Rabu, 30 Mac 2011

Big Sweep and Chua Soi Lek - slick, slippery, sly

Big Sweep and Chua Soi Lek - slick, slippery, slyWhile the sex video scandal hogs the front pages in the Malay and English mainstream dailies, the headlines in the Chinese newspapers focussed on the Kelantan state government's stand on the lottery issue.
MCA-controlled Star, on Tuesday, however chose to highlight the lottery issue with the front page headline 'Ban stays'. The Big Sweep lottery issue is a thorny one for DAP and PAS - two of the three partners in opposition coalition Pakatan Rakyat (PR).
According to a DAP strategist who wished to remain anonymous, MCA is betting on making the lottery issue its lifeline.
"Chua Soi Lek is a slick, slippery and sly strategist. He knows that the Teoh Beng Hock issue will deal MCA a lethal blow and so he will quickly seize the opportunity to capitalise on the Big Sweep lottery tickets as a selling point to woo back the disgruntled Chinese," said the DAP strategist to Malaysia Chronicle, adding that Chua was a difficult character to pin down.

Jenayah fitnah, whistleblower, dan kegilaan peradaban

Fitnah adalah suatu rekayasa daripada peristiwa yang tidak benar, yang bertujuan untuk merosakkan reputasi atau menjatuhkan kredibiliti seseorang.  Dalam isu fitnah melalui penayangan video seks, jelas sekali tindakan pihak yang merancang dan mempersembahkan video seks kepada sekumpulan wartawan senior di Hotel Carcosa Sri Negara terlibat dengan unsur-unsur jenayah.  Kumpulan manusia tersebut (termasuk "Datuk Trio") patut ditahan polis, disiasat dan didakwa ke mahkamah.
Tetapi anehnya, komen sesetengah ahli politik UMNO termasuk komen awal "Menteri loose cannon" bukan sahaja bercanggah dengan prinsip negara hukum, malahan mempamerkan suatu fenomena peradaban yang cukup ganjil sehingga mencadangkan pemakaian konsep whistleblower atau pemberi maklumat ke atas kumpulan manusia dengan tindakan berunsur jenayah.  Logik pemikiran sedemikian yang penuh dengan ciri-ciri kegilaan peradaban (madness of civilization) sesuatu kelompok masyarakat cukup menakjubkan!
Apabila jenayah dilindungi, penjenayah diibaratkan sebagai whistleblower sementara mangsa politik seks cuba dilambangkan sebagai penjenayah yang harus disiasat melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja, peradaban bumi 2Malaysia kini dicorakkan oleh ciri-ciri kegilaan ekoran tindakan pemimpin politik yang sanggup melakukan sebarang politik kotor agar dipanjangkan usia rejim pemerintah.

Smut video, scumbag and Umno politics

What was a member of the Malaysian royal household, allegedly from Selangor, doing at a screening of the sex video at Shangri-la hotel?
The story surrounding the Carcosa smut video has been retold so many times by so many people. Before Carcosa there was Flamingo. Before Flamingo there was even a private viewing for five people at the Shangri-La hotel.
I think those five people at the Shangrila screenimg should be hauled up for questioning. At each of these viewings, the main protagonists were present – Shazryl Eskay Abdullah and Rahim Tamby Chik.
At the Shangri-La screening, there was another businessman, a member of an opposition party and a member of one of the royal households in Malaysia.
It seems each of these people was to be conditioned to pursue a specific agenda. This was to have been achieved by having each of these people believe that the male person doing the sex act is (PKR de facto leader) Anwar Ibrahim.
The leading member of an opposition party was invited so as to give validation of the sex video.
The businessman – perhaps his role was to convince those people with whom he is closest. Rahim and Eskay – they are now the new paragons of virtue – the chosen ones to be the standard torch- bearers of the new morality.

Menteri, Speaker tak dirujuk kontrak baik pulih Parlimen?

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau selaku menteri bertanggungjawab terhadap urusan parlimen dan Speaker, tidak dirujuk dalam isu pemberian kontrak pembaik pulih parlimen.
Katanya, Menteri Kerja Raya hanya memaklumkan kepada beliau berhubung penganugerahan kontrak itu kepada sebuah syarikat tanpa ada sebarang perundingan dengan beliau.
"Saya pun sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak tahu tentang pemberian contract award ini.
"Kita tidak dirujuk, tetapi hanya dimaklumkan apa yang hendak dibuat.
"Berapa jumlah kontraknya, kosnya dan siapa, itu tidak dirujuk kepada saya selaku menteri yang jaga urusan parlimen dan juga speaker," jelasnya.
Beliau menjelaskan demikian menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mempersoal beberapa isu dalam penganugerahan kontrak pembaikpulih bangunan parlimen oleh Kementerian Kerja Raya kepada syarikat TRC Corporation.
"Perbelanjaan itu bawah JKR atau Parlimen?

Rare earth protesters given the snub

PM's officers ridicule effort by group to hand over memo about hazardous radioactive wastes from refinery about to start operation in Kuantan
KUALA LUMPUR: About 100 people were rebuked and ridiculed when they attempted to hand over a memorandum to stop one of the biggest rare earth refineries in Kuantan, Pahang.
The group wanted to submit the memo to PM Najib Tun Razak seeking his intervention to stop Lynas Corporation Limited from operating the plant, but was given the snub by his officers.
Vincent Jiam, chairperson of the Stop Lynas, Save Malaysia campaign, said the PM’s officers were dismissive of him and were not keen in entertaining his complaints.
“One officer told me that I can go round the country (to protest) all I want but I would not get any appointment with Najib,” said Jiam at a press conference.

Elia Suhana sah isteri Sultan Ismail Petra

azlanCik Puan Elia Suhana Ahmad disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, setelah Mahkamah Rayuan Syariah Kota Bharu hari ini menolak rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap beliau.

Panel Hakim Mahkamah Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad, serta Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat, dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, membuat keputusan itu setelah perayu, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Panel hakim itu juga menolak rayuan kes itu disebabkan peguam Nik Rorhana, Zainul Rijal Abu Bakar telah menarik diri daripada kes itu tiga hari lepas dan penarikan itu dimaklumkan kepada pihak mahkamah melalui sepucuk surat.

First home scheme imprudent, says PAS

PAS leader Dzulkefly Ahmad warns that the populist measure will expose young Malaysians to undue financial stress.
KUALA LUMPUR: A PAS leader has warned the people not to fall for the government’s “My First Home Scheme” as it could prove to be disasterous.
The scheme, aimed at wooing support, is meant to provide full housing loans to fresh graduates earning RM3,000 and below.
“It will be politically unpopular and seemingly irresponsible if I opposed this scheme,” PAS central committee member Dzulkefly Ahmad told reporters at the Parliament lobby.
“However, it will be even more irresponsible and foolish if I do not caution (or) reprimand the government for such an imprudent measure,” he said, adding that the policy was “shortermist”.
This, the Kuala Selangor MP said, would expose the target group to undue financial stress and eventually into insolvency.
The scheme, launched on March 8, would help young workers to purchase houses costing between RM100,000 and RM200,000 with instalments spread over 30 years.
It might be well-intentioned, Dzulkefly said, but fears of loan defaults was real in light of the recent US sub-prime crisis which led to the global economic crunch.

Ceramah DNA: PKR akan saman polis

PKR akan mengambil tindakan menyaman polis, termasuk 16 anggota pasukan itu yang didakwa melakukan kekerasan dalam satu insiden pada malam Jumaat lalu.
Naib presiden PKR, N Surendran (kiri) berkata, parti itu telah memberikan notis selama 48 jam kepada pihak polis untuk memohon maaf berhubung insiden berkenaan.

NONE"Tapi sampai sekarang belum ada apa-apa (permohonan maaf)," katanya lagi.

Surendran berkata, parti itu akan menamakan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar, kerajaan Malaysia dan menteri dalam negeri dalam saman berkenaan.

Selain itu, ketua polis daerah Ampang Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan juga akan dinamakan dalam saman berkenaan, kata Surendran lagi.
Dalam insiden berkenaan, Anwar dilaporkan telah berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.
Ceramah itu diadakan di perkarangan pusat khidmat Azmin di Taman Melawati pada malam itu.

Sementara itu, Surendran turut mendakwa, anggota polis berkenaan telah melakukan beberapa kesalahan termasuk menceroboh dan menghentikan ceramah yang diadakan ketika insiden itu berlaku.

NONEAnggota berkenaan juga didakwa telah menyerang dan membuat tangkapan salah ke atas beberapa orang yang ditahan dalam kejadian berkenaan, katanya.

"Kita telah minta mereka memberikan nama (anggota polis berkenaan) kepada kami," kata Surendran kepada pemberita.

Sebelum itu, beliau menemani tiga orang ADUN parti itu untuk membuat kenyataan di balai berkenaan pagi ini berhubung insiden tersebut.

Mereka ialah ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Amiruddin Shaari (Batu Caves).

Ketiga-tiga mereka telah diserahkan notis untuk memberi kenyataan itu pada tengah malam Isnin lalu.

Eskay mahu Anwar jawab lima soalan, dakwa video seks ‘anugerah Allah’

Shazryl (kiri) ialah salah seorang daripada tiga “Datuk T”. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 30 Mac — “Datuk T”, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.” Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.
Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.
Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi “Datuk T” iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.
Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah “jawapan dari Allah s.w.t.”
“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk ‘check and balance’.
“Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga,” katanya.

Interlok: NGO Cina pula berang

Lepas satu, satu; novel kontroversi karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain Interlok hari ini diasak dengan isu pendatang dan ketuanan Melayu pula.

Sekumpulan NGO Cina dan India tampil pertama kali pertama bersama-sama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.

"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," kata Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean.

Dalam sidang media di pejabat KLSCAH di Kuala Lumpur tengah hari tadi, Cheng mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara.

Pilihan raya adil: SPR tak boleh diharap secara total, kata TI-M


KUALA LUMPUR, 30 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini adalah bebas dan adil, kata badan pemantau Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini.
Presidennya Datuk Paul Low berkata, SPR telah gagal untuk memperlihatkan agensi itu adalah “bebas” dalam menjalankan fungsinya meskipun mereka dijamin autonomi di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka,” kata beliau pada sidang media hari ini.
Low berkata undang-undang pilihan raya sedia ada tidak dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin dan banyak kesalahan pilihan raya tidak  dikenakan hukuman sewajarnya.

Dakwaan video seks buat Anwar makin kukuh, tulis Wall Street Journal


Anwar berucap di Stadium Melawati, Shah Alam dua hari lepas. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 30 Mac — Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal  hari ini. Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya.
“Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu.
“Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini.

Lebih 100 aktivis anjur demo anti-sisa radioaktif

Kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan simpang masuk ke bangunan parlimen bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.

Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi.

Sebanyak empat buah bas membawa membawa aktivis yang membantah pusat penapisan yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp.

Penunjuk perasaan ini tiba di persimpangan parlimen sekitar jam 9.20 pagi. Mereka kemudian mengadakan perbincangan dengan seorang pegawai polis.

NONEHasil perbincangan, seramai 10 orang dibenarkan masuk ke parlimen, manakala penyokong lain dibenarkan berbaris di sepanjang jalan tanpa menganggu lalulintas.

Mereka juga mengibarkan poster dan kain rentang yang berbunyi: "Stop Lynas", "Hentikan Lynas".
Kira-kira jam 9.40 pagi, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh keluar berbincang dengan seorang pegawai polis dan mendakwa kawasan tempat penyokong berkumpul adalah tidak selamat.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya mereka erpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu di atas pembahagi jalan masuk menuju ke parlimen.

Top lawyer Zaid claims pornography is documentary

Top lawyer Zaid claims pornography is documentaryZaid Ibrahim had a chance to redeem himself but he blew it.
Instead of condemning the despicable sex video which was meant to disgrace Opposition leader Anwar Ibrahim, Zaid had no reservations in telling us that he actually asked to view the video.
And if that was not shocking enough, Zaid then told us that the video is not pornography, but is actually a documentary.
Many parents would disagree that Zaid should lump a favourite like National Geographic in the same category as a man and a woman having sex in a seedy hotel room.
Perhaps Zaid thinks his credentials as a lawyer means he knows what he is talking about.
But people have been known to be wrong, and even top-notch lawyers like Zaid who once ran the nation’s biggest law firm, can also make mistakes.
How could a man whom Malaysians once respected and had high principles, confuse pornography with documentary?

Nurul Izzah presses for probe on Dr M, A-G for power abuse

Debra Chong

KUALA LUMPUR, March 29 — As pressure piles on Datuk Seri Anwar Ibrahim over his alleged sex video scandal, his daughter pushed today for the police to investigate two of the country’s most powerful men for corruption.
“I urge PDRM to investigate the four police reports lodged by Datuk Seri Anwar Ibrahim between July 9, 1999 and August 20, 1999, concerning the abuse of power by Tun Dr Mahathir Mohamad and Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail as mentioned in an open letter by Datuk Mat Zain [Ibrahim] to the Police Inspector-General yesterday,” Nurul Izzah Anwar (picture) said in a statement today.
The PKR vice-president was referring to the former Kuala Lumpur CID chief who had disclosed a series of allegations implicating Dr Mahathir, who was prime minister from 1981 to 2003, and Abdul Gani, the government’s top prosecutor, in a heady web involving Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, one third of the “Datuk T” trio behind the sex video.
Mat Zain had weighed in on the current controversy and said Abdul Rahim was unlikely to be charged for his role in the video due to Abdul Gani’s influential position today as the A-G.

Malaysia Kini Diperintah Oleh Puak Munafiq, Tidak Bermoral Dan Hina

Oleh: Tok Janggut

Apabila sudah terlalu lama berkuasa, maka UMNO kini merasakan tiada siapa yang boleh menghalang segala apa yang mereka ingin lakukan. Mereka boleh memijak kepala rakyat, boleh menolak dan menghina syariat Allah, boleh merampas serta menindas rakyat bila-bila masa mereka suka. Boleh sesuka hati merompak harta Negara, boleh menangkap siapa saja yang mereka suka, boleh memfitnah malahan boleh membunuh tanpa rasa takut dan bimbang.

Ini adalah kerana semua jentera kerajaan, penguatkuasa undang-undang adalah dibawah telunjuk mereka. Dosa pahala, syurga neraka, Allah dan Rasul belakang kira.
Penyokong dan pengampu mereka samada dari kalangan akademik, peniaga malahan ahli agama boleh buat apa yang mereka suka asalkan taat dan patuh kepada penguasa gila.  Senjata yang paling ampuh yang mereka gunakan kini semata untuk mengekalkan kuasa ialah FITNAH.  Mereka sedar untuk mengekalkan kuasa secara biasa kini agak sukar kerana semua rakyat bawahan telah mula sedar dan insaf.  Selain dari itu ialah dengan mengiktiraf seramai mungkin pendatang-pendatang asing dengan memberikan kad pengenalan yang membolehkan mereka itu menjadi pengundi dengan syarat mengundi lambing dacing, jika tidak akan diambil tindakan undang-undang atas tuduhan masuk secara haram atau akan dihantar pulang ke Negara asal atau akan dipenjarakan.

10 Benda Menakjubkan Mengenai Politik Malaysia

Cursing Malay

1. Anda didapati rasuah,anda dijatuhkan hukuman dalam parti kemudiannya anda buat comeback.Anda katakan itu bukan rasuah,itu politik wang.Selepas membuat comeback yang berjaya,anda boleh menang pilihanraya dan selepas itu anda dapat pula jawatan Pengerusi FELDA.

2. Anda dituduh merogol seorang remaja bawah umur sehingga dia mengandung.Memang gadis itu mengandung,memang dia dah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak tapi anda terlepas tuduhan.Karier politik anda tenggelam sekejap tapi bagaimanapun anda tetap berjaya jadi Pengewrusi RISDA.

3. Perdana Menteri adalah seorang yang cuba memupuk semangat berbilang kaum di kalangan rakyatnya.Presiden UMNO pula bermati-matian mempertahankan satu bangsa sebagai tuan di kalangan rakyatnya.

4. Buruk macam mana pun perangai pemimpin,bila mereka meninggal,mereka akan tetap dikenang sebagai wira atau patriot Malaysia.

Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir?

Oleh MSO

SEMASA saya berada di Kuching Sarawak lagi kawan ini mencari saya. Katanya ada perkara penting. Saya kata bagi tahulah, tak boleh katanya, sebab melalui telefon. Nanti orang tape susah nanti. Dari gambaran percakapan kawan ini saya sudah mengagak apa yang hendak diceritakan ada kena mengena dengan kes video lucah yang panas waktu itu

Jam 6.00 petang semalam kami berjumpa untuk sama-sama ke stadium Melawati Shah Alam Selangor, untuk solat hajat. Saya lebih kepada untuk cover majlis berkenaan, nak lihat perkembangan terbaru dan reaksi orang ramai ekoran pendedahan video lucah itu.

Apa lagi katanya pada malam Sabtu lalu ketika Anwar Ibrahim mengadakan ceramah di Melawati polis sudah mula tunjuk taring. Orang ramai juga sudah mula tunjuk kuku. Nampak polis dengan orang ramai nak bertempur sekali lagi.

Pertempuran polis dengan orang ramai ini nampaknya akan berlaku di setiap era perdana menteri, Tahun 1998 dulu di era Mahathir, membawa ke era Abdullah Badawi pada tahun 2004 kemudian membawa pula kepada era Najib Razak.

Apapun era Mahathir jadi PM polis nampak lancang dan kejam. Kejam tidak kejam, sampai ketua polis bertukar menjadi serigala memukul muka Anwar hingga lebam teberam. Sampai kena tubuh suruhanjaya di raja la.

Video seks: Peguam Negara tolak dakwaan Rahim akan terlepas dakwaan

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik
KUALA LUMPUR, 30 Mac — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengetepikan tanggapan seorang bekas pegawai kanan polis bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik akan terlepas daripada dakwaan berkaitan pendedahan skandal video seks. Gani berkata beliau belum lagi melihat kertas siasatan.
“Saya belum lagi melihat kertas siasatan,” kata Gani kepada The Malaysian Insider.
Polis telah menubuhkan pasukan khas menyiasat kes tersebut.
“Bagaimana anda boleh siarkan macam itu,” kata beliau mengulas kenyataan bekas pengarah siasatan jenayah Kuala Lumpur  Datuk Mat Zain Ibrahim kelmarin, yang berkisar isu pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” termasuk Abdul Rahim, bekas ketua menteri Melaka.
Menurut kenyataan “Datuk T” aksi seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika diminta mengulas lanjut, Gani hanya mengulangi pendirian yang sama dengan menegaskan beliau belum melihat lagi kertas siasatan.

Ibrahim Ali nafi Perkasa alami krisis dalaman


Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR, 30 Mac — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu itu tidak berhadapan dengan “krisis dalaman” ekoran keputusan dua pemimpin kanan muda termasuk Arman Azha Abu Hanifah meletakkan jawatan. Arman Azha melepaskan jawatannya berkuat kuasa semalam manakala Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine berbuat demikian bulan lalu tetapi keputusannya belum diterima Ibrahim.
Kedua-dua itu adalah jawatan lantikan.
Sebaliknya, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Arman Azha yang juga ahli Umno Petaling Jaya Utara, telah menyatakan hasrat mahu melepaskan jawatan itu kerana ingin memberi tumpuan dalam bidang politik secara lebih aktif.
“Dah lama dia (Arman Azha) minta berhenti. Dia nak aktif (dalam) Umno dan nak ceramah atas (tiket) Umno.
“Tapi jadi ketua wira Perkasa... dalam dilema jadi saya setuju (dengan) dia lepas itu, itu sahaja,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Kelucahan melampau dan 14 mufti yang bungkem

Oleh DINSMANMinggu ini hebohlah pula cerita video lucah versi terbaru itu. Ia sudah diangkat ke taraf tinggi dan mulia. (Carcosa Seri Negara. Enam bintang tu). Cuma mereka terlupa nak minta mana-mana mufti di negara kita ini supaya hadir sama untuk sahkan bahawa perbuatan itu tidak bersalahan dengan ajaran agama disebabkan ia bertujuan untuk menjaga kepentingan dan keselamatan para umarak yang sedang menunaikan fitnah di bumi bertuah ini.


Memang bertuah bumi kita ini. Tempat suburnya segala macam cerita pelik-pelik dan lucah-lucah begitu, walaupun tiap malam para ulamak dan ustaz menyampaikan kuliah dan tazkirah di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara, mengajak jemaah berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Para mufti pun seramai 14 orang (bukannya seorang dua) sibuklah ke sana ke mari memberi fatwa agar rakyat tidak dibiarkan dalam keadaan keliru dengan hukum-hakam yang nampaknya bertambah-tambah keliru dan mengelirukan itu.
Akhbar-akhbar pun terutama yang menggunakan saluran online berserta blog-blog penuhlah dengan cerita terbaru dan terhangat di pasaran ini. Ada yang mengatakan ia bertepatan dengan bubarnya Dewan Undangan Negeri Sarawak dan bermulanya kempen politik menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak tak lama lagi.

Who says election handouts not bribes: Saifuddin slams Nazri

Who says election handouts not bribes: Saifuddin slams NazriVoters, especially those in Sarawak, will punish BN during the elections for thinking they are stupid and trying to buy their votes by offering handouts and goodies, said Member of Parliament for Machang Saifuddin Nasution.
He was referring to remarks made by Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Aziz that hand-outs and goodies in the form of financial assistance to voters during elections could not be considered as corruption.
According to Nazri, the financial aid given to voters during an election was the federal government’s way of “fulfilling its promises” and manifestos.
But Saifuddin accused Nazri and the BN government of abuse of power and misuse of taxpayers’ money. Very often, the promises were never kept or the money allocated for the various projects were “hijacked” midway and never reached the people it was destined to help.
“They think they can fool people, especially those who live in the rural areas in Sarawak because of their poor living conditions. But what are now the relevant issues for these people are the land exploitation,” Saifuddin, who is also the PKR secretary-general, told Malaysia Chronicle.

Umpama Perletakan Batu Asas Reformasi Ke- 2

Oleh Mohd Sayuti Omar
BAGI penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat rugi besar malam ini kerana tidak ke stadium Melawati Shah Alam. Himpunan solat hajat bagi menyelamatkan pemimpin PR yang difitnah mendapat sambutan hebat. Apa yang berlaku malam ini tak ubah himpunan di sekitar tahun 1998 di era reformasi dahulu.

Bukan saja jumlah kehadiran yang ramai, berlipat ganda dari biasa.. tetapi semangat mereka yang hadir juga berkobar-kobar. Di wajah masing-masing terpancar kemarahan dan keghairahan. Semuanya persis sang harimau yang lapar mahu menerkam musuh.


Nampaknya penayangan video lucah oleh kumpulan tiga botak telah menaikan semangat orang ramai. Inilah hikmat di sebalik pendedahan video berkenaan. Orang ramai bukan mempercayai apa yang didedahkan itu, tetapi semakin menaikan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan (UBN).

Najib - paranoid, perplexed and paralysed with fear?

Najib - paranoid, perplexed and paralysed with fear?There is a famous Greek saying which goes like this: those whom the gods wish to destroy, they first make mad.

No one can rightly estimate when or who is going mad but the average man can see the country or the political landscape is in the nut house.
"Prime Minister Najib Tun Razak is certainly an embattled man, what with his economic programmes not yielding tangible results and foreign investors shying away," commented  Dzulkefly Ahmad , PAS Kuala Selangor MP  to Malaysia Chronicle.

Likening Najib to a dangerous wounded tiger, Dzulkefly views the survey polls indicating Pakatan Rakyat (PR) will do well in the Sarawak state elections as the catalyst. To him, the latest salvo of the video scandal against Anwar Ibrahim indicates BN is terribly afraid of losing its grip on Sarawak.
The video purportedly shows PR leader Anwar having sex with a prostitute, the back fence talk of the county, reportedly bears the hallmarks of being the work of Umno goons. Najib must have thought he delivered the coup de grace to Anwar's political career besides wrecking PR's hopes of capturing Putrajaya.

Busuknya bumi Malaysia dengan maksiat qazaf

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Selepas hampir 13 tahun, Ummi Hafilda diusung lagi oleh Umno ke seluruh pelosok negara untuk menceritakan bahawa Anwar seorang peliwat dan penzina. Di Kedah, dia berceramah di Taman Ria Jaya Sungai Petani atas premis dan tanah milik kerajaan negeri . Ia ceramah terbuka yang dibuat di bawah khemah di luar dewan. Pembesar suara juga boleh didengari di semua arah dalam jarak yang agak jauh.


Semua tahu bahawa ceramah terbuka tidak dibenarkan di Kedah buat masa ini. Ceramah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di Kampung Tualang telah dikepung dengan puluhan anggota polis, sehingga menakutkan orang yang mahu menghampiri tapak ceramah. Ceramah dibatalkan kerana tiada siapa berani hampiri. Begitulah tegas polis menghalang ceramah terbuka.

Umno and BN exploit women for political gain

Umno and BN exploit women for political gainOnce again, BN uses women as a convenient tool to sully other people’s reputations.
And so we watch with a growing sense of horror, at the media coverage of the various smutty videos by BN, principally Umno and MCA, trying to discredit various politicians, in particular one Opposition politician.
In 2008, the Minister for Health resigned after a hidden camera in a hotel room caught him in flagrante delicto with a young woman who was not his wife. The minister, Chua Soi Lek, blamed his enemies in MCA of orchestrating the video release.
Last Monday, a new sex scandal broke out over a video clip that purported to show Opposition leader Anwar Ibrahim having sex, this time, with a woman. Currently, he is being tried in court for having a homosexual relationship with his teaboy.
BN’s strategy is to paint Anwar’s character in lurid colours as is possible. They plan to portray Anwar as a sex beast who is depraved and who cannot satisfy his insatiable lust with either men or women.
Both these videos depict two men with two different women. Datuk T or Abdul Rahim Thamby Chik who is behind the ‘pseudo Anwar’ smutty clips referred to the girl in the sex video, as a prostitute, without so much as a thought.
Who gave Datuk T the moral right to use women like this and to label her a ‘prostitute’? Isn’t there a story behind the girl that extends beyond her role in the sex video?

Gelombang merah, penyambung fitnah Umno

Oleh: Wan Nik Wan Yussof,
Bahang pilihan raya sudah hangat terasa. Ia cukup menghangatkan berikutan berlakunya 16 siri pilihan raya kecil semenjak pilihan raya umum Mac 2008. Malah cukup menghangatkan bila kehadiran pilihan raya umum negeri Sarawak pada 16 April nanti. Cukup menghangatkan lagi, apabila terdedah mahupun didedah beberapa siri isu panas berkaitan politik. Terbaru adalah didedahkan video seks hitam putih cukup ‘klasik’ oleh tiga individu "Datuk T" yang mengaitkannya dengan seorang tokoh pembangkang.


Ekoran dripadanya, isu panas itu sudah mematikan populariti ‘gelombang merah’ jajaan Umno Kelantan pimpinan Datuk Seri Mustapa Muhamad. Namun, gelombang merah yang sudah dijaja begitu hebat bersama baju merah sudah hampir "meminar" pandangan mata rakyat Kelantan.
Apa pun, tekad Umno Kelantan menggunakan strategi politik massa untuk memukau rakyat Kelantan dengan warna merah itu tetap diteruskan. Ini kerana asas gerakan yang diceduk daripada strategi politik Umno Terengganu pada pilihan raya umum 2004 sudah dijadikan model ikutan Mustapa bagi menjayakan misi merampas tampuk Menteri Besar daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Oleh itu, sehangat mana sekalipun hawa politik Kelantan, misi gelombang merah mesti diteruskan demi impian dan peluang yang ada.

200 penduduk Kuantan berhimpun aman di Parlimen hari ini

Mereka akan menyerahkan petisyen "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia" bagi membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth).

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 penduduk Kuantan dijangka hadir di Parlimen esok untuk menyerahkan memorandum bagi menghalang pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth) yang mengeluarkan sisa buangan radioaktif di Kawasan Perindustrian Gebeng, dekat Kuantan, Pahang.
Memorandum disertai petisyen “Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia” yang ditandatangani penduduk Kuantan itu akan diserahkan kepada pegawai di Pejabat Perdana Menteri pagiini.
Memorandum itu antaranya menyatakan luahan penduduk yang khuatir akan ancaman risiko radiasi apabila kilang milik sepenuhnya syarikat perlombongan dan memproses kimia daripada Australia, Lynas Corporation Ltd itu dijangka siap dibina pada hujung tahun ini.
Loji pemprosesan sejenis bijih besi, Lathanide yang mengeluarkan 0.05 peratus Thorium pada setiap sekilogram sisa buangan yang terhasil itu mengandungi radioaktif dan karsinogen (boleh menyebabkan punca barah) turut mendatangkan risiko kepada industri pelancongan sekitar Balok dan Cherating.

Zunar: Kemunculan 'kartunis pelacur' jatuhkan martabat seni budaya

Saya kesal kerana sejak akhir-akhir ini semakin ramai muncul kartunis-kartunis yang sanggup melukis kartun yang membawa unsur fitnah.  Kartun-kartun seperti ini banyak muncul menjelang pilihan raya kecil. 
Terbaru, ahli parlimen Pembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar kanan) membuat laporan polis mengenai pengedaran kartun lucah yang disebar di kawasan Parlimen Lembah Pantai.  Kartunis-kartunis yang menghasilkan kartun ini tidak mempunyai tanggungjawab moral kerana tidak berani untuk meletakkan nama sendiri atau nama pena di dalam lukisan mereka.  Saya mendapat maklumat mereka dibayar sejumlah wang yang banyak untuk menghasilkan lukisan mengikut arahan pihak yang membayar.
Mereka melukis apa saja yang disuruh termasuk kandungan yang mempunyai fitnah dan pembohongan.  Bagi saya, kartunis-kartunis seperti ini tidak ada bezanya dengan pelacur.  Saya ingin mengingatkan para kartunis bahawa selagi karya-karya mereka disebar dan dibaca, selagi itu mereka tidak terlepas dari tanggungjawab.

Politik Sundal: Ruang Peribadi vs Kepentingan Publik

Jelas, kita, rakyat dalam negara yang sudah merdeka lebih separuh abad ini patut malu kerana pemimpin negara masih tidak tahu cara untuk berpolitik.  Mungkin mereka ini kurang ilmu atau kurang cerdik.  Apalagi yang perlu dan tidak cukup?  Ilmu memerintah yang diturunkan oleh Inggeris - dicontohkan oleh Jepun kepada pemimpin tempatan setelah sekian lama berkonfrontasi dan bertumpah darah, pengalaman bergelut dengan situasi-situasi kritikal negara sepanjang merdeka, meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan, lima Prinsip Rukunegara yang mantap, penerapan nilai Islam dan moral dalam negara dan sistem pendidikan nasional: apakah semua ini gagal membentuk sebuah budaya masyarakat, pemimpin dan politik yang matang, atau bersih atau setidak-tidaknya agak bersih? Dan paling penting, kenapa kematangan berpolitik pemimpin negara kita semakin rencat dalam sedekad dua ini yang banyak berlegar sekitar anu dan dot dot dot?  Kenapa tidak dari dahulu lagi?

Aaaa... Baru tau sapa I??


Jangan tuduh-tuduh!! Jangan fitnah-fitnah!!
I saman you tau!!
Cecil... you gi saman Anwar.
Eee... geraammm I!!!
Aaaa.. baru you tau siapa I!!

Aauuuwww...
Jangan ler saman I.
Pleeeezzz....

Kah... kah... kah... kah....

[Baca sini]

Video : Komik Lucah Mirip Anwar, Izzah Lapor Polis

Video : Doa Khusus Untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim

Kump Wang Disatukan Persekutuan: Awang Adek diasak isu pengambilan RM8 bilion

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Adek Awang Adek Hussain terpaksa akur untuk memberi jawapan secara bertulis kepada Parlimen kerana gagal memberikan jawapan memuaskan kepada soalan berkaitan pengurusan kewangan negara.
Beliau memilih untuk berbuat demikian selepas ‘diasak’ bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dan juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof mengenai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Azan, seorang ahli ekonomi mempersoal sebab pengambilan keluar RM8 bilion daripada Kumpulan Wang Disatukan tidak dizahirkan dalam penyata kewangan tahunan negara daripada tahun 2007 sehinggalah tahun 2010.
Jumlah wang dalam Kumpulan Wang Disatukan itu tidak berubah-ubah dalam empat tahun tersebut, kata Azan.

Wanita Keadilan Lancar 'Kempen Tolak Politik Durjana'



KUALA LUMPUR 29 MAC : Wanita Keadilan hari ini melancarkan “Kempen Tolak Politik Durjana” dalam usaha memerangi politik fitnah yang dimainkan UMNO Barisan Nasional mutakhir ini.
Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menegaskan politik berbaur fitnah yang sering dimainkan UMNO BN, akan menyumbang kepada krisis keyakinan bukan sahaja dikalangan rakyat negara ini bahkan juga dikalangan masyarakat dunia.
Terbaru, pendedahan video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai 'Datuk T'.
Mereka dibarisi oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Video seks: Respons baru Nazri, Datuk T tak akan dilindungi

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Trio Datuk ‘T’ yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang tidak akan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Menteri di Jabatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (gambar), berkata mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta itu kerana mereka telah mendedahkan maklumat itu kepada orang awam.
Bagaimanapun, mereka boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi sekiranya berlaku pertuduhan bersabit dengan video seks itu selepas siasatan dilakukan.
“Apabila seseorang itu telah memaklumkan atau menzahirkan kepada awam bahawa dialah yang telah memberikan maklumat itu, maka akta itu (Akta Pemberi Maklumat) tidak boleh dipakai lagi ke atasnya,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Video : BN nyanyuk, guna fitnah untuk kekal berkuasa