Jumaat, 20 Mei 2011

Video : Rakyat berarak ke Kedutaan Australia bantah Lynas

Lensa : Solidarity Walk Stop Lynas (KLCC to Oz Embassy)






Video : Ezam dinasihat Fokus Isu Rakyat

Video : Rakyat Hantar Memorandum Bantah Operasi Lynas

Cite Ibrahim for sedition, says Hata

But others say that while the Perkasa leader deserves punishment for inciting hatred, calling for the use of the draconian Sedition Act amounts to endorsing it.

KUALA LUMPUR: National Union of Journalists President Hata Wahari today accused Perkasa leader Ibrahim Ali of abusing free speech and urged the authorities to charge him with sedition.
“What he says isn’t freedom of speech,” he said. “It’s inciting hatred amongst the Malays against other communities. We need the Sedition Act to be used on people like Ibrahim Ali. Right now the government uses it with double standards.”
The Sedition Act prohibits, among other things, discourse deemed to engender ill will between different races. It has long been the subject of controversy. The government has often been accused of using it to silence dissent and as a weapon against political opponents.
Hata was a senior journalist with the Umno-owned Utusan Malaysia until recently, when he was sacked for critical statements against the paper.

Leaders of hate

Unless Najib rebukes Mahathir, Ibrahim and the likes of them for creating ill-will among Malaysians of various faiths, only then will the rakyat take 1Malaysia seriously.

Last Sunday, I stepped out of the house after a long hiatus to purchase a stroller. I decided to take the taxi back home and as I set foot inside the cab, I asked the cabbie whether he would quote the travel fare based on the metre. His reply:
“Why do you ask? Of course I use the meter. Don’t take offence but I must tell you it is the Indian cabbies who are the culprits. They never use the meter. This makes me very angry. It also makes me very angry when the Malay rights are questioned. We the Malays are very sensitive when it comes to our privileges.
“If bloodshed is necessary to defend what is ours, we will do so,” the cabbie retorted.
When I reached home, the meter showed RM8.10 and in the blink of an eye it increased to RM10. Curious, I questioned the cabbie.

Video - Perkasa l: 'Defend Utusan at all costs'

Video : Bekas Pegawai MB Bebas Tuduhan Menipu

Harga barang: Anwar beri amaran situasi 2008 berulang

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Pakatan Rakyat (PR) memberi khuatir kadar kenaikan harga makanan sekarang jika tidak dikawal akan menyebabkan rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih tinggi berbanding enam tahun lalu dan berulangnya situasi 2008.
“Pada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir 2011 (tahun ini), rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding 2005.
“Sepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga 2010,” kata Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).
Anwar, bekas menteri kewangan berkata, statistik inflasi terbaru dikeluarkan Bank Negara untuk empat bulan antara Januari dan April lalu begitu membimbangkan.

Bila ringgit jatuh dan harga barang naik kerana kroni

Beberapa minggu lalu saya menerima SMS berikut:
In a couple of weeks the bonds issued by the water privatisation companies in Selangor will be junk bonds as the administrative & legal tussle between the Fed govt + water concessionaries (Umno cronies) vs S'ngor govt is still not solved. Once those 'water' bonds morphed into junk bonds - Fed govt guarantee that was given will be demanded by the bonds holder. It can have a domino effect to other loan/sukuk/bond issued or guaranteed by M'sian govt - will be evaluated. If happened, Najib can kiss goodbye to ETP, GTP, Pemandu, Teraju etc. Najibnomics will go down the drain (saya kata Najibcomics - bakaq). RM will plummet down. Cost of living will go up. Kroni punya fasal, kita jadi mangsa!
Saya tak reti ekonomi. Saya terima, saya baca dan saya tak tau apa. Tetapi, hari ini Malaysian Insider menyiarkan berita bertajuk "Putrajaya to take over Selangor’s water debt for RM6.5b".

Pengundian Pos: DAP desak pemantauan dari parti politik

Undi Pos untuk anggota tentera dan polis telah diberi penjenamaan semula dan dikenali sebagai pengundian awal dan hanya akan dikendalikan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang pilihan raya umum akan datang.  Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata pungutan pengundian awal (advanced voting) akan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai khas yang dilantik semula dan bukan lagi pegawai atasan di dalam kem askar mahupun ibu pejabat polis.
Sementara itu, penghapusan undi pos yang dikecualikan kepada kesemua anggota keselamatan yang bertugas di luar Negara dan di perbatasan adalah sangat- sangat dialukan berikutan wujud kebimbangan bahawa tiada perbezaan dalam mewujudkan pilihan raya yang bebas, adil dan berkecuali sekiranya parti politik masih tidak mempunyai hak untuk menjadi pemerhatian ketika proses pengundian dijalankan.

MerdekaReview dan kisah seorang Cina menulis dalam Bahasa Melayu

Sebagai seorang Cina Malaysia, pengalaman penulisan dalam Bahasa Melayu jauh berbeza jika dibandingkan dengan penulisan dalam Bahasa Cina.  Penulisan dalam Bahasa Melayu adalah sesuatu yang bukan sahaja bersendirian seperti penulisan dalam bahasa Cina, malahan jauh lebih sepi rasanya.

Sahabat Cina lazimnya tidak membaca analisisi tentang isu-isu semasa dalam Bahasa Melayu.  Banyak kali saya ditanya oleh kenalan-kenalan dan pembaca-pembaca edisi Bahasa Cina MerdekaReview soalan yang sama: dah lama tak nampak kolum kau di MerdekaReview?
Ada, saya masih menulis untuk MerdekaReview, tapi bukan dalam Bahasa Cina.  Kini saya menulis dalam Bahasa Melayu - Bacalah Edisi Bahasa Melayu MerdekaReview!

Osama Muncul kembali di Internet?

Oleh Ust Saiful Bahri

Adakah anda yakin tentang Osama? Lelaki misteri ini dikatakan ketua pengganas Islam antarabangsa telah ditembak mati oleh Amerika di Wilayah Pakistan. Tetapi ramai yang ragu-ragu dan tak percaya. Kebanyakannya merupakan andaian demi andaian dan penuh tersalut misteri.

Terbaru rakaman audio Osama beredar di internet menyerukan revolusi dinegara-negara Arab dengan menguling pimpinan yang ada?

Sudah Goyang : Sabar, kata TPM kepada guru tak naik pangkat

NONETan Sri Muhyiddin Yassin meminta kumpulan guru lepasan diploma yang tidak terlibat dengan kenaikan gred atau pangkat pada 1 Jan tahun depan supaya bersabar kerana perbincangan mengenai perkara itu masih berjalan.

Timbalan Perdana Menteri berkata masih terdapat keperluan dan kemungkinan dalam beberapa kes untuk diberi pertimbangan dan beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih tahu kedudukan perkara itu.

Muhyiddin, yang Menteri Pelajaran, ditanya pemberita mengenai pengumuman Perdana Menteri sempena Hari Guru 16 Mei lepas mengenai kenaikan pangkat dan gred guru tertentu dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah warga pendidik.

"Saya sedar mengenai perkara ini (tidak puas hati) kerana ramai menghantar SMS. Saya akan bincang dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Pelajaran untuk mencari jalan memenuhi tuntutan kesatuan-kesatuan guru.

Royalti minyak: Rayuan Kelantan 26 Mei ini

Mahkamah Rayuan menetapkan 26 Mei ini untuk mendengar rayuan kerajaan negeri Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan persekutuan menjadi pencelah dalam samannya ke atas Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berhubung royalti minyak.

azlanMahkamah Rayuan akan turut mendengar satu lagi rayuan oleh kerajaan negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan permohonan bagi kes saman itu dipindahkan semula ke Mahkamah Komersial Baru (NCC).

"Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Mei untuk pengurusan kes saman itu sementara menunggu keputusan rayuan," kata peguam, Rishwant Singh yang mewakili PETRONAS selepas menemui Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof di dalam kamarnya ketika kes itu disebut untuk pengurusan kes.

Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi mewakili kerajaan persekutuan manakala peguam Alan Gomez pula mewakili kerajaan negeri Kelantan.

Peranan RoS Bimbing, Bukan Haramkan Pertubuhan


SHAH ALAM 20 MEI : Pendaftar Pertubuhan (RoS) digesa memainkan peranan untuk membantu menyelesaikan masalah sesuatu pertubuhan bukannya bingkas mengugut untuk mengharamkan mana- mana pertubuhan yang berdaftar dibawahnya.
RoS juga didesak melatih semula pegawai mereka supaya meneliti terlebih dahulu sebarang aduan yang diterima sebelum mengambil tindakan seraya menggambarkan ia tidak ubah seperti alat kepada kerajaan pemerintah, mahu menguburkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Kim berkata demikian mengulas tindakan gelojoh RoS menghantar notis mahu membatalkan pendaftaran parti itu, kononnya melanggar peruntukan 32.2.1 perlembagaan PKR kerana memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti.
"Mereka tidak professional, tidak membuat semakan yang teliti dan seharusnya mereka perlu menghalusi peruntukkan parti berkenaan, sekiranya ada kes ambil penjelasan dulu daripada kedua-dua pihak selepas itu baru cari jalan pendamaian, sekalipun telah melanggari peraturan kita ada banyak jalan penyelesaian," katanya.
Menurut Teng, tindakan disiplin dalam parti adalah perkara biasa dan bukan PKR sahaja yang mempunyai masalah dalaman tetapi semua parti termasuk UMNO BN.

Muktamar Ke 57 : Pemuda PAS bebas, tidak sokong calon tertentu

"Kami tidak mengarahkan mereka untuk menyokong calon tertentu. Pemuda tidak ada calon itu, calon ini. Inilah keterbukaan Pemuda PAS," kata Setiausaha Khairi Faizi.

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil sikap tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dalam pemilihan pucuk pimpinan pada muktamar parti di Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 Jun depan.
Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairi Faizi Ahmad Kamil ketika dihubungi hari ini.
“Pemuda bersikap terbuka dan tidak ada blok dalam pemilihan parti. Perwakilan Pemuda bebas untuk memilih mana-mana yang mereka mahu.
“Kami tidak mengarahkan mereka untuk menyokong calon tertentu. Pemuda tidak ada calon itu, calon ini. Inilah keterbukaan Pemuda PAS,” katanya.

UMNO masih Gila Talak.

KUANTAN, 20 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO bersedia meneruskan rundingan dengan Pas mengenai isu perpaduan Melayu.

Tegas beliau kedua-dua parti itu perlu menghentikan perbalahan dan duduk berbincang bagi mengelak masyarakat Melayu semakin berpecah.

“Kedua-dua parti perlu hentikan perbalahan dan sudah sampai masanya kita melihat kedudukan kaum Melayu pada masa akan datang,” katanya selepas menyampaikan taklimat isu-isu semasa dan Program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini, Khamis.

Pemimpinku, Yahudi, Zionis Dan Barrack Obama

Oleh : MF OTHMAN
Malam ini saya tidak mempunyai sebarang aktiviti kerana isteri telah tidur awal. Aktiviti yang telah dirancang pada mulanya - telah dibatalkan secara tiba-tiba apabila tiba-tiba pula isteri saya telah men ‘zzzz' dirinya secara sengaja. Saya masih sedang menyiasat adakah ini lambang protes ataupun sememangnya dia letih selepas mengambil Kacip Fatimah. Haha. Kah kah kah.

Akibat tidak mempunyai sebarang aktiviti yang rasanya boleh mendatangkan duit ( kerana saya memang seorang yang gilakan duit ) dan pada masa yang sama boleh menghilangkan nafsu saya - saya telah memutuskan untuk membuka web Obama. Aik?. Tak dapat. Saya membuka pula laman web white house. Aik?. Lagi tak dapat. Saya buka lagi web NASA kerana saya menyangkakan pada mulanya NASA yang terlibat didalam operasi pembunuhan secara terancang Osama baru-baru ini...

Bersih: EC fails to clean dirt on postal votes

The polls watchdog says a mere change in terminology will not guarantee free and fair elections.

PETALING JAYA: Polls watchdog Bersih 2.0 today cautioned that the new administrative changes to postal voting were not sufficient to guarantee free and fair elections.Earlier this week, the Election Commission announced that postal voting for military, police and diplomatic personnel had been redefined as “advance” voting. Postal voting would only apply to those stationed abroad and on border patrol. However, Bersih was not convinced that mere cosmetic changes would clean up the dirt associated with postal voting.
Speaking to FMT, the watcdog’s committee member Wong Chin Huat said he was perplexed. “I don’t know what is the real change?”
“What is the difference? Is this just playing with words, so they (EC) are released from the current pressure because postal votes have become such a dirty word,” he said.
He said the EC’s announcement lacked details to substantially address the grouse concerning the transparency of the postal voting process.

‘Are you deaf, Najib?’

The federal government's 'unfair' move to abolish petrol and diesel subsidies has angered the transport and fishing industries.
SIBU: An opposition leader here has urged the federal government to retain petrol and diesel subsidies for fishermen and the lorries association and instead cut back on aid to the AP (approved permit) holders, independent power producers (IPP), F Class contractors and the housing industry.
Lanang PKR chief George Chan said Prime Minister Najib Tun Razak must enforce a scheme that would benefit the majority and not just “cronies of the government”.
Commenting on the high subsidies given to AP holders (to import cars) and F Class contractors, he said this gesture only benefited a few people and not the masses.
“The subsidies for AP, IPP, F Class and housing only benefit a few people. Most of them are cronies of the government.
“These subsidies should be stopped. Here, we are talking about the general public and any scheme implemented by the government should benefit the majority, instead of the privileged few,” he said.
Chan said that abolishing subsidies would cause a chain reaction which would push up already soaring prices of daily necessities in Sarawak and Sabah.

More vows of "dead bodies" from Perkasa, Umno as GE looms large

More vows of "dead bodies" from Perkasa, Umno as GE looms largeAmid growing talk that snap general elections are no further away than the next couple of months, in typical fashion, ultra-Malay rights group Perkasa and Prime Minister Najib Razak's Umno party continued to ramp up their religious and racial rhetoric in a bid to portray themselves as champions of the Malay community.
But not all Malays were happy with their offer to die for the community.
"They are making fools of themselves. The more disturbance they create, the more they irritate the community," MP for Shah Alam Khalid Samad told Malaysia Chronicle.
More dead bodies
At a protest held outside the Utusan headquarters on Friday, Perkasa and Umno members noisily vowed to defend the Malay-language newspaper that has widely been condemned for its irresponsible reporting.
The Utusan newspaper is owned by Umno and its editorial board reports directly to the party's political bureau.

MCCBCHST sedia bersemuka dengan PERKASA

NONEMajlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) sedia bersemuka dengan PERKASA jika kumpulan pendesak Melayu itu terbuka untuk berunding.

Presiden MCCBCHST Rev Dr Thomas Philips berkata majlis pimpinannya sedia berjumpa dengan umat Islam atau mana-mana kumpulan yang berkongsi kebimbangan mereka dan sudi berdialog mengenai isu-isu sensitif.

Katanya, badan pemikir majlis itu juga mempelawa umat Islam supaya menghadiri aktiviti dan mesyuaratnya.

“Kami telah jelaskan bahawa kami sedia bersemuka dengan sesiapa... Saya telah berkata ketua PERKASA Ibrahim Ali, yang baru-baru ini berkata beliau sedia melancarkan Perang Salib ke atas masyarakat Kristian perlu berbincang,” katanya pada sidang media di Pulau Pinang hari ini.

“Hanya dengan bersemuka kita mampu mengatasi atau menanggalkan kebimbangan ke atas satu sama lain,” katanya.

Philips menjawab soalan sama ada majlis itu bersedia berbincang dengan masyarakat Islam berhubung aktiviti dan programnya.

DAP: Beri peluang pada sejuta pengundi di luar negara

DAP menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya memberikan peluang mengundi kepada hampir 1 juta rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di luar negara.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, tiada sebab Malaysia tidak boleh melakukannya kerana negara yang mempunyai pengundi jauh lebih ramai seperti India pun mampu menjalankannya.

"Singapura telah berjaya memberikan hak- hak rakyat untuk mengundi di Suruhanjaya Tinggi dan Kedutaan Besar di luar Negara dan India juga telah melakukannya,” katanya.

Dalam kenyataan media hari ini, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, cadangan itu selari dengan peluang yang diberikan kepada anggota keselamatan yang mendapat peluang undi awal sebagai ganti kepada undi pos.

Of sex video, Sarah Palin, Anwar Ibrahim and the Politics of Alinsky

Of sex video, Sarah Palin, Anwar Ibrahim and the Politics of AlinskyOrdinary Malaysians are getting fed up of neverending sex allegations against Anwar Ibrahim. This strikes a chord with me - it reminds me of a parallel situation that has been unfolding in the USA over the past three years.

The Big Government article 'MSM Uses Palin’s Own Children as Political Weapons Against Her' (http://bigjournalism.com/jjmnolte/2011/05/02/msm-uses-palins-own-children-as-political-weapons-against-her/) describes how the liberal-dominated mainstream media in America constantly shines a sickly spotlight on Sarah Palin. 

The MSM parades, mocks and lambasts every minute detail that is even remotely connected to Palin, including the personal lives of her children.

MB Selangor desak tindakan segera terhadap Adun Kuang

Abdul Shukor telah melanggar Seksyen 5 (1) dan (2) Akta Penerbitan Mesin Cetak 1984 kerana memiliki dan menyebar akhbar haram, 'Selangor Terkini'.

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendesak tindakan segera diambil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukor Idrus yang mengaku secara terbuka memiliki dan mengedar akhbar haram, ‘Selangor Terkini’.
Menurutnya, Abdul Shukor yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor telah melanggar Seksyen 5 (1) dan (2) Akta Penerbitan Mesin Cetak 1984.
Khalid berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein gagal menyiasat perkara itu menyebabkan Peguam Negara tidak boleh mendakwa Abdul Shukor memandangkan tidak ada hasil penyiasatan.

No forgiveness for Ibrahim Ali or Nazri, both accused of further hypocrisy

No forgiveness for Ibrahim Ali or Nazri, both accused of further hypocrisyTwo of Malaysia's most outspoken Malay leaders found themselves in the doghouse after careless and insensitive speech against the other races in the country.
Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz for underestimating the intelligence of the people by hiding behing "free speech" to avoid taking action against the other garrulous but pro-establishment leader Ibrahim Ali.
As for Ibrahim, an ultra-Malay rights rabble-rouser, he tried to douse the fire lit by his controversial call for a crusade against Christians in the country by insisting that he used the word jihad (or holy battle) for "shock" effect.
But his clumsy and half-hearted efforts to retract part of his extreme speech made last Saturday failed to appease, drawing even greater contempt from his non-Muslim peers.

Is PAS-Umno merger becoming a reality?

Talks of a PAS-Umno merger have re-surfaced with the continued leadership of Abdul Hadi Awang as PAS president.

By Mohd Hisham Abdul Rafar
KUALA LUMPUR: With Abdul Hadi Awang’s continued leadership as PAS president for the term 2011-2013, various interpretations have surfaced, among them, the unity issue with Umno.
The fact the he was returned unopposed for another three years shows that his leadership has the full support of the party grassroots who know of his inclination towards a PAS-Umno merger.
Can this be regarded as a message that the PAS-Umno merger is approaching reality for the sake of the Malays and Muslims and the country’s interests?

Ratusan berhimpun bantah Lynas

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang berhimpun di depan kedutaan Australia bagi membantah projek pembinaan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
Mereka bergerak dari masjid As Syakirin KLCC menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat tadi.
Perarakan itu anjuran People’s Green Coalition dengan kerjasama kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas.
Mereka mengiringi enam wakil menghantar memorandum bantahan berhubung sisa radioaktif yang dihasilkan projek berkenaan.

Warkah di ambang maut: Dampingilah agama

Yong Vui Kong, rakyat Malaysia kelahiran Sabah, sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong kepada Yetian – seorang anggota kempen “Selamatkan Vui Kong” – sepanjang 12 minggu terakhirnya di menunggu kematiannya.

Undi awal untuk BN terus memerintah

KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS menyifatkan langkah SPR untuk melaksanakan pengundian awal (advance voting) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti sebagai langkah bagi memenuhi hasrat Kerajaan BN untuk terus memerintah.
Perlaksanaan langkah tersebut ternyata bukan langkah pembaikan bagi sistem pilihanraya di tanah air, tetapi merupakan langkah berundur ke belakang, lebih tidak telus dan penuh dengan kekeliruan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan, realiti itu terserlah apabila ia akan dilaksanakan oleh SPR tanpa menjemput wakil-wakil parti pembangkang utama, khususnya Pakatan Rakyat, bagi membincangkannya terlebih dahulu.
Menurut beliau, tindakan SPR itu menjadikan langkah tersebut penuh dengan tanda tanya dan kekeliruan kerana tidak dapat dipastikan siapakah golongan yang terbabit dengan undi awal.
Sebaliknya, katanya, sekiranya wakil-wakil Pakatan Rakyat dijemput untuk membincangkan perkara itu, pelbagai pandangan boleh diberikan bagi menjadikan langkah pembaikan pengundian yang hendak dilaksanakan oleh SPR benar-benar praktikal dan telus.

Buku Jingga : Semak Semula Subsidi IPP, Kerajaan UMNO BN Akhirnya Akur



SHAH ALAM 20 MEI : Akhirnya kerajaan pemerintah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak akur pada desakan Pakatan Rakyat dan sekali lagi menciplak tawaran Buku Jingga, iaitu mahu menyemak semula subsidi yang diberikan kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).
Pakatan Rakyat sebelum ini berkali- kali mendesak kerajaan pemerintah agar menarik balik subsidi IPP dan dimanfaatkan kepada rakyat marhaen yang dicengkam kesulitan hidup.
Rakyat sebelum ini dihambat dengan penarikan balik subsidi gula dan bakal berdepan dengan harga bahan bakar yang berkemungkinan untuk naik lagi, termasuk RON95.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi Tv Selangor berkata beliau menyambut baik kesanggupan kerajaan untuk menyemak semula dan mengurangkan subsidi bahan bakar kepada IPP.
Beliau menegaskan langkah menyemak semua subsidi yang diberikan kepada IPP sepatutnya dilakukan kerajaan pemerintah sejak dahulu lagi.
“Kita menyambut baik segala langkah kerajaan yang memberi kebaikan kepada rakyat. Kami telah menyatakan perlunya segala penstrukturan subsidi dibuat. Subsidi kepada IPP melibatkan jumlah yang besar dan dan signikifan,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Lensa : Demo Anti-Lynas Depan Kedutaan Australia





Anti-Lynas: Ratusan demo depan kedutaan Australia

Lebih 500 rakyat hari ini membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan yang dimiliki syarikat Lynas yang berpangkalan di Australia.
NONEMereka yang terdiri daripada Pemuda PAS, PKR, NGO dan aktivis sosial itu mengadakan perhimpunan di hadapan Kedutaan Australia.
Sambil mengiringi enam wakil mereka untuk menghantar memorandum bantahan berhubung pembinaan pusat itu yang dikatakan akan mengeluarkan bahan radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar Gebeng di negeri itu, mereka juga membawa pelbagai sepanduk, poster dan kain rentang yang menuntut kerajaan supaya segera menghentik projek berkenaan.

Penunjuk perasaan mula berkumpul di Masjid As Syakirin KLCC sebelum berarak menuju ke Pejabat Suruhanjaya Australia yang terletak kira-kira 700 meter dari selepas solat Jumaat.

Hina Utusan: Langkah mayat kami, kata PERKASA

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA hari ini meminta semua orang Melayu supaya bersatu dan tamnpil mempertahankan akhbar harian nasional Utusan Malaysia daripada asakan pembangkang.

"(Jangan) fitnah dan menghina Utusan dan orang Melayu, PERKASA akan berada di situ. Ini amaran kepada semua... langkah mayat kami dulu,” jerit seorang penunjuk perasaan itu.

NONEBeliau dan kira-kira 80 ahli PERKASA berkumpul di ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur bagi mempertahankan akhbar itu yang dibidas pelbagai pihak kerana mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Selepas berhimpun kira-kira 15 minit, kumpulan itu disertai oleh kira-kira 70 ahli Umno yang bergabung bagi meluahkan sokongan mereka kepada akhbar milik parti itu.
Mereka turut membawa poster dan kain rentang yang tertera bahawa PERKASA sedia berjihad mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air dan Utusan sehingga titisan darah terakhir.
Dua memorandum menyokong Utusan kemudiannya diserahkan.

Yahya Sahri bebas dari tuduhan menipu

yahya sahri and selangor peopleMahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membebaskan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri daripada tuduhan menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).
Peguamnya Ahmad Nizam Hamid (kiri) mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Banyak pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan itu di laman-laman Twitter dan Facebook.

Pada 2 Disember tahun lalu, mahkamah memerintahkan Mohd Yahya membela diri atas tuduhan menipu presiden KDEB berhubung Majlis Sambutan 100 hari Pakatan dua tahun sebelum itu.

PRU-13 sangat perit jika BN gagal kuasai dua pertiga, kata Muhyiddin...mana ada masa tu Kerajaan Rakyat dah..!!

BALING, 20 Mei — Pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan waktu terdekat, dijangka paling sengit bakal dihadapi Barisan Nasional (BN) kerana parti-parti pembangkang sangat agresif, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini.
“Dalam 16 pilihan raya kecil lepas, saya memimpin lebih daripada separuh (dan mendapati) ia sangat pahit dan getir akibat permainan politik pembangkang yang tidak lagi seperti biasa.
“Rakyat sekarang menuntut pelbagai perkara dan perlu dipenuhi,” katanya Timbalan Perdana Menteri dipetik Bernama Online hari ini.

Idea Sengal : Umno wajar pelawa DAP sertai BN, kata bekas VC UUM

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Seorang kolumnis Utusan Malaysia mengesyorkan agar Umno mempertimbangkan penerimaan DAP, yang selama ini didakwa parti cauvinis Cina, sebagai komponen Barisan Nasional (BN).
Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan memberikan latar belakang kelahiran DAP menulis Umno seharusnya menerima parti itu bersama PAS, yang sebelum ini banyak kali dipelawa oleh Umno.
Katanya, jika DAP dan PAS sama-sama menjadi pemilik BN bersama Umno dan parti-parti picisan lain nanti, apakah yang menghalang semua mereka mengubah BN bersama-sama, jika itu yang dimahukan.
“Kesampingkan nostalgia dan sentimen tradisi, saya lihat DAP dan PAS akan amat selesa menyertai BN.
“Jika BN memang benar berhasrat menjadi satu parti tanpa komponen seperti sekarang, ia akan berlaku setelah hal yang saya utarakan ini didahulukan. Mengapa tidak?” kata Nordin.

Demo Anti Utusan : Polis dikerah kawal Utusan

Meskipun Pemuda PKR (AMK) hari ini menunda cadangan mereka untuk berhimpun di hadapan ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur, namun kerajaan tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengerahkan sekumpulan anggota polis berkawal di sana.
NONESelain polis, turut hadir hari ini adalah ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang merancang untuk berkumpul bagi mempertahankan Utusan Malaysia sekiranya bangunan itu diserang.

Bagaimanapun keadaan di sekitar pejabat akhbar milik Umno itu dilaporkan tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Perhimpunan AMK itu bertujuan "menolak fitnah politik" oleh akhbar milik Umno itu sepatutnya diadakan selepas solat Jumaat bagaimanapun ditunda ke tarikh baru.

Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata antara sebab utama pihaknya menunda bantahan itu kerana pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO meminta AMK memobilisasi anak muda dalam demonstrasi anti-Lynas yang juga berlangsung hari ini.

Putrajaya to take over Selangor’s water debt for RM6.5b

KUALA LUMPUR, May 20 — The federal government is slated to pay RM6.5 billion to bond holders for the water debts in the country’s most industrialised state of Selangor, the Business Times said today.
“The ultimate aim is for the government to own the assets and debts of the water companies in Selangor in an effort to consolidate the water industry,” the Business Times quoted an industry source as saying.
The major owners of water assets in the central state of Selangor include subsidiaries controlled by Puncak Niaga and Gamuda .
Officials in those companies and the government could not be immediately reached for comment.
The newspaper said the Selangor offer was the first phase of water industry consolidation and the government was expected to buy the assets in the northern state of Penang for RM3 billion.

Pengarah, Pengilang Didakwa Jual Kopi DNA Babi


KUALA LUMPUR 20 MEI : Tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, Johor atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kafe Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.
Ketiga-tiga pengarah Rail Passion Sdn Bhd iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada Rail Passion.
Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut Jit Chiang, Jit Tong dan Jit Chen didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi antara pukul 3 petang hingga 4 petang di premis tersebut di Jalan Tasik, Kluang 25 Mac lalu.

CAT bantu penganggur diberhenti kerja

GEORGETOWN, 20 Mei: Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) yang berfungsi sebagai membantu para penganggur yang diberhentikan kerja oleh majikan akan digubal semula peranannya sesuai dengan moto barunya 'My Penang, My Workplace', kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Baginya, penggubalan itu sekaligus membantu mereka yang diberhentikan kerja dapat menjalankan aktiviti seperti biasa di samping meningkatkan taraf hidup, mencari peluang baru serta menjana ekonomi agar lebih berjaya pada masa depan.
Justeru itu, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir dengan melatih bakat-bakat baru dalam beberapa segi seperti pembangunan sains dan teknologi.
Bercakap pada sidang media di Invest Penang, katanya bagi menyasarkan RM6.1 bilion pelaburan tahun 2011 semua pelaksanaan mesti terurus dan inovatif untuk memperolehi tambah nilai yang tinggi terhadap pendapatan berasaskan teknologi masa kini.
Tahun 2010 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya menjadi negeri pertama di Malaysia duduki tangga pertama apabila memperolehi pelaburan yang tinggi iaitu RM12.2 bilion.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Gartner pada Septerber 2010 menunjukan bahawa pertumbuhan pendapatan semi konduktor dunia dijangka akan menurut daripada 31.5 peratus tahun 2010 ke 4.6 peratus tahun 2011.

Paras laut Malaysia alami kenaikan 5 mm setiap tahun

NONEKajian mengenai kenaikan paras air laut di Malaysia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan bahawa purata kenaikan aras laut bagi tahun 2000 hingga 2050 adalah 0.25 meter, iaitu bersamaan dengan lima milimeter setahun.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata kajian JPS itu dibuat sebagai susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim baru-baru ini yang mendakwa kenaikan paras air laut adalah 28 hingga 43 sentimeter menjelang akhir abad ini.

Menurutnya kajian JPS itu menunjukkan bahawa kenyataan mengenai kenaikan aras air laut 10 sentimeter setahun yang dikeluarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) seperti yang dilaporkan adalah kurang tepat.

Muktamar Ke 57 : Perwakilan tentukan halatuju

Siapapun yang akan menang dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar PAS Ke-57 nanti sudah pasti ia menjadi anggota pasukan pimpinan yang akan berdepan dengan cabaran menjelang PRU Ke-13 ini.
Ini sudah banyak kali diperkatakan oleh pelbagai pihak dalam pelbagai media. Oleh itu, para perwakilan yang akan membuat pemilihan mempunyai tugas paling mencabar dan berat kerana pena mereka yang memangkah kertas undi – siapa yang mereka pilih –mempunyai kesan besar dan penting.
Para perwakilan yang memilih inilah nanti yang menentukan bentuk kepimpinan PAS, sekurang-kurangnya dua tahun lagi, di samping menghadapi pilihan raya ke-13 nanti.
Apakah para perwakilan mampu memilih pemimpin yang benar-benar mampu menghadapi semua cabaran ini nanti? Ini persoalan penting yang berligar menjelang Muktamar PAS bulan depan ini.