Ahad, 22 Mei 2011
Video : Banding Harga Minyak Dengan Negara Pengeluar
Mahfuz sah pertahan jawatan Naib Presiden PAS
KUALA LUMPUR, 22 Mei: Datuk Mahfuz Omar (gambar) hari ini mengesahkan beliau menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden iaitu jawatan yang sedang disandangnya kini.Pengesahan ini menyaksikan beliau mungkin berdepan dengan 13 lagi calon lain sekiranya kesemuanya menerima pencalonan untuk jawatan itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, bulan depan.
Mereka ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Idris Ahmad, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Mazlan Aliman, Datuk Mohd Amar Abdullah, Dr. Mohd Hatta Ramli, Mujahid Haji Yusof Rawa, Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
"Saya menerima pencalonan sebagai naib presiden untuk meneruskan khidmat saya membantu presiden untuk melakukakan lonjakan ke arah PRU ke 13," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Mahfuz gesa Najib minta maaf label rakyat ‘ketagih subsidi’
Oleh Shannon Teoh

Datuk Mahfuz Omar
Presiden NUJ: Tutup Utusan Malaysia
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari menggesa supaya bekas majikannya - Utusan Malaysia - ditutup dan editornya dibiarkan menderita kerana menyiarkan berita tidak berasas pada 7 Mei lalu, sehingga mencetuskan ketegangan agama di negara ini.Hata yang menghadiri forum kebebasan akhbar anjuran Centre
for Independent Journalism (CIJ), berkata, ini adalah satu-satu cara untuk membuat editor dan wartawannya bertanggungjawab di atas penyiaran berita yang tidak berasas itu.
Pertembungan Najib dan Anwar hampir kemuncak

BUKIT MERTAJAM, 22 Mei: Pertembungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kian sampai ke kemuncaknya tidak lama lagi kata, Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Sharin.Menurutnya, kerajaan mana yang akan mendaki Putrajaya juga akan terjawab bila rakyat sendiri menilai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang mana memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Anwar: Bagaimana PERKASA tahu kereta disabotaj?
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan bagaimana Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dapat mengetahui mengenai kerosakan yang berlaku kereta yang dinaiki anggota keluarganya – berbulan-bulan sebelum insiden berkenaan berlaku.Anwar berkata, PERKASA perlu menjelaskan laporan polis yang
dibuat pada 11 Februari lalu berhubung kebimbangan bahawa ketua pembangkang itu akan melakonkan satu kemalangan jalan raya.
Ketua pembangkang itu berkata, PERKASA kini perlu tampil dengan penjelasan ekoran ancaman yang diterima oleh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan juga anaknya Nurul Izzah.
Tragedi Tanah Runtuh - Pesta Tuduh Menuduh Sudah Bermula
Shahrizat: Rumah Al-Taqwa tak berdaftar
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Bernama memetik menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.
"Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam.
TRAGEDI TANAH RUNTUH : LENSA DPPWM DI TEMPAT KEJADIAN SEMALAM...
Mangsa yang ke 9 yang berjaya dikeluarkan
Dr Halimah dengan salah seorang waris yang terlibat.... mana shahrizat?
Mangsa yang ke 11 berjaya dikeluarkan... kelihatan waris mangsa terbabait....
Mangsa yang ke 10 berjaya dikeluarkan bersama mangsa yg ke 9
Mangsa yg ke 11
Mangsa yang ke 12 dan 11 ditemui jam 11.30 malam
Sahabat Unit Alam Puncak Alam
Lokasi tempat kejadian
Guru Sarawak pula luahkan kekecewaan dipinggirkan
Golongan guru di Sarawak mahu kaedah struktur gaji yang lebih adil berikutan ada sebilangan mereka berpendapat telah dipinggirkan daripada kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini.Presiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani Bina berkata kaedah baru kenaikan pangkat guru hanya memberi manfaat kepada kumpulan kecil pendidik dalam profesion itu.
Bercakap pada mesyuarat agung tahunan STU cawangan Sibu dan sambutan Hari Guru di Sibu hari ini, beliau mencadangkan supaya kerajaan merangka sistem penggreddan baru untuk golongan guru.
"Sistem sedia ada hanya melambatkan peluang kenaikan pangkat dan kenaikan gaji bagi guru gred rendah. Ini mematahkan semangat mereka," katanya.
Tanah runtuh Hulu Langat: Tragedi ketika berlatih nasyid
KUALA LUMPUR: Sepuluh penghuni rumah anak yatim maut dan tujuh lagi masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh membabitkan kediaman Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, dekat sini, petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu membabitkan 25 penghuni pusat berkenaan dan sehingga jam 11.00 malam tadi, sembilan disahkan selamat.
Tragedi Tanah Runtuh : Senarai Nama Mangsa

Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.
Sehingga pukul 5.30 pagi ini, kesemua mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban
dan sembilan cedera.
Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.
Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi
mangsa yang terperangkap.
Senarai nama mangsa :
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah *
8) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,
Sembilan yang terselamat:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiq, 23,
* umur tidak diketahui
Tragedi Tanah Runtuh : 16 maut, sembilan cedera

Pasukan penyelamat mengeluarkan seorang mangsa dari kawasan kejadian. — Gambar oleh Choo Choy May
Video : 25 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat
Tanah Runtuh : Semua 25 mangsa, 10 meninggal, sembilan selamat, enam masih hilang...
TERBARU: HINGGA jam 11.45 malam ini, Agendadaily dimaklumkan bukannya 24 tetapi 25 mangsa yang terperangkapdalam kejadian tanah runtuh di Ulu Langat petang tadi.19 mangsa sudah berjaya dikeluarkan, 10 darinya meninggal dunia, semuanya kanak-kanak, sembilan berjaya dikeluarkan dengan selamat termasuk seorang dewasa dipercayai sukarelawan.
Seorang lelaki yang tertimbus lapan jam dalam kejadian tanah runtuh dikeluarkan dengan selamat.
Lelaki dikenali sebagai Abang Iwan berusia 33 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 malam.
Langgan:
Catatan (Atom)














