Khamis, 5 Mei 2011

Fitnah lucah: Pemerintah di Malaysia ‘mandul’, dayus- Teras

KUALA LUMPUR:  Kerajaan Umno-Barisan Nasional disifatkan mandul dan dayus kerana membiarkan gejala fitnah dan lucah berleluasa, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Azmi Abdul  Hamid.
Kata Azmi, sikap berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan membendung gejala itu, merendahkan nilai dan norma masyarakat selepas 53 tahun negara mencapai kemerdekaan.
“Institusi agama Islam termasuk perundangan dan pihak berkuasa Malaysia diibaratkan seperti orang yang telah ‘mandul’ dan ‘dayus’ kerana tidak mampu mengambil sebarang tindakan berhubung gejala fitnah yang berleluasa.
“Sebagai sebuah negara yang mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi, tindakan berdiam diri pemerintah adalah sangat memalukan. Dalam masa yang sama, undang-undang syariah diketepikan.
“Ketika negara lain maju ke hadapan, Malaysia mengambil langkah mundur sehingga berada di ambang kehinaan,” kata Azmi kepada Keadilandaily.

Fitnah lucah: TV3, Utusan dan Berita Harian dilindungi kerajaan

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, media perdana seperti TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian, diberikan perlindungan atau imuniti oleh kerajaan dalam menyebarkan fitnah dan politik lucah.
Beliau menyuarakan kekesalannya apabila media berkenaan berterusan memberikan liputan ‘bertali arus’ berhubung video seks fitnah yang didakwa melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Walaupun ramai tokoh-tokoh Islam dan bukan Islam mengecam tindakan ini, namun kerajaan  sengaja ‘menghalalkan’ isu ini diberi liputan meluas tetapi jauh sekali untuk menangkap pesalah yang mengedar bahan lucah,” kata Nik Nazmi ketika dihubungi Keadilandaily.com.

AMK : KP JAWI Pastikan Sumpah Lancar


SHAH ALAM 5 MEI: Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dilihat tidak memainkan peranan menegah perbuatan trio Datuk T yang jelas melanggar undang-undang Islam dikhalayak umum berhubung perbuatan sumpah laknat Jumaat lalu.
Sebaliknya Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali yang turut berada di Masjid Amru Al-As, Sentul hanya menjadi pemerhati seolah-olah menghalalkan perbuatan itu walaupun tidak mengikut hukum syarak.
"Menyatakan sikap saya yang kesal dan jijik dengan perangai Ketua Pengarah Jawi yang turut hadir ke masjid tersebut di mana kita yakin ianya sebahagian daripada perancangan untuk memastikan agar perlaksanaan sumpah itu berjalan," menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Hentikan perdagang wanita

Rohayu Rusli   
Saya mewakili PMIUM dan juga merangkap koordinator pertubuhan Sisters in Movement (SIM) tidak bersetuju dengan beberapa isu yang melibatkan perdagangan wanita. Lebih-lebih lagi mengenai tindakan biadab Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) yang mengeluarkan arahan peraturan mewajbkan pemain badminton wanita memakai skirt. Kononnya bertujuan memastikan aksi lebih menarik dapat ditonjolkan untuk menarik lebih ramai penonton dan penaja.
Saya tidak menyangka masih terdapat mentaliti mundur sebegini di dalam peradaban dunia serba maju. Tindakan biadap BWF ini memperlihatkan pertandingan-pertandingan kejohanan badminton yang melibatkan pemain wanita hanyalah medan memperagakan badan dan memperdagangkan tubuh. BWF sebenarnya sudah lari daripada matlamat sebenar kejohanan-kejohanan sukan diadakan.

Tulah , sibuk dengan sumpah menyumpah, RON97 dah jadi RM2.90

Oleh: senik

"'Assalamualaikum, ..Negara digembar gempurkan dengan akhlak buruk ketua pembangkang, dirancakkan dengan adegan hidustan sumpah menyumpah, tetapi akhirnya rakyat juga yang derita dalam senyum apabila RON97 dinaikkan lagi kepada RM2.90 seliter dan kelihatan akan naik lagi dan lagi dan lagi kerana ampungan yang tidak tahu nak turun. Walaupun ada berita mengatakan harga minyak dunia turun merudum selepas berita kematian Osama yang diharapkan Najib akan menjadikan dunia aman, tetapi berita dari sumber kerajaan yang pandai mentadbir mengatakan sebaliknya.Macam mana dunia nak aman kalau macam ni sedangkan suasana dalam negara sendiripun semakin menuju kekacauan.

Polis Sanggah Masjid, PBT Untuk Anjur Program Politik, Kata Khalid





SHAH ALAM 5 MEI : Kerajaan Negeri Selangor membidas Polis Diraja Malaysia kerana menganjurkan program empat hari di Sabak Bernam untuk mencanang slogan 1Malaysia Barisan Nasional yang sarat dengan acara-acara Pemuda Umno. 
Program yang bermula hari ini dianjurkan tanpa berbincang dengan Pegawai Daerah, pemimpin tempatan termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong mahupun Kerajaan Negeri, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 
Malah, PDRM juga mengarahkan pihak Masjid Sabak Bernam memberi laluan kepada wakil polis untuk menyampaikan solat Jumaat, sekali gus membekalangkan JAIS dan MAIS yang hanya mahu pembaca khutbah bertauliah membaca khutbah Jumaat, kata beliau.

Najib makin terhimpit politik perkauman BN

Di satu sudut, Umno sekali lagi berjinak dengan PAS dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengajak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan Umno demi Islam dan penyatuan orang Melayu.

umno pas mcaTidak apa jika ada bantahan keras dari parti komponen kedua terbesar BN, MCA, yang menolak agenda Islam PAS.

Di satu lagi penjuru, MCA mengugut kaum Cina kononnya mereka akan hilang suara dalam kerajaan jika terus menyokong DAP yang akrab dengan PAS dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran pihaknya akan menolak segala jawatan dalam kerajaan jika parti itu kecundang pada pilihan raya umum seperti yang dialami parti itu pada tahun 2008.

Ketika harga minyak dunia menjunam, kerajaan naikkan RON97

KUALA LUMPUR: Ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh menjunam, selepas tercetus kebimbangan terhadap permintaan tinggi di Amerika Syarikat, kerajaan Umno-BN pula bertindak menaikkan harga minyak Ron97.
Harga minyak mentah di pasaran dunia dilapor  turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden.
Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (diperdagang di AS) turun sebanyak 0.4 peratus menjadikannya US$112.9 setong.
Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun $1.26 kepada US$121.19 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat.

1Malaysia dan 1Bumi 1Melayu: Satu Kontradiksi Terancang

Oleh: BayangDiAir

" PM mencanangkan 1Malaysia. Motifnya untuk menarik sokongan dan undi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Dengan retorika yang merdu ini, diharapkan dapat melunakkan hati kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya agar meyakini keterbukaan, kesaksamaan dan keadilan kerajaan BN. Di hujung terowong nanti, diharapkan ada cahaya untuk BN mendapat undi yang lebih baik berbanding PRU12 melalui sokongan semua bangsa di bawah 1Malaysia. Mantera 1Malaysia dijampiserapah demi menjamin BN  terus berkuasa di Putrajaya.

  Utusan Malaysia pula melontarkan batu ( bukan idea) yang bernama 1Bumi 1Melayu. Motifnya pula untuk mendapat sokongan dan undi berganda daripada bangsa Melayu untuk tuannya. Melayu akan mudah teruja dengan slogan-slogan yang menunjukkan ketuanan Melayu. Maka pihak yang mendapat keuntungannya ialah UMNO, parti ketuanan dalam BN.

Politik Kuno di Malaysia

Oleh: ruhan

"Politik pada hari ini perlukan acuan baharu untuk mendidik rakyat. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh parti-parti politik yang berwibawa. Kewibawaan itu seratus peratus bergantung kepada kepimpinan yang telah memastikan hala tuju masing-masing. Tidak perlulah dicampuradukkan dengan pelbagai hal lain yang tidak berkaitan dan boleh mencacatkan perjuangan.

BN mengemukakan Konsep 1 Malaysia. Slogan yang digunakan ialah "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Pada peringkat awalnya, slogan ini menyentak perasaan rakyat. Namun, keseketikaan itu bertukar menjadi mala petaka kepada pemerintah.

Eskay Tukar Kenyataan Takut Dakwaan Qazaf

SHAH ALAM 5 MEI: Dalang video seks, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengangkat sumpah laknat yang menyalahi hukum syarak, semata-mata kerana khuatir dikenakan tuduhan Qazaf bersabit fitnah video lucah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kredibiliti Eskay semakin terhakis saban hari melalui kenyataan yang tidak konsisten seraya menimbulkan kesangsian di kalangan umat.

Berdepan dengan kredibilitinya yang semakin rapuh, Eskay menggunakan kitab suci al-Quran sebagai cara untuk menghalalkan fitnahnya itu di mata rakyat.

Sentimen rakyat marah BN tidak relevan di Perak?

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Pakatan Rakyat Perak perlu menyusun strategi lebih berkesan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, apabila kajian yang dijalankan jelas menunjukkan sentimen kemarahan rakyat berhubung tindakan BN merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat awal tahun lalu, kini sudah tidak lagi relevan.
Sebuah badan pengkaji, Zentrum Future Studies dalam kajian terbarunya mengenai perkembangan politik di Perak mendapati Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin terus kekal sebagai tokoh pemimpin yang disegani dan diperlukan oleh seluruh rakyat Perak, tetapi beliau perlu dibantu dan diimbangi dengan tokoh muda lain yang setara dengannya.

Kes mangsa Ordinan Darurat: Polis ugut ‘campak’ peguam

Sidang media Lawyer for Liberty bersama keluarga tahanan Ordinan Darurat
PETALING JAYA: Pertubuhan Lawyer For Liberty (LFL) menyelar tindakan polis yang mengugut peguam kepada remaja yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), Fadiah Nadwa Fikri.
Menurut Fadiah, pegawai polis berkenaan mengugut untuk ‘mencampak’ nya ke luar bangunan ketika beliau ingin menemui anak guamnnya di Ibu Pejabat Polis daerah Gombak.

Polis didakwa minta RM13,000 untuk bebas tahanan

Mohar Mohd Ali dan ibunya, Rani Rahmah Ismail menunjukkan salinan slip bayaran 'jaminan' dan laporan polis yang dibuat mereka
PETALING JAYA: Pihak polis didakwa bersubahat meminta wang tebusan sebanyak RM13,000 bagi membebaskan seorang mangsa tahanan di bawah Ordinan Darurat, dakwa keluarga mangsa.
Ia adalah kes kedua, selepas keluarga seorang lagi mangsa, yang ditahan di bawah ordinan yang sama, Muhammad Arif Abu Semah, 19 mendakwa polis meminta RM15,000 bagi membebaskan beliau.

Arutchelvan tuntut IGP buat permohonan maaf

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan hari ini menghantar memorandum kepada Tan Sri Ismail Omar menuntut Ketua Polis Negara itu memohon maaf secara terbuka.

Ini kerana dakwanya, pihak polis melakukan kesilapan berhubung penahanannya pada Hari Pekerja 1 Mei lalu.

Rakyat terbeban, tuntutan Cuepacs sanggah dakwaan BN

Oleh: Mat Zain Mat Isa
Keterlibatan masyarakat negara kita dengan transaksi secara hutang bukan lagi perkara luar biasa. Sama ada ia berlaku atas dorongan bermewah atau dipaksa keadaan, itu suatu hal yang lain. Apa yang pasti tabiat itu sudah semakin menjadi lumrah dan diterima umum.
Pun begitu, tidak ramai yang menyangka atau mudah menerima hakikat jika dikatakan bahawa rakyat negara ini sebenarnya menjadi antara kelompok penanggung hutang paling tinggi di dunia. Mahu tidak mahu, itulah hakikat yang perlu diterima, jika benar bagai didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), minggu lalu.

Sudah Sampai Masa... Tapi...!!!!

KAJIAN Bank Dunia menunjukkan rekod pertumbuhan gaji tahunan di Malaysia sejak 10 tahun lalu hanyalah 2.6 peratus berbanding peningkatan berlipat ganda inflasi dan kos sara hidup semasa dalam tempoh yang sama.
Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan kuasa beli berkurang bagi pendapatan setiap isi rumah.
Namun, gaji yang diterima oleh penjawat awam di Malaysia pada masa kini dilihat masih berada di tahap memuaskan dengan pendapatan per kapita sebanyak RM25,000 hingga RM30,000 setahun berbanding negara maju RM40,000 setahun.

Anwar mahu panel bebas kerajaan Selangor pantau MRT

AMPANG, 5 Mei – Kerajaan Selangor sewajarnya mengadakan panel bebas untuk menyelia projek Transit Rapid Massa (MRT) Lembah Klang dan mengelakkan peningkatan kos akibat amalan kronisme, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Anwar (gambar), yang juga penasihat ekonomi Selangor berkata, panel seumpama itu boleh memastikan perbelanjaan persekutuan ke atas projek MRT dioptimumkan demi manfaat rakyat dan tidak memasukkan kos-kos yang tidak perlu akibat kronisme selepas pentadbiran Najib menganugerahkannya kepada MMC-Gamuda.
Malah kata beliau, panel yang disyorkan itu juga boleh memastikan pentadbiran persekutuan Barisan Nasional (BN) mengambil kira maklum balas kerajaan negeri Selangor.

PKR dakwa polis sengaja ganggu ceramahnya

Pada Ahad lalu, polis mengganggu ceramah PKR di Felda Jenderak Selatan walaupun diadakan di premis milik persendirian dan peraturan polis dipenuhi.

PETALING JAYA: PKR mendakwa polis sengaja mengganggu ceramahnya di Felda Jenderak Selatan, Johor bagi menakut-nakutkan para peneroka Felda daripada menyokong pembangkang.
Ketua Ranting PKR Temerloh, Nizam Abdul Hamid berkata, tindakan polis itu sebagai tidak wajar kerana ceramah tersebut diadakan di premis milik persendirian dan peraturan polis telah dipenuhi.
“Tetapi anggota polis masih datang menganggu. Mengapa pekara ini berlaku, mengapa masih mahu menganggu ceramah Pakatan Rakyat? Sedangkan Seksyen 27 Akta Polis dengan jelas menyebut permit hanya terpakai di tempat awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Video seks ‘Datuk T’ dijangka fokus Hari Amarah Rakyat esok


KUALA LUMPUR, 5 Mei — Hari Amarah Rakyat Malaysia esok, yang dijangka turut menyentuh isu video seks sejak dua bulan lalu, dilihat akan menjadi titik permulaan bagi umat Islam menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, yang didakwa tidak diendahkan oleh pihak-pihak yang berkuasa.
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata, perhimpunan yang akan diadakan di pekarangan Masjid Negara di sini selepas solat Jumaat akan menjadi medan bagi rakyat meluahkan rasa tidak puas hati mereka.
“Selama ini pihak-pihak tertentu tidak ambil tahu tentang suara rakyat. Jadi dengan adanya Hari Amarah Rakyat ini, sekurang-kurangnya ia dapat menarik perhatian pihak terbabit,” kata beliau.

Anwar yakin pilihan raya umum tahun ini

NONEKetua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pilihan raya umum mengejut pada tahun ini.

Justeru, katanya gabungan komponen Pakatan Rakyat perlu bersedia bagi menghadapinya apabilka Dewan Rakyat dibubarkan.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu mengakui bahawa Pakatan berdepan masalah bagi menggerakkan jenteranya seperti di negeri Sarawak.

"Kita tak boleh cakap nak jaga Permatang Pauh atau Ampang saja.

Memilih pemimpin semasa muktamar

Ada yang bertanya saya berhubung pemilihan yang akan diadakan semasa Muktamar tahun ini. Mereka bertanya, “atas dasar apa perlu kami memilih dan siapa patut kami sokong?” Saya menjawab secara umum, “pilih yang boleh menunaikan tanggungjawab yang datang bersama jawatan tersebut”.

Seperti yang sering diingatkan, jawatan adalah tanggungjawab dan bukan penghormatan. Atau dalam istilah yang digunakan Ketua Pemuda PAS Pusat, ‘takhlif laa tasyrif’. Ini bermakna, kita pilih seseorang itu dengan tujuan utama supaya dia memainkan sesuatu peranan, bukan sebagai pengiktirafan terhadap kehebatan dirinya. Ini adalah lebih-lebih lagi sekiranya jawatan tersebut bersifat ‘eksekutif’ atau untuk ‘execute’ iaitu melaksanakan sesuatu tugas atau peranan.

Rare Earth: “Hey Big Brother!”

Oleh: Shirzad Lifeboat
Dalam kehidupan seharian, istilah ‘rare earth’ lebih ‘rare’ atau lebih amat jarang disebut oleh kebanyakan kita. Kefahamannya pula bagi orang biasa adalah rare, amat jarang difahamkan. Tambah lagi dengan istilah bahasa Melayu bagi ‘rare earth’ ini ialah ‘nadir bumi’ ia menjadi bertambah keliru, sekeliru istilah ‘goreng pisang’ dan ‘pisang goreng’


Namun dalam rencana ini kita bukan bertujuan membincangkan soal bahasa Melayu, soal penggunaan istilah. Apa yang cuba diperkatakan ialah soal nasib rakyat Malaysia berkemungkinan menjadi kulit pisang apabila sebuah projek menjadi kenyataan di Kawasan Perindustrian Gebeng, Pahang.
Tentu sekali kita juga bukan bercakap tentang kumpulan rock Amerika ‘Rare Earth’ yang popular dalam tahun 1970-an dengan lagunya ‘Hey Big Brother!’ Apa yang nak kita katakan di sini ialah ‘nadir bumi’ (yang sepatutnya diterjemahkan sebagai ‘tanah’ nadir’ kerana ‘rare earth’ dalam bahasa Inggeris ialah, ‘earth’ iaitu ‘tanah’ (bukannya bumi atau Earth) yang ‘rare’ iaitu sukar atau amat jarang ditemui.

Video :History will repeat itself, says Bukit Merah activist

The sex video comedy and the Malaysian malady

How then are we to believe that by swearing on the Quran, Eskay exhibits religious conviction? Does it not more likely appear as some kind of stunt?


By Kee Thuan Chye
The sex video saga is really turning out to be a farce. It’s so funny you can’t help but laugh.
First, the ‘Datuk T’ trio who brought public attention to the video have been made the butt of countless jokes. Second, the police seem to be hesitant in revealing their findings even as the video has been leaked out and posted on YouTube and Umno-friendly blogs although the only copy is supposed to be in police custody.
And now one of the trio has taken the sumpah laknat. Last week, Shazryl Eskay Abdullah swore on the Quran to make us believe he is telling the truth in saying that the man in the video is Opposition Leader Anwar Ibrahim. What’s going to happen next?

Abadikan nama Osama ’lambang keberanian’

KOTA BHARU, 5 Mei: Ketika pelbagai teori konspirasi menjelma di sebalik dakwaan Osama Ben Laden dibunuh tentera Amerika Syarikat, umat Islam dicadang mengingati tokoh terbabit di atas keberaniannya.
Keberanian berdepan Amerika Syarikat yang dianggap sebagai polis dunia bukan perkara mudah tanpa ada kekuatan dalaman.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang ramai boleh mengabdikan nama Osama pada bangunan, jalan atau apa sahaja sebagai penghormatan terhadapnya.
“Slogan mengenai keberanian Osama juga boleh dipamerkan. Ini sebagai usaha kita menghormati kehebatan yang ada padanya.
”Tidak ada tokoh yang berani berdepan dengan kuasa besar dunia itu, biar pun mereka menuduh Osama sebagai pengganas.
”Kita boleh pamerkan perkataan US is the killer Osama,” katanya di sini.
Beberapa hari lalu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan kematian Osama berikutan dakwaan kejayaan tentera negara terbabit membunuhnya di sebuah rumah di sempadan Pakistan.

Sarawak BN moves to analyse polls outcome

Chief Minister Taib Mahmud is 'not ready yet' to announce a cabinet reshuffle.

KUCHING: All Sarawak Barisan Nasional elected representatives have been directed to compile a report on their respective constituencies in time for the State Legislative Assembly’s first sitting in June 2011.
Disclosing this, special advisor to the Chief Minister, Adenan Satem said the reports were aimed at determining and dealing with issues raised during the run-up to the last month.
He said the reports were part of the coalition’s commitment to conduct a detailed post-mortem on the BN’s performance in the April 16 polls.

Dunia lebih aman tanpa Umno-BN, kata Nik Aziz

Umno tolak Islam, sedangkan kita orang Islam perlu membela agama Islam. Tetapi Umno suka apabila ada orang Islam mati dibunuh musuh Islam.
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa dalam konteks Malaysia, dunia lebih aman tanpa Umno-Barisan Nasional (BN).
“Kalau tak ada Umno dan BN, dunia akan lebih aman berbanding kematian Osama (ben Laden),” kata beliau kepada pemberita dipejabatnya di sini kelmarin.
Ujar beliau, “Umno tolak Islam, sedangkan kita orang Islam perlu membela agama Islam.  Tetapi Umno suka apabila ada orang Islam mati dibunuh musuh Islam.
“Tidak timbul soal pengganas dalam hal kematian Osama. Sepatutnya kita berdoa sekiranya mengetahui ada orang Islam meninggal dunia,” kata beliau yang Mursyidul Am PAS.

Puak UMNO kata - Menentang Tok Guru Nik Nik Abdul Aziz Adalah Jihad

Menentang Tok Guru Nik Nik Abdul Aziz Adalah Jihad - Aktivis UMNO Pekan Naka
( DENGAN AKHLAK BAHASA YANG DIGUNAKAN AKTIVIS UMNO PEKAN NAKA NI SEBENARNYA TAK LAYAK DIA BERBAHAS SEBARANG TAJUK ILMIAH!-tetapi atas dasar berkongsi ilmiah dan pendapat serta komentar bersama rakan fb ,maka note ini sebagai jawapan)
Profile Aktivis Umno Pekan Naka

LANGKAH PERTAMA-SILA BACA KOMEN AKTIVIS UMNO PEKAN NAKA INI :
1. org mcm n.ajis tu bkn la ulama..dia hnya la ahli politik totok yg snggup mmperalatkn agama demi meraih kuasa..mnentang n.ajis dn pas adalah wajib,dn mnjadi jihad politik bg stiap um...at Islam di Malaysia..makin lm makin merapu org tua tu..dh lm dh..tp nk buat mcm mn,pas ketandusan pmimpin pelapis,jd trpksa brgntung harap pd ubat yg dh tamat tarikh luputnya..hahaha..kesiannn org2 pas ni krg cerdik,apa kata pas gabung dgn pkr,nnt blh la org2 pkr pimpin org2 yg krg cerdik pas..amacam? Ok x cadangan aku ni- Komen Aktivis Umno Pekan Naka

PAS Perlis sedia bekal maklumat kepada Dr Juanda

KANGAR, 5 Mei: PAS Perlis bersedia membekalkan maklumat-maklumat kepada kepada Mufti, Dr Juanda Jaya berkaitan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno.
Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (gambar) berkata demikian mengulas kenyataan Juanda yang mengatakan pihak yang menghalang usaha penyatuan PAS Umno sebagai pengkhianat Islam.
"Kita bersedia untuk membekalkan kepada beliau maklumat yang menjelaskan mengapa kita masih menolak perpaduan dengan Umno," jelasnya.
Sambil menyifatkan tuduhan Juanda itu sebagai keterlaluan, Ustaz Hashim berkata perwatakan Umno sejak dari dulu lagi tidak berubah khususnya tentang pandangan mereka terhadap perlaksanaan syariat Islam.
Tambahanya, tuduhan Sahibussamahah itu adalah keterlaluan dan sepatutnya beliau menyiasat terlebih dahulu kenapa PAS menolak pelawaan Umno.

Kabinet Sarawak: Taib tidak hargai golongan muda

KUCHING, 5 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) berpandangan pemilihan barisan kabinet baru Sarawak jelas menampakkan kelemahan BN negeri yang amat ketandusan pemimpin pelapis dari kalangan generasi muda.
Ketuanya, Mohammad Arifiriazul (gambar) berkata, dalam kerancakan pembangunan negeri yang diwar-warkan sebelum ini, tentu sekali pandangan dan pendekatan golongan muda amat diperlukan dalam memastikan kejayaan semua projek pembangunan yang cuba dilaksanakan.
Kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri (KM), Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan BN Sarawak jelas tidak menghargai suara dan peranan penting golongan muda dalam membangunkan negeri bertuah ini.

Dr Juanda perlu berbincang dahulu – Khalid Samad

Boleh berunding asalkan Umno menggugurkan fahaman sekular dan asobiyyah serta menerima Islam sebagai asas perjuangan.
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Khalid Samad menasihatkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya supaya berbincang terlebih dahulu dengan parti itu sebelum membuat kenyataan liar menuduh mereka yang menolak penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam dan pengikut Khawarij.
Ketika dihubungi FMT hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, adalah lebih baik Dr Juanda berbincang dengan PAS sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
“PAS tidak ada masalah untuk berunding dengan Umno berhubung isu penyatuan orang-orang Melayu dan umat Islam asalkan parti perkauman (Umno) itu menggugurkan fahaman sekular dan asobiyyah serta menerima Islam sebagai asas perjuangan.

Terus Dihadapan : DAP Sarawak mula jejaki kawasan Bidayuh

NONEDAP Sarawak memulakan langkah pertama untuk menembus kawasan pedalaman dengan melantik seorang tokoh profesional Bidayuh sebagai pembantu khas kepada setiausahanya, Chong Chieng Jen.

Mordi Bimol, 26, juga dilatih sebagai seorang bakal calon DAP pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Tetapi untuk masa ini, beliau akan membantu Chong (kanan) yang juga ADUN Kota Sentosa dan ahli parlimen Bandar Kuching untuk berkhidmat di kawasan Tasik Biru.

“Dia akan mengendalikan aduan orang ramai di pusat khidmat bazaar Batu Tujuh,” kata Chong ketika memperkenalkan Mordi, graduan Universiti Malaysia Sarawak dalam jurusan sains akuatik dan pengurusan kepada wartawan.

“Selain membantu saya, beliau juga ditugaskan menubuhkan cawangan parti itu di Tasik Biru, tempat asalnya,” kata Chong.

Menurutnya, cawangan itu akan memberikan perkhidmatan kepada penduduk di Tasik Biru di Bau yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Kuching.

Mahasiswa diseru sertai Hari Kemarahan Rakyat esok

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru mahasiwa supaya hadir ‘Hari Kemarahan Rakyat’ di Masjid Negara esok bagi menyatakan anak muda menolak politik fitnah dan jijik.
Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari berkata seluruh mahasiswa wajar untuk turut sertai perhimpunan itu, bagi menyatakan pendirian sebagai anak muda yang menolak sama sekali politik fitnah dan jijik yang kian parah serta menjadi permainan dalam pentas politik negara sekarang ini.
“Saya yakin dan percaya, kehadiran mahasiswa esok akan memberikan mesej yang jelas kepada kerajaan dan juga masyarakat bahawa mahasiswa dan anak muda tegas menolak budaya politik kotor dan inginkan kembalinya nilai-nilai kebaikan dalam berpolitik iaitu kembali kepada politik Islam.

Sendiri Mau Ingat : PRS tuntut 'hadiah' tanda sokongan Dayak kepada BN

sng chee hua and james masing prs support 040206Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyerahkan kepada pucuk pimpinan BN di peringkat persekutuan dan negeri untuk menentukan "hadiah" yang perlu diberikan kepada parti itu sebagai tanda penghargaan sokongan padu pengundi Dayak.

Presidennya, Datuk Seri Dr James Jemut Masing berkata, kejayaan PRS yang menang lapan daripada sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 16 April lalu menjadikan parti tersebut sebagai parti kedua terbesar dari segi jumlah kerusi selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Suhakam gesa Putrajaya kaji balik akta kawal media


KUALA LUMPUR, 5 Mei — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi gesaan agar Putrajaya mengkaji semula undang-undang yang mengawal ketat media berikutan laporan terbaru Malaysia masih kekal sebagai negara dalam kategori tidak bebas.
Dalam laporan dikeluarkan kelmarin, Malaysia berada di tangga ke-143 daripada 196 negara yang diselidik dalam kajian tahunan mengenai kebebasan media, yang menunjukkan ia sebagai tidak bebas.
Malaysia diletakkan bersama dengan Angola dan Madagascar, yang memperoleh 64 mata. Negara yang memperoleh mata rendah dalam Indeks Kebebasan Akhbar dilihat sebagai negara paling bebas.

Jangan cepat label pengkhianat Islam, pemimpin PAS tegur Mufti Perlis

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Sehubungan itu Salahuddin (gambar) menambah, tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.
Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.
“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.

Polis belum dapat kesan 'Sultan Sulu'@UMporNO..ha...ha..ha..citer kartun la pulak..!!!

NONESiasatan mengenai kes seorang rakyat Malaysia yang menggelarkan dirinya "Sultan Sulu" belum selesai kerana polis tidak dapat mengesan beliau untuk mendapatkan keterangan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata polis gagal mengesan Datu Mohd Akjan Ali Muhammad di Sabah melalui alamat terakhir beliau yang diketahui.

"Masalahnya kita masih nak mengesan dia, dia tidak ada di Sabah dan tidak ada di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan khas pegawai awam Polis Diraja Malaysia sempena Hari Polis ke-204 di Kota Kinabalu hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.

Polis Ugut Peguam "Jangan Sampai Jadi Macam SPRM"




PETALING JAYA 5 MEI: Peguam Lawyers For Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri yang membantah keras penguatkuasaan undang-undang Ordinan Darurat menerima ugutan ketika menjalankan tugasnya  di Ibu Pejabat Polis Derah Gombak semalam.
Ugutan berbunyi "jangan sampai jadi macam SPRM" itu diterima Fadiah ketika mengambil keterangan anak guamnya, Mohamad Arif Abu Samah.
Menurut peguam, N Surendran, pihaknya memberikan tempoh 24 jam kepada polis untuk memanggil anggota yang terlibat dan tindakan keras perlu diambil memandangkan ugutan terhadap pihak peguam ternyata suatu tindakan yang melampau.


“Kita memberikan tempoh 24 jam untuk menahan pegawai polis yang terlibat, siasat mereka dan dakwa mereka dibawah Seksyen 503 Gangguan Jenayah, mengganggu peguam menjalankan tugas. Ugutan ini bukan sahaja kepada individu tetapi terhadap sistem keadilan negara,” katanya.

Bagaimana Ezam melihat perang rasuah dalam Umno?

Oleh NURDAMIA WAN FAIQAH
Tanggal 27 April, Karangkraf telah berjaya mengadakan Wacana Rasuah Pemusnah Tamadun di Dewan Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam.Cukup baik penganjuran wacana sedemikian, dan yang lebih menarik wacana itu menghimpunkan tokoh-tokoh politik selain pihak yang cukup dekat dengan badan pencegahan rasuah.
Antara panelisnya ialah bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin; bekas Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Senator Ezam Mohd Noor; Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Abu Kassim Mohammed serta Pengasas ESQ Leadership Centre, Ari Ginanjar Agustian.

Strategi Fitnah Bn Untuk Melemahkan Pakatan Rakyat

Oleh MOHD SAIFULLAH
Politik kotor dan kolot UMNO-Barisan Nasional sejak pemerintahan Mahathir hingga Najib tidak berubah. Politik fitnah dan mengaibkan maruah serta cubaan rasuah tokoh pembangkang menjadi modus operandi utama di dalam mengekang kebangkitan rakyat menyokong perubahan.
Pengalaman pilihanraya 1990 dalam pakatan pembangkang menerusi Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, Tengku Razaleigh Hamzah dicanang sebagai agen Kristian hanya kerana memakai tengkolok Sabah yang ada corak seakan salib

Metafora yang jelas menggambarkan mengapa PAS tidak akan bersatu dengan UMNO & BN.

Tiada jaminan RON95 tidak naik harga

KUALA LUMPUR, 5 Mei: PAS tidak menolak kemungkinan harga petrol RON95 turut dinaikkan memandangkan perbezaan di antara harga RON97 dan RON95 sebanyak RM1. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenaikan harga petrol RON97 tengah malam tadi.
Mengenai kenaikan RON97 itu, beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ia sangat tidak berpatutan dan membebankan rakyat.
"Kenaikan harga petrol ini satu kenaikan yang sangat tidak berpatutan kerana perbezaan antara RON97 dan RON95 hampir satu ringgit.
"Tidak akan ada jaminan RON95 tidak akan dinaikkan. Ini satu petanda yang sangat sukar diterima oleh rakyat dan membebankan mereka," katanya.
Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi RM20 sen menjadi RM2.90 seliter mulai tengah malam tadi.
Ini merupakan kenaikan kali kedua sepanjang April hingga Mei tahun ini.
Harga petrol RON97 juga mengalami kenaikan 20 sen seliter pada 2 April lalu dan dijual RM2.70 seliter sejak itu.

Siapakah sebenarnya Datuk Shazryl Eskay Abdullah?

Nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah tiba-tiba melonjak selepas lelaki yang mengaku sebagai Datuk T (sebut Datuk Temberang) ini menayangkan video lucah lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang menghantar email meminta ReJaM© menyiasat siapakah Eskay ini?

Rata-rata pengirim yang menghantar email kepada ReJaM© mempersoalkan kredibiliti Eskay yang begitu berani mempermainkan nama Allah dengan bersumpah di sebuah masjid baru-baru ini semata-mata untuk meyakinkan masyarakat bahawa pelaku di dalam video seks yang penuh kepincangan itu adalah Anwar Ibrahim.

Media perdana bersubahat promosi video fitnah

KUALA LUMPUR: Media perdana di negara ini, seolah-olah menggalakkan dan menyokong unsur jenayah apabila secara terang-terangan mempromosikan video seks fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, sekiranya pihak yang menyebarkan video lucah boleh didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan  Seksyen 5 Akta Penapisan Filem, media yang terlibat dalam menyiarkannya juga dianggap bersekongkol.
“Sikap dan tindakan media perdana khususnya Utusan dan TV3 ini telah melangkaui etika kewartawanan. Dari aspek perundangan, ia melangkaui apa yang disebut sebagai fitnah.
“Isu di sini adalah isu jenayah, di mana badan yang bertanggungjawab adalah pihak polis yang harus mengawal supaya ia tidak memberi mudarat kepada rakyat dan kesan kepada masyarakat,” ujarnya.
“Sikap media perdana ini memberikan gambaran mereka tidak langsung meletakkan kepentingan awam dalam etika kerja mereka,” ujar Yusmadi.

Fasisme UMNO dan ugutan kepada masyarakat Tionghua

KEADILAN Selangor merujuk kepada artikel The Malaysian Insider pada 1 Mei 2011 berjudul "Choose MCA or be left out of government, Najib tells Chinese" atau "Pilih MCA atau akan diketepikan daripada Kerajaan, Najib beritahu Kaum Cina".
KEADILAN Selangor memandang berat ugutan politik ini dan bersetuju bahawa ia merupakan "bukti tanpa keraguan" sikap pembohong dan pengkhianat UMNO dalam memperjuangkan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum malah membuktikan sikap "talam dua muka" Najib Razak yang kononnya memperjuangkan konsep 1Malaysia.

Ibu bapa serah petisyen kepada Muhyiddin

Salinan petisyen turut dihantar kepada Jabatan Pendidikan Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah.
PETALING JAYA: Sekumpulan ibu bapa dan bekas pelajar sebuah sekolah menengah kebangsaan di Shah Alam menyerahkan petisyen ke pejabat Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.
Kia Ooi Meng, V Stephen Perumal dan S Gopalan mewakili lebih 700 ibu bapa, penjaga, bekas pelajar dan penduduk sekitar kawasan itu yang menandatangani petisyen tersebut berkata, mereka kecewa dengan cara pentadbiran Pengetua terbabit, khususnya berikutan pelbagai kejadian yang berlaku di sekolah itu sejak awal April lalu.
“Puan Pengetua tidak adil, tidak bertanggungjawab dan tidak layak menjadi pengetua kerana banyak masalah timbul sejak beliau menjadi pengetua di sekolah ini hampir empat tahun lalu,” kata mereka selepas menyerahkan salinan petisyen itu kepada pegawai di
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) di Shah Alam, semalam.

Muhyiddin: Perangi rasuah jihad utama kerajaan....ha..ha..ha..boleh percaya ka..!!!

Persoalan rasuah tidak hanya berlegar di sekitar nafsu penguasa, tetapi ia membabitkan pemberi dan penerima.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan usaha memerangi amalan rasuah adalah jihad paling utama setiap kerajaan yang berintegriti.
Timbalan Perdana Menteri berkata, persoalan rasuah tidak hanya berlegar di sekitar nafsu penguasa, tetapi ia membabitkan pemberi dan penerima.
“Kedua-dua pemberi dan penerima rasuah adalah pelaku jenayah terkutuk di sisi undang-undang negara, norma masyarakat dan agama.
“Maka untuk memerangi rasuah secara menyeluruh, sewajarnya gejala ini dibendung sehingga ke akar umbi,” katanya ketika menyampaikan Syarahan Perdana Agenda Integriti Nasional, di sini hari ini.

Jantan Sundal : Umno ajak PAS nikah

PAS diajak rujuk semula oleh UMNO.
Setelah menjalani tempoh  berkasih selepas 13 Mei 1969, UMNO yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Razak meminang PAS dan diijab kabulkan melalui Pilihan raya Umum tahun 1974. Maka PAS menjadi salah satu isteri  UMNO yang ramai dalam keluarga Barisan Nasional.
Menjelang pilihan raya umum 1978 UMNO mencari jalan menceraikannya dan mereka pun berpisah.
Dalam pilihan raya 2008 PAS berkasih dengan DAP dan PKR. Setelah berkongsi hidup tanpa nikah dalam tahun  2008 itu di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan maka PAS diijab kabulkan dengan DAP dan PKR dalam perkongsian hidup Pakatan Rakyat.

Pembohongan Eskay tentang video fitnah semakin terserlah

KUALA LUMPUR: Pembohongan Ahli Perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Beliau diminta mengulas kenyataan Eskay semalam yang menafikan menuduh Anwar melakukan zina, ketika ditanya wartawan selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung sumpah laknat yang dibuatnya minggu lalu.
“Orang seperti Eskay, lama kelamaan kredibiliti akan terserlah dengan kebohongan. Ceritanya tidak konsisten. Kita boleh senaraikan daripada awal. Mula-mula kata tempat (kejadian seks) berlaku di hotel, kemudian di spa dan apartment di Ampang.
“Selain itu, perkara asas dia berbohong pasal jam (Omega) yang dikata dicuri tetapi dalam video jelas ia tidak dicuri dan tidak wujud pula. Pada awal dia kata jam itu adalah bukti yang kuat tetapi kemudian kata tidak ada kena mengena pula.

Video : Permohonan UUM Sambung Rebat Cukai Tanah Ditolak

Video : Kerajaaan Pulau Pinang Tidak Akan Terima Wang Yang Dipulangkan Warga Emas

Dr Juanda jangan gopoh

KUALA LUMPUR, 5 Mei: PAS terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) menasihatkan Sahibussamahah itu jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara itu.
Perlu diingatkan, katanya sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam.
Beliau berkata, sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.
“PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik,” ujarnya kepada Harakahdaily.