Isnin, 11 April 2011

Menteri nafi harga RON 95, diesel naik di S'wak

Dakwaan pembangkang bahawa harga minyak petrol RON 95 dan diesel yang dijual di Sarawak naik adalah tidak benar dan ia dibuat hanya untuk mengelirukan rakyat terutama di luar bandar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya biarpun harga minyak dunia naik tetapi kerajaan masih lagi mengekalkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat.

Beliau berkata kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM0.84 seliter bagi minyak petrol RON 95 dan RM1.04 seliter untuk minyak diesel.

"Kepada rakyat, ini adalah dakyah palsu untuk mengelirukan mereka. Mereka (parti pembangkang) datang ke negeri ini menyatakan semua harga minyak naik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid di Kuching hari ini.

Isu Alkitab: BN bukan kerajaan anti-Kristian, kata Muhyiddin

SIBU, 11 April – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan cara Putrajaya menangani isu Alkitab sambil menegaskan, pentadbiran Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan anti-Kristian.
Malah beliau turut mengkritik Pakatan Rakyat (PR) yang terus bergantung pada pertikaian berkenaan Alkitab meskipun ia telah pun diselesaikan oleh kerajaan.
“Bila kita pernah bertindak (seolah-olah) anti-Kristian atau antiagama? Itu satu pembohongan besar. Barisan Nasional sentiasa mempertahankan Rukun Negara.
“Apa yang disebarkan adalah provokasi kerana rakyat akan bangkit dan marah. Kami telah menyelesaikan (pertikaian) menerusi semangat BN,” kata  Muhyiddin (gambar) kepada pemberita ketika kempen pilihan raya di sini hari ini.

Umno Semakin Tidak Bermoral, Kata William





SHAH ALAM 11 APRIL: Akibat gerun dengan kewibawaan kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umno-Barisan Nasional (BN) terpaksa mengenepikan soal moral untuk mempertahankan kedudukan mereka sebagai kerajaan.
Namun tanpa disedari, masyarakat kini menjadi mangsa eksploitasi maklumat berhubung rakaman video seks yang didakwa melibatkan Anwar oleh trio veteran Umno bergelar Datuk T bulan lalu.
Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dalam kenyataan medianya hari ini menggambarkan cubaan untuk mengaitkan Anwar dengan individu dalam video seks tersebut sebaliknya mendedahkan keruntuhan moral Umno-BN.
Justeru katanya, kejadian tersebut merupakan tanda awal kejatuhan regim itu yang semakin menekan rakyat dengan propaganda politik kotor.

Usahawan Ganti Shuib Isi Kerusi Bendahari PERKASA




KUALA LUMPUR 11 APRIL : Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengumumkan pelantikan Dr Marzuki Ibrahim sebagai bendaharinya yang baru menggantikan Datuk Shuib Lazim.
Sementara kerusi Ketua Wira PERKASA yang kosong berikutan perletakan jawatan Arman Abu Hanifa diganti Naib Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataan medianya.
Manakala, kerusi KEtua Wiranita PERKASA yang kosong berikutan penyandangnya Raihan Sulaiman, meletakkan jawatan diganti Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin.
Selain itu, Shariffudin Abdul Hamid dilantik sebagai Yang di-Pertua Perkasa Wilayah Persekutuan yang baru menggantikan Datuk Mokhtar Samad yang sibuk dengan tugasnya sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Rakyat Tertekan, Harga Ayam Dijangka Naik Lagi


Peniaga ayam di Pasar Chow Kit, di sini, menjangkakan harga ayam naik 50 sen lagi menjadikan harganya RM8 sekilogram sepanjang minggu ini.

Tinjauan Harian Metro ke pasar itu semalam, mendapati kebanyakan peniaga menjangka harga ayam akan terus naik berdasarkan trend kenaikan dan penurunan harga yang berlaku kebelakangan ini. Pada awal bulan ini, harga ayam dicatatkan RM7 sekilogram, meningkat kepada 50 sen pada minggu lalu, iaitu RM7.50 dan dijangka meningkat lagi pada minggu ini.

Peniaga ayam, Rosli Misanti, 42, berkata harga ayam tidak stabil, turun dan naik dalam tempoh sebulan tanpa kawalan harga yang ketat.

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.

NONEMenurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Jam Omega : Polis Sahkan Belum Hubungi Anwar




KUALA LUMPUR 11 APRIL : Polis Bukit Aman mengesahkan hari ini bahawa ia belum meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan jam Omega miliknya berhubung dengan siasatan fitnah video lucah yang didalangi gadingan Datuk T untuk menjatuhkan beliau.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani sebaliknya mendakwa siasatan polis bertumpu kepada mengesahkan pemilik jam Omega yang diserahkan oleh Datuk Eskay Sharzyl.
Ditanya sama ada polis akan memanggil Anwar untuk menunjukkan jam Omega yang ada dalam simpamannya, Acryl berkata: 
"Kita perlu selesaikan soal identiti pemiliknya sebelum mengambil langkah susulan.
"Keutamaan kita (ialah) pada siasatan video dahulu, baru jam dan lain-lain lagi," tambah beliau.
Setelah lebih ramai pihak menolak video lucah itu sebagai fitnah, media arus perdana kawalan Umno kini memberi tumpuan kepada sebuah jam Omega yang didakwa oleh Eskay diambil daripada bilik hotel di mana aksi sumbang itu dirakamkan.

Hampir Malang : Pembantu Muhyiddin terkejut

NONESebuah helikopter terhempas tengahari tadi sejurus selepas dari Dataran Sibu selepas menurunkan tiga orang penumpang, termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.

Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100m dari dataran itu
terkejut dengan kejadian itu.

Sekolah terima notis awalkan peperiksaan, petanda PRU-13?

KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak.
Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.
Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.
Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji.

Husam dicalon tanding presiden PAS

Dalam satu keputusan yang mengejutkan, PAS Kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden PAS dalam muktamar Jun ini.
pas muktamar nasharuddin win post 060609 husam pc 01Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat agungnya Jumaat lalu bertempat di Markas PAS kawasan Batu.
Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas naib presiden, Mohamad Sabu untuk bergandingan dengan Husam bagi jawatan timbalan presiden.
Bagi tiga jawatan naib presiden pula, kawasan tersebut sebulat suara mencalonkan untuk mengekalkan penyandangnya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Seorang lagi calon naib presiden ialah bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, kata yang dipertua PAS Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim.
Manakala calon bagi jawatankuasa PAS pusat pula, diserahkan untuk diputuskan oleh jawatankuasa kawasan itu.

Terkini : Helikopter terhempas selepas hantar rombongan TPM

Helikopter Bell Jet milik Sabah Air yang terhempas di Dataran Sibu. — Foto ihsan dari Facebook
SIBU, 11 April — Salah sebuah helikopter yang menghantar rombongan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhempas di Dataran Sibu berhampiran Wisma Sanyan di sini kira-kira 2 petang tadi. Tiada penumpang dalam helikopter ketika kejadian.
Helikopter milik Sabah Air itu dipercayai terhempas akibat angin kencang.
Menurut Ketua Polis Sibu Shafie Ismail, juruterbang cedera parah dan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan.
Helikopter itu, salah satu daripada tiga helikopter yang digunakan untuk membawa rombongan timbalan perdana menteri, ketika kejadian sedang berlepas untuk menuju lapangan terbang Sibu.
Laporan media juga menyebut helikopter itu terhempas beberapa minit selepas Muhyiddin tiba di lokasi yang sama untuk menghadiri satu majlis di hotel berhampiran.

PANAS!! BENGANG DITANYA JAM OMEGA!!2

SMM akan teruskan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat

KUALA LUMPUR, 10 April: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tetap akan meneruskan program Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat seperti yang dirancang, sebaik sahaja mereka dibebaskan oleh pihak polis lewat petang ini.

Jika sebelum ini mereka mengadakan program dengan menyebarkan risalah ke Seremban dengan menaiki komuter, kini mereka terpaksa menukar lokasinya dengan hanya terhad di kawasan Kuala Lumpur sahaja.

Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin menegaskan, program tersebut tetap akan diteruskan bagi menyedarkan semua pihak tentang pendirian mereka yang menolak sekeras-kerasnya budaya politik kotor yang sedang bermaharajalela di tanah air kita sekarang.