Jumaat, 22 April 2011

Isu Lynas: Kenyataan Mustapa Mohamed Untuk Tubuhkan Panel 'Pakar Luar Negara' Sudah Pun Terlambat, Rakyat Mahu Projek Itu Di Batalkan !

KUANTAN, 22 April - Kenyataan yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Mustapa Mohamed hari ini, bahawa sebuah panel antarabangsa yang terdiri daripada “pakar luar negara” akan ditubuhkan bagi menjalankan kajian menyeluruh berhubung keselamatan pusat pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, adalah sesuatu yang penuh "simbolik untuk memperdayakan rakyat" sebenarnya. Panel yang kononnya dibentuk “secepat mungkin” dan dijangka membentangkan laporannya kira-kira sebulan dari tarikh penubuhannya. Sehingga panel berkenaan membentangkan laporannya, Mustapa berkata kerajaan tidak akan mengeluarkan apa-apa lesen pra-operasi kepada Lynas.

Kepimpinan adalah Amanah, bukan kebanggaan

ALQIADAH : TAKLIF LAA TASYRIF Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).
Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.
Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah.
Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).
عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.
Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
(Riwayat Muslim)

SPR: Wakil media ada pas khas dibenar masuk

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa wakil media yang mempunyai pas khas yang dikeluarkan SPR dan Borang A (Borang Sumpah Kerahsiaan) dibenar memasuki sesuatu premis pilihan raya termasuk pusat penamaan calon, pusat pengundian dan pusat penjumlahan rasmi undi.

NONEPegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata bagaimanapun hanya jurugambar dibenar masuk ke dalam pusat penamaan calon dan pengundian dalam tempoh tertentu untuk mengambil gambar proses berkenaan.

"Untuk makluman, dua jenis pas khas dikeluarkan SPR kepada wakil media iaitu pas wartawan/pemberita dan pas jurugambar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyatan itu dikeluarkan bagi menjelaskan dakwaan Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) bahawa berlaku layanan buruk SPR terhadap wartawan semasa pilihan raya negeri Sarawak ke-10 baru-baru ini.

Ambil Kesepakatan Kaum Cina Dari Sudut Positif-Khalid Samad

SHAH ALAM 22 APRIL: PAS menyeru masyarakat untuk menilai dasar kesepaduan kaum Cina menuntut corak politik yang bersih dan bebas dari rasuah sejajar dengan
tuntutan Manifesto Pakatan Rakyat.

Justeru parti itu berpendapat, kesepakatan masyarakat Cina harus digabung secara kolektif bersama kaum lain untuk menolak amalan korup Barisan Nasional yang
boleh menggugat keharmonian negara berbanding melihatnya dari aspek perkauman yang menebal.

Hakikatnya menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, pandangan seperti ini hanya melunaskan kepentingan politik pihak tertentu dan menjadikan politik di negara ini tidak berkembang secara sihat.

Khairy calls Pemandu official “Little Napoleon”


In a tweet today, Khairy labelled the 1 Malaysia email service “as good as dead.” — file pic
KUALA LUMPUR, April 22 — Umno Youth chief Khairy Jamaluddin joined netizens today in their Twitter rampage against the 1 Malaysia e-mail project, calling a Pemandu official a “little Napoleon” for saying the government would have to pay for the service. The Rembau MP questioned the validity of the official’s statement, made on radio station BFM yesterday, pointing out that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had already declared that the project was a private initiative.
Claiming he was “defending” Najib, Khairy said on his Twitter feed, “Why is everyone saying Govt will have to pay 50sen for each email sent from 1Msia email? PM has already said private initiative/investment.”
He then added, “Apparently this is what some Pemandu guy said on @BFMradio. Doubt he knows what he’s talking about. PM already said no govt funds used.”

"Flip-flop" Najib Cetuskan Desakan 1 Melayu 1 Bumi Lahir


SHAH ALAM 22 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas desakan pihak tertentu yang mahu  gelombang 1Melayu 1Bumi diwujudkan bagi menyatupadukan masyarakat Melayu.

Ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sikap tidak tegas pimpinan negara dalam menentukan hala tuju pentadbirannya sendiri, akhirnya membuka ruang kepada campur tangan "orang bawahannya" sendiri sehingga menimbulkan keadaaan kacau-bilau.
“ Syor-syor ini yang datangnya dari PERKASA atau Utusan, pada saya adalah akibat langsung daripada cetusan pemikiran Perdana Menteri dan beliau harus bertanggungjawab bahawa 1Malaysia itu meninggalkan pelbagai keserabutan sehinggakan sesiapa pun boleh mengesyorkan apa-apa.

“Inilah akibatnya kalau pimpinan negara tidak mahu bertegas," katanya kepada Tv Selangor.

The buck stops here for DAP: Be less loud and more inclusive

The buck stops here for DAP: Be less loud and more inclusiveIt is an unmistakable fact that in the past, DAP has been very vocal in their protest of the BN Government. It is even more so, since the conclusion of the Sarawak Election. Apparently gloating at their win, DAP is beginning to think that they are a formidable force to be reckoned with, and speak as if they are the sole spokesman for the Chinese community and even Pakatan Rakyat.
Should DAP and Pakatan get to form the next government, will DAP continue in its efforts to restore democracy, implement reforms and ensure that the new Government does all the things that it has promised to?
Or will they be like MCA and Gerakan, putting behind the aspirations of the people that voted for them? With a new ball game, will they continue to keep the status quo, and ignore the people like what the BN government is doing now?
As more and more people desert the BN because of their disappointment and broken promises, DAP and Pakatan have a bright future ahead of them. However, it would be folly to engage the current government in heated exchange constantly like the rebuttal against Utusan recently.

Tuai Rumah mengaku terima rasuah Cek Tendang



Mungkin jika Tuai Rumah tidak menerima cek tendang sebagai rasuah daripada Calon Barisan Nasional Joseph Mauh, kita tidak akan tahu bahawa Tuai Rumah ini telah dirasuah agar memberikan undi serta memastikan anak-anak buahnya mengundi Barisan Nasional semasa Pilihanraya Sarawak tempoh hari.

Saham penyedia Emel 1M'sia melambung 491%

Walaupun hebat dikritik, harga saham Tricubes Bhd melambung mencecah paras rekod tertinggi dalam tempoh enam tahun, selepas ia mengumumkan akan mengendalikan projek Emel 1Malaysia.

NONEApabila dilaporkan bahawa syarikat tersebut akan bersama firma perisian gergasi, Microsoft, untuk melaksanakan projek e-mel tersebut Selasa lalu, harga sahamnya terus melonjak.

Harga sahamnya berada di paras terendah pada 4 Mac 2009 apabila
ditutup pada harga 3.5 sen.

Bagaimanapun, sejak pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya pada hari Selasa, harga sahamnya melambung naik 491 peratus berbanding harga 5.5 sen pada hari Isnin. Hari ini sahamnya ditutup pada harga 32.5 sen.

Tiada kempen berlebihan dalam PAS

Hasrat YS Bina Sekolah Asrama Penuh Ditolak Atas Alasan Politik


PETALING JAYA 22 APRIL : Hasrat Yayasan Selangor (YS) untuk menubuhkan sekolah berasrama penuh di Selangor ditolak oleh Kementerian Pelajaran atas alasan politik, kata Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki.

Menurut Ilham, projek berkenaan ditolak oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yayasan itu berada di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Ilham ketika menjelaskan hal itu kepada Tv Selangor berkata, Yayasan Selangor sebelum ini memperuntukkan sebidang tanah berkeluasan 30 ekar di Ijok dengan kos pembinaan sebanyak RM50 juta bagi tujuan tersebut, namun siri pertemuan yang diadakan dengan Kementerian Pelajaran tidak membuahkan hasil.

DR. M, Utusan Dibidas Terap Pemikiran Rasis Rakyat



SHAH ALAM 22 APRIL : Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mengutuk sikap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan akhbar Utusan Malaysia yang sengaja mahu mencetuskan pemikiran rasis dikalangan rakyat dengan momokkan DAP bakal merampas kuasa pemerintahan dan menguasai negara.
"Ini tidak berlaku. Ia sengaja dimomokkan oleh UMNO dan media UMNO. Apa yang DAP tegakkan adalah hak untuk semua. Tidak kira Melayu, Cina atau India semau diberi hak yang sama rata, semua diberi peluang," kata Chin Tong.
Beliau menambah, apa yang berlaku dibawah pemerintahan UMNO adalah rakyat dinafikan peluang pekerjaan yang lebih baik dengan kos kehidupan yang semakin membebankan.
Parti itu juga seringkali berdepan dengan dakwaan pemerintahan ala- ala kroni iaitu dengan meng'kaya'kan kroni mereka sekaligus menafikan hak mereka yang berkelayakan.
Awal minggu ini, Malaysia dikejutkan dengan pendedahan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shahrin bahawa Perdana Menteri Najib Razak mengurniakan projek 'emel percuma 1Malaysia' kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan salah seorang adiknya.

Kerana Mu : Majlis Fatwa Kebangsaan tak halang poco-poco

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Syed Mokhtar luas empayar, DRB-Hicom kuasai Pos Malaysia


KUALA LUMPUR, 22 April — Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengembangkan empayar niaga beliau — hari ini diumumkan yang syarikatnya, DRB-Hicom Bhd berjaya dalam bidaan menguasai 32.2 peratus pegangan Khazanah Nasional di Pos Malaysia Berhad.
DRB Hicom dimiliki Syed Mokhtar (gambar) yang turut menguasai bisnes lain, antaranya perkhidmatan pelabuhan dan pengeluar tenaga bebas terbesar negara Malakoff Corp, pembekal beras nasional Bernas dan pengedaran gas melalui Gas Malaysia.
Syarikatnya MMC juga terlibat dalam projek MRT Lembah Klang dengan kerjasama Gamuda.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang ini, Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, DRB-Hicom dipilih berdasarkan keseluruhan bidaan, yang bukan sahaja menawarkan strategi niaga baik tetapi juga harga yang boleh diterima.

Selangor tak restui perobohan kediaman secara paksa

SHAH ALAM, 22 April: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak pernah merestui perobohan secara paksa sebarang kediaman warganegara Malaysia, kecuali setelah mencapai satu penyelesaian hasil rundingan yang diadakan.

Pendirian itu perlu difahami dan dan dihormati oleh kesemua pemaju, walaupun mereka telah mendapat perintah mahkamah untuk mengeluarkan sesebuah keluarga dari tanah masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar) menegaskan, sehubungan itu semua penguatkuasa-pengkuatkasa pihak berkuasa tempatan dan majlis daerah dilarang sama sekali terlibat di dalam sebarang perobohan seperti itu.

Kekalahan PRN Sarawak tanggungjawab bersama

Di sini mencela, di sana merayu

KUALA LUMPUR, 22 April: Itulah kiasan yang menggambarkan karenah kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap kaum Tionghua sekiranya seseorang itu mengikuti berita-berita media tradisional Umno Barisan Nasional kebelakangan ini.

Semenjak menerima tamparan hebat di Sarawak ekoran kehilangan 15 kerusi, 12 di tangan DAP akibat kejatuhan undi popular sebanyak 8 peratus, Umno Barisan Nasional melalui lidahnya, Utusan Malaysia telah melancarkan serangan bertubi-tubi kepada kaum Tionghua dengan label-label seperti ‘tidak mengenang jasa’ dan menuduh kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.
(Gambar: Pengarang media Umno mencerca Cina Malaysia selepas ditolak Cina Sarawak)

Video seks: PKR dakwa media diperalat, kredibiliti PDRM terjejas

KUALA LUMPUR, 22 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa akhbar Berita Harian milik Umno diperalat pihak tertentu untuk mengadakan ‘perbicaraan melalui media’ terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan rakaman video seks.
“Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu dengan menggunakan ‘perbicaraan melalui media’, yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

K'jaan tersandung sendiri, dalam projek Emel 1M'sia

Setiausaha publisiti DAP yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menghentam projek 'E-mel 1Malaysia', dengan mendakwa bahawa kenyataan kerajaan mengenai projek itu, penuh dengan percanggahan.

NONEMenyifatkannya sebagai satu 'kegagalan', Pua berkata temberang itu pecah apabila seorang wakil makmal bidang ekonomi utama negara K'jaan tersandung sendiri, dalam projek Emel 1M'siamendedahkan bahawa agensi-agensi kerajaan akan membayar syarikat swasta dan penyedia emel, Tricubes Berhad, kira-kira 50 sen bagi setiap emel.

Pendedahan itu dibuat hanya dua hari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menulis di Twitternya bahawa Emel 1Malaysia adalah projek swasta dan tidak membabitkan wang kerajaan, serta dibuat secara sukarela.

"Ia menggelikan hati mengenai cara Najib and pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menyusun lapisan-lapisan untuk mengelirukan serta kenyataan-kenyataan yang bercanggah, dalam satu percubaan untuk menyembunyikan kegagalan Projek e-mel Malaysia'," katanya.

"Pertama, PEMANDU terpaksa bersusah payah menyunting huraian projek itu - daripada satu 'inisiatif kerajaan' kepada satu 'initiatif sektor swasta' - walaupun hakikatnya Tricubes telah mengumumkan di Bursa Malaysia bahawa ia telah mendapat projek emel dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

NONE"Bagaimanapun, dalam satu temubual di radio dengan BFM (stesen radio perniagaan) semalam, pengarah kandungan komunikasi dan
infrastruktur, perkhidmatan bisnes NKEA, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek mendedahkan bahawa agensi kerajaan akan membayar Tricubes Bhd untuk menggunakan pangkalan data emel 1Malaysia dari syarikat tersebut," kata Pua.

Fadhlullah Suhaimi dilaporkan berkata, beliau menjangka agensi-agensi berkenaan akan membayar Tricubes kira-kira 50 sen bagi setiap emel, yang didakwanya masih "murah daripada kos RM1 untuk percetakan, alat tulis, bayaran pos dan kos menghantar sepucuk surat."

Dr. M Digesa Pohon Maaf, Label 'DAP' Parti Perkauman



SHAH ALAM 22 APRIL : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mhathir Mohammad digesa memohon maaf kepada rakyat Malaysia, khususnya parti DAP kerana mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.
Mahathir menerusi laman blognya melabelkan DAP sebagai parti politik perkauman dan perjuangan serta prinsip mereka menentang kaum Melayu.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata kenyataan Mahathir itu dikhuatiri akan mencetuskan semangat perkauman dikalangan masyarakat pelbagai kaum.
"Dr Mahathir harus minta maaf. Kenyataan ini keterlaluan dan biadap. Bila berlaku begini ia akan sebabkan gelombang besar berlaku. Ia akan bagi kesan buruk dan menggugat kestabilan kaum negara ini sendiri," kata Abdullah.

Jaga adab, jangan perlekeh dan burukkan pihak lain

KUALA LUMPUR, 22 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan seluruh ahli PAS menjaga adab-adab jemaah sepanjang kempen pemilihan parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu berkata, biarpun kempen adalah dibenarkan, namun ianya sesekali tidak boleh memperlekeh dan memperburuk pihak-pihak lain.

"Kita menghormati hak ahli mencadang dan mencalonkan sesiapa untuk mana-mana jawatan dalam parti.

"Cuma kena jaga adab, jangan perlekeh atau burukkan pihak lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut mengingatkan bahawa jawatan kepimpinan dalam parti adalah amanah dan bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

Sehubungan itu tegasnya, calon yang hendak dipilih perlu mempunyai dua syarat penting iaitu layak dan kedua, mempunyai kemampuan untuk menunaikan tanggungjawab.

What is Lynas review panel’s scope, asks Fuziah

Fuziah is glad the plant is now on hold pending a review panel’s input but says there are more questions that need answers. — file pic
KUALA LUMPUR, April 22 — Fuziah Salleh welcomed Putrajaya’s sudden decision today to form an independent multi-discipline review panel for the Lynas rare earths plant in Pahang, but questioned its scope of study and assessment methods. The Kuantan MP, who spearheaded a civil protest movement against the Australian miner, pointed out that there were no case studies available on rare earths operations anywhere in the world today except for China.
In an immediate response to The Malaysian Insider after the federal government’s announcement, she said she was glad to know the plant is now on hold pending the review panel’s input.
But the opposition lawmaker told Putrajaya it will need to spell out the composition and scope of the multi-discipline review body to convince the public the RM700 million project is truly good for the country.
“What’s the scope, what disciplines, how much time will they have, what will they be studying, what are the deliverables ... what will they present to the minister when they say it is safe?” Fuziah said, rattling off a slew of questions for the authorities to answer.

1Melayu, 1Bumi: Dr M and Najib playing "multi-layer" politics

1Melayu, 1Bumi: Dr M and Najib playing "multi-layer" politics Pakatan Rakyat leaders accused Prime Minister Najib Razak and his mentor Mahathir Mohamad of playing “multi-layer” political games withr Utusan Malaysia’s 1Melayu, 1Bumi proposal.
“This 1Melayu, 1Bumi movement shows that Malaysian politics are moving backwards. Our founding fathers secured independence with the goal of peace and harmony without anyone bearing grudge or hatred toward each other,” PKR secretary-general Saifuddin Nasution told Malaysia Chronicle.
“Malaysia is a place for all races and religion and this has been since olden days. If we have this 1Melayu, 1Bumi movement, it will only widen the gap between the races.”
Illogical reasons given
Utusan’s assistant chief editor Zaini Hassan had earlier this week suggested the formation of such a movement to rally Malay unity amid concerns that the Chinese might gain the political upper-hand.
This despite the fact that Malaysia form more than 55 per cent of the country’s 28 milloion population and the Chinese less than 30 per cent.

'SMS exchanges' from Najib to lawyer renews interest in Altantuya

'SMS exchanges' from Najib to lawyer renews interest in Altantuya The re-publication of a purported text showing exchanges between prime minister Najib Razak and criminal lawyer Shafee Abdullah discussing the arrest of Najib's aide, Abdul Razak Baginda in 2006, looks set to reignite the storm over his much debated alleged links in the case.
The alleged text conversation over the Short Message Service (SMS) spans a period of two weeks between 8 and 23 November, 2006, with another concluding text on December 2 by Shafee urging for an urgent meeting with Najib over a 'troubling' development believed to be linked to Razak's case.

The text was first published by self-exiled blogger Raja Petra Kamarudin's Malaysia Today website in October 2008, a few days before Razak was acquitted of a murder charge on October 31.

Altantuya case: Is the truth buried in the Najib-Shafee Abdullah SMSes


Altantuya case: Is the truth buried in the Najib-Shafee Abdullah SMSesThe following text message correspondence is between YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Deputy Prime Minister of Malaysia, and Dato’ Shafee Abdullah, a Malaysian lawyer who initially represented Abdul Razak Abdullah Baginda then on trial for abeting the murder of Mongolian national, Altantuya Shaariibuu.
While it does not answer lingering questions about Najib’s alleged past relations with Altantuya, the text messages show clearly Najib’s active intereference in the case very early on.
The messages highlight Najib’s willingness to speak with both members of the Attorney General’s Chambers and Inspector General of Police about the case, something that suggests an abuse of executive power.
What is particularly revealing and troubling is that the counsel, Shafee, keeps asking Najib for details indicating some political intervention that may have influenced the case.

Utusan - from Malay intellectualism to rabble-rousing

Utusan - from Malay intellectualism to rabble-rousingUtusan Malaysia, a household name for many Malaysians in the newspaper industry, was first published back in 1939 by Malay intellectuals. Known for its struggles and strong stance against the British colonial government during the pre-Independence days, Utusan established itself as a popular and appreciated newspaper. The paper also represented the voice of Malaysians, and practiced professional journalism based on truth and precision back during those days.
Then in 1961, it was taken over by UMNO and gradually assumed the mantle of being the ruling party's mouthpiece. But things took a really nasty, some even say evil twist, during the Najib administration which began in April 2009.
The paper had long ago swayed away from the fundamental principles laid down by its own founding fathers. It is now an attack killer-dog for the UMNO elite to unleash on its enemies, in particular the opposition. Group editor-in-chief Aziz Ishak has even admitted that Utusan’s major role is to support UMNO and Barisan Nasional.

Muktamar PAS fokus PRU 13

Mustaffa menafikan wujud perbincangan mengenai isu PAS dalam Pakatan Rakyat, memandangkan kekuatan mereka sebagai tiga parti yang bergabung sentiasa diperteguhkan.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Muktamar kali ke-57 yang diadakan pada 3 hingga 5 Jun depan dijangka menyentuh persediaan parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 kelak.
Beliau menafikan wujud perbincangan mengenai isu PAS dalam Pakatan Rakyat, memandangkan kekuatan mereka sebagai tiga parti yang bergabung iaitu bersama PKR dan DAP sentiasa diperteguhkan dari semasa ke semasa.
Menurut Mustafa, isu mengenai kerajaan perpaduan yang pernah dicetuskan dalam muktamar dua tahun lalu juga dianggap selesai dan tidak akan dibangkitkan lagi pada muktamar kali ini.

PAS Muktamar focused PRU 13

Pemuda sosialis bantah Skim Rumah Pertamaku

Skim Rumah Pertamaku dilancarkan oleh Perdana Menteri Najib yang antara lainnya membenarkan peminjam berusia kurang 35 tahun dan bergaji antara RM 1500 hingga RM 3000 untuk membuat pinjaman perumahan 100% untuk membeli rumah pertamanya dari RM 100,000 hingga RM 220,000 untuk tempoh pembayaran maksimum selama 30 tahun.
Sekiranya niat kerajaan adalah untuk merealisasikan pemilikan rumah untuk golongan muda, maka skim ini adalah satu sandiwara yang tidak melucukan kerana:
1. Skim ini tidak boleh menjadi pratikal kepada lebih 1.3 juta pekerja Malaysia yang berpendapatan di bawah RM 700 iaitu paras kemiskinan negara sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Sumber manusia baru-baru ini di mana anggaran pekerja muda bawah 35 tahun melebihi 60% daripada jumlah tersebut.

PAS teliti proses siasatan video seks, kata Mustafa

Jika ikut proses undang-undang dan perlembagaan sedia ada, orang yang menyebarkan video sebenarnya melakukan kesalahan - Setiausaha Agung PAS.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali berkata parti sedang mengikuti proses penyiasatan dengan teliti terhadap isu  video seks yang kononnya membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“PAS nyatakan sebelum ini agar buat siasatan kerana proses yang dibuat kerajaan berdasarkan undang-undang dan perlembagaan…… dan bukannya mengikut kaedah Islam,” katanya.
Beliau berkata, “jika ikut proses undang-undang dan perlembagaan sedia ada, orang yang menyebarkan video sebenarnya melakukan kesalahan.
“Pelaku dari segi moralnya tidak salah, tetapi undang-undang Islam ada. Kita lihat komposisi (isu video seks) jika kerajaan putuskan ikut cara Islam…..tapi kes liwat juga mereka tolak (cara Islam).

Kaum asli penentu pertukaran kerajaan

DAP berjaya menumpaskan SUPP untuk menjadi parti politik kedua terbesar di Sarawak selepas PRN Sarawak 2011, malah menggantikan SUPP sebagai parti bertunjangkan Cina yang memiliki kerusi DUN terbanyak di Sarawak.
Ramai penganalisa menumpu kepada "sokongan pengundi Cina bandar memihak kepada pembangkang" ketika membincangkan kunci kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan bandar.  Kesimpulan sedemikian pada hakikatnya mengabaikan konteks politik Sarawak yang istimewa.  Nampaknya kita perlu meneliti wakil rakyat di sana untuk memahami persekitaran politik tempatan.
Pertama, Sim Kwang Yang (gambar kiri, melambai tangan).  Beliau terpilih sebagai ahli parlimen Kuching pada tahun 1986.  Dalam PRU tahun 1995, BN merasuah pengundi dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (cina), maka beliau mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat Cina.

‘Voters are not blind, they chose opposition for a reason’

Instead of intimidating the voters about the lack of BN's Chinese representation, SUPP has been advised to reflect on why the voters ditched them.
KUCHING: The Sarawak PKR women’s wing has rushed to the defence of voters in Kuching, Sibu, Miri and elsewhere who voted for Pakatan Rakyat candidates.
Said vice-president Voon Shiak Ni: “They did not cast their votes blindly, they did so for a reason. They thought it was necessary.”
“We have to remind Sarawak United Peoples’ Party (SUPP) and the BN (Barisan Nasional) component parties that when someone makes an effort to come out and even travelled back from outstation to cast his or her vote, she or he took the trouble and did that for a reason.”
SUPP and BN leaders have accused the voters of making a ‘wrong and emotional’ choice in voting for the opposition candidates.

Pelaburan CIMB dalam Tricubes melalui Dana Ekuiti Swasta

Pelaburan CIMB dalam Tricubes Bhd dibuat bagi pihak pelanggan melalui dana ekuiti swasta, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nazir Razak, hari ini.  Menegaskan bahawa CIMB tidak memiliki syarikat itu, beliau berkata pelaburan itu memang sudah wujud pada 2001 dengan kepentingan sebanyak 15%.
 
"Kami tidak terlibat dengan pengurusannya. Kami tidak mempunyai wakil dalam lembaga pengarahnya... ia adalah kepentingan pasif sepenuhnya.  Sebarang kenyataan yang membayangkan kami sedikit sebanyak terlibat dalam perniagaan itu berniat jahat," kata Nazir (gambar kanan) kepada pemberita ketika mengulas laporan yang mengatakan CIMB mempunyai pelaburan dalam Tricubes.
Baru-baru ini Tricubes, sebuah syarikat penyedia IT, mendapat Projek Emel 1Malaysia.  Beliau menjelaskan beliau hanya mengetahui tentang pelaburan itu setelah seseorang menunjukkan kepadanya sebuah blog yang melaporkan perkara itu.
Dalam satu pekembangan lain, beliau berkata CIMB Group sedang mencari peluang untuk memasuki Laos dan Filipina pada masa akan datang.
Bagaimanapun, katanya, CIMB tidak tergesa-gesa untuk memasuki kedua-dua pasaran itu kerana kumpulan itu bertapak kukuh di negara-negara Asean yang Lain. (BERNAMA)

‘Masih ada agen Umno dalam Yayasan Selangor’

Macam kerajaan negeri, walaupun menteri besar sudah bertukar, orang Umno masih ada, kata Ilham Marzuki.
PETALING JAYA: Yayasan Selangor mendakwa agen Umno masih berusaha menganggu pentadbiran Yayasan itu walaupun sudah dibuang sebelum ini.
Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki mendakwa agen Umno terbabit merupakan orang upahan (Datuk Seri) Noh Omar (Timbalan Pengerusi Umno Selangor).
“Walaupun sudah dibuang tetapi masih ada lagi. Macam kerajaan negeri, walaupun menteri besar sudah bertukar, orang Umno masih ada,” katanya ketika ditemui selepas satu majlis yayasan itu di sini hari ini.
Menurut beliau, kontrak beliau sebagai pengurus besar Yayasan Selangor akan berakhir pada 31 Disember depan.
Mengulas perkara itu, beliau menyerahkan kepada pengurusan untuk menentukannya.

Utusan inciting hatred, says DAP

Guan Eng accuses Umno paper of falsely interpreting Sarawak election result to divide Malaysians

PETALING JAYA: DAP today accused the Umno-owned Utusan Malaysia of trying to incite racial hatred by falsely interpreting the result of the Sarawak election as a manifestation of Chinese unity against the Malays and other bumiputera.
He said Umno itself was promoting that interpretation despite knowing that “the swing to the opposition amongst the non-Chinese voters was higher than the Chinese swing”.
Zaini Hassan, an editorial executive at Utusan Malaysia, wrote this week about the election result and called for a “1Melayu, 1Bumi” movement to counter what he said was Chinese political unity.
Lim said the “real reason” for Barisan Nasional’s losses in the election was that voters of various races were against corruption and wanted to get rid of Chief Minister Taib Mahmud.

Antara fasiq dengan kufur mana pilihan anda?


18 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Dalam Islam perbuatan mencaci maki, mencerca dan menghina orang Islam yang lain adalah perbuatan keji yang pada sisi Allah dikira fasiq. Walaupun Islam melarang perbuatan itu namun perbuatan itu amat sukar dihapuskan. Persoalaannya mengapa susah sangat umat Islam meninggalkan tabiat buruk itu?Bagi menjawab persoalan ini elok kita halusi sabda Rasulullah s.a.w.

سباب المسلم فسوق وقتاله كفر - متفق عليه

Maksudnya: “Menghina, mencerca, mencaci maki seseorang Islam adalah fasiq, dan membunuh orang Islam adalah kufur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Agi Idup, Agi Ngelaban!

There are many modern-day Rentap trying free Sarawak from the oppressive rule of its Chief Minister Taib Mahmud.


When the White Rajah, James Brooke of Borneo, treated the Ibans as pirates, Rentap, an Iban leader, led a rebellion against him and managed to secure Skrang and Saribas. Brooke retaliated with bigger cannons and drove Rentap to Pakan, where the Iban warrior later died in 1863.
Rentap is a Malaysian hero. His battlecry is Agi Idup, Agi Ngelaban! which means ‘I will fight for as long as I live’.
Mutang Urud, Peter John Jaban, Clare Rewcastle Brown, Bruno Manser are Sarawak’s modern-day freedom-fighters. They are today’s equivalent of Rentap.
There are others like them, whose names we do not know but whose work is just as important and as dangerous. All are trying to free Sarawak from the oppressive rule of its Chief Minister Taib Mahmud.
In the 19th century, Brooke used money from the spice trade to purchase bigger cannons to fight the Iban rebels.

BH alat untuk aibkan Anwar

Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan - Saifuddin.
PETALING JAYA: PKR mendakwa akhbar Berita Harian (BH) diperalatkan oleh pihak tertentu untuk merekayasa “perbicaraan melalui media” yang jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail berkata, “kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan.
“Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebutn telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Muktamar: Tempoh serah pencalonan dilanjutkan

NONEJawatankuasa Pemilihan PAS melanjutkan selama lima hari - sehingga 15 Mei depan - untuk semua 179 PAS kawasan menghantar senarai pencalonan bagi pemilihan pucuk pimpinan parti itu Jun ini.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan tarikh akhir untuk kawasan berbuat demikian ialah pada 10 Mei.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (dua dari kanan) berkata lanjutan tarikh itu dibuat kerana masih ada kawasan yang bermesyuarat pada tarikh 15 Mei.

"Maka tarikh tutup (menghantar borang) pencalonan ditentukan pada tarikh tersebut. Kita beri peluang kepada kawasan untuk bermesyuarat untuk mencalonkan nama-namanya.

Kotak undi 'diusik' - PKR buat laporan polis

Calon PKR bagi kerusi dewan undangan negeri Senadin Dr Micheal Teo dan agen pilihan rayanya semalam membuat laporan polis bahawa peti undi 'diusik' ketika pertarungan sengit pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu.

NONEDalam laporannya di balai polis Miri pada jam 5 petang, Teo mendakwa sebahagian besar daripada 44 kotak undi dari Senadin, di mana beliau tewas kepada calon BN dengan hanya 58 undi didapati tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Katanya, agennya Peter Abong, diminta bersama agen BN bagi memeriksa kotak-kotak undi oleh pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het pada 18 April, dua hari selapas tarikh pengundian.

“Kami tidak memohon tetapi dipanggil untuk memeriksa. Apa (Peter) didapati ialah kertas undi telah dipindahkan ke sebuah bekas yang lebih besar yang tidak disita.

Anwar masuk ke ICU - Azizah

KUALA LUMPUR, 22 April: "Alhamdulillah kesihatan terkawal - belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah," tulis Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitternya hari ini ekoran berita yang tersebar kononnya sakit tulang belakang beliau berulang kembali.

"Insyaallah akan terus dengan jadual ke PK (sabtu) dan Kuching (Ahad)," sambung beliau.

Malayskini hari ini menyiarkan berita Ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.

Menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.

Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang.

Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown.

1Melayu, 1Bumi tidak baik untuk negara, kata Dr M

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadangkan oleh Utusan Malaysia dan disokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan adalah tidak baik untuk negara.

mahathir hulu langat 120408 press conference"Saya harap ia tidak berlaku....Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya dipetik Bernama selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Utusan Malaysia Rabu lalu menerusi Timbalan Ketua Pengarangnya, Datuk Zaini Hassan mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

“Apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi.

Kenapa UMNO BN Bermati- matian Mahu Cemar Nama Baik Anwar

SHAH ALAM 22 APRIL : Tv3 selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan- tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu bergelut dengan fitnah video lucah 'Datuk T', sumber- sumber memberitahu Tv Selangor.

Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S. Nallakarupan membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber- sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.

“Kemungkinan besar dakwaan- dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar, “ kata sumber itu tanpa mengulas lanjut.

Jerangkap Samar 2

Oleh smartlife

"Apa yang kita perhatikan juga pada hari ini telah ada suara-suara sumbang daripada golongan tertentu yang mempertikaikan kepimpinan parti-parti komponen PR. Lebih menarik lagi, suara-suara yang diguna pakai itu adalah orang-orang yang menjadi kepercayaan penyokong PR. Kepercayaan terhadap tokoh-tokoh ini mungkin secara total atau seimbas lalu.

Namun suara-suara ini macam boleh menggegarkan juga para pendokong parti-parti berkenaan. Gegarannya  tidaklah  seteruk gempa bumi yang menimpa Jepun. Kesan gegaran ini mungkin cuma seperti  air minuman yang tumpah di dalam kereta ketika melalui selekoh tajam.  Air minuman itu boleh diselamatkan jika pemegangnya tidak gelabah. Kereta itu juga boleh berjalan dengan selamat jika pemandunya tidak panik.
    Cuma yang perlu kita perhatikan ialah, penumpang yang di dalam kereta itu. Penumpang yang menjadi jerangkap samar. Penumpang yang mencari kesempatan untuk mencemuh pemandu dan seterusnya memperkecilkan kemampuan kereta berkenaan.
    Mungkin pada awalnya, penumpang inilah yang menyumbang wang untuk duit minyak, mengeluarkan duit untuk bayaran tol. Dalam pada itu, penumpang berkenaan juga boleh meletupkan kereta tersebut.
    Memang tidak dinafikan, ada yang mengatakan saya terpengaruh dengan cerita-cerita filem tetapi itulah yang apa saya perhatikan. Para pendokong boleh lihat dan nilai sendiri orang-orang di sekeliling kita. Perhatikan tindak tanduknya semasa pemilihan pucuk pimpinan ini. Jangan tersalah pilih, nanti  diri sendiri yang letih."

Agenda Belit : Radiasi sifar dari loji nadir bumi, kata Lynas

Syarikat perlombongan gergasi Australia, Lynas Corporation Ltd tetap dengan keyakinannya bahawa orang awam akan berdepan dengan pendedahan radiasi "sifar" apabila loji nadir bumi miliknya beroperasi di Gebeng, Pahang.NONEDalam dokumen bertarikh 23 Mac tahun ini - yang diberikan kepada Malaysiakini oleh wakil perhubungan awam Lynas, Ogilvy
Worldwide - syarikat itu mendakwa, walau apa pun radiasi tambahan dari operasi loji tersebut, hanya akan dialami oleh pekerjanya, dan itupun pada tahap yang rendah sekali.
Memetik hasil Penilaian Impak Radiologi (RIA) yang dijalan dan dibentangkan oleh agensi nasional Nuklear Malaysia pada 2009, Lynas berkata simpanan bahan “sisa” atau produk sampingan operasi mereka ialah "selamat dan tidak menimbulkan risiko kepada orang awam".

"Bagaimanapun, Lynas telah mengambil langkah keselamatan tambahan dengan menempatkan sisa tersebut dalam sel simpanan kejuruteraan yang selamat, yang direka supaya tiada kemungkinan untuk berlaku kebocoran bahan ke persekitarannya,” kata syarikat itu dalam satu daripada tiga dokumen untuk menjelaskan mengenai projek tersebut.

Tiada Lesen Hingga Panel Antarabangsa Kaji Lynas


KUALA LUMPUR 22 APRIL : Sebuah panel antarabangsa yang terdiri daripada “pakar luar negara” akan ditubuhkan bagi menjalankan kajian menyeluruh berhubung keselamatan pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant di Gebeng, Pahang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata panel itu akan dibentuk “sesecepat mungkin” dan dijangka membentangkan laporannya kira-kira sebulan dari tarikh penubuhannya.

Sehingga panel berkenaan membentangkan laporannya, Mustapa berkata kerajaan tidak akan mengeluarkan apa-apa lesen pra-operasi kepada Lynas.

Gani Patail lebih berkuasa daripada Najib malah Obama

Percaya atau tidak, tapi itulah hakikatnya. Gani Patail, Peguam Negara kini dilihat lebih berkuasa daripada Perdana Menteri Malaysia, malah lebih berkuasa daripada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Tindak-tanduk Gani bukan sahaja mengatasi apa saja Undang-undang ciptaan manusia tetapi beliau juga dilihat tidak takut untuk melanggar apa sahaja Undang-undang dan hukum-hakam ciptaan Allah SWT. Rekod pembohongan dan pengkhianatan si peguam negara seperti tiada batasan.
Tindakan terbaru Gani dalam kemelut video seks yang kononnya membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan betapa Undang-undang negara perlu tunduk dan mengikut interpretasi dan kemahuan beliau. Pelbagai hukum dan kanun acara jenayah yang diguna-pakai, hanya sebagai hiasan.

Lagi akhbar Umno dakwa Cina sokong Pakatan demi kukuh kuasa politik

Perkasa semalam berkata akan menerajui gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang disarankan oleh Utusan Malaysia. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 22 April — Satu lagi akhbar milik Umno, Berita Harian turut mendakwa masyarakat Cina negara ini mula memperlihatkan sokongan besar kepada DAP dan perikatannya, Pakatan Rakyat dengan satu “strategi” baru — mahu menguatkan kedudukan ekonomi dan politik. Dalam ruangannya hari ini, Kunta Kinte berkata, bagi orang Cina, menyokong DAP dan Pakatan Rakyat adalah strategi baru dan anjakan pemikiran yang sangat jelas.

Biometrik : Undang PKR Analisis Video Seks, Jika Benar Terbukti Berkesan

Email 1 Malaysia: Najib didakwa berbohong

KUALA LUMPUR, 22 April: Pendedahan demi pendedahan terhadap email 1 Malaysia mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbohong kepada rakyatnya sendiri dan dilihat cuba untuk membantu syarikat yang ada kaitan dengan adiknya.

Pelbagai laman web dan blog mula mendedahkan perkara ini termasuk siapa sebenarnya yang berada di belakang syarikat yang hampir bankrap, Tricubis Berhad, yang mendapat projek bernilai RM50 juta ini.