Jumaat, 6 Mei 2011

Video :Activists chew out cops for wrongful arrest

Video :School director suspended over alleged assault

Video: EO detainees' family conned out of RM13,000

Tiba Masanya CheGuBard Meninggalkan PKR ?

Susulan dari perjumpaan Chegubard dengan blogger Cucu Mat Kilau (CMK) minggu lalu, perbualan mereka akhirnya diterjemah dalam sebuah entry di dalam blog CMK.

Hasil daripada pendedahan CMK itu juga, saya telah menerima banyak panggilan yang bertanyakan mengenai keputusan samada Chegubard meninggalkan parti ataupun tidak. Saya hanya menjawab yang saya tidak tahu apa-apa mengenainya walaupun saya tahu serba sedikit. Saya juga tidak akan mendedahkan apa-apa mengenai keputusan CheGuBard kerana menghormati beliau sebagai seorang ketua peneraju anak muda. Biarlah CheGuBard sendiri yang mengumumkannya bila sampai masa sekiranya ada keputusan mengejut yang bakal berlaku.

Video :Nizar Sokongan Rakyat Kekal Bersama PR

Video : Kenyataan 'Flip Flop' Eskay Dipersoal

Video: Sokong Tubuh Suruhanjaya Siasa Gani dan Musa

Video : PRU 13 Kami Sudah Sedia

Report card for GE-13 essential

Report card for GE-13 essentialThe nation is vibrating with much talk of an imminent General Election. In the meantime political parties and their alligned agentries are already on their war paths beating and attempting to slay opponents with booby traps and land mines of gutter politics.
If this is not true, just take a weekly inventory of our media splashs - both traditional and the new media.
It is about time, commensurate with our claims that Malaysia is a well developing nation given its mega structures and infrastructures, that politicians and their party machineries stopped their wholesale trading in sex, porn and romp and wild allegations including race and religion issues trumpeting.
Instead they should go produce a Report Card to show to the voters.

Time for UMNO to join PAS and control 90% of Parliament

Time for UMNO to join PAS and control 90% of ParliamentNow that PAS has openly rejected UMNO’s offer to merge, many quarters have begun to question PAS’s sincerity as an Islamic Party for not accepting UMNO’s offer. In the mass media, they hope to sway the Malays from perceiving PAS as a Malay and Muslim Party. They are saying that PAS is willing to sell out the Malays and Muslims whereas UMNO has been protecting the Malays and Muslims all this while.
PAS President Abdul Hadi Awang has called on UMNO to join PAS instead. An olive branch has been offered to UMNO to join PAS and save themselves from disintegration. But has UMNO considered the offer seriously? What is so wrong for UMNO to join PAS? Isn’t it UMNO’s dream to be united with PAS?
Like SNAP, UMNO just has to leave the Barisan Nasional and deregister the party. Then call on all UMNO members to resign. UMNO members can then join PAS to fight for Islamic Unity as they have professed to do. They should also not vie for party posts in PAS, and it us up to the PAS Supreme Council to determine which ex-UMNO leaders should run in the next election. And if ever they fail to get enough votes they should not vie for Cabinet posts as well.

Anwar ke Jelebu, Kuala Pilah 8 Mei ini

KUALA LUMPUR: Siri jelajah bertema ‘Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia’ oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di Negeri Sembilan 8 Mei ini.
Program yang dijadualkan bermula jam 7 hingga 8.30 malam itu akan dimulakan dengan  solat Maghrib dan hajat berjemaah di surau Kampong Petaseh, Jelebu.
Sejurus selesai solat, Anwar dijangka akan menyampaikan tazkirahnya.
Manakala bagi program kedua, Anwar akan menghadiri jamuan makan malam bersama masyarakat Tionghua dan pengundi bermula jam 8 hingga 11 malam bertempat di Pekan Simpang Pertang, Jelebu.
Antara barisan penceramah bergandingan dengan Anwar malam tersebut terdiri daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping.
Anwar kemudian akan meneruskan program ketiga iaitu ceramah perdana yang bermula jam 9 hingga 12 tengah malam bertempat di  Kampung Pilah Tengah, Kuala Pilah

Australia not as competitive as Malaysia, says Lynas

File pic of the Gebeng plant under construction March 19, 2011. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, May 6 — Australia’s Lynas Corp claims it picked Malaysia for its controversial rare earth refinery as it was more competitive than its home country. The miner will source the radioactive ore which produces the precious element from Australia before shipping it to Kuantan.
In a video posted on its Facebook page last night, executive chairman Nicholas Curtis said the original plan was to build the plant in Australia but the company found that “it doesn’t work.”
“Australia is unfortunately not competitive in the chemical industry the way the east coast of Malaysia is,” he said of the site in the Gebeng industrial zone near Kuantan.

Nelayan Vietnam `kuasai’ pelabuhan Chendering

Mereka nampaknya lebih bebas dan nelayan tempatan terpaksa mengalah, kata seorang nelayan dari Chendering.
KUALA TERENGGANU: Nelayan pantai di daerah ini dan Marang berang  kerana jeti pendaratan ikan di pelabuhan Chendering dekat sini dipenuhi bot nelayan Vietnam.
“Amat susah nak daratkan hasil tangkapan kerana berderet bot di pelabuhan ini. Kena tunggu lama kadang-kadang sampai sejam.
“Dulu tidak begini. Tetapi sejak bot nelayan Vietnam banyak masuk ke pelabuhan Chendering, keadaan menjadi sesak dan tidak terkawal.
“Mereka nampaknya lebih bebas dan nelayan kita terpaksa mengalah,” kata seorang nelayan dari Chendering yang mahu dikenali dengan panggilan Mat Awi, 40 tahun.

Mahathir diperdaya supaya percaya tuduhan terhadap Anwar

KUALA LUMPUR:  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diperdaya untuk mempercayai bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan homoseksual, sebelum memecat bakal penggantinya itu pada 1998.
Perkara itu didedahkan Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Ia menjurus kepada peranan yang dimainkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, serta orang-orang di sekeliling Mahathir pada 1998.
Gani dan Musa, adalah individu yang bertanggungjawab dalam mengendali kes mata lebam Anwar, yang menyebabkan bekas Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dipenjara selama dua bulan.

Selamat hari jadi Altantuya!

Jika Altantuya Shaariibuu masih hidup, hari ini genap 32 tahun warganegara Mongolia itu, menyambut hari lahirnya.
Altantuya dibunuh dengan kejam di Mukim Bukit Raja berdekatan Shah Alam Selangor, antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4, yang dikatakan hanya boleh diperoleh dari kementerian pertahanan. Cebisan mayatnya ditemui di Empangan Tasik Subang, di Hutan Simpan Puncak Shah Alam.
Ia menjadi kes berprofil tinggi, apabila rakan baik kepada perdana menteri, Abdul Razak Baginda ditahan dan didakwa dalam kes pembunuhan itu.
Razak didakwa bersubahat membunuh Altantuya, 28, dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK)  di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No. 148, Jalan Ampang antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober 2006.

Why is it so important for the police to implicate Anwar

Why is it so important for the police to implicate Anwar Malaysians are sick and tired of the pornographic tape that has been kept alive as if the very life of our nation depended on it! There seems to be no let up. There is this obsession with this voyeurism.
The motive is to implant the impression in the minds of Malaysians that the performer in the sex tape is Anwar Ibrahim — to the extent that a senior police officer from Bukit Aman reportedly has been in Kelantan for several weeks meeting with principals and teachers and informing them it is Anwar who is in the tape.
Leaving aside the question if this is the paramount duty of the police in curbing violence and assuring our personal safety and security, a pertinent question to ask is, “Why is it so important for the police to implicate Anwar in this sex scandal?”

'Belasah' Pemuda : Pengarah Sekolah Digantung Tugas



SABAH 6 MEI : Pengarah sebuah Sekolah Henry Gurney di Keningau, Sabah, dipindah dan digantung tugasnya sementara menunggu siasatan polis serta siasatan dalaman berhubung dakwaan beliau terbabit membelasah seorang pemuda pada lewat bulan ini.
Menurut The Borneo Post, sekretariat Jabatan Penjara dan ketua perhubungan awamnya, Supri Hashim berkata pihaknya kini sedang bekerjasama dengan polis bagi menentukan hukuman yang setimpal ke atas pengarah itu.
Katanya, arahan itu dibuat berikutan dakwaan bahawa pengarah sekolah pemulihan akhlak berkenaan telah meminta sekumpulan rakannya untuk membelasah seorang lelaki berusia 23 tahun di sebuah kedai serbaneka sebelum tengah malam 29 April lalu.

Elections, elections to dominate the PAS annual congress

Elections, elections to dominate the PAS annual congressElections seem to dominate the Malaysian landscape for this moment, whether national or on the political party level and next up for that will be PAS'.
Heading into their own internal polls, PAS would be looking towards strengthening its stand and putting forward a strong line-up that would guide it into the coming 13th General Election to be held no later than mid-2013.
“We will focus on the General Election as well as generate ideas and exchanges for strengthening Pakatan Rakyat,” PAS treasurer-general Hatta Ramli told Malaysia Chronicle.
“These are the two big issues that will be brought out during the debates.”
PAS has an eye on the 13th GE where it may gain more seats, if the recently ended Sarawak state polls are to be used as a yard-stick. Though PAS lost all seats it contested, there was a marked increase in support from the voting public in all areas it contested.

CIMB bukan lagi pemegang saham kedua terbesar Tricubes

Pemegang saham kedua terbesar syarikat Tricubes Berhad, iaitu Commerce Technology Ventures Sdn Bhd telah melepaskan sebahagian besar pegangan sahamnya pada minggu lalu, setelah mencungkil kontroversi berikutan penerimaan projek "E-mel 1Malaysia" daripada kerajaan Najib.
Commerce Technology Ventures Sdn Bhd adalah syarikat yang dimiliki secara tidak langsung oleh CIMB Group, yang diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan).
Menurut maklumat di Bursa Malaysia, Tricubes Bhd mengalami perubahan yang jelas dari struktur pegangan sahamnya pada 4 Mei 2011, iaitu pemegang saham kedua terbesarnya, Commerce Technology Ventures Sdn Bhd telah melepaskan 14.5 juta unit sahamnya, bersamaan 10.82% saham, beberapa hari yang lalu.
Menurut maklumat itu, Commerce Technology Ventures melepaskan 8.33 juta unit saham Tricubes pada 27 April melalui pasaran terbuka, sebelum melepaskan 1.16 juta unit saham pada 25 April dan 5 juta unit saham pada 26 April.
Setelah perlepasan saham ini, maka Commerce Technology Ventures hanya memegang 4.63% saham Tricubes sekarang.  Dengan kata lain, Commerce Technology Ventures bukan lagi pemegang saham besar Tricubes.  Menurut peraturan Bursa, pemegang saham yang lebih rendah daripada 5% tidak perlu melapor kepada Bursa Malaysia.

Sisa radioaktif masih bertaburan di Bukit Merah

Pada 28 tahun yang lalu, Ng Toong Foo, seorang peniaga berusia 38 tahun ketika itu, menerima tawaran projek pengendalian sisa kilang daripada Asian Rare Earth, kerana tertarik dengan harga tawaran yang tinggi.  Beliau mengupah empat orang pekerja, termasuk tiga orang pemandu lori dan seorang pemandu jentolak untuk mengangkut sisa buangan dari kilang.
Sisa yang berwarna putih ini basah dan lembut, tiada bezanya dengan lumpur, namun berbau masam jika dihidu.  Pihak kilang memberitahu Ng bahawa sisa ini boleh dijadikan baja.  Jadi Ng bersama pekerjanya mengangkut sisa tersebut dari kilang untuk dibuang ke ladang kebun yang berdekatan, termasuk kebun sayur pakciknya untuk dijadikan "baja", atau membuang begitu sahaja di tepi kawasan perumahan dan jalan raya.

Hilang dua bidang tanah angkara Umno

PENDANG, 6 Mei: Seorang ahli Umno kecewa dengan tindakan parti itu yang mengakibatkan beliau kehilangan dua bidang tanah milik keluarga.

Tanah itu dicagarkan kepada bank untuk tujuan perbelanjaan membina pejabat Umno Bahagian Pendang, 30 tahun lalu.

Ahli Umno terbabit, Mohamad Said Awang Kechik (gambar bersama rakan-rakan)  berkata, tiada pemimpin Umno tampil menyelesaikan baki pinjaman overdraf yang ditanggungnya sehingga salah seorang rakan perniagaan, Yahya Abu membuat pembayaran RM15,346 kepada bank pada 19 September 1995 untuk mengelakkan dua tanah itu dilelong.

Bank Negara naikkan kadar dasar OPR - 3 peratus

bank negara 270307Bank Negara menaikkan 25 mata asas dalam kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3 peratus dengan harapan tindakan itu mampu memastikan kadar inflasi terkawal serta memperlahankan
kenaikan ringgit.

Menurut Reuters, tindakan itu juga dikatakan bakal menyaksikan kenaikkan kadar yang lain.

Bank Negara yang bermesyuarat enam kali setahun bagi menentukan kadar itu berkata penanda aras OPR dinaikkan 3 peratus daripada 2.75 peratus, naik 25 mata asas manakala paras keperluan rizab berkanun (SRR) akan dinaikkan kepada 3 peratus daripada 2 peratus, naik 100 mata asas berkuat kuasa 16 Mei.

Tragedi Eskay Dan Regu Datuk T Menjerat Umno Di Sentul


"Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut:
“A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Demikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina adalah Anwar Ibrahim.

Mungkinkah kejutan berlaku di Singapura, esok?

Ketika kempen pilihan raya umum Singapura kali ke-14 berakhir semalam dengan pemimpin parti politik utama semakin merancakkan usaha memancing undi.

Parti yang bertanding berusaha habis-habisan di saat-saat akhir dalam siri kempen itu untuk meraih undi yang amat diperlukan, dalam apa yang diramalkan oleh beberapa penganalisis dan pemerhati politik sebagai paling menarik serta mendapat saingan sengit dalam sejarah negara pulau ini.

Thousands of spectators gather at an Singapore People's Party's (SPP) election campaign rally at Bishan Stadium 2Buat kali pertama, parti pembangkang akan meletakkan calon dalam 82 daripada 87 kerusi, iaitu jumlah terbesar kerusi yang pernah ditandingi untuk menentang parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Meskipun berdepan cabaran sengit, PAP berkeyakinan bahawa parti itu akan berupaya mengekalkan populariti dan mandat daripada 2.35 juta pengundi Singapura yang layak mengundi.

Ketika menyuarakan keyakinannya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata PAP yakin akan mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam pilihan raya umum Sabtu ini. Bagaimanapun, PAP tidak akan mengambil mudah undi daripada mana-mana pihak.

Lee dipetik sebagai berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan ke beberapa kawasan Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) Ang Mo Kio, semalam oleh saluran televisyen tempatan, NewsAsia.

‘Umno semakin gelisah raih sokongan Melayu’

Ekoran kegelisahan Umno itu, mereka menggunakan pendekatan membuli kaum Cina manakala Melayu pula ditipu semata-mata untuk meraih sokongan.
PETALING JAYA: Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar berkata Umno kian gelisah untuk meraih sokongan Melayu sehingga sanggup mengajak partinya menyertai Barisan Nasional (BN) dan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR).
Menurut beliau, ekoran kegelisahan Umno itu mereka menggunakan pendekatan membuli kaum Cina manakala Melayu pula ditipu semata-mata untuk meraih sokongan.
“PAS merupakan sebuah parti yang lebih matang dan lebih ‘futuristik’ berbanding Umno dan akan terus kekal bersama Pakatan,” terang beliau kepada FMT ketika dihubungi.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menjelaskan, “ekoran dari keputusan pilihan raya negeri Sarawak tempoh hari, BN kehilangan banyak kerusi kerana MCA dan SUPP kalah kepada DAP.

Sokong Tubuh Suruhanjaya Siasat Gani Dan Musa




SHAH ALAM 6 MEI : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersetuju dengan cadangan bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim yang menggesa kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Khalid berkata, meskipun Gani Patail disabitkan dengan pelbagai dakwaan yang menjejaskan kreadibilitinya sebagai peguam negara, beliau masih dibenarkan betugas seperti biasa tanpa sebarang siasatan keatasnya.
"Saya sokong saranan beliau (Datuk Mat Zain Ibrahim) kerana amat pelik bagaimana peguam negara yang jelas telah terlibat dalam kes itu untuk menutup kebenaran dan fakta berhubung dengan kes itu dan masih boleh bertugas sebagai peguam negara dan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan."

Osama: Kenapa Najib bergembira bersama Amerika?

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Kenapa Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak menyatakan dunia akan lebih aman sejurus selepas Osama bin Laden diisytiharkan mati dibunuh oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama?

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kata-kata Najib bahawa dunia lebih aman dengan kematian Osama adalah terlalu mudah (simplistik) dan naif.

Chegubard keluar PKR sertai komponen Pakatan?


KUALA LUMPUR, 6 Mei — Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan keluar parti itu dan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam waktu terdekat.
Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan jika pun keluar PKR, Badrul Hisham, yang turut dikenali sebagai “Chegubard”, akan kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) dengan menyertai sama ada PAS atau DAP.
The Malaysian Insider juga difahamkan beliau yang tewas pemilihan ketua Angkatan Muda PKR akhir tahun lalu sudah membincangkan perkara itu bersama rakan-rakannya dalam parti itu dan membayangkan “sudah sampai masanya” berbuat demikian.
Beliau juga pernah disebut-sebut akan meninggalkan PKR sejurus selepas kalah pemilihan tempoh hari.

Aziz Bari: Tak perlu S'jaya Peluang Sama Rata

Tidak perlu bagi penubuhan sebuah Suruhanjaya Peluang Sama Rata atau “Equal Opportunity Commission” (EOC) seperti yang dicadangkan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib megikut Model Ekonomi Baru (MBE), kata pemerhati politik dan profesor undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari.

Adakah PAS perlu mendukung kemungkaran Umno?

TEMERLOH, 6 Mei: “Apakah saudara juga meminta PAS untuk mendukung segala kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan Umno, sama ada dalam aspek agama Islam atau pengurusan negara supaya tidak digelar sebagai pengkhianat Islam?” tanya Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Dr Juanda Jaya dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya.
Beliau melontarkan pertanyaan itu sebagai menjawab balas kepada kenyataan yang dilakukan oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kelmarin, di mana beliau menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Tuan Ibrahim berkata apabila soal perpaduan, penyatuan dan kerjasama diketengahkan, sudah tentunya keadaan akan disifatkan sebagai janggal sekiranya ada pihak yang menentang usaha tersebut, tambahan pula bila mana Islam sendiri telah meletakkan asas yang sangat kukuh ke arah nilai tersebut.

Jelajah Anwar ke Terengganu hari ini

KUALA TERENGGANU, 6 Mei: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan siri jelajahnya ke Terengganu, hari ini.
Harakahdaily dimaklumkan, program bermula 5.00 petang dijangka seramai 3,000 pemuda menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sebelum diarak ke program rapat setia pimpinan PKT Terengganu di Seberang Takir.
Beliau akan menyampaikan dua ceramah iaitu di perkarangan Madrasah Darul Iman, Kedai Buloh, Marang bersama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Abu Bakar Chik.
Manakala, ceramah keduanya diadakan di Dataran MTD Batu Burok, Kuala Ibai bersama Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nor Manuty dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Setiausaha Politik Ketua Pembangkang, Abdul Rahman Yusof berkata selepas program bersama pimpinan PKR Terengganu, Anwar menunaikan solat Maghrib, solat hajat serta tazkirah di Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu.

PRU 13 : PR Perak Perlu Susun Strategi Baru


SHAH ALAM 6 MEI : Pakatan Rakyat Perak perlu menyusun strategi lebih berkesan untuk menang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, apabila kajian jelas menunjukkan sentimen kemarahan rakyat berhubung tindakan BN merampas kerajaan negeri awal tahun lalu, kini sudah tidak lagi relevan, lapor Harakahdaily.
Bagaimanapun, kajian terbaru oleh Zentrum Future Studies mengenai perkembangan politik di Perak mendapati menteri besar yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin terus kekal sebagai tokoh pemimpin yang disegani dan diperlukan oleh seluruh rakyat Perak. Namun beliau perlu dibantu dan diimbangi dengan tokoh muda lain yang setara dengannya.

Murid guna E-Book, guru masih guna papan hitam

"Pelajar guna E-Book hanya nak tengok internet saja," kata seorang felo kanan UKM

PETALING JAYA: Guru-guru di Terengganu masih menggunakan papan hitam ketika mengajar walaupun pelajar diberikan komputer riba  E-Book.
Dakwaan itu dibuat oleh Felo Kanan, Institut Kajian Rantau Asia Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr.Kamaruzaman Yusof dalam satu majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini.
“Pelajar guna E-Book hanya nak tengok internet saja,” katanya.
Beliau juga mendakwa, E-Book yang diberikan kepada para pelajar tahun lima sekolah rendah itu, mengalami kerosakkan selepas 2 tahun digunakan.

Segerakan PRU 13, Tamatkan Budaya Fitnah Terhadap Pembangkang

SHAH ALAM 6 MEI : Kerajaan persekutuan digesa mempercepatkan pilihan raya umum ke- 13 bagi merungkai pemilihan kepimpinan negara yang berwibawa dan menamatkan serangan berbentuk fitnah terhadap pihak pembangkang.
Ahli Parlimen Kuala Langgat, Abdullah Sani berkata kerajaan pemerintah sepatutnya berdepan dengan pembangkang secara profesional melalui pilihan raya yang adil dan bukannya dengan menyuburkan budaya fitnah.
"Saya mahu memberi amaran, sekiranya pendekatan kezaliman seperti ini terus diambil, saya yakin rakyat tidak bodoh, rakyat sudah bijak menilai untuk angkat tokoh mana yang mereka akan pilih untuk PRU 13 akan datang, Saya saran kepada Najib, segerakanlah PRU 13, kita ke gelangang sebagai 'anak jantan' kemudian kita lihat pemimpin mana rakyat akan nobatkan sebagai pemimpin ulung negara," kata Abdullah. 

Angka 11 tarikh PRU 13 pilihan Najib?

Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.
Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini  akan diadakan pada 11 November  tahun ini (11.11.11).
Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini.
Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya “untuk mengisi masa terluang”.
“Saya rasa elok diteruskan teka teki ini,” katanya.

Guna apa saja senjata rampas Selangor, Najib gesa Umno

SHAH ALAM, 6 Mei — Datuk Seri Najib Razak malam tadi menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 — yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”
Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.
Pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum bulan Ramadan, awal Ogos ini.

Isu PAS-Umno: Mufti Perlis tak wajar label ‘pengkhianat Islam’


KUALA LUMPUR, 6 Mei — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tidak wajar menyamakan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam, kata seorang pegawai Jakim.
Zamihan Mat Zain, yang baru-baru ini memberikan pandangan kontroversial mengenai isu Wahabi dan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais berkata, adalah terlalu “melampau apabila Mufti Perlis menghukum ulama Islam dan umat Islam yang tidak mahu menerima pandangannya sebagai sesat, khawarij dan pengkhianat Islam.”
“Tahukah tuan Mufti Perlis tuduhannya itu bukan hanya ditujukan kepada seorang imam terkenal atau penulis blog sahaja tetapi penghukuman tersebut dijatuhkan bersama nilai cerca dan menghina ke atas jutaan umat Islam, para ilmuan Islam dan pejuang Islam.

Video : Ceramah Ust Nasarudin Tantawi-Cbg3-5-5-2011

Video : Ceramah Shamsul Iskandar-Cbg3-5-5-2011

Jasa Seorang Pemimpin yang sering dikhianati

AMPANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempertahankan supaya kadar tol di negara ini tidak dinaikkan  sehingga lah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998.
Menurutnya, kenaikan tol pada Oktober tahun yang sama bukan kebetulan kerana semasa di kementerian kewangan, Menteri Pengangkutan ketika itu mendesak beliau menaikkan harga tol atas alasan kos selian lebuhraya yang semakin tinggi

“Saya tanya adakah kamu wakil konsesi tol atau wakil rakyat?” kata Anwar semasa berucap di Forum bertajuk Pengangkutan Awam di Lembah Klang: Penambahbaikan Dan Cabaran hari ini.
Forum tersebut diadakan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya,  Kuala Lumpur.
Anwar berkata, beliau turut meminta pandangan Perbendaharaan Negara adakah perlu tol dinaikan.
“Perbendaharaan jawab, tidak perlu dan harga tol kekal sehinggalah saya di pecat pada 2 September 1998 dan sebulan kemudian, harga tol naik,” katanya.
Anwar menjadi Menteri Kewangan Malaysia sejak 1990 hingga 1998 dan merupakan Timbalan Perdana Menteri sejak 1993 hingga 1998.
Semasa memimpin kementerian kewangan, Anwar berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak lapan peratus setahun selama lapan tahun berturut-turut.

GERAKAN ANTI KIMMA

MANA ASAL USUL MEREKA




BOIKOT RESTORAN KIMMA


kulit gelap, mata bulat, hidung mancung, bulu badan lebat, terdapat semua ciri2 masyarakat india tapi malaoon ni mengaku melayu.......... isisisis..... bangsa yang paling selekeh n cetek ilmu di muka bumi ni...... seseorang patut bangga dengan asal usul kamu..... jangan campur adukkan bangsa n agama. kalau mamak ni rupa paras 100% melayu x pe jugak dia nak mengaku melayu......... sedarlah diri kamu wahai mamak. i bukan nak maki hampa tapi inilah realiti di malaysia ni. info penting...... kat malaysia ni, orang2 india kasta rendah iaitu (pariah) adalah majaroti convert kepada mamak (muslim) n kristian. ini kerana mereka x tahan dengan cacian n makian daripada kaum sendiri (diasingkan) so bila mereka convert maka terhapuslah kasta ni.... tis is main reasons. bukan semua mamak kat malaysia macam ni but majoriti......
Oleh mat raja pada KEMPEN BOIKO KIMMA DI TERUS KAN LAGI pada 11/05/04

Apakah Pendedahan Mengenai Anwar Seterusnya?


SELEPAS membuat pendedahan sungguh tidak bermoral dan mencemarkan maruah negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam, dengan penayangan video lucah yang menjelekkan, Eskay menjanjikan akan membuat satu lagi kejutan minggu depan, akan mendedahkan satu lagi menggemparkan tentang Anwar Ibrahim.

Katanya apa yang akan didedahkan itu memberi implikasi lebih teruk lagi daripada pendedahan video yang dikatakan melibat Anwar Ibrahim. Apakah pendedahan itu? Ia menjadi tanda tanya. Kini makin jelas niat Eskay terlalu busuk dan hina ke atas Anwar Ibrahim.

Apakah pendedahan seterusnya itu membuktikan pendedahan busuk mengenai video itu bersama Rahim Tamby Chik dan Suhaib Lazim tidak memberi kesan besar. Walaupun video berkenaan sudah tersebar di seluruh dunia, dari ruang jamban hingga ke ruang masjid tetapi ia tidak memberi kesan besar untuk menghancurkan kerjaya Anwar.

Siapakah Datuk Shazryl Eskay Abdullah? Bahagian 2


Artikel ini sambungan [pendedahan pertama] yang dibuat oleh orang yang sangat rapat dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada entry MiLo SuaM semalam.

Di kalangan masyarakat perniagaan, Eskay cukup dikenali sebagai ahli perniagaan yang suka menjual nama pemimpin negara sebagai jalan mudah untuk mendapatkan kontrak. Beliau juga mendapat jolokan 'conman' atau kaki tipu kerana sering melakukan penipuan dan penyelewengan dalam perniagaan.

Mufti Perlis: Mengapa melenting, saya cakap ikut nas al-Quran


KUALA LUMPUR, 5 Mei – Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertahankan kenyataannya sambil berkata mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.
“Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya,” kata beliau (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam kenyataan SMS.
Beliau juga berkata, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai hari ini di Mesir, “kenapa tidak Malaysia?”
“Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk,” katanya lagi.
Selain itu, Juanda menyifatkan Islam di Malaysia memerlukan banyak pembangunan dan PAS boleh menyumbang ke arah pembangunan tersebut.
Hari ini, pemimpin-pemimpin PAS menyelar kenyataan Juanda yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Antaranya, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.

Mansuhkan pengisytiharan darurat

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Kerajaan turut digesa memansuhkan pengisytiharan darurat yang sudah lebih 40 tahun digunakan di negara ini selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Malaysia seharusnya mencontohi negara lain seperti Mesir yang telah memansuhkan pengisytiharan darurat.
"Kita berada dalam kerangka undang-undang yang tempang. Memang ISA itu zalim, itu memang jelas tapi isu yang lebih utama ialah mengenai deklarasi darurat yang masih digunakan di Malaysia sedangkan negara lain seperti Mesir ianya sudah dimansuhkan," kata beliau dalam satu diskusi bertajuk 'Siapa di belakang ISA' di KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLCAH), kelmarin.
Terdahulu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Civil Rights Committee, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC) dan Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) melancarkan buku yang ditulis Adun Hulu Kelang dari PAS, Saari Sungib, bertajuk Sengsara Kem Kamunting: Kisah Hidup dalam Penjara ISA.

Video : Eskay Tukar Kenyataan Takut Dakwaan Qazaf

Video : Polis Ugut Peguam 'Jangan Sampai Jadi Macam SPRM'

PRU 13 : UMNO-BN Akan terus berkuasa ?

Oleh: anak_muar

"Dari apa yang dilihat dan diamati tindak tanduk UMNO yang semakin rakus dan kejam dalam mengekang kemaraan PR semakin terserlah.Tidak perlu untuk dijelaskan panjang lebar akan segala tindak tanduk mereka.Segala perancangan untuk menyekat kemaraan PR telah pun diaturkan dan diletupkan satu persatu dalam usaha melemahkan gerakan PR.

UMNO bekerja tanpa henti selama 24 jam merangka strategi demi strategi untuk menggagalkan PR.