Rabu, 25 Mei 2011

Nostalgia 3 – Ceramah-ceramah PAS dihalang

Pada tahun 80-an itu menunjukkan kebangkitan peneroka Felda menuntut hak mereka. Walaupun mereka mahu berunding dengan Felda mengenai masalah yang menimpa mereka, peneroka-peneroka ini dicop sebagai pembangkang, tidak bersyukur dan dianggap menentang kerajaan.
Sehingga 1984, seramai 3,605 peneroka-peneroka Felda disingkirkan dari tanah rancangan Felda di seluruh negara, iaitu semasa Rais Yatim menjadi Menteri yang bertanggungjawab.
Penyingkiran yang dilakukan tidak berpandukan peruntukan undang-undang GSA, tetapi atas keserakahan nafsu pimpinan UMNO semata-mata.
Seseorang peneroka yang mempunyai pandangan kritikal terhadap kerajaan dianggap melanggar peraturan. Atas sebab itu semata-mata, mereka dikeluarkan dari tanah rancangan Felda.
Mereka seolah-olah mencampakkan undang-undang GSA yang sebenarnya menyatakan bahawa, peneroka-peneroka yang berdaftar sebagai penduduk adalah pemilik (in expectation of title)

Nostalgia 2: Peristiwa di Felda Chalok Barat

(Bahagian kedua)
Oleh: Suhaimi Said

Sekembali saya berceramah di Kelantan dan diikuti di Besut Terengganu, saya dijemput untuk berceramah di Felda Chalok Barat, Terengganu.
Saya sampai ke tanah rancangan itu lebih kurang jam 8.00 malam. Pintu pagar di rancangan itu ditutup rapat dan ada lebih kurang 10 orang terdapat di tepi pintu utama itu.
Apabila kereta saya menghampiri pagar berkenaan  seorang daripadanya menghampiri kereta saya dan mengenalkan dirinya sebagai pengurus rancangan dan beliau bertanya nama saya.
Apabila saya nyatakan nama saya beliau terus menyatakan, “minta maaf encik, encik tidak dibenarkan masuk ke rancangan ini.”
Saya bertanya kenapa, dan dia menyatakan bahawa itu adalah arahan dari Ibu Pejabat Felda. Saya nyatakan kepadanya bahawa saya dijadualkan berceramah di sebuah rumah ahli Pas di dalam Rancangan itu dan saya adalah tetamu kepada ahli PAS itu. Pengurus itu tetap tidak membenarkan saya masuk.

Felda: Nostalgia 80-an

(Bahagian Pertama) Perjuangan Awal Peneroka Felda
Oleh: Suhaimi Said
Di awal tahun 80-an, saya dilantik sebagai Anggota Lajnah Undang-undang PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Wan Mutalib Embong. Saya dibenarkan untuk memilih tugasan dan bertanggungjawab untuk memperjuangkan hak dan kepentingan peneroka Felda.
Ketika itu, semua tanah rancangan Felda berpagar termasuklah di pintu masuk. Tidak mudah untuk melepasi pagar ini jika seseorang itu disyaki atau sebagai orang yang tidak dialu-alukan.
Saya dicop sebagai seseorang ‘persona non-grata’, iaitu seseorang yang tidak dialu-alukan di dalam rancangan Felda.
Atas kerjasama yang diberikan oleh penyokong-penyokong pembangkang, saya berjaya memasuki semua tanah rancangan Felda. Namun, di sesetengah kawasan, saya dihalang oleh pengurus Rancangan.

Andai Sultan Melaka memerintah

(Oleh: Nurul Izzah Anwar)

Menyingkap kembali sejarah saya tertanya apakah mungkin budaya politik negara dan nasib rakyat dibawah pemerintahan seorang Raja yang mulia lagi beriman dan budiman?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, mungkinkah rasuah dibenarkan sehingga sebuah istana yang bermula dengan kos RM400 juta dijangka melebihi RM 1 bilion? Apa pula dengan ketirisan ekonomi berjumlah RM 28 bilion setahun berterusan sehingga hanya kelompok elit yang bertambah kaya manakala rakyat jelata terus melata berkais pagi makan pagi?
Kalau Sultan Melaka memerintah, mungkinkah laksamana angkatan laut akan membeli kelengkapan perang, termasuk kapal yang mampu timbul atau yang sengaja tenggelam dengan harga berpatutan tanpa komisen beratus juta ringgit kepada seorang baginda yang hanya pada nama dan bukan pada takhta?

Video : Kerajaan Negeri Selangor Pasti Tapak Baharu Untuk Rumah Anak Yatim.

Video : PAS Perlu Serius Jika Mahu Ganti Umno,

Video : PAS Nafi Wujud Puak Erdogan

Porno... Dulu,Kini,Selamanya?

Porno pun Porno lahh!! Janji kami dapat air botol ni haaaa!!
UMNO..UMNO..
Suatu masa dahulu..
Melayu bangga dengan namamu..

Kepimpinan Nik Aziz patut dicontohi semua kaum

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui terbaik oleh kaum India dan patut dicontohi oleh semua kaum di negara ini.
Kepimpinan beliau ternyata penuh amanah, prihatin dan berpihak kepada rakyat sehingga menyebabkan semua rakyat Kelantan terutama yang miskin dan memerlukan pembelaan terbela tanpa mengira kaum.
Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja Retinam mengakui, kaum India ternyata amat senang berada di bawah kepimpinan Nik Aziz kerana beliau sentiasa turun padang untuk meninjau segala permasalahan rakyat untuk diselesaikan.
Menurut beliau, selain itu, cara Nik Aziz yang penuh kesederhanaan amat disenangi oleh kaum India dan kaum-kaum lain sehingga menyebabkan beliau amat mudah ditemui dan didekati.
Katanya, kepimpinan Nik Aziz juga ternyata amat berhemah dalam membelanjakan wang kerajaan, sehingga terelak dengan pembaziran, sebaliknya benar-benar untuk kepentingan rakyat.

Kenapa FELDA Mohon Pinjaman ?


SHAH ALAM 25 MEI : Perdana Menteri, Najib Razak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan didesak memberi penjelasan terhadap laporan bahawa, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memohon pinjaman RM6 billion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bekas Timbalan Menteri Dr Tan Kee Kwong berkata pinjaman itu, jika disahkan, menimbulkan lebih banyak persolanan mengenai kedudukan kewangan FELDA yang sebelum ini mengalami penurunan simpanan rizab dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada tahun  2009.

VCD lucah diedar dalam pengetahuan polis

SHAH ALAM: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata VCD fitnah yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar kepada orang ramai meskipun dalam pengetahuan pihak polis.
Shuhaimi berkata, video tersebut yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan  aktiviti yang memalukan.
“Perkara ini bahkan berlaku pada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di kawasan yang terdapat pondok atau bas polis bergerak. Namun tidak ada tindakan drastik diambil. Tidak seperti kes lain yang mereka cekap menanganinya,” ujarnya  ketika dihubungi.

When will Najib call for snap elections

When will Najib call for snap electionsThe Malaysian political scene is living on frayed nerves right now. Every plan, strategy or decision has to take into account the possibility of an election that may be called at any time.
Even holiday plans cannot be made.
There are all kinds of speculation about when D-Day will be, and corresponding theories to substantiate the arguments. However, rather than attempting to add to the multitude of guesstimates out there, I would like to postulate that the timing of the 13th General Election will in fact reveal the underlying currents of the power struggle within Umno.
There is a clear tension developing within the walls of the Putra World Trade Centre. In a recent address to party members during Umno’s 65th anniversary celebrations, Prime Minister Najib Razak made a sharp call for an end to factionalism and to unite in the face of the coming general election.

Pendedahan WikiLeaks serampang dua mata dedah Eskay, Anwar

Oleh ZOMBI KG PISANG

Terdapat dua perkara pokok yang perlu diperjelaskan kepada umum berikutan pendedahan terbaru WikiLeaks seperti didedahkan kepada Asia Sentinel yang kemudiannya disiarkan oleh laman web kendalian Raja Petra Kamaruddin iaitu Malaysia Today. Pendedahan tersebut berdasarkan kabel sulit Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia yang dibocorkan.

Pendedahan terperinci itu merupakan maklumat mesyuarat pada 5 Februari 2006 yang dihantar kepada Jabatan Negara AS di Washington melalui kabel sulit oleh kaunselor politik Mark D Clark.

Forum : 'Erdogan masa depan PAS'

Oleh JOHARI M

Perbincangan isu pemilihan kepimpinan PAS yang diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Mei semalam memberi gambaran kesimpulan bahawa masa depan PAS berkait rapat dengan kumpulan Erdogan, yang juga disifatkan sebagai kumpulan "progresif" dalam parti Islam itu.

Forum itu bertajuk Pemilihan 2011: Mampukah PAS Membuat Lonjakan, memberi implikasi dan isyarat bahawa pemilihan pemimpin-pemimpin tertentu sebagai tanda lonjakan atau pembaharuan dimaksudkan itu.

Forum anjuran pemikir libertarian Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Ilham Center dan Free Public Forum Malaysia itu ialah yang pertama dalam siri forum berhubung PAS yang akan diadakan.

Muktamar PAS ke 57 : Tuan Ibrahim calon kompromi atau pemecah undi?

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini menyandang jawatan naib presiden PAS akhirnya mengambil keputusan yang dijangkakan banyak pihak; bertanding jawatan nombor dua parti.

Ini bermakna persaingan nombor dua bakal menyaksikan pertambahan seorang lagi calon, sekiranya Nasharudin Mat Isa dan Mohamad Sabu tidak berganjak dan tidak ada calon lain menyertai persaingan.

Kemasukan Tuan Ibrahim meletakkan dua tokoh ulama dalam persaingan.

Tempoh dua hari ini akan diperhatikan dengan minat oleh pemerhati untuk melihat sebarang perkembangan terbaharu.

Tuan Ibrahim sejak awal menyatakan tidak berminat bertanding timbalan presiden, tetapi mengubah keputusan menjelang dua hari tempoh akhir penerimaan pencalonan.

Tanah runtuh hangatkan lagi persaingan rebut Selangor

Belum lama tragedi tanah runtuh di Hulu Langat yang mengorbankan 16 nyawa Sabtu lalu, kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sudah mempolitikkan kejadian itu.

Kedua-dua pemimpin BN dan PR berlumba-lumba untuk menjadi atau mengakui menjadi yang terawal di lokasi, menjelaskan lagi kedudukan Selangor sebagai medan pertempuran paling sengit sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Di kalangan penulis blog kedua-dua kumpulan, serang-menyerang telah tercetus, dengan pemblog pro-PR menyerang kenyataan menteri BN dan blog Umno mengecam dan membalas kritikan blog pro-PR itu.

Pakatan Rakyat harap Bersih kedua ulangi kejayaan PRU 12

Gabungan parti-parti pembangkang Pakatan Rakyat sedang membina momentum untuk mendapat sokongan mengulangi kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-12 melalui demonstrasi besar-besaran.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil yang lebih dikenali dengan nama popularnya kini, Bersih 2.0 telah mengumumkan demonstrasi besar-besaran di ibu kota pada 9 Julai nanti.

Rancangan ini diumumkan pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu di Kuala Lumpur Sabtu, 21 Mei.

Isu rundingan PAS-Umno timbul lagi

Isu rundingan dengan Umno yang mencetuskan debat panas dan pergeseran dalam PAS muncul lagi apabila Ahli Jawatankuasa Pusat Dr Dzulkifly Ahmad membuat kenyataan bersedia bertemu dengan Umno.

Pertemuan dengan Umno selama ini dikait terus dengan usaha bergabung dengan Umno atau disebut "kerajaan perpaduan," cadangan presiden PAS pada 2009 yang merujuk penubuhan kerajaan semua parti berdasarkan peratus kerusi Parlimen dimenangi.

Kenyataan Ahli Parlimen Hulu Selangor itu mencetuskan persoalan dalam kalangan ahli-ahli PAS, yang membuat pelbagai spekulasi termasuk melibatkan urusan dengan Umno di Selangor yang dijangka menawan negeri terkaya itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Ada Perlindungan : Video seks dijangka diedarkan ke seluruh negara

SEBELUM ini kita digemparkan dengan pengedaran video aksi seks lelaki mirip ketua pembangkang yang telah dicetak dan diedarkan di masjid dalam bentuk VCD dengan gambar bogel kedua-dua pasangan seks tersebut terpampang di kulit dan permukaan atas VCD tersebut [Video seks diedar di Masjid].

Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai

Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada yang termasuk dalam kawasan sungai atau atas jalan raya.
PETALING JAYA: Ramai peneroka dan bekas peneroka Felda Sendayan mengadu rumah banglo yang diberikan kepada mereka berkualiti rendah tidak sepadan dengan harga RM240,000.
“Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada bahagiannya yang termasuk ke dalam sungai atau di atas jalan raya.
“Sebab itu ramai juga yang tolak dengan pemberian kerajaan Negeri Sembilan itu,” kata Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Aziz.
Beliau hadir di majlis anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di Felda tersebut malam tadi yang dihadapi antara 300 hingga 400 orang.

Probe May Day rally police brutality

Coalition of 75 NGOs submit memo to Suhakam to conduct an inquiry into abuses by the police on peaceful marchers on Labour Day.
KUALA LUMPUR: The Human Rights Commission (Suhakam) was today asked to hold an inquiry into the excessive use of force by the police during the May Day rally.
A coalition of 75 NGOs calling themselves the May 1 Committee today submitted a memorandum to Suhakam officials on the abuses on the peaceful protesters.
Present at the handover were representatives from Jerit, Suaram, DEMA and the Bar Council. Also present was PSM treasurer A Sivarajan and central committee member V Selvam.
They recounted the various abuses which the peaceful protesters endured during their march on Labour Day from Chow Kit to Darataran Merdeka.
Twenty-one people were arrested, including five underage boys. Also detained were Sungai Siput MP D Jeyakumar and Parti Sosialis Malaysia (PSM) secretary-general S Arutchelvan.

Tian Chua mahu cabar jika Parlimen lucut kerusinya


KUALA LUMPUR, 25 Mei — Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang (gambar) menegaskan beliau tiada hasrat untuk membuat rayuan berhubung kesalahan menggigit anggota polis di Mahkamah Persekutuan meskipun berhadapan dengan kemungkinan hilang kerusinya di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun kata wakil rakyat PKR itu, beliau akan mengemukakan cabaran perundangan jika dilucutkan kelayakan sebagai ahli Parlimen kelak.
Wakil rakyat penggal pertama itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau telah menjangkakan mahkamah kemungkinan besar menolak sebarang rayuan yang berkaitan hukuman atas alasan-alasan teknikal sebagaimana diputuskan Mahkamah Rayuan Isnin lalu.

Video fitnah: Kenyataan Hishamuddin berniat jahat

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien mengenai siasatan video seks fitnah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan berniat jahat.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, kenyataan tersebut menjurus kepada usaha untuk mendakwa Anwar meskipun siasatan polis sepatutnya kepada pihak yang menayang dan menyebar video itu.
“Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri KDN, Hishamuddin dan Perdana Menteri sebelum ini, semuanya berpihak kepada Datuk T dan mereka sebenarnya memang berniat jahat untuk jatuhkan Anwar,”
“Jelas melihatkan perancangan rapi ini sebenarnya bermula daripada pihak atasan. Saya percaya bahawa bukan trio Datuk T sahaja yang terlibat tetapi ada beberapa individu yang diberikan peranan dalam kes ini. Namun mereka tidak akan dikenakan tindakan,” katanya kepada Keadilandaily.com
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Hishamuddin yang disiar dalam New Straits Times bertarikh 22 Mei lalu.

Video : UMNO Dicabar Keluar BN, Kalau Berani

Sentimen : Polis siasat gerai disimbah cat , kepala babi digantung

penang crime police lim guan eng event pc 260908 ayub yaakobPolis Pulau Pinang sedang menyiasat kejadian sebuah gerai cendol berdekatan Masjid Lama Sungai Bakap di Nibong Tebal yang disimbah cat merah dengan kepala khinzir digantung di hadapan gerai berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata, kejadian itu dipercayai berlaku awal hari ini dan disedari oleh sekumplan jemaah yang baru pulang selepas solat Subuh di masjid pada pukul 7 pagi.

Polis percaya ia dilakukan sebelum waktu subuh," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati peniaga gerai berkenaan pernah menerima satu panggilan amaran dari seseorang pada Mac lalu.

Muktamar PAS ke 57 : Mahfuz tanding satu sahaja, naib presiden

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Datuk Mahfuz Omar hari ini mengumumkan beliau hanya akan bertanding satu kerusi sahaja iaitu naib presiden PAS dan tidak bertanding lain-lain jawatan termasuk AJK PAS Pusat.

"Saya dah faks surat jawapan dan hanya akan bertanding naib sahaja. AJK PAS Pusat bagi ruang kepada orang lain lah, saya tak mahu tamak jawatan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Sehingga kini, tujuh dikatakan telah mengesahkan bertanding merebut tiga tempat yang diperuntukkan untuk jawatan tersebut.

Birokrasi : Jenazah remaja tak diurus sebelum bedah siasat kedua

Jenazah Johari Abu Bakar, yang akan berusia 17 tahun bulan depan sebelum ditembak mati oleh polis pada 13 Mei lalu dibiarkan tanpa diurus di sebuah van kerana kerana alasan birokrasi.

Selangor : Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu

SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.

Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.

Gaji guru: K'jaan tak mampu sebab krisis kewangan

NONEIsu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata seorang ahli parlimen PAS.
Datuk Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi itu menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menipu golongan cerdik pandai itu.
Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu yang sekadar meminta supaya kumpulan guru yang tidak menikmati kenaikan gaji itu supaya bersabar.
Muhyiddin juga sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga untuk mengurangkan defisit kerana kenaikan pangkat itu melibatkan jumlah guru yang ramai.
Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut menegaskan bahawa langkah penjimatan melalui pengurangan subsidi itu juga akhirnya akan menyebabkan rakyat menanggung kos yang lebih tinggi.
Perbelanjaan meningkat

Video : Anwar's 'gut feeling' in sodomy trial outcome

Video : Still at a loss over Sarawak polls results

Video : Hentikan Cadangan Perjanjian Pertukaran Pelarian Malaysia Australia, NGO

Video : Kedangkalan Umno Bn Teserlah, Cabar PR Turunkan Harga Barang

Video : KDN Hipokrit, kata Hindraf

MCA Perlu DiDisplinkan ?

Oleh Ruhanie Ahmad
Realiti politik nasional Malaysia kontemporari mendapati MCA adalah antara komponen BN yang sedang terperangkap dengan krisis keyakinan yang serius. Sokongan pengundi Cina kepada parti ini dalam PRU12 adalah buktinya yang paling nyata.

Anehnya, sejak PRU12 pada 2008 hingga ke hari ini, MCA seolah-olah gagal mengatasi kemelut ini menerusi mekanisme dalaman yang berkesan.

Sebaliknya, MCA kelihatan seolah-olah cuba menggilap semula imejnya yang malap menerusi tindakan serta kenyataan yang boleh meretakkan kejituan BN seluruhnya.

MCA Kedah tersampuk penyakit UMNO Pulau Pinang

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Umno Pulau Pinang yang begitu prihatin akan wang subhat menghasut orang Melayu negeri itu agar memulangkan wang ehsan RM100 pemberian kerajaan negeri kepada warga emas. Dakwa Umno, wang itu adalah hasil judi dan haram dimakan. Kerajaan negeri menafikan, sebaliknya menjelaskan bahawa ia dari sumber jimat cermat kerajaan negeri. Wang dari hasil judi memang ada, tapi bukan digunakan sebagai wang ehsan untuk umat Islam.


Gambar :(Pengerusi DHPP Kedah (duduk kiri) Tan Weng Fatt dan Setiausaha DHPPK William Eng (kanan) menunjukkan laporan akhbar berbahasa yang berhubung tindakan MCA memulangkan wang sumbangan kerajaan negeri untuk bayaran bil elektrik)

Gagal Capai Keputusan, Kabinet Bimbang PRU Menjelang Julai ini.....


SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan kabinet menangguhkan keputusan berkaitan pelarasan subsidi dan kajian semula tarif elektrik dilihat berkait rapat dengan masa depan UMNO BN pada pilihan raya umum ke- 13 akan datang.

Mesyuarat kabinet yang menjadi tumpuan pelbagai pihak hari ini tidak mencapai apa- apa keputusan yang menguatkan lagi spekulasi bahawa kerajaan pemerintah pimpinan Najib Razak bimbang popularitinya merudum dan ditolak rakyat pada saat- saat akhir.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kabinet juga makin tertekan apabila tindakan mengurangkan subsidi membangkitkan kemarahan rakyat marhaen.

Kerugian RM19 bilion: Lim Guan Eng tuduh BN membohong dan mengarut

DAP melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang diberikan kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan TNB setiap tahun adalah bukan dalam bentuk subsidi.  Peter Chin berkata RM19 bilion kerugian dari Petronas untuk penjualan gas pada harga RM10.70 setiap juta unit Termal British (MMBtu) iaitu satu perempat dari harga pasaran RM40 per MMBtu.  Penafian BN bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas disebabkan penjualan gas di bawah harga pasaran kepada IPP dan TNB yang bukan dalam bentuk subsidi merupakan pembohongan yang dilakukan oleh BN.

EC has the answer to why PKR won only 3 seats in S'wak

Anwar: EC has the answer to why PKR won only 3 seats in S'wakAt the tail end of last month's Sarawak election campaign, Pakatan Rakyat leader Anwar Ibrahim addressed a press conference with an almost jubilant demeanour.
Buoyed by positive responses the opposition got around the Borneo state, Anwar claimed that Pakatan Rakyat could even deny BN two-thirds majority in the Sarawak legislature.
But as the results came out, pin-drop silence enveloped the PKR headquarters in Kuching, with morose party workers collating numbers which, until today, Anwar says remain dumbfounding.
Of the 49 seats it contested, PKR won only three.
"I knew there would be rigging, but I am at a loss for (answers) on how and why it ended up that way.
"Some of the longhouse residents have woken up politically, you talked to the people and saw that they were quite genuine... I didn't think there was something wrong.

Wan Junaidi calls on MPs to snitch on Tian Chua

Wan Junaidi calls on MPs to snitch on Tian Chua Deputy Speaker of Parliament Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar declared today it would be “irresponsible” if no lawmaker informs the House of Batu MP Chua Tian Chang’s conviction and possible disqualification.
He said without formal notification from a member of the House, the Speaker could not move to act against Chua, whose status as an MP presently hangs in the balance.
The Court of Appeal had on Monday rejected Chua’s appeal against a conviction for biting a policeman based on the deputy public prosecutor (DPP)’s objection that it was filed after the 14-day window.
The decision effectively stays last year’s High Court decision to uphold his conviction and sentence of a RM2,000 fine in default of two months’ jail, thus throwing his seat status into question.
Under Article 48 of the Federal Constitution and preceding cases, Chua stands disqualified as an MP because he was fined “not less than” RM2,000.

Kalau Nasa ok, Tuan Ibrahim ok, kenapa Mat Sabu tak ok?

Siapa agaknya antara 3 calon di atas akan diangkat sebagai Timbalan Presiden Pas yang baru oleh perwakilan Pas seramai 1100 orang?

Umno cuba kacau daun menjelang Muktamar Pas awal Jun ini.Umno dilihat sampai bila pun tak rasa selesa dengan Mat Sabu .Mat Sabu pula sampai bila pun tak kelapaq dengan Umno.Jauh sekali untuk ajak Umno berunding dengan Pas supaya Umno peluk Pas.Kini melalui Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berkata Ada Sinar Perpaduan Pas -Umno yang berkata, "Nasharudin OK. Tuan Ibrahim OK. Masing-masing ada perspektif berbeza dan masing-masing. Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud," katanya.

Kalau Nasa ok , Tuan Ibrahim ok kenapa Mat Sabu tak ok?Sebab tu perwakilan Pas kena pilih pemimpin yang tak boleh diskru oleh Umno jika mau Pas disegarkan.

PSD shatters brilliant student’s dreams

Seremban schoolgirl gets 10A+ and 1A but she is not given a scholarship for medicine, instead she is given a teaching scholarship.
KUALA LUMPUR: She always wanted to be a doctor. P Heamanthaa burned the midnight oil for her SPM exams and her diligence and hard work paid off.
The schoolgirl from SMK Tuanku Jaafar in Seremban scored 10A+ and 1A in SPM. She thought her dream of becoming a doctor was about to be realised. She confidently applied to PSD for a scholarship in medicine.
But with one letter PSD shattered her dreams. She received the letter informing her that she only qualified for the PSD scholarship in Diploma in English at University Perguruan Sultan Idris (UPSI) in Tanjong Malim.
A stunned Heamanthaa said: “I was saddened and did not sleep the whole night”.

Pakatan must woo like-minded partners

'Exclusive' Pakatan Rakyat coalition must forge alliances with smaller parties in the country if it is to achieve its aim of ousting the Umno-led federal government.
GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat leaders have never failed to consistently remind the masses, during their rallies, that the coalition is ready to capture its holy grail Putrajaya in the next general election.
Speakers from PKR and DAP, but strangely not from PAS, would constantly remind us that Opposition Leader and Permatang Pauh MP Anwar Ibrahim will be the next prime minister of the country.
One wonders if all these rhetoric and heroic speeches are signs of Pakatan’s confidence or just over-confidence.

MUBARAK: Ada sinar perpaduan Umno-PAS...ha..ha..pesakit PORNO mengurat Ulama...!!!

NONEMajlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) positif masih ada sinar harapan untuk usaha perpaduan PAS-Umno kerana hasrat itu masih terbenam di lubuk hati sebahagian pemimpin kanannya.
Enggan menyatakan sokongan terhadap mana-mana calon timbalan presiden PAS, presidennya Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kedua-duanya 'OK'.

"Nasharudin OK. Tuan Ibrahim OK. Masing-masing ada perspektif yang berbeza. Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud.

Subsidi IPP: Lagi pendayaan, penipuan BN,

NONEDAP melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan itu satu lagi bentuk 'pendayaan dan penipuan besar-besaran' oleh BN.

“Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?” soal Lim dalam satu kenyataan.

Himpunan raksasa warga Felda di Pahang

TEMERLOH, 25 Mei: PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Tanah PAS Pusat akan menganjurkan Himpunan Raksasa Warga Felda di sekitar Jengka dan Kerdau pada 27 dan 28 Mei ini.
Menurut pengarah program, Roslan Zainal, antara lain matlamat perhimpunan ialah untuk menghimpun warga peneroka bagi mendedahkan hak-hak yang layak dituntut, menjana momentum peneroka bersikap berani bagi menuntut hak mereka terhadap Felda.
Katanya, empat program telah disusun dalam himpunan selama dua hari itu bermula dengan ceramah umum pada 27 Mei melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi Anak Mazlan Aliman, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan bekas calon Tenang, Normala Sudirman.
“Ceramah tersebut akan bermula dengan majlis pelancaran agihan borang Felda Plantations jam 8.30 malam di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.
“Pada 28 Mei, jam 2.30 petang, satu forum dan dialog isu-isu peneroka Felda dan janji Pakatan Rakyat akan diadakan di Jengka 16. Ahli panelnya terdiri daripada Mazlan Aliman, Harris Abdullah, Fadzli Ramly dan Yohanis Ahmad,” ujarnya.
Roslan berkata, pada waktu yang sama generasi muda diadakan prgram Santai bersama Bob Lokman dan minum petang bersama Mohamad Sabu di Jengka 19.

Video : Penduduk Hadang Jalan Pertahan Rumah Diroboh

Di sana dah kena. Di sini masih ber'nyawa'



Hosni tak membunuh secara direct..
Yang membunuh ialah barua-barua dia.
Tetapi dia diheret juga.

Jangan lupa....
Hosni dan 'mem'-nyer juga diheret kerana rasuah

Itu citer di Mesir.

Ini pulak citer di sebuah negara kecil nusantara...

Parlimen : 10 soalan cepumas MP Kuala Selangor untuk kerajaan Najib-BN jawab


(i) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan apakah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri dengan penggunaan istilah subsidi sebagai ‘candu-opium’ yang rakyat telah ‘ketagihan’ kerana berlawanan kebolehgunaannya ketika perlu dalam intervensi Polisi Fiskal –cukai dan subsidi, sesebuah kerajaan sebagai langkah pengimbangan atau ‘stabilising measures’ bagi menentukan pendapatan dan perbelanjaan dalam belanjawan negara.

(ii) Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Kewangan menjelaskan, sementara langkah meningkatkan simpanan SRR (Statutory Reserve Requirements) adalah menasabah dilakukan, Kuala Selangor memohon penjelasan mengapa BNM turut meningkatkan OPR dengan 0.25 percentage point ke 3% yang pasti akan meningkatkan BLR dan kos pinjaman serta berpotensi menjejaskan proses pemulihan (recovery) ekonomi negara.

Tiada biasiswa: Arahan BN atau JPA

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Persatuan Pelajar India Malaysia (MISA) amat kecewa kerana ramai pelajar lepasan SPM yang mendapat 8A+, khususnya yang bukan berketurunan Melayu, tidak mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sekiranya diberikan biasiswa, biasiswa yang ditawarkan itu hanyalah biasiswa dalam negeri (PIDN) dengan kursus-kursus yang ditawarkan tidak setaraf dengan kecemerlangan mereka.
Presiden MISA, Kishur Goonasaran (gambar) berkata, kejadian itu bertentangan dengan arahan Perdana Menteri dan Kabinet bahawa kesemua pelajar itu harus mendapat biasiswa JPA dengan kursus-kursus yang bersesuaian dengan pencapaian akademik mereka.

Ish,ish, merayau lagi dia.... apa pulak tragedi seterusnya..,.???

Salam Sejahtera,

Baru semalam sampai balik ke tanah air selepas lawatan dan melawat anak gadis di Amerika, hari ini pergi lagi... agaknya kediaman Seri Perdana hanya sekadar untuk tempat melepas berak saja lah....

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai sebelum berlepas bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Ke-17 Nikkei Tokyo, Jepun di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi. - Foto BERNAMA
May 25, 2011 3:17 pm

Kedangkalan Umno-BN Terserlah, Cabar PR Turunkan Harga Barang...boleh turun bagi PR perintah Negara..!!!



SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencabar negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga barangan keperluan terutamanya petrol jelas menunjukkan beliau dangkal mengenai sempadan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago berkata, tindakan itu juga sekaligus memperlihatkan betapa rendahnya pemikiran kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu-isu rakyat.

Muktamar PAS ke 57 : Azizan tolak timbalan presiden, tanding AJK

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya bertanding jawatan ahli jawatankuasa pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, bulan depan.
Setiausaha akhbarnya, Helmi Khalid memberitahu, Ustaz Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menolak bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS untuk memberi tumpuan kepada Kedah.
Ustaz Azizan antara yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini selain penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Sehingga kini, Nasharudin, Tuan Ibrahim dan Mohamad mengesahkan bertanding jawatan tersebut sementara Salahuddin mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya sekarang.
Husam pula mengesahkan bertanding jawatan naib presiden.

MACAM TU SEKALI UST. ASRI BAGI KIASAN KAT UMNO TAK FAHAM LAGI




"Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'Anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi Muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.' Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui."

-Ustaz Muhd Asri Zainul Abidin, Bekas Mufti Perlis..

Yang dok ada... (ni Tok Senapi kata).. bila masuk UMNO jadi macam ni:

Kit Siang: Muhyiddin the worst DPM - completely no class or standards! ha..ha..ha...no use...!!!

Kit Siang: Muhyiddin the worst DPM - completely no class or standards!Tan Sri Muhyiddin Yassin is shaping up to be the worst Deputy Prime Minister and Umno Deputy President in history.
I would not yet say that he is destined to be the nation’s worst Education Minister although he is undoubtedly leading the pack in a more competitive field.
I had thought that the “creative conspiracy” by the Defence Minister and Umno vice president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi where he allegedly “exposes DAP’s plan to name Malay candidates in general election” takes the cake for being the most silly political statement of the year.
But I was wrong, for within 48 hours, Muhyiddin dislodged Zahid in making the silliest political statement of the year!
Speaking in Pagoh yesterday, Muhyiddin demonstrated that he has out-panicked Zahid resulting in an outburst of allegations characterised by falsehoods and half-truths.

Najib defers subsidy cuts, boosting expectations GE-13 very near

Najib defers subsidy cuts, boosting expectations GE-13 very nearAs expected, Prime Minister Najib Razak and his Cabinet deferred proceeding with a slew of subsidy cuts on consumer essentials that would have surely triggered massive public backlash and sour the BN's chances in a snap general election that is now strongly expected to take place within the next few months.
"It will be in July or before October by the latest. The longer Najib delays, the higher the risk of losing Malay support to the opposition mainly because inflation is coming out very much stronger than expected. A lot of people will be very angry with the BN government soon and Najib is trying to be ahead of the price curve on this call," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
The 58-year old Najib can technically can delay elections until 2013.

Pinjam KWSP RM6 bilion: Kewangan Felda kukuh satu pembohongan...kes kantoi Felda rugi..!!!

KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said menganggap kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa kedudukan kewangan Felda adalah kukuh sebagai satu pembohongan.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), yang mendedahkan permohonan pinjaman Felda daripada Kumpulan Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM6 bilion.
“Laporan keuntungan Felda tak terpakai lagi apabila berita mengenai tindakan meminjam wang KWSP ini terbongkar.Kenyataan Ahmad Maslan sebelum ini kononnya kedudukan kewangan Felda kukuh adalah pembohongan,” kata Suhaimi kepada keadilandaily.com.

Duit Haram : Skandal cetak mata wang berganda untuk biaya dana Umno?

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengumumkan siasatan mengenai skandal mencetak mata wang berganda yang pernah ditimbulkan sejak beberapa tahun lalu.
Ia berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan siri baru wang kertas dan syiling Malaysia yang dikatakan akan diedarkan di pasaran pada awal 2012.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, isu percetakan mata wang berganda itu telah beberapa kali dibangkitkan di parlimen, namun sehingga kini kerajaan dan agensi undang-undang yang terlibat gagal mengumumkan sebarang hasil keputusan mengenainya.

PR tak pandai perintah Selangor - tapi paling banyak terima FDI pada Q1

Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi bagi sektor pembuatannya bagi suku pertama tahun ini, menurut perangkaan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (Mida).

Pemilihan PAS akan tentukan ‘nasib’ kerjasama Umno-PAS, kata Mubarak...pesakit HIV pujuk PAS kahwin..he..he.he..!!!


KUALA LUMPUR, 25 Mei — Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN, percaya keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.
Walaupun tidak mengatakan siapa yang boleh membawa ke arah kerjasama itu, namun Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata peluang kerjasama itu akan lebih cerah jika jawatan timbalan presiden dimenangi penyandangnya Nasharudin Mat Isa atau Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mengesahkan turun gelanggang.
Selain Nasharudin dan Tuan Ibrahim, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga akan bertanding jawatan nombor dua itu.
“Nasharudin OK, Tuan Ibrahim OK... perspektif berbeza tapi ada kekuatan masing-masing.
“Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud,” kata Abdul Aziz pada sidang media di sini.