Isnin, 9 Mei 2011

40% RMM untuk pembeli 35 tahun ke bawah

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Ketika Umno BN sedang rancak menyusun pelbagai fitnah termasuk mengatakan kerajaan Selangor menzalimi rakyat dalam rangka menawan kembali negeri itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus menyusun pelbagai program untuk membantu dan membela rakyatnya.
Terbaru, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan 40 peratus rumah mampu milik (RMM) yang diperkenalkannya akan dikhaskan untuk pembeli berumur 35 tahun ke bawah.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan, rumah mampu milik yang telah diperkenalkan itu berkeluasan antara 750 hingga 850 kaki persegi dan berharga antara RM69,000 hingga RM100,000 seunit.
Menurut beliau, rumah-rumah tersebut dalam bentuk pangsapuri akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju-pemaju swasta yang bersetuju menyertai program itu.

PRU-13: Umno adakan pilihan raya olok-olok Julai..

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Umno akan mengadakan simulasi pilihan raya olok-olok sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 pertengahan Julai ini.
Proses itu akan melibatkan semua peringkat jentera parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Menurut Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, langkah itu diambil bagi melancarkan persiapan parti menjelang pilihan raya umum ke-13.
Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Umno Selangor membuat persiapan menghadapi pilihan raya.
Desas-desus menyebut pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan ataupun awal Oktober.
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum Ramadan ini.

Video : Cita-cita Tetap Diteruskan

Umno khianati Islam agama rasmi, lebih teruk dari penjajah- Teras

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno tidak pernah memartabat Islam sebagai agama rasmi dalam setiap tindak tanduk mereka, malah pengkhinatan parti itu selama berpuluh tahun terhadap Islam disifatkan lebih teruk dari penjajah, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid.

“Namakan apa sahaja yang tidak dilakukan, dan kita tidak akan lupa. Kekangan terhadap guru-guru agama sehingga ada yang jauh dipindahkan. Masjid-masjid ‘dikurung’ sehingga ilmu agama tidak dapat diajarkan.

“Sekolah Agama Rakyat (SAR) ‘dibunuh’. Pandangan para mufti dan ulama diperlekeh.

“Mahkamah syariah dijadikan sebagai mahkamah kelas kedua dan banyak lagi tragedi terhadap umat Islam adalah hasil dari kepincangan dan kerja tangan pemimpin Umno itu sendiri.

“Dalam masa yang sama, kita tidak pernah lihat mereka berusaha untuk memperkembangkan fahaman dan syiar Islam.

DAKWAT KEKAL: Penyelesaian Bagi Penipuan Besar-Besaran BN di PRU13?


"Pendahuluan

Semua sedia maklum, PRU13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi. Berbeza dengan negara lain, tarikh PRU di Msia selalu menjadi salah satu bahan teka teki dan dirahsiakan kepada umum. Di negara-negara maju, tarikh pilihanraya umum biasanya diistiharkan dan sangat jarang menjadi rahsia. Tetapi tidak dinegara kita.

Namun, apa yang paling menarik pada PRU13 kali ini adalah PENTING dan menentukan mandat baru kepada kerajaan baru Najib dan Rosmah.

Ore UMNO Masuk PAS.

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ya Marhaban Ya Salam Shekih Sobree Shafii

HARI ini satu sejarah kecil berlaku di pejabat MB Kelantan bila mana sdr Sobree Shafii penglima hitam Umno tahun-tahun 80-an telah menyerahkan borang untuk menyertai Pas kepada Murysidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Peristiwa kecil yang besar maknanya itu berlaku jam 10:30 pagi ini. Ikut mengiringi Sobree menyerahkan borang penyertaan beliau dalam Pas, ialah senator Rosli Ibrahim dan beberapa orang kanan Sobree dari Ketereh. Ekoran kemasukan Sobree ke dalam Pas itu seorang orang kanan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Annuar Musa dan bersama pengikutnya juga akan mengambil keputusan yang sama.

Tun Mahathir: Ingat I PM lagi!!! dah konpem...

Oleh Ustaz Saiful Bahri
Jenis manusia bongkak payah nak tobat. Orang lain buat semua salah, dia aje yang betul. Tun Dr Mahathir orang yang mempopularkan bahawa orang melayu mudah lupa. Kita ingat beliau yang darah cap mamak tak lupa. Hari ini Allah tunjukkan bahawa beliau juga pelupa. Beliau lupa bahawa Allah gelarkan kejadian manusia sebagai ‘insan’ itu kerana pelupa.


Rupa-rupanya pelupa Tun Mahathir lagi parah. Beliau lupa bahawa beliau bukan Perdana Menteri lagi. Rupa-rupanya Dr Mahathir ni, selama ini dok syok bahawa beliau adalah PM lagi. Lor! Itu pasal ke hulu ke hilir mengalahkan Rosmah dan Najib sendiri. Sekarang dia pulak berebut tarikh dengan PM dalam membubarkan pilihanraya.

BARUA UMNO INGAT AGUNG TU TUNGGOL KAYU KA??

Pelik aku... dulu dengar mainan UMNO PM dari kalangan cina... berpuloh kali terang dah kat barua2 UMNO nih... Ingat Agung kasik ka cina jadik PM... Apa jadik kat PERAK? itulah yang akan jadik kat MALAYSIA... DAP ka, MIC kaa, MCA kaa menang besar tetap AGUNG akan tak kasik CINA/Samy Vellu jadik PM... Melayu akan jadik PM walaupun Melayu tu adalah NAJIB... kahkahkah

'Kitab' Al-Pitam

Walau sesibuk mana pun......wa ima tengah mesyuarat ke.....tengah bekerja ke.....di dalam bas ke.....sambil berjalan ke.....sambil makan ke.....namun 'kitab' itu tidak dapat tidak mesti dibaca.

Hadiah BN : Harga gula naik kali keempat sejak tahun lalu

Harga gula bakal meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilo, berkuatkuasa mulai esok, untuk "menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta".  Kenaikan ini adalah kali keempat sejak tahun 2010, juga "penyelarasan kali ketiga" sejak rasionalisasi subsidi yang diumumkan pada Julai 2010.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan pada hari ini, bahawa harga gula akan dinaikkan ke paras RM2.30 sekilo mulai esok.  Ia dilihat sebagai salah satu langkah di bawah Rasionalisasi Subsidi, untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM116.6 juta.
Kerajaan Najib mengambil langkah di bawah rasionalisasi subisidi untuk kali pertama pada 16 Julai 2010, dengan kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 5 sen, gas semulajadi 10 sen, dan penyelarasan harga minyak RON97 mengikut pasaran dunia.  Harga gula dinaikkan 25 sen ketika itu, dan kesemuanya dianggar menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM750 juta.

Video : ANAK serah memorandum pada SUHAKAM

Adu kepada Suhakam, akibat tidak tahan tanggung hutang

Memorandum aduan itu mendedahkan punca sebenar bebanan hutang yang mencecah ratusan ribu ringgit dihadapi peneroka akibat kegagalan anak syarikat Felda, Felda Technoplant.

KUALA LUMPUR: Tidak tahan dengan bebanan hutang Skim Tanam Semula yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit, sekumpulan peneroka Felda hari ini menyerahkan memorandum aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Memorandum aduan itu mendedahkan punca sebenar bebanan hutang yang dihadapi mereka adalah daripada kegagalan anak syarikat Felda, Felda Technoplant yang lewat menguruskan proses tanam semula kelapa sawit dan getah sehingga bertahun lamanya.
Wakil kumpulan itu Mazlan Aliman berkata, kerja tanam semula yang sepatutnya diselenggara Felda Technoplant terhadap setiap 10 ekar tanah peneroka tidak dilaksanakan dengan baik dan dilanda pelbagai masalah.

Jemputan Munajat Rakyat Bersama Dr.Sheikh Wahbah Zuhaily Serta Pimpinan Pakatan Rakyat

MAKLUMAN DAN JEMPUTAN MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH BERSAMA DR SHEIKH WAHBAH ZUHAILY (SYIRIA), YAB TUAN GURU HJ NIK ABD. AZIZ NIK MAT DAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.

Adalah dimaklumkan, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat MPP – PKR yang lalu, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA) bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menganjurkan MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH bersama ulama besar dunia Dr Sheikh Wahbah Zuhaily dar Syiria serta YAB Dato Tuan Guru Hj Nik Abd. Azizi bin Nik Mat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung seperti butir berikut :

Anwar Ibrahim: Masa Depan Anak-Anak Kita Di Tangan Kita

Anwar Ibrahim: Kalau Kita Memerintah, Apa Yang Kita Mahu Buat?

Anwar Ibrahim: Sebab Apa Mahu Tukar?

SPR Jangan guna persempadanan untuk manipulasi undi

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingat agar tidak menggunakan persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk manipulasi undi yang memihak kepada Umno-Barisan Nasional.
Demikian dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh sewaktu mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa suruhanjaya itu sedang membuat kajian awal persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Abdul Aziz memberi alasan persempadanan itu perlu dilakukan kerana tempoh lapan tahun selepas kali terakhir persempadanan semula kawasan pilihan raya tamat 21 Mac lepas.
Menurut Fuziah, persempadanan semula pilihan raya hanya boleh dilakukan dengan syarat jumlah kerusi di Parlimen juga ditambah pada masa yang sama.
Penambahan kerusi juga hanya boleh dilakukan jika SPR berjaya membuktikan jumlah penduduk dalam sesuatu kawasan bertambah.
“Misalnya kawasan A ada 75 ribu penduduk dan kawasan B juga ada 75 ribu penduduk, maka kita boleh tambah lagi satu kawasan kerusi agar setiap kerusi Parlimen ada kira-kira 50 ribu penduduk.Hanya jika kerusi ditambah, baru lah persempadanan semula boleh dilakukan,” kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Laporan Utusan Malaysia: Teresa persoal pendirian kerajaan

Saya merasa amat kesal terhadap reaksi Menteri Dalam Negeri Hishamuddin dan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Rais Yatim kerana menerima laporan palsu Utusan Malaysia yang bertajuk "Malaysia negara Kristian?" tanpa menyoal dan mengesahkan kesahihan laporan tersebut terlebih dahulu.
Laporan tersebut berfitnah bahawa DAP dan para penganut agama Kristian berhasrat menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.  Laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan berpandukan fitnah dua orang blogger penyokong UMNO yang mempunyai niat jahat mengapi-apikan perasaan takut, benci dan syak wasangka, terutamanya di kalangan penganut agama Islam terhadap penganut agama Kristian.
Lebih mengecewakan lagi, Hishamuddin dan Rais tidak mengutuk akhbar Utusan Malaysia atau cuba menenteramkan keadaan hening ini tetapi sebaliknya mengeluarkan amaran kepada orang awam agar jangan mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.  Tindakan tersebut menunjukkan bahawa mereka jelas berat sebelah terhadap Utusan Malaysia dan menyokong laporan mereka tanpa sebarang siasatan.

Paderi Kristian nafi tuduhan, desak PM ambil tindakan terhadap Utusan

Paderi Kristian menafikan tuduhan bahawa mereka berusaha untuk menubuhkan negara Kristian di Malaysia, atau melantik Perdana Menteri Kristian, padahal mereka hanya berdoa agar diberi keberkatan kepada negara, keamanan dan kehidupan yang lebih baik, penyatuan dan keharmonian di antara semua bangsa dan kepimpinan yang jujur dan adil.
Justeru itu, mereka mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang mencetak dan menyebarkan pembohongan berbahaya seperti yang telah menganggu keharmonian kepelbagaian agama daripada pelbagai masyarakat, mencetuskan rasa takut dan gelisah di kalangan rakyat Malaysia terutama di kalangan penganut Kristian.
Demikianlah kenyataan bersama daripada Christian Federation of Malaysia (CFM) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, sebagai reaksi terhadap liputan berita Utusan Malaysia yang disiarkan pada 7 Mei 2011, dengan tajuk besar di muka surat depan "Kristian agama rasmi?"

Air mata dua orang ibu pada Hari Ibu

Semalam, Hari Ibu kedua untuk Teng Shun Hor, 58, setelah kehilangan anaknya bernama Teoh Beng Hock pada 16 Julai 2009.  Sudah 21 bulan ibu ini tidak bersembang dengan anaknya, malah punca kematiannya belum diketahui sehingga hari ini.  Teng Shun Hor hanya mampu menatap gambar mendiang Beng Hock, mengulangi pertanyaan "Mengapa?"
Satu-satunya hasrat Hari Ibu untuk Teng Shun Hor adalah mengetahui kebenaran bagaimana anaknya meninggal dunia.  "Saya mahu cucu saya tahu bagaimana ayahnya mati.  Saya tidak berharap bahawa diri saya perlu menyambut setiap Hari Ibu seterusnya dengan soalan (yang tak terjawab) ini," kata Teng Shun Hor.
Demikianlah luahan seorang ibu, sebagaimana yang dilaporkan dalam Sin Chew Daily, pada edisi Metro-nya, semalam.  Teng dilaporkan menyambut kedatangan wartawan dengan senyuman pada mulanya, bagaimanapun gagal menahan sebak apabila mengenang wajah mendiang Beng Hock.

"Selamatkan Kuantan demi generasi akan datang!"

ira-kira 800 orang berhimpun di pantai Teluk Cempedak, Kuantan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji pemprosesan nadir bumi (rare earth) oleh syarikat Lynas di Gebeng, semalam.  Ramai ibu yang mengambil berat kesihatan anak-anak mereka tampil untuk menyatakan pendirian, sempena Hari Ibu semalam.
Perhimpunan membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi ini diseru dalam laman sosial Facebook, dan disahut oleh orang ramai, yang membawa keluarganya ke situ mulai jam 5 petang.
Pada kira-kira jam 7 petang, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd Jasmani Yusof meminta agar orang ramai bersurai.  Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tampil untuk berunding dengan polis, dan akhirnya polis bersetuju bahawa ia adalah perhimpunan aman, lantas hanya memantaunya dari tepi tanpa mengganggu kegiatan mereka.

Jakim tiada kuasa siasat isu 'negara Kristian'

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan usaha pihak tertentu menjadikan Kristian agama rasmi negara.

Sebaliknya beliau berkata perkara itu, yang melibatkan agama bukan Islam serta keselamatan negara, diuruskan oleh pihak berkuasa keselamatan termasuk polis.

"(Peranan) Jakim hanya untuk (menjaga urusan) agama Islam. Jakim tidak menjaga agama bukan Islam. Kalau berkaitan dengan hendak tukar agama, (itu tanggungjawab) pihak keselamatan.

"Jakim tiada hak untuk marah dan sebagainya...kerja-kerja untuk siasat (perkara ini) dan sebagainya...(biar) polis yang buat siasatan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat 10 pensyarah dari Universiti Al-Azhar yang akan berkhidmat di Malaysia, di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

The new Malay dilemma: Arrogance plus fear

A constitutional lawyer asks Malays to ask themselves why they feel so insecure.

PETALING JAYA: Malays who think Islam is under siege are suffering from a curious mental disorder in which arrogance is mixed with feelings of insecurity, according to writer and constitutional lawyer Syahredzan Johan.
“They feel superior because of the special position of the Malays, and they fear losing that position, which means losing that feeling of superiority,” he said.
“Furthermore, simply because they are the majority, they think that whatever they say must be correct.”
Syahredzan, who is a member of the Bar Council’s Constitutional Law Committee, was commenting on speeches made at a recent forum organised by Pembela, a coalition of Muslim NGOs.

DAP tells Najib to step down if he can't control Utusan

DAP tells Najib to step down if he can't control UtusanPenang DAP has challenged Prime Minister Najib Razak to step down if he cannot control Umno-owned newspaper Utusan, which created an uproar over the weekend by accusing DAP and Christians leaders of plotting to topple the King and replacing Islam with Christianity as the country's official religion.
"UMNO owns Utusan Malaysia and Najib acts like he can’t control it. If the owner or leader of a company can’t control the company, he or she should step down immediately as this is a non-functioning leader," Komtar assemblyman Ng Wei Aik said in a statement out on Monday.
"PERKASA has many UMNO members and its patron, Tun Dr. Mahathir Mohamed is UMNO member No. 000 0001. Why then can UMNO say PERKASA is not linked to UMNO? PERKASA also calls for the populace to vote for Barisan Nasional, How then is PERKASA still not linked to UMNO?"

Bakar api perkauman, BN cipta keadaan untuk Ops Lalang2

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Pas, Mohammad Sabu berkata tidak mustahil pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat menjalankan Operasi Lalang ke 2, ekoran tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan pimpinan Umno-BN sejak kebelakangan ini.
Beliau merujuk laporan akhbar Utusan Malaysia, Sabtu  yang sengaja membakar sentimen Melayu-Islam, dengan mendakwa wujud agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di negara ini.
“Tindakan mereka kini mirip seperti yang terjadi pada 1987, iaitu tuntutan ekstrim oleh kelompok tertentu dalam parti komponen Barisan Nasional.
“Waktu itu (1987) Lee Kim Sai (Ketua Pemuda MCA) menuntut supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina. “Tetapi tangkapan tidak dibuat kepada mereka, sebaliknya ahli politik pembangkang dan pemimpin NGO yang disumbat dalam ISA,” kata Mohammad yang turut ditahan ketika operasi tersebut.

Utusan Terus Dibidas Pembaca

SHAH ALAM 9 MEI : Tindakan utusan Malaysia melaporkan dakwaan blog pro Umno-Barisan Nasional kononnya satu majlis anjuran DAP yang dihadiri oleh paderi telah
mendoakan Malaysia menjadi sebuah negara Kristian dan perdana menteri bakal dilantik dari kalangan penganut agama itu, dibidas masyarakat di negeri ini.
Menolak sama sekali berita berunsur fitnah itu, seorang nazir masjid, Haji Badaruddin Haji Dawam berkata, laporan seperti itu yang tidak diketahui keabsahannya hanya bertujuan membakar naluri masyarakat Melayu di negara ini dan menimbulkan syak wasangka kepada kaum lain di negara ini.

Laporan berkenaan katanya, jelas satu perbuatan tidak bertanggungjawab yang ditolak oleh rakyat, sebaliknya menimbulkan kebencian pula kepada akhbar kawalan Umno itu.

Contohi Umar Abdul Aziz jika Pakatan perintah

KUALA PILAH: Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Pakatan Rakyat akan mencontohi tata kelola yang diamal pemerintah Islam, Umar Abdul Aziz jika gabungan itu diberi mandat memerintah Malaysia, pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut Anwar, antara kaedah pentadbiran yang diamal Umar adalah memastikan hak rakyat sentiasa dipelihara dan kekayaan negara diagih secara adil kepada golongan miskin.
“Suatu ketika, Menteri Kewangan memberitahu Umar Abdul Aziz bahawa negara memiliki emas, gandum dan wang yang begitu banyak. Menteri bertanya mahu dibuat apa dengan harta sebanyak itu.

Cita-cita Tetap Diteruskan


KUALA PILAH 9 MEI : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai sokongan rakyat yang masih bersama dan yakin dengan beliau  dan Pakatan Rakyat walaupun difitnah saban hari oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional menerusi media kawalan mereka.

Anwar menyatakan betapa setelah 13 tahun dipenjara, dihina dan dilakukan pelbagai perkara oleh Umno, cita-cita beliau tetap sama iaitu melakukan perubahan kepada negara ini.

"Setelah alami ini semua..cita-cita saya hanya satu, saya nak buat perubahan dari apa yang dipelajari dari pengalaman lebih 50 tahun di bawah Umno. Itu niat saya.

"Saya nak buktikan saya boleh buat perubahan," kata Anwar penuh emosi di hadapan hampir 10 ribu hadirin yang memenuhi perkarangan markas Pakatan Rakyat Pilah Tengah, di Kampung Seri Pilah di sini semalam.

Chia: Polis ugut letak parang, dadah dalam kereta

Seorang peniaga, Chia Buang Hing memberitahu mahkamah hari ini bagaimana selepas dia dipukul teruk, pegawai polis Norzali Rosle mengugut untuk meletak parang dan dadah dalam keretanya, jika dia enggan memenuhi tuntutannya.

Chia berkata, jika dia tidak mengatakan bahawa kecederaannya adalah disebabkan satu pelanggaran kereta dan dia dipukul oleh pembuli jalan raya, Norzali akan meletak parang dan dadah dalam keretanya.

Menurutnya lagi, Norzali berkata dia akan menyumbatnya ke penjara untuk tempoh yang lama dan dia (Chia) tidak akan terlepas dari tahanan polis.

Chia - seorang membuat bingkai - memberi keterangan dalam perbicaraan lima anggota polis yang dituduh menyebabkan kecederaan ke atasnya.

Dia juga mendakwa telah dibelasah oleh polis selepas dia ditahan di satu sekatan jalan di Damansara Mutiara, Petaling Jaya pada 18 Disember tahun lepas.

SU Agung setuju pandangan Mahathir Umno lemah

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersetuju dengan pandangan bekas ketua parti itu, Tun Dr Mahathir Mahathir bahawa komponen teras BN itu kini lemah sambil menambah, ia perlu menjauhkan diri daripada “hubungan-hubungan yang lemah.”
Semalam, bekas presiden Umno itu berkata parti itu sangat lemah sekarang disebabkan kewujudan pemimpin-pemimpin lemah, yang tidak lagi berjuang untuk kepentingan Melayu dan Islam.
Dr Mahathir juga memberi amaran BN akan berhadapan lagi dengan prestasi buruk yang disaksikan pada pilihan raya 2008 jika parti itu tidak menjauhkan diri daripada rasuah dan nepotisme.

Tahniah BN : Harga gula naik 20sen mulai esok..lagi mahal lagi baik..!!!

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa 10 Mei ini.

Industri pelancongan & sumpah laknat

Hishamuddin Rais
 
Menurut satu sumber, sumpah laknat berkeupayaan untuk membuka satu pasaran yang lebih luas. Untuk membuktikan hujah sesetengah saudagar agama, satu sumpah laknat telah dipentas di Masjid Sentul. Para pelakon untuk bersumpah telah dipilih khas.

Berbanding dengan sumpah laknat tiga tahun dahulu, kali ini sumpah laknat lebih teratur dari segi pengurusan media. Secara terancang media telah membuat laporan berminggu-minggu tanpa putus tentang sumpah laknat. Laporan media ini cukup membantu kerana di hari pementasan, Masjid Sentul yang biasanya kosong tiba-tiba telah penuh sehinggakan tidak ada tempat untuk bersembahyang.

Untuk merancakkan kempen sumpah laknat ini, para pelakon telah diminta untuk memakai baju kalis peluru. Ini adalah taktik sensasi untuk memastikan berita sumpah laknat di Masjid Sentul ini akan mendapat laporan CNN, BBC, PBB, DDT, PIBG, JKK, SITC, MMC, KLM, BOAC, MTD, TT dan CCTV.

Video : Memang Mustahil DAP Boleh Tukar Agama Rasmi Negara

Video PRU Singapura : Generasi Muda Main Peranan Penting,

Video : Isu Kristian MCA MIC Diam Diri

Rakyat Malaysia di Singapura, bawa balik angin perubahan- Rafizi

KUALA LUMPUR: Angin perubahan yang melanda Singapura, diharap akan memberi kesan kepada hampir setengah juta rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ini kerana majoriti rakyat Malaysia di Singapura terutama warga Johor, akan kembali untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.
“Kita berharap angin perubahan yang melanda Singapura, dibawa balik oleh rakyat Malaysia yang berkerja di sana, terutama oleh rakyat Johor pulang ke negeri kubu kuat Umno-Barisan Nasional.
“Saya pasti BN tidak tidur lena selepas ini memikirkan gelombang rakyat yang semakin kuat selepas PRU pada 2008,” kata Rafizi ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Utusan Merendahkan Martabat Kewartawanan Malaysia


Oleh Wira Arjuna
Pada tahun 2001, Hakim Mahkamah Rayuan Shaik Daud Ismail menyatakan bahawa cermin kereta para hakim digelapkan bukan atas sebab keselamatan diri tetapi demi menutup malu mereka.

Kenyataan ringkas beliau mencerminkan penghinaan yang ditempuhi badan kehakiman kerana terpaksa ikut telunjuk Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad.

Pada hari ini pengamal satu lagi cabang demokrasi di Malaysia mungkin terpaksa mengikut jejak hakim menggelapkan cermin kereta bagi menutup aib – iaitu wartawan.

Setiap mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam bidang kewartawanan dicengkam dengan rasa kesal, mual atau marah dengan laporan Utusan Malaysia, kononnya ada usaha pihak gereja untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia.

Dapat Perlindungan : Big Dog terus gesa siasat 'konspirasi Kristian'

utusan malaysia, malaysia negara kristian, bigdogPenulis blog Zakhir Mohamed terus menggesa supaya siasatan dijalankan ke atas "cakap-cakap" berhubung dakwaan konspirasi bagi menukar agama rasmi persekutuan kepada Kristian dan melantik perdana menteri daripada penganut agama itu.
Dalam satu tulisannya di blog bigdogdotcom.wordpress.com semalam, Zakhir berkata ia perlu disiasat rapi kerana ianya mungkin menyebabkan golongan Melayu dan Islam "bangkit dalam keadaan marah."
"Sudah tiba masa 'cakap-cakap' mengenai gerakan ini yang mungkin subversif dan mampu mengganggu gugat keselamatan negara apabila majoriti iaitu orang Melayu-Islam bangkit dalam keadaan marah, disiasat secara rapi.

PRU 13: Umno-BN perlu persiapan rapi di Sabah

Persiapan itu tidak semestinya dengan berkempen bagi memenangkan calon atau bakal calon tetapi lebih kepada menggerakkan jentera parti.

KOTA MARUDU: Ahli-ahli Puteri Umno diminta agar tidak berasa selesa dengan kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Sabah sebaliknya melakukan persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, persiapan itu tidak semestinya dengan berkempen bagi memenangkan calon atau bakal calon tetapi lebih kepada menggerakkan jentera parti dalam menangani apa juga isu dan permasalahan rakyat.
“Kunci kepada kemenangan Umno dan BN sebelum ini ialah kewibawaan parti dalam membela nasib rakyat dan membawa kemajuan serta pembangunan kepada rakyat.

Beng Hock's widow weeps as she recollects the man she loved

Beng Hock's widow weeps as she recollects the man she lovedAs tears ran down her cheeks, school-teacher Soh Cher Wei told the Royal Commission of Inquiry that she considered the late Selangor political officer Teoh Beng Hock the man she wanted to be with until the end of her life.
"He's a good person. He loves me and his family. I considered him as the man I would be with and the person who was to be my companion till the end of my life," said Cher Wei after regaining her composure.
She had broken down when asked by an RCI panel member what her love for Teoh meant.
Cher Wei was just 28-years old  and three-months pregnant when Teoh died. They were due to register their marriage on the day his body was discovered. Now 30, she has given birth to their son and has married him posthumously according to ancient Chinese rites.

Komplot Kristian: Apakah DAP sasarannya? Tidak…

Selepas kegagalan yang memalukan dalam agenda “1Melayu, 1Bumi”, media tradisional Umno, Utusan Malaysia dan barisan blogger mereka cuba sekali memainkan isu yang cukup sensitif dan berbahaya untuk kestabilan negara dengan menuduh bahawa para pemimpinDAP berkonspirasi dengan paderi Kristian bagi menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan membolehkan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri.

Di atas permukaan, DAP dan agama Kristian dilihat sebagai sasaran sebenar Utusan. Namun, harus diingatkan di dalam politik, kebanyakan drama hanya membenarkan penonton tepi jalan melihat apa yang hendak diperlihatkan – dengan ini bermaksud ada pihak yang inginkan rakyat percaya bahawa sasaran sebenar mereka ialah DAP dan juga Kristian.

Persoalannya, adakah begitu keadaannya?

Mahasiswa koyak, pijak Utusan tanda bantah

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini membuat satu laporan polis berhubung laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?'

Laporan itu dibuat presidennya, Ahmad Syazwan Hassan di balai polis Pantai dekat sini kira-kira jam 11.30 dengan diiringi 20 wakil pertubuhan pelajar lain termasuk bukan Islam yang berkumpul di luar pekarangan balai polis tersebut.

Menurut Ahmad Syazwan, kenyataan akhbar Utusan yang dikeluarkan pada 7 Mei 2011 boleh mejejaskan perpaduan kaum di negara ini kerana bersifat provokasi yang menyentuh sentimen agama di negara ini.

Siasat Utusan, gesa GERAKAN

GERAKAN hari ini mendesak pihak polis menjalankan siasatan yang bebas dan profesional terhadap laporan Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Presidennya Datuk Seri Dr Koh Tsu Koon berkata, ia penting bagi menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku.

Malaysia Daulah Kristian? Reaksi Menteri Yang Berjiwa Kerdil


Memang jelas jarak firasat dan kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dengan sekurang-kurangnya tiga menteri Umno yang nyata kontang idea mengenai soal kenegaraan dan juga bagaimana membaja keharmonian di Malaysia.

Apabila diminta komen beliau berhubung kegemparan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia pada Sabtu 7 Mei lalu, dengan tenang pemimpin dan ahli agama itu menguis soalan dengan mengatakan “tidak mungkin beliau boleh mempercayai laporan Utusan Malaysia”.

Pendirian Nik Aziz memang berasas. Ini kerana komponen utama Barisan Nasional, MCA sendiri kini menggerakkan kempen untuk memboikot akhbar millik Umno itu.
Perihal Utusan tidak menghormati nilai dan sensitiviti kaum lain dalam melaksanakan apa yang didakwanya sebagai “memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam” memang sudah diketahui umum.

PM harus Muslim selagi Raja-raja Melayu wujud, kata Wanita Perkasa


KUALA LUMPUR, 9 Mei — Sayap Wanita Perkasa berkata selagi Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu secara automatik perdana menteri mestilah seorang beragama Islam.
Ketua Wiranitanya Zaira Jaafar berkata, walaupun tiada peruntukan yang mengatakan seorang perdana menteri mesti beragama Islam tetapi dalam Perlembagaan Persekutuan jika difahami secara holistik, Raja-raja Melayu beragama Islam, begitu juga perdana menteri.
“Jika kita merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, perdana menteri tidak semestinya beragama Islam tapi peruntukan itu perlu dibaca bersama dan bukan diasingkan kerana kesemua peruntukan itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Probe RM20,000 bus stops

A DAP man says the bus stops should have only cost RM5,000 each. He wants the MACC to probe why the local council spent RM40,000 instead.
LUKUT: A DAP leader urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate the high cost involved in the construction of two bus stops here.
According to Lukut assemblyman Ean Yong Ting Sin, the Port Dickson Municipal Council’s (PDMC) decision to fork out RM20,000 for each bus stop was illogical.
The two bus stops are located opposite the Lukut government clinic.
“When I checked with several senior contractors, I was told that the cost to build a bus stop just like what was built by PDMC is merely RM5,000.

Negeri state exco’s PA quits Umno

Anuar Hashim decides to throw his lot behind PAS, saying Umno has strayed from its orginal struggle and indulging in slanderous politics
JELEBU: Negeri Sembilan state exco Yunus Rahmat’s personal assistant Anuar Hashim has quit Umno saying that he is fed up of the party’s ‘slanderous politics’.
An Umno stalwart for 35 years, Anuar, the personal assistant to the state agricultural, entrepreneur development and cooperative exco has decided to throw in his lot behind PAS.
He declared this at a press conference arranged by Jelebu PAS chief Kateran Marman over the weekend. Anuar said Umno has strayed from its original struggle and was abusing Islamic principles and teachings.
“Umno is indulging in slanderous politics and the actions of the party at the moment is not aligned with Islamic teachings.

‘Christian plot article’: MCA Youth demands probe

MCA Youth wants an immediate investigation into the reports alleging that Christian leaders were plotting to undermine Islam in the country.



KUALA LUMPUR: MCA Youth today lodged a police report against the Utusan Malaysia article regarding an alleged plot by Christians in the country.
MCA Youth information chief Kow Cheng Wei said the police and Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) must hasten investigations to stop the issue from spreading further.
“Lately, there have been many political and social issues plaguing this country,” he told reporters outside the Dang Wangi district police headquarters here.
“Negative messages on racial and religious issues in particular have been spreading.
“MCA Youth has always upheld the national and multi-racial sentiment in Malaysia and we will not allow any quarters to use religion as a propaganda tool in this country. In the same way that we oppose the Islamic state proposed by PAS so do we oppose the fanning of any other racial flames.

Economy, governance suffer as Najib pursues high-stakes political games

Economy, governance suffer as Najib pursues high-stakes political gamesWhile BN, in particular UMNO and Prime Minister Najib Razak and his men, are busily engaging in gutter, racial and religion-based politics, the country's administration is spiralling towards an abyss of destruction.
So say their critics and they have given several reasons for this.
Firstly, the economy - it is always the economy. Foreign Direct Investment last year which stood at US$7 billion is nothing to shout about when Thailand with massive demonstrations and sit-ins at the streets of Bangkok have managed to muster US$6.8 billion.
Malaysia is ranked 5th in the world in the outflow of illicit funds and this reflects badly in the nation's financial administration and of course the Finance Minister is Najib Razak himself.
Although, the national debt at 54 per cent is nowhere near the danger-point of 63 per cent, it is not a safe margin either and Malaysia could still go the Greek way and become the next financial tragedy.
Household debt and non-performing loans are increasing and many young people below the age of 35 make up the bulk of these NPLs with many of them having credit card debts due to a lack of financial prudence and management.

'Jalan rakyat' tak payah bayar tol

BUTTERWORTH, 9 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan 'jalan rakyat' khusus kepada penduduk sekitar Butterworth bagi mengelakkan membayar kadar tol 50 sen sehala di Tol Sungai Nyiur mulai semalam.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika merasmikan jalan sepanjang 1 kilometer dari Jalan Bagan 29 ke Jalan Siram menyifatkan satu lagi kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji pilihan raya  membantu rakyat bukan membebankan mereka sebagaimana yang menjadi amalam Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pulau Pinang sekali lagi mencatit sejarah apabila berjaya memperkenalkan 'jalan rakyat' bagi kemudahan penduduk di sekitar Butterworth yang hendak ke Seberang Jaya mahupun ke lokasi lain tanpa membayar sesen pun tol," terangnya diiringi tepukan hadirin.

PM must be Muslim as long there is a Malay Ruler, says Perkasa leader

Zaira (centre) admitted that there are no provisions in the constitution which state that the prime minister must be a Muslim.
KUALA LUMPUR, May 9 — Perkasa insisted today that the prime minister must be Malay-Muslim even though there is no constitutional criterion for the race and religion of the head of government. Perkasa women’s wing youth chief Zaira Jaafar argued today that as long as the federal constitution ensures the sovereignty of the Malay rulers, then the country’s prime minister must be a Muslim.
She explained that while there are no provisions in the constitution which state that the prime minister must be a Muslim, it was implied.

Menanti Umno terjerat perangkap sendiri

Agak ramai bersetuju dengan rumusan awal saya bahawa PAS merupakan parti paling kritikal dalam pilihan raya umum akan datang. Kecenderungan pengundi Melayu menjadi perbahasan menarik, manakala mood masyarakat Tionghua yang berterusan menolak BN seperti sukar hendak dilentur lagi. Rata-rata membayangkan pengundi India, walaupun masih tidak dapat menerima MIC, tetapi mungkin "ada yang berpatah balik".

"Bukan saja DAP yang untung besar dengan mengekalkan prestasi Mac 2008, malah mungkin dapat melonjak lagi," seorang pembaca dari Ipoh memberi respons kepada tulisan saya. "Dan jika tiada usaha luar biasa dilakukan untuk mengubah persepsi masyarakat Melayu di luar bandar, terutama di kawasan bukan kubu tradisi PAS, saya juga percaya Umno boleh mempertahankan undi dan kuasa mereka," tambahnya.

PRU 13: PAS sedia, tidak bergantung pada angka

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah mendorong rakyat untuk terus berteka-teki berdasarkan angka-angka tertentu mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Najib dilihat lebih bergantung kepada kesesuaian angka untuk mengadakan PRU daripada meyakinkan rakyat mengenai dasar dan polisi kerajaan.

"Najib tidak mengiyakan akan mengadakan PRU pada 11.11.11 tapi masih berlegar kepada permainan angka seolah-olah dia mendorong orang untuk terus bermain dengan angka.

"Nampaknya Perdana Menteri terdesak nak buat PRU dan lebih banyak bergantung kepada perkiraan angka.

Kenapa pandang kat perut saya - Anwar


KUALA TERENGGANU, 9 Mei: "Ehhh kenapa semua pandang kat perut saya," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memulakan ceramahnya di Kuala Ibai dekat sini baru-baru ini dalam siri jelajah seluruh negara beliau.

Ia disambut gelak ketawa para hadhirin di majlis itu. Dari isu yang serius iaitu tuduhan menjadi pelaku dalam video seks menjadi santai.

Inilah caranya Anwar, yang menghadapi pelbagai tuduhan tidak baik dari musuh politiknya dalam apa yang digelar sebagai 'gutter politic' atau politik longkang yang sangat hina itu.

Sejak dari awal isu video seks datang, Anwar menegaskan beliau bukanlah lelaki yang menjadi pelaku dalam video seks itu.

"Muka macam saya tetapi perut bukan saya," kata Anwar dalam satu sidang media sebaik sahaja video itu mula didedahkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara oleh Trio Umno.

Sebelum inipun, inilah caranya Anwar menghadapi isu ini. Beliau menjadikan tuduhan yang serius ini dengan rileks tetapi penuh kepedihan untuk pihak yang menuduh beliau.

'Polis baik' benarkan perhimpunan anti-Lynas

NONEDalam kemeriahan sambutan Hari Ibu, kira-kira 1,000 orang berkumpul di pusat perindustrian Gebeng, dekat Kuantan semalam kerana membantah pembinaan kilang nadir bumi bernilai RM700 juta.

Kumpulan itu, kebanyakannya golongan ibu, berkumpul di pantai Teluk Cempedak hanya diperhatikan tanpa gangguan daripada pihak polis.

Mereka jelas menyatakan tujuan tidak mahu kilang itu dibina dekat rumah mereka.

Pengerusi 'Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas' Vincent Jiam ketika dihubungi Malaysiakini berkata perhimpunan itu "berjalan dengan baik".

Akta Kg Baru: MAS gesa Putrajaya tunjuk pindaan sebelum referendum


Perkarangan salah satu rumah di Kampung Baru. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 9 Mei — Majlis penduduk Kampung Baru, pentadbir tanah milik eksklusif orang Melayu di ibu negara, mahu Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang pindaannya sedang dikemaskinikan, dibentangkan kepada badan itu sebelum Putrajaya membuat referendum. Laporan media sebelum ini menyebut referendum dijadual untuk diadakan bulan ini.
Menurut Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru Shamsuri Suradi, pihaknya dimaklumkan pindaan rang undang-undang itu dijangka siap minggu ini.
Justeru tegas beliau, Putrajaya harus membentangkan rang undang-undang itu kepada MAS sebelum sebarang tindakan lain dibuat termasuk mengadakan referendum.

Kristian-Islam: BN perlu pikul kesan laporan Utusan, tegas Guan Eng


KUALA LUMPUR, 9 Mei - DAP memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) hari ini bahawa ia perlu bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian tidak diingini, yang kemungkinan menimpa komuniti Kristian ekoran tindakan parti itu memperakui dakwaan laporan Utusan Malaysia kononnya pihak berkenaan mahu mengubah status Islam di negara ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) berkata perikatan itu sengaja enggan menghukum akhbar milik Umno itu, yang menyebarkan kempen membenci dengan pembohongan terhadap komuniti Kristian.
“Dengan kegagalan menghentikan kempen pembohongan Utusan Malaysia yang berterusan, akhbar milik Umno, kerajaan BN, (sebenarnya) mencetuskan kebencian ke atas komuniti minoriti Kristian,” katanya.
Kata beliau, DAP sangat bimbang keran kempen pembencian terhadap Kristian oleh Utusan Malaysia kemungkinan tidak akan berakhir dengan serangan lisan yang disaksikan sekarang.