Jumaat, 15 April 2011

Kes Altantuya : Pegawai Kanan ATM Digantung Tugas


SHAH ALAM 15 APRIL : Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin berjaya menarik perhatian Kementerian Pertahanan bersabit dakwaan beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu apabila  seorang pegawai  tentera kanan digantung tugas sementara untuk siasatan dilakukan.

Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa ia menggantung Kol Azmi Zainal Abidin dari tugas-tugas rasmi.

Kol Azmi adalah orang kedua dalam unit cawangan khas ATM pada tahun 2008 sebelum dipindahkan ke cabang lain.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Azizah Ariffin bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa wujud sebuah laporan ATM mensabitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor dan dua pegawai tentera lain hadir di tempat kejadian malam Altantuya mati dibom pada Oktober 2006.

KSN patut kesal dengan penukaran Judin

KUALA LUMPUR, 15 April: Mulai 1 Mei ini, Datuk Seri Judin Abdul Karim akan meninggalkan kerusi Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan pihak yang sepatutnya merasa kesal dengannya adalah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Seri Mohd Sidek Hassan.

Ini kerana, Sidek juga adalah Pengerusi Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang berusaha untuk mempastikan rakyat Malaysia khasnya kakitangan kerajaan yang berada di bawahnya penuh intergriti.

Bagi kakitangan JKR, Judin (gambar) adalah antara kakitangan yang pernah mereka kenali sebagai pemimpin yang penuh intergriti yang menjaga kepentingan negara di tempat yang sensitif itu.

"Sidek adalah orang yang patut merasa kesal dengan apa yang berlaku ke atas Datuk Seri Judin," kata seorang pegawai kanan JKR.

Rakyat terkejut PM rasa dirinya sudah bersih

KUALA LUMPUR, Apr 15: Rakyat bukan terkejut dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin, tapi terkejut bagaimana TV3 dan Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengambil kata-kata seorang yang diisu waran tangkap sehingga kini masih menjadi buruan polis sebagai muktamad.

Begitulah reaksi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran media tradisional Barisan Nasional yang hangat mempermainkan dan memutarkan kenyataan Raja Petra yang di wawancara bersama TV3 untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap pilihanraya negeri Sarawak, di mana Barisan Nasional kini amat tertekan untuk mempertahankan dua pertiga majoriti DUN Sarawak.

Dalam tulisan terbarunya, Raja Petra menegaskan bahawa beliau hanya menerangkan apa yang didakwanya selama ini seperti mana yang tertera di dalam pengakuan bersumpah beliau, di mana beliau diberitahu secara yakin oleh beberapa individu bahawa Najib dan isterinya Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan ngeri Altantuya pada tahun 2006 dan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Pembela protes Alkitab, dakwa Kristian mahu murtad Muslim

Dr Yusry Mohamad
KUALA LUMPUR, 15 April — Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan protes berhubung isu Alkitab hari ini sambil mendakwa kumpulan Kristian mempunyai agenda untuk menyemai fahaman pluralisme kepada umat Islam. Jurucakap Pembela, Dr Yusry Mohamad berkata, kumpulan-kumpulan Kristian cuba mencabar kedudukan agama Islam apabila bertegas mahu Putrajaya melepaskan kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri sebelum ini.
Jelas beliau, Pembela menentang keras usaha yang dilakukan kumpulan Kristian agar penggunaan kalimah “Allah” dibenarkan dalam kitab suci itu.
“Akhir-akhir ini dalam menangani isu berkaitan kitab Injil dan penggunaan kalimah Allah, sesetengah pihak terutamanya kumpulan-kumpulan Kristian kelihatan mula mencabar dan merombak kedudukan dan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara.

Raja Petra: Saya tak belot, masih bersama pembangkang

KUALA LUMPUR, 15 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamaruddin menegaskan beliau masih bersama barisan pembangkang sambil menafikan beliau telah membelot hanya kerana memberi TV3 satu temu bual eksklusif, yang disiarkan semalam dan kelmarin.
Raja Petra (gambar) mencetuskan kegemparan dua hari lalu apabila dalam temu bual itu mengatakan bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menter Datuk Seri Najib Razak atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.
Editor portal Malaysia Today ini menjelaskan keputusan memberikan temu bual itu kepada The Malaysia Insider hari ini.
Respons penuh adalah seperti berikut:
TMI: Baru-baru ini anda berada di Australia, bermakna anda mempunyai pasport untuk mengembara. Di mana anda berada sekarang dan di mana anda tinggal (sekarang)? Adakah anda akan balik ke Malaysia dalam waktu terdekat?

Mufti Pahang: ‘Amalan berkabung tak canggah Islam, cuma adat’

KUALA LUMPUR, 15 April — Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman mahu percanggahan pendapat mengenai isu berkabung selama 40 hari dibincangkan bagi mencari penyelesaian demi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Sehubungan itu beliau juga menolak andaian bahawa amalan berkabung 40 hari sebenarnya bercanggah dengan ajaran Islam, sebaliknya berkata ia hanya salah adat untuk memperingati kematian seseorang.
“Sebenarnya dalam Islam memang tidak ada soal berkabung 40 hari, yang ada hanya untuk wanita kematian suami.
“Amalan berkabung 40 hari ini biasanya adalah adat untuk memperingati jasa pemimpin negara atau kerabat diraja, ia hanya adat biasa dan ia bukan amalan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Awal minggu ini, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, amalan berkabung selama 40 hari sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja yang diamalkan selama ini bercanggah dengan ajaran Islam.
Kata Asri, dalam ajaran Islam yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama empat bulan 10 hari dan bukan berkabung secara “berlebihan” sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja.
Sehubungan itu jelas Abdul Rahman,  sepatutnya perkara itu dibincangkan terlebih dahulu secara khusus kerana ia bukan keputusan seorang individu.
“Kita kena bincangkan secara khusus perkara ini, ia bukan keputusan individu, saya juga tidak boleh kata ia salah atau tidak.
“Bagi saya ia hanya adat di satu-satu kawasan, jadi kita perlu bincangkan, bagi penerangan sebalum buat apa-apa keputusan,” katanya.
Bagaimanapun beberapa mufti lain enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata, amalan berkabung selama 40 hari itu diamalkan kerana orang Islam tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.
“Memang betul, dalam syariat Islam tiada amalan berkabung 40 hari yang ada pun wanita yang kematian suami, perkara ini terjadi kerana orang kita tidak ambil peduli.
“Amalan berkabung ini memang tidak ada dalam Islam, segala bentuk amalan termasuk pakai baju hitam, memakai lilitan kepala dan sebagai tiada dalam Islam, jadi ia sepatutnya tidak diadakan kerana bimbang menyerupai budaya bukan Islam pula,” katanya.
Jelas beliau, Islam tidak menuntut umatnya untuk bersedih atau meratapi kematian seseorang, sebaliknya cukup dengan memberikan takziah serta bantuan.
“Islam tidak suruh orang bersedih terlalu lama, kalau ada kematian dan menurut adab Islam cukup dengan menyampaikan takziah atau memberikan pertolongan jika perlu.
“Kita tidak perlu nak buat benda yang tidak ada tapi diadakan, jangan buat benda yang akhirnya akan menjadi ikutan. Lebih baik amalan seperti ini tidak dibuat dan kita tidak mahu ia menyerupai budaya oranhg bukan Islam pula,” katanya.
Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, mana-mana amalan yang tidak dituntut dalam Islam termasuk berkabung selama 40 sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja adalah tidak digalakkan.
Menurut beliau, istilah berkabung tiada dalam ajaran Islam dan amalan “meratapi” selama 40 hari kematian pemimpin negara dan kerabat diraja juga tidak dituntut dan ia sewajarnya tidak perlu dilakukan.
“Memang tidak ada (berkabung 40 hari), malah dalam Islam istilah berkabung itu juga tidak ada... apa yang ada adalah ‘idah’ bagi wanita kematian suami iaitu selama empat bulan 10 hari tapi ia bukan berkabung.
“Amalan ini memang tidak ada dalam Islam, saya tak tahu ia dari amalan atau budaya mana tapi seingat saya dalam Islam ia memang tidak ada,” katanya.
Tegas Sheikh Abdul Halim, adalah lebih baik sekiranya amalan berkabung selama 40 hari itu tidak diadakan kerana ia tidak dituntut dalam Islam selain dikhuatiri menyerupai amalan atau budaya agama lain.
“Buat apa kita nak buat perkara atau amalan yang tak dituntut dalam Islam, ia bukan dari ajaran Islam juga bukan budaya orang Islam, jadi kenapa perlu kita buat?
“Dalam Islam memang tidak ada upacara seperti ini, benda yang tidak ada kenapa perlu diadakan? Bagaimanapun walaupun ia tidak dituntut (dalam Islam) tapi saya tidak boleh kata ia tidak boleh diadakan atau diadakan.
“Cuma ingin saya tegaskan, amalan yang tidak dituntut dalam Islam dan kalau ia menyerupai amalan agama lain kita tidak boleh buat, jadi amalan seperti ini tidak perlulah untuk kita buat. Benda yang tidak ada dalam asas Islam tidak digalakkan atau tidak boleh dibuat, mudah kata tidak perlu buat,” katanya.

Integriti, Ustaz Azizan dan Prof Judin

AHMAD LUTFI OTHMAN
Ramai pejuang yang bersedia diasak penderitaan, mampu ditekan kezaliman dan bersabar dikurung elit penguasa. Namun, apabila digoda pangkat dan kedudukan, dihampar khazanah dunia, ditawar kemasyhuran dan prestij, tidak sedikit yang kecundang lemas. Rasuah, salahguna kuasa dan penyakit beriringan, seperti kronisme, mudah merebak bersama arus deras "KUASA".


Integriti, maruah dan kehormatan diri sekadar basahan bibir tetapi sukar dipertahankan, apatah lagi jika ia tercabar semasa diri keseorangan dan tiada mata yang memandang. Malah ada individu yang menduduki singgahsana kuasa, mulanya berpegang dengan prinsip luhur dan etika mulia, tetapi secara perlahan-lahan meleburkan idealisme, dengan seribu satu justifikasi.

Wawancara Raja Petra tidak jejaskan kebenaran akuan bersumpahnya

Oleh N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan serius terhadap Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.
Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan  Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai. Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan sepenuhnya.


Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes ini.
Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau telah dimaklumkan oleh "sumber yang boleh dipercayai" berkenaan perkara ini.

Rare earth: MCA Youth comes to Pang’s defence

Pang was just doing his duties as a state assemblyman in objecting to construction of rare earth plant in Kuantan, says Wee.
PETALING JAYA: MCA Youth chief Wee Ka Siong today defended Semambu assemblyman Pang Tsu Ming over his opposition to the rare earth plant project in Gebeng, Kuantan.
Wee said that Pang was merely fulfilling his duties as a state assemblyman in voicing the concerns of the people over the project by Australian firm, Lynas Corporation Limited.
“He has the responsibility to convey the worries and views of the people he represents to the Pahang government. It does not mean that he is colluding with the opposition.
“Pang had even suggested that the government set up an independent body to study the implications of the rare earth refinery,” said Wee.
He said Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob who had criticised Pang for his stand should focus on the advice by professionals on the health, safety and environmental aspects of the plant.
He cautioned Adnan that any attempts to prolong the dispute would only play into the opposition’s hand that the government is unable to resolve the issue.

Anwar has lost credibility, says Raja Petra

The fugitive blogger does an about-turn on the opposition leader, criticising him for deceiving the people.
KUALA LUMPUR: Blogger Raja Petra Kamaruddin said Anwar Ibrahim lost his credibility when he failed to fulfil his promise that the opposition pact would form the government on Sept 16, 2008.
Admitting that he was himself deceived, Raja Petra said the opposition leader had given him false hope when the blogger was detained in Kamunting, Perak, under the Internal Security Act (ISA).
“Anwar came to the court because there were two cases going on simultaneously and told me ‘don’t worry, you will be out soon because we are going to form the government on Sept 16′,” he said in an exclusive interview with TV3 group editor Ashraf Abdullah in Perth recently.
The second part of the interview was shown in Buletin Utama TV3 tonight.
Raja Petra said the failure of the opposition grouping to form the government as promised by Anwar had demoralised its supporters.
Raja Petra said the opposition could not even form a shadow cabinet.

Raja Petra,King Bloger Dah Jadi King Burger

leh Mohd Sayuti Omar
Raja Putra Kamarudin yang kini melarikan diri di luar negara kerana kecut perut dengan tindakan beberapa individu yang menyaman beliau telah membuat pusingan baring di saat-saat rakyat Sarawak ingin memilih kerajaan baru , 16 April.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan TV3 di Perth Australia yang disiarkan malam tadi, Raja Petra menjelaskan beliau tidak sama sekali menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Katanya apa yang berlaku dia hanya menulis berdasarkan kenyataan atau sumber pihak atau individu tertentu saja


Beliau menyebut beberapa nama orang yang memberi maklumat itu dan mereka ada kaitan dengan Anwar Ibrahim.
Wah mudah Raja Petra sapu tangan dengan 'kotoran' yang beliau buat itu. Apakah sebenarnya beliau tahu tanggungjawab seorang penulis. Mungkin beliau seorang penulis yang berani tetapi kalau berani tanpa memahami etika beliau bukan penulis yang berkualiti.

Pembela anjur protes bantah Alkitab di KL hari ini.

Dilihat sebagai langkah melahirkan protes umat Islam berhubung isu Alkitab, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan perhimpunan aman membantah keputusan Putrajaya melepaskan 35,100 naskhah kitab Injil versi Bahasa Malaysia.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider jurucakap Pembela, Dr Yusri Mohamad berkata, perhimpunan aman yang disertai 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan diadakan di pekarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat esok.
“Kita anjurkan perhimpunan itu untuk menzahirkan pandangan dan suara pertubuhan-pertubuhan Islam yang turut mewakili masyarakat Islam bagi mempertahankan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
“Perhimpunan ini adalah untuk membantah tindakan kerajaan membenarkan naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia termasuk penggunaan kalimah Allah,” katanya.
Kata beliau, pihaknya tetap bertegas membantah tidak membenarkan 35,100 kitab Injil atau Alkitab yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching dilepaskan.

Kristian mahu penyelesaian kekal isu Alkitab, kalimah Allah

PETALING JAYA, 14 April — Persekutuan Gereja Malaysia (CFM) masih kekal tidak yakin dengan formula 10 perkara yang diumumkan oleh Putrajaya pada 2 April lalu bagi menyelesaikan isu Alkitab sambil mendakwa pendekatan itu hanya sebagai “langkah ad hoc dan jangka pendek” semata-mata.
Pertubuhan itu menegaskan formula tersebut masih belum menyelesaikan isu berkaitan dengan penggunaan kalimah “Allah.”
“Kami menganggap penyelesaian 10 perkara sebagai penyelesaian ad hoc dan jangka pendek,” kata Presiden CFM Ng Moon Hing di sini hari ini.
Ng menjelaskan formula 10 perkara sebenarnya telah gagal menangani isu akar umbi yang menyelubungi masyarakat Kristian, yang melarang penerbitan yang mempunyai kalimah “Allah.”
Beliau kemudian memetik tiga undang-undang yang dilihat sebagai punca kepada masalah semasa, iaitu:
— Larangan Alkitab 1982 dan larangan 1983 ke atas “Perjanjian Baru” di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas alasan Alkitab adalah ancaman kepada kepentingan keselamatan Negara
— Perintah pentadbiran 1986 melarang penggunaan kalimah “Allah” dalam penerbitan Kristian atas alasan ketenteraman awam dan untuk mengelakkan salah faham antara komuniti Islam dan Kristian
— Garis panduan bahagian kawalan dan penerbitan buku teks Al-Quran yang melarang penggunaan kalimah Allah “(Langkah) satu negara dua dasar mengelirukan dan tidak boleh diterima,” kata Ng.
“Kami mengulangi bahawa kitab Injil adalah kitab suci kami dan hak kami untuk membaca dan berdoa dalam bahasa pilihan kami, sebagaimana kebebasan untuk beragama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ng.

PKR ‘protes’ Khalid dilantik timbalan IGP

KUALA LUMPUR, 14 April — PKR menyifatkan keputusan Putrajaya melantik Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baru adalah tidak wajar dan “satu langkah tidak bijak” jika mahu memulihkan imej PDRM.
Menurut naib presidennya N. Surendran, banyak pihak akan mempersoalkan pelantikan bekas ketua polis Selangor itu kerana kegagalan beliau dalam beberapa insiden kematian dan penyalahgunaan kuasa dalam pasukan polis Selangor.
Tambah Surendran, beliau sendiri tidak yakin akan kredibiliti dan keupayaan Khalid untuk memikul tanggungjawab orang nombor dua dalam PDRM.
Selain itu, tambahnya, pelantikan Khalid itu juga dilihat satu usaha untuk mengangkat beliau menjadi ketua polis negara selepa ini.

Sampai kiamat Yahudi tidak akan berdamai dengan Islam

KADANG-KADANG rasa simpati wujud juga buat bangsa Yahudi yang sering dihalau ke sana ke mari….tapi perasaan itu akhirnya hangus terbakar juga bila mana membaca dan melihat sendiri sikap tamak dan kezaliman bangsa yang paling dilaknat Allah ini.
Bangsa Yahudi inilah yang pernah cuba membunuh Rasul-Rasul yang dilantik oleh Allah termasuklah Rasulullah, Muhammad s.a.w Mereka jugalah yang cuba memecahbelahkan umat Islam dalam peristiwa Masjid Dhirar dan Perang Ahzab


Bangsa Yahudi ini telah menghafal sejarah pengusiran mereka dari yang berentetan di seluruh dunia. Mereka bukan sahaja pernah diusir dari tanah arab ataupun Baitulmaqdis. Malah dalam pemerintahan Kerajaan selain dari Islam pun mereka pernah diusir dan dihalau dengan penuh penghinaan.