Khamis, 21 April 2011

‘Bukan Cina sahaja, Melayu juga tak sokong kerajaan’

Trend pengundi Cina menyokong pembangkang khususnya DAP akan berterusan sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.
PETALING JAYA: Kisah pengundi Cina yang menyokong pembangkang khususnya DAP bukan baru. Cuma ada pihak tertentu yang membesar-besarkannya setiap kali parti pemerintah kalah dalam pilihan raya.
Dan gesaan ‘menghukum’ masyarakat Cina juga sudah lali didengar. Lantas masyarakat Cina dicap sebagai warga yang tidak berterima kasih dan perlu dihukum.
Pada PRU 1969, masyarakat Cina menyokong DAP dan menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional (BN) di kawasan bandar dan akhirnya mencetuskan 13 Mei 1969.
Pada PRU 2008, masyarakat Cina berbondong-bondong menyokong pembangkang sehingga DAP berjaya menawan Pulau Pinang.
Dalam pilihan raya negeri Sarawak yang baru berlalu, calon DAP menang dengan cemerlang. Sebaliknya calon SUPP kecundang satu demi satu.

Tarikh PRU 13: Jun 2011, atau 2013?

Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak kini berada dalam dilema, sama ada untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 pada Jun 2011, lantas menutup ruang untuk persediaan pembangkang; ataupun menunggu sehingga tahun 2013?  Keputusan Najib bergantung kepada pertimbangannya, sama ada untuk menawan semula hati pengundi Cina / Kristian, ataupun hanya menyasarkan undi Melayu?
Demikianlah ulasan Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya DAP, Liew Chin Tong terhadap senario politik selepas PRN Sarawak.  Menurut Liew, Najib terpaksa memilih, antara pendekatan untuk mengembalikan sokongan Cina, atau menerima pandangan yang diketengahkan melalui Utusan Malaysia, iaitu usah lagi mempedulikan pengundi Cina, dan mendukung konsep "1Melayu 1Bumi" pada masa yang akan datang.

PKR kepada polis: Dedah siapa di sebalik video seks 1999 "Siapa Anwar"

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan hari ini dalam portal Internet "The Malaysian Insider" yang ditulis oleh Shannon Teoh, seorang bekas pegawai polis Mat Zain Ibrahim mendedahkan sebuah video bertajuk "Siapa Anwar" yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim diedarkan di Kuala Lumpur beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum November 1999.
Laporan polis dibuat berkenaan video tersebut.  Mat Zain yang ketika itu mengetuai Jabatan Penyiasatan Jenayah, Kuala Lumpur memaklumkan bahawa siasatan dibuat berikutan laporan polis tersebut dan polis mengenalpasti sumber video seks 1999, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang video seks 1999 ini, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang pengedarannya kepada orang ramai.

Anwar mesti dihapuskan, demi survival UMNO

Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan.  Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia.  Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun.  Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain.  Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan.  Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar Mahathir pada tahun 1998.  Sejak itu nasibnya pun berubah.  Satu demi satu kawan berpaling tadah.
Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya.  BN hilang kuasa 2/3 di parlimen.  Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA.  Pada ketika itu lubang-lubang tikus di sempadan juga akan menjadi tidak selamat.

PEMANDU mengaku menukar E-mel 1Malaysia dari inisiatif kerajaan kepada swasta

PEMANDU akhirnya mengakui bahawa pihaknya telah menukar projek E-mel 1Malaysia dari "inisiatif kerajaan" kepada "inisiatif swasta" dalam lamannya, setelah didedahkan satu laman internet, GreyReview.  Bagaimanapun, PEMANDU mendakwa bahawa ia adalah kesilapan semata-mata.
Dalam tweeternya etp_roadmap tadi, PEMANDU meninggalkan mesej, "Hi all, we would like to clarify that we made a genuine error in the backgrounder initially.  Upon obtaining clarification about the project, we decided to correct it on our website.  We apologise for any misunderstanding."

Myemail.my: Propaganda ditransformasi kepada pemantauan?

Geram betul otak durianku!  Sementara kita menyaksikan bagaimana isu fitnah video seks membawa masyarakat Malaysia ke arah kegilaan peradaban, kini rejim Najibnomics cuba membawa 16 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas ke arah kegilaan pemantauan (surveillance).
Bertopengkan slogan seperti "transformasi" dan "ETP" yang cuba mendoidoikan rakyat, Kerajaan Najib nampaknya sedang berusaha menangani cabaran dunia siber dan politik semasa dengan projek E-mel 1Malaysia yang cuba menyeragamkan tabiat warga siber lantas memudahkan kawalan terhadap warga siber atas nama keselamatan transaksi urusniaga kerajaan (awam) - tetapi dikendalikan oleh syarikat swasta yang terjalin hubungan nepotisme.

Stay out of Sarawak politics, SPDP tells MCA

Voters make their way to polling rooms in SK St Mary April 16, 2011 Kuching, Sarawak. — Picture by Choo Choy May
MIRI, April 21 — Sarawak Barisan Nasional’s (BN) parties are now locked in a quarrel over Tan Sri Abdul Taib Mahmud’s extended stay in government with the chief minister’s loyalists telling MCA to stop meddling in the hornbill state. Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) vice-president Sylvester Entri Muran chided his political equivalent in MCA Gan Ping Siew today for demanding Taib take responsibility for the loss of Chinese votes in the state election and resign immediately.
The statement, said Entri, shows Gan’s “blatant ignorance” of Sarawak’s political landscape.
Writing in an emailed statement to national news agency Bernama today, the Marudi assemblyman pointed out that it was Taib who had secured BN’s victory during the polls when the ruling pact successfully retained its two-thirds majority in the state assembly.

Snap tolak cadangan gabungan dengan DAP

Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) Stanley Jugol hari ini berkata tidak ada kemungkinan partinya akan bergabung dengan DAP.

Edmund-Stanley-Jugol“Ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini. Kami tidak teruja dengan cadangan itu,” kata Jugol .

“Kami tidak akan adakan mesyuarat jawatankuasa pusat (CEC) bagi membincangkan saranan Lim (Kit Siang) itu,” katanya, sambil menambah CEC baru sahaja menangguhkan mesyauaratnya pada Isnin lalu.

Katanya CEC akan membincangkan perkara itu jika ia dikemukakan ke ibu pejabat Snap ataupun penasihat DAP tersebut menghubungi presiden mereka Edwin Dundang bagi membincangkan penggabungan berkenaan.

Jugol berkata beliau juga terkejut dengan cadangan DAP itu kerana parti Cina itu sebelum ini berkempen menentang calon Snap pada pilihan raya negeri yang lalu.

Dr Lo' Lo' difitnah kerana tanah jerlus

KUALA LUMPUR, 21 April: Kejadian tanah jerlus yang berlaku jam 12.15 malam 14 April lalu di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru, di sini, yang jelas merupakan bencana alam, telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai alat untuk menyebarkan fitnah terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.
Fitnah tersebut disebarkan menerusi pemasangan 'banner' di beberapa batang jalan raya utama di ibu kota sejak awal pagi ini yang memburukkan Dr Lo'Lo' kononnya hanya sekadar pandai bercakap dan berjanji, tetapi tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasinya.
Setakat yang dapat dikesan hari ini, banner-banner tersebut dinaikkan di tiga tempat iaitu di jejantas Jalan Raja Abdullah dekat Kampung Baru, jejantas berdekatan Tabung Haji dan jejantas dekat Jalan Gurney.
Lontoran kata-kata yang dipaparkan pada banner-banner itu masing-masing berbunyi "Dr Lo' Lo' hanya pandai cakap/janji tapi tak mampu selesaikan isu tanah mendap di Kampung Baru", "Tanah Kampung Baru mendap, apa Dr Lo'Lo' mampu buat?" dan "Tanah Kampung Baru mendap, rakyat perlu nilai kemampuan Dr Lo' Lo' selesaikan masalah".

Pemimpin MCA sokong 'amaran' Chua

Para pemimpin MCA berdiri teguh di belakang presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi amaran bahawa masyarakat Cina akan kehilangan perwakilannya dalam kerajaan sekiranya parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

Sejak malam tadi, ibu pejabat parti telah mengeluarkan sekurang-kurangnya lima kenyataan pelbagai pemimpinnya yang
menyokong kenyataan Chua bahawa MCA akan "membincangkan" kedudukannya dalam kerajaan jika prestasinya seburuk dalam pilihan raya umum 2008.

chua soi lek supp ceramah 120411Kenyataan Chua itu dilihat oleh pembangkang sebagai amaran kepada masyarakat Cina bahawa mereka akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan, memandangkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) - yang mewakili kaum Cina Sarawak - kalah teruk dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Bersetuju dengan kenyataan Chua itu, ketua penerangan MCA, Heng Seai Kie berkata parti itu akan dianggap tidak relevan lagi jika ia tidak mencapai kemenangan di peringkat negeri dan pusat dan tidak lagi akan dapat mewakili masyarakat Cina.

Fitnah diyakini makan tuan

KUALA LUMPUR, 21 April: Sebaran fitnah yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Datuk Mohd Ghazali menerusi pemasangan banner-banner tidak bertanggungjawab hari ini, diyakini akan memakan tuannya sendiri.
Keyakinan itu disandarkan kepada pengakuan orang ramai, khususnya penduduk di kawasan Kampung Baru sendiri, berkaitan sikap dan tindakan sebenar Dr Lo' Lo' berhubung kejadian itu yang sememangnya sudah berusaha dengan pelbagai cara bagi membantu mangsa dan mengatasinya.
Beberapa orang penduduk yang ditemui mengakui, sebaliknya yang jelas tidak bertanggungjawab berhubung kejadian itu bukanlah Dr Lo' Lo', tetapi pihak yang menyebarkan fitnah itu sendiri, sehingga mereka bukan sekadar tidak melakukan sebarang tindakan bagi membantu mangsa dan mengatasi kejadian itu, malah tidak pernah menjenguk ke tempat kejadian sejak kejadian itu berlaku.

Informasi E-Mel 1 Malaysia Silap - Pemandu





KUALA LUMPUR 21 APRIL : Unit Pengurusan Pencapaian dan Penghantaran (Pemandu) hari ini terpaksa tampil mempertahankan 'perubahan informasi' berkenaan e-mel 1
Malaysia di laman webnya semalam, dengan alasan pertukaran insiatif swasta daripada insiatif kerajaan itu adalah tidak disengajakan.


Perubahan itu dilakukan setelah rakyat Malaysia membantah projek bernilai RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selasa lalu, lapor portal The Malaysian Insider.


Menurut akaun twitter Pemandu di @etp_roadmap semalam, mereka menjelaskan perubahan itu dilakukan untuk membetulkan 'kesilapan yang tidak disengajakan.'

Video fitnah sudah ada sejak 1999 dan bermotif politik- Bekas Polis

KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan rakaman video seks palsu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah wujud sejak 1999 dan tujuannya bermotif politik.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Zain berkata, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan ‘video seks’ pertama yang diedar pada 1999.
Bekas Ketua jabatan Siasatan Jenayah KL itu berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti “sumber” video pertama 1999 tetapi gagal mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya.
“Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10,” ujarnya.

Kes Sarbaini: Polis rumus kematian mengejut, tiada elemen jenayah

Ahmad Sarbaini Mohamed
KUALA LUMPUR, 21 April – Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 6 April lalu. Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.
“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.
“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.
Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.
Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.
Minggu lalu, keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Sekolah Harapan terima 49 remaja hamil sejak September

JASIN, 21 April – Sejak dibuka pada September lalu, Sekolah Harapan telah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya Datuk Ab Rahaman Ab Karim.
Dipetik Bernama Online, beliau berkata buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah tersebut dengan sebahagiannya telah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin.
“Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi telah dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini.
Ab Rahaman berkata remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (lapan), Pahang (lapan), Negeri Sembilan (lima), Kelantan (lima), Terengganu (tiga), Kuala Lumpur (dua), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata remaja terbabit ditempatkan di sekolah itu sehingga habis tempoh berpantang sebelum kembali kepada keluarga masing-masing.

Menteri: Nasi lemak tak lagi boleh dijual setiap hari

NONEGaris panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual, dijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.

"Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu...mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah.
"Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am...bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul," katanya.

AMK : Tiada Kanun Keseksaan Boleh Mensabitkan Anwar


SHAH ALAM 21 APRIL: Di sebalik kesungguhan polis menyiasat ketulenan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, anehnya, tiada satu pun laporan polis dibuat mengenainya.

Dan sekali lagi, jika pun benar pelakunya adalah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu, tiada peruntukan mahupun kanun keseksaan untuk mendakwa Anwar melakukan sebarang kesalahan jenayah, kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.    

Walhal katanya, ketiga-tiga individu yang jelas berdepan dengan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan itu masih bebas sehingga kini.

"Dalam kes ini, tidak ada satu laporan pun yang dibuat mana-mana pihak untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar dengan apa-apa kes jenayah. Hanya laporan yang dibuat di seluruh negara menjurus secara khusus kepada Seksyen 292.

KEADILAN selar Berita Harian bawa agenda jahat Umno

KUALA LUMPUR: KEADILAN mengutuk tindakan akhbar arus perdana, Berita Harian yang tidak mencerminkan etika kewartawanan kerana melaporkan secara semberono kononnya individu dalam video seks fitnah sepadan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden, N Surendran berkata, selepas meneliti laporan berita tersebut beliau mengesyaki pihak polis turut bersekongkol membocorkan maklumat yang seharusnya sulit kerana masih dalam tempoh siasatan.
“Ini merupakan modus operandi biasa dengan niat jahat yang dilakukan untuk mencalar imej seseorang dengan membuat tajuk berita utama secara sensasi untuk mengelirukan orang ramai.
“Tidak mustahil pihak polis turut bersekongkol dan mereka turut mempunyai agenda politik,” kata Surendran.
Pada tajuk utamanya hari ini, akhbar itu memetik sumber tanpa nama, kononnya sebuah agensi penyiaran terkemuka di Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kabinet Lengah Akta Perhubungan Kaum Lindungi Amalan Rasisme



SHAH ALAM 21 APRIL : Usaha kabinet melengah-lengahkan penggubalan Akta Perhubungan Kaum yang dicadangkan pada September 2008 dilihat sebagai tindakan melindungi kepentingan proksi Umno-Barisan Nasional (BN).

Pelaksanaan Akta Hasutan 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh kementerian dilihat lebih menjurus ke arah 'dwi-standard' tidak akan mengekang kemaraan individu yang berani menjulang pendekatan rasis di negara ini.

Oleh yang demikian, kesempatan ini diambil sewenang-wenangnya oleh Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan melalui rencana bertajuk "Ayuh! Gerakkan 1Melayu 1Bumi" yang diterbitkan semalam.

Utusan, PERKASA Lagakan Melayu, Cina

Rafizi : 1 Melayu, 1 Bumi Penghinaan Terbuka Dasar 1 Malaysia Najib

Salahuddin : Kerajaan Kelantan Terus Perjuang Hak Rakyat

E-Mel 1 Malaysia Bukti Ketandusan Idea BN 'Songlap...

Rakyat perlu internet, bukan e-mel percuma

SHAH ALAM, 21 April: Kerajaan Negeri Selangor menyedari akan peranan internet yang banyak menyumbang kepada perluasan ilmu pengetahuan terhadap masyarakat.
Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan negeri, Rodziah Ismail (gambar) berkata projek-projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor adalah sebahagian daripada manifesto Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang mengutamakan kehendak dan kepentingan rakyat.
“Berhubung Projek Emel 1Malaysia yang dilancarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan, saya ingin menegaskan bahawa sesuatu yang diinginkan oleh rakyat sebenarnya bukanlah emel percuma tetapi kemudahan internet percuma,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Perkasa teraju gerakan ‘1Melayu, 1Bumi’ disyor akhbar Umno

KUALA LUMPUR, 21 April – Perkasa berkata pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengepalai gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang disaran akhbar milik Umno semalam sambil memberi kaum Melayu amaran kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.
Dalam pendirian menyokong gesaan Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, kumpulan itu tiada masa “selesa” lagi untuk menunggu parti-parti Melayu bertindak.
“Perkasa akan memikul tanggungjawab menggerakkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, di mana adalah jelas masyarakat Cina menerusi DAP cuba mahu mengambil alih kuasa politik Melayu,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Gerakan ini akan menjadi sebahagian daripada perhimpunan Melayu ketiga Perkasa di Kedah 30 April ini, (yang diadakan) di Stadium Sultan Abdul Halim,” kata Syed Hassan lagi.

The myths of S'wak polls results

Bridget Welsh
The dust has begun to settle on the 10th Sarawak polls with the BN touting its retention of the two-thirds majority as a victory, while Pakatan Rakyat points to the more than doubling of its seats. This was the most competitive state election in Sarawak's history and was hard fought by both sides.

BN, led by Prime Minister Najib Razak essentially camped in the state for 10 days to assure the two-thirds, while the opposition also focused is national machinery in Sarawak, bringing in the top guns from Peninsular Malaysia and thousands of party workers.

A closer look at the results show that the opposition has made impressive ground, despite its failure to break the two-thirds threshold. Sarawak is no longer BN's fixed deposit, and trends in mobilisation and support suggest that it is even more likely not to be so unless Sarawak BN radically changes how it governs.

Sweet and sour aftermath of S'wak polls

Bridget Welsh
The Sarawak polls are over and the attention is now on assessing its implications at both the state and national levels. Much attention has focused on predictions for the next general elections, with the range of possible dates moving from a few months to further postponement until 2013.

My own view remains that there needs to be some time before the national election machinery is in place again, given the challenges that have emerged from the Sarawak campaign and that anything held this year would be too risky for the BN.

The political terrain is now more uncertain. In this vein, this article examines the immediate political implications, the “sweet” and “sour” challenges that the BN has to face in the wake of the state polls. Tomorrow's piece will examine the implications for Pakatan Rakyat.

The Sarawak results indicate that the BN has suffered a serious bruising and will have to make hard decisions to improve its performance in the next general election.

Taib Mahmud, Umno, Tengku Razaleigh

Sakmongkol AK47

21 APRIL — Saya hairan bagaimana artikel saya mengenai analisa undian keatas PBB dikatakan sebagai pujian. Saya telah menunjukkan suatu jadual/table mengenai keputusan undian PBB.
Saya tidak berminat untuk menunjukan keadaan di mana keadaan tidak banyak berubah atau pada ketika ketika undi PBB merosot dan undi kepada PKR bertambah. Penyokong PKR boleh lah berbuat demikian.
Fakta nya, secara keseluruhan, majority PBB meningkat. Kedua, PBB menambahkan majoriti dalam 23 kawasan dari 35 yang di tandingi nya.
Baca sekali lagi — ianya bukan pujian. Sebaliknya ia nya suatu peringatan kepada Umno bahawa ia tidak dapat mengawal keadaan di masa hadapan. Bagaimana mungkin? Umno sendiri tidak boleh menghasilkan keputusan yang demikian.

Saman royalti minyak: K'tan kemuka rayuan

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS hari ini mengemukakan dua permohonan kepada Mahkamah Rayuan berhubung samannya terhadap syarikat petroleum negara, Petronas berhubung dakwaan tidak dibayar royalti minyak dan gas.

Permohonan pertama adalah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman terhadap Petronas.

PAS yakin rakyat Sarawak boleh berubah

KUALA LUMPUR, 21 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin, rakyat Sarawak khususnya di kawasan pedalaman juga boleh berubah pada pilihan raya umum nanti.

Katanya, perkara itu tidak mustahil kerana PAS punya pengalaman membina pengaruh dan sokongan di termasuk di negeri yang menjadi kubu kuat BN di Semenanjung.

Tinggal lagi katanya, strategi dan cara operasi oleh jentera PAS perlu betul.

"Saya yakin dan percaya bahawa Sarawak boleh berubah sebagaimana kita berjaya merubah kawasan yang pekat dengan pengaruh Umno BN di Semenanjung.

Baru: Mengapa PKR bertanding di 49 kerusi?

NONEApabila PKR mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding 49 daripada 71 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak yang lalu, ramai yang beranggapan parti itu yang baru setahun jagung cuba membolot lebih daripada apa yang sepatutnya.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa parti itu tidak mahu berkongsi bebanan dengan sekutu Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Bagaimanapun menurut pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang dihubungi Malaysiakini baru-baru ini, parti berkenaan dan Pakatan Rakyat membuat keputusan yang tepat.

Katanya, prinsip Pakatan adalah supaya semua kerusi mesti ditandingi kerana pengundi mesti disedarkan bahawa gabungan itu serius untuk mengambil-alih kerajaan negeri.

SUPP dakwa DAP bakar lagi sentimen kaum Cina

NONEKenyataan DAP mengenai isu wakil masyarakat Cina dalam Kabinet Sarawak hanya untuk mencurah minyak ke dalam api, kata Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Lee Kim Shin.

Beliau berkata parti pembangkang itu hanya mahu terus mengelirukan masyarakat Cina di Sarawak mengenai isu yang sepatutnya diselesaikan selepas keadaan kembali tenang.

"Ini bukan masanya untuk menambahkan kekeliruan, yang hanya akan membawa kepada keputusan tidak rasional. Perkara ini patut diputuskan selepas semua orang telah bertenang," katanya kepada pemberita selepas sesi berjumpa rakyat, di Pejabat SUPP, di Miri hari ini.

Akta baru: Elak ulangi keluar anak songsang, kata persatuan Kg Baru

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
KUALA LUMPUR, 21 April — Persatuan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) mengingatkan Putrajaya agar memastikan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010, yang akan dilakukan dengan pindaan ekoran protes, dikongsi terlebih dahulu bersama pemilik-pemilik tanah. Kajian semula rang undang-undang itu kini di peringkat akhir dan akan dibawa ke Parlimen Jun ini.
Pengerusinya Dr Mohd Yusof Ismail berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar tidak seharusnya mengulangi “kesilapan” lama iaitu membawa bacaan kali pertama Disember lalu sehingga menyebabkan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru marah dengan tindakan tersebut.
Pada 14 Disember lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah membentangkan rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat tanpa mendapat “keizinan” pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

Tukar pemimpin langgar syariat, bukan kalah p'raya

KUALA LUMPUR, 21 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan PAS tidak mengubah pemimpin termasuk presiden hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.
Katanya, PAS mempunyai cara tersendiri menilai kepimpinan dan faktor kalah pilihan raya bukan satu alasan tepat untuk mengubah kepimpinan.

“Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT," katanya.

Utusan, PERKASA lagakan Melayu - Cina

Naib Presiden PKR, Tian Chua mengesyorkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera menamatkan konsep 1Malaysia yang dicanangnya selama ini kerana ia nyata tidak selari dengan perjuangan gagasan itu.

pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chuaBercakap kepada TV Selangor, Tian Chua berkata bukan hanya rencana terbitan media kawalannya yang mendesak supaya digerakkan gelombang "1 Melayu, 1 Bumi" diutamakan, bahkan NGO proksi Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) juga mendesak kerajaan meminggirkan masyarakat Cina yang didakwa sanggup “membalas susu dengan tuba”.

“Kalau itu pendirian Umno, sepatutnya Najib secara rasminya perlu mengumumkan penamatan kempen 1Malaysia yang disebarkan merata tempat.
"Jadi, sokongan sekarang menunjukkan sebenarnya BN tidak ikhlas dengan kempen 1Malaysia dan cogan kata ini sebenarnya sebagai satu penipuan,” katanya.
Semalam, PERKASA cawangan Sarawak dalam satu kenyataan media meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada DAP sekiranya nasib masyarakat Cina di negeri itu tidak lagi terbela berikutan trend pengundi kaum itu yang menyokong Pakatan Rakyat.
Mainan politik juak Umno

NGO dakwa Muhyiddin berbohong, isu Interlok belum selesai

KUALA LUMPUR, 21 April — Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) menuduh Tan Sri Muhyiddin Yassin berbohong apabila bulan lalu mengatakan bahawa kontroversi berkaitan novel “Interlok” sudah selesai.
Kumpulan itu yang terdiri daripada pelbagai organisasi khususnya mewakili kaum India juga mendakwa Kementerian Pelajaran juga telah gagal dalam memberi respons ke atas laporan-laporan yang dihantar mereka, menggariskan alasan mengapa novel itu seharusnya digugurkan daripada silibus kementerian.
Pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim Al-Hai berkata novel itu pada keseluruhannya menggambarkan kesemua rakyat Malaysia secara negatif, bukan hanya masyarakat India.
Mereka mendakwa novel itu tidak memenuhi kriteria garis panduan asas Kementerian Pelajaran.
“Timbalan Perdana Menteri berbohong... beliau memberitahu Parlimen pada 24 Mac (lalu) bahawa novel itu akan dikekalkan dalam silibus.

Is Utusan right? Are Malaysian Chinese disloyal

Is Utusan right? Are Malaysian Chinese disloyalUtusan Malaysia called on Umno today to spearhead a 1Melayu, 1Bumi movement involving all Malay parties — claiming DAP was intent on toppling the country’s Malay leadership. Utusan also added that the Chinese already controlled everything and was now aiming for political power.
Although, I would like to take Utusan’s side on this, I am afraid that Utusan is wrong to make such a sweeping statement. Most people believe that Chinese voted for DAP simply because DAP is a multi-racial party. The Chinese rejected MCA simply because it is the only party that represents Chinese. Many Malays refuse to vote UMNO because of the same sentiment.
“Only absolute political power has not been controlled by the Chinese, everything else has been taken,” pointed out Utusan. But it is inaccurate. To say that everything else is taken by the Chinese is laughable. What did the Chinese take? The Economy? Most Chinese thinks the Malays are controlling the economy through the NEP, and not the Chinese.

Rosmah atones for 'shameful' Japan comments, presents RM1.8mil cheque

Rosmah atones for 'shameful' Japan comments, presents RM1.8mil chequeThe prime minister's wife, Datin Seri Rosmah Mansor handed over contributions totalling RM1.8 million for the victims of Japan's recent earthquake and tsunami, to the Japanese ambassador to Malaysia Masahiko Horie.

The donations comprised RM1.6 million collected by the Girl Guides-Maybank Disaster Fund in collaboration with The Star newspaper, and RM200,000 contributed by Mah Sing Foundation.

Rosmah, who is Malaysian Girl Guides Association president, launched the fund on March 18.

She said the money would be channelled to the Japanese Red Cross to buy much-needed supplies like food and medicine.

"The humanitarian effort reflects the close ties between Malaysia and Japan which is going through a difficult time," she told reporters here.

Tukar pemimpin bila kalah kurang tepat

Pada hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa bersilih ganti dalam perjuangan PAS - Nik Aziz.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menukar pemimpin dalam parti itu ekoran kekalahan dalam pilihan raya merupakan langkah kurang tepat.
“Pada hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa bersilih ganti dalam perjuangan PAS,” katanya dalam satu kenyataan media petang ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan penganalisis politik Prof Dr Abdul Aziz Bari yang berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditukar berikutan kekalahan parti itu di Terengganu pada 2004, beberapa siri pilihan raya kecil dan yang terbaru dalam pilihan raya negeri Sarawak.
Menurut Nik Aziz, pertukaran dalam PAS hanya akan berlaku sekiranya pemimpin terbabit melanggar syariat Allah.

Saya sedia ditentang jika ada calon layak

Hadi berkata beliau “bukan mahu menjadi pemimpin selamanya”. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 21 April — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang sebelum ini disifatkan sebagai liabiliti kepada parti itu berkata, beliau sedia ditentang pada pemilihan pusat Jun ini. PAS Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa iaitu ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk bertanding jawatan presiden.
“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.
“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.
Kata Hadi, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

E-Mel 1Malaysia: Projek kerajaan atau projek swasta?

"Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa Email 1Malaysia adalah projek sektor swasta.  Ia tidak melibatkan dana awam terlibat, dan keseluruhannya adalah sukarela," demikianlah mesej tweeter Perdana Menteri Najib Razak semalam.
Malah sebelum Najib, PEMANDU juga menyatakan bahawa Email 1Malaysia tidak diwajibkan kepada semua warga Malaysia.  Ia adalah satu projek yang diterajui Tricubes Berhad dari sektor swasta, dan Tricubes Bhd yang bertanggungjawab terhadap pelaburannya, bukan kerajaan.
Penjelasan ini diumumkan setelah projek bernilai RM50 juta ini mencungkil pertikaian dari pelbagai pihak.  Malah, seperti bantahan terhadap pembinaan Menara 100 tingkat sebelum ini, satu laman telah direka di facebook bernama "1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email" , menarik penyertaan puluhan ribu dalam masa 24 jam.

Lessons from the 2011 Sarawak election

The much-anticipated Sarawak state election has come and gone. People may understandably be disappointed that Pakatan Rakyat could not deny Barisan Nasional’s (BN) two-thirds majority in the State Assembly but there are useful lessons to be learnt from the campaign.
First, it is clear that Sarawak and Sabah are no longer “fixed deposits” for BN. Pakatan Rakyat, once labelled as “outsiders”, have now well and truly established themselves in East Malaysia. BN used to win big in Sarawak and overall Pakatan has made inroads in most constituencies.

Menjawab pandangan Abdul Aziz Bari

Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat  
Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.


Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS.

PRN Sarawak didakwa tsunami untuk PKR

Kegagalan Pakatan Pembangkang untuk melakukan tsunami politik pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke 10 membuktikan bahawa pembangkang di negara ini hanya pandai bercakap sahaja dan hanya mampu menconggak di atas kertas tanpa menilai kemampuan sebenar.
Pada pilihan raya itu, yang bercita-cita tinggi sebenarnya adalah PKR, sedangkan DAP yang sudah lama bertapak di negeri itu tidak berani mendabik dada terhadap kemampuan mereka malah berhati-hati menempatkan calon di kawasan yang ingin dipertandingakan.
Bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim , Annuar Shaari menyifatkat tsunami politik yang ingin dilakukan oleh pakatan pembangkang di Sarawak kepada  Barisan Nasional (BN) tidak menjadi sebaliknya menimpa PKR.
“Seperti kita ketahui, PKR adalah sebuah parti yang bercita-cita tingi, sama seperti Ketua Umum (Anwar Ibrahim)  mereka yang sering berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri tetapi sehingga kini masih tidak menjadi kenyataan.

Salah Satu Punca : Silap tentukan calon KM Sarawak, maka kita tewas?

BENARKAH dakwaan yang menyatakan keputusan PR meletakkan Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak sebagai calon KM Sarawak jika PR memenangi PRN Sarawak baru-baru ini adalah satu keputusan yang baik buat DAP dan PKR, tetapi tidak baik buat PAS?
Secara lojik dan faktanya, dakwaan tersebut amat tidak masuk akal samasekali melainkan untuk mencari alasan mengapa PAS tewas kesemua kerusi yang dipertandingkan di Sarawak.
Jika benar dakwaan tersebut, saya mahu bertanya apakah yang baik dilakukan oleh PR di dalam menentukan bakal KM Sarawak yang boleh memuaskan hati DAP, PKR dan PAS sekaligus? Adakah jika diletakkan calon PAS sebagai bakal KM Sarawak, maka kita mempunyai harapan cerah untuk mengambil alih kerajaan negeri Sarawak?

Nyata Datuk T Pendusta: Rakaman Video Seks Di Kondominium Bukan Di Hotel


Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

Akibat kebodohan Presiden KIMMA, restoran mamak mungkin diboikot

PRESIDEN KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) ternyata seorang yang pengampu nombor wahid serta mempunyai kejahilan teramat sangat dan lebih dahsyat lagi seorang mamak yang berhati busuk. Kesemuanya itu kita boleh lihat di dalam kenyataannya yang dipetik di dalam akhbar Berita Hairan seperti berikut:

DI Batu Pahat, Presiden KIMMA Datuk Syed Ibrahim Kadeer menjelaskan,
"Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang".

Video seks: Polis diminta siasat kaitan kes ‘Datuk T’, Nov 99

Seorang wanita mula menanggalkan pakainannya didalam sedutan klip ini yang terdahulu dimuatnaik ke YouTube.
KUALA LUMPUR, 21 April — Seorang bekas pegawai polis kanan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dikaitkan dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999 dan oleh itu, mahu pihak berkuasa menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan pendedahan video oleh “Datuk T” bulan lalu. Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumput Datuk Mat Zain Ibrahim berkata rakaman video yang pertama diedarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum 1999.
Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan.

RM50 juta sedia e-mel tidak munasabah, membazir

KUALA LUMPUR, 21 April: Pelaburan RM50 juta oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, dianggap sebagai tidak munasabah dan merupakan satu pembaziran nyata yang dilakukan oleh kerajaan.
Menurut Ketua Penerangan GAMIS Pusat, Mohd Yusof Hadhari , rakyat melihat hari ini, pelbagai penyedia perkhidmatan e-mel percuma seperti Yahoo, Gmail, Hotmail dan lain-lain sedangkan kini kerajaan Malaysia dengan murah hati menyediakan RM50 juta untuk perkhidmatan emel tambahan kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
“Emel@1Malaysia dikhabarkan akan diguna bagi urusan menghantar bil dan sebagainya. Jadi, apa perlunya kerajaan berbelanja RM50 juta untuk memperkenalkan e-mel 1Malaysia?

Kenapa PAS aje yang kena serang, PKR tak kalah teruk ke?

Oleh: WDOnline

"WarkahDaily – Penulis rasa terpanggil untuk membuat sedikit ulasan ringan berkaitan analisa keputusan pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.



Penulis bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak, tapi atas pertimbangan yang adil bagi semua pihak dan tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, bahkan mahu Pakatan Rakyat (PR) bergerak atas satu kumpulan yang bernama PR dan bukannya atas nama parti komponen sebagai persediaan ke Putrajaya.