Sabtu, 14 Mei 2011

Tanda nak PRU: Khabar gembira buat guru Isnin ini

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan khabar gembira buat warga pendidik bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata: "Insya-Allah, tunggulah..."
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di Kuantan hari ini, Muhyiddin berkata cabaran baru warga pendidik kini amat mencabar dalam usaha kerajaan mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Norasiah Mahat: Kenapa Eskay, polis dan Najib ambil jalan payah untuk memalukan Anwar


Ulasan dipetik daripada ruangan komen Facebook kerajaan rakyat. Link asal di sini.

BERITA YANG MENAKUTKAN BIK MAMA DAN ISTERI

WAJIB DIROTAN

MUBARAK DITANAH 15 HARI ATAS TUDUHAN SALAHGUNA KEDUDUKAN – berita hairan

KAHERAH: Mesir hari ini mengarahkan bekas Presiden Hosni Mubarak ditahan selama 15 hari di atas tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk meraih kekayaan secara haram.

Agensi berita MENA melaporkan, ketua pihak berkuasa penyiasat harta haram, Essam al-Gohari membuat arahan berkenaan selepas menyoal siasat Mubarak dan isterinya di Sharm el-Sheikh.

Ia adalah kali pertama Mubarak dan isterinya disoal siasat oleh pihak berkuasa penyiasat harta haram terbabit.

Mubarak masih lagi ditahan di hospital Sharm el-Sheikh berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, sebelum ini beliau disoal siasat berhubung beberapa tuduhan termasuk memberi arahan untuk menembak tunjuk perasaan antikerajaan.

Bakal diserang insomnia??


Berita yang bisa bikin 'orang' tu dapat insomnia. Tak tidur dia.... memikirkan bila pulak giliran dia akan sampai.

Dakwaan rasuah: Isteri bekas presiden Mesir ditahan 15 hari

May 13, 2011
KAHERAH, 13 Mei — Isteri presiden Mesir Hosni Mubarak, yang digulingkan awal tahun ini, ditahan selama 15 hari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah, demikian menurut BBC hari ini.
Suzanne Mubarak akan ditahan di penjara Kaherah, lapor BBC yang memetik agensi berita Mesir Mena.
Suzanne, 70, dan suaminya disoal siasat berhubung dakwaan pemilikan kekayaan secara tidak sah.
Hosni yang memegang kuasa selama 30 tahun melepaskan jawatannya Februari ekoran kebangkitan selama beberapa minggu. - MI

3,000 ikuti tazkirah Dr Wehbah dalam Munajat Rakyat Tolak Fitnah

Ribuan asyik mengikuti tazkirah Ustaz Ghani Shamsudin mahupun ulama Syria, Dr Wehbah
KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 orang hadir pada program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang, malam ini, termasuk pimpinan utama Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) .
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah Perdana di samping pimpinan lain termasuk Pengerusi Saf Anti Fitnah, Azmi Abd Hamid.
Slot utama program malam ini ialah tazkirah yang akan disampaikan ulama terkenal dunia yang juga bekas Mufti Syria, Dr Sheikh Wahbah.

Pakar IAEA lawat tapak loji Lynas mulai 29 Mei

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Pasukan pakar yang dilantik Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk menjalankan kajian semula aspek keselamatan dan kesihatan loji pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia di Gebeng, Pahang akan melawat tapak itu mulai 29 Mei hingga 3 Jun ini.
Panel pakar itu dijadual menyiapkan laporan dan mengemukakan hasilnya kepada kerajaan pada akhir Jun, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengumumkan perkara itu hari ini.
Lawatan pasukan itu sebahagian daripada proses kajian semula loji berkenaan, yang didirikan dengan kos RM700 juta.
Mustapa berkata, urusan import bahan mentah dari Austalia ke Malaysia tidak dibenarkan dan lesen praoperasi juga tidak dikeluarkan kepada Lynas sementera menunggu kajian itu diselesaikan.
Mustapa berkata, keputusan kerajaan adalah berasaskan hasil kajian dan cadangan pakar terbabit.
“Kami akan terus memberikan keutamaan dalam melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat dan alam sekitar sepanjang masa,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama.

Video seks: VCD diedar di ceramah, PKR desak pendirian PDRM

KUALA LUMPUR, 14 Mei – PKR Selangor menggesa polis menjelaskan pendirian pihaknya ekoran tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebar VCD rakaman video seks, yang didedahkan “Datuk T” Mac lalu, ketika ceramah “Jelas - Tawan Malaysia!” anjuran parti itu, malam tadi.
The Malaysian Insider difahamkan VCD itu diedarkan ketika ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat khususnya PKR di seluruh negara sejak awal minggu lalu.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, rakaman video seks, yang si pelakunya didakwa mirip Anwar, adalah tulen setelah mendapat input pakar pengimejan video Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun beliau berkata, tiada keperluan undang-undang untuk mendedahkan si pelaku video terbabit.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, ceramah “Jelas – Tawan Malaysia!” di Kampung Jalan Kebun dan Kampung Melayu Subang malam tadi telah dicemari dengan pengedaran VCD lucah dan poster propaganda bergambarkan wajah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar: Malays either spooked or lured by false promises

The opposition leader said Malay society is influenced by the Malay media to fear others. — Picture by Choo Choy May
PETALING JAYA, May 14 — Datuk Seri Anwar Ibrahim has described the Malay community as victims of fear-mongering tactics by the Malay-language media as well as taken in by the so-called benefits for the Bumiputras. “Malay society is influenced by the Malay media to fear others.
“As if we’re poor because of the Chinese, our house is dirty because of the Chinese, the roads are not fixed, Chinese, no money, prices of goods going up, the Chinese and the Christians,” the PKR de facto leader said at the launch of the Urban Renewal Project in Taman Maju Jaya here.

Sangat wajar Anwar mengadu terus ke hadrat Allah

SHAH ALAM, 14 Mei: Peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.
AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.
"Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya.
Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri, dekat sini, hari ini.
Ucapan beliau telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Dr Wahbah juga menyatakan Al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.

Video : Harga Barang Naik, Muhyiddin Perbodohkan Rakyat,

Video : Selangor Terapkan Ciri-ciri Insani Untuk Pangsapuri Di Bandar i

Video : Kuil Berusia 20 Tahun Diarah Kosong Premis

RM40 Juta Siapkan Rumah Terbengkalai Di Alam Perdana


KUALA SELANGOR 14 MEI : Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM40 juta dari Tabung Projek Terbengkalai bagi menyiapkan pembinaan perumahan Alam Perdana yang terbengkalai sejak tahun 2002.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menjangkakan projek tersebut akan siap menjelang Disember ini.

Katanya, projek tersebut mesti disiapkan mengikut masa ditetapkan kerana sekiranya ia gagal disiapkan maka wang daripada dana itu tidak boleh digunakan.

Selangor Terapkan Ciri-ciri Insani Untuk Pangsapuri Di Bandar


PETALING JAYA 14 MEI : Kerajaan Selangor hari ini melancarkan program pemulihan bandar untuk menaik taraf penginapan kos rendah yang dibina dalam keadaan serba kekurangan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang lalu.
Pengubahsuaian itu akan membabitkan penerapan ciri-ciri insani termasuk kawasan permainan kanak-kanak, ruang istirehat bagi penghuni dengan reka bentuk kediaman bertingkat yang moden dan mesra pengguna, kata Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video : 'Kesilapan Besar Ugut Keluarga Saya'

Video : 'Pengalaman Dalam UMNO Matangkan Saya '

Video : Hata Ikrar 'Istiqomah' Bebaskan Utusan Dari UMNO

Harga Barang Naik, Muhyiddin Perbodohkan Rakyat, Kata Dr Dzul


SHAH ALAM 14 MEI : Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus peka kepada teguran orang ramai terhadap kenaikan harga barangan dan bukannya marah terhadap kritikan sebegitu, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad.

Muhyiddin juga berbohong apabila mendakwa Malaysia satu- satunya negara yang  mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban rakyat, kata beliau.

"Kita tahu di negara  barat pun sistem subsidi itu memang diberikan, Amerika memberi subsidi besar kepada sektor pertanian mereka dan sebagainya, begitu juga kepada negara-negara yang maju seperti Eropah, Jepun dan sebagainya." kata Dr Dzulkifli.
"Jadi Muhyiddin ni..samada dia betul- betul jahil ataupun dia buat-buat tak tahu atau nak menipu rakyat," tambah beliau.  
Pagi tadi  Muhyiddin sekali lagi memilih majlis membabitkan penduduk luar bandar untuk  mendakwa kononnya Malaysia adalah negara ulung memberikan subsidi kepada rakyat.

Muslimat perlu sedia pelan untuk ke Putrajaya

PENGKALAN CHEPA, 14 Mei: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa menyarankan muslimat PAS negeri menyediakan pelan sebagai persiapan untuk ke Putrajaya.
Katanya, pelan yang lebih berstrategi perlu diatur bagi menawan Putrajaya untuk menggantikan pentadbiran negara yang semakin zalim, khususnya terhadap kerajaan Kelantan yang tidak pernah adil sejak 21 tahun lalu.
Husam seterusnya menambah, kejahatan kerajaan BN yang menafikan hak Kelantan seperti pembinaan lebuh raya di negeri itu, geran dari kerajaan Pusat untuk AKSB, penafian hak royalti dan lain-lain lagi perlu diubah oleh muslimat.
“Pada masa yang sama kita juga menyeru muslimat Kelantan yang terbukti berani sentiasa bermunajat kepada Allah agar kerajaan Pusat menyerahkan royalti pada kerajaan negeri.

Kuan Yew, Goh bersara dari kabinet Singapura..kata M'sia ada orang bersara tapi mengalahkan Kabinet dapur..!!

NONEMenteri Mentor Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan Goh Chok Tong membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet, sekali gus merintis laluan bagi Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta pasukannya mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua pemimpin itu berkata: "Kami telah pun mengkaji situasi politik terbaru dan memikirkan bagaimana ia boleh menjejaskan masa depan.

"Kami telah pun memberi sumbangan kepada pembangunan Singapura. Masanya sudah tiba bagi generasi muda untuk membawa Singapura maju ke hadapan dalam situasi yang lebih sukar dan rumit.

Peguam Negara gagal hadir pendengaran Ketua AMK

NONEPeguam Negara hari ini gagal hadir ke sesi pendengaran jawatankuasa disiplin berhubung aduannya keapda peguam Shamsul Iskandar Md Akin yang juga ketua Pemuda PKR.

Menurut Shamshul Iskandar, wakil dan saksi Abdul Gani Patail juga tidak hadir.

"Pendengaran pertama pada 16 April dan ketika itu wakil peguam negara hadir dan menerima notis bahawa sesi itu akan disambung hari ini dengan pihaknya mengemukakan bukti," katanya ketika dihubungi.

Pengerusi Tribunal Siasatan Suraj Singh memutuskan meneruskan sesi itu walaupun tanpa kehadiran pihak berkenaan.

'Tak logik' isytihar negara Kristian depan Muslim

NONEKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merpersoalkan logik di sebalik dakwaan terdapatnya konspirasi Kristian-DAP sedangkan pertemuan kontroversi sekumpulan pastor itu turut dihadiri orang Islam.

Katanya, tuduhan terhadap wakil rakyat parti itu dan pastor -- untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan memastikan perdana menteri daripada penganut agama itu --
tidak berasas kerana Jeff Ooi seorang Buddha.

Lim (kiri) menegaskan bahawa adalah" tidak boleh diterima akal" untuk mengisytiharkan hasrat itu dihadapan penganut agama Islam.

"Adakah kamu bermaksud untuk berkata pastor berbohong. Ini sudah melampau. Kamu boleh mencurigai Ooi - tetapi beliau seorang penganut Buddha, kenapa pula beliau mahukan negara Kristian?" tanya Lim dalam sidang media di Pulau Pinang.

"Kita bukan hanya bercakap tentang seorang pastor tetapi beberapa orang, termasuk mereka yang mewakili pertubuhan dan kesatuan, untuk menuduh mereka berbohong adalah isu yang sensitif," tambahnya.

"Nampaknya Utusan seperti cuba menutup pembohongannya sendiri. Satu pembohongan dizahirkan, lebih banyak pembohongan diperlukan untuk menutupnya."

Umno Dalam Kedewasaan Usianya

Oleh Ruhanie Ahmad

UMNO adalah parti yang memerdekakan negara pada 1957. Ini bermakna bahawa perjuangan UMNO adalah untuk mengisi kemerdekaan dan mempertahankan kemerdekaan berdasarkan prinsip kasih dan sayang terhadap agama, bangsa dan tanah air.

Ini juga bermakna bahawa UMNO perlu memberikan keutamaan kepada Islam, bangsa Melayu dan Bumiputra serta kelangsungan negara

Keutamaan ini wajar dititikberatkan walaupun sebagai tunggak pemerintahan negara yang majmuk, UMNO perlu bersikap adil kepada masyarakat lain yang keturunan mereka menjadi warganegara sewaktu negara dimerdekakan daripada penjajah British.

Ahmad Mazlan bukan berazam tapi berangan

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berazam untuk membawa masuk PAS ke dalam Barisan Nasional (BN) sebagai usaha menyatupadukan orang Melayu.

Harapan beliau menerusi usaha itu ialah agar orang Melayu berhenti berbalah sesama sendiri yang akhirnya akan merugikan kaum itu sendiri.

"Saya akan cuba usahakan perkara itu supaya PAS berada dalam BN, berhenti Melayu sama Melayu bergaduh...(kerana) ia memenatkan, buang masa, membazir tenaga dan kerja bodoh," katanya dalam Forum 65 Tahun Umno di sini. - Bernama.

Parlimen Pakistan kecam Amerika serbu, bunuh Osama

ISLAMABAD, 14 Mei – Parlimen Pakistan hari ini mengecam tindakan pasukan elit Amerika Syarikat (AS) menyerbu dan membunuh ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden awal bulan ini sambil menyeru agar kerajaan negara itu mengkaji semula hubungan dengan Washingtion.
Malah, Parlimen Pakistan juga memberi amaran akan menghentikan sokongan kepada pasukan tentera Amerika di Afghanistan jika ada lagi tindakan sedemikian pada masa depan.
Ketua risikan Pakistan dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan ekoran hal-hal berkaitan dengan Osama, yang didakwa telah memalukan negara itu dan membawa kepada syak-wasangka bahawa ejen-ejen keselamatan Pakistan sedia mengetahui tempat persembunyian ketua rangkaian Al-Qaeda itu.

Golongan ultra Melayu kena faham manipulasi isu Kristian

Oleh Tok Senapi

Kedah La menyiarkan berita Malaysian Insider yang melaporkan Razali mungkin dipaksa buat pengakuan palsu (tajuk dibuat oleh Kedah La)berdasarkan kenyataan Jeff Oii Ahli Parlimen Jelutong beragama Buddha BUKAN penganut Kristian. Jeff Oi berkali-kali menafikan dia mahupun paderi Kristian mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Krstian.

Tiba-tiba berita itu mendapat respond dari Salam Persaudaraan (mungkin seorang ahli PERKASA) yang mengulas:

Imej-imej yang mencurigakan!

Oleh Sarawak Report

Sarawak Report telah memperolehi beberapa keping gambar mengenai peti-peti undi yang telah dicerobohi seperti yang terdapat di pusat pengiraan undi berkontroversi di Senadin. Semasa pilihanraya itu kisah kesalahan rasuah dan pembelian undi di kawasan Miri itu telah terbongkar.

Calon PKR, Dr Michael Teo, yang pada mulanya telah mendahului dalam bilangan undi sehingga pada saat-saat akhirnya, tiba-tiba pusat tersebut telah mengalami gangguan bekalan elektrik dan menimbul rasa cemas dan keliru, di mana akhirnya calon SUPP-BN telah disahkan sebagai pemenang dengan kelebihan undi 58.

Adakah Pengundi Terkenangkan PAS?

Oleh Zolkharnain Abidin
Orang memang bencikan Umno, tetapi mengapa mereka susah untuk mengundi PAS?
Soalan di atas mungkin kurang disenangi oleh sebahagian orang PAS. Tambah-tambah lagi isu-isu semasa menolak Umno ke dinding. Parti itu semakin terdesak dengan beberapa taktik serangan yang kurang menjadi. Umno terdesak dengan isu Kristian dan isu video Datuk T.

Walau pun terdesak begitu, belum tentu orang tidak akan mengundi Umno dalam PRU akan datang. Isu-isu sebelum PRU seperti tenggelam menjelang PRU. Tenggelam dengan sogokan, ugutan, rayuan dan kenangan bersama Umno.

Johari Abdul hendak cakap apa di Mersing?

Oleh 21Halim

"Jika angin baik dan cuaca molek, PASTI Al Iman di Mersing Kanan akan dikunjungi oleh Dato' Johari Abdul, MP Sungai Petani. PAS Mersing mengundang beliau bagi sesi ceramah pada Rabu, 18 Mei 2011 ini, jam 9.00 malam.

Kita tentu maklum bahawa beliau adalah di antara orang yang terawal diajak menonton video seks milik Dato' T. Lalu kehadiran beliau berkemungkinan menjadikan video seks itu sebagai maudhu' ceramah beliau.

Kempen Keadilan untuk Lim Lian Geok, kenapa?

Status kerakyatan dan permit guru mendiang Cikgu Lim Lian Geok yang dilucut sejak tahun 1961, satu jangka masa yang lebih panjang daripada jangka masa Perang Dingin antara Timur dan Barat (1947-1991), rasanya wajar dikembalikan kepada beliau sebagai tanda penebusan kepada ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap beliau.
Oleh kerana 50 tahun ketidakadilan yang dialami Cikgu Lim dan penindasan terhadap perjuangan pimpinannya dalam menuntut kesamarataan hak pendidikan bahasa ibunda sebagai hak asasi manusia, sudahpun dengan jelas membayangkan kepincangan Dasar Kerakyatan dan Dasar Pendidikan negara kita, yang pasti sudah menjejaskan hubungan baik antara kaum di negara kita .
Lantaran itu, Kempen Keadilan untuk Lim Lian Geok telah dilancarkan pada 8 Mei 2011 di Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor dengan inisiatif Jawatankuasa Kerja Kempen Keadilan untuk Lim Lian Geok yang terdiri daripada 13 pertubuhan  sivil masyarakat Cina yang berpengaruh (1).
Dua objektif Kempen
Dua objektif Kempen ini ialah menggesa kerajaan supaya:
(a) mengembalikan status kerakyatan kepada mendiang Cikgu Lim Lian Geok; dan
(b)menggubal Akta Kesamarataan Pendidikan dan melayan semua aliran pendidikan bahasa ibunda negara kita secara adil dan saksama.

Himpunan aman bantah kilang radioaktif Lynas di pejabat DAP Kuantan, 15 Mei

KUANTAN: Bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses ‘rare earth’ milik Lynas Corporation Ltd diteruskan lagi dengan himpunan aman di hadapan pejabat DAP Kuantan di Jalan Beserah pada hari Ahad, 15 Mei jam 11 pagi.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Indera Mahkota, Ahmad Shahrizan Safrim memaklumkan, perhimpunan itu dianjurkan oleh Parti Tindakan Demoratik (DAP) Kuantan.

Turut dijangka hadir ialah Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching, dan pimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

'Pengalaman Dalam UMNO Matangkan Saya ' - Anwar

SHAH ALAM 14 MEI : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau tidak pernah menyesal menyertai UMNO hampir 30 tahun lalu dan menyifatkan ianya merupakan pengalaman paling berharga dalam karier poltiknya.

Menurut Anwar, pengalaman yang berharga itu berjaya mematangkan dirinya disamping hubungan baik beliau bersama teman- teman dan golongan ulama masih kekal baik.

Anwar :"Kesilapan Besar Ugut Keluarga Saya"


SHAH ALAM 14 MEI : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pihak yang mengancam beliau dan keluarganya melakukan kesilapan besar, jika beranggapan mereka akan tunduk kepada ugutan sebegitu.

Semalam anak sulung Anwar, Nurul Izzah membuat laporan polis terhadap sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengancam "sesuatu yang tidak elok" ke atas kepada anaknya jika beliau terus menyokong ayahnya.

Video seks: Muhyiddin dakwa Nik Aziz keluar fatwa baru

KUANTAN, 14 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “berkata benar walaupun pahit” berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Perdana Menteri (gambar) berkata, Nik Aziz mengeluarkan fatwa baru ekoran kenyataan terbaru semalam bahawa mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.
Muhyiddin berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan seseorang yang “ternama.”
“Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu.

Kebesaran Allah - Burung Yang Bertamadun...














Video: Rakyat Hidup Dalam Dua Malaysia Bukan Satu,

Pertikai rampasan kuasa di Perak, keputusan 3 Jun

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada peguam, Shamsul Iskandar Md Akin didapati bersalah atau tidak kerana mempertikai keputusan mahkamah berhubung kes rampasan kuasa di Perak hanya diketahui 3 Jun depan.
Bercakap kepada Suara Keadilan, Shamsul berkata, membuat ucapan itu semasa Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 2009.
“Tidak lama selepas itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail membuat laporan, kononnya saya tidak menghormati keputusan mahkamah mengenai krisis politik di Perak,” katanya.
Shamsul – Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata, kes itu pertama kali dibicarakan pada 16 April lalu.

Video Lucah 'Datuk T' Ditabur di Masjid


SHAH ALAM 14 MEI : Video lucah fitnah Datuk T yang dimuat naik di Youtube selain di pos kepada pemimpin politik tertentu dan diedar di kawasan perumahan,  kini di sebarkan di masjid-masjid pula untuk mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.  
 
Pihak yang tidak dikenali meletakkan rakaman seks itu di Masjid Al-Hadiyah Telok Panglima Garang Kuala Langat pada Ahad lalu.
 
Nazir Masjid Al- Hidayah, Rahman Amir berkata video berkenaan dijumpai semasa jemaah masjid bersarapan selepas  mendengar kuliah subuh di masjid itu.

Video: 'Kalau Berani, Beri Satu Jam PR Muncul Dikaca Tv'

Anwar: Saya tak menyesal masuk Umno dulu

anwar and abimKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pengakuan terbuka bahawa beliau tidak pernah menyesal menyertai Umno hampir 30 tahun lepas.

"Saya tidak pernah kesali dengan keputusan menyertai Umno. Pengalaman itu juga mematangkan saya," katanya ketika berucap dalam Forum Pengkisahan Semula Angkatan Belia Islam (ABIM).

Beliau memberikan penjelasan itu setelah disebut dalam ucapan dua bekas presiden terawal NGO itu yang menyifatkan pemergian Anwar itu sebagai zaman sukar pada mereka.

Berucap di hadapan seribu anggota ABIM di Universiti Selangor (UNISEL) di Shah Alam, Anwar berkata, tindakannya pada tahun 1982 itu juga secara tidak langsung mematangkan NGO Islam lain, termasuk ABIM.

Umno angkat Naquib al-Attas

Umno pada sambutan ulang tahun ke-65 semalam mengambil kesempatan meningkatkan imej di mata orang Melayu dengan memberi anugerah kepada tokoh ilmuan Islam, Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Naquib ialah ilmuan Malaysia paling dikenali dalam bidang falsafah dan pemikiran Islam di peringkat antarabangsa.

Karya paling popularnya, Islam and Secularism yang diterbitkan pada 1978 merupakan hasil tulisan yang memberi impak besar kepada pemikiran di dunia Islam, terutama di dunia Melayu.

Buku yang menjadi rujukan penting itu dinilai sebagai satu pemerhatian dan penerangan yang cemerlang berhubung pandangan dunia Islam dan konsep seperti al-din, kritikan terhadap tamadun Barat dan sekularisme.

Ulama PAS masih boleh pengaruhi pemilihan timbalan

Walaupun selesa dan yakin dengan sokongan yang sedang diterima melalui pencalonan, pesaing jawatan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu masih boleh digugat oleh kenyataan dan tindakan ulama untuk memastikan jawatan nombor dua itu terus diduduki agamawan.

Minggu lalu, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib menyatakan sokongan kepada presiden dan timbalan presiden dan menggesa mereka dikekalkan.

Sebelum itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan menyokong Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan timbalan.

Tuan Ibrahim - yang mempunyai hubungan keluarga dengan Nik Abdul Aziz - walau bagaimanapun telah menolak untuk bertanding jawatan itu.

Pemerhati dalam parti masih melihat laluan yang kelihatan mudah bagi Mohamad kini akan berdepan halangan besar ekoran satu kenyataan atau halangan lain dikemukakan oleh golongan ulama dalam parti.

Timbalan presiden penentu PAS dalam Pakatan Rakyat?

Timbalan presiden selepas pemilihan kepimpinan PAS pada muktamar awal Jun nanti bakal menjadi faktor penting dalam menentukan hubungan parti itu dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Mohamad Sabu yang mendapat sokongan meluas merentasi kem pada masa ini dilihat akan mengukuhkan kedudukan PAS sebagai ahli gabungan PR.

Mohamad merupakan penyokong kuat PAS terus bersama PR, walaupun berdepan pelbagai kritikan berhubung PAS yang dilihat dikuasai dan tidak menunjukkan kepimpinan dalam gabungan itu.

Bekas naib presiden PAS itu juga berpendirian teguh menolak sebarang urusan dengan Umno, yang dianggap usaha menyelamatkan parti Melayu ketika parti itu sedang tergugat ekoran Pilihan Raya Umum ke-12.

Pengkritik melihat PR terlalu didominasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, dan menggesa PAS membebaskan diri daripada pakatan yang didakwa menjadi liabiliti kepadanya itu.

Mohamad mempunyai hubungan sangat baik dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Suhaizan, Raja Ahmad calon paling popular Pemuda PAS

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss kekal calon paling popular untuk merebut jawatan-jawatan tertinggi sayap Pemuda PAS dalam pemilihan kurang sebulan daripada sekarang.

Suhaizan dikatakan menerima pencalonan terbanyak untuk bersaing bagi jawatan ketua pemuda, mencabar Nasrudin Hassan.

Raja Ahmad, yang menang tanpa bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda PAS Perak baru-baru ini menerima sokongan ramai untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda PAS.

UMNO bekalkan Gula Percuma! hebat!

Gula-gula Pilihanraya ni ajelah yang free! wakakakak!

Suatu petang yang damai nun jauh di pelusuk Bukit Beruntung....

Akak Kantin : wehh.. betui la kot si Anwar dalam video tu??

budakbalun : Aikk?? apsal lak kak?

Akak Kantin : Tadi si Dato' tu dah bersumpah... dalam masjid pulak tuh!

budakbalun : Hmmm.. kereta akak ke tu? (Sambil tunjuk Naza Citra di tepi kantin)

Akak kantin : ha ah!.. nape?

UMNO.. Agak-agak la Nak Tawan Selangor pun...


Teman betul punya seriau dengan cara UMNO Selangor la neh!
Dan teman setuju benor dengan kenyataan Ustaz Idris Ahmad dalam Harakah terbaru..
UMNO nak sangat Selangor ni bukan apa..
Kontraktor-kontraktor UMNO dah makin makan megi la ni..
Especially kontraktor-kontraktor UMNO Selangor laaa..
Dok harap kontrak-kontrak JKR aje leeee..