Isnin, 25 April 2011

Bakri: Raja Petra disiasat kerana beri maklumat palsu

KUALA LUMPUR, 25 April – Raja Petra Kamarudin kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu.
Dipetik Bernama Online, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pengendali portal “Malaysia Today” itu disiasat mengikut seksyen itu setelah keterangan diambil daripadanya semasa beliau berada di Bangkok dua hari lepas.
Keterangan itu diambil oleh pegawai polis Bukit Aman yang ditugaskan untuk bertemu Raja Petra di negara itu ketika majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) di mana beliau merupakan pengerusinya.

Kisah Silam : Wajah kekasih pertama Najib Tun Razak

Salah seorang pembaca menghantar sebuah email kepada MiLo SuaM, meminta kami menyiarkan gambar nostalgia Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak di masa mudanya bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih pertama beliau. Gambar-gambar ini dikatakan diambil daripada sebuah buku lama.

Utusan lidah Muhyiddin menentang 1Malaysia Najib

KUALA LUMPUR, 25 April: Bagaimanakah seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) boleh terang-terang menyokong konsep 1Melayu, 1Bumi laungan Utusan Malaysia yang jauh menyimpang daripada konsep 1Malaysia ilham Perdana Menteri (PM)?
Begitulah kejanggalan situasi hari ini apabila TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam responsnya terhadap seruan MCA untuk memulau akhbar lidah rasmi Umno itu membela Utusan dengan mengatakan bahawa akhbar tersebut mewakili suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya.
“Ia suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya. Jika kita baca Utusan, kita dapat melihat bahawa ada laporan-laporan mengenai perkara-perkara lain.

Politik kotor: Ke mana hala tuju dan nasib generasi muda?

Oleh: Siti Aishah Shaik Ismail

Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa.

Saban hari, hampir keseluruhan media menyajikan hidangan pemikiran kotor kepada generasi muda untuk menggambarkan suasana sebenar politik negara.

Media yang dikawal secara jelas dan berterusan menjadi boneka menjalankan propaganda liar yang tidak matang untuk ditatap oleh anak muda yang akhirnya menjejaskan kualiti generasi hari ini.

Perancangan anak muda terbantut apabila kehidupan diasak hebat dengan cara pemerintah mentadbir urusan rakyat. Ia sebenarnya adalah bukti beban dan punca masalah generasi ini.

Tajem open to DAP-Snap merger proposal

Snap adviser Daniel Tajem said the idea of a merger between his party and DAP should not be dismissed outright because "we cannot be doing any worse than we are right now".

Contacted by Malaysiakini today, Tajem said nobody in Snap has asked his opinion of the matter yet, but "if they do, I would advice that they not dismiss it outright".

Muhyiddin raps MCA for 'boycott Utusan' call

Deputy Prime Minister Muyhiddin Yassin today defended Utusan Malaysia as a Malay voice and said it was improper of the MCA to boycott the Umno-owned Malay daily.

He said Utusan has been the voice of the Malays and Malaysians in conveying the people's views on various issues.

Soi Lek: Utusan does not represent all Malays

Dr Chua said Utusan had a lower circulation than his party’s The Star. — file pic
KUALA LUMPUR, April 25 — MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek today said Utusan Malaysia did not represent all Malays, despite Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin claiming the Umno-owned daily was the voice of the community.

Kit Siang: Utusan is Muhyiddin’s voice against Najib


Lim rubbished Muhyiddin’s assertion that Utusan spoke on behalf of the Malay community. — file pic
KUALA LUMPUR, April 25 — Lim Kit Siang rebuked Tan Sri Muhyiddin Yassin today for saying Utusan Malaysia speaks for the Malay community, claiming instead that the deputy prime minister was using the paper to defy Datuk Seri Najib Razak’s 1 Malaysia. The DAP strongman charged that Muhyiddin was “a picture of absurdity” for making his proclamation earlier today and described the statement as the latter’s “second unkind cut” against Najib.
He questioned if by endorsing Utusan Malaysia’s “1 Melayu, 1 Bumi” movement, the country’s administration was running on two separate idealogies — Najib with his 1 Malaysia platform and Muhyiddin with “1 Melayu, 1 Bumi”.

Kerana UMNO : Tindakan TPM Pertahan Utusan Malaysia Berasas


SHAH ALAM 25 APRIL : Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari tidak terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan tidak boleh menghalang akhbar kawalan Umno-Barisan Nasional(BN) Utusan Malaysia daripada menyiarkan apa jua bentuk laporannya kerana ia sememangnya diwujudkan hanya untuk kepentingan politik parti itu sahaja.
Malah katanya, selain menghalalkan apa sahaja yang dilaporkannya Utusan Malaysia juga hanya berperanan membawa suara-suara pemimpinnya bukan suara rakyat seperti yang digembar-gemburkannya sebelum ini.
"Apa sahaja yang diterbitkan Utusan Malaysia merupakan memanifestasikan pemikiran pemimpim Umno-BN yang lebih menjurus kepada agenda mereka serta apa yang dihajati oleh setiap kepimpinan parti itu sendiri," Kata Hata Wahari ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Video : Labour Day march to seek a minimum wage

Video :Parents up in arms over uncaring HM

Video : Perkasa huffs and puffs outside MCA HQ

Video : Selangor MB visits MRT route site

Pulau-pulau x-tream di dunia

Ilha de Queimada Grande; Alias Pulau Ular



Ini pulau dipenuhin sama uler. Pernah ada nelayan yang nyasar kesana, trus pulang2 perahunya darah semua

Uler yang memenuhi pulau ini jenisnya Golden Lancehead. Racunnya termasuk salah satu yang terganas, bisa bikin daging busuk ampe ke tulang.. hueee. Dah gitu uler jenis ini cuman ada di pulau itu.

Blom bisa ngebayangin ngerinya?

E-MAIL BODOH LAGI

E-MAIL UNTUK ORANG INI


E-MEL SATU MY MUDAH URUSAN RAKYAT : PAKAR – berita hairan

Penyediaan e-mel percuma di bawah konsep satu Malaysia kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan memberi pelbagai manfaat kepada rakyat, menurut pakar teknologi maklumat komunikasi maklumat (ICT).

Azli Paat, yang juga Pengarah Adavista Sdn Bhd, berkata e-mel rasmi yang penyertaannya secara sukarela itu dapat memudahkan semua pihak berurusan dengan semua sektor dan agensi kerajaan.

Isu Lynas: Tuduhan Pemimpin UMNO, Kononnya Parti Pembangkang Mendalangi Bantahan Adalah Tidak Berasas Kerana Itu Tanggungjawab Mereka

Sokongan rakyat terhadap pembatalan projek pembinaan kilang memproses "Rare Earth" milik Lynas Corporation dekat Gebeng kini semakin mendapat sambutan rakyat. Biar pun kini ada tuduhan yang dibuat kononnya, isu itu sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk mempertahankan kedudukan pada Pilihanraya Umum akan datang. Namun, kini rakyat lebih mengerti apakah yang diperjuangkan sebenarnya. Malah, semakin hari semakin ramai penyokong BN terutamanya dari parti UMNO dan MCA sendiri yang bersama menentang projek tersebut. Mereka mahu sama-sama mahu membela nasib generasi akan datang tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Namun ada juga pemimpin UMNO yang menyokong projek ini terus membuat provokasi.

Kroni Rothschild Hadiah Radioaktif Untuk Rakyat Malaysia


Dengan terbinanya satu kilang memproses ‘rare earth’ di Kuantan, Pahang hujung tahun ini, maka rakyat Malaysia akan terdedah sepenuhnya dengan 20,000 tan metrik radioaktif setahun.

Syarikat proksi Rothschild iaitu Lynas Corporation dari Australia telah diberi kebenaran oleh kerajaan negeri Pahang untuk membina kilang memproses ‘rare earth’ di kawasan Gebeng, Kuantan sejak lebih setahun lalu.
Pembinaan kilang perlombongan oleh proksi Yahudi elit itu menerima tentangan hebat dari parti pembangkan g dan juga NGO-NGO kerana operasinya akan menyebabkan rakyat Malaysia terdedah dengan radio aktif berkapasiti 20,000 tan metrik.

Azmin, Mustapha Keduanya Mesti Cerdik

Oleh: wfauzdin_ns

"NAMPAKNYA `berperang' lagi dua tokoh di dalam PR ini di antara Azmin Timbalan Presiden PKR dengan Mustapha Ali Setiausaha Agung PKR. Semuanya angkara media berlidah Syaitan yang kaum Cina sendiri sudah tidak mempercayainya. Hanya kaum Melayu sahaja sebilangan yang masih `beriman' dengan Utusan yang meloyakan itu.

Semuanya bermula apabila kenyataan Mustapha Ali berkaitan pandangan PAS terhadap DS Anwar di dalam isu video seks disiarkan oleh akhbar pencacai tersebut. Kenyataan Mustapha yang disiarkan oleh akhbar porno tersebut menyebabkan Azmin Ali melenting kerana kenyataan tersebut seolah-olah tidak menghormati DS Anwar selaku Ketua Pembangkang dan PKR sendiri selaku sekutu PAS di dalam PR. Kenyataan yang membuatkan Azmin melenting ialah apabila Mustapha Ali menyebut bahawa PAS akan mengkaji hubungannya di dalam PR setelah siasatan kes video seks itu selesai.

Ada polis yang cekap tapi ramai polis yang bahalol..!!!

Alahai.. kalau setakat buat pertunjukan.. bolihlah..
atau betindak ala samseng macam kat sini atau sini
Tahanan reman larikan diri guna kereta polis


PAPAR (Sabah): Seorang tahanan reman kes pecah rumah melarikan diri menggunakan kereta polis selepas dia ditinggalkan sendirian di dalam kereta peronda, ketika dibawa untuk siasatan di lokasi jenayah yang dilakukannya.

Orang Melayu kena tipu. Nyah beli gelang buatan Cina harga RM78 tapi jual RM1000


ac-mizal-pengacara-akademifantasia6
Jika dilihat pada harga untuk setiap 1 gelang made in China tu hanyalah sekitar RM78 je tapi syarikat AC Konsortium menjualnya pada harga yang super mahal iaitu RM1000 setiap 1. Patutlah cepat je dapat kereta mewah walaupun perniagaan baru setahun jagung. Rupa-rupanya…

Maka benarlah apa yang kerap dikatakan.. Polis itu Pengkhianat, bebal dan bahalol



Persoalannya, kenapa setelah lebih dua dekad baru PDRM menyedari bahawa tindakan tersebut tidak cekap, tidak efisyen malah telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya. Kita merasakan amat malang mempunyai agensi penguatkuasa yang lembab dalam mengenalpasti cara perlaksanaan undang-undang dan peraturan. Setelah berapa banyak rakyat disusahkan dan dipaksa membayar kompaun tanpa sebarang bukti kesalahan, barulah PDRM sedar tindakan tersebut tidak efisyen dan mengumumkan tidak akan digunakan lagi. Kenapa baru sekarang mereka sedar? 

-- Sebabnya ramai Ketua Polis Negara yang pandainya hanya membodek.. Ramai polis terutama yang berpangkat adalah perasuah tegar... !! dan ramai juga yang bebal tak bolih diajar.. !! Nak tengok perangai polis? .. kat sini

Kontol Saiful takde bulu...wa..kah..kah...!!!~

Mana pergi mat pepet ni?
kesian anak sedar dia kotol tak berbulu
Agaknya budak Saiful tu ... kotol dia tak berbulu... orang kata kalau kotol tak berbulu... anu dia tak naik,,!


Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku.
Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu.

Minda NC UUM Bertaraf Budak Tadika Kemas

Oleh Mohammad Sanusi

"Tahoon depannn, pak haji datang bayar cukai sebelum 31 haribulan Mei, pak haji tak kena denda lagiii..." Ini ayat dalam iklan di TV masa saya kecik dulu, masa tu di kampung saya tak ada tv warna lagi..gambar hitam putih,  pakai kuasa bateri kereta yang kena cas tiap-tiap minggu. kalau tak cas, gambar tv jadi makin kecik makin kecik, pastu kena tarik la pintu kabinet tv tutup. Bersurailah sekelian penonton.

Sebelum itu, tuan rumah yang ada tv kutip 5 sen sorang untuk duit cas bateri. Rumah keluarga saya tak pernah ada tv sehingga saya di tingkatan 5, tahun 1991. Sebelum masuk sekolah rendah, saya dan adik-adik akan duduk atas pelantar gerek tua dua orang, mak saya dukung sorang pi rumah Tok Cek Tam tiap malam sabtu. Ada Tayangan Gambar Melayu.

Pemulihan Dadah Pusat Serenti Gagal?

Oleh: rozmal

"Sabtu lepas 23 April 2011 kami berborak dengan seorang pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Lalu bertanya, banyak ke buat operasi menangkap penagih dadah sekarang. Kata pegawai AADK tadi, sekarang dah tak buat operasi. Lebih kepada pendekatan mesra dengan para penagih dadah. Kalau ada penagih dadah yang masuk pusat pemulihan, mereka boleh keluar bila-bila masa kalau rasa tidak mahu dipulihkan.

 AADK beri tumpuan kepada mereka yang ada komitmen untuk bebas dari najis dadah. Beri kaunseling, dan khidmat nasihat. Bukan lagi macam dulu, operasi, tangkap, masuk Pusat Serenti. Kalau penagih ada yang terlalu gian, pegawai AADK ini akan tunjukkan cara bagaimana untuk mencucuk dadah yang dapat mengurangkan risiko. Adakah ini bermakna setelah bertahun-tahun kita mewujudkan Pusat Serenti, ianya Gagal? Kalau ada yang pulih, jumlahnya terlalu sedikit? 

Bloggers bangkit kerana Ketua Pengarang nak jaga periok nasi dan belanga capati


Oleh Mummy Rokiah

Di dalam Persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama semalam Che Det selaku penaung Blog House Malaysia (BHM) membidas media arus perdana yang bacul untuk mengritik Kerajaan di dalam memperjuangkan dasar untuk rakyat. Hakikatnya disebalik tabir kenyataan Che Det ini, boleh dikatakan semua media-media perdana negara ini ada kuasa-kuasa ghaib di belakang mereka. Kuasa-kuasa inilah yang akan menentukan periok nasi atau belanga capati Ketua Pengarang akhbar tersebut, yang mana akan kekal yang mana akan tertiarap.

SPA Tidak Profesyenal, Guna Google Translator Untuk Terjemahkan Portal - Cukup Memalukan!


Portal SPA guna Google Translator, Tamil jadi Hindi

SPA tiada pakar bahasa untuk kenali Bahasa Tamil?

PETALING JAYA: Penggunaan aplikasi Google Translator dikenal pasti menjadi punca pengguna yang memilih ‘Bahasa Tamil’ di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dibawa ke laman yang menggunakan tulisan Hindi.

Graduan sarjana sains dalam teknologi maklumat dari Universiti Middlesbrough, Britain, Kughan Nadarajah berkata, portal itu menggunakan Google Translator untuk melakukan terjemahan secara langsung dari Bahasa Malaysia ke Tamil dan Mandarin.

Kaedah pemadanan Anwar sebagai Lelaki Y meragukan – Peguam

KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair menolak hujah pendakwa raya yang menamakan Anwar sebagai ‘Lelaki Y’ yang disebut-sebut sebelum ini.
Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak menurut piawaian antarabangsa yang mana mereka sendiri merupakan ahli.
“Kaedah yang digunakan mereka untuk menjalankan ujian ke atas sampel DNA meragukan. Jarak masa di antara saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira mengambil sampel dari Hospital Kuala Lumpur dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia adalah kira-kira 43 jam.

Negara Bumi Satu Boleh

Oleh: mazwandi

"Ada sebuah negara, dimana undang-undangnya adalah apabila berlaku zina antara dua manusia, suka sama suka, kemudian tiba-tiba salah satu pasangan membuat laporan polis bahawa dia telah dizinai oleh pasangannya, maka pelapor itu akan menjadi mangsa zina akibat perlakuan pasangannya yang berzina dengannya. Dengan itu, pasangannya akan dituduh berzina kepada pelapor dan boleh dikenakan hukuman, manakala sipelapor adalah 'mangsa'. Inilah dia negara bumi satu boleh.

Negara bumi satu boleh ini juga mempunyai satu sistem media yang hanya boleh memberi berita yang baik-baik sahaja tentang parti yang memerintah walaupun menipu, tidak kira dari media bercetak seperti surat khabar dan juga media radio dan telivisyen. Seluruh rangkaian radio adalah khusus hanya untuk membodek parti yang memerintah dan semua rangkaian TV adalah khusus untuk menipu rakyat untuk sentiasa menganggap parti yang memerintah adalah bersih seperti malaikat. Tiada ruang walau seinci untuk suara yang mengkritik parti yang memerintah walaupun ianya benar dan penting.

Sokong sambung LRT tetapi jaga kepentingan rakyat

SHAH ALAM, 25 April: Kerajaan Selangor menyokong penuh projek penyambungan sistem aliran ringan (LRT) bagi meningkatkan mutu perhidmatan pengangkutan awam yang akan merancakkan pembangunan ekonomi negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata  penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak menyeluruh telah memperlahankan atau membantutkan  pembangunan di kawasan tertentu dan senario ini tidak sihat kepada pembangunan ekonomi negeri.

Tak Puashati : Ummi Hafilda fail semula saman fitnah RM100j

NONEAhli perniagaan Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan semula saman fitnah RM100 juta terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini, yang telah dibatalkan Mahkamah Tinggi 13 April lepas.

Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman itu melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di Mahkamah Tinggi Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.

Pada 13 April lepas, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membatalkan saman Ummi Hafilda berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.

Penasihat Undang-undang kepada Ummi Hafilda, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu pemberita bahawa beliau menfailkan semula saman itu bagi pihak firma guaman itu, petang ini.

PAS tawar bantuan guaman untuk keluarga Sarbani


KELANA JAYA, 25 April: PAS melalui Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat telah menziarahi keluarga allahyarham Ahmad Sarbani Bin Mohamad di kediamannya di Kelana Jaya semalam.

Kunjungan ini dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas yang dikendalikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan At-tantawi bersama ahli keluarga allahyarham dan 30 orang ahli dan masyarakat setempat turut hadir sama dalam kunjungan tersebut.

Damper on Selangor water plan

It will cost the public, says new think tank.
KUALA LUMPUR: A newly registered research group today presented its model for the restructure of the Selangor water services industry, saying the state’s plan was flawed and would be costly to the public.
It called for greater cooperation between Shah Alam and Putrajaya in resolving the issue.
The Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER), which was registered early this year, said it spent six months studying the issue and would present its report to Members of Parliament.
The report says that Selangor seems to be pushing for a transfer of pipes worth nearly RM8.2 billion to the Pengurusan Aset Air Bhd, a federal special purpose vehicle that funds the development of water and sewerage infrastructure.
However, it adds, the people of Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya have already paid for these pipes and the transfer will double their liability.

Spinning and falling flat

Investors know that mainstream media are one-sided, says Guan Eng.
GEORGE TOWN: Foreign investors are ignoring the mainstream media’s spin about conditions in states ruled by Pakatan Rakyat, according to Penang Chief Minister Lim Guan Eng.
“They are going down to the ground themselves,” he said in allusion to TIME magazine’s decision to interview him and other Penang officials.
“I think foreign investors have become cautious about the mainstream media because their reports are one-sided.”
He said Penang managed to pull in around RM12 billion in foreign investments last year despite the onslaught of bad press against it by the BN-friendly media.

PAS sekadar menunggu tuah mendapatkan pimpinan terbaik?

Oleh SUBKY ABDUL LATIF
MENJELANG muktamar pemilihan PAS kurang dari dua bulan lagi, maka timbul isu sebuah Kawasan PAS tidak mencalonkan semula Presiden Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bagi meneruskan pimpinannya. Kalau ia menggemparkan itulah yang dinamakan ribut dalam cawan.
Ribut dalam cawan tidak mendatangkan gelombang, jauh sekali dari dilanda tsunami. Paling bergolak sekadar kopi meleleh ke piring.Kejadian seperti itu berlaku dalam semua pimpinan terutama dalam masyarakat demokrasi sejak zaman purba hingga kiamat

Ibu bapa protes terhadap sikap pengetua

Si Kitol MIC ganggu kelancaran perhimpunan aman.
SHAH ALAM: Seramai 50 ibu bapa pelajar sekolah menengah di Seksyen 25 di sini hari ini mengadakan perhimpunan di luar perkarangan sekolah sebagai tanda protes terhadap sikap seorang pengetua sekolah tengah hari tadi.
Perhimpunan yang bermula 12.45 tengah hari tadi adalah tindakan susulan berikutan kegagalan pengetua yang tidak dapat menyelesaikan masalah pergaduhan melibatkan 23 pelajar beberapa hari lepas.
V Stephen Perumal yang mengetuai kumpulan ibu bapa tersebut berkata:
“Polis tidak boleh menahan anak-anak kami tanpa kebenaran pengetua tapi puan pengetua tak mengaku yang dia arahkan penahanan anak-anak kami.
“Mereka alami trauma sekarang. Kami mahu pengetua ditukar,” kata Stephen yang melahirkan rasa puas hatinya.

BN mungkin hilang 7 kerusi Parlimen di Sarawak

DALAM  wawancara pertama Harakah dengan DR JENIRI AMIR, pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yakin BN mampu mempertahankan majoriti selesa dua pertiga dalam Dun Sarawak. Meskipun di saat-saat akhir kempen seolah-olah kelihatan gelombang perubahan, namun beliau tetap mempertahankan jangkaan awalnya, tetapi meramalkan BN akan kehilangan lebih banyak kerusi terutama di kawasan bandar.
Menerusi wawancara kali kedua bersama ANIS NAZRI pada 22 April lalu, Dr Jeniri melihat BN akan menghadapi masalah besar dalam pilihan raya negeri berikutnya jika tiada perubahan dilakukannya. Malah, beliau menjangkakan dalam PRU13 nanti, BN mungkin hilang 7 kerusi Parlimen di Sarawak.

Sebutan semula kes hasutan Adun Sri Muda 20 Jun

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 20 Jun ini bagi sebutan semula kes hasutan yang melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sri Muda Shuhaimi Shafiei.
Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas dipohon oleh peguambela Shuhaimi, Nizam Bashir pada prosiding hari ini.
Shuhaimi, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Feb lepas atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut di laman blognya pada 30 Dis 2010.
Dia didakwa menerbitkan artikel bertajuk “pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959″ di laman blognya http://srimuda.blogspot.com yang mengandungi ayat-ayat yang menghasut di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di sini.

ADUN BN sokong PPWE RM100 di PPinang

GEORGE TOWN – Siapa sangka, Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) yang sering menjadi isu manipulasi pihak pembangkang kini disambut baik oleh UMNO-BN.
Perkara tersebut terbukti apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed sendiri menandatangani borang permohonan PPWE Negeri Pulau Pinang yang bernombor siri 4038173.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu bahawa tindakan ADUN Sungai Dua tersebut membuktikan bahawa UMNO-BN juga telah menerima baik PPWE yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

NGO serah akhbar Utusan Malaysia kecam DAP

Perjumpaan 'secara baik' antara NGO dengan wakil DAP berlaku kira-kira lima minit sahaja sebelum kumpulan terbabit bersurai.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 penyokong daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu hari ini mengadakan ‘protes aman’ mengecam kenyataan DAP terhadap akhbar harian Utusan Malaysia.
NGO yang diwakili Persatuan Veteran Tentera Melayu, Briged Nasionalis Muda, serta Umno Negeri Wilayah Persekutuan hadir dihadapan ibu pejabat DAP di sini mempertahankan akhbar tersebut.
Kumpulan itu bagaimanapun dihalang polis daripada memasuki pejabat DAP dan hanya membenarkan lima orang wakil sahaja.
Lima wakil tersebut kemudiannya naik ke pejabat pentadbiran DAP dan menyerahkan senaskhah akhbar Utusan Malaysia kepada Ketua Pentadbiran Pejabat DAP Pusat Wong May Ing.

Hebat Ni…. Terkencing Dah MCA!!!

Fuh!! Gelagat penyokong-penyokong UMNO atas nama Perkasa menghentam MCA kerana Utusan Malaysia.

Bagaimana menjadi pembela Melayu kalau terkena upah!! Banner dicetak banyak-banyak, angkat untuk dijaja dan meminta upah, jadilah pembela Melayu!!! Tak payah guna Melayu. Senang cerita Melayu itu digantikan UMNO. Jangan cuba menipu. Tukarkan menjadi UTUSAN MALAYSIA HARAPAN ORANG UMNO, HIDUP UMNO, MCA TAK MAHU UMNO PUNYA UNDI. Barulah MCA cepat faham.

Kalau begini caranya dah tak melarat lagi dah Melayu. Hebat ni…terkencing dah MCA!! kah! kah! kah!!

Ketua Pembangkang gagal gadai Tanah Rezab Melayu

Kita jangkakan ketika mereka berkuasa sahaja kegiatan menggadai dan menjual Tanah Rezab Melayu ini berleluasa. Namun jangkaan kita meleset sama sekali. Ketika telah dihumban menjadi pembangkang pun, kegiatan menggadai hak bumiputra dan hak orang Melayu diteruskan oleh puak umno ini.
Ingin kita dedahkan usaha Ketua Pembangkang DUN Selangor Satim Diman untuk menggadai dan memindah-milik dua bidang tanah Umno Bahagian Puchong (HSD 247141 PT 73899 dan HSD 247142 PT 73900)  kepada sebuah syarikat bukan milik Bumiputera, Lagi Gemilang Development Sdn Bhd.

‘Bahaya kepada perpaduan Pakatan’

Beliau (Mustafa Ali) bercakap tanpa berfikir, bercakap ikut suka tanpa sempadan kata Razali.

PETALING JAYA: PKR menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berhubung isu video seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang sebagai berbahaya dan menggugat perpaduan Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias mendakwa tokoh veteran PAS itu mempunyai agenda sendiri dengan mengeluarkan kenyataan yang berbahaya itu.
“Dia (Mustafa) masih berminat lagi dengan UG (kerajaan perpaduan). Dia juga masih menyimpan dendam terhadap (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali.
“Beliau bercakap tanpa berfikir, bercakap ikut suka tanpa sempadan” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataaan media Mustafa mengenai isu video seks yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Tony slams EC for being a cat's paw for BN and telling desperate lies

Tony slams EC for being a cat's paw for BN and telling desperate liesMP for Petaling Jaya Utara Tony Pua slammed the Election Commission as being a "cat's paw" for the BN government and for telling “desperate lies” after it accused his DAP party of running a racist campaign in the recently concluded Sarawak state election.
“The above accusations unfortunately are all desperate lies by the Datuk Wan Ahmad Wan Omar who has not only failed to ensure free and fair elections in Sarawak but are now trying to justify to its political masters why EC failed to curb the people’s will to vote for Pakatan Rakyat in the urban centres,” Tony said in a media statement released on Monday.
He was referring to the EC deputy commissioner who had been reported by Umno-owned Utusan Malaysia as having made the allegations.
According to Tony, Wan Ahmad alleged that most of DAP’s banners in Chinese contained racial elements which were incendiary in nature and were in breach of Section 4 of the Election Offences Act.  However, because there were “too many” of such posters and banners, the EC and police were unable to take any action.

Satu lagi kilang perlombongan emas menggunakan cyanide

Belumpun pertikaian kilangan perlombongan emas menggunakan cyanide di Raub dan loji pemprosesan rare earth di Gebeng melabuh tirai, rakyat Pahang di Kuala Lipis kini pula menyambut kemunculan sebuah kilang perlombongan yang boleh menghasilkan sisa toksik.  Kajian Penilaian Awal Kesan Alam Sekitar (EIA, Environmental Impact Assessment) terhadap kilang perlombongan emas Selinsing telah diluluskan pada tahun 2008, malah kilang itu telah mula menggunakan cyanide dalam proses perlombongan emas sejak Februari 2010.

Pemuda perlu perkuat minda bawa perubahan

PERMATANG PAUH, 25 April: Selain mempamerkan kekuatan tenaga para pemuda PAS juga perlu mempunyai kegigihan otak berfikir bagaimana mahu  membawa pemuda Malaysia  ke satu tahap yang membanggakan, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi (gambar).

Barisan Nasional (BN) tambahnya, tidak ada kekuatan untuk memimpin pemuda ke arah itu kerana kepimpinanya terdedah dengan rasuah, suka menyeleweng, tidak tahan dugaan bahkan menjadi Pak Turut ketika memperkatakan sesuatu itu yang ada kepentingan BN.

Dewan Pemuda PAS, Angkatan Muda KeAdilan (AMK) dan Dapsy dari DAP adalah pilihan tepat untuk anak muda sekiranya mahu memilih parti mana sebagai wadah perjuangan tidak lagi Umno atau pemuda BN yang dilihat amat penat dan memerlukan rehat.

"Kekuatan tenaga sememangnya perlu pada pemuda.  Selain itu kita juga perlukan otak yang cerdik untuk mencari bagaimana untuk meranapkan Umno dan BN sebab keupayaan mereka untuk mendidik anak muda agak kontang sekarang ini, " tegasnya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke 31 di Dewan Komplek An Nadhoh, Penanti semalam.

Utusan Tak Pernah Jemu Main Isu Kontroversi



SHAH ALAM 25 APRIL : Akhbar Utusan Malaysia sememangnya terkenal sebagai akhbar kontroversial berbanding menyampaikan maklumat tepat lagi telus selaras dengan taglinenya "Pemangkin Fikiran Rakyat".

Belum pun reda isu rencana-rencananya yang penuh unsur perkauman, media itu terus menyerang negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Hari ini Utusan sekali lagi tampil dengan laporan berbaur kontorversi dengan muka depannya terpampang berita bertajuk " Pulau Pinang Lubuk Judi?".

Mengulas laporan Utusan itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Rawa ketika dihubungi Tv Selangor berkata, umum mengetahui masalah judi berlaku di mana-mana, namun cara Utusan Malaysia melaporkan apa yang berlaku di Pulau Pinang, jelas berunsur politik.

1 Malaysia : Hak Utusan Buat Cadangan, Kerajaan Tak Ambil Tindakan



KUALA LUMPUR 25 APRIL : Cadangan Utusan Malaysia supaya Umno melancarkan gerakkan 1Melayu, 1Bumi mencerminkan suara orang Melayu dan tidak boleh dihalang, kata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Justeru beliau membidas MCA yang mahukan orang ramai memulau akhbar itu kerana gerakan 1Melayu itu jelas bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanang oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok memberi amaran gerakan 1Melayu yang mendapat sokongan Perkasa akan mewujudkan persekitaran aparteid di negara ini.

Namun kegelisahan MCA itu ditepis oleh Muhyiddin yang mempertahankan Utusan.

Pertahan pimpinan Pakatan sehingga terbukti bersalah

SEREMBAN, 25 April: PAS memberi jaminan mempertahankan semua pimpinan Pakatan Rakyat, yang seorang demi seorang ditohmah oleh BN mutakhir ini, sehinggalah mereka dibuktikan bersalah.

Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli berkata, atas semangat Pakatan Rakyat, PAS tetap pertahankan sesiapa sahaja yang belum dibuktikan bersalah.

Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, terkini media pro-BN menyerang peribadi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sedang dicari kelemahannya bagi memburukkan DAP dan kredibiliti Pakatan.

PERKASA jangka 30,000 berhimpun di Kedah

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu kaum Cina dan India melihat dari sudut positif perjuangannya dalam mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.
Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor, berkata perjuangan PERKASA tidak dibuat secara tersembunyi malah ia akan terus mempertahankan kepentingan bangsa Melayu mengikut lunas undang-undang.
"Bangsa Melayu berpecah kerana politik, namun peningkatan kesepakatan mereka dapat dilihat melalui dua perhimpunan besar-besaran (anjuran Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan dan di Pasir Salak, Perak tahun ini.
"PERKASA Kedah akan menganjurkan perhimpunan ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini Jumaat dan Sabtu," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.
Syed Osman berkata lebih 30,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan dua hari itu.
Katanya PERKASA akan melancarkan kempen "1Bumi 1Melayu" pada Sabtu untuk menuntut hak Melayu secara terbuka.
--Bernama

Shamsul dedah penyelewengan wang Zakat di Melaka

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa wujud penyelewengan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang mengalami kerugian akibat kaedah pengurusan hartanah yang lemah.
Ia berhubung kegagalan projek usaha sama MAIM dengan syarikat Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) untuk membina Kompleks MAIM yang sepatutnya disiapkan pada bulan Jun 2004.
Dalam blognya hari ini, Shamsul mendakwa MAIM gagal untuk menguatkuasakan perjanjian projek usaha sama tersebut sehingga menyebabkannya terpaksa mendahulukan wang zakat berjumlah RM13.85 juta untuk pembangunan kompleks berkenaan.
“Juga berlaku kecuaian oleh pihak MAIM yang mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB, walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan.

KASE sambut baik mansuh saman ekor

KUALA LUMPUR, 25 April: Kempen Anti Saman ekor (KASE) menyambut baik pengumuman polis untuk menghentikan saman ekor di samping mendesak polis agar turut memansuhkan segala saman ekor yang telah dihantar kepada pengguna jalan raya.

Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pengumuman polis itu membuktikan apa yang diperjuangkan pihaknya selama ini benar dan kini ia disahkan oleh pihak polis sendiri kerana sistem itu gagal mendidik pengguna.

Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN), Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya membuka pekung mereka sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman ekor (KASE), Datuk Mahfuz Omar berkata, pengumuman itu membuktikan tindakan tersebut gagal mendidik pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah.

PERKASA berdemo di depan ibu pejabat MCA

Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur kerana membantah gesaan parti itu supaya memboikot Utusan Malaysia.
NONEMereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api".
Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensitiviti kaum itu.
"MCA tidak pernah berhenti mendesak... Kalau teruskan dia akan terima padahnya.
"Kalau sentuh sensitiviti orang Melayu, kita sanggup tidak sokong mereka lagi," kata Syed Hassan kepada pemberita selepas perhimpunan ringkas sepuluh minit.
Sebelum itu, pihaknya juga menghantar "notis amaran empat perkara" kepada pemimpin tertinggi MCA yang kandungannya tidak didedahkan kepada media.