Rabu, 13 April 2011

Pilu Hati Seorang Ibu



KUALA LUMPUR 13 APRIL : Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak kesayangan yang menjaga makan-minum dan menemaninya tiba-tiba ditangkap pihak berkuasa tanpa sebab munasabah.

Tanpa penjelasan dan setelah dua minggu tanpa khabar berita, apatah lagi kurang upaya, hati ibu ini terus dirundung pilu.

Kerinduan Mah Mat Deris, 67 tahun mendorong beliau hadir walaupun dalam keadaan uzur apabila Polis DiRaja Malaysia akhirnya membenarkan ahli keluarga menemui tahanan ISA Kadir Hashim di Bukit Aman hari ini.

Mah nyata masih sedih dan keliru dengan penangkapan anaknya itu sejak 1 April lalu mahu Kadir dibebaskan segera.

Polis akui Kadir tak patut ditahan ISA

KUALA LUMPUR: “Semasa saya tanya polis berkenaan penangkapan adik saya, polis sendiri mengakui bahawa Kadir
tidak patut ditahan,” kata Hisham Hashim, 42, abang mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Kadir
Hashim.
Menurut Hisham, semasa berjumpa adiknya, polis memberitahu bahawa Kadir terlibat dengan kegiatan subversif dalam internet berkaitan dengan bom dan senjata api.
“Pihak polis mengatakan Kadir terlibat dengan subversif dalam internet berkaitan bom, senjata api, tetapi dalam masa yang sama polis memberitahu memang Kadir tidak sepatutnya ditahan.
“Sebenarnya polis tak ada nyatakan apa-apa pun, tapi polis memberitahu Kadir masih dalam siasatan, paling lama dalam tempoh 60 hari,” ujarnya selepas berjumpa Kadir kir-kira sejam di Balai Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Hisham juga kesal tindakan polis yang masih ‘mengepung’ ketika beliau dan ibunya berjumpa dengan Kadir.
“Saya tidak selesa untuk bercakap dengan Kadir kerana lapan orang polis mengelilingi kami sehingga mahu bertanya perkara peribadi pun tidak boleh.

Ahli politik Australia kutuk pembuangan sisa radioaktif di Kuantan

KUAla LUMPUR: Ahli politik Australia, Robin Chapple, meluahkan rasa tidak senangnya terhadap pembuangan sisa radioaktif di Gebeng, Pahang yang sudah pun diluluskan kerajaan Barisan Nasional.
Loji memproses sisa radioaktif di Gebeng Pahang itu yang dikenali sebagai Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) akan beroperasi sepenuhnya bulan September ini di bawah seliaan Lynas Corporation.
Lynas Corporation adalah syarikat Australia yang mempunyai lombong di Kwinana, Mount Weld, Australia Barat. Apabila beroperasi sepenuhnya nanti, loji di Gebeng, Pahang akan memproses mineral thorium dari lombong di Mount Weld.
Chapple yang merupakan ahli Majlis Perundangan Australia Barat, berharap kerajaan negaranya tidak bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di Malaysia.
“Saya berharap kerajaan pimpinan Barnett (Ketua Menteri Australia Barat) tidak akan bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di negara lain.
“Barnett perlu mengambil tindakan untuk memaksa Lynas memastikan tiada thorium meninggalkan tapak lombong Mount Weld,” kata Chapple.

‘Mengapa Pakatan Rakyat perlu ditolak rakyat Sarawak?’

Kempen penulis blog pro Umno di Sarawak
PETALING JAYA: Meskipun Umno tidak mengetengahkan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak, namun penulis blog pro-Umno tetap berkempen di alam siber.
Penulis blog, Apai Ngelai dan Mohammad Roslan di dalam blog mereka (rajahmas.blogspot.com) mengetengahkan 10 sebab mengapa calon Pakatan Rakyat perlu ditolak rakyat Sarawak.
Ia turut disiarkan dalam laman Umno Online.
Mereka berhujah bahawa tempoh kerjaya pemimpin terkemuka DAP seperti Lim Kit Siang, dan DAP Karpal Singh, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS,  Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah lebih lama berbanding tempoh Tan Sri  Abdul Taib Mahmud menjadi ketua menteri Sarawak.

Mahkamah batal saman Ummi Hafilda terhadap Baginda Minda

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamar berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman fitnah dengan tuntutan ganti rugi RM100 juta yang difailkan ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali terhadap bekas rakan perniagaannya dan portal berita Malaysiakini.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamar berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah.
Saman itu, yang difailkan pada 17 Mac lalu, dijadualkan untuk sebutan hari ini.
Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman itu melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di kaunter Mahkamah Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.

Selepas tipu, 'ustaz' ugut bunuh pula

KUALA LUMPUR, 13 April: Pasangan suami isteri bergelar ustaz dan ustazah dan dari kalangan aktivis Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Kelantan, kini bertindak lebih melampau dengan melakukan ugutan bunuh kepada orang yang meminjamkan wang kepadanya.

Ugutan tersebut dibuat untuk menakutkan orang yang meminjamkan wang kepadanya agar tidak terus menuntut hutangnya, sekali gus untuk menutup mulut individu terbabit supaya tidak menceritakan kejahatan mereka kepada orang lain termasuk kepada ibu bapa mereka.

Seorang mangsanya, Ikwan Ariffin, 25, yang tinggal di Dungun, Terengganu ketika mendedahkan perkara itu berkata, ugutan tersebut sememangnya serius dan ia turut dialami oleh beliau sendiri ketika beliau menuntut hutangnya buat kesekian kalinya daripada mereka, 6 April lalu.

Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di hadapan ibu kepada ustaz itu sendiri, setelah beliau sampai di rumah ibunya untuk bertanyakan sama ada ustaz tersebut datang ke rumah ibunya atau tidak.

Mufti Perak: Fatwa haramkan poco-poco belum diwarta


KUALA LUMPUR, 13 April — Tan Sri Harussani Zakaria mengakui sesiapa yang terlibat dalam tarian poco-poco di Perak boleh dikenakan tindakan termasuk  ditangkap hanya selepas fatwa berkenaan, yang diputuskan Februari lalu, digazetkan.
Bagaimanapun Mufti Perak itu berkata, proses untuk menggazetkan keputusan pengharaman tarian poco-poco mengambil masa selain perlu mendapat perkenan Sultan Perak selaku ketua agama negeri.
Kata Harussani (gambar), beliau juga perlu menjelaskan pengharaman tarian poco-poco kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan pandangan.
“Belum digazetkan lagi... belum lagi... bila isu ini timbul saya akan bincang dulu, saya akan bincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti. Saya perlu jelaskan dulu alasan kenapa saya haramkan tarian poco-poco di Perak,” kata beliau.

Rakyat Kuantan Tetap Membantah Pembinaan Loji Tanah Jarang di Gebeng




SHAH ALAM 12 APRIL : Dakwaan Lynas Corporation bahawa Loji Tanah Jarang di Gebeng, Kuantan hanya mendedahkan bahan radioaktif 'Thorium' pada kadar minimum tidak boleh diterima Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Menurut Fuziah, kadar 0.16 peratus Thorium atau 61 'becquerel atau Bq per gram memang rendah tetapi akan berakumulasi seiring dengan masa dan tahap pengeluaran tanah jarang terbabit.
"Kita mempersoalkan tahap kumulatif Thoriumnya. Kalau 61 bq per gram memanglah di bawah tahap bahaya. Tapi kita cakap pasal kumulatif. Bila kita cakap mengenai 100 tan metrik setiap tahun, dan dikumpulkan lebih 10 tahun, malah dalam artikelnya 24 tahun. Kita persoalkan jumlah (Thorium) itu secara keseluruhan," katanya kepada TV Selangor hari ini.
Thorium merupakan bahan asli radioaktif yang dilombong bagi sebagai 'minyak' reaktor nuklear.