Selasa, 29 Mac 2011

Enggan lulus Pakatan Rakyat, ROS ikut telunjuk Umno

SHAH ALAM: Sikap pilih kasih Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang tidak meluluskan penubuhan Pakatan Rakyat tetapi memberi layanan istimewa kepada parti Kesejahteran Insan Tanah Air (Kita) sedangkan proses permohonan kedua-duanya datang dari individu sama – Datuk Zaid Ibrahim, dipersoal.
Mencelah pada sidang Dewan Negeri Undangan (DUN) Selangor, Mohamed Azmin Ali (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata permohonan menubuhkan Pakatan Rakyat dihantar dua tahun dulu tapi tidak diluluskan ROS sehingga kini.
Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Gombak, sebaliknya berkata ROS meluluskan permohonan parti Kesejahteran Insan Tanah Air (Kita) hanya dalam masa seminggu.
“Parti Kita, hantar seminggu terus lulus. Tapi kami(Pakatan Rakyat) sudah dua tahun hantar, sehingga sekarang masih tidak diluluskan lagi. ROS tidak berlaku adil dalam meluluskan permohonan itu kerana mengikut telunjuk Umno.

Video : Umno JPN Bersekongkol Supaya Warga Asing Boleh Mengundi

Video : Wanita Keadilan Lancar 'Kempen Tolak Politik Durjana'

Akta perlindungan: Nazri mengaku silap beri kenyataan

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengaku tersilap mengeluarkan kenyataan 'kemungkinan' trio 'Datuk T' akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut membuat pembetulan dengan menyatakan bahawa mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta Akta Pemberi Maklumat kerena mereka telah mendedahkan diri mereka kepada umum.

Namun katanya, di bawah Akta Perlindungan Saksi mungkin akan diguna jika pihak berkuasa mendapati ada kes.

Video seks: Kami tak takut siasatan tapi guna qazaf, kata Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata parti Islam tidak takut pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks yang didedahkan awal minggu lalu, didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita tidak takut pada siasatan. Malah saya yakin Datuk Seri Anwar (pun) tidak pernah takut pada siasatan, malah kini beliau juga sedang berdepan dengan siasatan dan pembicaraan panjang di mahkamah mengenai isu liwat.
“Kini beliau berdepan pula isu fitnah zina. Cuma apa yang saya mahu tegaskan ialah, ikut panduan dan pedoman Islam," kata Nasrudin (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan mengulas pandangannya disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini.
Rakaman video seks itu, yang tiga “Datuk T” mengakui bertanggungjawab ke atasnya, dipertontonkan kepada wakil media awal minggu lalu.

Nazri: Bantuan segera ketika p'raya bukan rasuah

Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

NONE"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ab Aziz dalam soalannya ingin tahu sama ada pemberian bantuan segera ketika pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan satu bentuk rasuah dan adakah kerajaan bercadang menghentikan bantuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya.

Menjawab soalan Ab Aziz mengenai jumlah aduan rasuah yang diterima Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pilihan raya kecil bagi tempoh 2008 hingga 2010, Mohamed Nazri berkata sebanyak enam kes diterima dan disiasat dalam tempoh itu.
RM11j kos 16 p'raya kecil

PKR bantah 'Datuk T' dilindungi undang-undang

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ahli-ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio ‘Datuk T’ yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof seperti dilapor KeadilanDaily berkata, perlindungan kepada individu berkenaan sebenarnya cuba menjadikan Anwar sebagai tertuduh sedangkan beliau sebenarnya adalah mangsa.
“Apabila perlindungan diberi kepada trio ‘Datuk T’, ia menjadikan Anwar sebagai suspek,” kata Yusmadi yang juga pengamal undang-undang.
Yusmadi turut merujuk jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kong pada 20 April tahun lalu yang menyatakan bahawa saksi yang sudah melakukan pendedahan kepada media, tidak layak mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi.
Justeru, katanya, berdasarkan prinsip yang sama, individu berkenaan, yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah, tidak layak mendapat perlindungan sebagai saksi.
Menurutnya lagi, kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz, bahawa individu berkenaan boleh dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat, mengelirukan dan bertentangan dengan undang-undang.
Malah, kata Yusmadi lagi, selain perlu didakwa di bawah Seksyen 292 kanun Keseksaan Jenayah kerana melakukan tayangan serta pengedaran video lucah, mereka juga perlu didakwa kerana melakukan ugutan jenayah (criminal intimidation).
Turut menyertai Yusmadi pada sidang media itu adalah Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din; dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani.

Saya juga dilamar Pakatan, kata bekas Ketua Wira Perkasa

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Selain menerima tawaran beberapa pertubuhan bukan kerajaan, bekas Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata, beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.
Beliau bagaimanapun berkata masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.
Malah beliau enggan memberitahu bila menerima tawaran komponen Pakatan Rakyat.
Malam tadi, Arman Azha turut berada di Stadium Melawati, Shah Alam untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.
Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara itu berkata, beliau mengikuti program semalam hanya untuk mendengar dan mengetahui isu-isu yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat.
“Buat masa ini ada beberapa pihak parti politik daripada kedua-dua belah pihak datang melamar saya... saya hanya akan buat keputusan apabila melihat prinsip yang saya bawa ini benar-benar diiltizamkan oleh parti-parti itu kerana hari ini kita lihat ia masih sama-sama lagi.

Ketua Wira tinggalkan PERKASA

Ketua wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah hari ini mengumumkan peletakan jawatannya secara serta merta.

NONEKatanya, beliau membuat keputusan itu "atas dasar prinsip" kerana PERKASA tidak mempunyai political will atau keupayaan politik dalam perjuangannya.

Arman berkata, beliau telah lama berkira-kira untuk meletakkan jawatan kerana PERKASA tidak berjaya mengetengahkan isu yang diperjuangkannya.

Isu itu termasuk kuota 30 peratus untuk Bumiputera dan juga hak istimewa dalam Model Ekonomi Baru.

Walaupun telah meletak jawatan, Arman, 35, menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli seumur hidup PERKASA.

Arman yang dilantik ke jawatan itu sejak lebih dua tahun lalu berkata, beliau akan menemui presidennya Datuk Ibrahim Ali berhubung peletakan jawatannya itu.

Loji Lynas: Tiada lesen operasi jika rakyat bantah, jamin MCA


KUALA LUMPUR, 29 Mac — MCA memberi jaminan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan oleh syarikat Australia tidak akan menerima lesen operasi jika rakyat tidak bersetuju dengan projek tersebut, yang lojinya sedang didirikan.
Pendirian itu dinyatakan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) itu bagi pihak badan pemberi lesen hari ini ketika tekanan semakin meningkat terhadap usaha mengadakan loji pemprosesan bernilai RM700 juta itu.
Ekoran bantahan pimpinan MCA bahagian tempatan mahu projek itu dikaji semula.
Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) yang merupakan Pengerusi MCA Pahang, wakil-wakil masyarakat dan perniagaan Cina Pahang mengadakan pertemuan dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximum Ongkili mengenai isu Lynas, pemilik loji tersebut dan menyerahkan memorandum mengenai soal keselamatan ke atas orang ramai.
Memorandum diserahkan kepada menteri berkenaan.
Sekitar 40 peratus pengundi di tiga bahagian Parlimen yang berhampiran kawasan perindustrian Gebeng itu adalah masyarakat Cina.

Pancing undi dalam acara rasmi kerajaan

BN sebagai parti pemerintah nampaknya akan memulakan kempen untuk pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan acara rasmi kerajaan untuk mendapatkan sokongan.

Sebagai contoh, dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di beberapa kawasan terpilih di Selangor jelas menunjukkan usaha meraih sokongan bagi merampas kembali negeri itu daripada penguasaan Pakatan Rakyat.

Video : Jangan patah semangat, fokus agenda Buku Jingga

Video seks: Kamera elak fokus muka

Remaja ditembak UPP jumpa menteri, tuntut keadilan

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Remaja yang menjadi mangsa tembakan anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di Tumpat Februari lalu, hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Memorandum itu bagi mendesak tindakan segera diambil termasuk memastikan siasatan yang adil oleh pihak polis.
Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, yang hadir ke Parlimen bersama peguam dan keluarga turut menyatakan rasa tidak puas hati ekoran tindakan pihak polis hanya menyiasat berdasarkan laporan pihak UPP dan mengenepikan laporan yang dibuat keluarga mangsa.
"Kami melihat tindakan anggota UPP berkenaan menembak Ahmad Nizamuddin sebagai cubaan menghapuskan bukti bahawa kematian Allahyarham Said adalah akibat dipukul," kandungan memorandum itu dipetik.

Felda Plantation Beri Keuntungan Pada Siapa Kalau Bukan Untuk Peneroka ?



SHAH ALAM 29 MAC : Keghairahan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan menghentam cadangan Pakatan Rakyat untuk membubarkan anak syarikat Felda memakan diri.
Ahmad Maslan semalam berkata pembubaran Felda Plantation tidak akan menguntungkan sesiapa berikutan generasi kedua dan ketiga felda hanya akan memperolehi sekitar 0.4 hektar tanah seorang sahaja.
Sifir Ahmad Maslan itu bingkas dibidas Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang mempersoalkan jika benar pembubaran itu tidak membawa apa- apa kebaikan kepada anak peneroka, siapa pula yang menikmati keuntungannya ?
"Kalau sekiranya Datuk Ahmad Maslan bercakap ia tidak dapat menguntungkan anak-anak peneroka, sebenarnya Felda Plantation yang ada sekarang ni menguntungkan siapa?"

Izzah buat laporan 'kartun bogel' bapanya

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah komik yang memaparkan kartun lucah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai aksi.

NONEMenurut Nurul Izzah, komik 16 halaman bertajuk "Kisah Juara Raja Lawak" yang mempersendakan Anwar - yang juga bapanya - dihantar kepada pengundi baru di kawasan parlimennya di Lembah Pantai.

Dalam laporan polisnya, Nurul Izzah antaranya mendakwa, pengedaran komik itu berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Nurul Izzah membuat laporan polis itu di Ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.40 petang ini.

Turut mengiringi beliau empat orang termasuk Ketua Pemuda PKR cabang itu Abdullah Izhar Yusof dan seorang peguam.

Karnival Kerjaya BN Bukti Pengangguran Tenat


KUALA LUMPUR : Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyifatkan kehadiran lebih 300,000 orang yang mengunjungi karnival BN Youth Jobs baru-baru ini membuktikan bahawa anak muda terutama di kalangan graduan sedang mengalami masalah pengangguran yang serius.
Pengarahnya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli melalui kenyataan medianya berkata, berdasarkan jawapan parlimen dan kenyataan akhbar yang dikeluarkan Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam pada Jun 2010 serta statistik Jabatan Perangkaan Jun lepas jelas menunjukkan kadar pengangguran berada pada tahap 3.7 peratus atau sekitar 426 600 orang yang menganggur.
Menurut Mohd Saifullah, daripada 426 600 ribu ini, 7.5 peratus atau sekitar 32 000 adalah penganggur di kalangan graduan.
“Kadar pengangguran ini sudah cukup membuktikan bahawa generasi muda masih dalam krisis pekerjaan,” katanya dalam kenyataan medianya.

'PKR Nazak', Kemelut Dalaman Parti Perlu Di Selesaikan Segera

Kerana Musuh Yang Sebenar Ialah Puak UMNO Dan Bukannya Sesama Sendiri!

Laporan di muka depan Sinar Harian bertarikh 25 Mac bertajuk "PKR Nazak" dan "Fauzi Mahu Undur" adalah dirujuk. Susulan laporan tersebut menyebabkan ramai pihak yang tertanya-tanya dan gusar apa yang dilaporkan. Soalnya, benarkah PKR Pahang kini sudah nazak. Malah, benarkah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota yang kini merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Trengganu iaitu Azan Ismail?. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan penyokong pembangkang dan mereka yang berada di atas pagar sekarang ini. Masing-masing terkejut dan tersentak dengan laporan tersebut. Malah ada yang tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan PKR sebenarnya?. Difahamkan selepas kenyataan tersebut keluar baru-baru ini, ramai pemimpin PKR Pahang dihujani dengan berbagai persoalan daripada rakyat terutamanya "orang-orang PAS". Mereka mahukan kepastian apa yangberlaku sebenarnya. Bahkan mereka takut, senario tersebut akan menyebabkan Pakatan Rakyat ditolak dalam pilihanraya umum akan datang. Melihat kepada kemelut yang berlaku ini, seolah-olah bagai ada sesuatu yang belum terungkai sebenarnya. Apakah ia harus dibiarkan?.

Video : Taktik Keji UMNO Hanya Mengundang Benci Rakyat

Sekali lagi anak muda tolak politik lucah

Setelah politik Ketuanan Melayu, sekali lagi Umno dan BN menghidangkan politik kotor. Politik yang tiada nilai, tiada pendidikan, tiada intelek, tidak membangunkan idea dan tidak mencambah wacana sihat.
Yang dihidangkan, video seks yang bagi anggapan seorang warganegara dan anak muda, sangat jauh daripada moral dan nilai murni.
Sisi anak muda
Hari ini, jika anak muda ingin menonton apa sahaja video seks atau lucah, mereka boleh sahaja ke laman You Tube, Metacafe dan sama waktu dengannya. Mudah sahaja, taip apa sahaja video yang diinginkan.
Tidak perlu tunggu media mengkhabarkan apakah laman web cadangan untuk video itu. Tak perlu. Apatah lagi, membuat tayangan percuma di hotel seumpama Seri Carcosa.

Azmin Tuntut Akujanji Polis Agar Tidak Langgar Undang- undang



KUALA LUMPUR 29 MAC : Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menuntut polis memohon maaf secara terbuka kerana mengganggu majlis pelancaran Datuk Najib Altantuya (DNA) Jumaat lalu, di pusat khidmatnya, Parlimen Gombak.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengemukakan empat tuntutan termasuk permohonan maaf.
Tiga tuntutan lain yang disenaraikan dalam surat itu ialah membekalkan nama-nama dan nombor polis kesemua anggota polis yang terlibat dalam serbuan minggu lalu.
Azmin turut mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memberi akujanji bertulis bahawa mereka tidak akan mengulangi tindakan yang jelas menyalahi undang- undang seperti itu.
“Kami diarahkan pada malam 25 Mac 2011, suatu ceramah politik telah diadakan di pusat khidmat Parlimen Gombak. Pihak polis telah secara mala fide, menyalahi undang-undang dan tanpa alasan munasabah menyerbu, mengganggu dan menamatkon  ceramah  tersebut.

Video : Pemimpin Agama Tidak Harus Jadi Syaitan Bisu

Ceramah Pakatan diserbu, tayang video lucah dibiar

KUALA LUMPUR, 29 Mac: PAS kesal terhadap sikap double standard yang ditunjukkan oleh polis yang kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tabiat lama berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat di posisi ofensif.
Katanya, beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu yang berakhir dengan kekecohan.
Beliau berkata, semua maklum sekiranya himpunan yang diganggu oleh polis maka akan berakhir dengan kekecohan.
“Pihak polis buat-buat  tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu dan Rompin, Pahang.
“Malahan yang paling malang kadang-kadang OCPD tidak faham Akta Polis, akhirnya telah diperbodohkan oleh peguam bela di dalam mahkamah,” ujarnya.

Perkasa: Ketua Wiranita berundur, ketua Wira ikut langkah?


KUALA LUMPUR, 29 Mac — Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, antara pemimpin yang dilihat lantang bersuara selepas Presiden mereka Datuk Ibrahim Ali, disebut-sebut akan melepaskan jawatan tersebut dalam waktu terdekat ini.
Jika ia disahkan, Perkasa dilihat  berhadapan dengan satu lagi keputusan mengejutkan selepas keputusan Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.
Bagaimanapun keputusan Raihan itu belum diterima oleh Ibrahim sehingga kini.
The Malaysian Insider difahamkan Arman Azha, yang seringkali berada di barisan depan dalam perhimpunan dan perarakan berkaitan usaha membela orang Melayu, memutuskan demikian ekoran perkembangan dalaman Perkasa.
Arman Azha ketika dihubungi The Malaysian insider enggan menafikan ataupun mengiayakan dakwaan tersebut.
Sebaliknya kata beliau, tunggu sehingga penjelasan petang ini.
“Esok pukul 4 petang (ada) sidang media,” kata beliau ringkas kepada The Malaysian Insider menerusi satu e-mel semalam.
The Malaysian Insider tidak dapat mengesahkan sama ada ia petanda wujudnya pergolakan dalam Perkasa, diterajui Ibrahim yang juga Ahli Parimen Bebas Pasir Mas.

Taktik Keji Umno Hanya Mengundang Benci Rakyat


SHAH ALAM 29 MAC: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya sebagai langkah terakhir parti lawan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Menurut Anwar, taktik licik dan keji UMNO hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap parti itu. 
"Isu dia apa?Isu dia kesediaan Pakatan Rakyat ambil alih pemerintahan. Dan ini langkah terakhir Barisan Nasional guna apa juga cara yang mungkin. Tipu helah, jijik untuk halang bukan kami di atas pentas, tapi kemaraan rakyat Malaysia."katanya.
Anwar berkata demikian dalam pidato khas di Majlis Solat Hajat dan Pidato Khas menangani isu video lucah di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam.
Hampir 20 ribu hadirin hadir memberi sokongan kepada Anwar yang dituduh Datuk T selalu mengerjakan perkara keji seperti melanggan pelacur.

Video : Solat Hajat & Pidato Khas Fitnah Video Seks (Part 1)

Azmin hantar surat tuntutan minta polis mohon maaf


KUALA LUMPUR, 29 Mac — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menuntut pihak polis meminta maaf secara terbuka kerana mengganggu majlis pelancaran “DNA”, yang diadakan di pusat khidmat Ahli Parlimen Gombak Jumaat lalu, yang berakhir dengan kekecohan membabitkan penyokong Pakatan Rakyat dan polis.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengemukakan empat tuntutan termasuk permohonan maaf.
Salinan surat tuntutan beliau turut diedarkan kepada media lewat semalam.
Surat itu dikeluarkan beberapa jam selepas Azmin yang ditemui wartawan di Shah Alam pagi semalam berkata beliau mahu polis memohon maaf ekoran insiden tersebut.
Tiga tuntutan lain yang disenaraikan dalam surat itu ialah membekalkan nama-nama dan nombor polis kesemua anggota polis yang terlibat dalam serbuan minggu lalu.

Video seks: Pemimpin agama jangan jadi ‘syaitan bisu’, kata Hadi


SHAH ALAM, 29 Mac — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.
Walaupun tidak ditujukan secara jelas terhadap siapa pemimpin agama itu, namun ia dilihat menjurus kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh PAS.
“Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu... yang diarahkan untuk berkata yang benar tapi tidak lakukan adalah syaitan bisu,” kata Hadi lagi.

Hampir 10,000 solat hajat tolak fitnah jahat

SHAH ALAM: Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.
Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.

Bukit Aman: Polis tidak siasat Anwar kes video seks


KUALA LUMPUR, 29 Mac — Polis tidak menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan video seks didakwa menunjukkan beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur meskipun pengkritik mahukan siasatan sedemikian ke atas ketua umum Pakatan Rakyat itu.

Ketua Sekretariat Polis Bukit Aman Deputi Komisioner Datuk Ghazali Mohd Amin berkata, Ketua Pembangkang itu tidak disiasat kerana tiada tanda menunjukkan wujudnya salah laku jenayah.
“Tidak, tidak, tidak,” kata beliau kepada The Malaysian Insider semalam apabila ditanya sama ada Anwar dikenakan sebarang tuduhan berhubung bentuk jenayah.

Seminggu dimalukan, Anwar didendang bagai wira


Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Malah, dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.

Anwar: Hidup mati saya di tangan Allah, bukan Umno-BN

Anwar Ibrahim berucap pada program Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati, Shah Alam, 28 Mac, 2011. — Foto oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 29 Mac — Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat “Datuk T” minggu lalu tidak akan sesekali “membunuh” karier politik beliau.
Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.
“Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.
“Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . . . belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia,” katanya pada program solat hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.