Sabtu, 30 April 2011

Warisan Salasilah UmporNo (SUMPAH)

Entry ini khusus buat puak2 yang berketurunan umPORno, kerana dari sinilah berasalnya susur galur mereka yang telah wujud sejak dulu, kini dan selamanya, jadi bacalah sejarah ini wahai puak2 gerombolan umnGok sekalian dengan hati yang lapang dan minda terbuka, inilah sejarah tok nenek moyang lu orang (umPORno...) selama ini, yang di sembunyikan oleh Keraaa jaaan Barisan Nasional selama ini, dan ceritakan kepada anak cucu lu orang.

Kerana itulah puak2 umPORno ini sejak dulu, kini dan selamanya suka bermain dengan SUMPAH, kerana sejarahnya telah termaktub seperti di bawah ini..;

Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di 'Tanah Melayu'. Di sesetengah tempat dipanggil dengan pangilan Sang Gedembai..., hanya sang kelembai sahaja yang tahu apa nama sebenarnya....

Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri .!!


Siapa Perdana Menteri Malaysia sekarang??

Najib Razak.

Siapa yang Pakatan Rakyat akan lantik jadi Perdana Menetri sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya??

Semuanya sebut nama Anwar Ibrahim.

Dr M says political divisions make Malays weak


Dr Mahathir said the Malays seem to be afraid of saying ‘Melayu’ in their own land. — File pic
ALOR STAR, April 30 — Tun Dr Mahathir Mohamad told the Malays today they must unite under the Umno-dominated Barisan Nasional (BN) because division into three parties has made them weak. The former prime minister said a general election, expected to be held within the year, was an important test for the Malays.

Video : Anwar in Ampang

Anwar berjenaka dengan tuduhan seks padanya

Menghadapai dakwaan dalam bentuk seks video, kelihatannya, bagi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketawa adalah penawar yang terbaik.

Bercakap di hadapan lebih 3,500 hadirin di Ampang, Selangor semalam, Anwar menyentuh tentang video seks yang dikaitkan dengannya serta perbicaraan kes liwat kedua, dengan menggambarkannya sebagai dua perkara lawak.

anwar ibrahim at ampang ceramah may 2011 2"Sekarang bila orang tengok saya, tengok perut, tengok muka, tengok perut, tengok muka.

"Jadi bila makan, (isteri saya Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail) kata, 'jangan makan banyak sangat'," katanya sambil ketawa.

Sama ada beliau terjejas dengan sumpah laknat yang dibuat oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah beberapa jam sebelum itu, nampaknya tidak.

"Saya dalam Umno lama, saya kenal mereka semua. Kata Islam tetapi sembahyang tidak. Nak angkat sumpah, tapi dah berhenti arak belum?

Najib: ‘Jika PAS tak masuk BN tak apa, tapi keluarlah Pakatan’

KUALA TERENGGANU, 30 April – Dalam kenyataan kedua berkaitan idea kerjasama Umno-PAS di sini hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.
Najib (gambar) berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

Video seks: MP Kapar terima CD dari Thai, pertikai PDRM


KUALA LUMPUR, 30 April — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam.
Manikavasagam (gambar) , wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan “Datuk T” mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu.
Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.
Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.

MCA janji tinggalkan kabinet jika gagal lagi

Sekiranya MCA terus hilang sokongan seperti dalam pilihan raya umum 2008, parti itu dengan rela hati akan keluar daripada kabinet dan pemimpinya tidak akan memegang sebarang jawatan di negeri mahupun pusat.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden di Ayer Keroh, Melaka semalam, lapor MCA Online.

Chua menegaskan, sekiranya masih gagal mendapatkan sokongan pengundi, terutamanya daripada msyarakat Cina, atas semangat demokrasi, MCA tidak akan lagi menjadi rakan dalam kerajaan.

Sumpah Laknat - Najib Sanggah Mufti


KUALA LUMPUR 30 APRIL : Perdana Menteri Najib Razak mendakwa setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat, sekali gus menolak pandangan mufti dan tokoh agama bahawa lafaz itu tidak harus diguna untuk menuduh dan menfitnah seseorang.

Perdana Menteri mengulas langkah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam melakukan sumpah laknat kononnya pelaku adalam video itu adalah  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PAS tolak pelawaan Najib, dakwa Umno-BN terdesak

KUALA LUMPUR, 30 April – Sambil mengucapkan “terima kasih” kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).
“Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.
Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

PAS tegas akan bersama Pakatan

KUALA LUMPUR, 30 April: PAS dengan tegas menyatakan akan kekal bersama dengan Pakatan Rakyat bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berjalan dengan baik di negara ini, kata Setiauasaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai kenyataan yang tidak sihat untuk perkembangan politik di negara ini.

Mustafa mengulas kenyataan Najib yang sekali lagi menjemput PAS untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) walaupun sudah beberapa kali ditolak oleh PAS.

Najib urges PAS to join BN, but PAS leaders slam the door on him

Najib urges PAS to join BN, but PAS leaders slam the door on himPrime Minister Najib Razak urged PAS to dump the Pakatan Rakyat and join BN to foster Malay and Muslim unity, but he only managed to elicit expressions of exasperation and ridicule.
PAS leaders shook their heads in wonder at Najib's perceived aggression and told the Umno president not to be "thick-skinned". They pointed out that the way he was currently running Umno was a "slap in the face to the Malay community and an insult to Islam".
Indeed, the Umno elite in their bid to cling to power have unleashed a series of sex-based conspiracies that have shocked the conservative Malay community and angered Muslim leaders.
Najib in particular has gunned after Pakatan de-facto head Anwar Ibrahim, accusing him of sodomising a male personal aide and when that plot lost credibility, a sex video this time accusing Anwar of having sex with a prostitute was leaked to the public.

Najib sekali lagi ajak PAS sertai BN

KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. 
“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini. Najib  mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini.

Politik 'longkang' cemari Rukun Negara

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat kini bingung dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Semuanya berpaksi kepada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMedia arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM mengangkat Datuk Shazryl Eskay Abdullah kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaannya bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Nasihat mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus

Umno jadikan Malaysia ‘negara sumpah-sumpah’

AMPANG: Naib Presiden KEADILAN, Chua Tian Chang berkata, Umno mengheret Malaysia menjadi ‘negara sumpah-sumpah’ apabila sanggup mempermainkan isu agama bagi mencapai matlamat politik.
Beliau mengulas tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang anggota Trio ‘Datuk T’ yang menjalankan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, petang semalam.
“Mereka mengadakan sumpah laknat dengan menpermainkan agama. Negara sekarang di bawah Umno mengamalkan sumpah dan negara ini boleh digelar negara ‘sumpah-sumpah’.

Hak Melayu: Saya tak sokong tapi cabar PKR, kata Soi Lek

KUALA LUMPUR, 30 April — Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menafikan membuat kenyataan dalam siaran YouTube bahawa beliau akan menjadi orang pertama akan mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu berjaya memansuhkan kedudukan keistimewaan orang Melayu.
“Itu tidak benar. Jawapan saya itu telah diputarbelitkan. Itu kerja parti pembangkang DAP dan sebab itu saya mengatakan parti itu memang pakar dalam hal ini,” katanya dipetik media hari ini.
Dalam satu mesej menerusi rakaman YouTube baru-baru ini, Dr Chua (gambar) berkata beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika ia sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

Sumpah Laknat: Utusan, BH berniat jahat kata NUJ

NONEKesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.
Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran.

"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.

"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi,” kata Hata.

Fitnah melampau, tak pernah berlaku dalam sejarah dunia

AMPANG: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat.
Katanya,  tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga.
Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri,  fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun.

Politik Fitnah Mencemar Rukun Negara


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat kini bingung dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.  Semuanya berpaksi kepada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Media arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3 serta RTM mengangkat Shazryl Eskay kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaan bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu.
Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Anwar dakwa Soi Lek pengecut


KUALA LUMPUR, 30 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim melabel Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai seorang pengecut ekoran kenyataan Presiden MCA itu bahawa beliau orang pertama akan mengundi PKR jika komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut sanggup memansuhkan keistimewaan orang-orang Melayu.
Sehubungan itu, Anwar menekankan, PR akan mempertahankan setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 153 mengenai hak dan keistimewaan orang-orang Melayu.
“Chua Soi Lek mahu kita bergaduh antara satu sama lain. Kita tidak akan disyaratkan oleh anda. Anda tidak ada keberanian untuk berhadapan dengan amalan rasuah pemimpin-pemimpin Melayu.

Video : Kempen Siber Prof Abu Hassan - Part5

Video : Kempen Siber Prof Kamaruzaman - Part4

Video : Kempen Siber Prof Kamaruzaman - Part3

Video :Kempen Siber Prof Abu Hassan - Part4

Video : Kempen Siber Prof Abu Hassan - Part3

Video : Kempen Siber Prof Kamaruzaman - Part2

Video : Kempen Siber Prof Kamaruzaman - Part1

Video : Kempen Siber Prof Abu Hassan - Part2

Video : Kempen Siber Prof Abu Hasaan - Part 1

BUKU JINGGA BM (NEW VERSION) - UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA



Setiap orang ada hak buat sumpah laknat, kata Najib


KUALA LUMPUR, 29 April — Setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat tetapi kerajaan tidak akan campur tangan sama ada untuk menggalakkan atau mengelakkan tindakan sedemikian, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri mengulas langkah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini melakukan sumpah laknat berhubung video seks kontroversi, yang didakwa si pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib (gambar) yang juga presiden Umno berkata, orang perseorangan dan parti-parti politik seharusnya mengambil pendekatan yang sama seperti kerajaan.

Sumpah?? Pooraahhh!!


Heboh hari ini kisah si Eskay bersumpah laknat. Riuh rendah 1Malaysia dalam berita-berita di media-media arus perdana. Tapi itu tak menghairankan kita sebab mereka sememangnya media penyebar fitnah puak-puak UMporNO.

Amerika Serang Libya, Tiba-tiba Puting Beliung Serang Amerika, 224 Terkorban


Tuscaloosa: Sekurang-kurangnya 224 penduduk di tujuh negeri Amerika Syarikat terbunuh semalam berpunca daripada serangan puting beliung dan ribut yang memusnahkan kawasan perumahan, menyebabkan kereta bergolek, menumbang pokok dan memutuskan bekalan elektrik.

Bencana itu dikatakan yang terburuk dalam tempoh hampir empat dekad di Amerika dengan Alabama negeri paling teruk apabila 131 penduduknya maut dan mengalami kemusnahan besar hartanah, kata Gabenor Robert Bentley.

“Kami menjangka, angka korban itu akan meningkat,” kata Bentley dalam sidang akhbar dengan Craig Fugate, Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA).

Nadir bumi: Perak batal MoU firma Hong Kong..Kenapa Pahang Tak Boleh Batal..?????


KUALA LUMPUR, 29 April — Kerajaan negeri Perak telah memutuskan untuk membatalkan Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani dengan syarikat Hong Kong, CVM Minerals Limited bagi menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merah dengan serta-merta.
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), sayap pelaburan negeri, mengumumkan keputusan ini dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
“Mengenai MoU antara PKNP dan CVM Minerals Ltd bagi projek nadir bumi yang disyorkan, dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah membatalkan dan mengakhiri MoU dengan serta-merta memandangkan kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengeluarkan apa-apa permit, lesen atau kelulusan tanah bagi sebarang projek nadir bumi di Perak,” kata ketua pegawai eksekutif PKNP Datuk Samsudin Hashim dalam satu kenyataan.

Video Lucah : PKR Persoal Integriti Polis

VIDEO LUCAH : 3 Trio Lahanat Jadi Sesumpah.