Jumaat, 8 April 2011

SPRM jalan soalsiasat di aras bawah sahaja

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggariskan beberapa langkah keselamatan termasuk arahan supaya soalsiasat hanya dijalankan di aras bawah bangunan SPRM, berkuatkuasa serta-merta.
Di bawah arahan terbaru itu, orang luar hanya dibenarkan masuk hingga ke ruang tamu sahaja.

Perkara itu diumumkan oleh timbalan ketua pesuruhjaya SPRM (pengurusan dan profesionalisme), Datuk Zakaria Jaafar dalam satu sidang akhbar di ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, bahagian keselamatan telah diarahkan mengambil langkah maksimum, dengan tertuduh hendaklah selesai ditemuduga di aras bawah sahaja.
Bagi SPRM di negeri yang tidak mempunyai aras bawah, iaitu pejabat yang disewa, pula diarahkan supaya mengambil langkah keselamatan yang maksimum

Layan suami: PERKASA pertahan Ibrahim Ali

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini mempertahankan kenyataan presidennya, Datuk Ibrahim Ali dengan
menegaskan soalan yang dikemukakannya di Parlimen semalam ditujukan kepada wanita Islam sahaja.

Ia berhubung isu ahli parlimen Pasir Mas itu berkaitan layanan isteri perlu utamakan keinginan suami.

syed hassan syed ali"Adalah perlu diperiksa dulu di mana kenyataan Datuk Ibrahim itu dikeluarkan," kata setiausaha agung PERKASA, Syed Ali.

"Ia disebut dalam Dewan Rakyat ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan. Menteri Datuk Masitah mengenai 'apakah peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mendidik para isteri mengenai tanggungjawab mereka''.

"Kalau dilihat, soalan YB Pasir Mas itu adalah ditujukan kepada wanita Islam, bukan seluruh wanita di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Komen Ibrahim Ali cetus kemarahan wanita

Komen seksis Ibrahim Ali di Parlimen semalam telah mencetuskan kemarahan kaum wanita di seluruh negara.

ibrahim ali kerdau bn ceramahKetua Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah berkata komen
tersebut tidak wajar datangnya dari seorang ahli parlimen.

Katanya, adalah mengejutkan apabila ahli parlimen Bebas Pasir Mas itu menyamakan wanita sebagai bahan mainan seks.
"...dan yang lebih teruk lagi ialah dia menggunakan agama untuk menjustifikasikan pendiriannya itu," kata Ivy kepada AFP.

Katanya, komen tersebut bukan sahaja menunjukkan Ibrahim menjunjung ketuanan Melayu tetapi juga ketuanan lelaki.

Tenaganita pula berkata, sentimen sedemikianlah yang menjadi salah satu punca berlakunya penyeludupan manusia di negara itu.

RCI hanya selepas lelaki video seks dikenalpasti

Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan.

NONE"Kabinet memutusakan polis dibenar menyelesaikan siasatan mereka terlebih dahulu,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada Malaysiakini selepas menimbulkan isu video seks itu pada mesyuarat jemaah menteri hari ini.

"Tidak cukup untuk hanya mengesahkan ia (video) itu tulen ataupun tidak. Kita mesti kenalpasti individu dalam video itu.

"Kita tidak boleh terburu-buru... ataupun kita akan dituduh (sebagai partisan)," katanya

Nazri: Suruhanjaya perlu tentukan unsur pelacuran, si pelaku Anwar


Nazri Aziz
KUALA LUMPUR, 8 April — Datuk Seri Nazri Aziz mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh “Datuk T” bulan lalu, didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.
“Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah,” kata Nazri kepada The Malaysia Insider.
“Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur,” kata beliau lagi.

Surat terbuka kepada PM

Y.A.B Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia.
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada bila-bila masa akan YAB Datuk Seri umumkan. Dan terkini, kempen pilihan raya DunSarawak sedang berlangsung dan hangat bermula.
Namun apa jua maksud tersurat dan tersirat, saya bagi pihak orang-orang Melayu, bangsa peribumi, umat lslam, golongan pendidik, ibu bapa, penulis, sasterawan, budayawan, aktivitis masyarakat, para pejuang dan pecinta bahasa dan orang awam yang telah bersama-sama menzahirkan sukma rasa lahir dan jiwa sokongan penuh tidak berbelah bahagi kepada pemansuhan muktamad isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa lnggeris (PPSMI) yang telah diputuskan oleh kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri menerusi pengumuman yang dibuat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Umat Islam wajib banteras tayangan lucah – Khutbah Jumaat (Jawi)

KUALA LUMPUR: Umat Islam mesti menangani gejala ‘filem’ haram dengan mengelakkan diri dari terlibat memiliki dan menonton rakaman berunsur lucah serta memerangi pengedarannya.
Demikian antara kandungan teks khutbah Jumaat esok berjudul ‘Membanteras Filem Haram’ yang diterbitkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi dalam laman rasminya di sini.
“Usaha-usaha perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan bencana yang bakal menimpa umat Islam yang hidup bergelumang dengan dosa,” tulis khutbah berkenaan.
Pada perenggan ke 22, khutbah itu membawa mesej  ‘menggalakkan tangkapan awam’ apabila menyatakan umat Islam harus bekerjasama dengan memberi tindak balas kepada agensi yang menguat kuasa Akta Penapisan Filem 2002

Video : Nazri Merasa Pedas

Video Lucah : Nazri Merasa Pedas

KUCHING 7 APRIL : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz membuat kenyataan dangkal apabila mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak untuk memastikan sama ada individu dalam video lucah yang disebarkan adalah suaminya, Anwar Ibrahim.

Azizah kelmarin menegaskan individu itu bukan suaminya berasaskan susuk badannya dan menggesa Nazri supaya tidak merekacipta alasan bagi menghalalkan penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk terus mengaibkan suaminya.

Azizah berkata dalil Nazri bahawa beliau tidak boleh menentukan sama ada lelaki itu adalah Anwar tidak masuk akal.

"Kalau ada kemalangan mana-mana, kalau saudara Anwar didapati (terlibat), saya (sebagai isteri tentu) akan dipanggil untuk membuat pengecaman. Jadi, (selaku isteri) saya memang layak untuk mengatakan (lelaki misteri dalam klip video fitnah) itu suami saya atau tidak," kata beliau di Tupong, Kuching.

Anwar : Tubuhkan S'jaya DiRaja Untuk Altantuya

Video : Kes Sarbani NGO Gesa Kerajaan Tubuh Suruhanjaya DiRaja

Suruhanjaya diraja siasat video seks atau kematian pegawai kastam?

Jenazah Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed tiba di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara petang tadi. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 8 April — Tumpuan dijangka beralih kepada Kabinet yang mengadakan mesyuarat mingguan pagi ini sama ada akan membincangkan desakan penubuhan suruhanjaya diraja siasatan. Ketika wujud polemik mengenai keperluan sebuah suruhanjaya diraja berhubung pendedahan rakaman video seks lebih dua minggu lalu, didakwa melibatkan aksi seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed, 56, kelmarin juga mencetuskan desakan ke arah itu.
Pagi kelmarin, Ahmad Sarbani, yang ditahan semalaman 1 April lalu untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.
Isu video seks menjadi perhatian selepas rakamannya yang didakwa diambil akhir Februari lalu dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.

How many more lives must be lost before Malaysians run amok?

How many more lives must be lost before Malaysians run amok?The nation is gripped with pain as citizens shake their heads in disbelief. The most recent death of a Customs employee - will this episode be the proverbial fourth stone that breaks the camel's back?
Or will Malaysians have to live through numerous more deaths of citizens under detention, under investigation and what nots before Malaysians finaly run into a frenzy?
Or as the authorities have admonished, people must not speculate but go about their everyday business as it does not involve them. And let the authorities do their job and when the answer is finally provided life will return to normalcy.
In the meantime, must also the citizens hear the government's call that people must not listen to opposition parties?
Mr Honorable Prime Minsiter of Malaysia, how many of the citizens have died in the last two decades while under detention; while being investigated by the authorities? And how many foreign nationals have died while in the country?

Samy Vellu dibayar gaji, elaun RM27,227.20 sebulan

Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S Samy Vellu dibayar gaji dan elaun RM27,227.20 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

NONESelain itu, bekas presiden MIC itu juga menikmati segala kemudahan dan elaun lain yang diberikan selaras dengan taraf duta.

“Seramai enam orang kakitangan (juga) telah diperuntukkan untuk bertugas di pejabat Duta Khas. Bermula 1 Jun 2011, Pejabat Duta Khas adalah di tingkat 25, Plaza Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur,” katanya dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri menjawap soalan yang dikemukakan oleh Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin tahu rasional kerajaan menubuhkan jawatan tersebut dan lingkungan kerjanya.

“Rasional menubuhkan jawatan Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur di India dan Asia Selatan.

Ada Video Seks Isteri Pemimpin Tertinggi?



SHAH ALAM 7 APRIL : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menggesa rakyat  menolak politik selak kain selepas badan itu mendedahkan dakwaan wujudnya sebuah video  aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.

Tanpa memberikan butiran lanjut, Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin meminta rakyat menolak apa yang dipanggilnya sebagai “politik lucah”.

“Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara. Namun SAMM mengajak (rakyat memastikan) semua politik selak kain ini dihentikan segera. Jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja,” kata beliau.

“Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli - ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan,” kata beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bard.

Najib Harus Lulus Siasatan Suruhanjaya DiRaja Lebih Dahulu


Oleh Wira Arjuna

Esok, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz akan mengusulkan kepada Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat sama ada Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah Datuk T.

Alasan yang diberi Nazri ialah Anwar mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia dan justeru itu harus “lulus” penelitian Suruhanjaya DiRaja bersabit video itu.

Nazri juga memberi kenyataan dangkal bahawa isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak untuk memutuskan individu dalam video itu mempunyai susuk badan (perut boroi dan dada luas) jauh berlainan dengan Anwar.

Rakan sekerja Sarbani syak berlaku unsur khianat

Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.
NONESalah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.
Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.
Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.
NONESumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.
SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.

Suaram: Kematian Sarbani desak Putrajaya segera tubuh IPCC

Jenazah Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed dibawa keluar dari HUKM petang tadi.
KUALA LUMPUR, 7 April – Kematian kedua individu disiasat SPRM semalam mendesak keperluan rakyat agar menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC), kata Suaram hari ini. Pagi semalam, Ahmad Sarbani Mohamed iaitu penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.
“Kematian terbaru di SPRM adalah titik tolak terakhir. Rakyat Malaysia mesti menuntut dengan segera penubuhan IPCC,” kata penyelaras Suaram Dr Kua Kia Soong dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Kua, beberapa pertubuhan bukan kerajaan meminta agar pihak berkuasa menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan, tetapi tidak harus dilupakan bahawa syor agar diadakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebenarnya datang daripada Suruhanjaya Diraja Polis pada 2004.