Sabtu, 21 Mei 2011

Tanah Runtuh : Anggota keluarga angkat sedih, menanti maklumat terkini


Operasi mencari dan menyelamat dijalankan di lokasi rumah anak yatim.
KAJANG, 21 Mei – Seorang wanita hanya mampu menitiskan air mata apabila dimaklumkan bahawa dua cucu angkatnya terbunuh dalam tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim di Hulu Langat dekat Kajang petang tadi. “Anak (angkat) saya OK. Cucu-cucu saya meninggal dunia,” kata Rosidah Ismail kepada pemberita di Hospital Kajang Hospital di sini.
Sekurang-kurangnya lima orang telah disahkan maut dalam tragedi terbaru ini.
Mereka yang terbunuh berusia antara 11 dan 14 tahun.
Seramai 10 lagi dilaporkan terperangkap dalam kejadian hari ini.
Kesedihan Rosidah dikongsi oleh Ismail Mohd Sidek, yang merupakan pak cik kepada cucu-cucunya, Zaim Azahari dan Mohd
Rosidah Ismail
Azred Azahari, masing-masing berusia 14 dan lapan tahun. “Mereka macam anak saya sendiri,” kata Ismail, 50, kepada pemberita.
“Kali terakhir saya jumpa Azred bulan lalu manakala Zaim, saya jumpa ketika Hari Raya. Mereka gembira,” katanya.
Sementara itu, mayat Zaim dibawa ke Hospital Kajang pada pukul 8.55 malam manakala Azred dipercayai dihantar ke Hospital Ampang.
Datuk saudara mangsa, Muhammad Amri, 56, ketika ditemui memberitahu Zaim telah ditemui kira-kira pukul 4 petang tadi.
Menurutnya lagi, kedua-dua cucu saudaranya merupakan pelajar tahfiz di madrasah tersebut.
Ismail Mohd Sidek

Tanah Runtuh : Angka Kematian Meningkat Ke 9 Orang


KAJANG 21 MEI : Setakat jam 10.30 malam ini, angka kematian kejadian tanah runtuh di Hulu Langat meningkat ke sembilan orang berbanding lima sebelum ini.
Ini menjadikan jumlah yang masih belum ditemui tujuh orang, manakala yang mengalami kecederaan akibat runtuhan sembilan orang.
Angka terbaru ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Ab Rashid Ab Wahab.
Kesemua mangsa terdiri daripada anak yatim, warden, dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.
Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit ini menempatkan 49 orang penghuni termasuk lima penjaga.

Tanah Runtuh : Foto terkini

















Tanah runtuh: Operasi diteruskan dalam hujan lebat, kata IGP

Mangsa terselamat dibawa ke Hospital Ampang petang tadi. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 21 Mei — Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga semua mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat, ditemui. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika ditemu bual menerusi Astro Awani berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 200 anggota terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis.

Hisham: Mahkamah akan dedah kebenaran isu video

Mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Video : 100 Ribu Ahli PAS Turun Himpunan Bersih 2

Video - Tanah Runtuh Satu Lagi Mayat Kanak kanak Dijumpai, 7 Mangsa Selamat

Tanah runtuh: MB Selangor arah bantuan segera

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberikan bantuan segera.
“Sedih dengan berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang menyebab kematian. Kerajaan negeri akan sedia tabung bantuan mangsa dengan segera,” fulisnya di laman twitter petang tadi.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan di laman sama memberitahu, Unit Amal bergegas ke Lembah Azwin Sungai Semungkis di mana tanah runtuh menimpa rumah anak yatim.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berharap Unit Amal dapat menyelamatkan mangsa sambil mengiringi doa agar tidak ramai yang terkorban.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.
Dilaporkan tiga mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan telah dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 6.30 petang tadi.

Putrajaya orders government departments to cut costs


Datuk Donald Lim (left) with China’s Ambassador to Malaysia, Chai Xi. — Pictures by Jack Ooi
KLANG, May 21 — Putrajaya will order all government departments to cut costs as the Najib administration looks for ways to trim the country’s subsidy bill that could top RM21 billion this year. Deputy Finance Minister Senator Datuk Donald Lim Siang Chai revealed the Chief Secretary would issue the orders, saying today that the government must be more prudent in its spending.
“So I believe the directive from KSN and so on to ensure that everyone has to control ourselves and not overspend,” he told reporters here, referring to Chief Secretary to the Government (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Tanah runtuh: Presiden PAS rakam takziah

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.
“Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” tulis beliau di laman twitter malam ini.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.
Dilaporkan lima mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan yang berumur antara 11 hingga 14 tahun telah berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 8.00 malam ini.

Sokong barisan nazional, Seolah Membunuh Diri.


“Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk, sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik,” kata Najib Razak di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.
Itu Najib Razak yang kata... bukannya gua yang berkata-kata...hehehe...

Keadaan Mendesak : Ahli Umno diminta fokus persiapan PRU-13....

shafie apdal and mps no defection pc 280808 04Semua ahli Umno diminta supaya memberi fokus (keutamaan) terhadap persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebab itulah Umno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan dengan tujuan supaya ahli Umno tidak memikirkan tentang pemilihan atau pun perebutan jawatan di peringkat bahagian.

"Oleh itu, kita mahu jentera pilihan raya parti di semua peringkat (Wanita, Pemuda dan Puteri) supaya memberi tumpuan khusus kepada PRU ke-13 kerana kita sedar dan tahu bahawa pilihan raya umum kali ini bukanlah satu pilihan raya yang kita harus ambil ringan," katanya kepada pemberita di Bahau, hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Jempol 2011. Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Jempol yang juga Anggota Parlimen Jempol Datuk Lilah Yassin.

Sorry Ibrahim Ali, bags of fertilisers won't make the Chinese forgive you p

Sorry Ibrahim Ali, bags of fertilisers won't make the Chinese forgive youIt looks like Ibrahim Ali, praised to the skies by the ultra right-wing Malays and villified as an evil cartoon by the other races, is bent on staying in the headlines and accumulating notoriety. No matter how strong the torrent of complaints, no one is going to do him out of his two cents in the limelight.
And somehow he has managed again to draw a combination of laughter and scorn from his most hostile audience. On Saturday, Ibrahim denied accusations that he is racist, citing as an example his past gifts of fertiliser and cash as proof of his affection for the Chinese.
The Chinese, though, disagree with his latest presumption. To them, "a few bags of fertiliser" was nowhere near sufficient to compensate for his racial insults of the past.
"He is not doing anything more than what he should be doing as an elected representative to help his constituents. More likely than not, he is probably doing much less than he should," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.

General Election: War drums begin to sound

General Election: War drums begin to sound The General Election is upon us. There is no doubt that it will be held very soon. In all probability it will be this year, maybe in July 2011 as Barisan Nasional wants to get it over with as soon as possible. Although BN has up to 2013 to hold the election, BN knows that any delay will invite the inevitable.
There are 2 reasons why.
First, they hope that this election may return them the two-thirds majority they so desperately need. Second, they sense that public sentiment has leaned somewhat towards the Opposition. What is evident is that snap polls have been delayed for far too long. This has unwittingly allowed the Opposition to gain more ground.
Any further delay may cause an irreversible tide that might sweep BN from power. If they hold the elections soon, they may still be able to control the sentiment and the outcome, and even if they do not garner a two-thirds majority, at least they need not have to worry for the next five years.

Mohamad Sabu sahkan bertanding timbalan presiden PAS

Mohamad Sabu yakin berdasarkan jumlah pencalonan yang lebih memberangsangkan.

KUALA LUMPUR: Ahli jawatankuasa kerja (AJK)  PAS Mohamad Sabu mengesahkan beliau akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden PAS.
“Saya mahu membantu presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk memenangi masyarakat bukan Melayu dan pertubuhan bukan kerajaan,” kata beliau sejurus selepas sidang media Bersih bersama ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli tengah hari tadi di ibu pejabat PAS pusat di sini.
Beliau yang membuat percubaan kedua untuk jawatan timbalan presiden mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut berdasarkan jumlah pencalonan yang lebih memberangsangkan berbanding dengan pencalonan yang diterima dalam pilihanraya parti 2009.
Beliau bagaimanapun, tidak memberitahu jumlah pencalonan yang diterima.
Tetali mengaku tidak membuat sebarang penilaian mengenai peluang untuk memenangi jawatan No 2 parti.
“Saya akan teruskan kerja parti saya,” kata Mohamad.
Sementara itu, Dr Hatta  yang diumumkan akan bertanding jawatan naib presiden memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima surat pencalonan.
Beliau juga yakin dengan pencalonan yang diterimanya.
“Saya bangga menerima pencalonan dari perwakilan dan boleh lepas tahap kelayakan.”
“Kalau saya lebih hebat dari calon lain, lebih baik saya jadi dan saya bersedia memikul tanggungjawab sekiranya ia membantu parti menjadi lebih kuat,” kata Dr Hatta.

Inilah Rupa Melayu Kaki Bodek 1Malassia...!!!!


Pertama sekali gua mohon maaf dulu kalau ada yang terasa ok...!!!!

Sejak kebelakangan nih..., gua rasa makhluk melayu paling bangsat dan haramjadah dalam Malassia nih.. tak lain tak bukan ialah Ibrahim Ali Presiden Perkosa aka Raja Katak 1Malassia.

Carlsberg Masuk Sekolah.. Yamseng..


DAP mahu terus desak Putrajaya tarik balik Interlok


KUALA LUMPUR, 21 Mei – DAP akan terus mendesak Putrajaya sehingga novel kontroversial Interlok digugur sebagai buku teks sastera di sekolah menengah.
Naib Pengerusi DAP kebangsaan M. Kulasegaran berkata, novel hasil karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain yang dijadikan buku teks Tingkatan Lima telah menyinggung perasaan rakyat negara ini.
Tegas Kulasegaran, konsep 1  Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah gagal untuk diampilkasikan apabila tidak mengambil kira pandangan masyarakat dalam isu Interlok.
“Sehingga hari ini kerajaan Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan untuk menarik balik novel Interlok dari sekolah walaupun terdapat kandungan novel itu menyinggung perasaan masyarakat India dan boleh menyemai benih-benih perkauman di kalangan anak muda.
“Jika kerajaan serius mengenai konsep 1 Malaysia, sudah tentu novel ini tidak akan diperkenalkan sebagai buku teks di sekolah, ia satu tindakan tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab walaupun Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu Interlok ini sudah selesai,” katanya dalam ceramah di Melaka malam tadi.

Video : Cadangan Semak Semula Subsidi IPP Punya Agenda ?

Video: Potongan Subsidi Kerajaan Tiada Hak Tegur Rakyat

Video : Sengsara Hidup Sebagai Tiong Hua Dalam BN.

Tanah Runtuh : Semoga Allah Menyelamatkan mereka

20 Anak Yatim Dikhuatiri Tertimbus Tanah Runtuh Di Hulu Langat
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat Sabtu.


Setakat pukul 5.30 petang, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Bernama difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang, kesemua kanak-kanak itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu.
-- BERNAMA

"Dentuman Kuat, Tanah Kejar Saya" - Warden Rumah Anak Yatim


Kajang: "Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Tiba- Tiba Tanah Kejar Saya': Saksi Tragedi Tanah Runtuh


KAJANG: "Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.
Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya. Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.
Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.
Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.
Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.
"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.
"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.

Tanah Runtuh Kajang: Mayat Dua Kanak-kanak dijumpai, 6 selamat



KAJANG 21 MEI : 8 orang kanak- kanak, mangsa kejadian tanah runtuh yang meranapkan Rumah Anak Yatim Al- Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, berjaya diselamatkan sehingga kini.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 200 anggota keselamatan masih giat diteruskan walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Setakat ini, 2 orang kanak- kanak disahkan meninggal dunia dan identitinya masih belum dikenalpasti.
Kesemua mangsa yang terselamat dikejarkan ke Hospital Kajang. 
Sekitar jam 2.30 petang tadi satu tragedi tanah runtuh dilereng bukit di Hulu Langat mengakibatkan sebuah rumah anak yatim musnah sama sekali.
Dilaporkan 24 orang tertimbus dalam kejadian itu. 20 daripadanya kanak- kanak dan 4 lagi adalah penjaga. 

Kebangkitan Rakyat : BERSIH anjur perhimpunan 9 Julai ini

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

BERITA BAIK UNTUK PAKATAN RAKYAT

LAGI NAIK LAGI CEPAT GEROMBOLAN TURUN !














HARGA BARANG : ANWAR BERI AMARAN SITUASAI 2008 BERULANG
– minsider

Pakatan Rakyat (PR) memberi khuatir kadar kenaikan harga makanan sekarang jika tidak dikawal akan menyebabkan rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih tinggi berbanding enam tahun lalu dan berulangnya situasi 2008.

“Pada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir 2011 (tahun ini), rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding 2005.

Price hikes: The poor need a lifeline, not empty calls to support subsidy cuts

Price hikes: The poor need a lifeline, not empty calls to support subsidy cutsWith the impending price increase of RON 95, a round of price hikes involving other goods is also imminent.  Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin has urged the general population to be thrifty and to do some belt-tightening.
But for the nation's poor, the way the belt is being tightened, it is almost to suffocation point and they need oxygen and a life-line. Not empty exhortations for austerity and frugality, while the rich and the well-connected become even wealthier.
Muhyiddin's call to the public to accept what he described as inevitable was backed up by the Second Finance Minister Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. Husni was even reported as urging the public to support the government's subsidy cuts.

Inilah kandungan buku jingga yang paling ditakuti oleh UMporNO@BN

Setelah 53 tahun Merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.

Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.

Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.

Selengkapnya sila baca di bawah ini....

Biar anak bini lapar, bangsa Umno mesti dipertuhankan

Sabarlah cik gu, begitu kata bangsa Umno.

Tak lama lagi, bila harga barang makin mencekik leher rakyat, poket pun boleh kosong. Bukan takat poket, perut pun mungkin kosong tak habis-habis. Pada masa itu bangsa Umno akan kata lagi dan lagi, sabarlah rakyat.

Pada masa itu juga kita akan melihat lebih banyak drama membelasah DAP, membelasah Kristian dan apa saja yang bukan bangsa Umno. Maklumlah, kalau tak belasah DAP, nanti orang Melayu menjerit harga barang naik. Nanti orang Melayu akan menjerit, anak bini kami selalu tak cukup makan. Anak bini kami selalu lapar!

Walaupun menjadi belasahan mereka, di hati bangsa Umno, DAP hakikatnya adalah messiah yang menyelamatkan bangsa itu. Dalam diam bangsa Umno berterima kasih kepada DAP. Nasib baik ada DAP, dapatlah kita tipu bangsa Melayu tak habis-habis, kata bangsa Umno dalam diam.

Santai Sabtu : 10 tempat paling unik dan aneh di dunia

Bumi di mana kita hidup mempunyai banyak tempat luar biasa, baik keunikannya, keanehannya.

Berikut ini 10 tempat unik dan aneh di seluruh dunia:

1. Guaíra Falls, sempadan Brazil-Paraguay


Kebanyakan orang menganggap air terjun Niagara adalah yang terbesar di dunia. Sedangakan Guaira Falls lah yang terbesar di dunia dengan jumlah air terjun yang mencapai kira-kira 1.750.000 kubik per-saat. Bandingkan dengan Niagara Falls yang hanya 70.000 kubik per-saat.

Gegar ajak rakyat desak Petronas bayar royalti

KOTA BHARU, 21 Mei: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) menyeru orang ramai tanpa mengira fahaman politik, agama, latar belakang kaum dan jantina supaya sama-sama bangkit menuntut royalti petroleum dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan.

Seruan sama ditujukan kepada semua pihak termasuk anak Kelantan di perantauan yang berada di seluruh Malaysia.

“Sama-sama kita menuntut royalti petroleum itu supaya dibayar kepada Kerajaan Kelantan demi kesejahteraan rakyat, selaras dengan perjanjian yang telah disepakati bersama,” satu kenyataan media Gegar yang dikeluarkan di sini pagi tadi.

Umno harapkan kejutan di Pulau Pinang...kejutan UMNO kalah semua kerusi...!!!

Datuk Zainal Abidin Osman, penang umno chiefUmno Pulau Pinang mengakui bakal menghadapi cabaran getir pada pilihan raya umum akan datang, namun mengharapkan 'kejutan' daripada rakyat untuk menguasai kembali negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata Umno dan BN kini bukan hanya melawan parti politik, sebaliknya turut berdepan jentera kerajaan negeri.

"Kalau dulu, BN bertarung bagi mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, begitu juga di Selangor dan Kedah...kini, kita bukan sahaja melawan parti tetapi jentera kerajaan negeri, orang yang sedang berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Pekan, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhammad dan Ketua Puteri Umno Pekan Nor Azita Abdul Rahman.

Cadangan Semak Semula Subsidi IPP Punya Agenda ?



SHAH ALAM 21 MEI : Tindakan Kerajaan pemerintah mahu menyemak semula subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) dilihat mempunyai agenda dan percaturan politik tersembunyi apabila diumumkan sebaik sahaja pelbagai subsidi kepada rakyat ditarik balik.
Kerajaan pemerintah sepatutnya terlebih dahulu mengurangkan subsidi kepada IPP dan tidak menarik balik subsidi kepada rakyat yang kini semakin tenat dengan kos kehidupan yang semakin meninggi.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul berkata apa sahaja alasan kerajaan mahu menarik balik subsidi, tanggungjawab meringankan beban rakyat tetap dibahu kerajaan pemerintah.

Video : ROS Ibarat Pak Turut Mahu Lumpuhkan PKR

Video : PAS Makin Dekat Dengan Kerajaan Perpaduan?

Umno ‘hidupkan semula’ Juara Rakyat hadapi PRU-13

ALOR SETAR, 21 Mei —  Umno akan menerapkan dua elemen baru dalam fasa kedua program Juara Rakyat bermula Jun ini untuk mengukuhkan kesepaduan komponen Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dianggap Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih getir.
Umno memperkenalkan program Juara Rakyat awal tahun lalu dan telah diadakan secara di seluruh negara.
Dipetik Bernama, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, elemen itu ialah ceramah yang menyentuh isu-isu semasa dan pembabitan semua parti komponen BN.
PRU-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Ahmad berkata, ingatan Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden BN semalam bahawa PRU-13 dijangka getir bagi BN dan tidak seperti PRU terdahulu berikutan parti-parti lawan bertambah agresif, tepat pada masanya.