Rabu, 4 Mei 2011

Taib has no plans to have more non-elected reps

SUPP's two elected representatives will now be the sole Chinese voice in Taib Mahmud's Cabinet.

KUCHING: Chief Minister Taib Mahmud is satisfied with Sarawak United Peoples Party’s (SUPP) two Chinese assemblymen and sees no reason to amend the state constitution to accommodate more non-elected representatives.
Describing the question posed by reporters as “theoretical”, he dismissed speculations that the state government will move to amend the constitution for bigger Chinese representation in the Cabinet.
“No, I am not going to entertain such theoretical question…,” he said, putting an end to a suggestion by Barisan Nasional (BN) Senator Idris Buang.
Idris had suggested that the state government consider amending the constitution to accommodate Chinese non-elected representatives following the dismal performance of the Chinese-majority SUPP in the April 16 state polls.

PEMBELA: Islam terancam di Malaysia

Panetta: Obama Couldn't Watch Bin Laden's Death but Heard 'Geronimo' Signal

Video :DNA sample linked to Omega watch: Eskay

Video :Eskay denies hiring woman in sex video

Pengerusi Felda pun tak dapat selesai masalah bekalan air

Oleh: amkns

"Macamanalah Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan sekarang ini ADUN atau Wakil Rakyat Bagan Pinang (Port Dickson) boleh dilantik sebagai Pengerusi Felda. Masalah air yang berlarutan di Felda dalam Negeri Sembilan pun tak boleh nak selesai-selesai lagi sejak sekian lama.

Negara Polis dan Kebangkitan Rakyat

"Dalam masa sehari semalam, Malaysia telah bertukar kepada sebuah negara polis", itulah kata-kata yang diungkapkan Tunku Abdul Rahman berikutan Operasi Lalang yang berlaku pada tahun 1987 yang yang menyaksikan penangkapan pemimpin-pemmpin barisan pembangkang dan aktivis-aktivis yang lantang bersuara dalami mengkritik dasar pemerintahan Barisan Nasional.
Operasi Lalang 1987 yang didalangi Mahathir Mohamad (gambar kiri) ketika itu dengan menggunakan kuasa polis di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan sebuah kematian demokrasi, pencabulan hak asasi dan prinsip kebebasan, dan penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
Negara polis adalah didefinasikan sebagai "sebuah negara yang dikawal oleh sebuah kerajaan yang bersifat menekan dan menindas secara politik, ekonomi dan sosial masyarakat melalui kuasa polis yang digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengikut nas undang-undang".

WSIA melindungi hak dan kepentingan rakyat

Pihak AWER telah menghasilkan laporan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Malaysia.  Dalam laporan ini menggariskan intipati Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA), AWER juga mengemukakan tiga kajian kes.  Salah satu kajian kes adalah mengenai konflik penstrukturan semula industri air di Selangor.
Terdapat beberapa artikel pendapat dalam akhbar tempatan yang menyentuh isu perjanjian konsesi yang merupakan salah satu topik yang dilaporkan.  Saya ingin menjemput semua lapisan masyarakat khususnya rakyat Selangor untuk membaca laporan penuh mengenai penstrukturan semula industri air negara di laman web AWER supaya dapat memahami sepenuhnya cadangan-cadangan kami.  Kajian pihak AWER adalah menyeluruh dan terperinci.  Laporan kami telah menyentuh aspek menyeluruh dan impaknya kepada rakyat.

Parlimen Mahasiswa sekadar boneka

Semasa diumumkan mengenai penubuhan Parlimen Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM), saya bersama rakan-rakan berasa teruja.  Timbul persoalan di benak, apakah implementasi Parlimen Mahasiswa ini adalah fasa pencerahan bagi mahasiswa yang sudah sekian lama hak dan autonomi mereka dinafikan?
Namun setelah beberapa penelitian dan kajian dibuat antara saya dan rakan-rakan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) berserta wakil Perwakilan Pelajar daripada USM, Parlimen Mahasiswa dan pelaksanaannya amat menghampakan.
Boleh saya katakan, Parlimen Mahasiswa tidak ubah seperti boneka.  Mahasiswa perlu celik meneliti perkara dasar bahawa Parlimen Mahasiswa masih berada di bawah telunjuk Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).  Maka jelaslah mahasiswa masih terikat dengan perkara 15, perkara 16 malah masih ditadbir di bawah seorang Naib Canselor yang mempunyai kuasa veto untuk memutuskan apa saja.

Siapa Pengkhianat Islam?

1. Mereka yang menghalang penyatuan UMNO dan PAS digelar pengkhianat Islam oleh Mufti Perlis. Sekilas pandang, siapa jua yang menghalang usaha penyatuan adalah pengkhianat. Justeru penyatuan secara asasnya adalah suci malah dituntut. Tiada siapa yang mahu berpecah dan berpisah tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh. Tetapi apabila bercakap soal penyatuan antara PAS dan UMNO, saya sarankan sohibus samahah Mufti Perlis mengkaji terlebih dahulu secara mendalam dan teliti.
2. Antara PAS dan UMNO jangan hanya dilihat pada bangsa dan warna kulit semata - mata lalu disogok agenda penyatuan bangsa melayu. Sebaliknya perlu dilihat bagaimana pula sikap kedua - dua parti melayu itu [PAS dan UMNO] terhadap Islam. Sikap terhadap Islam dan bagaimana mereka menanggapi Islam adalah kayu ukur yang paling penting untuk bercakap soal penyatuan antara kedua parti ini.

Mampukah pemimpin China pengaruhi Cina sokong 1Malaysia?

Aku masih menanti-nanti peluang untuk melawat Istanbul.  Karya-karya pemenang Hadiah Nobel Sastera 2006 Orhan Pamuk banyak mengisi imaginasiku berkaitan Istanbul semasa otak durianku menelusuri minda dan keindahan bahasa penulis berlatar belakangkan metafora salji dan perasaan kesayuan (melancholy) yang mengisi segenap pelosok kota.
Kali pertama aku merasai keheningan salji juga merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke atas bumi China.  Aku berkesempatan menjamu makanan yang digemari para muslimin dan muslimah di China atau lebih dikenali sebagai Cina Muslim oleh masyarakat Cina di Malaysia.  Kalau di Malaysia populasi Cina Muslim dianggap tidak signifikan, umat Islam di China pula melebihi 130 juta orang, jauh lebih besar daripada keseluruhan populasi umat Islam di Malaysia. 

Rakyat Sengsara kerana Hutang

Oleh: ruhan

"Umno/BN perlu berasa malu kerana membebankan rakyat sedemikian rupa selama ini. Beban yang dimaksudkan ialah hutang. Antara yang utama ialah hutang isi rumah, iaitu pinjaman perumahan dan pinjaman kereta.  Kedua-duanya sangat mahal.
 
Keadaan ini amat merunsingkan kerana punca keberhutangan rakyat ialah pinjaman perumahan dan kenderaan yang menjadi sebahagian besar dari bayaran pinjaman setiap bulan oleh setiap keluarga di Malaysia.

Hal ini mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menaikkan taraf hidup keluarga.

Kerajaan Umno-BN suruh rakyat bersyukur, tapi nasib pekerja terus tak terbela!

Oleh Safar Jumaat
Para pekerja di negara ini diajar untuk bersyukur. Walaupun mereka bergaji kecil, tetapi mesti bersyukur kerana ada orang yang tidak dapat kerja. Bila ada pekerja yang bersungut kerana harga barang naik, nanti mereka akan dikecam sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur, tidak berjimat dan lebih pentingkan diri daripada mengutamakan kepentingan negara.



Malah, ada yang dituduh, sudah termakan hasutan pembangkang, sering membuat desakan tanpa meningkatkan produktiviti. Jadi, kerajaan mahukan apa daripada pekerja? Berdiam diri sebagai tanda bersyukur, kerana ketika orang lain tidak bekerja, mereka sudah dapat kerja. 

Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat diteruskan

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) akan mengadakan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat ke seluruh negeri di Malaysia untuk turun kepada masyarakat.
Ia sebagai rentetan daripada Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat dari KL Sentral ke Seremban pada 10 April lalu.
Dengan membawa mesej mahasiswa akan terus bersama dan merungkai segala permasalahan rakyat serta akan turut bersama menyelesaikan permasalahan yang melanda rakyat, mereka mensasarkan tiga negeri sebagai permulaan iaitu Pahang, Perak dan Sabah.
GMSR akan turun ke Pahang 10 Jun depan bagi meneliti dan turut membantu penduduk Gebeng, Kuantan yang sedang diancam bahaya akibat rancangan projek loji nadir bumi yang dikelolakan oleh Lynas Corporation.

Video : Kerajaaan Pulau Pinang Tidak Akan Terima Wang Yang Dipulangkan Warga Emas

Video : Selangor Tubuh Tabung Warisan Bencana sunting RM10 Juta

Video : Ujian Poligraf Tidak Masuk akal

PAS pertahan keadilan sejagat, tolak keganasan

KUALA LUMPUR, 4 Mei: PAS mengikuti berita pembunuhan Osama bin Laden dengan penuh hati-hati, di samping mengutuk keras sebarang keganasan yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat terhadap umat Islam.
Jika benar Osama bin Laden telah terbunuh, PAS mengucapkan takziah kepada keluarganya, tetapi PAS amat kesal dengan tindakan pihak Amerika Syarikat mengenai kejadian itu.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar) menegaskan, PAS tetap teguh mempertahankan keadilan sejagat dan menolak sebarang bentuk keganasan termasuk state terrorism.
Menurut beliau, sehubungan itu, PAS tetap konsisten dengan pendiriannya yang mengutuk keras dan menentang sebarang bentuk keganasan oleh setiap pihak ke atas masyarakat awam.
Katanya, dalam hubungan ini juga, jika benar Osama yang diburu oleh pihak Amerika Syarikat sejak sekian telah dibunuh oleh  tentera Amerika, PAS mendesak agar tentera negara itu segera keluar dari bumi umat Islam.

Najib Perdana Menteri Yang Lemah

Oleh Mohd Sayuti Omar
TIDAK pula diketahui apakah ada umat Islam di negara ini yang melakukan sembahyang ghaib ked atas Osama Ben Laden atau tidak. Mungkin tidak ada yang berbuat begitu kerana belum pasti sama ada benar atau tidak Osama dibunuh oleh tentera Amerika atas arahan Borack Obama.

Amerika mendakwa mereka telah mengebumikan mayat Osama di lautan. Sehingga kini tidak pula ditunjukkan wajah Osama yang dibunuhnya. Sekeping gambar Osama yang di dalam keadaan luka parah disiarkan, diragui kerana posisi gambar itu sama dengan posisi gambar Osama yang disebarkan di dalam internet sebelum ini.

Video Seks: Trajedi seorang Pejuang Perubahan

Oleh: anak_muar

"Ftinah yang mencurah-curah menimpa Anwar Ibrahim selama ini adalah hasil tekanan hebat Anwar terhadap UMNO dalam usaha berani beliau mendedahkan segala kepincangan isu rasuah dan salahguna kuasa yang berlaku didalam UMNO selama ini.

Hasil tekanan yang diberikan Anwar ini maka UMNO dilihat amat rimas akan manusia bernama Anwar ini selagi dia hidup dalam dunia politik negara.

Maka UMNO hakikatnya amat terdesak serta takut dengan segala pendedahan yang dibuat oleh Anwar oleh itu satu perancangan besar terpaksa direkayasa walaupun mereka tahu akan akibatnya.Namun pilihan lain sudah tiada bagi UMNO untuk berhadapan dengan mantan panglima UMNO ini.

Bukit Aman kena tipu dengan Eskay atau Bukit Aman sudah tidak selamat ?

Oleh chegubard

Akhirnya hampir kira-kira 95% video yang kononya merakamkan aksi seks Anwar Ibrahim tersebut telah disiarkan melalui beberapa akaun Youtube dan beberapa laman seumpamanya. Hasilnya saya dihubungi ramai teman-teman yang sebelum ini jujurnya ada yang ragu-ragu tetapi kini menjadi yakin setelah melihat beberapa siri video yang disebutkan.

Sebelum ini sememangnya video tersebut disiarkan bahagian - bahagian tertentu yang betul-betul seiras Anwar untuk menyakinkan rakyat.

Antara Melayu dan Malaysia

Oleh Muhammad Hafizuddin
Gempar dengan boikot MCA terhadap akhbar rasmi UMNO, mengejutkan seluruh parti komponen Barisan Nasional. MCA yang mendakwa bahawa Utusan Malaysia bersikap perkauman yang bias terhadap Melayu. Utusan mendapat padah dengan pengisytiharan boikot oleh pimpinan MCA. Namun demikian, PM tetap dengan 1Malaysia menyebarluas ke seluruh kaum di Malaysia.


PERKASA yang memilih jalan raya berdemonstrasi di hadapan pejabat MCA bagi menyatakan tentangan kepada MCA. PERKASA tetap teguh berpegang dengan kedaulatan Melayu. Tiada puak selain Melayu yang berkuasa di Tanah Melayu Malaysia ini. Perjuangan mengangkat martabat Melayu kali ini diambil tegas oleh PERKASA tanpa celahan UMNO. Pada masa yang sama, DAP juga turut menjadi mangsa terjahan PERKASA.

911 dan wacana terorisme

Oleh Haris Zalkapli
Kebenaran, dikatakan menjadi korban pertama perang. Dalam perang yang disebut "memerangi terorisme," kebenaran bukan sahaja menjadi korban, tetapi juga menjadi sasaran utama.
Dalam wacana terorisme yang dibina hasil peristiwa serangan pada 11 September, 2001 di Amerika Syarikat, dengan mudah sekali kumpulan-kumpulan Islam dikaitkan dengan terorisme atau kecenderungan untuk bertindak militan, atau mempunyai "Islamist tendency."

Khairy Terpaksa menadah Tempurung?

Oleh Saiful Bahri
Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO amat terdesak sekali menginginkan jawatan Menteri Kabinet. Satu penghinaan buat Ketua Pemuda UMNO dan institusi pemuda itu sendiri. Selama ini jawatan Ketua Pemuda UMNO sebagai tiket untuk Menteri Kabinet sekian lama tetapi tidak buat Khairy. Timbalan beliau dan penentang jawatan Ketua Pemuda yang tewas iaitu Mukhriz anak Mahathir pun diberikan jawatan timbalan Menteri.

Mung orang Ganu ke? Hei orang Ganu tolong bace nii!

Oleh Tok Pepijat
Apa beza antara mantan MB Derih Jusoh dengan MB Terengganu Mat Said? Keduanya dari UMNO. Daerah yang berbeza. Derih dari Besut manakala Mat Said dari Kemaman.
Dulunya mereka berdua amat akrab. Bak kuku dengan isi.Tebing dengan aurnya. Dalam Sidang DUN misalnya zaman Derih Jusoh jadi MB, Mat Saidlah jadi panglima untuk Derih Jusoh.

usamah bin laden: apa selepasnya?

Oleh nik mohamad abduh
Semoga Allah merahmati Usamah Bin Laden, menghimpunkannya bersama para syuhada’ di jalan Allah di sepanjang zaman, diketuai Hamzah bin Abdul Muttalib radhiaLlahu anhu. Orang yang hidup sepertinya tiada mengingini selain terbunuh syahid di tangan musuh Allah yang ditentangnya habis-habisan.
Semoga Allah mengurniainya kemuncak keinginannya di dunia dan di akhirat. Di dunia, dia mahu Amerika menjadikannya musuh nombor satu dan di akhirat, dia mahu Allah mengasihaninya di tempat yang pertama.

Kematian Palsu Osama Laden & Tamat Konspirasi 9/11: Peralihan Pax Americana

Oleh: osmantikos

"Sumber kajian the truth movement of 9/11 melaporkan, nama Osama Laden tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama Tim Osama. al-Qaeda juga tidak pernah wujud kerana wartawan British pernah mendedahkan bahawa rakyat Afghans sebelum ini tidak pernah mendengar nama Osama Laden @ al-Qaeda.

Kedua-duanya adalah dongeng Amerika (Pax Americana) untuk menjayakan konspirasi 9/11 untuk menjadikan Islam sebagai sasaran. Yang wujud hanyalah Taliban sahaja! al-Jazeera-lah punca kita semua mempercayai bahawa al-Qaeda dan Osama itu benar-benar wujud. al-Jazeera telah disahkan mempunyai hubungan sulit dengan kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti-pengganas.

Mahathir: Operasi bunuh Osama tindakan tak bertamadun

PUTRAJAYA, 4 Mei – Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kematian Osama bin Laden tidak mungkin petanda sudah berakhirnya keganasan atau rangkaian Al-Qaeda, sambil meramalkan tindakan balas akan terus berkembang di seluruh dunia.
Perdana menteri paling lama memegang tampuk kerajaan ini berkata, operasi dikendalikan oleh pasukan elit AS awal kelmarin adalah satu “tindakan tidak bertamadun.”
“Ya, dia mungkin bersalah tetapi menghantar satu pasukan untuk membunuh satu orang bukan caranya.
“Jika dia dapat ditangkap, tangkap dia. Tetapi mereka masuk, membunuh seorang yang tidak bersenjata dan kemudian mencampakkan jenazah ke dalam laut,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
“Saya berpandangan bahawa ini dilakukan oleh mereka tidak bertamadun,” kata Dr Mahathir lagi.

Ulama Malaysia kutuk cara Amerika urus jenazah Osama

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengutuk cara yang digunakan Amerika Syarikat (AS) ke atas jenazah Osama bin Laden sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang memalukan dan bercanggah dengan prinsip menghormati agama.
Dalam satu kenyaan dikeluarkan hari ini, Yang Dipertua PUM Datuk Syeikh Abdul Halim Abd Kadir berkata mengurus jenazah, dalam kes ini melibatkan Osama, dan mencampakkannya ke dalam Laut Arab merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan yang ditunjukkan oleh mereka.
“Apalagi yang mereka mahu setelah umat Islam diperlakukan mengikut citarasa mereka?
“Mereka menyerang Libya dengan menggunakan NATO walaupun (pemimpin Libya Muammar) Gaddafi telah bersetuju untuk berunding. Tiada langsung sifat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh mereka ke atas perlakuan jijik sebegini,” kata beliau lagi.

Video : Panel IAEA Menasihati Kerajaan Malaysia Mengenai Loji Tanah Jarang

Tiada puak dalam Pemuda Umno

"Salah kalau kata Pemuda Umno berpuak-puak.....tidak ada orang A, orang B, orang C," kata Idris Haron.
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron menolak dakwaan bahawa sayap pemuda parti itu masih mengamalkan sikap berpuak-puak ekoran pemilihan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada tahun 2009.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tangga Batu itu mengakui memang wujud kem-kem dalam pemilihan jawatan nombor satu pemuda itu pada ketika itu.
Pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno tahun itu membabitkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin;
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Jawatan ketua dimenangi oleh Khairy yang juga menantu bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Eskay: Wartawan yang kaitkan Anwar kepada video ... ada jadi kambing kelabu pulak nie..!!!

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini cuba menunding jari kepada media sebagai pihak yang merumuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan oleh beliau sejak Mac lalu.
“Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

P'raya tempatan di S'gor akhir bulan ini

NONEKerajaan Selangor akan memulakan projek perintis pilihan raya majlis tempatan di negeri itu pada akhir bulan ini.

Dijangkakan berlangsung selama dua bulan, ia akan menyaksikan pertandingan merebut jawatan ketua kampung di Kampung Baru Sungai Jarom, Kampung Baru Pandamaran dan Kampung Bagan di Pulau Ketam.

"Kenapa tiga? Tiada alasan spesifik sebenarnya," kata exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram Ean Yong Hian Wah (kanan).

Katanya, ketiga-tiga kampung baru itu secara rawak 'ditawarkan' oleh ADUN masing-masing.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau juga berkata projek perintis itu sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

Selangor Kenalpasti Rekabentuk Terbaik 'Rumah Mampu Milik'


SHAH ALAM 4 MEI : Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan akan menganjurkan Seminar 'Rumah Mampu Milik' sebagai usaha mengenalpasti rekabentuk terbaik untuk digunapakai dalam pembangunan projek tersebut.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata pengajuran seminar tersebut bermatlamat untuk mendapat maklum balas daripada rakyat dan industri berhubung rekabentuk rumah mampu milik terbaik yang akan dibangunkan kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
"Seminar ini penting untuk pihak kami mendapatkan satu rekabentuk terbaik untuk rakyat. PKNS telah memanggil beberapa syarikat arkitek untuk merumuskan rekabentuk- rekabentuk tersebut," kata Iskandar.

Tiada siapa percaya MCA sanggup tolak jawatan kerajaan, kata Guan Eng

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Lim Guan Eng mendakwa MCA berbohong sambil menegaskan tiada siapa yang percaya komponen Barisan Nasional (BN) itu akan berada di luar kerajaan jika sokongan pengundia Cina kepadanya merosot pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung DAP (gambar) itu berkata sejarah telah menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Cina dalam BN tidak dapat ‘mengelak’ diri mereka daripada keistimewaan dan ganjaran yang dinikmati hasil pemegangan kuasa.
Sehubungan itu, Lim menekanakn langkah Datuk Lee Kee Shin dari SUPP yang mengangkat sumpah sebagai pembantu menteri pembangunan insfrastruktur Sarawak semalam sebagai contoh klasik ugutan kosong digunakan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan jika tidak, ia tidak akan ada perwakilan masyarakat Cina dalam kerajaan.

Mufti Perlis: Penyatuan Umno-PAS tak semestinya satu parti

  Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

"(Ia) penyatuan dalam erti kata kerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.

"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan di muka depan, Dr Juanda menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Beliau dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri, antaranya melalaui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Shazryl not sure if Omega watch in sex video..gilak..!!!

Shazryl said his DNA may have been taken for comparison with samples from the watch. — file pic
KEPONG, May 4 — Businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah admitted today he had not observed if the Omega watch purportedly belonging to Datuk Seri Anwar Ibrahim had been filmed in the controversial sex video he released in March. Shazryl said this when claiming to reporters today that his DNA sample had likely been taken recently to compare with that found on the watch.

‘Sick and tired of sex episode’

All attempts by the Datuk T trio to tarnish Anwar Ibrahim has fallen flat and now they are enlisting the help of religion
PETALING JAYA: The people are sick and tired of the sex video scandal and the Datuk T trio’s attempt to link it to Opposition Leader Anwar Ibrahim.
And the latest move to get Anwar to undergo a polygraph test or take an oath in a mosque to prove his innocence is an attempt to keep the issue in the limelight.
PKR vice-president N Surendran said Anwar was right to reject the calls as his three accusers – Rahim Tamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah and Shuib Lazim – have tarnished reputations.
“Rahim was involved with a minor when he was the chief minister of Malacca, Eskay is a shoddy businessman and Shuib comes from Perkasa which, we all know, is a sworn enemy of Anwar,” said Surendran.

Eskay : Saya Tidak Tuduh Anwar..pulak dah...macam-macam dia nie..!!!



KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.
Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.   
“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Kes Sarbaini: Polis serah semula kertas siasatan Jumaat

Ahmad Sarbaini Mohamed
KUALA LUMPUR, 4 Mei – Kertas siasatan berhubung kematian pegawai Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed, yang telah dikemaskinikan, akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya Jumaat ini dan polis tidak menolak kemungkinan saksi-saksi baru dipanggil jika diperlukan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata, ada kemungkinan saksi-saksi baru akan muncul berikutan hasil soal siasat susulan yang dijalankan baru-baru ini.
“Dalam proses siasatan, ia terbuka... kami tidak pernah hadkan saksi. Jadi, bila keterangan diambil dan timbul nama-nama baru, kita akan teruskan siasatan,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
“Proses siasatan tidak akan mati. Dalam siasatan memang ada kemungkinan (akan ada) saksi baru. Jika ada, keterangan saksi baru akan diambil jika ada keperluan.
“Tetapi apa pun, ia masih lagi dalam siasatan kerana kita perlu mengesahkan apa yang dikatakan itu betul,” katanya lagi.
Zulkifli menjelakan, kertas siasatan yang baru diterima pihaknya akan diteliti sebelum dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Tahniah : Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90..lagi mahal lagi baik..!!

azlan
Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.
Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Eskay akui berjaket kalis peluru ketika sumpah laknat

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menjelaskan beliau memakai jaket kalis peluru ketika upacara mengambil sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

Negara tak stabil tanpa wakil Cina dalam kerajaan, tegas Mahathir

PUTRAJAYA, 4 Mei – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata komuniti Cina perlu mengekalkan MCA dalam kerajaan bagi memastikan kestabilan dan kerjasama pelbagai kaum negara ini berterusan.
Sehubungan itu tegas bekas perdana menteri (gambar), perkara tersebut menjadi perhatian seluruh negara memandangkan tanpa kerjasama antara pelbagai kaum dalam kerajaan, ketidakstabilan akan menjadi satu isu.
“Ia akan mencetuskan kebimbangan bagi seluruh negara. Apabila kita membahagikan kita kepada Cina dan Melayu, dan kita bertelagah satu sama lain, maka akan berakhirlah kerjasama dan tidak akan wujud kestabilan dalam negara,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Penulisan Esei MPH-Yayasan Kepimpinan Perdana 2010 di sini hari ini.

Warkah di ambang maut: Perubahaan hati

Yong Vui Kong rakyat Malaysia berasal dari Sabah sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman bunuh ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.
Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong sepanjang 12 minggu ini kepada Yetian, seorang anggota kempen Selamatkan Vui Kong pada saat-saat beliau menghadapi kematian.

Yetian,

Dengar la cerita saya ini.

Telah lama saya risau mengenai seseorang ini.

Dia ini asalnya baik tetapi ketika membesar dia menjadi liar. Dia tidak menghormati ibu bapanya dan terpengaruh dengan rakan-rakannya serta terjebak dengan gejala najis dadah. Dia pencuri kecil-kecilan, panas baran, angkuh, kuat mencarut dan mementingkan diri sendiri.

Video :PAS Mahu Anwar Terus Jadi Ketua Pembangkang

Video : Temuramah Khas Bersama Cikgu Mala Isu Pertukaran Guru.

Pengarah JAWI membisu kehadirannya di Masjid Amru Al-As

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali masih membisu berhubung kehadiran beliau di Masjid Amru Al-As di Sentul pada hari Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat.

che mat che aliKetika banyak pihak menagih penjelasan daripadanya - yang dianggap sesetengah pihak menyokong tindakan tiga anggota Datuk T itu - Che Mat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Usaha Malaysiakini untuk mendapat penjelasannya berhubung perkara itu dengan berkunjung ke pejabatnya di ibu negara hari ini juga gagal apabila beliau tiada di pejabat.

Jangan putar belit fakta dalam isu rasuah

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Setiap pihak di negara ini diingatkan agar jangan memutar belit fakta dalam membicarakan tentang usaha memerangi rasuah, bagi membolehkan segala usaha yang dibuat berhubung dengannya benar-benar mencapai kejayaan.
Namun dalam hubungan ini, PAS amat kesal apabila amalan politik perlindungan atau petronage politik kelihatan semakin menebal di negara ini, sehingga menjadikan usaha memerangi rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya tertumpu kepada 'ikan-ikan bilis' sahaja.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, pada hal, usaha memerangi rasuah sepatutnya melibatkan semua pihak dengan tidak hanya terbatas dengan penangkapan pihak-pihak tertentu sahaja.
Menurut beliau, namun fenomena di tanah air kita sejak dulu jelas memperlihatkan 'ikan-ikan jerung' atau pihak atasan sering terlepas dari penangkapan rasuah walaupun mereka terbukti terbabit dalam perbuatan hina itu.

PAS Mahu Anwar Terus Jadi Ketua Pembangkang


SHAH ALAM 4 MEI: PAS berpendirian komitmen yang diberikan  Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Pakatan Rakyat begitu bermakna dan mahukan beliau terus menggalas jawatan Ketua Pembangkang.
Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata, muafakat yang dipersetujui PKR, DAP dan PAS melantik Anwar mewakili pakatan pembangkang sejak Ogos 2008 tidak akan berubah.
Perlantikan Anwar untuk menerajuo pembangkang di Parlimen melangkaui pemahaman Umno-Barisan Nasional mengenai kerjasama politik, kata beliau.

Selangor tubuh Tabung Warisan Bencana

Sebanyak RM50 juta diperuntukan untuk menampung perbelanjaan sebarang insiden bencana alam yang dihadapi rakyat di negeri itu - Khalid Ibrahim.
SHAH ALAM:  Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan kumpulan dana Tabung Warisan Bencana dengan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk menampung perbelanjaan sebarang insiden bencana alam yang dihadapi rakyat di negeri itu.
Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, perkara itu akan dikemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang bakal bersidang pada 11 Julai depan.
“Ia jadi insurans kepada kita. Kerajaan negeri peruntukan belanjawan bagi kecemasan seperti banjir dan lain-lain. Tapi tidak cukup…maka peruntukan dana RM50 juta ini kita boleh keluarkan apabila berlaku bencana alam.

Zuraida persoal belanja Rosmah ke Turki

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan belanja yang ditanggung kerajaan menggunakan wang rakyat dalam menampung perbelanjaan lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Turki.
Beliau mengulas berita lawatan Rosmah selama tiga hari ke negara berkenaan dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Delegasi itu dilaporkan turut disertai 15 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), usahawan wanita dan pegawai kanan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta SME Corporation.

DAP goes rural to capture S’wak

The party has formulated a five-year plan to capture Sarawak. To achieve this, DAP is penetrating deep into the interiors of the state.
KUCHING: Sarawak DAP has proposed a five-year plan to capture the state government after the party and its partners in Pakatan Rakyat failed in their attempt to oust Barisan Nasional in the recent state polls.
Pakatan won 15 out of 71 seats in the state legislative assembly – 12 won by DAP and three by PKR.
To achieve the five-year plan, DAP will be setting up more branches in rural areas.
“For this, DAP has recruited a young educated Bidayuh, Mordi Bimol, to set up branches in Tasik Biru, Opar, Tarat and Bengoh in the next few months,” said DAP secretary Chong Chieng Jen.

The BN will fall in the next General Election

The BN will fall in the next General ElectionThe Malaysian General Election will be called soon. It will be in June or July this year, definitely before August. The latest indicator was the postponement of Mr Ling Liong Sik's trial to August 1st. The BN does not want that embarassing trial going on during the elections.
The BN has been engaged in a desperate battle to regain lost ground before calling the elections. But they are blunderers, and are increasingly out of touch with the common voter. The votes that they lost to the opposition in 2008, have stayed with the opposition.
As example, we can look at the Hulu Selangor constituency. The BN won it by 14,483 votes in 2004. They lost it by 198 votes in 2008 to PKR. They won it back in a by-election in 2010 but only by 1,725 votes. 14 thousand vote margins are a thing of the past. In 2011, they will lose it again.
Nor will BN win back Selangor. In fact, they may very well lose Tanjong Karang, Sabak Bernam and Pandan, all parliamentary seats which they won by fairly slim margins in 2008, as well as the related state seats.

Gerakan to PAS: Drop Islamic agenda first

Gerakan veep says party would not object to PAS-Umno cooperation so long as the Islamist party drops its idea of setting up an Islamic state.
GEORGE TOWN: Gerakan has demanded that PAS abandon its Islamic agenda if the party wants to forge working ties with Barisan Nasional (BN) vis-à-vis Umno.
Gerakan vice-president Teng Hock Nan said he would not object to a PAS-Umno cooperation so long as the Islamist party dropped its idea of setting up an Islamic state in the country.
He insisted that PAS’ Islamic agenda was in sharp contrast to the multi-racial and multi-religious agenda of BN.
Similarly, Teng said Gerakan would not object if BN were to consider accepting DAP into its fold if DAP sincerely embarked on a non-racial and moderate approach on all issues.

‘Datuk T’ dipanggil polis tentang kekecohan di masjid

"Antara soalan yang ditanya kenapa saya pilih masjid tersebut, keadaan dalam masjid semasa saya buat sumpah laknat, serta masalah yang timbul," kata Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

KEPONG: Trio ‘Datuk T’ hari ini dipanggil polis memberi keterangan berhubung kekecohan di Masjid Amru al-As Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur semasa sumpah laknat dilakukan Jumaat minggu lalu.
Salah seorangnya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hadir memberi keterangan di Balai Polis Kepong sejak pukul 11 pagi tadi.
Bekas Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan Pengerusi Felda Tan Sri Rahim Thamby Chik dijangka tiba memberikan keterangan sebentar lagi.
Eskay yang ditemui pemberita selepas selesai memberi keterangan kira-kira tiga jam berkata, polis menelefonnya pagi tadi mengarahkan agar datang memberi  keterangan berhubung insiden di masjid dan telah memberikan kerjasama sepenuhnya.

Sex video: Shazryl denies accusing Anwar, claims it was "people" and "reporters"

Sex video: Shazryl denies accusing Anwar, claims it was "people" and "reporters"Shazryl Eskay Abdullah, one of the notorious Datuk T trio, is now trying to U-turn on his accusations that it was Opposition Leader Anwar Ibrahim who was captured on film having sex with a female sex worker.
"I am not accusing Anwar, but people and you reporters who have viewed it (were the ones who) judged (Anwar)," Malaysiakini reported Shazryl as saying.
But his apparent turnaround failed to soothe Anwar's supporters, who derided the reliability of his words.
"He has proven himself such a dishonest character, we are just wondering what is his next step. In fact, we would call on all Malaysians to wake up and watch the latest Umno drama unfolding. It looks like the final chapter is about to be played out, so let's watch closely what new and disgusting shenanigans they will get up to," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Dun Terengganu bergegar isu royalti minyak

Adun Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut berkata, isu tersebut masih belum diselesaikan sejak 12 tahun lalu.
PETALING JAYA: Wakil-wakil rakyat PAS akan menggegarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu apabila Dun mula bersidang minggu depan ekoran kegagalan kerajaan Persekutuan membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut, isu tersebut masih belum diselesaikan sejak 12 tahun lalu.
“Isu ini merugikan rakyat Terengganu kerana berbilion ringgit royalti minyak terlepas begitu sahaja. Rakyat mahu hak Terengganu dikembalikan seperti asal iaitu lima peratus hasil minyak diberikan kepada mereka.
“Apa yang berlaku hari ini wang royalti telah ditukar nama kepada dana khas kerajaan persekutuan tetapi jumlahnya bergantung kepada projek,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri ketika dihubungi hari ini.