Khamis, 28 April 2011

Video seks: Rakaman tanpa edit di YouTube

Paparan rakaman video seks tanpa edit yang disebarkan menerusi YouTube hari ini.
KUALA LUMPUR, 28 April — Rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dimuat naik di YouTube awal hari ini, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.
Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar.

Unedited sex video now on YouTube

A clip of the latest recording uploaded on YouTube today, April 28, 2011.
KUALA LUMPUR, April 28 — An unedited sex video allegedly featuring Datuk Seri Anwar Ibrahim was uploaded earlier today on YouTube, adding pressure on the opposition leader who has so far denied he is the man in the recording. The video recording was divided into four parts and lasts approximately four minutes and 28 seconds.
In the video, a woman is initially seen performing oral sex on a man resembling Anwar.
The two are then seen having sex for about five minutes.

Apa motif AS mencipta kekacauan di Syria?

Oleh Mohd Rashidi Hassan   
PROTES atau ketidakpuasan hati rakyat terhadap kepimpinan sesebuah negara adalah fenomena biasa yang dapat kita lihat hari demi hari.

Di dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem yang demokratik, juga terdapat pelbagai pandangan berbeza dan bantahan rakyat terhadap sesuatu isu yang tidak dipersetujui.Bantahan rakyat dibuat dengan pelbagai cara, sama ada menerusi laman sesawang, memorandum, demonstrasi dan sebagainya.

PROJEK TIPU RAKYAT

TOK LEBAI MONGOL

SURUHANJAYA DIRAJA SEKONGKOL DENGAN SPRM , DAKWA ADIK TEOH - mkini

Prosiding Suruhanjaya Diraja (RCI) yang menyiasat kematian pembantu politik yang ditangguhkan secara tiba-tiba mungkin 'plot' bagi memastikan kenyataan saksi adalah 'konsisten'.

Adik perempuan Teoh, Lee Lan berkata beliau mengesyaki keputusan suruhanjaya itu untuk menangguhkan prosiding kepada minggu depan adalah percubaan adalah menutup kepincangan saksi Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, penolong penguasa SPRM Azeem Hafeez Jamaluddin mengakui bahawa ada arahan supaya tidak menceritakan peranan ketuanya, Hishamuddin Hashim, dalam siasatan berhubung salah guna dana kerajaan negeri.

Menurut Azeem arahan yang diberikan mereka adalah “supaya semua kenyataan kepada polis dan juga semasa memberi pengakuan (semasa inkues dan juga RCI) mesti selaras.”

Peguam : Anwar Terpaksa Jawab Soalan Rekaan Gani


KUALA LUMPUR 28 APRIL: Peguam Sivarasa Rasiah menyifatkan soalan yang diajukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dipanggil memberi keterangan dirangka Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ini berikutan katanya, corak soalan yang dikemukakan meragukan selain mendapati ianya tidak relevan dengan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
"Gaya soalan yang ditujukan jelas ada campur tangan politik. Ini bukan polis yang buat tapi Gani Patail yang arahkan buat. Jadi macam-macam soalan ditanya dan ada yang tidak relevan dengan siasatan kes," kata beliau.

Video :Anwar dakwa polis lindungi dalang video seks

Malaysia’s brain drain getting worse, says World Bank


KUALA LUMPUR, April 28 — World Bank senior economist Philip Schellekens painted a gloomy picture of the Malaysian brain drain situation today saying that it not only grew rapidly but is likely to intensify, further eroding the country’s already narrow skills base.
Schellekens said that the number of skilled Malaysians living abroad has tripled in the last two decades with two out of every 10 Malaysians with tertiary education opting to leave for either OECD (Organisation for Economic Cooperation and Development) countries or Singapore.
“Brain drain from Malaysia is likely to intensify in the absence of mitigating actions,” he said at the launch of the World Bank report titled “Malaysia Economic Monitor: Brain Drain”.

Kesilapan terjemahan cemari sambutan PM China

NONEPerdana Menteri China Wen Jiabao dan rombongannya pasti dalam kebingungan jika mereka mengesan perkataan Cina yang dicetak pada latar belakang pentas majlis sambutan rasmi baginya di Putrajaya pagi ini.

Perkataan berkenaan adalah terjemahan langsung daripada perkataan Melayu yang berbunyi: "Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi TYT Wen Jiabao Ke Malaysia"

Namun terjemahan dalam bahasa Cina itu mempunyai kesilapan struktur ayat dan tatabahasa yang serius dan memalukan.

Terjemahan langsung itu berbunyi: "Majlis sambutan rasmi, dengan dia, Yang Terutama, Wen Jiabao ke Malaysia dengan rasmi”.

Latar belakang yang memalukan di podium hadapan Pejabat Perdana Menteri itu didirikan bagi upacara sambutan rasmi perdana menteri China itu.

Rasuah: SPRM perlu tegas pada pihak atasan

KUALA LUMPUR, 28 April: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak lebih tegas dan adil dalam menangani masalah rasuah di negara ini, dengan turut mengambil tindakan terhadap pihak atasan atau menteri-menteri yang terbabit dalam rasuah.
Sekiranya tangkapan yang dilakukan hanya membabitkan para penjawat awam dan pihak-pihak lain yang terbabit, tindakan yang dilakukan tidak akan memberikan kesan yang diharapkan kerana pihak atasan yang terbabit terlepas begitu sahaja tanpa mendapat pengajaran yang sewajarnya.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, sebaliknya, sekiranya tindakan ke atas pihak atasan yang terbabit tidak dilakukan, kenyataan SPRM bahawa mereka sudah semakin berjaya mengatasi masalah rasuah di negara itu tetap meragukan.   
Menurut beliau, malah pengakuan kejayaan itu hanya boleh ditertawakan oleh orang ramai kerana ia tidak boleh dikategorikan sebagai berjaya selagi tindakan tersebut hanya terbatas kepada para penjawat awam sahaja.

Hai Mufti-Mufti Malaysia!!! Bakar Aje Riyadhul Solihin Jilid 2

Oleh: neraca

"Hai Mufti-Mufti Malaysia!!! Bakar Aje Riyadhul Solihin Jilid 2, Oleh Al Iman Al Nawawi

Kitab Riyadhul Solihan karangan Al iman Al Nawawi diterbitkan oleh BAHAGIAN HALEHWAL ISLAM,JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Jilid 2, Mukasurat 88,89,90,91.

Bab menutup keaiban orang-orang islam dan larangan mendedahkannya.

Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah bertujuan untuk membantu masyarakat yang aman damai dansuasana yang tenteram, justeru iitu, umat islam diharamkan daripada menimbulkan gejala-gejala fitnah dalam masyarakat dan mendedahkan keburukan orang lain.

French probe ignites interest in Altantuya death row duo

French probe ignites interest in Altantuya death row duoWhen Najib Abdul Razak was Malaysia’s Defense Minister from 2000 to 2008, his grand plan to upgrade the nation’s armed forces included the purchase of three submarines from the French defense shipbuilder, DCN.
Little did he know at the time, that the spectre of Altantuya Shaariibuu, the Mongolian who served as translator for the Malaysian government, would surface like one of the faulty submarines which refused to submerge and still haunt him five years later.
Next month, the inquiry by Parisian prosecutors on behalf of the Malaysian human rights organization Suaram, will be confined to bribery allegations involving the Scorpene submarines and will not look into the 2006 murder of Altantuya.
Altantuya had served as a translator in Paris for the Malaysian government's US$1 billion purchase of three French submarines. The deal was brokered by a firm owned by Abdul Razak Baginda, who belonged to Najib’s inner circle and which netted Baginda a €114 million commission.

Johari : Juak Umno Perhebatkan Usaha Fitnahkan Anwar


SHAH ALAM 28 APRIL : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yakin juak-juak Umno akan terus memuatkan klip-klip dari video lucah ke Youtube untuk terus mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun taktik itu akan ditolak oleh maysrakat Melayu yang cuba dipengaruhi.

Klip video terbaru yang dimuat naik di Youtube itu merakamkan  seorang lelaki sedang mengenakan pakaian, seorang perempuan dalam keadaan bogel.

Ratusan ribu gambar daripada klip video itu dicetak dan diedarkan di sekitar Lembah Klang sejak malam tadi khsusnya di kawasan penghuni Melayu yang tinggi, dalam cubaan terdesak untuk menfitnah dan mengaibkan Anwar.

LDP will not be Musa’s ‘yes man’

Sabah Barisan Nasional's whipping boy, LDP, says it's duty-bound to 'give effect' to the voices of the voters and cannot remain silent.

KOTA KINABALU: Sabah’s Liberal Democratic Party (LDP), which has come under much flak for its criticism of Chief Minister Musa Aman, has denied it was out to oust Musa.
“LDP was only highlighting its concern that the same wind of change in Sarawak would eventually blow over to Sabah, given the similarity of the current political scenarios between Sarawak and Sabah.
“We are not creating trouble with Barisan Nasional (BN) or trying to topple Musa,” LDP Youth legal and political bureau chief, Tsang Hieng Yee, said.
He said that as far as LDP is concerned, “they have at all times made statements in good faith”.
“If the BN government does not respond to these grievances of the community, particularly the Chinese community, the people will vote for the opposition.

Islam tolak kepemimpinan autokratik dan zalim

Oleh ROSIAH SALLEH
FIRMAN Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya". - (As-Saff: 2-3)

Perjuangan yang diberi nama "perjuangan Islam" hanyalah perjuangan yang digerakkan oleh iman dan amal salih oleh para pemimpinnya sama ada perjuangan itu dalam bentuk politik, dakwah, kemasyarakatan dan sebagainya.

Will DAP end up eloping with SNAP

Will DAP end up eloping with SNAPDAP is considering a merger with SNAP, amidst howling protests from all sides. With mixed reactions from the public, DAP should tread with care. On a positive note, a merger would enhance Pakatan Rakyat’s chances to gain a firmer foothold in Sarawak. It would also mean the stretching of DAP’s limited resources to set up branches in all the SNAP constituencies deep in the recesses of Sarawak.
A merger with SNAP will also allow DAP to make inroads into unknown territory, boosted by SNAP’s influence and an increment of seats to contest.
This however, will not go down well with PKR who are eyeing the same. Overstretched by its recent commitment to contest in 46 Sarawak seats, and the last minute blow by SNAP to contest on its own, PKR is still smarting from the antics of SNAP during the 416 election.

You are a liar, Nizar tells Zambry

The former menteri besar accuses the Perak government of being arrogant for signing a MoU with the Hong Kong company for the rare earth project.
KUALA LUMPUR: Perak Menteri Besar Zambry Abdul Kadir came under fire today for claiming that he had been unaware of the rare earth deal between the state government and Hong Kong-based company Commerce Venture Manufacturing (CVM) Minerals Ltd.
His predecessor Mohd Nizar Jamaluddin said Zambry “is not telling the truth. As chairman of the investment arm, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP or Perak State Development Corporation), it is impossible he did not know. And if he truly doesn’t, he should give up before he destroys the state”.
Zambry has said that he was not aware of the Memorandum of Understanding (MoU) inked between the PKNP and CVM Minerals as it had been carried out “at agency level”.
Nizar, the Bukit Gantang MP, called the decision to sign the MoU as “simply arrogant” on the part of the state government.
“We learnt our lesson about the risks of rare earth in Bukit Merah back in the 1990s. The cleaning-up costing hundreds of millions is still going on… to allow this Hong Kong company to come back is just plain stupidity,” he said.

PRU 13: Muhyiddin menunggu durian runtuh

Pada malam 8 Mac 2008, wartawan berkumpul di ibu pejabat UMNO dalam bangunan PWTC, menunggu sidang media yang akan dipanggil Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi, untuk mengumumkan kemenangan BN dalam PRU ke-12.  Sidang media ditundakan, kononnya untuk menunggu detik saat BN mencecah majoriti dua pertiga, seperti biasa.
Saat-saat yang dinanti-nantikan itu tidak kesampaian.  Sehingga awal pagi 9 Mac, setelah dikesahkan bahawa BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga, barulah sidang media diadakan untuk mengumumkan pembentukan kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah.  Abdullah Ahmad Badawi yang pernah dilambung dengan penguasaan 91% kerusi dalam parlimen, kini terjunam ke jurang dengan kehilangan 2/3 dan kuasa di lima negeri.

Ilmu menfitnah

Oleh Kassim Muhammad
Ilmu untuk menfitnah ,Kalau tak salah ilmu sains dan matematik yang diajar tatkala kita berada di bangku sekolah menengah dulu adalah sumber ilmu yang diperolehi dalam kurun yang ke 16.  Kalau tak salah ingat, demikianlah kata seorang teman yang sama-sama berhempas pulas dalam perang PPSMI.

Ya,  kalau tidak salah ingat juga (ya, betul-betul tak ingat.  Dan ini bukanlah kerana serangan penyakit memilih-milih untuk melupakan Peristiwa A atau pura-pura tidak dapat mengingati Peristiwa B. 

Sumpah laknat Datuk T tak ikut ajaran Islam- Ustaz Shamsul

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz berkata, sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.
Beliau merujuk tindakan salah seorang individu terbabit, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dikatakan mahu mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.
“Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10, ” ujarnya kepada Keadilandaily.
“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,
“Sumpah yang dilakukan Datuk T ini tidak terpakai dan tak boleh pakai,” tegas beliau.
Katanya, sumpah mubahalah seperti yang diperkatakan ramai orang pula, hanya melibatkan persoalan akidah dan tidak ada kaitan dengan hukum syarak.

Video : GMI Kerjasama Dengan Selangor Kempen Mansuhkan ISA

Video : Peguam Bantah Penguatkuasaan Ordinan Darurat Ke Atas Remaja 19 Tahun

Video : Juak Umno Perhebatkan Usaha Fitnahkan Anwar

Video: Najib Bergantung Kepada 'Politik Lucah' Untuk Menang PRU

Najib, Rosmah makin terdesak- Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur disifatkan begitu terdesak, sehingga sanggup menjadikan video fitnah sebagai strategi  untuk mempertahankan kuasa, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mereka tak boleh lawan kita (Pakatan Rakyat) dengan isu dasar dan pentadbiran. Jadi mereka gunakan cara ini, iaitu mencemarkan karektor orang lain.
“Strategi Najib ialah dengan memperalatkan TV3  dan Utusan Malaysia. Tetapi sehingga hari ini, mereka tidak jawab dakwaan (bekas pegawai kanan polis) Datuk Mat Zain.
Menurutnya, Mat Zain Ibrahim, yang juga bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara berhubung beberapa isu termasuk penyebaran video fitnah, yang melibatkan sumber polis sendiri.

Elimination of NCR on land violates basic rights, court told

A group of natives want a directive issued by a minister to deny their customary rights on their land set aside.

PUTRAJAYA: The elimination of native customary rights (NCR) on land occupied by two groups of indigenous people in Sarawak amounted to a gross violation of their fundamental rights, the Federal Court here heard today.
Lawyer Sulaiman Abdullah, representing the native groups, argued that the directive issued by the Sarawak Resource Planning Minister to deny the customary rights of natives on their land ought to be set aside because it deprived the natives of their life, livelihood and way of life.
He said the survival of indigenous people, such as the appellants in this case, was intrinsically linked to their land because their source of food, medicine and life support system, including their economic, cultural and social way of life, would be taken away when they lose their land.

Mahkamah Persekutuan dengar kes tanah NCR S'wak

NONEMahkamah Persekutuan hari ini mendengar penghujahan kumpulan orang asal dari Sarawak yang mencabar Kanun Tanah Sarawak yang digunakan untuk mengambil alih tanah adat (NCR) mereka.

Ia dianggap sebagai satu kes ujian bersejarah kerana
keputusannya akan memberi kesan terhadap ratusan lagi saman penduduk pribumi Sarawak terhadap kerajaan negeri itu dan syarikat-syarikat swasta.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Ariffin Zakaria, mendengar kes tersebut, yang membabitkan dua kes berasingan yang didengar serentak.

VIDEO SEKS - KANTOI LAGI, KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSAMA DALAM BILIK, MANA SATU ESKAY?

Oleh: WFAUZDIN NS
BULETIN TV3 sebentar tadi, terang-terang Datuk Eskay bagitahu dia berani buat sumpah laknat esok kerana dia sendiri berada di dalam bilik sewaktu aksi seks DS Anwar berlaku. Bertambah pening orang yang sedia bodoh dengan pengakuan Eskay ini. Mengapa saya berkata demikian?

Bukankah Eskay awal dulu mendakwa bahawa dia terjumpa kamera tersembunyi tersebut di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal? Kununnya untuk memastikan bahawa itu adalah Anwar, beliau mengajak beberapa orang termasuk Rahim, Shuib juga YB Johari Abdul termasuk Chegu Bard menontonnya.

Video : Anwar gives statement over sex video screening-1

Kes Kantoi : Tiada kelulusan projek nadir bumi di Bukit Merah, kata Perak


KUALA LUMPUR, 28 April — Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) menjelaskan kerajaan negeri tidak meluluskan sebarang projek nadir bumi di Bukit Merah kepada mana-mana syarikat.
PKNP, sayap pelaburan negeri Perak berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 18 April dengan CVM Minerals Limited dari Hong Kong hanya membenarkan firma itu untuk mengkaji elemen daya maju operasi perlombongan nadir bumi di Bukit Merah.
“Kedua-dua pihak berhasrat untuk mengadakan kajian kebolehlaksanaan atau eksplorasi mengenai viabiliti perlombongan nadir bumi.

Cara Baru Laknat : Rahim wakilkan Eskay sumpah laknat bagi semua

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.

Seks: PIBG, NGO diseru bantah media keterlaluan

KUALA LUMPUR, 28 April: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyeru persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) seluruh negara, persatuan guru-guru, pertubuhan-pertubuhan pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan yang memperjuangkan nilai budaya timur bangkit membantah cara pendedahan isu-isu seks secara bebas dalam media.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata, mereka perlu bersatu untuk membantahnya.
“Semoga dengan bantahan ini boleh menyelamatkan remaja kita daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral,” ujarnya.

Video : Parents relate nightmare of children held under EO

Mimpi ngeri ibu bapa yang anak ditahan EO

Tidak ada ibu bapa yang sanggup melihat anak-anak mereka diheret dan ditangkap ketika keheningan suboh tanpa peluang membela diri di mahkamah. Pengalaman seumpama itu parti meretakkan seluruh keluarga yang terbabit.

Lebih-lebih lagi apabila mendapati mereka yang dipertanggungjawab menegakkan undang-undang membelasah anak-anak mereka semasa dalam tahanan bagi memaksa mereka mengaku jenayah yang tidak dilakukan mereka.

Media berbohong dakwa Kelantan rampas tanah

KUALA KRAI, 28 April: Mungkin ramai terpengaruh dengan laporan media yang mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah yang diteroka penduduk di Kampung Jeram Panjang, Mukim Manjor.
Lebih-lebih lagi apabila dipaparkan visual lelaki dan perempuan tua menangis seperti disiarkan RTM melalui slot berita perdana, baru-baru ini.
Tahukah anda, tidak pernah berlaku sebarang rampasan tanah seperti didakwa media massa, sebaliknya penduduk terbabit didakwa menceroboh hutan simpan kekal (HSK).
Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, penduduk yang menceroboh HSK tersebut telah diberi beberapa kali peringatan oleh Jabatan Perhutanan Negeri, namun mereka tidak mengendahkan.
Katanya, HSK di mana-mana negeri sekali pun tidak boleh diceroboh kerana ia merupakan zon penampang.
“Jabatan Perhutanan Negeri sejak dari awal lagi melarang penduduk meroboh kawasan tersebut. Renjer Hutan sudah beberapa kali memberi amaran dan menghalang mereka namun tidak diendahkan.

'Tiada hak rampas selipar, apatah negeri berdaulat'

NONEMenteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan bahawa tiada pihak yang berhak merampas apa-apa daripada sesiapa, apatah lagi jika daripada negara yang berdaulat.

“Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat.

“Insya-Allah, harapan saya mesej ini sampai kepada dunia,” tulisnya Nik Aziz di laman twitter.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyatakan demikian selepas pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones di pejabat menteri besar Kelantan di Kota Bharu, tengah hari ini yang menyentuh mengenai isu Palestin.

“Tidak lupa saya tegaskan pendirian saya terhadap isu Palestin dan rasa tidak puas hati dengan polisi Amerika Syarikat di Palestin,” tulisnya.

Selain isu Palestin, menurut Nik Aziz, banyak perkara yang dibincangkan dengan duta berkenaan seperti isu pendidikan, senario politik di Malaysia dan lain-lain.

BN guna video seks untuk kekal berkuasa


KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Seri Najib Razak menggunakan rakaman video seks sebagai senjata utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa.
Pemimpin kanan Pakatan Rakyat itu berkata demikian ekoran kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang mendedahkan rakaman video seks itu yang didakwa beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang pelacur warganegara China.
Kata Anwar (gambar), ia menunjukkan Perdana Menteri itu akan menggunakan “semua kuasa yang ada” untuk menjatuhkan beliau.

Top green activist fumes over Bukit Merah plan

Gurmit Singh says there are good reasons to worry about the prospect of another rare earth plant in the ill-fated town.
KUALA LUMPUR: A veteran environmentalist has denounced the Perak government for a decision that may lead to the building of another rare earth plant in Bukit Merah, near Ipoh.
“It’s extremely silly and irresponsible. Why are they going into this again,” said Gurmit Singh, who was a prominent opponent of the Asia Rare Earth (ARE) plant that operated in Bukit Merah for about a decade from the early 1980s. A massive cleanup of radioactive waste is still going on there.
FMT reported yesterday that the state government’s investment arm, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, recently signed a memorandum of understanding with the Hong Kong company Commerce Venture Manufacturing Minerals Ltd (CVM) to establish a joint venture in the mining of rare earth in Bukit Merah.

STUDIO SIAPA DI GOMBAK?

Nuffnang Ads
INI SESUMPAH BUKAN PELAKON



DARI FACE BOOK ZUNAR:

Esok Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim akan bersumpah di Masjid Bandar Baru Sentul selepas sembahyang jumaat. Ha, ha, ha, ha, jadi sesumpah pulak. Undang2 tak mahu ikut
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..INI CUKUP HEBAT... kah kah kah...

kah kah kah.... SAMPAI SANGGUP PERGI SEMBAHYANG JUMAAAT.... kah kah kah

Serah DNA: Anwar berang bila diasak wartawan UMNO

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan satu kes tayangan video lucah.

Beliau memberi keterangan hari ini ekoran laporan polis yang dibuatnya sehari selepas tayangan video berkenaan dibuat pada 21 Mac lalu.

Video seks: Polis soal siasat Anwar kali ke-2

KUALA LUMPUR, 28 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini hadir ke IPD Dang Wangi untuk dirakam kenyataan berhubung laporan polisnya berkaitan video seks yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara, bulan lalu.

Beliau yang berbaju kameja biru berkot kelabu cair dilihat tiba di sini kira-kira jam 2.50 petang.

Turut menemani beliau hari ini adalah isteri dan anaknya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah serta peguamnya, R.Sivarasa Rasiah.

Ini adalah kali kedua Anwar akan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut selepas kali pertama 22 Mac lalu apabila beliau membuat laporan polis selepas video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki, ditayangkan di hotel mewah itu pada 21 Mac lalu.

Mufti, Tokoh Agama Tolak Sumpah Laknat Eskay Mahu Qazaf Ditegakkan


 SHAH ALAM 28 APRIL : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini mengaku hanya beliau seorang sahaja akan mengambil sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul esok untuk memperkuatkan dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah yang disebarkannya.
Eskay tidak memberitahu kenapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim enggan bersama beliau untuk mengambil lafaz itu, tetapi menegaskan beliau berbuat demikian kerana “agama, bangsa dan negara.”
Eskay turut mencabar Anwar untuk mengambil sumpah itu bersamanya di  Masjid Amru al-Aas, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat esok.

Wacana "Rasuah Pemusnah Tamadun"



Ahli Panel:
Datuk Mohammed Nizar Jamaluddin (MP PAS)
Abu Kassim (SPRM)
Senator Ezam Mohd Nor
Dr Ary Ginanjar (ESQ Leadership Center)

Video : Rasuah Pemusnah Tamadun-Siri 3

Video : Rasuah Pemusnah Tamadun-Siri 2

Video : Rasuah Pemusnah Tamadun-Siri 1

DAP calls SUPP’s bluff on Iban ‘workers’

If indeed SUPP deputy secretary-general Wong Soon Koh had hired the 100 Ibans to work on his campaign, then there must be receipts, says Sarawak DAP.
KUCHING: The opposition in Sarawak has challenged Barisan Nasional coalition partner, Sarawak United Peoples Party (SUPP), to produce documentary evidence of Socso and Employee Provident Fund (EPF) contributions for the 100 Ibans the party claims it had ‘hired’ as election workers for the April 16 polls.
Sarawak DAP said SUPP deputy secretary-general Wong Soon Koh should have receipts of the party’s contributions if indeed the Ibans were employed by the Wong.
Wong, who retained his Bawang Assan seat in the elections, claimed that the Ibans were actually his election workers who had turned up on Sunday at the party’s office in Sibu to collect their ‘salaries.’

Membantah penahanan Muhd Arif di bawah Ordinan Darurat

MEMBANTAH PENAHANAN MUHAMAD ARIF BIN ABU SEMAH DIBAWAH  SEKSYEN 3 (1) ORDINAN DARURAT (KETENTERAMAN AWAM PENCEGAHAN JENAYAH 1969) DAN MENUNTUT AGAR TAHANAN DIBERIKAN RUANG UNTUK MENDAPAT BANTUAN GUAMAN
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Lawyers for Liberty (LFL), serta anggota keluarga Muhamad Arif Bin Abu Semah (19 tahun) mengecam penangkapan dan penahanan terbaru di bawah Seksyen 3, Ordinan Darurat (Kenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 yang mana membenarkan penahanan tanpa bicara selam 60 hari.  SUARAM &LFL mengecam penggunaan EO atau mana-mana undang-undang yang melanggar prinsip asas hak asasi manusia, keadilan dan piawaian antarabangsa berhubung hak asasi.
Pada hari ini SUARAM & LFL bersama dengan ahli keluarga dan pihak peguam ingin membawa perhatian media berkenaan beberapa pencabulan hak asasi yang berlaku dalam penahanan ini dan memohon perhatian segera dalam isu ini.

Pelawok : Polis, SKMM buru individu muat naik video seks...sumber VIDEO SEKS dah tahukan..!!!

Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam.

NONETimbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet.

"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan.

"Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan. Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," katanya.

'Trio Datuk T akan didakwa minggu depan'..??????

Kumpulan 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang kanan menjangkakan mereka bertiga akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

NONESambil menolak soalan bertalu-talu daripada wartawan, seorang anggotanya Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata ia mungkin terjadi minggu depan.

"Ada beberapa lagi siri sidang media selepas ini. Kami mungkin didakwa minggu depan," katanya dalam sidang media tergesa-gesa selama hanya 12 minit di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Walaupun terus diasak, Eskay enggan menjelaskan lanjut. Katanya, beliau percaya mereka akan didakwa atas kesalahan menayangkan video lucah.
Pada 21 Mac lalu, rakaman video seks berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Kerja Laknat : Eskay jemput Anwar hadir sumpah laknat

Beliau mendakwa beliau berani melakukan sumpah itu memandangkan beliau mengetahui identiti sebenar pelaku dalam video itu ialah Anwar.

KUALA LUMPUR:  Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama- sama hadir untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al Ash, Bandar Baru Sentul, di sini esok berhubung klip video seks yang menggemparkan politik tanah air baru-baru ini.
Eskay mendakwa beliau berani melakukan sumpah itu memandangkan beliau mengetahui identiti sebenar pelaku dalam video itu ialah Anwar.
“Tindakan kami atas kebenaran. Saya akan bersumpah bahawa pelaku adalah Anwar kerana saya berada di lokasi dan ada dalam paparan video. Jika Anwar nafi pelaku itu adalah beliau maka hadir esok di masjid tersebut.

GMI Kerjasama Dengan Selangor Kempen Mansuhkan ISA


SHAH ALAM 27 APRIL : Usaha kerajaan negeri Selangor untuk memasang 56 papan iklan Kempen Selamatkan Malaysia : Mansuhkan ISA di seluruh negeri mendapat sokongan penuh Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.

Beliau yang memperjuangkan gerakan kempen mansuhkan ISA sejak 2001 lagi percaya bahawa Pakatan Rakyat mampu meyakinkan rakyat bahawa ISA adalah sebuah akta zalim yang tidak relevan lagi pada masa kini.

Malah ia menandakan satu transformasi menyeluruh bakal dilakukan oleh Pakatan Rakyat apabila gagasan itu mentadbir Putrajaya kelak.  

"Saya sangat sambut baik saranan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Selangor dan ianya bermula daripada cadangan kami melalui YB Saari Sungib yang telah buat usul supaya menubuhkan sekretariat untuk membantu menggerakkan kempen mansuhkan ISA," kata Syed Ibrahim.

Kes Kantoi : Firma HK berminat lombong nadir bumi di Perak

Di sebalik bantahan orang ramai terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng yang sedang berlarutan, kerajaan negeri Perak sedang bekerjasama dengan sebuah firma Hong Kong untuk mencari gali galian nadir bumi di Bukit Merah, berhampiran Ipoh.

Sumpah: Penjelasan PGSM berhubung mubahalah

KUALA LUMPUR, 28 April: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip berkata, ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible.
Jelasnya, mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada  di dalam satu majlis.
Katanya, seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar.

Adun BN derhaka kepada Yang Dipertuan Besar

Ini bukan kali pertama Zainal Abidin menimbulkan kekecohan dan menghina Dun Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menggesa Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, mengambil tindakan tegas ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad di atas tindakan beliau yang menghina Dewan Undangan Negeri (Dun) ketika membahaskan titah DiRaja.
Badrul Hisham mengulas demikian merujuk tindakan Zainal Abidin dari Barisan Nasional (BN) yang melaungkan perkataan lucah kepada Adun Bahau, Teo Kok Seong (DAP) pada persidangan Pertama Penggal Keempat Dun yang ke-12 kelmarin.
“Ini bukan kali pertama Zainal Abidin menimbulkan kekecohan di dalam Dun tersebut tetapi beliau juga pernah mencarut perkataan yang sama terhadap Adun Port Dickson, M. Ravi ketika persidangan Dun pada 24 November lalu.

Melaka naikkan tarif air 5 hingga 25 sen: Pahang Tipu Meter Air Hingga 5 Kaliganda

Oleh: umnopenipu

"Malaysiakini 20 Apr 2011 melaporkan tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali. Sekurang-kurangnya Kerajaan Melaka membiarkan rahsia kenaikan itu diketahui rakyat akhir. Kerajaan Pahang pula menaikkan harga air melalui penipuan meter air yang ditukar dan kelajuan bacaannya amat laju sehingga menaikkan kadar bayaran air sehingga 500%??!!

(Bacaan) Meter Air Baru Di Sekitar Kuantan Meragukan

Loji nadir bumi: DAP dakwa kerajaan BN hanya kejar keuntungan

KUALA LUMPUR, 28 April — DAP mendakwa laporan perlombongan nadir bumi bakal dimajukan di Bukit Merah dekat Ipoh ketika isu loji Lynas Corporation masih panas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sama ada peringkat negeri ataupun pusat hanya “mengejar keuntungan” dengan sanggup mengetepikan keselamatan publik.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, rakyat hanya Pakatan Rakyat (PR) adalah satu-satunya kerajaan yang akan mengutamakan kesihatan rakyat dan kepentingan umum dari mengejar keuntungan syarikat dengan memastikan tiada kemudahan nuklear mahupun projek pemprosesan nadir bumi di Pulau Pinang.
“Sangat mengejutkan apabila kerajaan negeri Perak secara senyap telah bersetuju dengan sebuah syarikat di Hong Kong untuk membenarkan projek pelombongan nadir bumi dibina di negeri itu sedangkan kemarahan orang ramai masih timbul ke atas kontroversi pembinaan loji Lynas di Gebeng, Pahang,” kata beliau.
Dalam maklumannya kepada Bursa Saham Hong Kong bertarik 18 April, CVM Minerals Limited telah mengumumkan bahawa satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani bersama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi melaksanakan projek meneroka dan perlombongan di Bukit Merah.

Polis siasat sedutan klip kedua video seks didedah ‘Datuk T’


KUALA LUMPUR, 28 April — Polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari semalam, mengaitkan si pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.
Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di Youtube.

“Kami bersama dengan MCMC telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab memuat naik klip video itu, itu yang saya hendak komen,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.