Selasa, 17 Mei 2011

PERUTUSAN HARI GURU 2011 DARIPADA LAJNAH PENDIDIKAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

TEMA :   BANGKIT GURU UNTUK RAKYAT


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perjuangan.


Saban tahun, detik bersejarah tanggal 16 Mei merupakan tarikh istimewa yang cukup bermakna bagi insan bergelar ’guru’. Hampir 360,000 golongan pendidik akan diraikan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, saya ingin mengucapkan ’Selamat Menyambut Hari Guru’ kepada semua barisan pendidik yang telah mencurahkan bakti bagi menggalas tanggungjawab dan amanah dalam memacu halatuju pendidikan negara.


Sesungguhnya, cabaran sistem pendidikan semasa  dan gejala sosial yang kian meruncing di kalangan pelajar memerlukan kesediaan pemantapan rohani yang kuat dan kesabaran yang tinggi di kalangan pendidik. Perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan. Saya juga ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan barisan pendidik  dari peringkat awal pendidikan kanak- kanak hinggalah ke peringkat IPT. Sudah pasti penghargaan ini ditujukan khususnya kepada golongan wanita yang bergelar ’muslimat’ dan mendominasi bidang pendidikan negara dalam memacu halatuju modal insan agar lahir generasi yang seimbang dan berbahagia di dunia dan akhirat.

Pengundi Muda belum lagi merasai hasil dari dasar pentadbiran DS Najib

http://kchadyouth.files.wordpress.com/2010/12/slide2.jpg
DS Najib dilihat turun kebawah menemui pegundi-pengundi muda melalui perhubungan laman-laman web social seperti Facebook, Tweeter,Bloggers dsbnya.

Sentuhan-sentuhan ‘touch n go’ ini hanya ‘gitu-gitu’ aje tetapi hasil jangka panjangnya masih belum terbukti.

Dasar-dasar untuk pengundi muda khasnya belia dan bekas-bekas siswazah atau dalam lain perkataan orang-orang muda masih belum dilihat hasilnya. Di antaranya:

Kepala otak macam mana???

Oleh adiib

"Ya,lah nak tanya kepala otak macam mana sampai pusing 360 darjah.Pekara yang Kerajaan PR baik-baik belaka ditentang.Program Kerajaan PR yang membantu rakyat,menolong rakyat ditentang.Di katakan zalim.Didemontrasi.Tak ke pelik.Kepala otak mereka dah herot sakan la tu.Amal dikatakan mungkar.Baik dikatakan buruk.Wangi dikatakan busuk.Jelas kepala otak mereka dah lari dari norma-norma kewarasan.

Kronolojinya.Sejak awal Kerajaan PR dapat memerintah 5 negeri(termasuk Perak sebelum Kudeta).
1.Kerajaan Perak nak bagi tanah pada sebuah Madrasah,Kampung Baru dan Kampung Tersusun.Semua di beri hak sama adil untuk setiap bangsa ditentang.Jelas Kerajaan PR Perak waktu itu mahu menolong rakyat memperolehi hakmilik masing-masing ditentang.

Penulis memang tidak penting buat Pakatan?

Oleh DINSMAN 
Kali ini saya menulis di Yan, Kedah. Sementara menunggu peserta Bengkel Penulisan CAP-Paksi 13-18 Mei semuanya hadir mendaftar diri di Chalet D' Yan, Titi Hayun, saya cuba menyiapkan wacana ini.
Tentunya fikiran saya pun tidak menerawang jauh sangat meninggalkan program yang akan berlangsung di sini, iaitu bengkel penulisan. Saya memikirkan bahawa bengkel penulisan selama enam hari ini bertujuan untuk melahirkan beberapa orang penulis yang benar-benar akan menulis selepas ini, sama ada menulis dalam akhbar dan majalah atau menerbitkan buku sendiri.

Maka saya terfikirkan peranan penulis. Dan saya terfikirkan juga apakah pihak Pakatan Rakyat dan terutamanya PAS benar-benar menyedari akan peranan penulis dalam masyarakat kita hari ini. Dan saya tak perlu berlama-lama sebenarnya memikirkan perkara ini, kerana ia bukanlah satu perkara baru. Ia selalu timbul dalam perbincangan dengan kawan-kawan penulis, budayawan dan pengamal media.

Minyak PandiKutty...


"PandiKutty... betoi laaaa... baru jer tiga empat hari lepas dia kata minyak 95 tak naik harga, hari ni dah cakap lain...!!!!.."

perghhhh... mamat umPORno pun dah pandai main perkataan pandikutty... wakakakaka...., itulah perkataan yang terpacul dari mulut Hanafi petang tadi... kah..kah..kah... cian laaa.. wa tengok member gua nih..

************************

Naik harga minyak untuk duit pilihan raya Umno?

Oleh Penarik beca
Di bawah berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Harga petrol RON95 disemak bula n depan", saya terbaca komen berikut yang saya copy and paste dan tak edit sikit pun. Pengkomen itu mendakwa:
haha, sebenarnya kerajaan BN nk naikkan harga minyak untuk dapatkan modal Umno/BN nk hadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nnti... Subsudi hanya alasan...


Meskipun saya tidaklah boleh mempercayai komen itu, tetapi ia benar-benar membuatkan saya teringat berita Malaysian Insider 1 Mei lalu bertajuk "Snap polls likely delayed as Umno hunts for war chest".

Kes Anwar : Adakah Hakim membuat lawak jenaka ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."


“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.

Santai : 10 lokasi pemandangan paling menakjubkan di dunia

Kalau anda punya penyakit takut akan ketinggian, sebaiknya anda tidak mengunjungi tempat-tempat ini.

Dachstein Sky Walk (Austria)

pemandangan

Disebut “Balkon pergunungan Alpina”, Dachstein Sky Walk berada pada ketinggian 2700 meter diatas permukaan laut dan di atas batuan vertikal Hunerkogel setinggi 250 m.

Pemandangan 360 darjah memperlihatkan pada para pengunjung pemandangan Slovenia di selatan Republik Czech di sebelah utara. Skywalk jauh lebih tinggi dari platform di air terjun Niagara ataupun yang berada di air terjun Iguazu, Brazil.

Teen’s family want police nod for another autopsy


Johari's grandmother speaking to the media.
KUALA LUMPUR, May 17 — The family of Johari Abu Bakar shot dead by police last Friday will seek approval tomorrow for a second post-mortem on the 17-year-old youth. PKR legal bureau chief Latheefa Koya confirmed with The Malaysian Insider today the appeal will be sent in writing to the Sepang district police chief in the morning.
“We need to find out if they are willing to agree to a second post-mortem before taking it further,” she explained when contacted.
Should the police refuse the request or fail to respond, Latheefa said the family will then file a petition in court.

Video: Skim Naik Pangkat Guru Pupuk Budaya Pautan

Penjual Karpet &Tukang Bawa Beg Ro$mah

Penjual Karpet, Tukang Bawa Beg Rosmah dan banyak lagi…

Syarikat tersebut bernama Carpet Raya Sdn. Bhd (492434-H).

Modal berbayar syarikat tersebut ialah RM8.7 juta. Syarikat itu mempunyai lima pengarah yang juga merupakan pemegang saham, setiap seorang mempunyai jumlah saham yang sama banyak.

‘Jangan hina Islam’

Menurut presiden Perkasa, ada segolongan yang tidak tahu menghormati Islam.

KUALA LUMPUR: Pemimpin tinggi Perkasa sekali lagi mengingatkan pihak tertentu supaya menghentikan tindakan menghina Islam.
Datuk Ibrahim Ali berkata, jika mereka terus berbuat demikian orang Melayu akan berjihad mempertahankan Islam.
“Orang Melayu berjihad mempertahankan Islam walaupun hanya saya seorang” kata presiden Perkasa di depan 300 ahli dan penyokong di sini hari ini.
Kira-kira 50 anggota polis berkawal di sekitar kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di mana program itu diadakan.
Bagaimanapun, Ibrahim ahli  parlimen bebas Pasir Mas berkata, Perkasa tidak mahu menimbulkan kekacauan dan bergaduh dengan kaum lain.
Tetapi menurutnya, ada segolongan yang tidak tahu menghormati Islam.
“Kepada golongan ini saya mahu mereka jangan bermain api. Saya tidak mahu mereka sentuh agama Islam.
“Saya tidak mahu tengok anjing pegang Al Quran. Saya tidak mahu tengok gambar babi dalam internet. Saya tidak mahu tengok perempuan bogel duduk atas Kaabah,” katanya yang mendapat tepukan semangat dari orang ramai.

Zaid: Segerakan siasatan DVD seks

Juga dedahkan hasil siasatan agar integriti negara dan polis terpelihara, ujar pemimpin parti Kita.

PETALING JAYA: Presiden parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa agar kes siasatan ke atas DVD seks ‘Anwar’ disiasat dengan kadar segera.
“Tanpa penyelesaian yang pasti, spekulasi, was-was dan persoalan yang tidak terjawab akan berterusan.
“Mengapa pihak polis keberatan untuk mengumumkan hasil penyiasatan dan pandangan pakar terhadap dua persoalan utama. Apakah kesahihan rakaman video tersebut? Adakah individu tersebut (ketua pembangkang) Anwar Ibrahim?” soal beliau dalam satu kenyataan media.

PR Tetap Teruskan Sesi Penerangan


GOMBAK 17 MEI : Pakatan Rakyat akan mempelbagaikan cara untuk memastikan rakyat memperolehi maklumat tepat yang ingin disampaikan kepimpinan parti itu walapun sering dihalang polis.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, sesi penerangan yang dianjurkan gabungan parti itu merupakan platform utama penyaluran fakta kepada rakyat setelah media arus perdana dikawal oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Beliau yang ditemui Tv Selangor petang tadi menyifatkan rakyat berhak untuk dibekalkan dengan informasi selain daripada kerajaan seraya memberi ruang menilai dasar-dasar yang relevan untuk diterima pakai.

Padan muka... yeah... yeah...

Padan muka rakyat Malaysia...
Undilah gerombolan seks lagi...
Padan muka rakyat Malaysia...
Dah berpuloh tahun kena kencing pun dok tak sedar diri...
Padan muka rakyat Malaysia...
Bila Pakatan Rakyat bagi tau depa buat pekak dan tuli...
Padan muka rakyat Malaysia...
Bersedialah semua untuk ditipu lagi...
PUTRAJAYA: Unit Komunikasi Korporat,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan pada Isnin telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung rasionalisasi pemansuhan Kategori Kenderaan Pemberian Diesel Subsidi Super berkuatkuasa mulai 1 Jun depan.

Nazri: Tiada tindakan terhadap Ibrahim Ali

Tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadap presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung amarannya terhadap masyarakat Kristian kerana kenyataan seumpama itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia, kata menteri undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Tegasnya, walaupun jika kenyataan sedemikian tidak disenangi, tetapi rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" dalam menangani watak-watak seperti Ibrahim dan yang seumpamanya, memandangkan platform sosial dan media seperti Twitter dan blog, turut menyiarkan kenyataan seperti itu yang melangkaui keupayaan kerajaan untuk mencegahnya - atau menghukum - mereka.

"Adalah sukar untuk bertindak terhadap Ibrahim sekarang dengan adanya Twitter dan blog... kerana kita tidak boleh memilih dalam membuat membuat pendakwaan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Ibrahim telah mencetuskan kemarahan awam apabila mengeluarkan kata dua kepada "orang Kristian yang tidak mengenang budi" sekiranya mereka meneruskan dakwaan rancangan yang menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Aug 13 anti-Taib protest: PBB Youth lodges police report


Aug 13 anti-Taib protest: PBB Youth lodges police reportParti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Youth of the Kuching Zone today lodged a police report here over the alleged call by Movement of Change, Sarawak (MoCS) coordinator Francis Paul Siah for Tan Sri Abdul Taib Mahmud to resign as the Sarawak chief minister.

Its head, Wan Hamzah Wan Paie, claimed that Siah, in his blog, had threatened to organise a large-scale street demonstration if Taib declined to step down by Aug 13.

"PBB Youth of the 10 branches (in the Kuching Zone) made the police report calling for an investigation on Siah," he told reporters outside the Central Kuching police station, here.

He said PBB Youth also wanted the police to find out whether Siah received any funds from abroad to organise the demonstration.

Video : UMNO BN Ketagih Ciplak Tawaran Buku Jingga

Video : Syarat Polis Gugurkan Nama DSAI Melampau

Fearful of "selective prosecution", Nazri refuses to act against Ibrahim Ali

Fearful of "selective prosecution", Nazri refuses to act against Ibrahim Ali  Minister in Prime Minister's Department Nazri Aziz, known for his off-tangent remarks, may have outdone himself with the latest explanation why the BN could not act against Malay rights rabble-rouser Ibrahim Ali for making a speech that has been widely condemned as highly seditious.
His words recorded for posterity, Nazri said the BN government could not do so because "we cannot be selective in our prosecution".
Nazri, who is also the de-facto Law minister, was immediately shot down for his "preposterous" comments.
"This is Nazri at his most absurd. The question is only whether Ibrahim has committed an offence under the law. This Ibrahim has under Section 298a Penal Code," PKR vice president N Surendran told Malaysia Chronicle.

Hak Kerakyatan : UMNO BN Gadai Negara


SHAH ALAM 17 MEI : Tindakan memberikan hak kerakyatan sewenang- wenangnya kepada warga asing dilihat sebagai cubaan mahu menggadaikan negara. 

UMNO Hulu Selangor sebelum ini dikesan menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan menyenaraikan 2000 nama warga asing yang dikenalpasti berpotensi menjadi pengundi BN pada pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Skim Naik Pangkat Guru Pupuk Budaya Pautan, kata PSM



SHAH ALAM 17 MEI : Kenaikkan skim pangkat baru untuk guru dan gurubesar yang diumumkan sekarang adalah hanya untuk meraih undi menjelang pilihanraya umum dan akan memupuk “budaya pautan” yang tidak sihat dalam profesyen itu, kata Presiden Parti Sosialis Malaysia Dr Mohd Nasir.
Perdana Menteri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa 300, 000 guru berpeluang menaiki pangkat hingga ke gred 54 walaupun berkhidmat hanya 25 tahun.
"Apabila kerajaan menyatakan sebegitu ia seolah-olah telah mencipta harapan atau budaya pautan dan ini amat bahaya kerana ia boleh menghancurkan orang yang hendak diampu,"tegasnya.
"Imbuhan itu dibuat kerana kerajaan hendak pancing undi bukan kerana mahu memperkasakan mereka (guru)," kata beliau kepada Tv Selangor hari ini.

Matinya seorang Osama bin Laden adakah dunia akan aman.??

Mustafa K Anuar 

Nama dan kegiatan Osama bin Laden ketika beliau masih hidup jelas mengundang kontroversi serta kemarahan dan ketakutan dalam kalangan insan di kebanyakan kawasan di dunia ini, khususnya di Asia Barat, Barat dan, pada tahap tertentu, Asia Tenggara.
Seperti dianggarkan, terbunuhnya ketua pertubuhan Al-Qaeda ini di tangan pihak Amerika Syarikat (AS) telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga di dunia ini.
Di AS, seperti di Eropah dan tempat-tempat lain, rata-rata golongan pemerintah dan sebilangan besar warganya "meraikan" kematian Osama di Abbottabad, sebuah bandar 61km di utara Islamabad, Pakistan kerana bagi mereka ini menandakan kemenangan ke atas usaha menamatkan era keganasan yang ditaburi di merata tempat di dunia.  Insiden tragis yang masih segar dalam memori manusia (lebih-lebih lagi lazim diperingatkan oleh media arus perdana global), terutamanya mereka yang bermastautin di Barat dan ramai bukan Muslim, ialah peristiwa ganas September 11 di AS yang telah membunuh ribuan nyawa yang tak berdosa.
Bukan itu saja.  Ada kelompok manusia, terutamanya orang Islam, berasa "lega" kerana bagi mereka kematian Osama menjanjikan tamatnya era keganasan sebuah pertubuhan yang mana aktiviti ganasnya selalu dilakukan atas nama Islam dan Muslim - walaupun ini bercanggahan dengan ajaran Islam yang mementingkan keamanan dan persefahaman.  Bagi orang Islam, terutamanya mereka yang duduk di Barat, kematian Osama memungkinkan permulaan tamatnya era anti-Islam dan anti-Muslim yang merumit dan, kadangkala, membahayakan kehidupan seharian mereka.

Ahmadinejad Sifatkan Israel Sebagai Sel Cancer Yang Mesti Dibasmi


Teheran - Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menyifatkan Israel seperti sel cancer yang mesti dibasmi. Pernyataan ini dikeluarkannya setelah Israel melancarkan serangan yang mengorbankan 12 orang Palestin yang melakukan protes pada hari ulang tahun Israel.

"Pada hari perayaan rejim (Israel) ini, banyak orang melakukan demonstrasi di pelbagai tempat. Namun ada beberapa yang terbunuh dan tertecedera, ini menunjukan sifat asli dari Israel," ucap Ahmadinejad melalui satu wawancara melalui televisyen nasional.

Lebih lanjut Presiden Iran menyamakan Israel dengan sel cancer. "Seperti halnya sel cancer yang menyebar ke seluruh tubuh, rejim ini menyebabkan infeksi ke seluruh wilayah. Cancer (Israel) ini harus dibasmi dari tubuh," lanjut Ahmadinejad seperti dipetik AFP, Isnin (16/5/2011).

CIJ anjur Forum ‘Ke arah media yang lebih beretika’ 18 Mei di Auditorium Majlis Peguam

KUALA LUMPUR: Sempena bulan Mei yang diraikan sebagai bulan kebebasan media, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menganjurkan forum ‘Ke arah media yang lebih beretika, bagaimana mencapainya’ di Auditorium bangunan Majlis Peguam pada hari Rabu 18 Mei bermula jam 8 malam.
Antara panelis yang diundang adalah Abdul Jalil Ali, penasihat eksekutif editorial kumpulan media Karangkraf, Sharaad Kuttan, kolumnis, pensyarah kewartawanan dan Felo Asian Public Intellectual dan Wong Chin Huat yang merupakan pensyarah kewartawanan dan aktivis media.
Forum ini akan dipengerusikan oleh Andrew Khoo iaitu ketua jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam.

UMNO BN Main Isu Politik, Tenggelamkan Isu Rakyat


KUALA LANGAT 17 MEI : Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih banyak memainkan isu- isu yang memberi kepentingan politik mereka semata- mata sekaligus menenggelamkan isu semasa dan kebajikan rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata kerajaan pemerintah dilihat dengan sengaja menimbulkan pelbagai isu yang meyerang keperibadian pimpinan Pakatan Rakyat hanya kerana mahu menutup pelbagai isu yang tidak memihak kepada rakyat, umpamanya harga barang naik.

"Hari ini yang dibicarakan bukan soal hidup rakyat tapi soal video, kes liwat dan air mani. Sehinggakan rakyat tercicir, tak berbincang soal gula naik," katanya.

Umno Punca Melayu Merudum, Kata Azmin



GOMBAK 17 MEI: Orang Melayu harus menyalahkan kepimpinan Umno dan bukan menunding jari kepada kaum lain di atas kuasa ekonomi Bumiputera yang merudum, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali.
Saham bernilai RM52 bilion yang diperuntukkan kepada bumiputera tetapi dibolot oleh kroni Umno mencerminkan kerakusan dan kerelaan pemimpin parti itu menggadai maruah orang Melayu, kata beliau.
"Orang Melayu hanyut - jangan salahkan orang Cina dan DAP, Orang Melayu masih merempat sehingga kini sebab tangan pemimpin Melayu sendiri," ujar Azmin di majlis dialog di Kampong Pasir Hulu Kelang.

Subsidi: Alasan kerajaan untuk naik harga RON95

KUALA LUMPUR, 17 Mei: PAS mengharapkan kerajaan jangan menjadi alasan untuk menindas rakyat dengan mengurangkan subsidi sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang merungut kerajaan telah mengunjurkan kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu.
Menurut Muhyiddin, RM18 bilion daripada unjuran tahun ini adalah khusus untuk sektor berkaitan minyak seperti subsidi RON95, diesel dan gas memasak LPG berbanding RM8 bilion untuk kegunaan itu pada tahun lalu.
“PAS telah menjangka ini adalah alasan untuk kerajaan menaikkan minyak RON95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat,” ujarnya.
Beliau berkata, kenapa kerajaan perlu mengeluh mengenai hal ini, apakah kerajaan sudah tidak mempunyai antibodi untuk memikirkan bagi kebahagiaan rakyat sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekangan kewangan setiap saat memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat.

Pakatan: Kami tak perlu pilihan raya olok-olok, tapi sudah hidu PRU


KUALA LUMPUR, 17 Mei — Pakatan Rakyat (PR) “tidak bimbang” untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun BN khususnya parti terasnya Umno dilaporkan bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya olok-olok Julai ini, atas alasan perikatan tiga komponen itu telah pun membuat persediaan rapi.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PR tidak perlu untuk mengadakan pilihan raya olok-olok sepertimana hendak dilakukan Umno dalam dua bulan lagi.
“Kita telah persiapkan jentera kita untuk menghadapi pilihan raya umum di semua peringkat, semua parti telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi BN.
“Dari segi PAS, kita akan membentuk satu pelan bertindak yang lebih serius selepas pemilihan parti nanti. Kita telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ditambah pula dengan pengalaman beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Katanya, PR tidak perlu untuk mengadakan pilihan raya olok-olok seperti mana yang akan dilakukan BN itu.
“Saya rasa kita ada cara lain yang kita rasa boleh (dilakukan), kita tidak perlu mengadakan pilihan raya olok-olok kerana kita ada mekanisma tersendiri untuk melihat tahap sokongan rakyat.

RON 95 Naik Sukarkan Hari-Hari Terakhir Najib Altantuya

ANALISIS

Di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan harga, Najib Altantuya dan Rosmah Mansor
sempat lagi berbelanja ke empat negara dalam dua minggu!!
Gambar fail Najib Altantuya tiba di Qatar kelmarin dan mengakhiri
percutiannya di Amerika Syarikat!!

Pengumuman Ismail Sabri Yaakob disusuli pula dengan kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa kenaikan petrol jenis RON 95 dan kenaikan sekali ganda nilai subsidi dari RM10.38 bilion kepada 20.58 bilion sebenarnya tidaklah mengejutkan.

Sudah dijangka, malah ada di antara penganalisis ekonomi "menyindir" kabinet Najib Altantuya dengan mengatakan mereka sudah "tidak sabar-sabar" untuk melihat harga petrol khusus dijual untuk rakyat Malaysia itu dinaikkan lagi bagi mengimbangi defisit kerajaan yang sangat tinggi, sekitar 5.7 peratus dari Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) seperti yang dinyatakan dalam unjuran suku tahun pertama 2011.

UMNO BN Ketagih Ciplak Tawaran Buku Jingga


SHAH ALAM 17 MEI : Kritikan lantang kerajaan pemerintah sebelum ini kononnya tawaran 100 hari Pakatan Rakyat akan menyebabkan negara muflis meleset sama sekali apabila sedikit demi sedikit tawaran Buku Jingga itu diceduk UMNO BN.

Sebelum ini, idea memberikan insentif RM500 kepada golongan pendidik diciplak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Najib Razak dan terbaru, cadangan pemansuhan tol turut digunapakai.

Berkuatkuasa semalam, kerajaan pemerintah memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol arah Cheras dan Plaza Tol arah Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur- Barat (Metramac).

MB Selangor: Hari Wesak lambang kesedaran dan pencerahan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perayaan Hari Wesak melambangkan kesedaran atau pencerahan terhadap makna diri dan hubungan sebagai manusia.
“Persaudaraan kemanusiaan yang telah lama berakar di Malaysia akan terus subur untuk manfaat semua warganya. Ia bukanlah sesuatu yang asing di negara ini.
“Sambutannya itu sendiri menunjukkan bahawa kepelbagaian kepercayaan itu wujud di negara ini dan kebebasannya dijamin oleh perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Wesak 2011,” kata Khalid dalam perutusan khas sambutan hari Wesak 2011.
Berikutan itu, kerajaan Selangor memperuntukkan lebih RM 1 juta setiap tahun kepada hampir 200 rumah ibadat Buddha.
Kerajaan Selangor turut mengadakan sebuah Majlis Masyarakat Bukan Muslim untuk berbincang dan mengemukakan isu berkaitan amalan keagamaan mereka yang memerlukan tindakan kerajaan negeri Selangor.
Khalid menambah, bagi meningkatkan keberkesanannya, majlis ini mengadakan pertemuan lebih kerap iaitu sebanyak enam kali setahun berbanding hanya dua kali sebelumnya.
Dalam keanggotaan Majlis ini, tiga daripada tujuh organisasi terlibat adalah mereka yang terdiri dari penganut agama Buddha.

RON95: Zahid juga minta k'jaan kaji beban rakyat..tapi lu kena minta maaf dulu dengan Nurul..!!

NONEKerajaan diminta menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol RON95, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan perlu mencari satu mekanisme lain bagi menjimatkan pemberian subsidi untuk bahan bakar itu.

"Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.

"Kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai sumber cukai untuk menampung subsidi tersebut," katanya kepada pemberita selepas menutup program gotong-royong Perdana Mukim Bangau anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Gau dan Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.

Projek Lynas: Aktivis rancang serah memo di kedutaan Australia

KUALA LUMPUR: Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan diadakan pada Jumaat 20 Mei 2011, jam 2 petang dari KLCC hingga ke kedutaan Australia.

Penganjur memaklumkan, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk kumpulan pencinta alam akan menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia.

Memetik kenyataan Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar Kuantan: Pahang Don’t Need Hazardous di laman facebook, mereka menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama serta status sosial untuk turun beramai-ramai bagi menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan.

Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.

Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan Umno Barisan Nasional masih bersikap membisu.

Bakar sentimen agama untuk halalkan Operasi Lalang Kedua?

Sejak awal Mac hingga Mei, akhbar arus perdana tidak henti-henti dari menjalankan propaganda kononnya suasana ‘perpaduan’ bakal tergugat jika pembangkang berjaya menjatuhkan kerajaan.
Lihat sahaja semasa Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak April lalu, akhbar arus perdana memainkan sentimen kononnya wujud kecenderungan Pakatan Rakyat untuk menjadikan Sarawak seolah-oleh terkeluar dari Malaysia. Malah media juga memainkan sentimen kononnya jika Pakatan Rakyat menang, Pengerusi KeADILan Sarawak, Baru Bian yang kononnya seorang pejuang Kristian akan menjadi Ketua Menteri
Laporan berbentuk sentimen keagamaan ini menular, malah bahangnya terasa di Semenanjung walaupun hangatnya tidak terasa di Sarawak yang ketika itu berdepan pilihan raya.
Lihat sahaja pada 20 April 2011, empat hari selepas pilihan raya Sarawak tamat, akhbar arus perdana menggunakan ‘kebebasan’ akhbar yang mereka miliki untuk mempromosi 1Melayu 1Bumi, dan kemudiannya disahut dengan lantang oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juak-juaknya. Walaupun hakikatnya, tiada ketegangan yang berlaku namun media-media pro-Umno ini semakin berani untuk membawa pemikiran masyarakat berada dalam ketakutan dan keresahan.

Tengok nii..Apa Kata "Hardcore Umno"..??

Bila wa memberikan ucapan tahniah kepada member wa,seorang ciku (Cikgu) diatas kenyataan TPM semalam yang akan menggembirakan warga guru..rupa-rupanya yang terjadi adalah disebaliknya..muka kawan gua tu,sebijik macam cicak berak kapur..Gua kata,hai takkan lu ahli hardcore Umno pun nak marah..??

Dia kata,"Apa dia orang (Menteri) ingat ceikgu bawahan ni macam pencacai ke,takda nilai..aku ingat Pilihanraya kali ni aku tak akan undi BN lagi..Haramm..."katanya dengan nada marah.Gua kata lu berani ke nak pangkah PR,sbb selama ni lu memang hardcore Umno?."tanya gua.

Tuduh DAP di belakang Kristian untuk apa?

Laporan akhbar Utusan Malaysia sejak mutakhir ini menambahkan lagi api perkauman dan keagamaan yang sempit, sudah tentu didalangi Umno-BN. Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran mempunyai hujah terhadap isu ini. Ikuti interbiu wartawan SALMIYAH HARUN bersama beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.

WARTAWAN: Apa peranan kementerian dalam mengawal Utusan Malaysia yang melaporkan isu-isu sensitif?
M. Kulasegaran: Dalam isu ini, saya menganggap kedua menteri iaitu Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Dr Rais Yatim lalai dan cuai dalam menjalankan peranan mereka masing-masing.
Mereka perlu di rujuk dengan tindakan tegas di sidang Parlimen akan berlangsung bulan Julai depan. Mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia walaupun laporan yang dikeluarkan salah dan berunsur fitnah.

Kes liwat Anwar uji Pakatan Rakyat

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin gabungan parti-parti pembangkang Pakatan Rakyat menjadi ujian terhadap kesabaran gabungan itu menghadapi tekanan hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Pagi tadi hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Zabidin Mohd Diah mengarahkan Anwar membela diri dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perkembangan yang dijangka ini meningkatkan kebimbangan pihak yang menyokong kuat kepimpinan Anwar dalam PR dan melihat tidak ada calon lain yang berkemampuan seperti pemimpin berusia 63 tahun itu.

Pihak yang menyokong kuat Anwar melihat pemimpin-pemimpin lain dalam PR terutama pemimpin parti terbesar gabungan itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengetuai PAS sebagai tidak mempunyai kelayakan yang cukup dan tidak popular.

Dekati ulama, mainan politik bijak Anwar Ibrahim

Pemimpin utama pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan tekanan ekoran dikait dengan video seks dan menjelang keputusan mahkamah 16 Mei esok, kini mengadakan kempen besar-besaran dengan mendekatkan dirinya dengan ulama.

Tokoh agama Dr Wahbah al-Zuhaili kini menjadi agamawan terbaharu dilibatkan dalam kempen untuk membersihkan imej Anwar.

Al-Zuhaili dibawa berceramah di negara ini, dalam satu usaha membina persepsi positif untuk Anwar.

Tokoh agama itu dibawa bersama dalam program bertema "menolak fitnah" terhadap Anwar, yang merupakan usaha menolak dakwaan mengaitkan ketua parti pembangkang itu dengan satu rakaman aksi seks.

Satu contoh permainan imej ini ialah satu kain pemidang mengiklankan satu program disertai tokoh agama antarabangsa itu, gambar wajah Anwar diletakkan bersebelahan gambar Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan gambar besar wajah al-Zuhaili.

Fixing date for election dry run

The Umno management committee meeting will be discussing preparation for the 13th general election.

PUTRAJAYA: The proposed general election dry run for the 13th general election will be the main topic of discussion at tomorrow’s Umno management committee meeting, the party’s secretary-general, Tengku Adnan Mansor said.
He said the meeting, to be held here, would be chaired by deputy president, Muhyiddin Yassin.
“We will bring up the matters that are discussed at tomorrow’s meeting to the Umno supreme council meeting on May 23 to decide on the date for the election dry run at all divisions nationwide,” he told reporters after flagging off the Federal Territory Puteri Umno’s “Ziarah Kasih” convoy here today.
He said that from feedbacks received, all Umno divisions were waiting for the date to hold the election dry run.
Tengku Adnan said Umno was now focusing on efforts to register its members as voters.
He said there were about 400,000 Umno members who were eligile to vote, but had yet to register as voters.
- Bernama

The value of your vote

Money politics makes a joke of free elections, but it is only one of the problems in the system

PETALING JAYA: Some say money is the lifeblood of politics. And as the general election draws near, some desperate politicians are doubtless asking themselves whether the price of votes this time around will be affected by the rising inflation.
Perhaps the following true story will give them some hints. It was related by someone—let us call him Musa—during an election campaign.
“Last week, an amazing drama unfolded when a politician tried to convince my neighbour to vote for his a party. When he realized that he was getting nowhere, he decided to use the power in his pocket. He took out a bundle of money and almost shoved it into my neighbour’s face.
“’How much is your vote?’ he asked.
“My neighbour hesitated for a moment and then grabbed a piece of paper. He scribbled something, gave the paper to the politician, and said, ‘This is the value of my vote.’
“The politician read what was written and then angrily squeezed the paper and threw it away. He turned to me and said my neighbour was being irrational.

Petrol RON95: Kerajaan tak peduli beban rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan memang tidak pernah memegang janji berhubung soal kenaikan barangan dan terbaru petrol RON 95 yang dijangka mengalami nasib yang sama, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Abdul Rahman Yusof.
Menurutnya, kerajaan tidak pernah memikirkan bebanan rakyat yang terpaksa menanggung implikasi daripada kenaikan petrol terhadap barangan lain.
“Kerajaan tidak pegang janji kerana menterinya sendiri mengumumkan supaya rakyat bersiap sedia untuk menghadapi kenaikan petrol RON95 yang rata-ratanya digunakan rakyat kelas pertengahan dan rendah.
“Implikasi kenaikan petrol akan memberikan kesan yang besar kerana semua barangan keperluan dinaikkan harga. Mangsanya adalah rakyat yang terpaksa menanggung beban selain menambahkan hutang isi rumah,” kata Abdul Rahman ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Syarat Polis Gugurkan Nama Anwar, Azmin Melampau


SHAH ALAM 17 MEI : Polis Diraja Malaysia (PDRM) kawasan Sepang mensyaratkan agar nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali digugurkan dari senarai penceramah sebelum meluluskan permit untuk Pakatan Rakyat menganjurkan ceramah JELAS- Tawan Malaysia.

Tindakan 'lebih sudu dari kuah' itu dipertikai banyak pihak berikutan polis sebelum ini hanya meminta butiran penganjur sahaja sebelum meluluskan sebarang permit. 

Namun akhir- akhir ini institusi polis secara jelas diperkuda UMNO BN untuk kepentingan politik mereka, mengekang Anwar dan Azmin untuk turun padang menjelaskan isu semasa kepada rakyat. 

P'raya S'pura: Pengajaran yang telah kita lalui?

Walaupun kemenangan lebih dua pertiga yang diperoleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum Singapura baru-baru ini memberi mandat kepada parti itu untuk terus memerintah bagi tempoh lebih kurang lima tahun akan datang, namun keputusan itu juga mendedahkan beberapa hakikat menarik, termasuk undi popular PAP telah merosot dan pembangkang mencatat beberapa kejayaan penting.

Beberapa faktor yang menyumbang kepada keadaan itu mungkin boleh dijadikan renungan serta iktibar oleh parti politik di Malaysia.

Hakikat paling ketara ialah kejayaan pembangkang memanfaatkan perasaan tidak puas hati sebilangan besar anggota "kelas bawahan" terhadap PAP, walaupun parti itu berjaya menjadikan Singapura sebuah negara yang makmur, bersih, mematuhi undang-undang dan selesa untuk didiami.

Video : Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan

Why the deafening silence on "some basis" police report, Christians ask Najib

Why the deafening silence on "some basis" police report, Christians ask NajibChristian leaders called on Prime Minister Najib Razak to hasten a probe into a police claim there was ‘new evidence’ giving “some basis” to the controversial Utusan news article alleging a plot to make Christianity the country’s official religion.
“The public is waiting with bated breath for the full details of this new development announced by both the Home Minister and the Deputy Inspector-General of Police,” Ramon Navaratnam, a senior Christian lay-leader and past president of Transparency International, told Malaysia Chronicle.
Last week, Home Minister Hishammuddin Hussein had smacked down an angry Christian community demanding tougher action against the editors of the Umno-owned newspaper for “irresponsible” reporting.
Refusing to do more than issue a reprimand, Hishammuddin had insisted there was “some basis” for the article and pointed to a police report lodged by DAP member Mohamed Razali Abdul Rahman.
Hisham’s announcement was immediately backed up by Khalid Abu Bakar, the controversial and newly-promoted deputy police chief.

Muktamar PAS : Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan, 14 layak tanding naib

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden.
Manakala 82 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang juga Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Bagi jawatan timbalan presiden, enam orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharudin Mat Isa.
Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub,ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Keenam-enam mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu:

Muktamar PAS : Ketua Pemuda, Muslimat PAS bakal ditandingi

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Jawatan Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat mungkin ditandingi pada pemilihan kali ini berikutan ada beberapa pencalonan kedua-dua jawatan itu.
Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, selain Ustaz Nasrudin Hassan, turut dicalonkan ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani, ketua penerangan, Suhaizan Kaiyat dan exco, Firdaus Jaafar.
Sementara jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, selain Ustazah Nuridah Mohd Salleh, turut dicalonkan ialah timbalannya, Siti Zailah Mohd Yusof, serta dua ajk muslimat PAS Pusat Dr. Siti Mariah dan Dr. Asiah Ali.
Demikian dimaklumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Harun Taib kekal terajui Dewan Ulamak PAS Pusat


Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Dewan Ulamak PAS Pusat menyaksikan tidak banyak perubahan pada pemilihan kali ini apabila jawatan Ketua dan naib ketua kekal dengan penyandang sekarang.
Datuk Harun Taib (gambar) kekal sebagai ketua manakala naib ketua terus disandang Datuk Dr. Mahfodz Mohamed.
Bagi jawatan timbalan ketua pula, terdapat dua nama yang dicalonkan iaitu Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman.
Seramai 26 orang pula layak bertanding ahli jawatankuasa kerja iaitu:
1.    Abdullah Abd Razak, Ustaz
2.    Abdullah Hussin, Ustaz
3.    Abdullah Abu Bakar , Ustaz
4.    Abd Ghani Shamsuddin, Ustaz
5.    Abu Bakar Abdullah , Ustaz
6.    Azhar Yahya , Ustaz
7.    Azhar Yaakob , Ustaz Dr.
8.    Badrulzaman  Yusuf , Ustaz Dr.
9.    Hussien Awang, Dato‘ Ustaz
10.    Khairul Muntanazir Ismail, Ustaz
11.    Khairudin Aman Razali, Ustaz
12.    Lutfi Ariffin, Ustaz
13.    Mohamad Daud Iraqi, Dato‘ Ustaz
14.    Mohd Shuib Din, Ustaz
15.    Mohd Zain Abd Rahman, Ustaz
16.    Mokhtar Senik, Ustaz
17.    Mustafa Abdullah, Ustaz
18.    Nik Mohamad Zawawi Salleh, Ustaz
19.    Nor Najhan Mohd Salleh, Ustaz
20.    Shahabudin Ngah, Ustaz
21.    Shuib Din, Ustaz
22.    Shuib Mat Amin, Ustaz
23.    Zulkarnain Hassan, Ustaz
24.    Zulkifli Ismail, Ustaz
25.    Wan Abdul Halim Wan Che Ustaz
26.    Zainol Asri Romli, Ustaz
Perkara tersebut diumumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Dewan Ulamak berbeza dengan Dewan Pemuda dan Muslimat iaitu hanya satu pencalonan diperlukan untuk melayakkan seseorang itu bertanding dan pencalonannya dibuat oleh negeri, bukan kawasan.

Terima Kasih UMporNO : Harga petrol RON95 disemak bulan depan..tak perlu semak naik terus...lagi mahal lagi baik..!!

Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter.

Harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter pada 2 April lepas ekoran krisis Timur Tengah manakala kali terakhir harga RON95 naik adalah pada Disember tahun lalu iaitu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Ismail Sabri berkata walaupun sebelum ini beliau berkata harga minyak tidak dinaikkan pada masa sekarang, tetapi ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi.

"Tahun lepas, tanggungan subsidi kerajaan (bagi produk petroleum) adalah RM8 bilion apabila harga minyak dunia meningkat, dan tidak nampak trend itu akan menurun. Kalau keadaan itu berterusan, tanggungan subsidi kerajaan akan menjadi RM18 bilion tahun ini iaitu kenaikan RM10 bilion," katanya.

Beliau berkata sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran.

Katanya rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar yang ditanggung kerajaan sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat.

- Bernama

Pemilihan PAS: Ketua Pemuda, Muslimat bakal dicabar


KUALA LUMPUR, 17 Mei — Jawatan ketua Pemuda PAS dan Muslimat pusat dijangka bakal menyaksikan saingan dengan masing-masing sayap menerima empat pencalonan selepas kesemua kawasan selesai mengadakan mesyuarat setakat kelmarin.
Penyandang ketua kedua-dua sayap itu, Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Nuridah Salleh merupakan antara mereka yang turut dicalonkan.
Nasrudin memegang jawatan itu sejak 2009 menggantikan Salahuddin Ayub manakala Nuridah pula bermula 2007.
Bagaimanapun keputusan akhir sama ada kedua-dua jawatan itu bakal menyaksikan cabaran hanya boleh diketahui selepas tempoh penerimaan pencalonan berakhir 26 Mei ini.

Ratusan ribu guru diperbodoh akhirnya...

'Berita gembira' yang kononnya dinanti-nantikan lebih 400 ribu warga pendidik sempena sambutan Hari Guru 2011 akhirnya muncul dengan berita basi mengenai peluang kenaikan pangkat yang hanya melibatkan beberapa ribu guru sahaja.
Mereka yang berpeluang menikmati kenaikan pangkat pula, bukanlah sepenuhnya dilaksanakan secara automatik tetapi perlu melalui beberapa karenah birokrasi malah ada yang berhadapan tindakan pilih kasih di pelbagai peringkat pengurusan.
Kononnya guru-guru juga berpeluang 'menikmati' kenaikan gaji tahunan - semua kakitangan kerajaan tanpa mengira jabatan, 'menikmati' kenaikan gaji tahunan melainkan kes-kes tertentu dan terpencil hingga menyebabkan gaji mereka ditahan. Bagi golongan yang telah mencapai tahap gaji maksimum, apa yang dapat mereka nikmati melainkan kekal pada tahap gaji yang sama untuk beberapa tahun sebelum bersara.
Akhirnya, berita gembira yang dinanti-nanti, yang diumumkan sempena Hari Guru, hanyalah berita basi yang hanya dapat memanfaatkan sebilangan kecil warga pendidik. Maaf ya, cikgu pun tertipu dengan 'berita gembira'. Pengumuman Perdana Menteri amat jauh daripada kesediaan kerajaan Pakatan yang menjanjikan kenaikan gaji RM500 sebulan kepada kesemua warga pendidik dalam tempoh 100 hari berjaya mengurus dan mentadbir Putrajaya.

Video : Azizah Kutuk Tindakan Pelampau Cetus Ketegangan Agama

Cabang Kehakiman adalah anjing suruhan Eksekutif

Di mana-mana negara yang mengamalkan corak pemerintahan demokrasi, pada dasarnya terdiri daripada tiga cabang yang bertindak secara bebas dan menjadi pengimbang dan penyemak antara ketiga-tiga cabang - Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman. Kekebasan setiap cabang dapat menjamin agar satu bentuk pemerintahan yang adil, telus dan berakauntibiliti dapat dijalankan.
Ini akan menguntungkan banyak pihak khususnya Rakyat kerana kehidupan seharian Rakyat akan lebih terjamin, kemakmuran hasil negara dapat dinikmati bersama.
Yang lebih penting, kebebasan ketiga-tiga cabang berkenaan akan dapat mempastikan hak setiap Rakyat yang menjadi warganegara dapat dilindungi. Keadaan ini sekali gus dapat meningkatkan keyakinan dan hubungan dengan negara luar.

‘Hakim Neraka’ hiasi muka depan Suara Keadilan 16

KUALA LUMPUR: Edisi ke-16 akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan tampil dengan pendedahan berani merungkai skandal demi skandal kerajaan Umno Barisan Nasional.
Terkini, paparan ‘Hakim Neraka’ menghiasi muka depan akhbar kali ini yang mengupas perbicaraan berat sebelah dalam kes fitnah 2 melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Huraian lanjut mengenai perbicaraan bersifat politik itu dibongkar di halaman empat dan lima.
Turut dilaporkan adalah harga petrol RON95 disahkan akan naik lagi berikutan jaminan kerajaan Umno BN yang rakyat perlu bersedia menghadapi kenaikan harga bahan bakar itu dalam jangka masa terdekat.
Sementara itu, ruangan ‘Q&A’ pula menampilkan pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Hamid yang berkhidmat dengan Anwar selama hampir 28 tahun.