Rabu, 11 Mei 2011

Satu lagi demo anti-Lynas dijadual Ahad ini

Satu lagi demonstrasi aman bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng akan diadakan Ahad ini berikutan sambutan luar biasa yang diterima penganjurnya pada Hari Ibu yang disertai tidak kurang 1,000NONE orang.

Kali ini, perhimpunan berkenaan akan dianjurkan oleh DAP Kuantan pada jam 11 pagi di depan pusat perkhidmatan parti itu. Mereka menjangkakan tidak kurang 500 penduduk akan menyertainya.

"Perhimpunan kali ini adalah supaya lebih ramai penduduk Kuantan memahami bahaya yang bakal dibawa oleh kilang nadir bumi Lynas dan menuntutkan bantahan sepadu penduduk Kuantan menentang pembinaannya,” kata ketua DAP Kuantan Cheah Kim Hung dalam satu kenyataan media hari ini.

Pemimpin nasional DAP seperti ketua pemudanya, Anthony Loke dan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching akan mengetuai perhimpunan itu bersama pemimpin peringkat negeri parti itu yang lain.

80 ribu tong sisa thorium belum ditanam

Mungkin ramai yang menganggap bahawa penduduk Bukit Merah telah bebas dari ancaman radioaktif berikutan penutupan loji pemprosesan nadir bumi, namun pada hakikatnya, terdapat 80,000 tong sisa buangan nadir bumi yang merbahaya tetapi masih belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya.
Kes Bukit Merah memperlihatkan kita bahawa pengurusan sisa radioaktif adalah satu projek yang menelan kos yang tinggi, malah mengakibatkan pencemaran alam - satu pelaburan yang mungkin lebih mendatangkan kerugian daripada keuntungan.
Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat (gambar kanan) memberitahu MerdekaReview, tapak pembuangan sisa radioaktif pertama yang terletak di Keledang Hill adalah untuk menanam kemudahan, perkakas kilang Asian Rare Earth dan sebagainya, namun sisa buangan radioaktif yang paling merbahaya hanya disimpan dalam tong besi, ditempatkan sementara di kawasan yang berhampiran dengan tapak pembuangan.

K'jaan makin tertekan untuk naikkan harga RON95

Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

azlanMengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.

Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu - iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember.

Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.
Menghadapi pilihan raya

Menurut akhbar China Press, harga petrol RON95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbanding harga pasaran - bermaksud harga sepatutnya adalah RM2.70 seliter jika diselaraskan mengikut harga pasaran.

Najib gesa Umno buang politik berpuak hadapi PRU-13..mana boleh dulu kini dan selamanya..!!


KUALA LUMPUR, 11 Mei — Datuk Seri Najib Razak menggesa kepimpinan parti itu agar bersatu dan membuang politik berpuak-puak bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Dalam ucapan Majlis Sambutan Hari Umno ke-65 di sini malam ini, Presiden Umno itu berkata, sebagai sebuah parti keramat di Malaysia, Umno harus melakukan perubahan lebih besar untuk terus mendapat sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.
“Kalau kita bersatu, tiada politik puak-puak dalam Umno, kita merupakan parti yang lebih kuat daripada parti-parti lain. Apakah semua (perjuangan) kita sudah selesai? Belum... kenapa masih ada cakap-cakap, masih ada lagi politik puak-puak, apa guna kita sambut ulang tahun 65 tahun kalau kita tidak bersatu?

Najib's "strange" comment on Islam's position: Calls grow to rap Utusan

Najib's "strange" comment on Islam's position: Calls grow to rap Utusan In remarks slammed as "strange" by his political opponents, Prime Minister Najib Razak said everyone must accept the fact that Islam is the official religion of the country and that it cannot be changed in whatever form.
"Strange because no one disputed the fact. Only Utusan, which is owned by Umno and must have acted with the sanction of Najib, created the concern that Islam is not the official religion," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"If Utusan didn't get the green light from Najib, we challenge him to punish the newspaper for its irresponsible reporting. In the Pakatan Rakyat common policy framework, it is stated very clearly that we will uphold the existing federal constitution and Islam as the country's official religion. So it is interesting to know who he is referring to, if not himself."

Asyik Nak Tindas Rakyat Jer...!!!!

Ini lambang Pandi Kutty... hahahaha...

Gua pun dah tak tau nak cakap apa lagi dengan Keraaaa...Jaan Pembohong nih... perlukah gua Pandi Kutty Keraaaa..Jaan Keparat nih...!!!! Jahanam....!!!!

Ada sesiapa dengar radio, atau nonton TV3 suku semalam pasal perlaksanaan GST...???? Lu orang tau apa Najib Razak cakap....????

"Saya menyeru para NGO's untuk memberi penerangan dan menyedarkan orang ramai berkenaan kebaikkan perlaksanaan GST, yang akan di laksanakan pada tahun depan."

Si bangang nih cuba nak kelentong apa beb...., bukankah GST telah dilaksanakan pada awal tahun ini...??? Cuba lu orang belek2 sikit bil astro, bil telco, resit KFC. McDonald, Pizza Hut dan pelbagai lagi... berapa persen GST yang diorang dah sakau sejak awal tahun 2011...???

Pemimpin Umno perlu rujuk Tajus Salatin

KITAB TAJUS SALATIN membawa suatu penganjuran konsep kepimpinan yang berteraskan Islam bagi menegakkan keadilan untuk dinikmati faedahnya sesama insan.

Peranan dan fungsinya mampu dimanfaatkan dalam era globalisasi untuk melahirkan individu yang berketerampilan baik, positif dan peka terhadap kebajikan bersama.

Penghayatan teks ini akan menghasilkan para pemimpin yang adil dan keadilan itu akan dimanfaati oleh segenap lapisan masyarakat di bawah pimpinannya.

Pada era kini, kepincangan ini dilihat dengan timbulnya agenda kolonialisasi, penyelewengan, rasuah dan fitnah yang menular dalam masyarakat khususnya dalam kepimpinan Umno yang dilihat lebih bersifat rakus, angkuh, mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab.

Terdesak :BN rancang pilihan raya olok-olok hadapi PRU-13..Latihan MAGIC cara baru..!!!


KUALA LUMPUR, 11 Mei — Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang akan bermesyuarat Jumaat ini dijangka akan mengadakan pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kertas kerja mengenai pilihan raya olok-olok akan dibentangkan dalam mesyuarat Jumaat memandangkan Umno akan mengadakan pemilihan parti Julai ini.
“Kemungkinan besar kami akan menyentuh mengenai prestasi pilihan raya negeri Sarawak, analisis keputusan pilihan raya itu, pendaftaran pengundi dan saya akan membentangkan kertas kerja ‘dry run’ itu,” katanya.
Bernama Online melaporkan parti komponen BN Sarawak juga akan membentangkan laporan pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu yang menyaksikan Pakatan Rakyat menambah bilangan kerusi dari tujuh kepada 15, dari 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Ulama Umno: Tak patut aibkan Anwar

NONEDakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.
Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.
"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.
Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa.
Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.
"Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu.

Video : Najib Tak Perlu 'Melatah'

Video :Pandi Kutty - Kenapa Najib Begitu 'terasa'

Video: Amaran Polis, Jangan Timbul Kecoh Bantah Projek Lynas

Video: Kenaikan Harga Gula Lambang Kegagalan BN

Kemana pergi subsidi yang dijimat?

Badrul Hisham Shaharin

11 MEI — Harga gula sekali lagi dinaikkan semalam. Regim penguasa cuba mengelirukan rakyat dengan tidak menggunakan perkataan naik harga sebaliknya penyelarasan.
Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei). Kenaikan harga gula kali ini kerana regim sudah tidak mampu mengeluarkan RM116.6juta sebagai tanggungjawab memberikan subsidi kepada rakyat.
Langkah sedikit — demi sedikit ini adalah untuk melalikan rakyat agar sehingga satu tahap nanti rakyat akan terbiasa dengan harga pasaran terbuka. Rakyat akan hanyut dalam pasaran terbuka dunia kerana regim sudah tidak mampu melindungi rakyat.
Ini diakui oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, yang mengatakan dalam kenyataan pengumuman kenaikan harga gula dengan mengatakan langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat.

Video : Agama Rasmi Siasat Penulis Blog 'Marahku' dan 'Big Dog"

Sabotaj Anwar: Perbuatan terdesak, gila kuasa- Syed Husin

KUALA LUMPUR: Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali berkata, sekiranya benar terdapat usaha untuk mendatangkan kecederaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia merupakan satu perbuatan terdesak yang hanya dilakukan mereka yang gilakan kuasa.
Ia berikutan kenyataan pemandu peribadi Anwar yang mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan Anwar dan keluarganya, sehingga menyebabkan berlaku kemalangan.
“Tindakan ini dilakukan oleh mereka yang terlalu terdesak dan gilakan kuasa. Selepas kes fitnah liwat pertama pada tahun 1998, Anwar dipenjarakan atas tuduhan jenayah.
“Kemudian, dia diserang sekali lagi dengan fitnah liwat kali kedua pada 2008. Terbaru, video tuduhan zina dilemparkan kepadanya. Beginilah tindakan yang dilakukan oleh musuh untuk membunuh karektor beliau,”
“Saya berdoa dan berharap, tidak ada sebarang percubaan ‘pembunuhan fizikal’, selepas begitu banyak ‘pembunuhan karektor’ dilakukan oleh musuh. Saya berharap tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepadanya,” katanya yang juga anggota Dewan Negara.
Semalam, pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Said membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya, mendakwa terdapat usaha untuk membunuh atau mencederakan Anwar ekoran unsur sabotaj pada brek kenderaan yang sering dinaiki Anwar, 19 April lalu.

Pandi Kutty : Kenapa Najib Begitu "Terasa", Tanya Kak Wan



KLANG 11 MEI : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail "hairan" kenapa Utusan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu "terasa" terhadap perkataan 'Pandi Kutty' yang disebut suaminya pada satu ceramah Sabtu lalu.
"Kalaulah Perdana Menteri Najib kata Anwar kata dia 'pandi kutty', Anwar tak kata dia. Anwar kata siapa yang rasuah, siapa yang buat fitnah, siapa yang bunuh, itulah perangai 'pandi kutty'. Yang mereka nak terasa kenapa? Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya," kata Azizah dalam siri Ceramah Jelajah Selangor di Meru di sini malam tadi.

Royalti: T’ganu dapat, kenapa nafi hak Kelantan...

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu dengan menafikan hak Kelantan sedangkan kedua-dua negeri bersempadan dan telaga minyak Kelantan adalah berhampiran menjelaskan hasrat menganaktirikan Kelantan atas faktor politik.
“Keadaan ini menunjukkan Barisan Nasional mempunyai dasar yang berubah-ubah dalam isu yang sama,” kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar).
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum menyatakan demikian sebagai mengulas pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu berjumlah RM938 juta secara berperingkat sehingga Jun 2011.
Baginya, perkara itu yang disahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) ke-12 semalam membuktikan bahawa isu 3 batu nautika adalah isu yang sengaja diada-adakan untuk menafikan hak Royalti Petroleum Kelantan.
Katanya, pembayaran semula royalti minyak Terengganu itu juga menunjukkan Perdana Menteri mempunyai dua polisi berlainan bagi isu yang sama dan ia memberi petanda aras bahawa slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan adalah slogan kosong tidak bermakna.

Tak benar kereta lain mahal kerana Proton - Punahsihat Proton...!!

NONEPenasihat Proton Holdings Bhd Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa harga kereta yang dijual di negara ini mahal kerana pengeluar kereta nasional itu adalah tidak benar.

"Dari dulu lagi, kerajaan telah mengenakan cukai yang tinggi supaya negara tidak melihat pengaliran wang kita (dalam penjualan kereta) terlalu banyak ke luar negeri," kata beliau semasa berucap pada pelancaran Pusat Logistik Proton di Sijangkang dan Tanjung Malim, semalam.

Dr Mahathir berkata mereka yang membeli kereta Proton adalah satu perbuatan amal jariah kerana apabila Proton maju, ramai yang mendapat kerja dan dapat menyara keluarga mereka.

"Kita ingin melihat Proton memainkan peranan sebagai satu jentera sosio ekonomi yang menolong menjayakan dan membahagiakan kehidupan rakyat kita di Malaysia," kata beliau.

Undang-undang Kartun : 'Tuduhan melampau' dalam buku Zunar

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa dua buku pelukis kartun Zulkiflee Anwar Ulhaq diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana ia mempunyai “tuduhan melamapau” yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

NONEDalam hujahnya berhubung saman pelukis kartun itu yang popular dengan nama Zunar terhadap KDN, peguam persekutuan Noor Hisham Ismail berkata buku-buku tersebut juga dilihat sebagai “penghinaan ekstrim terhadap pemimpin negara”.

"Kesimpulan yang dibuat menteri (dalam negeri) ialah kandungan kartun itu membawa tuduhan melampau dan penghinaan ekstrim terhadap pemimpin negara termasuk sistem kehakiman.

"Buku-buku itu tidak boleh menyebabkan huru-hara awam tetapi mempunyai potensi bahawa mereka yang membacanya boleh dipengaruhi.”

Lupus subsidi gula RM116 juta, tapi Permata dapat RM111 juta

KUALA LUMPUR: Pas mempersoalkan kewajaran kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang melupuskan subsidi harga gula RM116 juta, sedangkan dalam masa yang sama memberikan peruntukan sebanyak RM111 juta kepada Permata yang dinaungi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur.
“Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.
“Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja,” kata Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.
Menurut Idris, tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan Barisan Nasional (BN).
“Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen),” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Loji Lynas: Jangan buat bukan-bukan, polis bagi amaran...eh..eh..tiba2 jadi garang kenapa yerk..!!

Pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng.
KUANTAN, 11 Mei — Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekecohan berhubung bantahan terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng. Ketua Polis Pahang, Datuk Saifuddin Ab Ghani berkata, ketika ini polis memantau setiap program bantahan, demonstrasi atau ceramah berhubung bantahan projek kilang berkenaan.
“Saya minta mana-mana pihak supaya akur pada undang-undang dan jangan buat yang bukan-bukan,” katanya dipetik Bernama Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa siri bantahan, ceramah dan demonstrasi pihak-pihak tertentu di sekitar Kuantan sejak kebelakangan ini berhubung projek pembinaan kilang berkenaan.
Kilang bernilai RM700 juta yang sedang diusahakan Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia itu, di kawasan perindustrian Gebeng di sini menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.
Beberapa siri penerangan yang dianjurkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom  dan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.

Dah Tersedak : Najib jumpa kumpulan Kristian esok....UMNO tersilap langkah..!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pertubuhan Kristian esok berhubung dakwaan 'konspirasi Kristian' seperti yang dipaparkan pada tajuk utama Utusan Malaysia Sabtu lalu.

dap islamic state forum 260707 hermen shastriSetiausaha Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM) Rev Hermen Shastri memberitahu akhbar berbahasa Cina hari ini bahawa mesyuarat itu adalah usaha Pejabat Perdana Menteri yang mahu mencari penyelesaian berhubung kekalutan isu berkenaan.

Sambil berkata, mesyuarat itu akan diadakan secara tertutup Hermen enggan mendedahkan tempat dan masa ia akan diadakan.

Selain itu, katanya hanya ahli CCM tertentu yang dijemput menghadirinya sdambil mengesahkan bahawa beliau antara mereka itu.

Namun menurut Herman, Pejabat Perdana Menteri sepatutnya juga berjumpa dengan editor Utusan untuk mengetahui mengapa mereka menimbulkan isu berkenaan terlebih dahulu.

Agama rasmi: Umno, PAS perlu buktikan melalui program, kata Mufti Perlis


KUALA LUMPUR, 11 Mei — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan Umno dan PAS tidak wajar bercakap soal Islam sebagai agama rasmi negara selagi kedua-dua parti itu gagal melaksanakan pengisian program ke arah itu.
Tegas beliau, Umno dan PAS perlu memperjelaskan langkah atau tindakan yang akan diambil bagi meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.
“Pada saya isu lebih mendasar dalam polemik ini ialah apakah program yang telah dan akan dilakukan oleh Umno dan PAS bagi mendaulat dan memperkukuhkan Islam di Malaysia menurut kaca mata al-Quran dan As-Sunah, jadi isu pendebatan Islam agama Persekutuan atau agama rasmi (negara) tiada makna jika tanpa pengisian.
“Umno wajar perjelaskan apakah program mereka yang berikutnya untuk memperkasakan Islam dengan mengambil kira hak orang bukan Islam dan PAS juga perlu perjelaskan dengan terperinci bentuk Islam yang mereka praktikkan.
“Demikian juga bentuk hak minoriti orang bukan Islam yang akan diberi, mereka belum teruji setakat ini... setakat mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat, PAS belum buktikan ia bawa kelainan yang mendasar berbanding Umno,” katanya kepada The Malaysian Insider.

KM: Hisham mesti paksa Utusan tarik balik laporan

NONEKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Kementerian Dalam Negeri memaksa Utusan Malaysia menarik balik laporan mengenai dakwaan konspirasi DAP-Kristian serta membuat permohonan maaf.

Lim berkata, mesyuarat mingguan exco negeri hari ini memutuskan untuk menghantar aduan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menggesanya memulakan tindakan tegas terhadap akhbar milik Umno itu berhubung laporan muka depan tersebut pada 7 Mei lalu.

Surat tersebut telah difaks kepada Hishammuddin di Putrajaya hari ini.

Menurut Lim, laporan kontroversi itu telah terbukti palsu ekoran pengakuan dua ADUN Umno Pulau Pinang yang mereka tidak percaya ianya benar.

Najib tetapkan agenda mingguan Utusan - Hata Wahiri

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

Humban 11 Mei Umno dalam muzium

TIDAK ada maknanya bagi orang-orang Umno untuk mengenang peristiwa bersejarah penubuhan parti yang diasaskan pada 11 Mei 1946, jika ia sudah lari dari paksi perjuangan asalnya.

Umno yang ada hari ini jauh menyimpang, daripada yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar. Umno yang ada adalah Umno versi Tun Dr Mahathir Mohamad, dihidupkan semula selepas sengaja dibiarkan haram pada tahun 1988.

Mengapa Umno dibiarkan haram? Jawapannya ialah kerana selepas Dr Mahathir hampir tewas pertandingan jawatan Presiden Umno pada tahun 1987 dengan beza 40 undi sahaja, bermakna separuh daripada perwakilan dan ahli Umno ketika itu menolaknya.

Apabila Umno diharamkan, penyokong Razaleigh dan Mahathir berpecah. Sebahagian besar masih ikut Mahathir kerana banyak faktor. Sebahagiannya mengikut Razaleigh yang menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Dalam erti kata lain, Umno 'tulen' yang diasaskan perjuangannya oleh Onn sudah tidak wujud.

KDN nafi beri kerakyatan daftar warga asing pengundi sokong BN


PUTRAJAYA, 11 Mei — Kementerian Dalam Negeri menafikan pihaknya memberi taraf kewarganegaraan penuh kepada rakyat asing termasuk 2,000 pemastautin tetap di kawasan Parlimen Hulu Selangor bagu menyokong BN sebagaimana didedahkan PKR semalam.
Timbalan Menteri Dalam Negeri  Datuk Lee Chee Liong berkata, kementeriannya tidak akan memberi langsung kelulusan ke atas permohonan kerakyatan penuh kepada warga asing jikapun ia dipohon Umno.
“Hal ini tidak akan berlaku. Satu kelulusan pun saya tidak akan bagi apatah lagi 2,000 kelulusan kepada warga Indonesia,” kata beliau kepada pemberita selepas taklimat media di kementerian itu di sini, hari ini.
Semalam, ada kenyataan daripada PKR yang mendedahkan senjata kotor kononnya Umno mahu mengukuhkan undi dengan memberikan kerakyatan kepada 2,000 pemegang status pemastautin tetap, sekali gus dijadikan pengundi baru.

Dr Khir: Sidang media CFM-DAP curigakan Melayu

Tindakan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengadakan sidang akhbar bersama DAP bagi menafikan wujudnya konspirasi di peringkat paderi dan mubaligh untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian sangat mencurigakan orang Melayu dan Islam, kata mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.

NONEKatanya, sungguhpun beliau percaya kemungkinan besar apa yang didakwa oleh penulis blog terbabit adalah tidak benar, namun “jika sesuatu itu membabitkan DAP maka tidak ada apa pun yang mustahil”.

“Orang Melayu tertanya-tanya CFM boleh sahaja memanggil mereka yang terbabit dalam persidangan yang didakwa dan menafikannya. Saya percaya Utusan Malaysia bersedia menyiarkan di muka hadapan akhbar mereka juga.

“Alangkah baik dan manisnya jika CFM mengadakan sidang akhbar bersendirian dan menafikan dakwaan jurublog-jurublog terbabit. Bukankah CFM sepatutnya kekal menjadi penaung kepada penganut Kristian tanpa kecenderungan politik kepartian?” soal Dr Khir dalam tulisan di blognya hari ini.

Islam tetap agama rasmi Malaysia,


KUALA LUMPUR, 11 Mei — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Islam adalah agama rasmi Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan kedudukan tersebut. Jelas Tuan Ibrahim, walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan, namun ia memberikan maksud Islam adalah rasmi negara.
“Persekutuan adalah bermaksud negeri-negeri yang bergabung membentuk persekutuan yang mana Islam adalah agama rasmi negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
“Agama rasmi Persekutuan adalah agama rasmi bagi negeri-negeri ini, jadi bila kata Islam agama Persekutuan maknanya Islam adalah agama bagi negeri-negeri itu dan ia adalah agama rasmi negara.
“Agama rasmi Persekutuan bermaksud agama rasmi Malaysia, ia sama sahaja sebab Persekutuan ini dibentuk dari negeri-negeri,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Warkah di ambang maut: Sambutan Hari Ibu

Yong Vui Kong rakyat Malaysia berasal dari Sabah sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman bunuh ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.
Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong sepanjang 12 minggu ini kepada Yetian, seorang anggota kempen Selamatkan Vui Kong pada saat-saat beliau menghadapi kematian.

Yetian,

Tanpa disedari kita telah bertukar empat pucuk surat. Saya amat menghargainya, juga kepada pembaca yang sudi mendengar rintihan hati saya dan menunaikan hasrat saya. Saya mungkin tidak banyak masa lagi tetapi saya akan terus menulis hingga saat terakhir.

Saya berpendapat setiap orang, khususnya golongan muda wajib ada kepercayaan masing-masing. Hanya dengan agama, seseorang dapat menyelamatkan diri masing-masing.

'Kerakyatan untuk undi': Surat palsu, kata Umno

NONEKetua Umno Hulu Selangor Mohamed Idris Abu Bakar menafikan beliau pernah menulis mahupun menandatangani sepucuk surat bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia kepada sekumpulan penduduk tetap di negara ini dengan tujuan mendapatkan undi mereka untuk BN pada pilihan raya akan datang.

“Kita tak pernah tulis surat itu. Kenapa harus kita tulis. Kenapa? Kita menang (Hulu Selangor) pada pilihan raya kecil (tahun lalu)," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Mohamed Idris yang juga ADUN Hulu Bernam mendakwa surat berkenaan adalah palsu dan dakwaan PKR semalam yang menuduh Umno berbuat demikian sebagai satu bentuk fitnah.

"Ini fitnah kerana bukan tandatangan saya di surat itu dan namanya juga tidak tertera dengan penuh,” katanya.

Timbalan pengerusi PKR selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang media semalam menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.

Nafi surat kerakyatan: Dah salah, Umno cuba tutup

Zuraida dan Khalid Jaafar (kiri) membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa, Bukit Beruntung pagi tadi
KUALA LUMPUR:  Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, penafian Umno berhubung tindakannya memberi kerakyatan kepada warganegara Indonesia untuk meningkatkan undi, sudah dijangka.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Umno Hulu Selangor, Mohamed Idris Abu Bakar bahawa surat meminta kewarganegaraan tersebut yang dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien adalah palsu.

Video :Pengundi Harus Faham Peranan Bentuk Kerajaan - MAFREL

Nik Aziz: Gesaan MCA pulaukan Utusan tepat

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa melabelkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandi kutty'.

NONEMenulis di Facebook, semalam, Nik Aziz berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.

"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?" tulisnya.

Utusan Malaysia
pada muka depannya semalam meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa melabelkan Najib sebagai 'pandi kutty' - perkataan bahasa Tamil yang bermaksud anak babi.
Malah, akhbar milik Umno itu mencetak bidasan seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami “sindrom pra-haid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya.”
Gesaan yang tepat

Dah Terlondeh : 'Kontroversi negara Kristian untuk perangkap Umno'

NONESeorang pemimpin Umno Pulau Pinang berkata kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia - yang mendakwa DAP dan sekumpulan pastor merancang untuk menubuhkan negara Kristian - adalah untuk memerangkap partinya.

Dan malangnya - keluh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin - partinya telah terjebak ke dalam perangkap tersebut.

Perangkap tersebut, dakwanya lagi, dibuat oleh pihak tertentu yang akan mendapat manfaat daripada kontroversi tersebut, untuk mencemarkan imej partinya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada percaya atau tidak laporan tersebut yang telah mencetuskan kontroversi, dengan pelbagai pertubuhan membuat laporan polis terhadap DAP, pastor dan akhbar berkenaan.

Shaik Hussien berkata, laporan tersebut, yang berdasarkan kepada posting dalam dua blog pro-Umno, telah mengundang tuduhan bahawa Umno di belakangnya.

“Polis cekap dan bijak, mereka akan tahu tidak lama lagi siapakah di belakang tuduhan tersebut,” kepadanya kepada Malaysiakini.

Kospirator keluarkan dari blognya, Utusan macamana?

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Blogger yang membuat dakwaan awal, DAP terlibat dengan paderi Kristian untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara telah membuang posting itu dalam blognya semalam.

Kini timbul tanda tanya, apakah langkah media Umno, Utusan Malaysia yang telah menggunakan sumber itu dalam laporan muka depannya.

Perangkap Makan Tuan : "Konspirasi Kristian' dipadam di blog 'Marahku'

Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempersoalkan tindakan seorang penulis blog yang memadamkan semua posting berhubung artikel kontroversinya “konspirasi negara Kristian”.

NONEShamsul Yunus, yang menulis di blog Marahku, adalah antara dua penulis yang dipetik oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporannya yang menuduh DAP berkemungkinan bersekongkol dengan paderi untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan dan membolehkan penganut agama itu dilantik sebagai perdana menteri.

“Sebuah blog yang 'mendedahkan' isu negara Krstian telah memadamkan entri berkenaan. Mengapa?” soal Khairy pada laman mikro-blognya di Twitter.

“Jika penulis blog itu memadamkan pautan itu kerana beliau menyedari apa yang ditulis adalah tidak benar, maka ia sudah terlambat. Kerosakan telah dilakukan. Bagaimanapun, saya menunggu hasil siasatan,” tulisnya lagi.

Kristian-Islam: Blogger pro-Umno telagah, gesa Bigdog ditahan ISA

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger “Bigdog” berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.
Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).
Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.
Blog “Bigdog” atau nama sebenar penulisnya, Zakir Mohammed menerusi entri bertajuk “Making Christianity the official religion? mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Video : Zahid Mat Arip dalam mimpi bunuh..akhirnya terbongkar...ha.ha..ha..!!

Adakah orang akan terus panggil pandi kutty kepada Najib?

Dalam berita bertajuk "Pandi Kutty - Anwar dakwa difitnah lagi" Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tak kata pandi kutty kat Datuk Seri Najib Tun Razak. Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:
"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty."
Soal Anwar kata atau tak kata, itu tak penting. Akhbar, TV dan parti pandi kutty akan tetap kata Anwar kata pandi kutty kat Najib. Trend terkini akhbar, TV dan parti pandi kutty ialah mereka cipta pembohongan dan kemudian mereka beriman kepada pembohongan itu. Memang dasar pandi kutty.

Namun, yang lebih menarik untuk dilihat ialah adakah selepas ini orang akan panggil pandi kutty kepada Najib. Adakah Najib akan terus jendera tidurnya bila tak habis-habis dipanggil pandi kutty?
PB.

We give you IC, You give us undi??


UMporNO nak rampas semula Selangor!!

Weh... nak tawan Selangor, ekk?? Nak guna apa saja senjata yang boleh, ek??

Ek ele.... ingatkan senjata apa ler?? Ruper nyer mereka nak guna gerombolan lanun dari tanah seberang. Ha.. ha.. ha.. Guna lanun upahan dari Indonesia ruper nyer. Upahnyer apa, ya??

Ha... ha... Lu jadik gua punya lanun, gua kasi lu kewarganegaraan. We give you IC... You give us undi. [Baca sini]

The Price of Malaysia's Racism - Revisited

The Price of Malaysia's Racism - Revisited When my op-ed appeared in the Asian Wall Street Journal last February, all hell broke loose in Malaysia. My thesis was that the highest levels of the government were tolerating or even provoking racial and religious tensions in order to shore up their political base among the Malay community.
I also pointed out that there is an economic price to pay for that political calculation, namely, that members of the minority communities increasingly will feel unwelcome in their own country and continue to emigrate overseas, taking their talents and skills with them.

Now, three months later, I don't think that there is any doubt at all about what I said. It's not a thesis any more, it's a fact.

Call to purge SNAP of opportunists

Responsible political leaders should 'atone for their sins by honourably resigning', said a former SNAP deputy president.
KUCHING: Sarawak National Party (SNAP) should purge itself of “political opportunists” before the general election.
A former deputy president of the party, Ting Ling Kiew, said if these “opportunists” refused to resign voluntarily, they must be pushed out.
“If they should refuse to resign voluntarily, SNAP members should immediately initiate an extraordinary general meeting (EGM) to legally change the current leadership.
“As a strong supporter of SNAP for the last 30 years, I call upon the entire central working committee members to immediately resign and give way to new blood to revive and rejuvenate the party.
“They should take full responsibility for the humiliation it has brought to SNAP.

MEDIA KRONI CUBA KELENTONG

SIAPA BUNUH TEOH?

DUA PAKAR PSIKIATRI BERPENDAPAT TEOH MUNGKIN BUNUH DIRI – berita hairan

KUALA LUMPUR: Dua pakar psikiatri hari ini berpendapat besar kemungkinan kematian Teoh Beng Hock disebabkan bunuh diri dan bukan disebabkan perkara lain.

Pendapat itu dinyatakan oleh perunding forensik psikiatri Hospital Permai Johor Dr Bada'iah Yahya dan perunding psikiatri Jabatan Kesihatan Mental dan Psikiatri, Hospital Selayang.

Dr Nor Hayati dalam laporan yang diserahkan kepada Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh.

Dalam laporan itu dinyatakan, berdasarkan pemeriksaan forensik tiada tanda-tanda pergelutan, darah atau senjata ditemui di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dikaitkan dengan kematian Teoh.

Selain itu, terdapat kesan kotor dan berminyak yang ditemui pada cermin tingkap di tingkat 14, pejabat SPRM, Selangor di mana Teoh dikatakan terjun.

Malaysia Negara Double Standard...Blogger UMphorNO boleh buat ape sehaja...!!

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Nasib gua tak sebaik nasib para blogger UMNphorNO... Maksud gua, bukan nasib gua sorang je, malah nasib semua blogger pro Pakatan Rakyat tidak sebaik nasib blogger PenChaChai UMphorNO...

Kalaulah kami mengedar gambar-gambar super-impose pimpinan tertinggi politikus Negara Malaysia - Hari ini kami sudah berada dalam Kem Kamunting menikmati hari-hari indah sebagai tahanan ISA (tanpa bicara).

Kalaulah kami mengedar "video seks" yang dikaitkan dengan pimpinan tertinggi politikus Negara Malaysia - Hari ini kami sudah berada dalam Kem Kamunting menikmati hari-hari indah sebagai tahanan ISA (tanpa bicara).

Kalaulah kami yang menulis artikel yang berbau sentimen perkauman - Hari ini kami sudah berada dalam Kem Kamunting menikmati hari-hari indah sebagai tahanan ISA (tanpa bicara).

Kalaulah kami menulis apa-apa artikel yang berbau sentimen keagamaan - Hari ini kami sudah berada dalam Kem Kamunting menikmati hari-hari indah sebagai tahanan ISA (tanpa bicara).

Blogger pro UMNphorNO ini:


Selepas menulis artikel fitnah dalam blognya... Hari ini blogger ini masih bebas menulis.

Pandi Kutty betul la...!!!
TPU.

"Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahu Akbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan


Sultan Yang Prihatin
SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Kerajaan cari sumber baru, bukan bebankan rakyat

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Kerajaan BN diminta menangguhkan cadangan untuk mewujudkan makmal rasionalisasi subsidi di negara ini, bagi mengelakkan rakyat mengalami bebanan lebih berat dengan kenaikan harga barangan yang tersusun.
Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula hari ini merupakan salah satu petanda buruk dari cadangan mewujudkan makmal itu dan sekiranya diteruskan, pelbagai barangan lain pula pasti turut dinaikkan berperingkat-peringkat dari semasa ke semasa.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula hari ini dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram merupakan sesuatu yang amat tidak wajar kerana ia jelas lebih menghimpitkan lagi kehidupan rakyat.
Menurut beliau, namun tanpa berfikir panjang, Kerajaan BN telah pun melakukannya, setelah harga petrol RON97 dinaikkan beberapa hari lalu, tetapi harga petrol RON95 tidak pula diturunkan.

Umno 1946, Umno 1988 dan Umno masa depan


Hari ini, 11 Mei 2011 Umno menyambut ulang tahun ke-65. Tetapi melihat sejarahnya Umno yang ada hari ini bukanlah parti yang mewarisi secara sambung-menyambung daripada pertubuhan yang ditubuhkan pada 1946.
Ini kerana pada tahun Umno yang didaftarkan pada 11 Mei 1946 itu telah diisytiharkan haram oleh mahkamah pada 1988. Umno yang ada sekarang sebenarnya adalah Umno Baru yang didaftarkan pada 13 Februari 1988. Ia kemudian berjaya menggugurkan perkataan baru itu dan selanjutnya diterima oleh mahkamah sebagai pewaris kepada Umno tahun 1946.
Perbezaan antara Umno dan Umno Baru bukan sekadar dari segi undang-undang. Baik dari segi politik mahupun fahaman, terdapat perbezaan antara kedua parti bernama sama untuk zaman yang berbeza. Umno yang asal ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar sementara Umno kini adalah diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagi memudahkan cerita sememangnya boleh dianggap terus bahawa Umno kini adalah sama dan lanjutan kepada Umno tahun 1946. Tetapi hakikatnya perbezaan fahaman antara apa yang diasaskan oleh Datuk Onn dan Dr Mahathir tentunya berbeza.

Isu pengundi: Umno nafi, gesa PKR tarik balik tuduhan konspirasi


KUALA LUMPUR, 11 Mei — Umno Hulu Selangor menafikan pihaknya ada menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing untuk membolehkan mereka didaftar sebagai pengundi kawasan tersebut menjelang pilihan raya umum ke-13. Sehubungan itu, Umno bahagian tersebut juga menggesa timbalan pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin menarik balik dakwaan itu, yang dibuat pada satu sidang media pagi semalam.
“Pengurusan Umno Selangor mengadakan mesyuarat khas petang tadi (semalam), dipengerusikan oleh Datuk (Mohamed) Idris (Abu Bakar) sendiri dan kami memutuskan dua perkara iaitu pihak yang membuat tuduhan perlu menarik balik tuduhan mereka dan jika tidak, kami akan saman mereka... ini fitnah,” kata jurucakap Umno Hulu Selangor ketika menghubungi The Malaysian Insider.
“Perkara (permohonan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein) memang tak wujud, ia tak betul sama sekali... pemeriksaan kami mendapati ada beberapa kesilapan... surat kepala yang digunakan juga tidak sama seperti yang kami gunakan selalu, corak tanda tangan Datuk Idris juga lain dan ejaan nama Datuk Idris juga adalah kesilapan,” kata jurucakap itu lagi.