Isnin, 16 Mei 2011

JOM SERTAI UMNO UNTUK DISKAUN RON95, RON97...!



GUA malas nak cakap banyak, gua cuma nak ucapkan tahniah kepada gerombolan songkok tinggi. Kerana sokongan padu lu orang semua yang kaya raya mengalahkan bill gate, lu dapat hadiah dari kerajaan yang baik hati dan mendahulukan rakyat. Harga minyak akan dinaikkan lagi maka lu orang kena stanby!

Kepada rakyat yang belum masuk ahli UMNO sila daftar segera, di cawangan-cawangan UMNO berhampiran untuk mendapatkan diskaun harga minyak. Harga minyak mahal kepada penyokong Pakatan Rakyat sahaja, ahli UMNO akan dapat harga murah, kalau lu orang bernasib baik lu orang akan dapat free minyak sebab jadi ahli UMNO [Utusan].


Tak sia-sia lu orang sokong UMNO, lu sendiri dapat diskaun harga minyak kah kah kah padan muka lu orang kah kah kah. Kepada gerombolan songkok tinggi cepat, cepat pergi celup kepala kat longkang muahahaha...

Stop Lynas Solidarity Walk 2011

Masa dan tarikh : 20hb Mei · 2.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi: Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
Dianjurkan Oleh Jonathan Wong

Maklumat Lanjut

SPECIAL ANNOUNCEMENT:

We are organizing a HUGE Stop Lynas Solidarity Walk on the 20th of May 2011 (Friday, 2pm) from KLCC to the Australian Embassy.

This is a peaceful walk that will end with the handing of a people's memorandum to the Australian Ambassador to Malaysia.
...
We come together united as citizens of Malaysia, regardless of race, religion and social standing, to protest against the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) -The world's largest rare earth plant in Gebeng, Kuantan. This project endangers the lives of the Rakyat and it violates our rights as Malaysian citizens to determine the destiny of our country. I urge everyone who wants to see a better future for our children and our country join us in this 'once in a lifetime' event!

Najib Jumpa Ketua Hakim Negara Enam Jam...Untuk Apa...Tak Pernah Berlaku Dalam Sejarah..!!

Bohong dia bohonglah saya. Tetapi dengan ketokohan dan krebiliti yang ada kepadanya sang tokoh ini saya percaya dia tidak berbohong. Sebelum ini pun banyak maklumat sulit yang beliau peroelehi, baik disebut atau tidak ternyata benar. Hubungan beliau sebagai bekas pemimpin kanan negara juga meletakan dirinya sebagai berstatus boleh dipercayai. Berpandukan kepada track rekodnya tahap keboleh percayaan itu melebhi 90 peratus.

Petang tadi sewaktu mengunjunginya, saya diberi tahu sesutau peristiwa yang mungkin tidak ramai diketahui dari kalangan rakyat peringkat bawah. Tetapi rakyat peringkat atas, apa lagi bernama pegawai tinggi, menteri mengetahuinya. Kalaupun rakyat peringkat bawah yang mengetahuinya hanya pemandu sahaja.

Halusi Daftar Pemilih

Oleh Dr Siti Mariah

Sehari dalam dunia politik adalah masa yang begitu panjang kerana banyak perkara yang berlaku dan terlalu banyak maklumat baru. kalau anda mengikuti laman sosial media twitter atau facebook anda akan terpaku di sana sehingga banyak kerja yang tak menjadi.

Sebelum saya mendapatkan samsung galaxy tab, saya agak terkebelakang dalam mengikuti perkembangan semasa "in real time".

Saya tidak suka menggunakan telefon utk melayari sesawang internet sebab tulisan yang kecil menyakitkan mata. 

Ganjaran guru bukan pancing undi PRU-13, kata Muhyiddin..baru kaedah jerk..belum tentu naik..!!

KUCHING, 16 Mei — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, keputusan kerajaan memberi lima kaedah kenaikan pangkat baru di bawah skim perkhidmatan guru dilakukan sepanjang masa dan bukan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Muhyiddin (gambar) yang juga Menteri Pelajaran berkata, usaha kerajaan untuk menambah baik skim perguruan akan diteruskan sebagai kesinambungan kepada keperluan transformai kecemerlangan perkhidmatan berkenaan.
“Boleh kita tekan bahawa perkhidmatan perguruan di negara ini mendapat layanan yang adil,” katanya dipetik laporan Bernama.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru 2011, peringkat kebangsaan ke-40 di sini hari ini.

PM Malaysia Kristian Bila Presiden UMNO Kristian

Oleh: ruhan

"Ramai orang beranggapan bahawa usaha Utuseks Meloya memainkan isu kristian ganti Islam hanya untuk menjatuhkan imej DAP dan PAS yang didakwa bersekongkol dengannya.  Tanpa melihat kepada faktor-faktor lain yang menyelubunginya, memang itulah sangkaan kita.  Utuseks sememangnya sudah dimakan sumpah laknat. Kebodohan mereka terserlah dengan isu ini.  Mereka sebenarnya menikam tuan sendiri dari belakang. Mungkin mereka tidak sedar tetapi itulah hakikatnya.

Pelbagai pihak telah menyatakan bahawa tidak ada kemungkinan langsung untuk Kristian menjadi agama rasmi Malaysia bagi menggantikan Islam dan seorang yang beragama Islam menjadi PM Malaysia.  Alasannya ialah jumlah penganutnya agak kecil dan kerusi penganut Kristian di Parlimen Malaysia juga sangat kecil.  Di samping itu, tidak payahlah kita berdebat tentang kesahihan dakwaan itu kerana semuanya bisa diatur.  Lagi pun UMNO sudah mahir dengan tipu-menipu ini - dulu, kini, dan selama-lamanya.

Cikgu Garang, Lembut, Lawak, Mesra, Penyeri, Tersayang dan Teragung

Oleh: solihinzubir

"Cikgu garang : Garang-garang cikgu ini, kalau bukan sebab golongan cikgu sebegini, mungkin sifat degil sukar dilenturkan, membuatkan diri ini membentuk disiplin yang lebih dalam pembelajaran. Terima kasih cikgu yang garang, menjadikan anak muridnya sebagai pemenang.

Cikgu lembut : Lawan kepada cikgu garang, bukan bermaksud awww ~ ~ Tapi kelembutan mereka dalam memberikan yang terbaik meredakan ketegangan semasa menjalani proses pembelajaran. Terima kasih cikgu lembut, menjadikan anak muridnya sebagai lembut, aww, eh? Bukan, membentuk ketenangan dalam berjuang.

Cikgu lawak : Ini kompom antara feveret punya, sentiasa ada sahaja dalam menceriakan kehidupan anak muridnya. Tidak bosan dalam mempelajari sesuatu. Terima kasih cikgu lawak, menghilangkan segala kekalutan dalam mengenal ilmu.

Cikgu mesra : Kemesraan menjadikan dirinya disenangi. Tidak kisah melayan karenah anak muridnya, apatah lagi selalu menjawab pertanyaan agar diri ini lebih memahami. Terima kasih cikgu mesra, kerana memberi yang terbaik bagi menjadikan anak muridnya lebih memahami sesuatu.

Polis soalsiasat Big Dog, pastor

Polis Pulau Pinang merakam kenyataan penulis blog Zakhir Mohamed berhubung tulisan dalam blognya yang mencetuskan isu 'konspirasi Kristian'.

Dipercayai ini adalah kali pertama Zakhir disoalsiasat oleh pihak polis berhubung tulisan tersebut, yang telah digunakan sebagai salah satu sumber dalam laporan muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu di bawah tajuk Kristian Agama Rasmi?

Lebih diketahui dengan nama penanya Big Dog, Zakhir memberitahu pemberita kemudian bahawa dia kebetulan berada di Pulau Pinang dan telah "dijemput" oleh pihak polis untuk "membantu siasatan".

Katanya, polis mengambil masa kira-kira sejam untuk merakamkan kenyataan beliaunya, tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Saya minta maaf. Saya tidak dapat mendedahkan apa yang berlaku di dalam (tadi)," katanya kepada pemberita pada kira-kira jam 7.45 malam tadi.

PAS minta Joseph Kurup jangan ugut penduduk

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Hisammuddin Sulaiman menyelar dakwaan Tan Sri Joseph Kurup yang menyatakan bahawa kehadiran penduduk kampung di Mahkamah Anak Negeri Pekan Kecil Sook, baru-baru ini bertujuan ingin mengadakan demostrasi jalanan semata-mata.
Katanya, ucapan Kurup (gambar)  itu berbentuk mengugut orang kampung tetapi masalah penduduk termasuk rumah pemujaan yang dirobohkan tidak dapat diselesaikan.
Ahli Parlimen Pensiangan itu dilaporkan berkata demikian di Majlis Perasmian Balai Masyarakat Kampung Lintuhun Baru, Sook.
Kurop mengulas tindakan beberapa orang yang telah mengadakan demonstrasi jalanan di hadapan Pejabat Daerah Kecil Sook.
Hisammuddin mengingatkan Kurup jangan hanya pandai bermain dengan kata-kata mengugut rakyat tetapi tuntutan penduduk kampung yang terlibat dengan rampasan tanah hendaklah diselesaikan segera.
“Jangan jadikan penduduk kampung sekadar alat politik sahaja, seolah-olah beliau takut dengan bayang-bayang sendiri sedangkan kehadiran PAS adalah penyelamat rakyat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Video - AMAN: Police, act now against 'crusading' Ibrahim

Video : Judge orders Anwar to enter defence

Jangan guna ISA, AMCP kepada Utusan

Ahmad Lutfi Othman   
Utusan Malaysia memang kebal. Ya... apalah nak dihairankan, bukankah Utusan dan Umno sukar dicerai tanggal, berpisah tiada?  Ketua Pengarang Kumpulannya, Aziz Ishak hanya mendapat surat teguran daripada Kementerian Dalam Negeri walaupun paparan berita utamanya pada 7 Mei lalu dilihat telah menimbulkan keributan dan kegemparan.

Seksyen 7, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP) cukup tidak gemar dengan hasil penerbitan "yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai" tetapi apabila ia membabitkan Utusan, segalanya okey, 'kan?

Seksyen 8 dan 73, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) memberi kuasa kepada menteri dan polis untuk menahan mana-mana orang yang "telah bertindak atau hampir bertindak atau mungkin bertindak dengan apa-apa cara yang mendatangkan mudarat kepada keselamatan negara", tetapi ia hanya digunakan kepada seteru politik Umno-BN sahaja, 'kan?

Ibrahim Ali is not the bogeyman but a real threat

Haris Ibrahim

MAY 16 — The Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) is sickened by the racist and anti-Christian rants of Ibrahim Ali, the president of Perkasa.
We are equally sickened by the tepid response from the home minister and the rest of the BN government to his incessant and increasingly rabid provocations.
Most recently, Ibrahim has called for a crusade against Christians. He has said that he is ready to fight, he is prepared to be detained under the Internal Security Act, he is willing to answer to a higher power if he is wrong.
His words clearly indicate that there is nothing holding him back from initiating an attack against Christians or those parties he suspects are backing the unsubstantiated “Christian conspiracy.” This makes him a dangerous threat to Malaysia’s peace, stability and security.
Therefore, it is alarming to note that there has been no action taken against Ibrahim. Home Minister Hishammuddin Hussein has merely said that Ibrahim does not speak for all Malays. He expressly denied that Ibrahim is not an extremist, but said that there were extremists in the Chinese community.

Tikus zaman saya pakai lampin

Oleh MUHAMAD MAT YAKIM

Zaman itu telah berlalu diambil oleh masa, dan petang semalam, melihat durian berlonggok di tepi jalan, saya terus terhantar ke dekad nostalgia. Teringat indahnya zaman itu, bermain di perdu durian, mengutip bunganya yang bertaburan. Alangkah sedap menyedut air bunga durian pada waktu pagi. Manis dan harum!
Itulah keindahan dunia kanak-kanak zaman itu, zaman yang sudah berlalu. Sekarang, pokok durian itu sudah tumbang. Hanya durian tepi jalan jadi pelepas gian. Namun, saya masih mengingati harumnya bau bunga durian, dan wanginya air disedut yang entah dari mana datang.

Pada masa itu, kami - budak-budak pada dekad 70-an - tidak pula takut atau ditakutkan oleh bahaya kencing tikus.

Kekebalan Utusan siar berita palsu

Oleh Lim Guan Eng
Demonstrasi yang terinspirasi oleh Umno di kawasan parlimen saya, Bagan (Butterworth) menunjukkan permainan politik bahaya Umno yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol yang harganya kurang daripada RM2.5 juta.
Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh Umno ini menyebar kata-kata bohong secara terang-terangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya.

Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi pihak Umno untuk bermain api dengan menyebarkan pembohongan melalui surat khabarnya Utusan Malaysia semata-mata ingin meraih sokongan kaum Melayu walau apa cara sekalipun.

On the upcycle, Ibrahim Ali is boon to Umno but bane to BN

On the upcycle, Ibrahim Ali is boon to Umno but bane to BNI am beginning to have doubts about Ibrahim Ali. I always thought he was the One, the Only One, and nothing but the One who will lead the Malays out of the slums. The All Wise Being, the Savior of the Malays.
Lately, he says he wouldn’t mind leading a crusade against the Christians, and would shed blood to defend Islam. WOW, such a courageous statement from the Man himself. But if he gets himself killed in a silly crusade, who is going to replace the Chosen One? Who is going to save the Malays from themselves?
Some one said he is an UMNO man. He was in UMNO but was unceremoniously bundled out by his envious UMNO colleagues who saw him as a threat to their tussle for power. If he had stayed on he would probably be Prime Minister without having to spend RM400 million. Najib wouldn’t have a chance with him around. Even in PAS, he was unwelcome after helping them to win the Golden Sands seat (Pasir Mas) so he decided to wrest it from them and became an Independent.

Stopping Anwar from becoming Prime Minister

Stopping Anwar from becoming Prime MinisterIn the old western movies of the 1970s, in battles with the Red Indians (the politically correct term is Native American Indians), the United States Cavalry will always aim to gun down the Red Indian Chief first.  This is because once the Chief is down, the rest of the Red Indians will have the fight all taken out of them and will ride away helter-skelter.

In the current Malaysian political scenario, Pakatan Rakyat and PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim can be likened to the Red Indian Chief and UMNO the bad cowboys who are ever-ready to gun him down.
They know that he is the one who is responsible for the setting up and running of the Pakatan, and most of all he is the one instrumental in bringing together PAS and DAP, 2 political parties with different ideologies to come together and battle the BN for the cause of justice.

Video: Kes Fitnah Ke Atas Anwar Mudah Dibaca Rakyat

Perkasa untuk ahli Perkasa…

Tapi jihad untuk semua orang Islam
PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mengesahkan kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammudin Hussein bahawa pertubuhan itu  tidak mewakili semua orang Melayu.
“Perkasa mewakili ahli Perkasa saja. Melayu sudah terbahagi kepada beberapa kumpulan. Melayu PAS dan Melayu PKR jadi perkakas DAP,manakala Melayu Umno dan Melayu liberal.
“Apa yang saya kata adalah peringatan. Kalau ada pihak yang terus mencabar kedudukan Islam,menghina Islam,memperlekeh bahasa kebangsaan, menidak hak keistimewaan orang Melayu dan mempersenda institusi Raja,maka saya,walaupun seorang, sebagai orang Melayu Islam, saya akan berjihad
Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas kenyataan Hishammuddin selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sungai Besar kelmarin.

Berjihad Perkasa dalam Perang Salib Perkasa-Gerakan


KUALA LUMPUR, 15 Mei — Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggesa polis menyiasat kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan.
“Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat 1 Malaysia dan pendirian kesederhanaan (yang dibawa oleh) Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Ibrahim Ali boleh cetus darurat, huru hara

KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk melancarkan perang Salib kepada masyarakat Kristian adalah provokasi berbahaya dan boleh mencetuskan ketegangan kaum, kata Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man.
“Ia boleh mencetuskan darurat dan menghuru-harakan negara. Ini jelas sekali satu tindakan provokatif yang tidak wajar sama sekali diucapkan oleh seseorang Ahli Parlimen,” kata Salleh dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, Ibrahim yang selama ini dilihat pro umno, memperlekeh prinsip 1Malaysia yang didokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ia katanya, turut melanggar prinsip Rukunegara apabila Ibrahim bertindak mencabar komuniti Kristian untuk melancarkan jihad.

As Najib preaches moderation in Oxford, Christians here call for action on Perkasa

As Najib preaches moderation in Oxford, Christians here call for action on Perkasa
As Prime Minister Najib Razak prepares to give a speech on moderation at UK's prestigious Oxford University, Christian leaders in Malaysia urged him to show the world that he meant what he said by taking firm action against an ultra-Malay rights rabble-rouser for threatening bloodshed against their community.
"Unless the prime minister deals firmly and openly with extremism and extremist views in his home country, his credibility will be badly affected," Ramon Navaratnam, a senior lay-Christian leader and past president of Transparency International told Malaysia Chronicle.
"Najib needs to act urgently to should show the world that he means what he says. He needs to step in to stamp out any extremism of any kind from any quarter, race or religious group."

Tol plaza arah Cheras dan PJ dimansuhkan..kesan dari Buku Jingga..!!

Kutipan tol di Plaza tol arah Cheras dan arah Petaling Jaya, Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (METRAMAC) di kedua-dua arah dimansuhkan bermula malam ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.
- Bernama

Di sebalik spekulasi PRU-13, Najib umum ‘ganjaran’ naik pangkat guru...kesan dari buku jingga.!!

KUCHING, 16 Mei — Pentadbiran Najib mengumumkan bahawa warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambah baik skim perkhidmatan guru — langkah yang dilihat bertujuan menarik sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13.
Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.
Pelancaran sambutan Hari Guru bertema “Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara” itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran.

NGO Aman mahu Ibrahim Ali ditahan guna Akta Darurat


KUALA LUMPUR, 16 Mei — Angkatan Warga Aman Malaysia (Aman) menggesa Kementerian Dalam Negeri menahan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali di bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) ekoran kesediaan melancarkan “perang jihad” ke atas komuniti Kristian.
Ibrahim (gambar) dalam ceramahnya kelmarin memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.
Menurut Pengerusi Aman AP Raja Retinam, kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim itu “amat bahaya”, boleh mencetuskan keadaan tidak aman dalam negara.

Video : Nik Aziz Saman Pihak Yang Mendakwa Kelantan Rampas Tanah Rakyat

Video : Wan Azizah Tekad Kaji Elaun Guru

Peguam Anwar akan rakam keterangan PM, isteri

Pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapatkan keterangan dari para saksi yang disenaraikan untuk perbicaraan Liwat II, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

NONEYang lainnya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kini telah menyertai Umno, Mohd Ezam Mohd Nor, dan bekas atlet Datuk Mumtaz Jaafar yang dikatakan teman rapat Rosmah.

Peguam Karpal Singh berkata proses mendapat keterangan para saksi tersebut akan diadakan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta “dan kemudiannya kami akan memutuskan sama ada akan memanggil mereka (memberi keterangan)”.

“Pendakwa mahu pasukan peguambela mendapatkan keterangan Najib di Pejabat Perdana Menteri (di Putrajaya) tetapi kami mahu tempat yang berkecuali, dan mencadangkan (kompleks mahkamah di Jalan Duta). Kami akan mendapatkan keterangan itu dalam beberapa hari ini,” katanya.

Tidak Ada Alasan Untuk Najib, Rosmah Dan Hassan Elak Diri Sebagai Saksi Kes Fitnah


SHAH ALAM 16 MEI : Tidak ada sebab untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isteri Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk mengelakkan diri daripada dipanggil sebagai saksi berhubung kes perbicaraan fitnah ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, individu yang mendokong rukun negara Malaysia, tidak harus dikecualikan daripada memberi keterangan dalam mahkamah walaupun mereka berstatus orang penting negara.

Kes Anwar- Hakim/Pendakwaraya Bersekongkol, Kata Aziz Bari


SHAH ALAM 17 MEI : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.
"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor.

Helah Simpati : PKR Tuntut Zahid Hamidi Minta Maaf


KUALA LUMPUR 16 MEI : Naib presiden PKR N Surendran menuntut naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf dan menarik balik satu kenyataannya sebelum ini bahawa ugutan culik yang diterima ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai helah untuk mendapatkan simpati.
Surendran juga berkata, Ahmad Zahid sebagai seorang menteri kanan tidak sepatutnya membuat kenyataan berkenaan memandangkan ianya prejudis ke atas kes yang masih dalam siasatan polis.

"Kenyataan Zahid itu tidak benar, tidak patut dan sangat prejudis ke atas siasatan polis yang dijalankan ke atas ugutan penculikan itu," kata Surendran.

RON95: Rakyat akan ditipu lagi

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Rakyat terus ditipu lagi dengan permainan licik kerajaan Umno BN, apabila harga petrol RON95 akan dinaikkan setelah harganya kini begitu membebankan.
Pada hal tiga lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat tidak perlu risaau kerana harga RON95 tidak akan dinaikkan.
Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, cakap Datuk Ismail Sabri itu bagaimanapun tidak boleh dipakai kerana ia hanyalah untuk mengelirukan rakyat.
Menurut beliau, kenaikan petrol RON95 tidak sepatutnya berlaku kerana jika RON95 dinaikkan ia pasti akan melibatkan bebanan seluruh rakyat.
Katanya, keadaan itu berbeza dengan RON97 yang hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja, tetapi jika RON95 dinaikkan ia pasti akan turut melibatkan kenaikan harga barangan lain yang pasti akan lebih menghimpitkan lagi kehidupan rakyat pelbagai peringkat.
"Dalam hal ini, saya cukup hairan apabila tiga hari lalu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri yang mengatakan harga RON95 tak akan dinaikkan, hari ini dia sendiri pula yang minta rakyat bersedia kerana RON95 akan dinaikkan lagi atas alasan kenaikan harga minyak dunia.

Minyak naik: Jangan sampai rakyat hilang sabar

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Kerajaan sekali lagi dilihat mahu perbodohkan rakyat negara ini dengan kajian rasionalisasi subsidi minyak yang dijalankan dan berkemungkinan menaikan harga petrol RON95.

Menurut Mohd Anuar Mohd Tahir, Pengerusi Lajnah Buruh & Setinggan PAS, Kerajaan dilihat mahu mencabar rakyat dan menguji kesabaran rakyat dengan mahu menaikkan harga minyak sekali lagi.

"Selepas menaikkan harga gula dan minyak petrol RON97 sekian ini, tidak sampai sebulan pun masih lagi mahu menaikan harga minyak petrol RON95 pula.

"Pekara ini dilihat menyeksakan rakyat dan terus membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana, tambahan lagi kita semakin hampir mendekati bulan Ramadan seterusnya menyambut Syawal tiba.

Attack of the Invisible Swords: Slashing down PAS through PKR, DAP

Attack of the Invisible Swords: Slashing down PAS through PKR, DAPThere's a saying on the eternal battle between God and the Devil and it goes thus: where there is God, the Devil will strike.

And which better place for the Devil to strike than in PAS, the Islamic religious political party not to mention the fact that deep blue is also the colour of the flag of the political party who uses the 'dacing' as its symbol although it has been accused of not doing any justice whatsoever to the symbol at all.

The latest to jump on the bandwagon to strike at PAS is Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin who was reported by Star as urging PAS Spiritual leader Tok Guru Nik Aziz Nik Mat to "tell the truth even if it is bitter" in regards to the sex video featuring a man resembling Opposition Leader Anwar Ibrahim.

MCLM to join solidarity walk to stop Lynas project

MCLM president Haris Ibrahim said the rare earth project in Pahang will destroy lives and leave behind a trail of pollution that will last for years.
PETALING JAYA: The Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) will join the Stop Lynas Solidarity Walk scheduled to be held on Friday.
Urging all Malaysians to join the walk, its president Haris Ibrahim said the Lynas rare earth project in Gebeng, Pahang, posed a clear and present danger to the people.
“Local and foreign experts have warned that the rare earth industry will destroy people’s lives, wreck the environment and leave behind a trail of poison that will linger for billions of years,” Haris said in a statement.
The Lynas project, which is scheduled to operate by year-end, had drawn flak from nearby residents, non-governmetal organisations and opposition lawmakers who have all expressed concern over its long-term effects on the people.

Wan Azizah Tekad Kaji Elaun Guru



SHAH ALAM 16 MEI : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya tekad untuk mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.
Wan Azizah berkata demikian dalam perutusannya sempena sambutan hari guru yang jatuh pada 16 Mei, hari ini.
Justeru Wan Azizah menambah, komitmen PR ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Buku Jingga yang dilancarkan baru-baru ini.
“Pakatan Rakyat juga bertekad akan mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru secara keseluruhan agar setimpal dengan bebanan yang ditanggung,” kata Wan Azizah.

Ibrahim, nak 'berjihad' pun bayar 'hutang' dulu

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali diingatkan agar tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli.
AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan terbuka Ibrahim bahawa beliau dan Perkasa sanggup melancarkan ‘perang salib’ atau ‘jihad’ untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita.
“Saya menasihatkan agar beliau tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan Umno BN terus berkuasa dengan konsep jihad sebenar yang suci dan bersih,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Pertama, katanya isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah sedangkan Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini.

Husam: Ancam perang salib bukan jihad 'tulen'

husam musa bangsar 080408 leftSlogan jihad dan ancaman perang salib yang digemparkan oleh presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali bukanlah bentuk jihad "tulen" yang dituntut Islam, kata exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.
Husam berkata, PERKASA tidak sepatutnya menyalahgunakan slogan jihad seperti itu, lebih-lebih lagi berhubung isu yang samar dan berunsur fitnah.
"Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini," kata Husam ketika mengulas kenyataan Ibrahim yang mendakwa masyarakat Kristian "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam”
Kenyataan Ibrahim yang diucapkan dalam satu ceramah pada hujung minggu lalu adalah berhubung satu dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.
Dakwaan berkenaan dilaporkan pada 2 Mei lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Susulan laporan itu, akhbar berkenaan dikenakan surat teguran oleh Kementerian Dalam Negeri atas laporan yang disifatkan "menggemparkan fikiran rakyat."

DAP mahu KDN bertindak, dakwa Umno lindungi Perkasa


KUALA LUMPUR, 16 Mei — DAP menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang melahirkan kesediaan melancarkan “perang jihad” ke atas komuniti Kristian jika meneruskan agenda mahu “merampas” kedudukan Islam di negara ini. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein harus mengambil tindakan terhadap mana-mana individu termasuk Ibrahim yang menyemarakkan api perkauman dan keagamaan.
“Keengganan Umno mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali dan Perkasa akan mewujudkan suasana tidak aman selain akan berlaku ketegangan di kalangan rakyat Malaysia.
“Selain itu, ia menunjukkan seolah-olah Umno melindungi Perkasa walaupun Perkasa cuba menghasut rakyat membenci komuniti Kristian.

Perang Salib: Pemimpin gereja mahu tindakan

Pemimpin masyarakat Kristian hari ini memilih untuk tidak membidas ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa menyemaikan benih kebencian agama di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

Sebalik mereka mendesak pihak berkuasa segera bertindak kerana kegagalan berbuat demikian akan membawa padah kepada keharmonian negara.
ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 2Ibrahim (kiri) yang juga presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA, pada Sabtu lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Kenyataannya yang tersirat itu boleh menghancurkan keharmonian dan menimbulkan rasa benci ke atas masyarakat Kristian tanpa sebarang asas.

“Gereja tidak rasa tidak selamat kerana keselamatan kita adalah berdasarkan hubungan dengan Tuhan, tetapi kerajaan mesti bertindak bagi menjamin ketenteraman awam,” kata presiden Majlis Gereja Sabah biskop Albert Voon.
Sikap membisu

Ladang Rakyat: Nik Aziz mahu saman media, pihak tuduh kerajaan negeri

TUMPAT, 16 Mei — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan pihak yang menuduh kerajaan PAS Kelantan merampas tanah rakyat bagi membangunkan projek Ladang Rakyat.
Nik Aziz (gambar) yang juga Mursyidul Am PAS berkata, hakikatnya kerajaan PAS Kelantan tidak pernah merampas tanah dan kerajaan hanya membangunkan projek ladang rakyat itu di atas tanah kerajaan negeri.
“Kami mana boleh ambil tanah rakyat. Tanah Rakyat adalah tanah yang ada geran,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 1,000 anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Kelantan yang mengadakan perhimpunan bagi membantah berhubung dakwaan penyelewengan projek ladang rakyat di hadapan kompleks kerajaan negeri di Kota Darul Naim di sini.

Pemuda Umno desak k'jaan jangan naik harga RON95

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia gusar dengan kenyataan Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat bersiap sedia menghadapi kemungkinan kenaikan harga minyak RON95.

NONE"Ini kerana usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak," kata kenyataan pergerakan itu hari ini.

Sebagai contoh, katanya, menurut Perbadanan Produktiviti Negara, kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan kerajaan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah sebanyak RM17.0 bilion atau 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Ops Lalang version 2.0 in the in-intray

Ops Lalang version 2.0 in the in-intray Pundits love numbers. Scientist will swear by their statistical numbers and lottery ticket buyers would petition the heavens for them.
Malaysia seems to have grown an attachment to the Najib’s favourite number - 11.
It is the point of reference to election pundits near and far. It is a number that signifies whether Barisan Nasional would return a strong mandate for Najib to retain the premiership or to give Pakatan Rakyat a fast-track to Putra Jaya.
Though the number has been coined by Najib, there are some who believe that calling snap elections now would actually be detrimental to the BN cause. The opposition has made in-roads in Malaysia, they argue. Shore up support first among the grassroots and focus on strengthening BN before going to polls, they insist. Break the opposition's back and then only, go for the kill.

Anwar trial a sham, says lawyers’ group

LFL finds the judge’s opinion full of errors and calls the case the 'most obvious example of the dishonest and unlawful cooperation between supposedly independent state apparatus'.

PETALING JAYA: Lawyers for Liberty (LFL) today criticised the High Court’s decision ordering Opposition Leader Anwar Ibrahim to defend himself against the charge that he sodomised a former aide, Saiful Bukhari Azlan.
“The Anwar Ibrahim trial is a sham and has absolutely no credibility whatsoever,” the human rights and law reform group said in a statement today.
Earlier today, Kuala Lumpur High Court judge Mohd Zabidin Mohd Diah said the prosecution had a prima facie case against Anwar and that he found Saiful a credible witness.
The judge also said expert witnesses had corroborated Saiful’s testimony, but LFL countered this by referring to the medical report.

Sodomy II: Anwar's defence called as Najib fights for political survival

Sodomy II: Anwar's defence called as Najib fights for political survivalAs expected, Opposition Leader Anwar Ibrahim was asked to defend himself against sodomy charges that he says were framed by Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor in a bid to destroy his political career
"How can the BN let go such an opportunity to further smear and tarnish Anwar," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
On the political downcycle, Najib has been accused by pundits of resorting to gutter politics to attack his opponents. Desperate to maintain his position in his Umno party, he has given the green light to a series of conspiracies that have dragged the nation through mud and created angst and unhappines amongst races.
The most recent scandals that his administration has been accused of trumping up are the sex video scandal against Anwar, where Anwar was accused of adultery with a female prostitute.
When the drama began to pall, his Umno-owned newspaper Utusan accused the Christian leaders in the country of conspiring with Anwar's Pakatan Rakyat coalition to replace Islam with Christianity as the official religion.

Perbicaraan Anwar sandiwara, tiada kredibiliti- LFL

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Lawyers For Liberty menganggap perbicaraan kes Fitnah 2 membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sandiwara semata-mata untuk memenjarakan pemimpin pembangkang itu.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, LFL mengulas keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang memutuskan Anwar perlu membela diri dalam kes tersebut.
“Bagaimana hakim boleh membuat kesimpulan pengadu Saiful Bukhari ada kredibiliti dan saksi yang berwibawa bila dia secara serius memberikan keterangan bercanggah dan bukti yang amat mencurigai malah mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang pendakwa kes?,” soalnya.
Menurut LFL, Saiful malah memberi keterangan di mahkamah yang dia berjumpa dengan para pegawai kanan polis dan ahli-ahli politik tertinggi Umno, termasuk Perdana Menteri dan isterinya, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Anwar : Polis Ugut Saksi Pembela Kes Liwat Fitnah



KUALA LUMPUR 16 MEI : Ketua Pembangkang Datuk Seri  Anwar Ibrahim mendedahkan tindakan polis “menakut-nakutkan’ saksi  pembelaan yang dijadualkan memberi  keterangan  apabila perbicangan bersambung bulan depan.
"Saya dengar ada kes saksi-saksi kami telah ditakut-takutkan oleh polis. Kita mahu hentikan ini dan kita mahu lihat hakim membuat keputusan dengan mengutamakan kebenaran tentang kedudukan saya sebagai dituduh," kata Anwar.
Hakim Zabidin Mohamad Diah menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 sebagai perbicaraan pembelaan dengan  tiga puluh  saksi  disenarai pendekkan bagi memberi keterangan.

Tali menjerut Anwar semakin mencengkam...

anwar court trial 160511 anwar ibrahim gesturingMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa pendakwaraya telah mengemukakan bukti-bukti prima facie dan justeru Anwar perlu membela diri.

Dalam erti kata lain, bukti pendakwaraya adalah kukuh dan Anwar perlu mengemukakan pembelaan kenapa beliau tidak harus dihukum.

Pada masa sama, polis juga bergerak laju membereskan siasatan video seks terhadap Anwar.
Kenyataan terbaru Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar ialah kini ada bukti dari Amerika Syarikat video itu tulen dan pelakunya sudah dikenal pasti.

Jelas ranjau perjuangan Anwar menempuhi liku-liku yang begitu perit lagi mencabar pada hari-hari mendatang.

Kes Anwar : Najib, Rosmah Dan Musa Hassan Akan Dipanggil


KUALA LUMPUR 16 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan liwat fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.
 
Ketua Pembangkang itu berkata beliau sudah menjangka Hakim Zabidin Mohamad Diah akan mengarahkannya untuk membela diri atas tuduhan itu namun terkejut kerana Zabidin memberi penghakiman seolah-olah beliau sudah pun didapati bersalah,
 
Dalam memberi keputusan itu pagi tadi, Zabidin menerima sepenuhnya semua bukti pendakwaraya, termasuk keterangan Saiful dan pakar-pakar perubatan dan pegawai polis yang sering bercanggah dan mengelirukan.

Anwar dakwa hakim kes jatuh ‘hukuman’ sebelum bela diri

Anwar: Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie.

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh hakim kesnya Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah telah menjatuhkan ‘prahukuman’ meskipun beliau belum lagi melangkah ke proses bela diri. Ketua Pembangkang berusia 63 tahun ini berkata, meskipun beliau sudah menjangkakan keputusan hari ini, tetapi terkejut dengan alasan-alasan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menerima hujah pihak pendakwa bulat-bulat meskipun telah dibantah oleh pembela terhadap kredibiliti pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga saksi utama.
“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

Anwar terkejut hakim buat hukuman awal

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperintahkan untuk membela diri dalam kes fitnah II hari ini melahirkan rasa terkejut kerana hakim telah menjatuhkan hukuman awal.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, hakim Datuk Mohd Zabidin seolah-olah terikat dengan hujah pendakwaan.

“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie,” kata beliau kepada pemberita di perkarangan mahkamah selepas selesai mendengar keputusan hakim hari ini.

Nik Aziz nasihatkan Anwar banyak bersabar

KUALA LUMPUR, 16 Mei: “Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya,” ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.
“Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun,” tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.