Rabu, 18 Mei 2011

Video : PKR Youth and Perkasa showdown possible

Rising commodity, energy prices pose major risk to growth

Bank Negara warns that being beneficiaries of higher export earnings, the country may feel the impact of higher prices.
KUALA LUMPUR: Rising commodity and energy prices pose a major risk to Malaysia’s gross domestic product (GDP) growth, says Bank Negara Malaysia governor Zeti Akhtar Aziz.
“We are beneficiaries of higher export earnings but at the same time, it results in higher prices. We saw the impact in 2008 when energy prices reached US$147 per barrel,” she told a press conference, after announcing the country’s first quarter gross domestic product (GDP) 2011 today.
She said the rising commodity and energy prices affect every country and remain the major risk to growth.
“Right now it (oil price) has stabilised at US$110 per barrel. But if it trades to a higher level as in 2008, it presents a risk to growth,” she added.

A HISTORIC WALK TO REMEMBER


Dear Friends,


The Stop Lynas! Movement will be organizing a STOP LYNAS! Solidarity Walk this Friday (20th of May, 2011) from KLCC to the Australian High Commission. The walk will end with the handing of the people's memorandum to the Australian High Commissioner to Malaysia.


This event is jointly organized by THE PEOPLE'S GREEN COALITION, KUANTAN ENVIRONMENTAL WATCH GROUP & SAVE MALAYSIA.



We will rendezvous/converge in the vicinity of the KLCC Park (near the mosque) shortly after the Friday prayers at 2pm & will proceed to the Australian High Commission on Jalan Yap Kwan Seng shortly after.

It is our hope that you will be able to join us in this historic event and show your support to us, the people of Malaysia, who oppose to an industry that leaves behind unimaginable amounts of radioactive waste on our beloved land. Through this walk, we are sending the government of Malaysia a resounding message that we will never allow our environment and health to be sacrificed in the name of profit. And most importantly this walk is a showcase that the rights and voices of the people of Malaysia needs to be championed. Many prominent activists and opposition politicians will be joining us for the walk.

Anyone who is a representative or member of the Malaysian Bar Council, NGO or any Civil Society will be issued a Human Rights Monitor tag.


We need your cooperation to monitor the Police force (particularly the FRU) so that they do not violate the rights of any participants on that particular day.

TOGETHER, regardless of race, religion, social & economic standing WE WILL MAKE A DIFFERENCE!
 
Hope to see you there on Friday!

For more information about the Lynas Rare Earth issue please refer to the draft by Dr Khim Pa below.
For more information about this Stop Lynas! Solidarity Walk please contact: Mr. Clement Chin:  012-9883210
Dr. Jayabalan: 012-402 7445 or Dr. Khim Pa:  012-477 7706


Regards,

The Committees of
THE PEOPLE'S GREEN COALITION / KUANTAN ENVIRONMENTAL WATCH GROUP / SAVE MALAYSIA

MBM mahu bukukan perjuangan merdeka Tun Razak


KUALA LUMPUR, 18 Mei — Majlis Belia Malaysia (MBM) akan membukukan riwayat perdana menteri kedua Tun Abdul Razak (gambar fail) untuk tatapan rakyat Malaysia dan antarabangsa supaya memahami perjuangannya sebagai Bapa Pembangunan.
Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapie berkata, beliau juga akan menjelajah ke beberapa negara Eropah untuk mengumpul maklumat dan membukukannya untuk menambah koleksi Bapa Pembangunan.
“Kami akan menjelajah ke Eropah untuk mengumpul maklumat yang dirasakan masih tertinggal semasa beliau berjuang mendapatkan kemerdekaan Malaysia,” katanya pada sidang media Siri Jelajah “Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan-Suatu Pengkisahan” ke Benua Eropah bersama MBM, hari ini.
Maliki turut berkata, buku ini akan diterbitkan tahun depan dalam dwibahasa.
Katanya, beliau menyasarkan golongan pembaca bukan sahaja terdiri daripada masyarakat tempatan tetapi juga antarabangsa.
Maliki berkata lagi, kos menghasilkan buku ini dijangka menelan dana besar kerana pengisiannya melibatkan jelajah ke benua Eropah.

Jihad: Ibrahim Bukan Tokoh Menentukan, kata Ulama Asia

SHAH ALAM 18 MEI : Presiden Perkasa Ibrahim Ali tidak mempunyai kedudukan atau pun  ketokohan untuk sewenang-wenangnya mengisytiharkan jihad terhadap penganut Kristian, kata Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ghani Shamsuddin.

Menurut Ghani, tanpa kuasa yang sah seorang itu tidak layak langsung untuk "melahirkan seruan jihad atau syahid" sebagaimana yang dilakukan oleh Ibrahim.

Justeru, beliau membidas tindakan Ibrahim mengugut akan melancarkan "perang jihad" kerana kononnya wujud konspirasi menegakkan Malaysia sebagai negara Kristian, sebagaimana yang didakwa oleh Utusan Malaysia minggu lalu.
Ghani berkata Ibrahim bukanlah seorang pemimpin yang mempunyai kuasa untuk memimpin sesebuah negara mahupun kerajaan.  

Rampasan 6532 VCD Lucah, Kelucahan Melampau UMNO!!!

Jumlah VCD lucah yang didakwa Anwar telah dirampas oleh PR mencapai jumlah 6532 keping. Satu jumlah yang begitu banyak. Paling teruk dan paling hina ia diedarkan sempena majlis solat Hajat, diedar oleh mereka yang mendakwa pembela Islam.

Paling sedih juga pengedarannnya video lucah itu dihalalkan polis atas nama UMNO kerana polis hanya membiarkan dan membutakan mata pengedaran itu berlaku. Sejarah baru Malaysia, pengedaran video lucah dibenarkan. Paling menghairankan juga penyebar video lucah boleh terlepas dari tindakan polis.

Anggota Unit Amal membawa sebakul VCD lucah yang dirampas ke balai polis untuk dibuat laporan

Salah satu tindakan keji Umno untuk mengekalkan kuasa dan kelucahan melampau UMNO. Pihak PR mengutuk keras tindakan itu dan menegaskan kepada pihak pimpinan Umno itu supaya bertanggungjawab dan berhenti melakukan tindakan keji ini atas sebab sensitiviti umum. Takkan tak reti pula, pakcik, makcik, ustaz, ustazah, remaja sekolah, belia, lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak tak cukup umur pun boleh pegang dan lihat VCD dan risalah lucah ini. Takkan main balun aje!!

Jadi kepada pihak UMNO, lawanlah secara jantan!! Takkan nak merosakkan masyarakat dengan video lucah.

Rakyat Derita Harga Barang Makin Naik

SHAH ALAM 18 MEI : Penarikan balik subsidi gula oleh kerajaan pemerintah kononnya mahu menjimatkan tanggungan sebanyak RM 116.6 juta disambut hambar oleh rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. 

Rakyat dimomokkan dengan alasan yang sama iaitu, harga gula dinegara ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negera serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Bukan itu sahaja rakyat seolah- olah 'dihadiahkan' dengan perkhabaran baru dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa harga bahan bakar termasuk RON95 akan dikaji semula bulan hadapan, yang berkemungkinan akan naik lagi.

Perkasa: Guan Eng ‘samseng pengecut’ nak lawan Ibrahim Ali..eh...eh sape samseng pulak..!!!


KUALA LUMPUR, 18 Mei — Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menyifatkan Lim Guan Eng “samseng pengecut” apabila mengajak semua komponen Barisan Nasional (BN) bukan Umno menentang ketuanya Datuk Ibrahim Ali.
Tegas Syed Hassan, Perkasa tidak gentar untuk menyahut Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.
“Seruan Guan Eng jelas sekali satu budaya seperti samseng pengecut yang mengajak kawan-kawan menentang hanya seorang dan samseng yang pengecut memang begitu, bila berlawan ajak kawan.
“Pengecut macam ini umpama komunis yang bersembunyi di hutan atau bersembunyi di sebalik masyarakat dan menyamar seperti orang biasa atau ahli NGO atau bersama parti-parti politik tertentu,” katanya.
Semalam, Lim mengajak semua parti komponen BN untuk menentang Ibrahim selepas kerajaan gagal mengambil sebarang tindakan terhadap ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang mengatakan kesediaan melancarkan “perang jihad” jika komuniti Kristian meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
Beberapa pemimpin BN dan Pakatan Rakyat membantah tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

ARTIKEL LAMA : 15 GEJALA SOSIAL MELAYU..??? UNTUK RENUNGAN SEMUA.


15 GEJALA SOSIAL MELAYU..???

Dalam ruangan skop Berita Hairan (NST) (bertarikh 18/10/2000),
Rektor Universiti Islam Antara Bangsa Malaysia, Prof Dr Kamal
Hassan telah menyenaraikan 15 gejala sosial masyarakat Melayu
kini, iaitu lima di kalangan Melayu elit manakala bakinya
belia dan orang awam.

Video : Pendedahan Wikileaks Penubuhan Suruhanjaya Di Raja

Video : Ucapan Penuh Ibrahim Ali - Nilai Sendiri.....

Video : Apakah ucapan Ibrahim menghasut? Dengarlah sendiri...

Apabila presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika
mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini, ia menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia, tetapi nampaknya tidak begitu halnya dengan pemimpin kerajaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan cepat menegaskan bahawa pandangan Ibrahim itu tidak mewakili semua orang Islam di Malaysia.

Hishammuddin juga berkata ektremis juga wujud dalam masyarakat Cina, tetapi beliau tidak menamakan mereka.

Buku Jingga penyelesai Projek IC

KUALA LUMPUR: Aktivis masyarakat Sabah, Dr Chong Eng Leong yakin agenda Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat di negeri itu mampu menyelesaikan Projek IC di Sabah.
Menurutnya, Agenda Jingga yang dikemukakan itu realistik.
“Suruhanjaya untuk menyelesaikan ‘Projek IC Sabah’ seperti yang termaktub dalam agenda 100 Hari Pakatan Rakyat merupakan penyelesaian terbaik isu ini yang wujud sejak puluhan tahunlalu,” kata D r Chong dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti KEADILAN Rakyat di Petaling Jaya tengah hari tadi.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, dan ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar.

Video : Kenapa Pengundi Hulu Selangor Meningkat Drastik?

Durian FM temubual Fuziah Salleh isu loji nadir bumi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan muncul di stesen radio dalam talian DurianFM jam 8 malam esok.
Fuziah yang juga adalah Naib Presiden KEADILAN akan muncul dalam segmen Tanda Tanya kendalian  DJ Arif Abdull selama dua jam membincangkan isu loji memproses nadir bumi di Gebeng Pahang.
Loji itu kini dihentikan sementara menantikan penilaian satu panel pro-nuklear yang dilantik Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Mosti).
Jika ia diluluskan panel itu, loji itu yang dikendalikan Lynas Corporation dijangka beroperasi sepenuhnya September ini dan akan menghasilkan sisa radioaktif thorium.
Mereka yang berminat untuk mendengar wawancara itu boleh melayari laman web DurianFM.com.

Kematian Osama: Malaysia kongsi pendirian Israel, Barat

Oleh: Mat Zain Mat Isa
Kematian Osama bin Laden tidak akan menghentikan keganasan di alam maya ini. Sama ada berita kematian jutawan Arab Saudi yang dianggap ketua rangkaian al-Qaeda itu benar atau rekaan, ia tidak memberikan banyak perbezaan.
Namun berdasarkan reaksi pelbagai pihak di serata dunia terhadap kematian diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu, ia bukan sesuatu yang menjamin pulangan positif terhadap imej dan reputasi negara kuasa besar dunia itu.

Dunia memberikan reaksi agak pelbagai. Insiden itu sendiri dibauri pelbagai tanda tanya dan pertikaian. Antaranya, siapakah yang lebih layak digelar pengganas sebenar, Osama atau AS?
Ada yang mempersoalkan kesahihan kejadian. Gambar didakwa mayat Osama yang paling awal disiarkan media antarabangsa dan disebarkan menerusi internet kemudiannya dibuktikan sebagai palsu. Nampak sangat ia hanya superimposed daripada gambar dalam pose sama sewaktu Osama masih hidup.

Malaysia falls 6 places to 16th in economic competitiveness

Malaysia falls 6 places to 16th in economic competitivenessMalaysia fell six slots from 10th to 16th in a closely-watched international ranking of economic competitiveness despite recent government assurances that it was winning the fight against graft while improving accountability and transparency.
The Institute of Management Development (IMD) 2011 World Competitive Rankings released yesterday also saw Singapore knocked off its perch by this year’s joint leaders Hong Kong and the United States.
Even as the US regained the top spot after losing it for the first time in decades to Singapore last year, Malaysia is now only two places above the spot it occupied two years ago after dropping the most in ranking out of the top 20 countries.

Govt unveils RM500mil Islamic complex to win over Muslim electorate

Govt unveils RM500mil Islamic complex to win over Muslim electorateAmid a fast-unravelling economy and accusations it was trying to bribe Muslim voters, the Najib administraion announced that a RM500 million Islamic administrative complex will be built in Putrajaya.
The complex will house 13 Islamic-related government agencies under one roof for the purpose of ensuring efficient service and programme implementation.
While acknowledging the principle of the plan had merit, critics worried whether the funds-strapped government had sufficient money to push the project through completion and warned against any private tender deals to crony firms with weak or little track record.
"We hope this will not turn out to be another Istana Negara fiasco or PKFZ where the cost overruns are so unbelievable. Also, we are quite cautious because there is growing talk of snap elections and hopefully, this will not be election bait," a senior economist a large bank told Malaysia Chronicle.

KLIP VIDEO SEKS - PERLUKAH POLIS MENGAMBIL RISIKO?

Oleh:WFAUZDIN NS
SEORANG menteri yang lembab dan ketinggalan masih berhujah dengan modal yang lapuk dan menunjukkan kebebalannya. DS Anwar kini telah sampai ke tahap "Yahoo! Malaysia Question Time, tetapi Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan masih bercakap pasal tulin tak tulin video seks.

Hari ini Malaysiakini melaporkan, Ahmad Maslan memberikan cadangan untuk menyelesaikan isu video seks yang kununnya melibatkan Ketua Pembangkang tersebut. Apa yang pasti, tiada satu pun cadangan dari Ahmad Maslan yang berpandukan kepada ajaran Islam dan sememangnya Umno tidak selesa dengan hukum Islam. Ahmad Maslan memberikan cadangan, cadangan itu termasuklah mengesyorkan DS Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks didakwa melibatkan ketua umum PKR itu tidak tulen.

Utusan Sex & Fitnah : Utusan catat kerugian RM6.89 juta pada Q1 2011

Kerugian sebelum cukai Utusan Melayu (M) Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2011 meningkat kepada RM6.893 juta berbanding RM6.524 juta pada suku yang sama pada 2010.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan berkata ia disebabkan peningkatan bahan mentah sebanyak 30 peratus.

Ia berkata perolehan bagaimanapun meningkat kepada RM85.828 juta berbanding RM74.830 juta sebelumnya.

Utusan berkata peningkatan saingan untuk penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dijangkakan berterusan tahun ini.

"Bagaimanapun unjuran pertumbuhan positif dalam keluaran dalam negara kasar dan perbelanjaan pengiklanan bagi 2011 akan menyediakan peluang untuk kumpulan itu meningkatkan perolehan pengiklanan," katanya.

- Bernama

DSAI muncul di Yahoo Malaysia Question Time esok

Makluman Media:
18 Mei 2011
Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan rakyat Malaysia yang pertama dijemput sebagai panelis segmen interaktifYahoo! Malaysia 'Question Time. Segmen tersebut akan bermula pada hari Khamis 19hb Mei 2011 pada jam 11.30 pagi. Dato' Seri Anwar akan meluangkan masa hampir 1 jam bersama warga cyber menerusi platform "Cover It Live" di mana warga cyber dapat berkomunikasi dengan Dato' Seri Anwar secara langsung. Editor Yahoo! Malaysia akan bertindak sebagai fasilitator.

Sila klik di sini untuk ke platform Cover It Live: http://my.news.yahoo.com/questiontime/


Media Alerts:
18 May 2011
Parliamentary Opposition Leader and former deputy prime minister Dato' Seri Anwar Ibrahim will be the first Malaysian to appear onYahoo! Malaysia's newly-launched interactive ‘Question Time’ segment at 11:30 am this Thursday, May 19.  The politician will spend at least an hour with Yahoo! Malaysia editors who will act as facilitators during the live chat session.The live Q&A session will be conducted via the ‘Cover It Live’ platform, which features real-time chat sessions. It would be a great opportunity for the citizens to interact directly with Dato' Seri Anwar Ibrahim, one of the country's most prominent politicians.

Please click the link to visit Cover It Live platform: http://my.news.yahoo.com/questiontime/

Terima kasih.

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Fuziah slams Adnan: Why is Lynas panel filled with pro-nuclear members

Fuziah slams Adnan: Why is Lynas panel filled with pro-nuclear membersPKR vice president Fuziah Salleh ticked off Pahang Mentri Besar Adnan Yaakob for trying to gloss over the heavily pro-nuclear members in the panel evaluating the feasibility of the Lynas rare earth projecxt.
"I have brought to the attention of the MB of  Pahang that  the  panel of experts should be multidisciplined in nature. Why is that the MB of Pahang misses the point that the panel appointed is made up of  pro-nucleur experts? I'm not doubting their credentials, but we want experts in the right discipline," Fuziah said in a statement to the press.
"Why is it now, the MB of Pahang is keeping quiet, when the panel of experts did not include environmental engineers, ecotoxicologist, public health experts, as well as social science experts. Particularly those experts with experience in low level radiation in huge amounts over a long period of time. These experts in the discipline as above, that has been missed out from the panel, are crucial in determining the safety of the people of Kuantan."

Video Seks Fitnah Diedar Dalam Kawalan Ketat Polis

Mesyuarat Khas Penstrukturan Semula Air, Mungkin Positif - Khalid


SHAH ALAM 18 MEI : Kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khas dengan Kerajaan Persekutuan, bulan depan, bagi membincangkan penyelesaian isu penstrukturan semula industri air.

Bagaimanapun, Khalid berkata kerajaan negeri tetap dengan pendiriannya untuk meluluskan pelaksanaan Projek Langat 2 hanya selepas proses penstrukturan semula air diselesaikan terlebih dahulu.
 
“Projek ini (Langat 2) patut dilaksanakan selepas isu penstrukturan air diselesaikan terlebih dahulu,” katanya. 

Khalid berkata kerajaan negeri tidak menolak cadangan Projek Langat 2 yang menelan belanja RM8.6 bilion itu, namun ia harus diteliti terlebih dahulu untuk mengekang sebarang bentuk ketirisan

No 2 PAS: Tumpuan beralih pada Tuan Ibrahim

Tumpuan untuk perebutan jawatan nombor dua dalam PAS kini beralih kepada naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula apabila ulama popular itu dilihat sebagai penentu kemenangan calon-calon yang bertanding.

Ditambah kelebihan sebagai anak saudara Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penceramah yang sering muncul di kaca televisyen sebelum ini, sebarang keputusan lanjut Tuan Ibrahim akan menentukan nasib dua lagi calon -- Nasharudin Mat Isa dan Mohamad Sabu.

Guru Tertipu : Lebih 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan

lok yim pheng nutp sec gen 060905Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

Video : Hak Kerakyatan UMNO BN Gadai Negara

Video : Kemaruk Pertahan Kuasa Bukan Amalan Kesederhanaan

Video : PR Tetap Teruskan Sesi Penerangan

Video : Kongres Buruh Berlandaskan Buku Jingga Kupas Masalah Pekerja

Video : Kecam Tapi Rompak Dasar Buku Jingga

Video : Ibrahim Ali Boleh Disabitkan Bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan

Video : PKR Youth leaders queried on mosque fracas

Video - 'Project IC' whistleblower: Pakatan states at risk

Video : Prioritise 'opium' reduction move, says DAP

Video : DAP stands by Anwar even if he is jailed

Kelantan akan bina stadium muat 40,000

KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Jenayah ugut dan rasional Zahid Hamidi

Sekaligus, isu ini bakal mencetus persoalan ke manakah arah Malaysia apabila isu keselamatan "dipolitikkan".  Dalam kata lain, bias-politik partisan yang menjerumus kita kepada diskriminasi tertentu dalam ruang-ruang tertentu membawa kepada persoalan: Adakah keselamatan rakyat samada berada dalam lingkung penguatkuasa mahupun di luar kurang terjamin?  Ditambah pula dengan kes jenayah yang semakin membimbangkan saban hari sehingga menimbulkan tandatanya.
Antaranya adalah kes kematian Ahmad Sharbani dan Teoh Beng Hock yang ketika itu dalam proses siasatan SPRM.  Pada masa yang sama kita juga dikejutkan dengan laporan mangsa tembakan Polis terhadap Shahril Azlan Ahmad tahun lalu dan kes kematian Aminulrasyid yang juga ditembak Polis.
Justeru, semua kecelakaan ini membawa kita kepada persoalan pokok; bagaimana undang-undang dilaksanakan dan apakah yang menyebabkan "kesilapan-kesilapan" ini berlaku?  Mungkin, kita boleh letakkan sikap dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas sebagai perkara yang sangat mempengaruhi atau sebarang campur tangan politik-sentimen mampu menggugat pelaksanaan keadilan dengan baik?

After sex video session with wife, Ahmad Maslan turns to Anwar

After sex video session with wife, Ahmad Maslan turns to AnwarUmno information chief Ahmad Maslan, slammed for a smut session with his wife over the sex video implicating Opposition Leader Anwar Ibrahim, said Anwar was free to bring in his own foreign experts to determine whether the tape is authentic or has been doctored.
"Ahmad is just doing what the police are doing. They have nothing more to squeeze from the tape except play cat and mouse with the identity of the man in it. What they are trying desperately to hide is why the police have not arrested the Datuk T trio? Is it because the men are from Umno?" PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"What business is it of Ahmad whether Anwar sues the Datuk T trio or not? It is shameful enough for Umno when Ahmad who is their info chief thinks nothing of telling the whole nation he watched a porn tape with his wife. Can we ask, did he enjoy it?"
Ahmad had proposed that Anwar sue businessman Shazryl Eskay Abdullah, who had taken an oath in a mosque, for defaming him. Shazryl and two others, namely former Malacca chief minister Rahim Thamby Chik and Perkasa treasurer Shuaib Lazim, had 'discovered' the tape and illegally screened it to a group of journalists and select PKR leaders in a bid to discredit Anwar.

Kenapa Pengundi Hulu Selangor Meningkat Drastik?


PETALING JAYA 18 MEI : Peningkatan secara drastik jumlah pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor dipercayai berkait rapat dengan sindiket memberikan kewarganegaraan kepada warga asing, seperti yang didedahkan Parti Keadilan Rakyat 10 Mei lalu. 

Hasil percaturan licik itu, semalam UMNO Hulu Selangor mengumumkan jumlah pengundi dikawasan parlimen itu meningkat secara drastik iaitu, lebih 15 ribu orang, menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar.

Sehubungan itu, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) didesak agar segera menyiasat dakwaan itu dan melumpuhkan segala aktiviti 'menjual' kedaulatan negara itu.

"Memetik Sinar Harian semalam, dia (UMNO Hulu Selangor) kata jumlah pengundi di Hulu Selangor meningkat lebih 15 ribu hasil usaha UMNO Selangor daftarkan mereka," kata Khalid kepada media ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Did Pak Lah try to nail Najib for murder?

Diplomatic cables released by WikiLeaks reveal that US embassy officials had discussed the possibility of a conspiracy against Najib.
KUALA LUMPUR: His father had whispered something and the accused appeared agitated. When the court adjourned for recess, the accused banged and kicked the door, yelling: “You can die, Pak Lah! Die, Pak Lah! I am innocent. I am innocent.”
In a startling new twist to the Altantuya Shaariibuu murder case, WikiLeaks had revealed diplomatic cables hinting that former prime minister Abdullah Ahmad Badawi, known as Pak Lah, might had attempted to fix up his then deputy, Najib Tun Razak.
The case which haunts Najib to this day, had come close to derailing his ambition of becoming prime minister when one of his confidants, Abdul Razak Baginda, was charged with abetting the murder of the Mongolian national.
Razak was eventually acquitted while Najib had forced Abdullah to hand over the reins after Barisan Nasional’s (BN) dismal performance in the 2008 general election.

Kemaruk Pertahan Kuasa Bukan Amalan Kesederhanaan


SHAH ALAM 18 MEI : Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya umat manusia di seluruh dunia mengamalkan kesederhanaan dilihat bertentangan dengan
situasi yang berlaku di negara ini.

Sebaliknya amalan dan corak pentadbiran orang nombor satu negara itu sekaligus tidak mencerminkan seperti yang dilaung-laungkannya kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ini kerana kata Khalid, pendekatan politik yang digunakan Najib dalam mengekalkan kekuasaan dilihat berada di tahap obses apabila parti pembangkang dengan tonggak utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diserang hebat, manakala jentera milik kerajaan terus dikawal ketat.

Kenapa klip video seks ‘Anwar’ diragui?

Ahli MPP PKR Fariz Musa kemuka 50 dalil untuk menjelaskannya.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Fariz Musa mendedahkan 50 dalil dalam blog beliau kenapa klip rakaman adegan seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diragui.
Klip seks ini mula–mula timbul ekoran usaha trio Datuk ‘T’ mempertontonkannya kepada para wartawan di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur pada penghujung Mac lalu.
Datuk ‘T’ merujuk kepada mantan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, mantan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.
Fariz, antara lain, mempersoalkan perkara berikut sebagai dalil untuk meragui klip itu membabitkan Anwar.
“Sekiranya sipelaku telah meninggalkan hotel tersebut, sudah pasti sipelaku telah mendaftar keluar dan selepas mendaftar keluar, pihak pengemasan hotel akan masuk ke dalam bilik untuk membuat semakan senarai barangan untuk pengesahan ‘check out’.

Video Seks Fitnah Diedar Dalam Kawalan Ketat Polis


BANDAR BARU SELAYANG 18 MEI : Bagaimana video seks fitnah dan risalah lucah boleh diedarkan dalam keadaan kawalan polis yang ketat ?
Itu persoalan yang dilontarkan Pakatan Rakyat Selayang apabila lebih 6000 keping video seks dan risalah lucah diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semasa majlis solat hajat anjuran Pakatan Rakyat berlangsung di Stadium Selayang Ahad lalu.

"Program ini dikawal oleh pihak keselamatan, polis yang menjaga sejak dari petang hingga ke malam. Tapi macamana pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyeludup masuk dan mengedarkan video itu dalam keadaan kawalan polis yang ketat ?," soal Yang Dipertua Pas Selayang, Zaidy Abdul Talib.

Pendedahan WikiLeaks : Penubuhan Suruhanjaya Di-Raja Dituntut




SHAH ALAM 18 MEI : Pendedahan terbaru bahawa adanya usaha terancang untuk melindungi Perdana Menteri, Najib Razak dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh WikiLeaks menzahirkan kepeluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan di-Raja.


Walaupun pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks itu kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli bukanlah sesuatu yang baru, namun ia menguatkan pandangan umum yang selama ini membuat tafsiran serupa.


"Pendedahan itu tidak mengejutkan dan semua rakyat Malaysia sudah tahu, satu dunia pun sudah tahu memang ada campur tangan politik, fakta dia pun rakyat dah tahu,"katanya.

Subsidi: Hapus dulu ‘candu besar’ sebelum sasar ‘candu kecil’


KUALA LUMPUR, 18 Mei — DAP menasihatkan pentadbiran  Najib agar menghapuskan “candu besar” -  pemberian subsidi bernilai RM19 bilion kepada Pengeluar-pengeluar Tenaga Bebas (IPP) daripada menekan rakyat dengan memotong subsidi keperluan mereka.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Putrajaya sepatutnya menghapuskan pemberian subsidi gas kepada IPP terlebih dahulu daripada menghapuskan subsidi yang hanya akan membebankan rakyat.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) seharusnya menghapuskan terlebih dahulu candu besar pemberian RM19 bilion subsidi gas kepada IPP dan sektor komersial sebelum menghapuskan ‘candu kecil’ subsidi gula, diesel dan petrol untuk rakyat.
“DAP menentang sekeras-kerasnya penarikan subsidi diesel sejak 1 Jun 2011 tanpa terlebih dahulu menghapuskan subsidi gas kepada IPP yang telah menyebabkan inflasi yang teruk kepada peniaga dan pengguna,” kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan.

Terlepas tindakan undang-undang bukti Ibrahim Ali jadi alat Umno

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Chua Tian Chang menyifatkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali terlepas dari tindakan undang-undang kerana berperanan sebagai ‘alat’ untuk membawa agenda atau propaganda Umno.
Demikian beliau mengulas kenyataan Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang menyatakan, tiada tindakan terhadap Ibrahim Ali walaupun mengeluarkan kata dua kepada “orang Kristian yang tidak mengenang budi”.
“Ibrahim Ali sebenarnya alat kepada Umno walaupun beliau bukan ahli. Pemimpin Umno tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau. Ibrahim boleh cakap apa sahaja walaupun mampu menggugat ketenteraman awam,” kata Tian Chua kepada KeadilanDaily.
Sebelum ini, Nazri memberi alasan rapuh dengan berkata, rakyat ‘perlu hidup dan ‘matang’ dalam menangani watak seperti Ibrahim apabila menyalahkan platform sosial seperti twitter dan blog didakwanya  turut menyiar kenyataan  sensitif dan ia kononnya melangkaui keupayaan kerajaan untuk menghukum mereka.
“Di sini kita boleh lihat bagaimana berlaku double standard apabila Umno tetap mempertahankan Ibrahim Ali. Sekiranya orang lain terutamanya pihak pembangkang yang mengeluarkan kenyataan seperti itu, saya pasti tindakan tegas akan diambil.
“Media arus perdana pula tidak henti-henti memainkan isu-isu tersebut dan  KDN pula akan membiarkan sahaja isu-isu panas dimainkan mereka,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Batu.

Ibrahim Ali Boleh Disabitkan Bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan


SHAH ALAM 18 MEI : Seksyen 298A Kanun Keseksaan boleh dikenakan ke atas ahli parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali kerana mencetuskan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci-membenci, niat jahat atau memudaratkan ekoran pengisytiharan perang salib yang dibuatnya.

Namun menurut N Surendran melihat kepada perkembangan semasa dan pengalaman lalu, adalah tidak mustahil seseorang yang membangkitkan isu sensitif dan menimbulkan ketegangan seperti Ibrahim akan terlepas daripada tindakan perundangan.

" Malangnya kuasa mutlak untuk membuat tuduhan adalah hak peguam negara. Dan kita tahu peguam negara berpihak kepada kerajaan," kata Surendran.   

Jihad : Saya Berpandukan Kenyataan Hishamuddin, Kata Ibrahim Ali




KUALA LUMPUR 18 MEI : Datuk Ibrahim Ali berkata beliau menyatakan kesediaan untuk melancarkan perang jihad ke atas penganut Kristian hanya selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Tun Hussein mendakwa laporan Utusan Malaysia mengenai konspirasi penubuhan negara Kristian mempunyai asas.


Dalam mempertahankan kenyataan yang dibuatnya Ahad lalu, Presiden Perkasa itu berkata ugutan jihad yang dibuatnya adalah untuk memberi peringatan kepada pihak-pihak yang kononnya mencabar kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.


“Saya buat kenyataan....selepas membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di akhbar yang mengatakan laporan Utusan Malaysia itu ada asasnya.

Buktikan angkat sumpah Eskay upacara keagamaan

 
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Khairul Anuar Ahmad Zainudin dari PKR mempersoalkan siasatan pihak polis di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan, berhubung insiden kekecohan ketika Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, tiga minggu lalu.
Justeru, Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu mencabar siapa yang boleh mengesahkan angkat sumpah itu “Datuk T” itu sebagai upacara keagamaan.
“Pihak polis telah beritahu bahawa siasatan dibuka di bawah Seksyen 296.
“Kami telah pun memberi keterangan. Tetapi di sini, saya ingin persoalkan beberapa perkara... kalau benar siasatan ini dibuka di bawah Seksyen 296, siapa yang boleh sahkan upacara itu (angkat sumpah) sebagai upacara keagamaan?” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Mangsa dipukul veteran Umno tak serik tuntut royalti

KOTA BHARU, 18 Mei: Mangsa yang dipukul veteran Umno Jumaat lalu, Hisyamuddin Ghazali tidak serik meneruskan perjuangan menuntut royalti minyak.
Beliau yang juga Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) berkata, biar pun dipukul samseng upahan Umno, namun beliau tidak serik meneruskan perjuangan rakyat Kelantan menuntut royalti.
”Sehari selepas kejadian saya dan rakan-rakan menaikkan banner lagi. Saya semakin bersemangat dan tambah berkobar-kobar,” katanya di sini.
Pada kejadian Jumaat lalu seorang lelaki tua dipercayai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) memukul Hisyam ketika sedang memasang sepanduk tuntutan royalti minyak di pagar Masjid Kampung Sireh.
Beliau ditempeleng secara tiba-tiba lelaki terbabit berusia lewat 50-an sehingga terjatuh, dan selepas itu ditempeleng lagi kali kedua.

Dr Chong Dakwa Projek IC Hulu Selangor Sama Seperti Di Sabah


PETALING JAYA 18 MEI : Modus operandi pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di Selangor yang didedahkan oleh ahli parlimen Ampang Zuraidah Kamarudin minggu lalu dipercayai bermotif sama dengan 'Projek IC' atau 'Projek Mahathir' yang berleluasa di Sabah pada tahun 80-an dan 90-an.

Seorang aktivis dari Sabah Dr Chong Eng Leong tampil di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini menceritakan situasi sebenar di Sabah apabila Kerajaan Umno- BN mula merancang rampasan kuasa terhadap Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90-an.

Menurut beliau, perancangan itu melibatkan mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub

PKR dakwa 'projek IC' akan berjangkit ke semenanjung

Project IC' atau cubaan mendaftar warga asing sebagai pengundi dijangkakan akan berlaku berleluasa di Semenanjung Malaysia pula, seperti keadaan di Sabah sebelum ini.

Bekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong berkata, hasil penyelidikannya selama 15 tahun -- yang dimuatkan dalam bukunya Lest We Forget -- menganggarkan kira-kira 600 ribu pendatang haram diberikan kewargenegaraan bawah projek di Sabah.

Dr Chong - kini merupakan ahli PKR - mendakwa bahawa projek tersebut dilihat akan ditumpukan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada keselamatan negara tetapi juga (terhadap) isu tanah di Sabah..

"Saya tidak terkejut sekiranya mereka menggunakan modus operandi ini di Selangor atau negari Pakatan yang lain," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Presiden NUJ: Saya kekal berkecuali, tidak sokong mana-mana parti

Hata berkata beliau tidak memihak dengan mana-mana parti politik. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) Hata Wahari menegaskan beliau terus bersikap berkecuali dan tidak memihak mana-mana parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat. Sebaliknya jelas, Hata, beliau hanya menggunakan platform yang ditawarkan parti politik hanya untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa media dalam negara ini masih dikongkong dan dikuasai oleh parti-parti politik yang perlu dibebaskan.
“Saya sentiasa bersikap berkecuali, saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik... itu adalah intipati perjuangan saya selama ini dan dalam forum-forum yang saya sertai saya tidak minta orang ramai agar sokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.

Candu Subsidi : 'Kurangkan candu' perlu ikut keutamaan, kata DAP

DAP hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan persekutuan yang menarik balik “subsidi kecil” sehingga menjejaskan sebahagian besar pengguna tetapi pada masa yang sama membiarkan syarikat besar menikmati “subsidi besar”.

"Kerajaan harus menarik balik 'candu besar' seperti subsidi besar yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat besar yang lain,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Umno parti talam dua muka

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Umno disifatkan sebagai parti talam dua muka, ekoran tuduhannya yang tidak berasas terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, khususnya membabitkan isu peniaga Melayu di negeri itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika menyifatkan demikian berkata, bukti Umno bersifat talam dua muka boleh dilihat apabila mereka mengatakan Kerajaan Pulau Pinang membelakangi kaum lain sekiranya diberikan pertolongan kepada orang Melayu.
Namun, menurut beliau, apabila kerajaan negeri menolong kaum lain pula Kerajaan Pulau Pinang akan dikatakan membelangi orang Melayu pula oleh Umno BN.

Video seks: Jangan desak kami dedah identiti pelaku, ha..ha..ha.. POLIS pun main ugut-ugut..!!

JOHOR BARU, 18 Mei — Timbalan Ketua Polis Negara berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.
Dipetik Bernama Online, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar), kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.
“Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik.”
“Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Khalid berkata demikian selepas menghadiri majlis Sesi Percambahan Minda Bersama Pucuk Pimpinan Polis Kontinjen Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Datuk Mokhtar Mohd Sharif.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Demo di Utusan: AMK tak gerun dengan PERKASA

NONEKetua penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata pergerakan itu tidak gentar dengan ancaman daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia.
Katanya, AMK juga akan meneruskan rancangan protesnya ke atas Utusan Malaysia pada Jumaat ini, namun mungkin dalam bentuk pertemuan dengan ketua pengarang akhbar berkenaan dan menyerahkan memorandum bantahan.
Rozan Azen berkata, langkah itu diambil memandangkan satu lagi protes yang lebih besar – ke atas Lynas Malaysia Sdn Bhd berhubung projek pemprosesan nadir bumi – akan diadakan pada hari yang sama.
Beliau berkata demikian ketika mengulas rancangan PERKASA untuk mengadakan perhimpunan berkenaan, dan juga dakwaan bahawa protes yang dirancang AMK merupakan tindakan "biadap" dan "tidak menghormati kebebasan bersuara" Utusan.
Dakwaan berkenaan disuarakan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam satu laporan Utusan Malaysia hari ini.

AMK tetap teruskan rancangan berhimpun depan Utusan

Perkasa dikatakan tidak berdiam diri dan turut merancang mengadakan perhimpunan pada hari yang sama untuk mempertahankan Utusan daripada 'diserang' AMK.

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan tetap meneruskan rancangannya untuk berhimpun dihadapan pejabat Utusan
Malaysia walaupun dikhabarkan bakal berhadapan dengan kumpulan daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Sayap pemuda PKR itu sebelum ini merancang perhimpunan ‘Tolak Politik Fitnah Utusan Malaysia’ Jumaat ini bagi membantah tindakan akhbar itu yang memainkan isu politik lucah, sensitif dan berbaur perkauman.
Namun kumpulan Perkasa dikatakan tidak berdiam diri dan turut merancang mengadakan perhimpunan pada hari yang sama untuk mempertahankan Utusan daripada ‘diserang’ AMK.

PAS ramal PRU 13 lepas Bajet 7 Oktober

"Saya yakin Parlimen akan dibubarkan selepas pembentangan Bajet 7 Oktober depan. Dia (kerajaan) tidak akan tunggu lagi kerana banyak masalah yang menanti", kata AJK PAS Pusat.

PETALING JAYA: PAS meramalkan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan diadakan, paling awal selepas pembentangan Bajet Negara 2012 pada 7 Oktober depan.
“Saya nampak Parlimen akan dibubarkan selepas pembentangan Bajet. Kalau tidak bubar sekarang, kena tunggu awal tahun depan,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam.
Ditanya mengenai persediaan parti itu menghadapi PRU, pemimpin veteran PAS itu berkata, PAS sudah bersedia.
Mengenai calon, Mustafa secara bergurau berkata, “kalau pilihan raya esok, hari ini kita boleh pilih calon.”
Khabar angin bertiup kencang bahawa PRU ke-13 akan diadakan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan. Namun tarikh akhir pembubaran parlimen ialah Mac 2013 kerana PRU ke 12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, PRU semakin dekat dan boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
“Tetapi saya yakin parlimen akan dibubarkan selepas Bajet dibentangkan 7 Oktober depan. Dia (kerajaan) tidak akan tunggu lagi kerana banyak masalah yang menanti.
“Negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang parah, tahun depan akan berlaku kenaikan harga barang. Dan saya percaya Bajet tahun depan merupakan bajet pilihan raya,” katanya.

Video ‘Anwar’ fahamkan semua tentang islam

18 MEI — Video lucah yang memfitnah Anwar Ibrahim sekali pun ia kekal sebagai fitnah, dibenci dan dikutuk tetapi di sebalik semua keburukan itu dalam waktu yang singkat ia mula menyalurkan pengetahuan kepada semua tentang beberapa isu dalam perundangan Islam.
Walau pun tujuan asalnya untuk memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memusnahkan kerjaya politiknya, menghalang Pakatan Rakyat dari merampas kuasa di Putrajaya, tetapi ia telah mendedahkan beberapa isu untuk difahami oleh orang ramai tentang perundangan Islam.
Sebelumnya beberapa isu tersebut hanya menjadi pengetahuan kepada mereka yang lulus dalam pengajian dan perundangan Islam, tetapi sekarang banyak isu mengenai Islam mulai difahami oleh orang ramai termasuk orang bukan Islam.
Orang mulai tahu apa itu qazaf dan isu-isu berkait dengan kesaksian dalam perkara itu.
Isu pertamanya Anwar difitnahkan berzina. Bahan buktinya ialah satu slot video hitam putih. Ia boleh dijadikan bahan bukti untuk mendakwa Anwar.

Mari Kenali Katak Islam.


Spesies Katak yang very rare di muka bumi ini, hanya terdapat di Pasir Mas... - FMT

Dan satu-satunya spesies yang terakhir di mukabumi ini yang mempertahankan Agama Islam. Kalau mampus katak ini... macamlah Islam di dunia ini akan pupus...

Sejak dari dulu lagi memang ada segelintir bangsa asing di Malassia yang menghina Islam..., dalam blog, facebook, twitter dan macam2 lagi, termasuklah Sister in Islam, budak2 melayu dan betina melayu, tetapi di manakah suara Katak ini... sebelum nih...

Apakah Jalan Kompromi Dicari?


Walaupun siapa yang layak dan tidak layak untuk merebut jawatan tertinggi dalam Pas, kecuali presiden sudah terjawab, namun keadaan masih lagi menjadi teka teki. Sehinggalah 26 Mei ini hari yang dimuktamadkan untuk mereka yang layak bertanding memberi jawaban apakah akan menerima pencalonan atau sebaliknya.

Baik untuk jawatan timbalan presiden maupun jawatan naib presiden masih kabur dan berada dalam tanda soal besar, siapa yang akan lawan siapa dan siapa yang akan menarik diri.
Tiga yang layak untuk merebut jawatan timbalan presiden, Nasharuddin Mat Isa, Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Sebelum ini jawatan ini dijangka jadi rebutan sengit antara penyandang Nasharudin dengan Mat Sabu saja. Tetapi apabila Tuan Ibrahim juga layak bertanding ia terbuka kepada pertandingan tiga penjuru.
Pencalonan ketiga mereka seimbang, misalnya jumlah pencalanan di antara Nasharudin dengan Mat Sabu sama diantara 48 – 50. Hanya dua saja membezakan di antara keduanya. Bagaimana pun pencalonan Tuan Ibrahim tidak melebih 40, tetapi cukup bagi melayakkan untuk ikut sama bertanding. Dipercayai kalau tidak berlaku kelewatan penghantaran pencalonan oleh lebih 15 kawasan kemungkinan besar pencalonan untuk Tuan Ibrahim akan melepasi 50 pencalonan.
Ada sekurang-kurang dua kawasan diketahui bersedia untuk mencalonkan Tuan Ibrahim tetapi gagal berbuat demikian kerana tersilap tarikh tamat penghantaran pencalonan. Kedua kawasan itu mengakui tidak mencalonkan Nasharudin dan Mat Sabu.
Boleh diagakkan yang lewat menghantar pencalonan bukan dari kawasan yang menyokong Mat Sabu. Kerana kawasan yang menyokong Mat Sabu sudah bergerak paling awal lagi dan mereka tidak akan terkhilaf dalam meneliti tarikh kerana demi memastikan Mat Sabu ke depan.

Toleransi politik yang sudah luntur

Oleh Aspan Alias
Kerana terlalu banyak politiking kita lupa kepada asas politik yang sebenarnya. Kesungguhan dalam politik sudah tiada bagi kita orang Melayu. kita melebihkan tumpuan kepada politiking; siapa yang menang dan siapa yang kalah, siapa yang berkuasa dan siapa yang tidak berkuasa. Politik yang asasi, iaitu politik yang membawa penyatuan secara jujur sudah tiada. Politik dan kuasa adalah empunya orang yang berkuasa.


Apabila kita menjadi ahli sesebuah parti matlamatnya ialah untuk menyatukan pemikiran dia antara ahli-ahli dan jika ada perbezaan kita ‘co-exist’ dalam parameter toleransi yang luas. Diawal zaman kemerdekaan negara dahulu pemimpin-pemimpin kita dari berbilang kaum telah meletakan asas kerjasama di antara parti yang di asaskan kepada kaum-kaum di negara ini. Orang Melayu dengan UMNOnya, orang Cina dengan MCAnya dan India dengan MICnya.

Fahaman pasca-modenisme punca banyak gejala sosial

Era pasca-modenisme ialah lanjutan kepada fahaman sekularisme Barat moden.

KUALA LUMPUR: Gejala sosial yang melanda kehidupan masyarakat hari ini termasuk golongan wanita adalah impak secara langsung
kejutan budaya serta perubahan nilai dan pemikiran.
Fenomena ini berkait rapat dengan apa yang disebut sebagai era pasca-modenisme iaitu lanjutan kepada fahaman sekularisme Barat moden, demikian pandangan Mahamad Naser Disa, Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara.
“Fahaman pasca-modenisme ini mementingkan manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk tradisi  termasuk Tuhan dan agama,” tambahnya.
Beliau mengutarakan pandangan ini di Seminar “Wanita dan Cabaran Aliran Pasca-Modenisme: Penilaian dari Perspektif Islam” anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini baru-baru ini.
Kertas kerja yang dibentangkan beliau bertajuk “Wanita, Gejala Sosial dan Takat Keberkesanan Undang-Undang Moral: Perspektif Undang-Undang.”
Secara halus
Hujah Mahamad Naser, pada era pasca-modenisme, fahaman dan ideologi Barat dilapor tersebar luar secara pantas sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan proses globalisasi.
Fahaman itu, katanya, meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam dan penularannya berlaku secara halus sama ada secara disedari atau tidak.
“Ia diolah secara rasional sehinggakan jika ia tidak dibanteras dengan berkesan boleh menjejaskan akidah umat Islam.
“Penerimaan prinsip Hak Asasi Manusia sebagai sebahagian cara hidup di peringkat global tanpa mengira latar belakang ras, etnik, agama, warna kulit dan jantina memburukkan lagi keadaan ini.
“Dalam konteks ini, golongan wanita juga tidak terlepas daripada menerima  corak pemikiran sebegini sehingga ramai yang menjadi mangsa eksploitasi  agenda Barat/Yahudi dan seterusnya terjebak ke dalam kancah gejala sosial,”  jelasnya.