Khamis, 12 Mei 2011

Sultan Selangor Ingatkan Badan Kehakiman Jalan Tanggungjawab Dengan Amanah

SHAH ALAM 12 MEI : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa badan Kehakiman di negeri ini untuk memainkan peranan secara amanah dan penuh tanggungjawab agar dapat menzahirkan dan memartabatkan kedaulatan undang-undang negara khususnya di Selangor.

Dalam titah ucapannya ketika mencemar duli merasmikan Bangunan Tambahan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pagi tadi, Tuanku mengingatkan agar institusi perundangan menjalankan tugas dengan penuh beramanah.

" Sebagai sebuah negeri yang maju dan peneraju dalam bidang perundangan, maka beta menggesa agar para hakim, pegawai-pegawai Kehakiman di Mahkamah Selangor dan semua kakitangan mahkamah agar dapat menjalankan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab, mesra pelanggan dan mengutamakan sikap professional pada setiap masa dan keadaan. Elakkan bekerja sambil lewa, kerana ia boleh menjejaskan mutu perkhidmatan kepada rakyat beta," titah Tuanku.

MIUP punya presiden, sama pandi kutty punya cerita


Ari ini.... Presiden Malaysia Indian United party, Nala Pambu telah mendapat sedikit publisiti dalam Utusan Melayo. Mungkin Utusan pun kesian kat dia kot sebab dah lama sangat tenggelam. Rakyat Malaysia pun tak tahu apa itu MIUP party yang diterajui si Nala.

Ayoyo... siapa itu Nala?? Apa itu MIUP?? Hantu ka, atau jembalng ka??

Kes Sarbani: Petunjuk Baru Bukti Sarbani Tidak Bunuh Diri


Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, 56, pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, pada 6 April lalu, percaya mangsa tidak membunuh diri berdasarkan petunjuk baru diperolehi akhir bulan lalu.

Petunjuk itu merujuk kenyataan 'bukan saya... orang saya' yang dilafazkan oleh seorang pegawai SPRM kepada balu mangsa, Masiah @ Maziah Manap, 50, ketika pegawai berkenaan serta beberapa individu lain dari SPRM menemui Masiah dan dua anaknya untuk menyerahkan kembali dokumen peribadi Allahyarham di Pejabat Kastam Subang, Selangor, pada 28 April lalu.

'Selidik sebab bukan Islam tak selesa di naungan Islam'

NONESebarang kecurigaan rakyat bukan Islam terhadap Islam di Malaysia berpunca daripada tafsiran-tafsiran mengelirukan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai hukum-hakam agama demi mencari keuntungan politik, kata bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dalam wawancaranya dengan TV Selangor, Dr Asri berkata Perlembagaan tidak mungkin dipinda untuk menjadikan Kristian agama Persekutuan Malaysia namun tidak dinafikan segmen tertentu Malaysia mempersoalkan kenyataan-kenyataan pemimpin Melayu tertentu mengenai isu-isu yang menyentuh Islam.

“Saya melihat sebahagiannya bukan mempertikaikan Islam. Mereka mempertikaikan apa yang orang Islam fahami tentang Islam itu dan mereka tak tahu pula itu bukan Islam.

Who let the Big Dog out?


By Rottweiler

Many rear dogs to guard their homes. Dogs have a sentimental hold over humans and some argue they can be hypocritical. In Malaysia, there is one particular big dog that lurks in the dregs and surfaces in his next drama.

Who let that Big Dog Out? He is barking maliciously most characteristically in his concrete jungle of lies.

The blogger known as Big Dog who happily did his ridiculous spin about DAP and Christians and has to date got away scot free, seems to be barking to the tune of his political masters. 

Anjing keras telor


Oooo.... udah mandang rupernyer. Habeh hilang sesemuanya. Setelah bikin gempak 1Mehsia, tetiba padamkannya, ngape?? Telor udah terbakor?? Ater... suka benor main dengan api, mana tak terbakor telor sendiri. Kalor tak dipadamkan.... hilang ke udah telornyer?? Haru weh.... kalor tak bertelor!!

Ituler citer blogger 'marahku'.... semua N3 yang ada kaitan dengan citer sensasi berapi tentang 'Kristian agama rasmi Malaysia' telah dilenyapkan daripada blognya. Oooo... agaknyer dia takut disaman oleh DAP atau juga takut di-ISA-kan. Aha.. tau pun takut!! Ater... bila buat keghojer gileer... tak ingat takut. Bukan ke orang tua dah kata...., jangan main dengan api, bahaya. Ater... biut bebenor. Bila telor udah rasa nak terbakor, baru nak dipadamkan N3 berapi tu. Aaaa.... ambik kamu, padan muka!! [Baca sini]

Mat Zain: Eskay rancang timbul ketegangan di masjid

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim percaya tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memakai jaket kalis peluru ketika mengangkat sumpah laknat di sebuah masjid baru-baru ini, bertujuan menimbulkan kekecohan.
Dalam surat terbarunya, Mat Zain berkata perbuatan itu bukan sahaja mencemarkan kesucian masjid dan agama Islam malah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan.
“Sebaliknya apabila ke masjid, bukan sahaja beliau memerlukan jaket kalis peluru, malahan beberapa orang pengawal peribadi yang mungkin bersenjata mengawalnya.
“Dalam kata yang lebih mudah, pada pendapat saya, Eskay ingin memberi tahu umum bahawa kepada beliau, berada ditempat pelacuran, lebih selamat daripada berada dalam Masjid.

Subsidi: Kroni IPP diselamatkan, rakyat dimangsakan

KUALA LUMPUR: Setiap kali harga minyak dinaikkan, kerajaan akan menjadikan rakyat sebagai mangsa dengan mengurangkan subsidi tetapi tidak berbuat demikian terhadap  syarikat kroni seperti Penjana Tenaga Bebas (IPP).
Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli berkata, terbaru kerajaan turut menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.
“Mengapa kerajaan masih tidak menarik subsidi gas kepada penjana tenaga bebas (IPP) yang berjumlah RM 19 bilion setiap tahun?
“Sedangkan beban kenaikan minyak dikenakan langsung terhadap rakyat. Bahkan, ia mengakibatkan peningkatan kos perkhidmatan dan barangan keperluan harian,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Rafizi menjelaskan, harga minyak mentah adalah sekitar USD 105 hingga USD 130 setong dan berubah mengikut pasaran dunia. Terbaru, harga minyak semasa di pasaran Asia turut jatuh kepada USD 101 setong pada Selasa lalu.

Polis patut jaga keselamatan, bukan kepentingan Lynas- Fuziah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengingatkan polis supaya bertindak profesional dan bukan menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu dalam isu projek pembinaan loji proses nadir bumi, Lynas Corporation.
Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Pahang, Datuk Saifuddin Ab Ghani yang memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekecohan berhubung bantahan terhadap pembinaan loji itu di Gebeng, Ahad ini.
“Tanggungjawab polis menjaga keselamatan orang awam. Tidak sepatutnya ketua polis sendiri yang keluarkan ugutan itu seoalh-olah polis menjaga kepentingan Lynas.
“Syarikat Lynas, adalah syarikat luar negeri yang membawakan risiko besar kerana memproses sisa nadir bumi yang mengandung radioaktif,” kata Fuziah ketika dihubungi Keadilandaily.com.

The day Big Dog demanded RM400 million from Ku Li

In that sense Ku Li maintained his principles although after the meeting Big Dog grumbled that Ku Li is so rich but so kedekut (stingy). He could afford RM400 million easily, lamented Big Dog. If he hopes to win the Umno Presidency without paying any money then good luck to him, said Big Dog.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin
Pro-Umno blogger Zakhir Mohamad a.k.a. ‘Big Dog’ a.k.a. ‘Christian PM basher’ is actually quite a delightful character. Many a time have we met for dinner and drinks together with Sallahuddin Hashim a.k.a. ‘A Voice’ a.k.a. ‘Another Brick in the Wall’.
Wow, everyone is using a.k.a.s nowadays. (For the less English proficient readers of Malaysia Today, a.k.a. means ‘also known as’).

Big Dog is not only a delightful character but highly intelligent as well. And I have this penchant for intelligent people. Whether they are from the opposition or Umno/Barisan Nasional, I enjoy meeting up with them to eat, drink and shoot the breeze. And Big Dog is one such ‘enemy’ I used to love to meet and spend hours with to stuff our faces and talk about politics and other issues.

Suruhanjaya Diraja siasat skandal kad pengenalan

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) hari ini mencadangkan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing untuk mengundi.

Beliau juga mengakui ada menerima maklumat mengenai penduduk Sabah yang dibawa ke pejabat Umno di beberapa kawasan untuk menukar alamat ke kawasan parlimen beliau.

Beliau membuat dakwaan ini ekoran kekecohan yang berlaku sekarang berikutan pelbagai bukti ditunjukkan adanya sindiket untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing untuk digunakan dalam pilihan raya nanti.

Menurutnya, suruhanjaya bebas itu sangat perlu kerana perkara ini sudah pasti dipersoal rakyat malah ada ahli Parlimen BN dari Sabah sendiri membangkitkan mengenai perkara ini.

"Wujudkan Suruhanjaya Diraja sebab ini melibatkan kredibiliti KDN dan JPN itu sendiri. Badan kerajaan ini dipersoal rakyat bukan Pakatan Rakyat sahaja.

Maslan Tonton Video Seks Dengan Isteri, Umno Taksub Dengan Anwar



KUALA LUMPUR 12 MEI : Umno menyambut ulangtahun ke 65nya semalam dalam keadaan  masih taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau sudah 13 tahun meninggalkan parti itu .
Serangan ke atas Ketua Pembangkang itu menjadi tumpuan utama di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan perwakilan diberikan naskah percuma buku  berjudul Tuhan, Politik dan Seks' yang menfitnah Anwar dengan tuduhan jijik,  menggunakan bahasa lucah.
Buku setebal 555 halaman adalah hasil penulis upahan  Syed Hussein Al Attas. Ia diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg.

Video :Kerajaan Gagal Terjemah Islam Sebenar

Bawa PKR dan DAP bersama - Nik Aziz

KOTA BHARU, 12 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar)  hari ini memberikan syarat kepada Umno untuk membawa DAP dan PKR sekali jika benar-benar parti itu ingin menarik PAS bersama mereka.
Menurutnya lagi, PAS hanya akan menyertai Umno dan Barisan Nasional jika DAP dan PKR juga bersama-sama. Itu pun jika kedua-dua parti itu setuju berbuat demikian.

Tambahnya, PAS hanya akan menyertai parti itu sekiranya dua parti tersebut bersetuju berbuat demikian dan Umno pula mesti menerima kedua-duanya.

“Kalau mereka tolak, bererti PAS juga akan menolaknya sebab kita bergabung mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Yang paling besar sekali gabungan itu mesti berlandaskan Islam,”ujarnya.
Beliau mengulas ajakan bertalu-talu Umno agar PAS menyertai Umno dalam BN kononnya untuk kepentingan Melayu dan Islam.
Untuk tujuan itu, Umno berusaha keras memburuk-burukkan rakan PAS dalm Pakatan Rakyat termasuk menyebarkan berita kononnya DAP berusaha menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara kononnya untuk membolehkan orang Kristian menjadi Perdana Menteri.

Buktikan tidak kebal, pecat KP Utusan - DAP

KUALA LUMPUR, 12 Mei: DAP hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuktikan Utusan Malaysia tidak menikmati kekebalan undang-undang dengan menukar Ketua Pengarang dan wartawan yang terbabit dengan skandal berita "Kristian agama rasmi".

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng (gambar kiri) dalam kenyataannya berkata, langkah itu juga boleh membuktikan Umno tidak bersetuju dengan laporan akhbarnya itu.

Beliau mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang melaporkan DAP dengan kerjasama para paderi Kristian sedang berusaha menjadikan Kristian agama rasmi negara dan seterusnya memboleh penganut agama Kristian menjadi perdana menteri.

Namun begitu, Perdana Menteri Najib tidak bersetuju sentimen keagamaan dimainkan dan meminta semua pihak bertenang.

Kristian-Islam: DAP gesa Najib arah Utusan tarik balik laporan, mohon maaf


KUALA LUMPUR, 12 Mei — DAP menggesa Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan memohon maaf secara terbuka ekoran laporan berunsur fitnah yang mengaitkan parti itu dengan konspirasi menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.
Selain itu, menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pihaknya juga mahu Utusan Malaysia menggantikan editor dan wartawan akbar itu yang terlibat dengan penyiaran laporan bersifat fitnah dan boleh merosakkan gagasan 1 Malaysia yang diperjuangkan Najib.
Kata beliau, hanya dengan cara itu Najib boleh membuktikan bahawa Utusan Malaysia tidak mendapat imuniti apabila mengeluarkan laporan salah dan fitnah.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Utusan Malaysia bebas dari imuniti dengan mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan memohon maaf kerana menyiarkan laporan palsu.

'Konspirasi Kristian': KDN tegur Utusan

utusan malaysia, malaysia negara kristianKementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan bahawa akhbar Utusan Malaysia telah dikenakan surat teguran berhubung laporannya pada Sabtu lalu yang "didapati menggemparkan fikiran orang ramai."
Satu kenyataan daripada KDN menyebut, surat teguran berkenaan diserahkan kepada ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak.
Teguran berkenaan adalah berhubung laporan muka hadapannya bertajuk "Kristian agama rasmi?" dan juga satu lagi laporan yang disiarkan di halaman 5 pada hari tersebut.
Laporan berkenaan – memetik tulisan di blog – mencetuskan kontroversi apabila mendakwa sekumpulan pemimpin Kristian yang didakwa berikrar untuk melantik perdana menteri daripada penganut agama itu.
"Adalah menjadi amalan KDN untuk memanggil dan mendapatkan penjelasan pihak akhbar atas tindakan menyiarkan perkara yang didapati bertentangan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, serta menyerahkan surat teguran ke atas kesalahan tersebut.

Kristian-Islam: Blogger pro-Umno terus kecam ‘Bigdog’, gesa minta maaf


KUALA LUMPUR, 12 Mei – Ekoran pendedahan provokasi yang didedahkan melalui blog “Bigdog”, penulis blog itu terus dikecam hebat oleh beberapa blog pro-Umno yang tidak bersetuju dengan laporan yang dikeluarkan itu.
Malah blog-blog pro-Umno ini juga menyifatkan penulis blogger “Bigdog” sebagai bongkak kerana enggan mengakui kesalahan dan meminta maaf.
Penulis blog “Bigdog” melalui entri bertajuk “Making Christianity the official religion?” mendakwa wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara.
Selain menjadikan Kristian agama rasmi negara, penulis blog itu juga mendakwa ia akan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Ekoran pendedahan penulis blog “Bigdog” itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?” yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) dan kumpulan Kristian.
Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

PAS bersama PR, Umno rugi Melayu untung

Sejak PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya PAS jangan bersama PR,  barulah kami akan sokong PAS. Persoalannya ketika PAS bersendirian pun puak ini tidak  menyokong PAS juga. Ini hanya golongan mencari alasan sahaja. Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang  dibawa melalui Biro Tatanegara. Berbagai alasan supaya PAS keluar daripada PR, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh PAS berpakat dengan umno. Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri daripada umno. Selama ini pemimpin umno,  mengangap  Umno sahaja boleh menjaga melayu. Sebenarnya yang rugi bila Pas bersama PR ialah Umno.

Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas. Pemimpin umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat meraka sudah tidak ada lagi. Selangor ialah sebuah negeri industri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika PAS tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin Umno menjadi koperat, melayu merempat.

PAS: Rakyat hitung hari tunggu tindakan polis

Polis dinasihatkan agar tidak menambah kekecewaan rakyat dengan kegagalan demi kegagalan dalam mengambil tindakan dalam kes jenayah dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

pas seminar 071109 tuan ibrahimNaib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipetik Harakahdaily berkata sikap polis dilihat bersifat dwi-standard dalam melaksanakan tugas menjamin keselamatan negara dan menegakkan keadilan undang-undang.

“Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno BN timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Politik lucah: Ulama muda diseru tinggal Umno

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa ulama muda Umno menilai semula penglibatan mereka dalam Umno ekoran amalan politik lucah dan kotor pemimpin parti itu.
Katanya, ulama muda di dalam Umno tersebut perlu sedar amalan politik yang bercanggah dengan Islam itu telah menjadi budaya dalam Umno sejak sekian lama.
Bagaimanapun katanya, beliau menyambut baik usaha untuk menegur sikap Umno itu malah mencadangkan agar mereka meninggalkan parti itu jika gagal merubahnya.
"Hakikatnya itulah budaya Umno. Harapan saya agar ulama muda Umno terus menegur budaya politik Umno yang keji dan songsang ini.
"Jika tidak mampu ubah, fikirkan semula adakah tepat berada di dalam Umno?" soalnya melalui responsnya di Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang mengakui rakaman video seks mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dilakukan.

Bukan 'Pandi Kutti' tetapi 'Tokoh 20 Sen'.

Oleh: WFAUZDIN NSSIAPA dia `Pandi Kutti' itu? Ini bahasa Tamil, saya tidak tahu berbahasa Tamil tetapi ada rakan mengatakan `Pandi Kutty' bermakna `anak babi'. Hari ini media pencacai menggunakan sebutan ini untuk mendakwa kununnya DS Anwar mengecop Najib sebagai `Pandi Kutti' dan Najib pula di dalam reaksinya pula menyebut dia boleh tidor lena tanpa gangguan.


Benarkah DS Anwar menuduh Najib `Pandi Kutti' atau media bangkai yang terkenal dengan pencinta bahan lucah seperti video seks itu yang sengaja menuduh DS Anwar berbuat demikian? Atau, mungkin ada niat tersirat media berkenaan untuk menggelar pemimpin agung sekutu Apco itu dengan gelaran `Pandi Kutti' tetapi berselindung di sebalik nama DS Anwar?

Umno Kini Hanya Ada Jasad,Tidak Ada Roh

Oleh Mohd Sayuti Omar
Hari ini Umno yang dilahirkan hasil gabungan beberapa persatuan dan Ngo telah genap 65 tahun. Generasi muda mungkin tidak sedar akan hal ini, bahawa Umno bukan satu entiti asal, tetapi ia adalah hasil gabungan pertubuhan dan persatuan Melayu yang menentang MalayUnion.

Umno adalah makhluk parasit yang menumpang nama atas tubuh sekumpulan orang lain.nDalam erti kata lain Umno hanyalah nama yang bergantung kepada beberapa batang tubuh yang lain. Hakikat Umno itu sendiri tidak ada


Penyatuan membentuk Umno di atas satu semangat untuk menentang penjajah, selepas itu membentuk pemerintahan sendiri untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air.

Utusan Malaysia yang kebal dan bebal ...

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Memang kebal sungguh Utusan Malaysia. Akhbar yang dianggap lidah rasmi Umno itu -- tetapi tidak tertakluk dengan syarat-syarat ketat Kementerian Dalam Negeri sepertimana sekatan kepada semua organ parti, termasuk Harakah -- boleh berbuat apa sahaja. Ya, apa sahaja yang terfikir dalam lintasan fikiran dan benak editornya, tanpa perlu risau kemungkinan direntap permitnya atau dipenjarakan wartawannya.
Mungkin segala peraturan yang membelenggu dan menganggu tidur para editor lain, seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak terpakai untuk Utusan. Ya, betullah! Utusan itu akhbar keramat untuk Umno, mempunyai imuniti tersendiri, tidak dapat disentuh oleh undang-undang.

Harga RON95 Dijangka Kekal Sehingga Pilihan Raya


KUALA LUMPUR 11 MEI : Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

Mengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.

Bebaskan pasaran gula dari monopoli kroni- SAMM

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda malaysia (SAMM) mendesak supaya industri gula di negara ini dibuka dari monopoli kelompok tertentu yang hanya menguntungkan kroni dan syarikat korporat besar.
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, menghimpit peniaga  kecil dan seterusnya membebankan golongan pengguna.
“Bagi kenaikan kali ini, regim (pemerintah) hanya boleh menjimatkan RM 116.6 juta sahaja. Apalah nilai ini jika dibandingkan dengan kes-kes ketirisan, rasuah dan wang negara hilang yang dilaporkan.
“Sebenarnya sedikit sahaja wang boleh diselamatkan tidak berbaloi dengan nilai pertambahan kesukaran hidup rakyat. Persoalan lain ke mana wang penjimatan subsidi ini disalurkan,” ujarnya yang lebih mesra dengan panggilan Chegu Bard.

Kristian-Islam: Blogger ‘Bigdog’ tidak akan mohon maaf


KUALA LUMPUR, 12 Mei — Dengan mempertahankan tulisannya, penulis blog “Bigdog”, yang mencetuskan provokasi berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara menegaskan, dia tidak akan membuat permohonan maaf atas laporannya, yang disifatkan banyak pihak sebagai fitnah.
Selain menjadikan Kristian agama rasmi negara, penulis blog itu juga mendakwa ia akan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Ekoran pendedahan penulis blog “Bigdog” itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?” yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).
Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.
Penulis blog tersebut yang enggan namanya didedahkan menerusi entri bertajuk “Making Christianity the official religion?” mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.