Selasa, 19 April 2011

Undi Cina Bukan Membuta Tuli, Tapi Demi Perubahan


SHAH ALAM 19 APRIL : Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng tidak melihat pengundi Cina sebagai 'tidak berterima kasih' atau memberontak terhadap Barisan Nasional (BN) sebaliknya sebagai pemangkin perubahan rakyat.
Wong berkata pengundi Cina teguh berdiri dibarisan hadapan bagi menuntut perubahan lantaran muak dengan pemerintahan BN yang gagal memberikan keadilan bukan saja kepada kaum Cina, malah semua kaum di Sarawak.
"Mereka berada di barisan hadapan untuk perubahan. Ia bukan satu revolusi. Tidak adil untuk kata mereka sengaja melawan arus. Kaum Cina dimarginalisasi oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan walaupun menyumbang banyak kepada perkembangan ekonomi negeri,

Hadi bukan liabiliti tapi masih relevan, tegas pemimpin PAS

KUALA LUMPUR, 19 April — Pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil menegaskan pemimpin veteran itu bukan liabiliti kepada parti Islam sepert didakwa penganalisis Prof Abdul Aziz Bari.
Sebaliknya, mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi (gambar) yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
Selain itu, mereka juga berpendapat alasan yang diberikan Aziz, seorang penganalisis politik yang mengatakan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah termasuk presidennya yang disandang Hadi adalah tidak wajar dan bersifat mahu mengganggu keharmonian parti itu menjelang pemilihan Jun ini.

Syed Husin dedah SB ‘lantik’ pensyarah universiti

KUALA LUMPUR: Senator Dewan Negara, Profesor Dr Syed Husin Ali  berkata, Polis Cawangan Khas (SB) bukan sahaja mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan, malah turut campurtangan dalam pelantikan pensyarah universiti, yang disifatkan lebih bahaya dan teruk dari campurtangan politik.
Beliau mendedahkan perkara ini semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara, semalam.
“Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis. Sebelum ia boleh diterima, namanya dirujuk kepada pihak keselamatan (biasanya SB) untuk dikaji dan dihalusi latar belakangnya.
“Hanya selepas dibersih atau diluluskan oleh pihak SB barulah tawaran jawatan dihantar kepadanya. Biasanya hubungan dan pendirian politik calon itupun boleh menjadi alasan menyekat perlantikan,” ujarnya yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN.

E-Mail 1 Malaysia Lanjutan Sarkas Najib, Kata Kit Siang


SHAH ALAM 19 APRIL : Kerajaan Barisan Nasional membelanjankan RM50 juta untuk memberikan e-mel percuma 1 Malaysia kepada setiap rakyat negara walaupun hampir seluruh masyarakat yang celit teknoloji maklumat di negara ini mempunyai e-mel sebegitu, kata Penasihat DAP Lim Kit siang.
Adalah dipercayai projek e-mail 1 Malaysia yang dibiayai dengan wang rakyat akan digunakan oleh Barisan Nasional untuk menyebarkan propaganda pemerintah, khususnya semasa pilihanraya umum.
"Saya fikir emel 1 Malaysia ialah penipuan terbaru dalam 'sarkas 1 Malaysia ini. Rakyat Malaysia tidaklah terlalu 'ketinggalan dalam IT sehingga memerlukan RM 50 juta untuk 'diberikan emel baru. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak 12 tahun pun sudah pandai membuat akaun e-mel sendiri dan kebanyakan rakyat  sudah pun mempunyai kemudahan itu, kata beliau kepada TV Selangor hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Kesemua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan diberikan akaun e-mel 1 Malaysia yang terjamin bagi tujuan-tujuan rasmi.

Media Alternatif Bukan Faktor Dominan BN Sukar Menang Bergaya


SHAH ALAM 19 APRIL : Tahap kematangan berpolitik pengundi Sarawak yang semakin tinggi membolehkan Pakatan Rakyat mengejutkan BN apabila menawan 15 kerusi DUN pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak 16 April lalu.
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata meskipun media alternatif memainkan peranan penting dalam mendedahkan segala kepincangan pemerintahan BN di Sarawak, hakikatnya tidak semua rakyat negeri itu yang jauh dipedalaman, mampu mencapai akses media itu.  
Kenyataan itu sekaligus menepis alasan Perdana Menteri Najib Razak bahawa faktor media alternatif semata- mata menyukarkan kemenangan bergaya untuk BN.
"Bagi Sarawak, tidak banyak orang boleh baca atau capai internet, hanya golongan profesional sahaja yang terdedah dengan media alternatif itu," katanya.

Politik feudal masih cengkam Melayu Sarawak

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 menandakan sinar baru kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak pernah berlaku sepanjang sejarah, Barisan Nasional (BN) diberi tentangan sengit, kata Pengarah Pilihan Raya Wanita Pusat, Rodziah Ismail.
Rodziah dalam kenyataanya turut mengingatkan BN supaya tidak mendabik dada dengan kemenangannya kerana PR berjaya menambah lapan kerusi berbanding PRN Sarawak 2006, di samping meningkatkan undi keseluruhan sehingga 45 peratus.
“Jika tidak kerana peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang terbukti terus menjadi ‘talian hayat’ BN untuk kekal berkuasa di Bumi Kenyalang, pastinya ada beberapa kerusi lagi yang akan jatuh ke tangan Pakatan,” kata Rodziah yang Timbalan Ketua Wanita KEADILAN.
Bagaimanapun beliau turut meluahkan kekesalannya kerana kaum Melayu Sarawak masih terus diperangkap dengan politik feudal Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan BN.

Perkauman: Tuduhan Mahathir tidak berasas

KUALA LUMPUR, 19 April: DAP berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir yang mendakwa bahawa parti itu telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak.
Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari berkata, tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali.
Sebaliknya, kata beliau sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia.
Menurutnya, sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah belahkan rakyat.

PAS akan tetap tanding di Sarawak PRU-13, kata Hadi

KUALA LUMPUR, 19 April — PAS akan tetap bertanding merebut kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 walaupun gagal memenangi sebarang kerusi semasa pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu.
Tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar), walaupun parti Islam itu tidak menang di kelima-lima kerusi yang ditandingi namun sokongan kuat pengundi Sarawak menunjukkan parti itu mula diterima.
“Sokongan yang kuat diterima oleh mereka, maka ini petunjuk PAS diterima di Sarawak, namun kekuatan yang ada tidak mampu memberi kemenangan buat masa ini.
“Bagaimanapun kita yakin dengan penerusan gerak kerja yang akan kita lakukan untuk mengembangkan PAS di Sarawak sejurus tamat pilihan raya (negeri Sarawak).

MB: Jangan cerca kami, Pahang tiada kuasa beri Lynas lesen

KUANTAN, 19 April — Kerajaan negeri Pahang tidak mempunyai kuasa untuk melulus dan menutup pembinaan kilang pemprosesan logam nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melulus projek tersebut selepas kajian mendalam oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut.
“Saya rasa hairan kenapa ada pihak yang membuat bantahan dan mencerca kerajaan negeri,” kata beliau (gambar) dipetik Bernama Online hari ini.
“Bukan kerajaan negeri Pahang yang luluskan projek ini. Yang sibuk suruh kita tutup, kenapa,” katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

SPR palsu tandatangan Borang 14, KEADILAN protes di DUN Tebedu

KUCHING: KEADILAN bercadang memfail saman petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan Dewan Undengan Negeri (DUN) N18 Tebedu berikutan wujud unsur penipuan termasuk pemalsuan tandatangan yang disyaki dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ia berikutan Calon KEADILAN kerusi itu, Cristopher Anak Kiyui percaya penipuan berlaku pada proses kiraan undi dan tandatangan wakil ejen undi (PACA) pada Borang 14 yang dikeluarkan SPR.
Justeru, beliau membuat laporan  di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Maung yang terletak dalam daerah Batu Lintang di sini.
“Dari 45 agen kira undi (PACA), hanya lima orang diberi Borang 14 yang asli. Seramai 35 agen KEADILAN lain tidak dapat, (kecuali) semuanya borang adalah salinan (fotostat).

Poll results blow for Najib, say analysts

The just-concluded Sarawak polls is seen as an important gauge of popularity for Najib, who must face a general election of his own.
By M Jegathesan
KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Tun Razak is unlikely to call snap elections after a bruising state poll in which his ruling coalition lost ground to the opposition in a traditional stronghold, analysts said.
The Barisan Nasional (BN) coalition held onto its crucial two-thirds majority after Saturday’s vote in Sarawak but the opposition had its best result for nearly a quarter century in the resource-rich state on the Borneo island.
The vote was seen as an important gauge of popularity for Najib, who has dished out money for rural development.
Some observers said it was the most crucial test for the BN since the 2008 general election when the opposition seized a third of parliamentary seats and threatened the BN’s half-century grip on power.
In Saturday’s Sarawak election, the BN clinched 55 seats while Anwar Ibrahim’s opposition Pakatan Rakyat alliance won 15. An independent candidate took one seat. Previously the BN had held 63 seats and the opposition eight.

Video : Tiga 'Datuk T' Mungkin Dicaj Tayang Video Seks

Dari 1juta Pengundi, Hanya 300ribu Undi BN

Oleh ramziredang

"Mungkin kerana kesilapan kedua dua PKR dan Snap yang sama sama tamak, maka pengundi berbelah bahagi memihak kepada BN. Akhirnya keputusannya jelas dan nyata, keduanya rugi. Samada sesiapa yang keras kepala siapa yang tidak adalah soal lain, yang pasti rugi tetap rugi

BN memang boleh berbangga kerana dia menang banyak kerusi. Ini mungkin hasil dari persempadanan semula. Tetapi dari segi sokongan rakyat, jelas dan nyata rakyat telah menolak BN secara total. Dari keseluruhan jumlah pengundi yang melebihi sejuta orang, BN hanya mendapat lebih kurang 300 ribu undian penduduk Sarawak. Yang selebihnya adalah mengundi pembangkang, undi rosak ataupun yang tidak hadir.
Jelaslah di sini kenapa BN bermati matian yang dibantu oleh talibarutnya SPR, inginkan persempadanan semula kawasan pilihanraya.
SPR sangat marah dan geram bila khabar angin dari media alternatif mengatakan PR telah menang. Sementara muka pengarah SPR kembali ceria bila mengumumkan BN telah menang majoriti.  Nyatalah SPR tidak menyebelahi mana mana pihak. SPR 'tidak menyebelahi mana mana pihak' yang lain, kecuali hanya satu pihak iaitu BN.
Perbuatlah apa sahaja, yang nyata 700 ribu dari pengundi Sarawak, telah tidak memilih BN. Syabas rakyat Sarawak

Skandal Scorpene: Suaram lantik hakim bebas di Perancis

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.
“Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi,” kata Cynthia kepada KeadilanDaily, hari ini.

Pakatan gagal manfaatkan Youtube, Facebook; terus berangan tentang media baru?

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Walaupun saya belajar kejuruteraan selama lima tahun di Universiti Teknologi Malaysia (1981-86), namun saya boleh dianggap sebagai orang yang cukup "lembab" untuk menguasai teknologi baru. Semasa menyertai Harakah pada 1987, hatta untuk menggunakan perisian komputer yang paling mudah, iaitu sekadar untuk menulis bagi menggantikan mesin taip, saya "merangkak-rangkak". Dari segi aplikasi, seorang rakan sepejabat, lulusan sekolah Arab, lebih cepat memahami.


Dunia ICT berkembang pesat dan cukup menakjubkan -- umpama sebuah revolusi. Sebagai wartawan dan kemudiannya editor, saya memang sering "ketinggalan keretapi". Ketika teriakan reformasi 1998 mengejutkan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan seterusnya merebak ke seluruh negara, saya lebih banyak tertumpu di Harakah, majalah Tamadun dan kemudiannya menerbitkan sendiri, Detik. Bagaimanapun, saya tetap menjadi pencandu laman-laman web popular seperti Mahazalim, Mahafiraun dan Minda Rakyat.

Taib Angkat Sumpah Tanpa Pakai Stoking?

SEBELUM meninggalkan Kuching tengah hari tadi, sebelah pagi saya makan nasi kerabu di kedai orang Kelantan di Satok. Yang bawa saya tentulah sahabat seperjuangan, Cikgu Din. Dia datang jemput saya dan kami terus ke Satok. Di Kedai itu terjumpa pula anak pahlawan Sarawak yang asalnya dari Kelantan.

Orang ini hebat dan dia mengetahui banyak cerita dalam kain politik Sarawak. Saya akan cerita kemudian. Bersama si pahlawan ini ada dua lagi temannya. Mereka juga hebat dan merupakan orang 'besar' Sarawak. "Ini orang besar Kuching, MSO," begitulah beritahu Cikgu Din memperkenalkan kepada saya.

Dr M: Politik rasis DAP kini menular di S'wak

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa 'jenama politik perkauman' ke negeri terbesar di Malaysia itu.

chedet mahathir blog 020508Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa sebelum ini, semua kaum berkerjasama dengan satu sama lain demi pembangunan Sarawak.

“Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana membawa politik perkauman ke Sarawak. Sekarang kita dengan jelas melihat masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum. Mereka kini dijangkiti virus perkauman yang menjadi asas perjuangan DAP,” tulisnya.

“Malaysia menghadapi bahaya terbahagi kepada dua parti - satu Melayu yan didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara.”

NONEPada pilihan raya ke-10, Sabtu lalu, Pakatan Rakyat yang diterajui DAP memenangi 15 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Mengenai pilihan raya umum ke-13 akan datang, mantan perdana menteri itu berkata beliau berharap dan berdoa corak di Sarawak tidak akan diulang di seluruh Malaysia.

“Biar kita berfikir secara berhati-hati sama ada kita mahu memecahkan negara ini atau bersedia berkorban sesuatu bagi mengekalkan kestabilan dan pembangunan menerusi gabungan BN,” katanya.