Sabtu, 9 April 2011

Chegubard pula ‘dedah’ isu video lucah KJ, isteri pemimpin ?

KUALA LUMPUR, — Sementara negara masih berhadapan polemik video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin pula muncul dengan “pendedahan” rakaman aksi seks Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu.


“Ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar.

Kase: Putrajaya perlu hapus saman ekor, bukan tangguh

KUALA LUMPUR, 9 April – Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyambut baik pengumuman Timbalan Menteri Pengangkutan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk menangguhkan penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen tetapi menegaskan saman ekor perlu dihapuskan sama sekali.
Pengerusi Kase Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, keputusan Kabinet itu telah mengesahkan dakwaan dan desakan pihaknya selama ini iaitu penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu adalah salah, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kami ingin mendesak kerajaan agar terus menarik balik tindakan senarai hitam, bukan hanya menangguhkan sahaja.

N8 : SATOK LESTARI - 30 TAHUN BERSAMA ABG JO.






Ibrahim Ali is raring to be Malaysia’s Tiger Woods

Ibrahim Ali is raring to be Malaysia’s Tiger WoodsThere is a well-worn joke making the rounds in corporate circles in Malaysia. “What do you do after you have made love?” The answer is, “You go home to your wife.”
Thus when the Pasir Mas MP Ibrahim Ali said that the high occurrence of extramarital affairs is due to “wives who neglect their responsibilities” to their husbands, was he trying to justify the explanation given by scurrilous men who lack decent morals?
Trust Ibrahim to make pathetic and reprehensible comments. Perhaps he is laying the foundations for the time(s) when he is apt to stray.
Ibrahim said, “There are times when husbands have urges (ada keinginan)... but when they come home to their wives, they will say, ‘wait, I'm cooking’, or ‘wait, I'm getting ready to visit relatives’.”
Does this happen in the Ibrahim household or is this what he discusses in the Dewan Rakyat with his buddy Bung Mokhtar?

Terdesak : PM sedia temu kakitangan wakil staf kastam

KUALA LUMPUR, 9 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersedia bertemu dengan wakil kesatuan dan persatuan pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dalam usaha merungkai segala isu-isu yang sedang dihadapi termasuk ekoran insiden kematian salah seorang anggotanya di presmis SPRM.
“Tidak ada masalah, saya boleh jumpa, pada masa yang sesuai..,” kata Najib di Pekan hari ini. Dipetik Bernama Online.
Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat persatuan itu berikutan laporan-laporan buruk berkaitan KDRM sejak kebelakangan ini.

Pejabat MACC tempat menggerunkan?

Aspan Alias
Manusia dan semua mahkluk yang di cipta Tuhan akan mati dan mati itu adalah wajib. Mati tidak boleh ditangguhkan atau dipercepatkan walaupun sesaat. Itu adalah kuasa mutlak Tuhan semsta alam dan Maha pencipta. DIA yang mencipta dan DIA jugalah yang akan mematikan mahluk itu.

Hanya yang membezakannya ialah cara dan penyebab seseorang itu mati. Mati tidak perlu kita takuti kerana hanya roh yang sudah mati tubuhnya itu sahaja yang akan tahu samada mati itu nikmat atau celaka. Roh tidak mati yang mati hanya tubuh kita

Suruhanjaya Diraja mahu diperalatkan lagi?

Ketika anggota keluarga dan seluruh negara berkabung di atas kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat SPRM, Jemaah Menteri mahu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat sama ada wujudnya unsur zina dalam video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEDalam keghairahan Umno untuk “mengenakan” Anwar, Jemaah Menteri, seperti yang dijangka mengelak daripada memberikan pembelaan tegas kepada keluarga Sarbani.

Keputusan muktamad mesyuarat Jemaah Menteri semalam adalah: RCI untuk Anwar (jika siasatan polis tidak “meyakinkan”) dan “kemungkinan” siasatan inkues diadakan untuk Allahyarham Sarbani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ambil peduli reaksi rakyat terhadap kenyataan-kenyataannya selagi beliau kekal memegang jawatan berstatus Menteri.

Rafidah, Pak Lah tak suka Puteri, dedah bekas ketua

Kalau Datuk Najib tidak sayang Puteri, siapa nak cari pengundi Melayu muda.
SHAH ALAM: Bekas orang nombor satu  Puteri Umno  hari ini mendedahkan  Tun Rafidah Aziz menentang penubuhan sayap Umno itu.
Datuk Seri Azalina Othman Said juga mendakwa mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga cuba mengekang penubuhan Puteri Umno.
Azalina berkata,“ maklumlah Pak Lah lebih sayang kepada Khairy (Jamaluddin), menantunya.”
Katanya, hanya mantan  perdana menteri. Tun Dr Mahathir Mohomad yang menyokong  Puteri Umno.
“Mereka mempersoalkan mengapa mesti ada Puteri sedangkan sudah ada Wanita Umno.
“Ketua bahagian dan ketua cawangan pun tidak sokong Puteri Umno.

Komik lucah disebarkan di kawasan Pakatan pula

NONESelepas komik lucah yang memaparkan kartun seks Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim diedarkan di Parlimen Lembah Pantai, kini komik itu disebarkan pula di kawasan Pakatan Rakyat yang lain.

Kali ini, komik "Kisah Juara Raja Lawak" disebarkan di Damansara yang terletak di parlimen Subang yang diwakili bekas naib presiden PKR R Sivarasa.

Seorang pekerja swasta yang tidak mahu dikenali memberitahu Malaysiakini pada 26 Mac lalu, komik lucah itu diposkan ke rumahnya.

“Saya tidak pasti nama dan alamat saya diambil daripada (sumber) mana. Cop pos (atas sampul surat) dari sebuah pejabat pos di Shah Alam,” katanya.

Keputusan cap Alkitab idea bodoh, kata Taib Mahmud

MUKAH, 9 April – Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan tindakan meletakkan cap pada kitab Injil versi Bahasa Malaysia, yang ditahan Kementerian Dalam Negeri, sebagai “idea bodoh” dan tidak seharusnya diguna pakai di Sarawak.
Awalnya, Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melepaskan lebih 35,000 naskhah Alkitab dengan mengenakan tag khas dan nombor siri tetapi diubah kemudian di bawah 10 formula penyelesaian yang diumumkan minggu lalu.
Sambil mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri ke atas Alkitab itu sebagai mengarut, Taib (gambar) berkata beliau telah melahirkan pandangan mengenainya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Sarawak baru-baru ini.
“Saya memberitahu beliau bahawa ia harus dihentikan dan Najib berkata ‘ya, saya setuju’,” kata Taib kepada pemberita selepas membuka bangunan baru gereja Katolik St Peter dan St Paul di sini hari ini.

Muhyiddin dakwa manifesto Pakatan sebagai ‘bintang dan bulan’

SIBU, 9 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Pakatan Rakyat yang menabur janji kosong dalam manifesto untuk memancing undi pada setiap pilihan raya.
Beliau berkata slogan “ubah” atau “change” yang digunakan dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak adalah modal lapuk.
“Barisan Nasional (BN) yang melihat masa depan negara dalam perspektif yang lebih luas mahukan transformasi agar Malaysia dan Sarawak terus berkembang dan maju,” katanya pada majlis makan malam 1 Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri lebih 1,000 orang di sini malam tadi.
Pakatan Rakyat mengumumkan manifesto bertemakan “Jom Ubah Sarawak” yang menggariskan 10 dasar secara serentak di sini dan Kuching.
Dipetik Bernama Online, Muhyiddin (gambar) berkata, pada pilihan raya umum yang lepas, Pakatan Rakyat berjanji untuk memberi “bintang dan bulan” tetapi sehingga kini, mereka tidak melakukan apa-apa di negeri-negeri yang mereka kuasai.

Video seks: Peguam, pakar gesa Kabinet kubur idea tubuh suruhanjaya

Datuk Seri Nazri Aziz mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks
KUALA LUMPUR, 9 April — Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan “Datuk T” bulan lalu — yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim — atas alasan elemen pelacuran.  Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau.
Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhan suruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks.

Bukan Armaris bayar Perimekar tetapi kerajaan

KUALA LUMPUR, 8 April: Laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana didakwa tetapi ia sebenarnya dibayar oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Rue89 (gambar) melaporkan perkara itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpean yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Perimekar adalah syarikat yang dikaitkan dengan rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda yang terlepas dari kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Pemegang saham majoriti Perimekar adalah isteri Razak, Mazlinda.

Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang menjadi penterjemah antara pihak Malaysia dan Perancis kemudiannya mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam.

Abdul Razak dan dua anggota polis yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri telah didakwa terlibat dengan kes ini.

POSTER CALON-CALON PAS




POSTER CALON-CALON PKR









Manifesto PR Sarawak selaras agenda Buku Jingga

KUCHING: Manifesto Pakatan Rakyat (PR) selaras kandungan Buku Jingga dan diadun  pengalaman memerintah empat negeri Pakatan di Semenanjung, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ahmad Nizar Jamaluddin.
“Selain bersandarkan kepada Buku Jingga, kita memutuskan 10 perkara dalam manifesto itu berdasarkan kepada pengalaman memerintah empat buah negeri Pakatan.
“Antara perkara yang dititik berat ialah berhubung masalah yang dihadapi rakyat Sarawak, selain mengambil kira kelemahan di Persekutuan,” katanya ketika sidang media melancarkan manifesto PR di sini, hari ini.
Pakatan Rakyat hari ini, mengumumkan manifesto sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang mengandungi 10
Nizar menyatakan, manifesto itu paling praktikal yang boleh dilaksanakan dan mampu menangani isu berhubung masalah rakyat Sarawak secara umum.
“Manifesto untuk rakyat paling praktikal yang boleh dilaksanakan dan boleh menangani masalah rakyat Sarawak tanpa ada elemen menghuru-harakan.
“Amat bertepatan secara khusus bagi rakyat dengan 10 perkara dalam manifesto. Saya yakin rakyat akan beri kejutan dan transformasi dalam PRN kali ini,” katanya.

Kesatuan Kastam: Bersihkan nama Sarbani, jangan dakwa ‘bunuh diri’

Ibrahim Ahmad menjawab soalan pemberita selepas pertemuan dua jam di Kelana Jaya petang tadi. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 8 April — Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM. Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel “kes bunuh diri.”
“Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri,” kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini.