Ahad, 3 April 2011

Terima kasih polis bantu rakyat benci Umno BN

KUALA LUMPUR, 2 April: “Terima kasih PDRM bantu rakyat benci Umno BN,” kata Datuk Mahfuz Omar.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam yang mengesahkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan tiga manusia baru-baru ini adalah tulen.
Menurut Ismail, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik pihaknya minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.
Katanya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kemungkinan selepas ini pihak polis akan mengesahkan bahawa ‘pelakon’ lelaki di dalam video berkenaan adalah Anwar.
Baginya, itulah ‘skrip’ sejak dari awal lagi di mana semua media yang pro Umno BN cuba mengaitkan video lucah itu dengan Ketua Umum PKR.
Secara sinis, beliau berkata, walaupun video lucah itu dimaklumkan pihak polis adalah tulin tetapi gagal mengesahkan pelakonnya kemungkinan disebabkan mata penyiasat rabun.
“Mungkin penyiasat mata rabun atau yang siasat ni ‘polis malaikat’ yang tak tengok adegan atas katil, jadi dia siasat video saja,” ujarnya lagi.

Video Lucah : Pemuda PAS Tolak Kenyataan Ketua Polis Negara


SHAH ALAM 2 APRIL : Pengumuman Ketua Polis Negara bahawa video lucah yang ditayangkan di sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara pada 21 Mac lalu adalah tulen, tidak bermakna kerana ia gagal menangani isu fitnah terhadap individu yang dikaitkan dengan rakaman itu.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, teknologi canggih memungkinkan pengarah menghasilkan apa sahaja bentuk filem dan lakonan yang dikehendaki.

"Sekalipun videonya disahkan tulen tetapi pelakunya [watak pelakonnya] masih terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan. Justeru dunia moden hari ini, tidak hairan video sedemikian boleh dihasilkan tambahan pula dalam bentuk filem hitam putih.

"Saya masih ingat sebuah filem yang pernah saya saksikan di atas kapal terbang dalam perjalanan saya ke Mesir pada satu ketika dahulu, iaitu filem lakonan John Travolta dan Nicholas Cage yang berjudul Face Off. Saya tidak mengingati keseluruhan jalan cerita filem ini, tetapi apa yang saya masih ingat ialah bagaimana mereka menukar wajah antara dua watak [John Travolta menjadi Nicholas Cage dan Nicholas Cage pula berwajah John Travolta] sehingga isteri mereka sendiri tidak dapat membezakan antara keduanya," ulas beliau dalam satu kenyataan media.

Memoir Dr M: Antara fakta dan fiksyen

Sepanjang kerjaya awamnya, Tun Dr Mahathir Mohamad seringkali diduga hampir tidak dapat terduga.

Beliau selesa menjadi seorang 'maverick' atau 'pengingkar' - melanggar peraturan setiap kali ia tampaknya tidak masuk akal, ataupun yang menghalang jalannya.

Tindakan berkenaan seringkali berisiko politik dan memerlukan keberanian bagi melakukannya. Namun ia berjaya menjadikan imejnya agung dan ada kalanya menyebabkan saingannya hilang keseimbangan ketika beliau merampas peluang tersebut.

mahathir book launch memoirs 080311Buku setebal 843 halaman, 'A Doktor di Rumah: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' yang docoretnya mengambarkan pola berkenaan.

Pada usia 85 tahun, perdana menteri paling lama di Malaysia itu dalam bukunya itu dijangka akan mengimbas zaman silam, menjawap kritikan sambil mengketengahkan kejayaan prestasinya tetapi membisu mengenai kesilapan atau matlamat yang belum dicapai.
Beliau juga dikatakan akan menjelaskan beberapa kebuntuan sebelum ini tetapi secara umumnya cuba berdamai dengan seterunya.

Tetapi tidak bagi Seorang polemik sehingga ke saat akhir, beliau tidak banyak memperdulikan kritikan atau bidasan yang dilontarkan terhadap dirinya dan dasar-dasar selama 22 tahunnya sebagai perdana menteri.

Program 100 Hari Pakatan Rakyat

 
Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:
1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Video Seks : Motif Politik Amat Jelas


Sekurang-kurangnya kes video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sahih.
Soal kesahihan ini bukan sahaja membabitkan pembikinan video seperti yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar Ismail tetapi apa yang lebih sahih ialah isu siapa yang mengusahakannya.
Berbeda dengan dua kes konspirasi yang juga berbaur seks yang cuba dipalitkan ke atas Anwar sebelum ini, kes kali ini jelas digerakkan oleh orang politik.

Dalam kes pertama Anwar dihukum bersalah kerana “salah guna kuasa” untuk lindungi apa yang dikatakan perbuatan seks sumbangnya. Beliau dipenjara enam tahun.
Namun Mahkamah Persekutuan yang merupakan badan kehakiman tertinggi Negara kemudian mendapati kes itu tidak benar dan membebaskan Anwar.

Yang jelasnya, walaupun dapat dihidu umum kes itu adalah satu konspirasi politik untuk menjatuhkan wibawa kepemimpinan Anwar, tangan-tangan politik yang terbabit cuba disorokkan oleh pelbagai institusi – polis, mahkamah dan juga media – daripada dikenalpasti umum.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berselindung di sebalik kedudukan politiknya dan enggan memberi keterangan di mahkamah tetapi tidak pernah lelah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Anwar (termasuk yang terbaru dalam Memoir yang bercambah kesalahan fakta).

Begitu juga kes tuduhan liwat kedua. Berhempas pulas institusi yang sama cuba melindungi perancang-perancang di sebalik tuduhan terhadap Anwar.
Seberapa boleh biarlah Anwar terpaksa berhadapan dengan pihak kehakiman, media dan juga polis sahaja. Sehingga kes bersambung semula pertengahan bulan ini, akan dapat disaksikan pula betapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bersilat enggan ke mahkamah.

Kes ketiga ini lain sedikit. Mungkin kerana silap langkah dan disergah oleh beberapa pihak yang pada mulanya menjadi sasaran untuk mengukuhkan rencana jahat mereka – Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ketua Solidariti Anak Muda, Badrul Hisham Shaharin -- pihak penganjur drama politik video seks ini tidak sempat dan dapat mengelak diri.

Ketiga-tiga mereka terpaksa mengaku pembabitan dalam kisah video seks ini. Mereka menggelarkan diri kumpulan Datuk T (satu nama pelik yang terpaksa direkacipta setelah tembelang mereka diketahui umum) dan, mendapat nasihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Maka oleh kerana ketiga-tiga Datuk T ini orang politik dan mempunyai rekod yang kurang cemerlang dalam soal keluhuran amalan politik mereka, maka sahih ada unsur politik dalam konspirasi ini.
Lebih penting lagi amat mudah sekali kes ini dikaitkan dengan motif politik – jatuhkan Anwar.

Hakikat ini apabila ditokok dengan musim pilihanraya Sarawak, maka suluhan terhadap motif politik yang digerakkan orang-orang politik Umno yang masih enggan pencen ini amat ketara.
Bahawasanya mereka ini dipacu oleh dendam kesumat politik peribadi dan kepartaian adalah amat jelas.

Soal adakah dendam kesumat Rahim, Shuib dan Eskay Abdullah sahaja yang menjadi pendorong kepada usaha menggunakan perencah seks untuk menjatuhkan Anwar? Tentu tidak. Ada pihak lain yang lebih berkepentingan yang yakin bahawa hanya fiksyen seks yang boleh meranapkan kerjaya politik Anwar.

Sudah tentu entiti pendengki dan bacul ini adalah Umno.
Sebagai gerakan politik yang sudah hampir lumpuh dan yang hanya mampu mengatur langkah bila disogok wang ringgit, Umno nampaknya makin ketandusan idea untuk menang dalam persaingan politik.
Betapa tidaknya, tema untuk menjatuhkan musuh hanya mampu dikaitkan dengan seks. Memang benar pepatah orang dahulu kala, “alah bisa tegal biasa” dan “turutkan nafsu lesu.”

Kelesuan politik Umno ini nampaknya juga membawa kesuraman kepada daya pemikiran dan tindakan institusi lain yang memang sebelum ini juga bertolak-tolak tidak mahu dikenalpasti rakyat sebagai tangan-tangan yang terbabit dalam konspirasi skala besar ini terhadap Anwar ini.

Cara laporan media misalnya, jelas tidak berdaya lari daripada usaha cuba mensensasikan rekayasa konspirasi.
Dengan mengulang pendekatan yang sama dari kes fitnah seks satu hingga tiga, ia sekaligus mengisytiharkan betapa dangkal dan lemahnya daya fikir pengendali media arus perdana.
Mungkin kerana mereka sendiri tidak mampu mengendali naluri seks masing-masing, maka merekapun merumuskan bahawa kisah-kisah seks mampu membantu jualan akhbar dan melonjakkan “ratings” televisyen mereka.

Begitu juga dengan cara penyiasatan polis. Yang disiasat ialah orang yang mengadu difitnah dan teraniaya.
Dengan menggunakan taktik yang condong kepada pengesahan cerita-cerita fitnah, ketiga-tiga kes disiasat menggunakan pendekatan sebegitu. Kes terakhir yang segera disiasat bukan kesalahan memiliki, menayang video lucah serta identiti pelaku adegan seks tetapi ketulenan video!

Motif Rahim jelas. Dia kehilangan kerusi Ketua Menteri Melaka pada 1994 sebab terpalit kes rogol gadis bawah umur. Motif Eskay pula adalah kerana terlepas imbuhan berjuta ringgit kerana Anwar tidak mahu menjadi saksi kes tuntutan komisyen dalam projek Jambatan Bengkok.
Motif Shuib pula adalah dendam Perkasa sebuah badan yang mahu Melayu terus Perkasa dalam politik Malaysia (hanya kerana ia mendakwa Melayu) tetapi gerun bersaing dengan orang lain kerana kurang yakin pada kebolehan sendiri.

Motif institusi yang bersengkongkol apa pula? Takut! Ya takut hilang kedudukan dan jawatan kerana kecurangan ketua-ketua silam.
Jika mengaku pemimpin institusi seperti polis, kehakiman dan media sebelum ini curang dan culas, kedudukan sendiri akan diperkecil masyarakat. Jadi atas nama untuk memelihara keluhuran institusi, mereka pun meneruskan tradisi dan politik usang dengan harapan rakyat tidak dapat membaca pembabitan mereka. Maka yang sahih, kes kali ini adalah kes konspirasi politik skala tinggi.

Di mana moral Najib pertahan Adun Lenggeng

TEMERLOH, 2 April: Kejadian demi kejadian di mana kemungkaran dipertahankan semakin menjadi-jadi di dunia politik Malaysia.
Terbaru, tatkala rakyat masih mempersoalkan isu mengapa orang yang menayangkan video lucah dipertahankan oleh kerajaan, hari ini mereka dikejutkan lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara terang-terang mempertahankan seorang Adun yang dibuktikan bersalah atas tuduhan rasuah.
Meskipun dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana rasuah semalam, Najib bukan sahaja tidak serta merta menasihati Adun Lenggeng, Mustafa Salim untuk melepaskan jawatannya demi menjaga maruah kerajaan dan parti, malah beliau mengingatkan rakyat bahawa Mustafa masih seorang Adun yang sah.
“Tindakan PM masih mempertahankan Adun yang dibuktikan melakukan rasuah dianggap satu tindakan tidak bermoral daripada pihak Barisan Nasional.
Sebagai pimpinan utama, sepatutnya PM menasihatkan beliau untuk meletak jawatan bagi menjaga maruah parti,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Rasuah: ADUN Lenggeng masih wakil rakyat, kata PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ADUN Lenggeng Mustafa Salim yang didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan menerima rasuah masih adalah wakil rakyat bagi kawasan itu.

Bernama memetik beliau berkata ADUN BN itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.

NONESemalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kedudukan ADUN berkenaan, dalam satu persidangan akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di Balik Pulau, hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini juga mempertahankan kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.
Katanya, kelayakan Mustafa tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

Ku Li: Dedah video seks bukan budaya Melayu, Islam

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini membidas pihak yang mendalangi video lucah untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang. Katanya, rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

NONE"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya.

“Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," kata mantan menteri kewangan dan bekas naib presiden Umno itu.

Dalam wawancaranya di TV Selangor, Tengku Razaeligh yang juga dikenali 'Ku Li' menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu, menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah.

Sex video: Anwar a victim of character assassination, reveals poll

Anwar at a PR ceramah at Stadium Melawati, Shah Alam last Monday. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, April 3 — A local poll has found that a majority of people believe Datuk Seri Anwar Ibrahim is merely a victim of character assassination in the latest sex video scandal. The poll, conducted by independent survey house Merdeka Centre last week, also discovered that respondents agree the video had been released to destroy the former deputy prime minister’s political career.
The survey was conducted via the telephone between March 24 and 27 and has an estimated margin of error of ± 4.40 per cent. A total of 504 respondents were selected via random stratified sampling method along the lines of state, ethnicity, gender and age.
The respondents comprised 59 per cent Malays, 32 per cent Chinese and nine per cent Indians.
According to survey findings obtained by The Malaysian Insider, of the 504 respondents polled, 85 per cent were aware of the existence of the video while 15 per cent were not.
A total of 45 per cent said Anwar was a victim of political character assassination while 22 per cent agreed that the leader was a man of poor moral standing.
Twenty-seven per cent said they were unsure and six per cent declined comment.
Anwar is currently undergoing his second sodomy trial.

Video seks: Ramai tidak percaya, tapi sukar buat Pakatan

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 3 April — Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat (PR) pimpinannya kemungkinan berhadapan dengan ‘laluan sukar’ ekoran skandal video seks terbaru yang didedahkan oleh “Datuk T” dua minggu lalu.
Meskipun hasil kajian firma bebas itu mendapati ramai yang tidak percaya dengan ketulenan video, yang didakwa membabitkan aksi Anwar dan seorang pelacur asing, sejumlah responden yang ramai mengatakan mereka tidak pasti.
Malah, ramai daripada 504 responden yang ditemui juga berkata mereka berpendapat keseluruhan episod akan memberi kesan ke atas keyakinan terhadap PR.
“Ada banyak ruang kabur (dalam pandangan) di kalangan orang ramai, kemungkinan disebabkan ketidakpastian, sesetengah (pula masih) teragak-agak atau memang kurang maklumat apabila bercakap mengenai Anwar, memandangkan kebanyakan maklumat yang ada mengenai beliau adalah (condong kepada) satu pihak dan negatif,” kata Pengarah Eksekutif  Merdeka Center Ibrahim Suffian mengenai hasil kajian itu.
Kajian pendapat umum ini dijalankan menerusi telefon antara 24 dan 27 Mac lalu. Seramai 504 responden dipilih menggunakan kaedah persampelan strata secara rawak.

Video : Felcra Perlu Buat Perjanjian Bertulis

Video : Rakyat Sarawak Bakal Ikut Semangat Mesir,Tunisia