sudah pun menyerahkan borang maklum balas pencalonan kepada Jawatankuasa Pemilihan di pejabat agung PAS  di Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 petang tadi.
“Saya hanya menghantar satu borang jawapan sahaja,” katanya ketika dihubungi FMT sekaligus mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.

Video proof of ‘vote buying’ in Sarawak

MEO-Net coordinator Ong BK believes he was given the marching order because of his probe on electoral misconduct in the Sarawak polls.

KUALA LUMPUR: The Malaysian Election Observer’s Network (MEO-Net) claims to have uncovered evidence of vote buying and threats following the recent Sarawak election.
“A longhouse chief in the Tamin constituency admitted on video that he received three cheques totalling RM10,000 on April 13 from an assistant of a Barisan Nasional (BN) candidate,” MEO-Net national coordinator Ong BK said today, adding that the video was on YouTube.
He listed various other instances of vote buying, for amounts ranging from RM20 to RM300 in Belaga.
Ong also said that a voter from Belaga had been threatened by a teacher who said that if she voted for the opposition, her children would be denied welfare aid from the E-Kasih state government programme.

Subsidi dikaji jika minyak cecah lebih AS$110 setong..ha..ha..ha..jawapan semalam tergantung..!!!

Kerajaan akan mengkaji semula subsidi bahan api sekiranya harga minyak mencecah antara AS$110 dan AS$120 setong, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

NONESemalam kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) buat masa ini.

"Kita tahu pada masa ini, banyak benda lain juga meningkat, termasuk harga makanan dan perumahan. Jadi kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan (harga bahan api)," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Standard Financial Planner Sdn Bhd di Petaling Jaya hari ini.

Selain itu, keputusan berkenaan juga berdasarkan kepada penurunan harga minyak daripada AS$110 setong sehingga pada April, kepada lebih AS$100 setong pada masa ini, kata Lim dan menambah yang kerajaan sentiasa memantau pasaran minyak mentah.

Nik Aziz: SPRM, jangan kaitkan saya dalam siasatan menantu..desak SPRM telus

KOTA BARU, 26 Mei — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengaitkan beliau apabila menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Nik Aziz (gambar) berkata beliau tidak mahu siasatan terhadap Abdul Ariffahmi, 38, berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa menantunya itu bertugas di PMBK, disensasikan oleh pihak lain untuk menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas.

THE BATTLE OF THE BADUTS

BADUTS WAR PART TWO


nota:
ulat taik jamban hitam kata
ulat taik jamban kuning bodoh
ulat taik jamban kuning kata
ulat taik jamban biru duduk dalam taik

nah!

ini persolan falsafah yang amat payah
hendak dipecahkan dari zaman greek lagi
kenapa mereka ini jadi ulat taik
kah kah kah

PAS bantah SPR pindah pengundi ke DUN Dr Khir

NONEAhli parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud berkata seramai 1,120 orang pengundi dalam kawasan DUN Sabak telah dipindahkan ke kawasan DUN Sungai Panjang tanpa pengetahuan PAS.

"Bila kita bawa ke (Suruhanjaya Pilihan Raya) SPR, mereka kata berlaku pembetulan sempadan antara daerah mengundi," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Siti Mariah bimbang tindakan itu akan menjejaskan peluang calon PAS untuk memenangi kerusi itu, memandangkan calon parti berkenaan sebelum ini hanya tewas dengan perbezaan 117 undi.

"Sepatutnya (SPR) maklumkan kepada kita terlebih dahulu apa yang mereka hendak buat.

Video : Kekalkan Harga Barang, Strategi BN menjelang PRU

Video : Ladang Rakyat & Penipuan UMNO

Dua-dua Badut Sarkas!!

Ibrahim Ali mahu menentukan siapa badut antara dia dan Nazri Aziz. Sebabnya kerana Nazri Aziz yang dua hari lalu melabelkan beliau sebagai seorang badut dan ucapannya yang berapi-api hanya merupakan retorik dan bersifat kosong.

“Biar saya ingatkan pada 1987 semasa Operasi Lalang saya menetap di tanah air dan ditangkap di bawah ISA. Kawan saya, Datuk Nazri lari ke Jakarta dan tidak berani pulang sehingga semuanya selamat.

Badut pertama dah mengulang-ngulang cerita yang dia ditangkap ISA. Kalau bercerita tentang semangat Melayu, tahanan ISA yang diulang-ulangnya. Kalau kita mendengar cerita tangkapan ISA ke atasnya daripada sumber yang lain, dia ditahan ISA untuk makan angin di sana. Menginap percuma di sana. Badut ini juga yang sentiasa melompat dari satu sarkas ke sarkas yang lain.

Anwar ulangi, pilihan raya umum tahun ini

NONETarikh pilihan raya umum akan datang terus menjadi tanda tanya kebanyakan orang tetapi bagi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tanda-tandanya mula jelas.

"Saya hampir pasti ia akan diadakan tahun ini. Awak boleh lihat keghairahan dan kegilaan oleh media yang dikuasai oleh Umno. Ia tidak sihat sepanjang sedekad lalu dan juga tidak seteruk seperti sekarang ini... yang bermaksud paling awal, pada penghujung Ogos, awal September atau Oktober,” katanya.

Pertarungan sebenar kata ketua umum PKR itu dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu adalah di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

10 kerusi dari Sarawak bakal tumbangkan BN

MIRI, 26 Mei: AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, sekiranya Pakatan Rakyat Sarawak dapat menyumbangkan 10 atau lebih kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, BN akan dapat ditumbangkan.
“Insya Allah, kerajaan (BN) pusat pasti tumbang dan dengan sendirinya kerajaan BN Sarawak akan tunduk di bawah pemerintahaan baru di Pusat,” ujarnya sempena program ke Miri sebagai persiapan Pakatan menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam PRU 13 nanti.
Program bermula dengan perjumpaan bersama pimpinan Pakatan Rakyat Miri yang disertai Yang Dipertua PAS kawasan, Jofri Jaraiee, Adun Piasau, Ling Sie Kiong dan bekas calon PR Senadin, Dr Michael Teo.

Skim Kenaikan Pangkat Perbesar Jurang Pendapatan Guru


PETALING JAYA 26 MEI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendapat Skim Kenaikan Pangkat yang diumumkan Perdana Menteri Najib Razak 16 Mei lalu hanya akan memperbesarkan jurang pendapatan antara guru peringkat pentadbiran dan biasa.

Ini kerana insentif yang diperkenalkan kementerian itu tidak meliputi majoriti guru-guru di negara ini sebaliknya hanya memberi kesan kepada kurang daripada dua peratus golongan tenaga pengajar senior menurut Pengerusi Biro Pendidikan PKR, Abbas Awang.

Umno pastikan Anwar kembali ke tembok batu

APA yang pasti Anwar Ibrahim tidak lagi dibenarkan bebas seperti sekarang. Kes liwat kedua hanya sebagai penyebab semata-mata,” ujar satu sumber Umno di Kuala Lumpur.
Sebelum ini ramai berhujah Anwar tidak mungkin bebas kalau Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di kerusi lamanya. Buktinya tidak lama selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir, Anwar dibebaskan. Anwar dibebaskan pada September 2004.
Pak Lah menggantikan Dr Mahathir pada Oktober 2003. Sekarang Pak Lah sudah disingkirkan dan kuasa politik Dr Mahathir mulai mencengkam kembali.
Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Tidak lama kemudian dihumbang ke penjara atas alasan mengugut penjawat awam.
”Alasan yang dimasyhur ketika itu bukannya kesalahan liwat versi pertama seperti diuar-uarkan, sebaliknya mengugut penjawat awam,” kata puteri sulung Anwar, Nurul Izzah.
Nurul Izzah muncul ikon baru politik di Tanah Malaya. Baru-baru ini ceramahnya di Machang dan Kuala Krai menarik ribuan pendengar.
Sebaliknya versi liwat kedua memperlihatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal-awal lagi menyimpulkan Anwar ada prima facie.
Mengejutkan apabila Hakim Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat rumusan Mohd Saiful Bukhari seorang yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai.

Muktamar platform persediaan PAS untuk menggantikan Umno

APABILA saf kepimpinan tertinggi PAS melancarkan program 'PAS Ganti Umno', ia seharusnya disambut dengan serius, khususnya dari kalangan ahli serta penyokong PAS di seluruh negara.

Ungkapan 'PAS Ganti Umno' yang diterapkan dalam minda ahli, seharusnya bukan retorik, bukan impian, bukan angan-angan, tetapi ianya adalah pernyataan kesungguhan dan keazaman yang tinggi bagi memastikan ianya menjadi realiti.

Realiti 'PAS Ganti Umno' tidak akan dapat direalisasikan, jika sekiranya ia tidak dimulakan dari dalam PAS itu sendiri.

Mengapa Umno suka kekalkan kemunduran kampung?

Semasa mengunjungi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar di Seremban baru-baru ini, sambil menikmati keenakan daging rusa masak lemak semasa makan tengahari, saya tertarik dengan fenomena penurunan jumlah pengundi di beberapa kawasan Dun di negeri itu. Ia lebih tertumpu di kawasan pedalaman atau kampung-kampung tradisi.

Zul membangkitkan soal pembangunan yang tidak seimbang di antara desa dan kota, yang menyebabkan penghijrahan ke bandar. Biarpun Menteri Besar, Mohamad Hassan mempunyai latar belakang dunia korporat, namun keupayaannya untuk memastikan Negeri Sembilan mendapat limpahan pembangunan pesat Lembah Klang boleh disifatkan gagal. Mohamad juga dikatakan berdepan dengan masalah dalaman Umno yang serius.

BN Negeri Sembilan lebih diingati kerana dapat menghalang penguasaan Pakatan Rakyat  ke negeri-negeri di selatan tanahair. Namun begitu, buat pertama kali, BN gagal meraih majoriti dua pertiga dalam sidang Dun. Ini merupakan satu rekod. Sebelum ini, wilayah selatan boleh diumpamakan sebagai "simpanan tetap" buat Umno.

Kekalkan Harga Barang, Strategi BN menjelang PRU


SHAH ALAM 26 MEI : Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kenaikkan harga minyak RON95 serta barang keperluan lain akan bertambah serius sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kuasa pemerintahannya pada pilihan raya Umum ke-13 akan datang yang dijangka diadakan dalam masa terdekat ini.

Ketua Penerangannya, Lee Khai Loon berkata tindakan kerajaan pusat tidak menaikkan harga minyak dan barang keperluan lain hanya strategi politik mereka bagi menghadapi pilihan raya.

Pilihan raya ke 13 tahun ini?

KOTA BHARU, 26 Mei: Pilihanraya Umum ke-13, dijangka akan diadakan tahun ini berikutan harga minyak tidak dinaikkan dalam tempoh terdekat meskipun ada usaha untuk menaikkan harga bahan api itu.

Selain itu juga, negara akan menanggung beban kewangan yang semakin kronik sekiranya pilihanraya itu diadakan tahun hadapan.

Timbalan Setiausaha Agung Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Rosli Abdullah, berkata selain itu juga dakwaan terhadap Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui akhir bulan Jun ini.

“Kita yakin, Datuk Seri Anwar (gambar) akan dijatuhi hukuman akhir bulan depan dimana kes perbicaraan membela diri dalam kes perbicaraannya berlangsung pada 6 hingga 30 Jun dan selepas itu pilihanraya umum akan diadakan.