Isnin, 23 Mei 2011

Prime Minister material: Who makes the grade

Prime Minister material: Who makes the gradeWith the 13th General Election just around the corner, here is a look at the potential candidates from both sides of the divide for the post of Prime Minister. Th list excludes the incumbent, Najib Razak, as much has already been written about him and his lacklustre administration.
We take a look at the future and also at what could have been but is not - due to the rakyat's stupor. Will they be awakened in GE-13?
Anwar Ibrahim
From Pakatan Rakyat we have Opposition Leader Anwar Ibrahim. Former deputy prime minister, one-time Acting Prime Minister and a star Finance minister. His sound knowledge in finance and economy is enough reason that he should be Prime Minister. That BN is so afraid of him and want to destroy him at all cost is already all the testimony Malaysians need. The more UMNO attacks, the louder it speaks of Anwar's capabilities.

Lawatan DSAI ke lokasi tragedi Rumah Anak Yatim Hidayah Al-Taqwa petang ini

Ketua Umum KEADILAN, Dato Seri Anwar Ibrahim akan membuat lawatan ke bilik gerakan penyelamat kerajaan Selangor di Lembah Azwan Resort, Jalan Felcra Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.
Beliau dijadualkan tiba ke lokasi tragedi rumah Anak Yatim Hidayah Al-Taqwa pada jam 6.45 petang ini diiringi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku Sabtu lalu, 16 orang terkorban manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.
Kerajaan Selangor telah mengumumkan bantuan segera sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak diduga ini.
Buat sementara waktu, kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat  sehingga misi menyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan.

Altantuya blows hot again on Najib Razak

Altantuya blows hot again on Najib RazakIn 2009, from the streets of delightful Paris, a sewer burst open, disgorging its contents of vile corruption and waste into, of all places, the hallways of Malaysia's administrative capital, Putrajaya. We write, of course, of the expose of the Armaris submarine contract, by the journalists of La Liberation.
The article written by Arnaud Dubus would detail the remarkable corruption of the Armaris submarine deal and would reveal the chilling nature of the murder of Altantuya Shariibu by two policemen. Raja Petra, a well known Malaysian blogger, would shock his audience by signing an affidavit implicating the current Prime Minister and his wife in that murder.
Raja Petra has since retracted his claim, by saying that he only wrote what he was told. The curious timing of his retraction, coinciding with both the Sarawak elections and the upcoming open court hearing on the Armaris contract in France, has given rise to speculation that he has been turned.

The 2nd Umno family: Hisham, the prime minister's cousin

The 2nd Umno family: Hisham, the prime minister's cousinIf there is blue blood in UMNO, then a prime candidate to lead the party would surely be Hishamuddin Hussein Onn.
His great grandfather was Dato’ Jaffar, Prime Minister to Sultan Abu Bakar - the great-grandfather of the present Johor ruler, while his grandfather Dato’ Sir Onn Jaafar had founded UMNO and his father Tun Hussain Onn was the prime minister of Malaysia before Mahathir Mohamed.
As for the 50-year old Hisham, he has been the Minister of Youth and Sports, Minister of Education, former UMNO Youth Chief and is currently a vice president of UMNO and Minister of Home Affairs.
Dubious decisions have marred his career
Hishamuddin is also cousin to Prime Minister Najib Razak.

Usahawan IKS dakwa Melaka lebihkan pelabur asing

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa kerajaan negeri Melaka lebih menjaga kepentingan pelabur asing berbanding peniaga kecil yang terdiri daripada warga tempatan.

Presidennya, Mohd Redzuan Abdullah berkata, sebagai bukti, beberapa isu yang dihadapi kini membabitkan kira-kira 100 peniaga kecil yang diarah berpindah dari premis perniagaan asal mereka atas alasan projek pembangunan.

PAS dakwa Umno 'pencuri jerit pencuri'

pas muktamar 130610 idris ahmadTuduh menuduh antara dua parti Melayu terbesar berhubung isu "pengkhianat Melayu" berterusan apabila kedua-dua pihak - PAS dan Umno - terus mengkritik satu sama lain.

Terbaru, sebagai menjawab dakwaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dilaporkan mendakwa bahawa hanya Umno pembela Melayu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menyifatkan tindakan itu sebagai "strategi pencuri menjerit pencuri".

"Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, (bertujuan) supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing," katanya.

Pada 14 Mei lalu, Khairy dilaporkan berkata, sejak penubuhannya, Umno menjadi satu-satunya parti yang komited membela nasib bangsa selain sentiasa berusaha keras dalam menyatupadukan kaum Melayu.

Umno, Utusan masih membisu isu RM52 bilion saham bumiputera

KOTA BELUT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menimbulkan persoalan ke mana saham bumiputera berjumlah RM52 bilion yang dilesapkan kerajaan Umno-Barisan Nasional.
Ketika menyampaikan pidato pada ceramah di Kota Belut, Sabah malam tadi, Anwar menyatakan kesal dengan tindakan Umno bersama akhbarnya, Utusan Malaysia yang berlagak seolah mereka memperjuangkan Melayu dan Islam.
Namun pada masa sama katanya, Umno masih membisu mengenai isu kehilangan saham tersebut yang kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion.
“Akhbar ini (Utusan Malaysia) tuduh saya dan Tuan Guru Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz sebagai alat Cina, tapi mereka membisu berhubung kehilangan saham Umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Dulu saham ini bernilai RM54 bilion sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja.
“Orang Kota Belud patut tanya kepada pemimpin Umno, ke mana hilangnya saham-saham ini,” tegasnya.
Isu RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah ‘hilang’ dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion mula ditimbulkanKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Mac 2010.

DHPP mahu lebih aktif dalam PAS

"Langkah pertama yang sepatutnya dibuat ialah dengan memastikan penyertaan penyokong bukan Islam di dalam mesyuarat parti di semua peringkat," kata Hu Chang Paw.

PETALING JAYA: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat Hu Chang Paw berharap para penyokong bukan Islam berpeluang terlibat lebih aktif dalam program dan aktiviti parti.
Hu berkata langkah pertama yang sepatutnya dibuat ialah dengan memastikan penyertaan penyokong bukan Islam di dalam mesyuarat parti di semua peringkat.
“Pada ketika ini, para penyokong hanya menerima jemputan untuk menyertai mesyuarat di negeri Perak,” kata Hu yang mengetuai 25,000 penyokong bukan Islam dalam PAS.
DHPP Pusat dirasmikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Klang pada tahun 2010. Sebelum itu ia berfungsi sebagai kelab sejak tahun 2004.

WikiLeaks: Eskay had dealings with insurgents

A leaked US embassy cable from 2006 reveals businessman Shazryl Eskay Abdullah's indepth knowledge on the Southern Thailand armed conflict.


KUALA LUMPUR: A leaked confidential US embassy cable from 2006 has revealed the extent of influence wielded by businessman Shazryl Eskay Abdullah in dealing with Thai Malay separatists who are still involved in a war with the Thai government.
Eskay, who was then the honorary Thai consul in Langkawi, had shared his indepth knowledge of the separatist movement and their activities with the US embassy high-ranking officers in a meeting on Feb 5, 2006.
Details of the meeting were sent in a confidential cable by political counsellor Mark D Clark to the US State Department in Washington.
Details of the cable were leaked by WikiLeaks to popular blogger Raja Petra Kamarudin who had published the leaked cable in his Malaysia Today website today.

Kes Curi Injin F-5E : Tharmendran Kekal Bebas


KUALA LUMPUR 23 MEI : Bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran yang didakwa bersubahat dalam kecurian dua enjin jet Northrop F-5E akan kekal bebas daripada tahanan pasukan keselamatan itu.

Ini ekoran keputusan TUDM menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Tharmendran dibebaskan.

Pada 19 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Su Geok Yiam mengarahkan Tharmendran (kanan) dibebaskan daripada Kem Batu Cantonment di Jalan Ipoh di mana beliau ditempatkan sejak ditahan pada 25 November tahun lalu.

Khairy: Masa Pak Lah sokong sekarang bantah

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan bersandiwara ketika meminta Pemuda Umno membantah kenaikan harga barang.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, semasa berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu, Khairy menyifatkan kenaikan harga barangan satu keperluan.

Beliau yang juga anggota Parlimen Machang mengulas ucapan Khairy yang antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat.

Beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.

Rais : RTM Bukan Untuk Pembangkang

KUALA LUMPUR 23 MEI : Kerajaan Umno-Barisan Nasional hari ini membayangkan ia tidak akan mencontohi Singapura dalam memberi ruang televisyen untuk membolehkan  pembangkang  mengemukakan pendirian bersabit isu-isu nasional menjelang pilihanraya umum akan datang.

Menteri  Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata RTM adalah “stesen penyiar rasmi kerajaan” dan hanya berita-berita yang disifatkan boleh membantu ke arah “pembangunan masyarakat” akan diberikan liputan.

Rais  ditanya  sama ada kerajaan akan mengikut jejak pemerintah Singapura yang mencatat sejarah apabila membenarkan pembangkang mengemukakan pelan tindakan mereka bagi rakyat negara itu semasa pilihanraya umum awal bulan ini.

'Siapa bertanggungjawab terhadap Lynas - JAS, LPTA?'

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa ada sesuatu yang tidak kena dengan seluruh proses kajian semula terhadap loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa ada sesuatu yang tidak kena dengan seluruh proses kajian semula terhadap loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Tanah runtuh: Polis siasat tragedi, nafi madrasah amal ajaran sesat.......kenapa fitnah ni berlaku..!!!

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Polis telah mengambil keterangan beberapa saksi dan pemilik Rumah Anak-anak Yatim dan Madrasah Hidayah Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini berhubung tragedi tanah runtuh kelmarin yang mengorbankan 16 nyawa.
Keterangan diambil daripada pelbagai pihak bagi membantu siasatan dan mengenal pasti punca tragedi.
“Kita akan lihat sekiranya wujud kecuaian dan kelalaian dari mana-mana pihak sehingga berlakunya kejadian ini,” kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah selepas melawat mangsa terselamat di Hospital Ampang hari ini.
Enam mangsa yang terselamat dalam insiden itu kini ditempatkan di wad khas hospital itu manakala tiga lagi di Unit Rawatan Rapi.

Royalti: Gegar sasar 160,000 referendum

KOTA BHARU, 23 Mei: Perjuangan aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) kini mendapat sokongan meluas rakyat Kelantan, biar pun mereka berdepan ugutan samseng Umno.
Sehingga kini lebih 30,000 penduduk menurunkan tandatangan sebagai sokongan terhadap perjuangan menuntut royalti minyak.
Referendum rakyat ditandatangani di atas kain putih sepanjang 350 meter dilancarkan pada Perhimpunan 10 ribu anak muda sempena munajat yang diadakan di Padang Perdana Jumaat lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, sebanyak mungkin referendum rakyat dikumpul bagi menuntut royalti minyak.
“Kita akan angkut referendum tersebut menggunakan dua lori untuk dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai desakan supaya royalti minyak diberi.

Video : Proses Pendedahan Mahkamah Buktikan BN Terlibat

Malaysia maju 2020. Realiti atau mimpi??


Najib kata, dia nak Malaysia mencapai sasaran menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Itu, aku dengar dalam radio di dalam kereta tapi aku tak ingat bila. Rasanya last week kot...

Bagi merealisasikan wawasan tersebut, maka kejayaan program transformasi Najib yang dijayakan melalui pelaksanaan NKRA itu dan ini adalah sangat penting. Sebab tu, sekarang ni.... sikit-sikit NKRA, sikit-sikit transformasi. Eee... getik aku mendengornyer. Dia nak Malaysia jadi negara maju, tapi 'poket' rakyat tak maju-maju, kempis... So, apa ke jadahnya?? Jika negara jer maju, tetapi rakyat hidup papa kedana, buat apa?? Itu amalan songsang namanya. Itu namanya negara songsang!!

Malaysia di ranking ke 10 pengguna arak terbesar dunia

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan ‘tahniah’ kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ‘berjaya’ membawa Malaysia ke ranking ke-10 negara konsumer arak terbesar dunia, kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen.
Kedudukan itu katanya, disahkan Pertubuhan kesihatan Dunia (WHO) yang menyatakan rakyat Malaysia menghabiskan lebih RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak.
“Setiap tahun, 30% kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol. Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru itu, DPPWP menggesa Pihak berkuasa Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak di negara ini.
“Pengeluaran arak di kilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan.

Gulingkan Lintah Darat, Baru Nasib Pekerja Terbela,


SHAH ALAM 23 MEI : Suara golongan pekerja tidak akan didengari dengan hanya merayu perubahan sebaliknya memerlukan langkah yang lebih proaktif untuk menggulingkan pemerintahan lintah darat yang hanya tahu memeras wang rakyat demi memenuhkan kantung peribadi.

Justeru mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menggesa rakyat untuk bangkit menuntut hak masing-masing yang tidak pernah tertunai di bawah pemerintahan Umno-BN.

"Apa yang perlu kita laksanakan hari ini ialah berubah dan buat undang-undang baru, kita perlu tinggalkan undang-undang kejam, zalim yang jelas menindas hak pekerja dan kaedahnya mudah, kita mesti menuju ke Putrajaya, tidak ada cara lain.

Pakar: Perlembagaan tak lengkap, tapi harus dikekalkan


KUALA LUMPUR, 23 Mei — Perlembagaan negara wajar dikekalkan meskipun undang-undang paling tinggi itu tidak lengkap sepenuhnya manakala Muslim wajar menerima hakikat mereka “perlu tinggal bersama dan berganding dengan bukan Muslim”, kata  pakar perlembagaan Prof Dr A Aziz Bari.
“Mereka tiada pilihan,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam reaksinya berhubung maklum balas pembaca mengenai tulisan terbitan The Malaysian Insider malam tadi.
Katanya, melihat pada komen-komen daripada para pembaca mereka kelihatan tidak gembira dengan pandangan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda manakala kerajaan pula tidak sewajarnya memberi hak-hak secara meluas kepada bukan Muslim, antaranya memegang jawatan dalam kerajaan.
Pandangan itu dilontarkan pada Wacana Membina Negara Sejahtera anjuran Sekretariat Syubban Persatuan Ulama Malaysia, yang antara lain bertujuan menyuntik semangat kepada masyarakat tentang aspirasi dan impian menuju negara Islam.

Tangkis serangan UMNO: DAP lancarkan Roketkini

Lantaran daripada kekangan ruang dalam media arus perdana, DAP melancarkan laman web bahasa Malaysianya, Roketkini untuk menangkis serangan UMNO-Barisan Nasional.  Penubuhan laman bahasa Malaysia ini disifatkan sebagai usaha parti politik ini untuk mendampingi masyarakat Melayu khususnya, yang selama ini dihalang dengan media arus perdana.
"DAP tidak ada pilihan lain kecuali menubuhkan laman web berbahasa Malaysia, Roketkini, kerana kekangan media oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional," kata Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong.  Beliau menjelaskan bahawa ruang media yang sempit selama ini telah menyekat usaha DAP yang bersifat berbilang kaum untuk mendekati masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu.

Khairy dihentam kerana tak sokong PERKASA

NONEWalaupun ramai pemimpin Umno menjarakkan diri dengan PERKASA, isu kumpulan hak Melayu timbul lagi dalam program sepetang bersama Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin di Pulau Penang semalam.

Khairy berkata, walaupun ramai anggota Umno - seperti juga sebahagian daripada PAS dan PKR - menyokong PERKASA dan aktivitinya, beliau tetap menolaknya walaupun ia bermaksud mengundang masalah baginya dalam parti Melayu itu sendiri.

Ketika bercakap di Universiti Wawasan di Pulau Pinang malam tadi, Khairy mendedahkan, beliau diselar oleh orang Umno sendiri kerana tidak menyokong PKERKASA.

Beliau sebaliknya menimbulkan persoalan berhubung kemungkinan parti itu kehilangan undi Melyu dan bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang ekoran perkembangan itu

Menurut Khairy lagi, beliau diberitahu bahawa PERKASA mesti disokong atas alasan Melayu mesti bersatu.

Utusan sahkan Umno sedang usaha tarik DAP

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Selepas sebulan Harakahdaily dan Harakah menyiarkan cerita kononnya Umno sedang berusaha menarik DAP bersamanya, media Umno Utusan menyiarkan hujah-hujah kenapa ia wajar dilakukan.

Hujah-hujah itu dipaparkan Utusan melalui tulisan salah seorang pemikir (think tank) Umno, Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan juga Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
(Gambar: Rencana Nordin Kardi dalam Utusan 20 Mei)

Video seks: Anwar tak akan lepaskan Najib...

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir meradang ketika diajukan soalan berhubung kontroveri melibatkan satu rakaman video lucah yang didedahkan oleh trio Datuk T pada Mac lalu.
Isu berhubung seutas jam tangan yang dikatakan telah diambil daripada lokasi rakaman video berkenaan merupakan antara perkara yang sering menjengkelkan Anwar terutama ketika ditanya wartawan.
Anwar bagaimanapun menjelaskan, beliau bersikap demikian kerana sudah penat dan tidak tahan lagi dengan tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya sejak 13 tahun lalu.
Tegas Anwar, beliau tetap berpeluang menyerang balas dan bukannya bersikap defensif semata-mata.
Bagi Anwar, isu berhubung video lucah ini tetap melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan beliau tidak akan memberi laluan mudah kepada perdana menteri itu.

Guan Eng: Usah potong subsidi gula, biar kurang untung Felda

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Pentadbiran Najib sepatutnya mengurangkan beban rakyat, bukannya membantu syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) termasuk Felda dengan meningkatkan keuntungan niaga menerusi potongan subsidi pengguna yang dipraktikkan sejak akhir tahun lalu, kata DAP hari ini.
Soal pemotongan subsidi juga menjadi bahan kenyataan pemimpin politik dan anggota jemaah menteri sepanjang minggu lalu dengan desas-desus bahawa harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan bulan depan.

Beri saya masa untuk bertenang, kata YDP rumah anak yatim


HULU LANGAT, 22 Mei — “Saya tidak mahu cakap apa-apa... anak-anak saya baru sahaja pergi (meninggal dunia).”
Itulah ayat yang mampu dikatakan oleh Yang Dipertua Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Batu 14 dekat ini berhubung tragedi tanah runtuh yang mengejutkan seluruh negara, semalam.
Justeru kata Idris Musa, beliau memerlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum memberikan sebarang kenyataan media.
“Tolonglah... tolonglah... berikan saya masa, saya masih tidak boleh nak cakap apa-apa lagi.
“Keadaan saya belum tenang lagi, saya perlu ambil sikit masa,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Mummy Rokiah rentap jambul Shaharizat

Rakyat masih lagi diselubungi kesedihan atas musibah yang menimpa penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat. Maklumat terakhir mencatatkan 16 terkorban tragedi yang tidak diduga. Semoga Roh mereka dihimpun bersama-sama para Syuhada dan Anbia dan kaum keluarga terus tabah menerima ujian Allah.
Pada ketika Rakyat bersama-sama kaum keluarga, berhadapan dengan suasana kepayahan dan kesedihan, menteri rekon Shaharizat Jalil mempersoalkan hukum 'halal-haram' status rumah anak yatim berkenaan.

Ulama Aceh minta pertahan kerajaan Kelantan

KOTA BHARU, 22 Mei: Rakyat Kelantan diseru mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain.

Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi.

Zeti untuk IMF: Cadangan PAS dapat sokongan DAP

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Cadangan agar kerajaan Malaysia mencadangkan Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz (gambar) dilantik menerajui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kini mendapat sokongan PAS dan DAP.

Namun, menurut penasihat DAP, Lim Kit Siang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berminat dengannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mencadangkan kepada kerajaan supaya Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar dicalonkan menerajui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) susulan peletakkan jawatan pengarah urusannya Dominique Strauss-Kahn beberapa hari lalu.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat Zeti Akhtar mempunyai kelayakan dan berkemampuan untuk memegang jawatan tersebut.

Perkasa harus disamak

Hebat sungguh mereka beria - ia mempertahankan Utusan Malaysia yang terang - terang menyebarkan berita palsu yang membolehkan rusuhan agama tercetus.
Beria - ria ahli mereka yang gemuk - gemuk berdemo di depan pejabat Utusan Malaysia. Langkah mayat mereka dahulu sebelum nak bantah Utusan?
Kepada ahli - ahli gemuk PERKASA, bagi aku tahap pemikiran dan perjuangan kamu semua harus disamak. Jijik, mual dan menyampah! Aku tak faham kenapa PERKASA boleh wujud. Apakah kerana mahu mengembalikan kuasa kepada Umno? Mahu membantu Umno memenangi Pilihanraya Umum ke-13?

Video : BN Ketagih Candu Keuntungan

Buku Jingga jamin hak, kebajikan pekerja

SHAH ALAM: Golongan buruh terus tertindas selagi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) memanipulasi pekerja bagi memastikan mereka kaya-raya manakala rakyat kekal miskin, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Dalam forum ‘Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga’, Rafizi berkata, kerajaan Umno BN hanya mementing golongan pemodal berikutan dasar ini dipelopori bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tun Mahathir bertanggungjawab memulakan gerakan untuk melemahkan pekerja apabila membentuk polisi ekonomi berasaskan ekuiti.

Akta Kg Baru: Referendum diputus selepas taklimat Putrajaya, kata MAS


KUALA LUMPUR, 23 Mei — Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru berkata keperluan mengenai referendum berkaitan isu pembangunan semula kawasan itu termasuk Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 hanya akan diketahui selepas ia dibentang kepada pemilik dan pewaris tanah. Sebelum ini Putrajaya bercadang mengadakan referendum dimaksudkan bulan ini sebelum ia dibawa ke Parlimen untuk perbahasan.
Oleh itu kata Setiausaha Agungnya Shamsuri Suradi, rang undang-undang yang sudah siap dipinda akan dibentangkan kepada pemilik dan pewaris tanah bermula minggu ini.