Sabtu, 2 April 2011

'Tour Jingga' Bukti Politik PR Lebih Matang


KUALA LUMPUR 2 APRIL: Pakatan Rakyat menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggerakkan ‘Tour Jingga’ dalam usaha menyebarkan maklumat kepada rakyat berhubung program 100 hari gagasan itu sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin, pendekatan yang digunakan Pakatan Rakyat lebih dinamik berbanding amalan tradisi Umno Barisan Nasional yang menggunakan pendekatan fitnah lucah misalnya untuk menarik perhatian rakyat.

'Tour Jingga' yang dilancarkan semalam menyaksikan kira-kira 20,000 risalah berkaitan Buku Jingga Pakatan Rakyat diedar menggunakan pengangkutan awam PUTRA LRT dan akan berlangsung sepanjang April ini.

Shamsul ketika ditemui pemberita menjelaskan, pendekatan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga lebih bertepatan dengan aliran politik semasa di
negara ini.   

“Tentunya pendekatan ini berbeza dengan pendekatan Umno-Barisan Nasional yang menggunakan politik fitnah, mengedarkan filem lucah dan sebagainya, tetapi kita lebih sesuai dan relevan untuk menunjukkan cara politik yang lebih baru dan dinamik iaitu menyebarkan maklumat yang betul dan fakta supaya rakyat Malaysia kita ajak untuk berfikir memilih parti berdasarkan dasar yang diperjuangkan ataupun program yang kita cadangkan kepada rakyat.

“Kita lakukan ini kerana kita ingin menyebarkan maklumat dan risalah jingga ini yang mengandungi program 100 hari Pakatan Rakyat yang kita rasakan penting untuk rakyat Malaysia terutamanya orang muda untuk mengetahui pendirian atau program kita sekiranya kita memenangi kerajaan persekutuan pada pilihanraya akan datang,” katanya.

Buku Jingga menggariskan demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan secara adil, keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh dan hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil- setara.

Menurut Shamsul lagi, 'Tour Jingga' merupakan sebahagian daripada perlaksanaan kempen yang dilakukan lebih awal bagi menghadapi pilihanraya umum yang bakal berlangsung bila-bila masa.

" Ya, ia sebahagian daripada program kita. Pakatan tidak percaya kepada kempen dalam tempoh singkat. Jadi kita lakukannya lebih awal dan akan melakukan yang sama di Sarawak,"tambah beliau.

Risalah yang diedarkan semalam turut memuatkan alamat laman sesawang, Twitter dan Facebook Buku Jingga.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat Buku Jingga boleh melayari :-

www.bukujingga.com

Video : Skim Rumah Pertamaku: Bantuan atau tambah hutang?

NGO berang OKU PKR ditahan ikut ISA

NGO anti Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) berang dengan satu lagi tangkapan di bawah undang-undang yang dianggap mereka sebagai 'kuku besi - kali ini membabitkan seorang pengusaha restoran dari golongan orang berlainan keupayaan (OKU).

"Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas tahanan baru di bawah ISA itu atas dakwaan terbabit dengan kegiatan subversif,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan hari ini.

isa internal security act vigil 050108NGO tersebut mendakwa Kadir Hashim, 42 ditangkap semalam oleh anggota polis cawangan khas mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).

Memetik ahli keluarga, NGO berkenaan berkata Kadir adalah OKU yang menjalankan perniagaannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Kadir, seorang aktivis juga adalah ahli pemuda PKR cawangan kampung itu.

NGO berkenaan turut mempersoalkan mengapa ISA perlu digunakan ke atas Kadir dan melahirkan rasa prihatin terhadap keselamatan dan keadaan diri pemuda itu.

"Kami gesa kerajaan membenarkan peguam dan ahli keluarga melawat Kadir bin Hashim pada kadar segera,” petik kenyataan itu.

GMI dan Suaram juga mendakwa insiden itu membuktikan bahawa penggunaan ISA dicabuli atas alasan keselamatan negara sedangkan tahanan itu sekadar berkepentingan politik.

"Kami gesa kerajaan mendakwa tahanan ini di mahkamah; ataupun jika tidak, beliau mesti dibebaskan segera dan tanpa sebarang syarat,” kata NGO itu lagi.

Lagi Mahal Lagi Baik : K'jaan tak boleh jamin harga RON 95 kekal

Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

petrol price hike consumer interview 040608 01"Sekarang ini kita (kerajaan) tanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 79 sen, tambahan subsidi sebanyak RM4 bilion,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2011, di Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, sekalipun kerajaan sebelum ini pernah menyatakan subsidi melebihi 30 sen ditanggung pengguna, namun demi kepentingan rakyat kerajaan tidak berbuat demikian menyebabkan beban subsidi yang ditanggung semakin besar.

Ditanya sama ada kenaikan harga RON 97 akan meningkatkan harga barangan, Ismail Sabri berkata tidak ada sebab untuk perkara itu berlaku memandangkan lori pengangkut menggunakan diesel.

NONEPada masa yang sama beliau turut meminta masyarakat mengubah sikap terlalu bergantung kepada subsidi kerana tindakan sedemikian mampu membantutkan usaha kerajaan membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

"Rakyat juga perlu tanya pada diri sendiri adakah perlu RM4 bilion itu kita nak tanggung subsidi minyak atau nak gunakan untuk pembangunan lain," katanya.

Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri berkata sebuah jawatankuasa kerja bagi meneliti cadangan mewujudkan kedai menjual bahan makanan pada harga diskaun sudah ditubuhkan.

"Kita akan bincang dengan beberapa pihak luar, peniaga dan sebagainya. Banyak perkara yang perlu kita lihat dari segi kedai mana yang hendak digunakan, apa produk yang hendak dijual. Tapi yang jelasnya produk yang nak dijual itu nanti mestilah betul-betul produk keperluan kita," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan pembukaan kedai yang menjual bahan makanan pada harga diskaun untuk dijual kepada rakyat bagi membantu rakyat menghadapi inflasi.

- Bernama

Pornthip: 'Teoh Beng Hock dicekik sebelum jatuh'

Pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand bersependapat dengan pakar forensik Britain Prof Dr Peter Vanezis bahawa Teoh Beng Hock masih bernyawa.

Namun katanya, beliau tetap mempertahankan hujahnya bahawa kesan tanda merah di sekeliling leher mangsa pembantu politik itu adalah akibat dicekik.

dr pornthip rojanasunand at teoh beng hock rciMenurut beliau, kesan merah itu amat ketara pada bahagian kiri leher Teoh pada bedah siasat pertama meskipun tubuh mangsa telah dijahit semula.

Pakar patologi dari Thai itu tidak menjalankan bedah siasat pertama tetapi hadir sebagai pemerhati pada bedah siasat kedua.

Pornthip, 56, yang tiba hari ini dan diberi kawalan ketat berkatakontusi pada sebelah kiri leher Teoh menunjukkan mangsa dicekik.

Tegasnya, terdapat tiga senario di mana kontusi boleh berlaku.
  • dicekik dengan menggunakan tangan,
  • leher mangsa dipukul dengan objek tumpul,
  • ataupun leher mangsa ditekan kepada objek atau kedua-duanya sekali.
Katanya, tanda seperti bentuk syiling di leher Teoh adalah akibat tekanan jari atau objek bulat dan kejelasan tanda itu mengikut Pornthip bergantung kepada tekanan yang digunakan.

"Teoh berkulit cerah jadi kesan tanda lebam ini boleh dilihat dengan jelas,” kata saksi itu.

Beliau juga memberikan beberapa contoh tentang bagaimana kecederaan di leher akibat dicekik yang mempunyai tanda-tanda lebam yang sama.

Loji Lynas: MB Pahang perlu tanya sebab Terengganu batal, kata MP Kuantan

Kumpulan yang membantah pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia menagadakan sesi taklimat di Gebeng minggu lepas. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 2 April — Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menyambut baik jaminan Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, tetapi mendakwa Menteri Besar Pahang itu tidak cukup maklumat untuk memberi jaminan ia benar-benar selamat.  Sehubungan itu kata Fuziah, Menteri Besar Pahang perlu mendapatkan satu kajian dan pandangan daripada badan bebas berkenaan impak pembinaan loji Lynas serta juga impak operasinya ke atas keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan.

NGO Melayu, PKR desak identiti lelaki didedah

Pelbagai pihak tampil mendesak polis tidak bertindak berat sebelah dalam kes video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila hanya mengesahkan 'ketulenan' klip video berkenaan tanpa menjawab persoalan siapa individu yang dirakamkan itu.

NONETV Selangor memetik Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan ketulenan video itu sebelum mengesahkan individu yang dirakamkan terlebih dahulu, jelas bermotif politik.

“Kita konsisten dengan pendirian bahawa dalam kes video seks ini bermotif politik. Jadi tindakan awal kita ialah membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga perlaku itu yang dikenali sebagai Datuk T ini.

Video Seks : Ketua Polis Negara Tidak Faham Mengapa Anwar Buat Laporan?


Oleh Wira Arjuna

Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ‘tulen’.

Malah Ismail membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.
Persoalannya : Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.
Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?

Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.

Usah tersilau ramainya kehadiran ceramah video seks

Hampir semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat hadir. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam keadaan agak uzur, tetap bersama kemeriahan malam Selasa lalu, walaupun sekadar membacakan doa dan bertakbir. Puluhan ribu memenuhi Stadium Melawati, Shah Alam. Program solat hajat dan ceramah perdana.

Kontroversi ekoran tohmahan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terbabit dalam video lucah yang ditayangkan Dato' T kepada wartawan terpilih di hotel mewah Carcosa Seri Negara 21 Mac ternyata mengundang padah buat Umno-BN.

Apatah lagi selepas terdedah (dan diakui sendiri) bahawa dalang utamanya adalah Abd Rahim Tamby Chik. Ya, siapakah yang bersedia untuk membersihkan imej bekas Ketua Pemuda Umno itu daripada terpalit teruk dengan isu moral?

Tahniah : Petrol RON 97 naik 20 sen lagi

malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.
Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi.
NONE