Selasa, 12 April 2011

Buku sejarah: Pemimpin Perkasa ‘canggah’ pendirian, kata pakar

KUALA LUMPUR, 12 April – Pakar sejarah Dr Ranjit Singh Malhi menyifatkan kenyataan Datin Paduka Professor Dr Ramlah Adam bercanggah dengan dirinya sendiri apabila mengatakan buku teks sejarah sudah “seimbang” dan menafikan sumbangan orang bukan Melayu ke atas sejarah negara.
Ranjit juga mendakwa ahli jawatankuasa tertinggi Perkasa itu telah “silap” apabila mengatakan beliau dibayar untuk “memeriksa sukatan pelajaran” sambil berkata, beliau dilantik sebagai pakar rujuk untuk menentukan ketepatan fakta buku-buku teks sejarah.
“Dr. Ramlah Adam membuat satu kenyataan yang bercanggah dengan dirinya sendiri. Dari satu segi, beliau kata ‘sukatan pelajaran sejarah seimbang’ dan ‘tidak ada kesalahan’ dengan sukatan pelajaran sejarah semasa untuk sekolah menengah.

Pemuda PAS pusat mahu Hadi kekal presiden

KUALA LUMPUR, 12 April – Dewan Pemuda PAS pusat mahu memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal presiden parti Islam itu di sebalik desas-desus dan ada pencalonan agar beliau dicabar kali ini.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Azman Shapawi Abd Rani berkata, pimpinan Hadi selaku presiden parti Islam itu telah berjaya menarik sokongan golongan muda terhadap parti itu.
Malah, jelas beliau, selain orang Melayu, golongan muda daripada kalangan masyarakat Cina dan India turut memberikan sokongan terhadap PAS.
“Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti.
“PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat.
“Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru tegas Azman Shapawi, hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

Utusan Dituduh Gagal Bayar Bonus, Sembunyi Keuntungan



KUALA LUMPUR 12 APRIL : Sekumpulan pekerja Utusan Melayu hari ini memfailkan tuntutan bersabit pembayaran bonus terhadap mereka oleh syarikat akhbar milik Umno dan mendakwa syarikat berkenaan turut menyelewengkan butiran keuntungan mereka bagi mengelak memberi bonus sejak 2009.
Utusan didakwa memindahkan lebih RM70 juta kepada beberapa anak syarikatnya dan menyatakan kerugian dalam laporan tahunan syarikat dan laporan audit serta kewangan lembaga pengarah pada tahun yang sama.
Menurut laporan audit tersebut, pada 2009, Utusan mengalami kerugian sebanyak RM 26.1 juta.
Namun menurut peguam mereka Ravindran Murugavell,  terdapat laporan yang menyatakan jumlah yang diberikan kepada anak syarikat bernilai lebih RM 76 juta.
Jelas Ravindran, tindakan ini amat tidak adil kepada pekerja Utusan sendiri.

Kes Sarbaini: Keluarga tertekan, percaya Allahyarham bukan bunuh diri

KUALA LUMPUR, 12 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed masih percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu, yang ditemui mati di premis SPRM Rabu lalu, bukannya membunuh diri dan oleh itu, mahu individu menyebabkan kematian bapa kepada lima anak itu dibawa ke muka pengadilan.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sepupu Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, pihaknya masih percaya tidak mungkin pegawai kastam itu sanggup “membunuh diri” seperti yang didakwa pihak tertentu termasuk media.
“Kami cukup tertekan, kenapa boleh kata macam itu? Saya nak pegawai yang bunuh abang saya didakwa, siapa yang panggil dia (ke pejabat SPRM)? Siapa yang buat mesti bertanggungjawab dan mengaku, biar mahkamah yang buat keputusan nanti.

Awas ustaz dan ustazah Umno kaki tipu

KUALA LUMPUR, 11 April: Sepasang suami isteri yang bergelar ustaz dan ustazah dan dari kalangan aktivis Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Kelantan, telah dikenal pasti sebagai kaki tipu, dengan menjalankan kegiatannya menerusi internet bagi memperdayakan orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan mereka agar tidak turut menjadi mangsanya, memandangkan mereka mempunyai pelbagai cara untuk memperdayakan orang ramai dengan memperalatkan ilmu yang dimilikinya dalam agama.

Seorang pemuda, Ikwan Ariffin, 25, yang tinggal di Dungun, Terengganu ketika mendedahkan perkara itu berkata, tanpa diduga, beliau sendiri telah menjadi mangsa mereka sehingga menyebabkan beliau kehilangan wang RM7,000 sejak Oktober 2010 lalu.

Menurut beliau, ustaz dan ustazah tersebut mempunyai laman web tersendiri dan beliau mengenalinya sejak tahun 2005 lalu menerusi online.

Antara Jam Omega, Taib Mahmud Dan Najib Razak


SHAH ALAM 11 APRIL : Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah membuat perakuan bahawa jam Omega milik Ketua Pembangkang itu ada dalam simpanan mereka,  media arus perdana mencabar mereka untuk menunjukkan jam itu. 
Perdana Menteri Najib Razak pula tidak menghadapi tekanan seperti itu apabila berjanji bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud akan berundur  pada masa yang sesuai  - tidak pula ada desakan untuk menamakan pengganti atau jangka masa Taib akan berundur.
Dwi standard media arus perdana untuk BN dan Pembangkang sudah lama wujud di Malaysia, dan tidak ada tanda-tanda keadaan akan berubah di bawah kerajaan pimpinan Najib. 
Berbalik kepada cerita jam tadi, Anwar akhirnya terpaksa mendedahkan bahawa polis setakat ini belum pun meminta jam itu daripadanya, jadi tidak timbul soalan beliau cuba berdolak dalih dalam isu itu. 
Harus diingati Anwarlah orang yang membuat laporan polis mengenai  fitnah video lucah - bukannya gandingan Datuk T - bagi  membolehkan polis membuat siasatan terhadap video dan jam Omega yang cuba dikaitkan kepadanya. 
Dan sungguhpun ada tanda-tanda siasatan akan cenderung ke suatu sudut tertentu, seperti mana yang berlaku pada siasatan polis bersabit buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM” pada tahun 1998, namun buat masa ini biarlah polis menyelesaikan siasatan, dengan atau tanpa jam yang ada pada simpanan Anwar. 

Susulan nahas, juruterbang helikopter bawa rombongan TPM meninggal dunia

SIBU, 11 April — Juruterbang helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri yang terhempas petang tadi, Sahimi Ghazali, meninggal dunia di Hospital Sibu, malam ini.
Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, tujuh jam selepas nahas.
Dalam pada itu, laporan Bernama Online memetik Ketua Polis Daerah Sibu Shafie Ismail sebagai berkata jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini.
Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kg Baru: Pindaan akta baru diprotes hampir siap

KUALA LUMPUR, 11 April – Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010 yang sedang diperhalusi, ekoran protes pelbagai pihak, hampir siap dan akan dibawa ke perhatian pemilik-pemilik tanah kawasan itu sebelum dibentangkan di Parlimen Jun ini.
Menurut sumber Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, pindaan ke atas rang undang-undang itu kini berada di peringkat akhir dan akan siap tidak lama lagi.
“Rang undang-undang yang baru sudah berada di tahap terakhir, segala pindaan yang dibuat berdasarkan kehendak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pemilik tanah.
“Kita juga membuat pindaan rang undang-undang ini dengan mendapat persetujuan Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru. Kami buat ikut persetujuan mereka dan apa yang kita pinda adalah klausa yang mendapat tentangan daripada mereka.