Jumaat, 25 Mac 2011

5,000 saksi Anwar diheret turun pentas ceramah, 3 ditahan polis

Antara ribuan yang hadir program pelancaran kempen DNA: Datuk Najib-Altantuya
KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.
Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.
Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa  berunding dengan polis Ampang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang  turut muncul hingga menggamatkan hadirin.
Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Bukti rakyat bersama perjuangan Anwar menolak Umno BN
Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.
Sehingga berita ini ditulis jam 11.45 malam, suasana masih kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.
Kempen itu  dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.
Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.

Bahrain : GCC dan Saudi perlu keluarkan tentera dari sana....

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Sebuah NGO hari ini menyarankan Raja Abdullah Saudi Arabia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengeluarkan tentera mereka daripada Bahrain.

“Tiada sebarang sebab untuk mereka berada di sana,” kata S.M Mohamed Idris, Pengerusi Citizens International dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.







Jenazah Hani Abdul Aziz,
menurut Qaradhawi 'ana tak tahu, ana tak tahu' (sini).

Campurtangan pihak luar tidak perlu, kata Idris kerana Bahrain sekarang tiada mengalami sebarang kecaman luar, hanya beberapa protes dalaman oleh rakyat yang inginkan reformasi politik untuk menamatkan kerajaan kuno yang berdasarkan penguasaan keturunan.

Idris turut menyelar tindakan Raja Bahrain, Hamad bin Eisa Al Khalifa yang menggunakan kekerasan dan kekejaman sehingga ramai pendemo aman demokrasi terbunuh dan cedera.

“Beliau sepatutnya menggunakan dialog dengan pemimpin-pemimpin gerakan demokrasi untuk mewujudkan satu demokrasi berperlembagaan di Bahrain yang menjamin hak yang saksama untuk semua rakyat,” tambah Idris.

Idris turut menyifatkan kenyataan Raja Hamad yang mengaitkan demo aman menuntut demokrasi dengan satu plot peringkat antarabangsa sebagai tidak berasas apabila beliau sendiri memberikan lampu hijau kepada tentera Saudi untuk campur tangan.

“Kenyataannya langsung tidak berasas, dan ia sebenarnya ditujukan terhadap Iran untuk mengalihkan perhatian sedangkan masalah sebenar wujudnya protes ialah rasuah, kurangnya demokrasi dan pencabulan hak asasi manusia yang serius oleh regim beliau,” selar Idris.

Idris turut menambah bahawa Raja Hamad tidak boleh lagi meneruskan pembohongan kepada rakyat Arab dengan menuding jari kepada Iran untuk kebangkitan rakyat di sekitar dunia Arab untuk kebebasan dan demokrasi.

Mereka tidak boleh lagi memainkan perbezaan sektarian untuk mengekalkan rakyat supaya terus berpecah bagi mengekalkan regim mereka yang tidak sah. Puak Sunni dan Shiah ialah satu iaitu Muslim dan bersama menuntut penamatan kuasa diktator dan penguasaan secara keturunan untuk kebebasan, demokrasi dan keadilan,” kata Idris.

Dengan mengambil contoh kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia, Idris memberikan amaran bahawa kebangkitan rakyat terhadap diktator-diktator Arab serta raja-raja mengikut keturunan yang lain yang tidak mengendahkan suara rakyat akan menyebabkan mereka ini dihancurkan sebagai sampah sejarah.

“Kita menyeru rakyat Malaysia dan semua yang lain menghargai kebebasan dan demokrasi, di mana mereka berada untuk menyokong perjuangan rakyat Bahrain, Saudi Arabia dan negara Arab yang lain untuk kebebasan, demokrasi dan keadilan,” seru Idris.-HD



Melayu P. Pinang bangkit tuntut hak

Di zaman Umno memerintah, hanya kroni mereka yang di ketengahkan manakala majoritinya dipinggirkan.

PETALING JAYA: Orang Melayu Pulau Pinang kini sudah mula bangkit menuntut hak mereka yang selama ini dinafikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kata seorang ahli Parlimen PKR.
Yusmadi Yusoff, ahli Parlimen Balik Pulau berkata, sebelum ini selama berpuluh tahun Umno menutup potensi mereka untuk menjadi bangsa yang berjaya seperti orang lain.
“Di zaman Umno memerintah, hanya kroni mereka yang di ketengahkan manakala majoritinya dipinggirkan.
“Tetapi kini Pakatan Rakyat memberi peluang kepada orang Melayu Pulau Pinang untuk berjaya tetapi terpulang kepada mereka untuk merebut peluang tersebut,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
Masyarakat Melayu Pulau Pinang menjadi perbualan hangat setelah Umno mendakwa kerajaan negeri Pakatan Rayat menyisihkan mereka.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP menafikan dakwaan sedemikian rupa.
Yusmadi berkata,  orang Melayu Pulau Pinang menjadi pusat perhatian kerana kedudukan strategik dalam lanskap politik negara.
Menurutnya, orang Melayu Pulau Pinang mempunyai kesedaran politik yang tinggi seperti kaum lain juga.
“Selaku ahli parlimen, ini satu cabaran baru untuk mengemblengkan keyakinan di kalangan orang Melayu untuk mengambil bahagian sewajarnya di negeri itu. Peluang sudah ada, peluang itu terbentang di depan mata mereka.
“Sebelum ini kesedaran mereka (orang Melayu) hampir pupus semasa di bawah pemerintahan Umno,” tambahnya.
Yusmadi juga menegaskan lebih membanggakan Pulau Pinang semakin bersih, ekonomi semakin rancak dan jenayah semakin berkurang.

Video seks: ‘Datuk T’ Shuib juga disoal polis

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Datuk Shuib Lazim, salah seorang daripada tiga “Datuk T” yang terlibat dalam rakaman video seks memberikan keterangan kepada polis hari ini.
Keterangannya sedang diambil oleh polis Bukit Aman.
Dua rakannya disoal siasat polis Bukit Aman semalam.
Shuib juga merupakan Bendahari Perkasa.
Laporan awal Bernama menyebut, siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.
“Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.
“Salah seorang daripada individu yang terbabit telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku,” katanya.
Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam.
Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Risda nafi tempah, biaya bilik di Carcosa Seri Negara

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) hari ini menafikan terlibat dengan pendedahan video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang.
Pengurusan Risda dalam satu kenyataan turut menafikan sekeras-kerasnya tuduhan segelintir pihak bahawa Risda turut terlibat dalam penempahan dan pembiayaan bilik perundingan di Carcosa Seri Negara dan Hotel Flamingo yang digunakan untuk menayangkan video berkenaan kepada wartawan serta beberapa individu lain.
“Kami ingin menegaskan bahawa Risda tidak terlibat atau berkait langsung dengan isu ini dan tidak pernah membuat sebarang tempahan atau membiayai mana-mana bilik di Carcosa Seri Negara atau hotel lain,” kata kenyataan tersebut yang ditandatangani Ketua Unit Komunikasi Korporat Risda, Halimah Abd Kadir. — Bernama

MIC Perak: Jangan pedulikan cakap Nazri

Pengerusi MIC Perak Datuk S Veerasingam meminta ahli parti itu jangan memperdulikan permintaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz supaya MIC menyerahkan enam kerusi di Perak, kerana ia tidak mencerminkan pendirian rasmi BN.

NONEDalam temubualnya baru-baru ini dengan akhbar harian berbahasa Cina - Nanyang Siang Pau - Nazri yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, mahu MIC untuk menyerah kesemua enam kerusi negeri di Perak yang gagal dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu, dengan mendakwa, BN mungkin kehilangan Perak jika MIC bertanding lagi di kawasan berkenaan.

Veerasingam (kiri) menafikan itu hari ini, dengan menegaskan bahawa MIC dan BN Perak telah mendapat balik sokongan kaum India di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sokongan kaum India semakin meningkat. Ini telah dibuktikan dalam pilihan raya kecil Tenang, Merlimau and Bagan Pinang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Oleh itu, beliau menggesa semua ahli MIC supaya mengawal kemarahan mereka dan jangan memperdulikan kenyataan Nazri itu kerana ia bukan datang dari Zambry atau Najib.

Video : Step down from Risda post, PKR Youth tells Rahim

Video : Bekas SB Nasihat Polis Bertegas Dengan Ahli Politik

Kantoi Lagi : Pengendali Laman UMNOReform - Juga Akui Bukan DSAI Dalam Video Seks Dato T!


Ketika Chegubard dihantar ke hadapan IJN untuk dijemput oleh bodyguard-bodyguard T Stooges, saya tidak sempat untuk turut bersama menemani chegubard ke IJN. Mungkin kerana kesuntukkan masa, chegubard telah terus dihantar oleh Sani dan Din Binjai ke hadapan IJN seperti yang dijanjikan.

Kemudian barulah Sani menjemput saya di Lembah Pantai untuk sama-sama menunggu apakah kesudahan perjumpaan sulit chegubard. Saya difahamkan chegubard telah ditemani seorang rakan rapatnya yang juga seorang ahli UMNO dan saya juga saling mengenali dengan rakan tersebut. Ternyata nilai persabahatan itu sebenarnya tidak terkira walau merentasi batasan parti.

Dan di bawah ini, adalah pengakuan terbuka rakan yang dimaksudkan di atas. Cuma dalam pengakuan di bawah, tidak dinyatakan asas pendirian rakan chegubard, samada mempercayai sosok yang berada di dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim atau sebaliknya.

TETAPI,  sewaktu ditanya oleh pemberita apakah pendirian rakan yang menemani chegubard, dengan yakin chegubard menjawab rakannya itu juga menyatakan pendirian bahawasanya beliau juga yakin bukan Anwar Ibrahim yang menjadi pelakon di dalam video seks tersebut. 

Ikuti pengakuannya di bawah;

PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR 

Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Benar persoalan yang mahu ditanya adalah BENARKAH ANWAR IBRAHIM ORANG YANG TERLIBAT DALAM VIDEO ITU? Semakin ghairah persoalan itu. Mereka yang dipanggil pada petang/malam 21hb March 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM. Mereka yang melihat video itu dan berbual secara peribadi dengan Rahim Tamby Chik pada hari tersebut adalah Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul – kedua-duanya dari PKR.  Dalam kenyataan Badrul Hisham Shaharin ada seorang BLOGGERS UMNO yang mengikutinya untuk menonton video lucah Carcosa itu. Beliau tidak mahu menyeret bloggers UMNO tersebut dan tidak mahu menyusahkannya. Apabila diajukan soalan siapa dia, BADRUL HANYA MENJAWAB TUNGGU DIA BERITAHU SENDIRI. Satu tindakan baik dan amat dihormati. Siapa bersama Badrul Hisham  pada 21hb March 2011 yang menonton video itu dan bukan kalangan PKR tetapi UMNO ? Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau - yang beliau rujuk sebagai : BLOGGERS UMNO itu adalah saya sendiri!

Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan.

Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard.

Saya juga dalam pengakuan ini menetapkan bahawa kehadiran saya adalah kerana jemputan/pelawaan dan kemahuan saya menuruti  rakan saya Badrul Hisham Shaharin dan ini dilakukan atas kapasiti saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain, organisasi dan badan lain yang saya sertai. Sekian di maklumkan – Anuar Mohd Nor



EDYES @ edyesdotcom

Video: Mahathir Dan Najib Perlu Bertanggungjawab

Kekeliruan jumlah pindaan sebenar Interlok terjawab

Sejumlah 106 pindaan, kesemuanya saranan ahli panel pindaan Interlok edisi murid dikemukakan wakil masyarakat India.

KUALA LUMPUR: Kekeliruaan tentang jumlah pindaan sebenar dalam novel Interlok telah terjawab, kata mantan ahli panel bebas Interlok yang mewakili masyarakat India, Uthaya Sankar SB hari ini.
Beliau menjelaskan sebanyak 106 pindaan akan dibuat ke atas buku Komsas, Interlok edisi murid dengan persetujuan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Uthaya berkata, dari jumlah tersebut, sebanyak 19 pindaan melibatkan sensitiviti masyarakat India, 84 kesalahan bahasa dan fakta manakala enam lagi berkaitan Sasterawan Negara Abdullah Hussain.
Dari 19 pindaan itu, tiga pindaan melibatkan penggunaan kata kasta “Paria”, satu berkaitan pemaparan isteri Maniam, satu berkaitan adegan lembu dan satu lagi melibatkan adegan perkahwinan. Terdapat enam pembetulan manakala baki tujuh lagi melibatkan errata.
Beliau memberitahu bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diarahkan membetulkan kesemua kesalahan bahasa dan fakta dalam mesyuarat panel bebas pada 23 Mac lalu di DBP di sini.
Walau bagaimanapun, secara peribadi Uthaya melahirkan rasa sedih kerana pindaan melibatkan bab cerita masyarakat Melayu dan Cina tidak dikemukakan.
“Sebagai Presiden Kavyan saya berasa sedih kerana pihak yang menyenaraikan “sensitiviti” masyarakat Cina dan Melayu pada 4 Mac lalu menarik balik senarai pindaan mereka,” kata Uthaya ketika taklimat Interlok anjuran MIC di Dewan Tan Sri KR Soma pada pagi tadi.
Seorang lagi ahli panel, G Krishnabahawan memberitahu hadirin bahawa pegawai khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, P Ravin memberi jaminan bahawa Najib akan membaca edisi pindaan sebelum diedarkan.
Masyarakat Melayu, Cina perlu bantah
Isu pendirian MIC yang tidak menentu turut dipersoal hadirin di dalam sesi taklimat kerana pada peringkat awal, MIC bertegas mahu penggunaan novel ini dihentikan tetapi kemudian akur kepada kehendak Muhyiddin untuk melaksanakan pindaan.
Ketua Pemuda MIC, T Mohan memberitahu hadirin bahawa MIC berjaya dalam isu berhubung kontroversi Interlok.
“Kita berjaya kerana semua bahagian cerita yang tidak menyenangkan masyarakat India telahpun dipinda.
Uthaya mengakui bahawa Presiden MIC, G Palanivel dan timbalannya Datuk Dr S Subramaniam meminta agar buku tersebut tidak digunakan semasa pertemuan dengan Muhyiddin.
Berkenaan isu pendirian partinya yang mahu Interlok edisi murid ditarik balik, Mohan berkata: “Desakan untuk penarikan buku tersebut harus datang daripada masyarakat Melayu dan Cina.”

Usaha menggugurkan Interlok diteruskan

Bagaimanapun pindaan ke atas Interlok yang mengambil kira pandangan masyarakat India tidak memuaskan hati beberapa pihak.
Pengerusi Badan Bertindak Interlok Kebangsaan (Niat), Dato Haji Thasleem Mohamed bertegas dengan pendirian mahu penggunaan Interlok ditarik balik berasaskan surah Al-Quran.
Sehubungan itu beliau melontarkan cabaran kepada pihak tertentu kerana gagal melihat isu ini dari perspektif agama.
“Saya cabar Muhyiddin, ahli parlimen Melayu – Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membuktikan bahawa budaya lebih penting berbanding agama.”
Beliau turut mengutarakan pandangan bahawa selaras dengan konsep 1Malaysia apa-apa perkara yang sensitif kepada satu kaum sepatutnya sensitif kepada semua kaum kerana kesemua mereka terdiri daripada rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, Thasleem memberi jaminan bahawa Niat akan meneruskan usahanya sehingga Interlok digugurkan daripada sukatan mata pelajaran.
Ahli Niat, A Rajaretnam turut senada dengan Thasleem berasaskan hujah bahawa pindaan perkataan tidak mengubah intipati watak dalam novel Interlok.

The se‘X’-Files of BN


What is it like to be a teenager who wants to exercise his democratic rights in a BN dominated Malaysia?
He notes that BN ministers rarely discuss important topics like fiscal policy, education, health, the environment, energy and transportation. What the teenager observes is that sex, race and religion are key themes and major political weapons, in Malaysian public life.
In other words, Malaysian politics is like watching a poor quality soap opera – lots of sex, scandal and tripe, but little of any substance.
Some say we inhabit a Malaysia which is far removed from that of our parents, grandparents or great grandparents, who lived prior to and around the time of independence.
Perhaps we traded the British for our new colonial masters – the BN rulers.
A teenage Malay would have been brought up on Ketuanan Melayu and he is aware that he need only coast along in neutral to get a place at a local university or to receive a scholarship for a local or foreign institution of higher learning. For those in the non-Malay world, it is the law of the jungle – only the fittest survive.
A Malay student at school, would have great difficulty trying to learn English, even if he wanted to. The boy who tries to speak English to practise and gain familiarity with the language, will be teased that he desires to be an ‘anglophile’. Many Malays then give up.
Indian and Chinese students know that only the best and lucky few will be accepted into local universities. Encouraged by parents and peers, they strive to work hard and master English because this is his ticket to a better life.
The teenager finds that history deals with the Malacca sultanate. There are no Hindu or Buddhist kingdoms. He knows nothing of the great civilisations or of the cradle of democracy. So what if the world knows about the various Chinese dynasties, the Boston tea-party, Florence Nightingale and the Crimean War or even the two World Wars. BN only wants him to know about BN.
He is lucky if his headmistress does not make reference to his crucifix, or the prayer knot on his wrist if he is a Hindu. He is thankful if no one condemns him for being a non-Malay, who should return to his country of origin.
Even breaks are a problem. Malays and non-Malays who share the contents of their lunch boxes, will soon find the Malay student being told, by teacher, to “not mix with the kaffir.” To avoid his Malay friend from further embarrassment, the non-Malay keeps to his non-Malay friends. So much for 1Malaysia.
Powerful political tool
When he has finished his studies, the teenager has the BTN course to go through. Again, the Malay-ness and Islamicisation of BN’s Malaysia, is emphasized. The non-Malay is made to feel like a reject and an excrescence.
In the big bad world, doors to civil-service jobs are shut in the face of the non-Malay. He also finds that he cannot get onto the property ladder as easily as his Malay counterpart, who is able to negotiate one of many fiscal incentives which are open to him. Discounts are only available to the Malay, for purchasing houses.
The non-Malay is aware that throughout his life, it was race and religion that divided him from his Malay friends.
For the conscientious young adult who wants to observe his voting rights, he finds that BN offers him sex, as a powerful political tool.
BN’s emphasis is on sex – and the many versions of it. BN’s politicians tend to hide behind catchy slogans, and sexual scandals.
The teenager, or young adult, finds that he can screen a sex video but must make sure he does not ask for money. That way, he won’t be breaking the law. At least not according to the IGP.
He knows that if he finds a Malay person, he can set up a company and the Malay can be his front. All he has to do, is pay the Malay a monthly retainer, then he does the work and keeps the profits.
He is envious of his Malay friend who can marry four women and divorce the women when he tires of them, without paying maintenance as there is no enforcement of this ruling.
Last week, former prime minister Dr Mahathir Mohamad said on his blog, that he was sad a Malay reader had regretted he had been born a Malay.
The sex tape
This week, three Malay men, produced a sex video of the Opposition leader Anwar Ibrahim, to discredit him. One of the people behind this despicable act was the alleged child rapist Abdul Rahim Thamby Chik a disgraced former Chief Minister (CM) of Malacca.
We have the current CM of Malacca who ruled that Malay/Muslim children can get married by the state, if the parents refuse to give them permission – in other words, state sanctioned paedophilia.
A few weeks ago, a Malay woman Ummi Hafilda talked about giving Anwar ‘golden showers’ as she squatted over him. She is one of the women engaged by Mahathir and Najib in their master plan, to bring about Anwar’s downfall. Ummi was a popular sideshow at the recent by-elections.
The Chief Minister of Sarawak, Taib Mahmud became a multi-billionaire by robbing his own people but the PM has dismissed calls for Taib to be investigated for corruption.
All that is distasteful has Malay fingerprints all over it.
The politics starved teenager realises that Malaysia has no functioning parliament. Opposition political parties cannot operate freely as they are ever fearful of the security services and waste time talking about human rights and democracy.
If there were a proper democracy, political parties would not need to concentrate on human rights issues or have to watch what they say for fear of being charged under the Sedition Act.
In a properly functioning democracy, parties will work towards moving the country forward. They will discuss how to improve health, education, transportation, the economy and people’s lives.
Without a functioning judiciary, the corrupt BN politicians can continue to plunder and sidestep important issues. They only do this because they are morally and intellectually bankrupt of ideas and means, to move the country forwards.

Mariam Mokhtar

Video seks 'siri fitnah ketiga' terhadap Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengadakan demonstrasi aman bagi membantah 'konspirasi' video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantahan yang diketuai ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin itu diadakan sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Ianya antara siri mobilisasi AMK bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung apa yang didakwa mereka 'siri fitnah ketiga' terhadap Anwar selepas fitnah liwat pertama 1998 dan liwat kedua yang kini sedang dibicarakan di mahkamah.
"Ianya adalah siri fitnah yang ketiga bagi memastikan Datuk Seri Anwar terus dihina dan diaibkan oleh mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan reformasi yang kita kemukakan kepada rakyat," kata Shamsul kepada kira-kira 100 orang yang hadir mendengar.
Dalam ucapannya juga, dia turut menyelar niat sebenar Tan Sri Rahim Thamby Chik iaitu individu di sebalik tayangan video seks kepada pihak media di Hotel Carcosa Negara, Isnin lalu.
Selain Rahim, dua lagi rakannya iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim didakwa turut terlibat dengan menggelarkan diri mereka bertiga sebagai 'Datuk T'.
"Kita tahu Rahim Thamby Chik ni sifat dan karektornya. Dia merupakan pelaku penting dalam kes ini. Dia memberikan sogokan wang kepada seorang ahli parlimen Keadilan untuk keluar Keadilan," katanya lagi.
Selasa lalu, Anwar yang juga ketua pembangkang membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.
Anwar turut mendakwa penglibatan Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka, adalah bukti pembabitan pemimpin peringkat tertinggi Umno.
Terdahulu AMK turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membuat siasatan dalam kes itu kerana dipercayai terdapat unsur rasuah dan penyelewengan.
Mereka juga memberitahu akan ke pejabat Risda, Jalan Ampang bagi menyerahkan memorandum mendesak Rahim yang juga pengerusi Risda agar meletakkan jawatan.
"Kita mesti hentikan sifat politik yang khianat dan keji seperti ini," katanya.

Maklumat jerebu pun disekat, apatah lagi kebocoran nuklear?

Fenomena menyekat maklumat amat biasa dalam industri nuklear, dan rakyat tidak dimaklumkan situasi krisis yang sebenar seandainya berlaku kebocoran radioaktif.  Persoalannya di Malaysia, sejauh manakah rakyat yakin bahawa kerajaan kita akan menjamin ketelusan informasi nuklear, sedangkan kerajaan ini sangggup menyekat maklumat ketika jerebu melanda tanahair kita?
Justeru itu, aktivis menentang nuklear menyeru agar rakyat Malaysia meneliti hakikat yang terpampang di depan mata kita, tegas berpegang kepada hak demokrasi - mendesak agar kerajaan mengadakan referendum (pungutan suara) dalam isu pembinaan loji nuklear.
Sungguhpun banyak negara lain mula mengkaji, atau mengetepikan projek pembinaan loji nuklear, ekoran krisis nuklear yang menimpa Jepun; namun tiada petanda menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia bakal membatalkan rancangan pembinaan loji nuklear yang dijadualkan pada tahun 2021.
Dalam satu forum berjudul "Igauan Nuklear di Jepun dan untuk Malaysia" (Nuclear Nightmares in Japan and for Malaysia) anjuran kerajaan Selangor di Hotel PJ Hilton pada malam 22 Mac 2011, Presiden Malaysian Physicians for Social Responsibility, Ronald McCoy melontarkan soalan-soalan berikut untuk direnungi bersama.
Radioaktif adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat.  Bagaimana kita sedar bahawa kita sedang berada dalam keadaan merbahaya?  Sampai bilakah keadaan yang merbahaya ini berkekalan?  Bagaimana kita menurunkan tahap bahaya yang bakal menimpa diri kita dan keluarga?
Selain itu, apakah ukuran paras radioaktif yang boleh dianggap selamat?  Bagaimana kita memperolehi maklumat yang penting ini, agar mengelakkan atau mengurangkan risiko untuk diancam radioaktif?  Apakah penyakit yang dibawa kesan radioaktif?  Maklumat mana yang boleh kita yakini?  Bagaimana kita mengekalkan kehidupan yang sihat, selepas malapetaka nuklear berlaku?
Ronald McCoy (gambar kiri) menganggap soalan-soalan sedemikian adalah sukar untuk dijawab.  Seandainya kerajaan dan industri nuklear menyekat informasi yang berkenaan, termasuk maklumat teknikalnya, laporan sains, kajian biologi dan sebagainya, maka adalah lebih sukar untuk soalan tersebut menemui jawapan.
Jepun menyekat maklumat ancaman letupan
Ronald McCoy berkata, penapisan informasi bermula sejak awal pembangunan bidang tenaga nuklear.  Industri nuklear memberi persepsi negatif bahawa informasi sentiasa dikawal selama ini.  Kepercayaan orang umum terhadap tenaga nuklear menghampiri sifar.  Rakyat di British, Amerika Syarikat, Jerman, Russia, Jepun dan negara lain tidak didedahkan kepada kebenaran mengenai nuklear.  Malah, Jepun yang sedang bergelut dengan krisis nuklear pun telah lama menyekat maklumat tentang nuklear.  Pada tahun 2002, pengurus atasan TEPCO dipaksa untuk meletak jawatan, setelah mendedahkan kebenaran bahawa wujudnya kebocoran radioaktif.
Sumber: Reuters
Selepas malapetaka menimpa loji nuklear Fukushima Daiichi, kerajaan Jepun dan TEPCO melaporkan bahawa hanya berlaku kerosakan yang kecil.  Kemudian, barulah dilaporkan bahawa berlakunya kebocoran hidrogen, tetapi pegawai kerajaan tetap mendakwa ia tidak menjejaskan kesihatan.  Selepas berlakunya letupan hidrogen, sekali lagi rakyat diberitahu bahawa ia tidak mengancam kesihatan manusia.
Menurut Ronald McCoy, pada hakikatnya, hidrogen yang terbocor mengandungi Tritium.  Isotope yang mempunyai hayat separuh selama 13 tahun dan 6 bulan ini boleh diserap tubuh manusia, atau masuk ke dalam badan melalui air minuman, sehingga mengakibatkan keracunan pada bahagian buah pinggang, malah meningkatkan risiko manusia dijangkiti barah.
Beliau berkata, "radioaktif tidak mengancam kesihatan jika berada pada paras rendah" hanyalah mitos yang dicipta oleh kerajaan dan industri nuklear.  Pada zaman persaingan nuklear ketika perang dingin, laporan kajian sains yang membuktikan ancaman radioaktif nuklear terhadap kesihatan manusia telah ditapis, malah saintis yang bercakap benar dimasukkan ke dalam senarai hitam.  Pada tahun 1994, jawatankuasa eksperimen radioaktif terhadap manusia menyimpulkan bahawa, laporan kajian yang dibuat ketika zaman perang dingin semuanya pernah ditapis dan disunting untuk mengelakkan protes orang awam.
Jadi, muncullah hujah-hujah seperti "adalah sesuatu yang semulajadi untuk manusia hidup dalam keadaan yang mempunyai radioaktif"; "tubuh manusia hanya 'tak kena' apabila tercemar dengan radioaktif berparas tinggi (secara kemalangan, atau kadang-kala)".  Namun, menurut laporan yang diklasifikasikan Amerika Syarikat dan Russia, kebocoran radioaktif telah mencemarkan lautan dan darat, dan akhirnya masuk ke dalam rantai makanan dan mengakibatkan krisis kesihatan, misalnya meningkatkan risiko manusia menjangkiti barah, mengancam sistem keimunan badan, mengakibatkan kemandulan, menjadikan penyakit semakin tenat, mengancam pertumbuhan janin dalam kandungan dan sebagainya.
Kerajaan pernah menyekat maklumat jerebu
Setelah mendedahkan fenomena di mana kerajaan di serata dunia menyekat maklumat bersama industri nuklear, Ronald McCoy bertanya kepada hadirin, "Seandainya krisis yang sama berlaku di Malaysia, apa pula reaksi kerajaan Malaysia, menurut ramalan anda?"
"Ingatkah kamu, ketika jerebu menyelubungi Malaysia ekoran kebakaran hutan di Indonesia, apakah reaksi kerajaan ketika itu?  Media tidak dibenarkan untuk melaporkan indeks pencemaran udara, kerana ia akan menambat langkah pelancong."
Beliau menambah, banyak pengajaran dalam dunia nuklear sebelum ini.  Jadi, negara yang ingin membangunkan nuklear memerlukan masyarakat sivil yang menuntut ketelusan dan integriti, namun kedua-dua elemen ini adalah amat kekurangan di bumi Malaysia.  Selain itu, negara yang membangunkan tenaga nuklear memerlukan kerajaan yang jujur dan ikhlas untuk menjamin hak asasi rakyat dan keadilan sistem kehakiman.
Dengan terus-terang Ronald McCoy mengkritik kerajaan Malaysia kerana angkuh, rasuah dan terlalu lama berkuasa.  Malah, seperti biasa, kerajaan ini memutuskan untuk membangun tenaga nuklear tanpa mendengar suara yang berbeza.  Sesebuah negara yang benar-benar demokratik gagal dibentuk tanpa kehadiran kebebasan media, kebebasan bersuara dan berhimpun.
Malah beliau menyeru agar rakyat Malaysia tegas mempertahankan hak asasi demokrasi, mendesak agar referendum diadakan di seluruh Malaysia oleh badan berkecuali.  Malah, Ronald McCoy menyeru agar rakyat Malaysia menubuhkan pakatan untuk menjana gerakan anti-nuklear di peringkat kebangsaan.
Betulkan tiada bencana alam di Malaysia?
Ronald McCoy melontarkan satu lagi persoalan, bahawa keselamatan loji nuklear bergantung kepada kestabilan alam sekitarnya, dan kerajaan bergantung kepada pakar geologi untuk menilai keselamatan tersebut.  Namun demikian, banyak juga gempa bumi yang gagal diramalkan pakar geologi.  Justeru itu, ia tetap menimbulkan keraguan walaupun kajian geologi menunjukkan bahawa keadaan tanahnya adalah stabil.
Beliau berkata, Malaysia tidak mempunyai masalah gempa bumi, tsunami setakat ini, tetapi negara jiran kita seperti Indonesia dan Filipina berdepan dengan keadaan itu.  Pengetahuan kita terhadap geologi tidak lengkap dan tidak sempurna, kita terlalu bergantung kepada pengetahuan sedemikian untuk menentukan di mana binanya projek teknologi yang beracun ini, misalnya loji nuklear.
Ronald McCoy berkata, design basis accident sesebuah loji nuklear adalah berasaskan penilaian geologi.  Silap selangkah maka ia bakal mengundang situasi seperti loji nuklear Fukushima Daiichi.  Rekaan loji nuklear Fukushima Daiichi boleh menanggung kesan gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter, dan tsunami setinggi 6.7 meter.  Namun, gempa bumi di Jepun pada 11 Mac 2011 telah mencecah ukuran 8.9 pada skala Richter, dan impak tsunami yang jauh lebih berkuasa daripada tahap yang boleh ditampungnya.  Maka, bencana berlaku dalam keadaan sedemikian.
"Jadi, pakar geologi turut melakukan kesilapan, ada kalanya.  Malah ahli politik juga melakukan kesilapan, kerana penilaian mereka tidak semestinya tepat," katanya.
Beliau memberi contoh bahawa gempa bumi berskala 6.3 Ritcher yang berlaku di Christchurch, New Zealand berasal dari satu kuasa yang gagal dikenalpasti.  Kuasa ini tidak pernah wujud dari kaca mata pakar geologi, sehinggalah gempa bumi berlaku.
"Pada hakikatnya, adalah sesuatu yang biasa apabila gempa bumi dicetuskan kuasa yang tidak diketahui.  Jadi, adalah satu masalah seandainya menilai keselamatan loji nuklear berasaskan ramalan geologi, kerana ia tidak semestinya tepat," tekan Ronald McCoy.
Selain keadaan tanah yang stabil, pembinaan loji nuklear juga memerlukan syarat kestabilan politik.  Negara yang mana senario politiknya tidak stabil akan berdepan dengan risiko di mana loji nuklear mungkin dijadikan sasaran serangan pengganas.

*Chan Wei See

Pulak Dah : Apa nak jadi 'Wanita' Terengganu ni......

Apa nak jadi dengan segolongan wanita Terengganu.

Desakan untuk menjaga badan tersangat tinggi......nak 'slim-molim......semata-mata nak menarik perhatian cik suami dan pak we......maka jalan pintas diambik dengan mengambil syabu.

Ketika menghadapi makanan, semuanya berselera.....semuanya sedap.....semuanya dibelasah.....tak kisahlah makanan tu tinggi kandungan lemaknya seperti laksam, laksa, nasi dagang, nasi minyak, keropok lekor goreng, sotong goreng tepung dan bermacam-macam lagi.....rupa-rupanya syabu, sejenis dadah jadi 'penyelamat mereka.

Demi menjaga potongan badan......RM1,000 sanggup dihabiskan kepada pil 'penyelamat' konon iaitu syabu.

Bagi yang kurang berkemampuan memadai dengan menghabiskan di antara RM25-30 untuk sebiji dadah pil kuda.

Ini bermakna golongan yang melanggani syabu dan pil kuda adalah golongan boleh dikira 'boleh tahan' jugak pendapatan mereka......berkemungkinan sekitar RM2000 ke atas sebulan.

Bayangkan betapa parahnya......daripada 10,000 penagih yang ditahan, sebahagiannya adalah golongan wanita.
[sumber .]
al-brangionline:

Bila ada pembeli.....mesti ada penjual.

Bila ada 'demand'......mesti ada 'supply'.

Tak ada maknanya......di luar kelihatan cantik dan menarik tetapi berpenyakit serta kotor di dalam.

Kebanyakan wanita bertindak atau berfikir hanya 'selapis'......tanpa berfikir panjang kesan dan akibatnya......jangan marah ya wanita Terengganu.....bukannya semua begitu.....itulah hakikatnya.

Apa komen Umno Terengganu......guane gamak Pak Mat Kemamang?

Jangan cakap pasal pembangunan sana sini......pembangunan rohani dan jasmani rakyat kena ambik pusing jugak Pak Mat Kemamang......

Penerangan serta dakwah perlu digerak-gempurkan di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan Swasta.

Pasai apa PKR tamak sangat kat Sarawak?

Matsamankati ada komen dalam posting aku sebelum ni, aku salin tampal kat bawah ni: 
matsamankati said... 

Kalau dulu aku cakap, orang kata aku trojan horse. Sekarang aku cakap, orang kata aku anti PKR. Tapi aku kena cerita juga.
 
Tahun lepas, Bulan Februari aku berulang ke Sarawak. Masa tu Fuziah Salleh masih lagi Pengarah Pilihanraya PKR. Jumlah kerusi yang diminta oleh PKR hanya 45. Itu pun permintaan awal...bukan final. Sasaran sebenar ialah 35 kerusi atas dasar "winnability." Pas mintak 6. Tapi kalau aku Pengarah Pilihanraya PKR, aku nasihatkan...kalau dapat 4 pun jadila. Kalau menang 2 pun kira Pas dah berjaya.

Keseluruhannya, kalau DAP boleh menang 16, PKR 7, SNAP 5, Pas 2. Dah boleh menafikan majoriti 2/3. Nak menang tu...susah la.

Tapi bila Azmin ambil alih Pengarah Pilihanraya PKR, semua kena start semula.

Ini baru Sarawak. Kat Selangor nanti tak tau la.
Jauh lari tu, daripada 45 kerusi masa Fuziah Salleh jadi pengarah pilihanraya PKR ke 52 kerusi bila Azmin ambil alih jawatan tu. Baru berapa bulan saja Azmin pegang tiba-tiba PRK jadi lebih kuat sampai nak tambah lagi 7 kerusi.

Kalau betul bertambah kuat ok jugak tapi nampak gaya lebih macam nafsu saja yang bertambah kuat. Padahal dengan 35 kerusi tu pun sebenarnya dah cukup untuk PKR pegang kerusi Ketua Menteri. Mungkin kut pasai takut kalah banyak tempat, jadinya kalau bertanding lagi banyak peluang untuk menang banyak pun bertambah la kut.

Masalahnya, kalau sampai 'berperang' dengan SNAP dan DAP pasai pembahagian kerusi nak menang banyak macamana. Takkan la bila dah berperang dengan SNAP lepas tu nak harap orang SNAP akan undi calon PKR. Takkan bila dah berperang dengan DAP lepas tu nak harap orang DAP akan undi calon PKR.

Tu belum lagi dicampur undi yang akan lari bila tengok parti-parti dalam Pakatan Rakyat pun bertelagah, bercakaran sesama sendiri.

Di tempat yang lawan lebih dari 2 penjuru termasuk dengan SNAP atau DAP pulak dah tentu peluang nak kalah memang sangat-sangat besar. Macam selalu member-member kat sini cakap,
"Kalah dalam tangan, memang belum tentu"
Pada aku, takdak rugi mana pun kalau PKR beralah sikit dengan SNAP. Paling kurang pun tindakan tu boleh meraih simpati orang Sarawak. Tak la nampak macam mengiyakan tuduhan BN yang tentu punya akan  main isu "orang semenanjung nak jajah Sarawak."

Lagi satu, kalau pun betul macam kebimbangan banyak pihak yang takut wakil rakyat SNAP mungkin akan melompat bila menang nanti. Pada aku itu masalah lain. Yang penting biar menang dulu. Bila dah menang dan depa melompat, kita tak rugi mana pun. Yang pentingnya calon Pakatan Rakyat menang.

Maksud aku, pengundi yang mengundi calon yang lompat tu tentu akan marah punya kepada SNAP. Kemarahan tu kita boleh tala 100% kepada SNAP dan nama Pakatan Rakyat tak terjejas mana. Lagi pun semua tu cuma di peringkat Dun Sarawak saja.

Kalau betul depa melompat maknanya bukan setakat kita dah kenal sapa yang boleh dibuat kawan sapa yang tak boleh diharap, tapi yang lebih penting rakyat sendiri dapat tengok.
 
Tumpuan utama Pakatan Rakyat adalah PRU13. Apa benda sangat boleh dibuat kalau setakat pegang negeri tapi tak pegang pusat. Macam sekarang ni, apa sangat Selangor boleh buat walaupun Selangor negeri yang paling kaya dan paling maju di Malaysia.

Aku yakin, kalau calon dari SNAP menang kemudian melompat, sokongan rakyat Sarawak kepada Pakatan Rakyat masa PRU13 akan lagi meningkat dan peluang kita untuk menang lebih banyak kerusi parlimen di Sarawak akan bertambah.

Jadinya, aku nak ulang sekali lagi. Aku harap PKR kena lebih bertolak ansur dengan SNAP. Jangan tamak sangat. Tak rugi mana kalau bertanding 35 kerusi dari nak ikut nafsu bertanding sampai 52 kerusi. Bila bertanding kurang, maknanya lebih banyak tumpuan boleh dibagi.

Aku harap Anwar Ibrahim akan buat sesuatu untuk menyelesaikan kemelut berebut kerusi ni, jangan ikut sangat nafsu Azmin. Kalau ikut sangat cakap Azmin aku takut lama-lama orang akan meluat dengan Anwar macam orang meluat dekat Azmin. 

Lagi pun, PKR bukannya kaya mana sangat. Pilihanraya di Sarawak perlu modal yang sangat-sangat besar. Kalau bertanding setakat 35 kerusi, maknanya peruntukan dan tenaga kerja untuk 17 kerusi yang tak jadi nak bertanding tu boleh diagihkan ke kerusi yang ditandingi.

Akhir sekali, aku nak ulang sekali lagi. PKR JANGAN TAMAK!!!

Berkaitan


Video lucah dan dosa politik

Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.

Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.

Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka.

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini.

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).
Aib peribadi
Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf.

Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi - sekalipun mungkin benar - adalah berat di sisi agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."
Bukan bukti Asas
Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain.

Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.
Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih (bermaksud):

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, hal 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).
Berbeza Dengan Kes Kezaliman
Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa.

Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa.

Itu pun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).
Tidak Perlu Suruhajaya
Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah.

Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).
Ingatan
Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu.
|
Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12).


Bangkit generasi baru
Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Polis periksa lokasi kejadian rakaman video seks..macam-macam jenis DNA boleh jumpa..!!!

Siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin, berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.

"Dua individu ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.

"Salah seorang daripada individu yang terbabit mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang mengenal pasti identiti individu yang kelihatan dalam rakaman video aksi seks terbabit.

Beliau berkata, siasatan kes itu masuk hari ketiga hari ini dan pasukan khas menjalankan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana rakaman video itu boleh wujud.

"Kita sendiri hendak tahu apa yang telah berlaku dan banyak isu lagi, justeru hentikan semua spekulasi dan beri peluang kepada pasukan polis untuk jalankan siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Peringatan Hari Polis ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur.

Ismail berkata, beliau percaya maklumat dan fakta baru akan diperoleh dalam masa terdekat hasil penyiasatan yang dijalankan.

"Siasatan mungkin berkembang terus dari fakta-fakta yang kita akan jumpa nanti," katanya.

Ketika ditanya sebab trio yang mendedahkan video tersebut tidak ditahan, beliau menjawab, "Atas kesalahan apa? Kalau sampai masa sudah cukup bukti dan sudah disahkan kesalahan mereka, barulah kita akan bertindak ikut undang-undang.

"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya.

- Bernama

Peguam Eskay nafi Anwar tak mahu beri keterangan

Selepas bekas pengawal peribadi seorang menteri mendakwa ada kemungkinan ahli Datuk Shazryl Eskay Abdullah marah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak memberi keterangan dalam kes jambatan bengkok, seorang peguam yang mewakili plaintif, hari ini menafikan perkara itu.

CV Prabhakaran, yang merupakan peguam utama Eskay dalam saman pada tahun 2002 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarah eksekutifnya, Datuk Yahya A Jalil, berkata ketua pembangkang itu sebaliknya bersedia memberi keterangan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa Anwar memang bersedia untuk memberi keterangan dalam kes itu. Ia bukan satu kes di mana Anwar tidak bersedia memberi keterangan kerana beliau sedia berbuat demikian,” katanya sambil menambah beliau sedia dipetik memberitahu demikian.

“Apa yang saya boleh katakan ialah peguam, Eskay dan saya telah memutuskan untuk tidak memanggil Anwar untuk kes ini. Ini berikutan Eskay dan defendan Yahya tidak menafikan bahawa peranan Anwar adalah hanyalah menyerahkan surat mereka (Yahya and Merong Mahawangsa) kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Oleh kerana tiada penafian terhadap peranan kecil Anwar itu, maka kami memutuskan untuk tidak memanggil Anwar and Eskay bersetuju,” katanya kepada Malaysiakini.
Prabhakaran juga adalah salah seorang peguam pembela yang mewakili Anwar dalam kes liwat II.

Mohamad Mahti Abdul Rahim - bekas pengawal peribadi seorang menteri - mendakwa Eskay marah kerana Anwar enggan menjadi saksinya dalam satu saman sivil melibatkan projek 'jambatan bengkok'.

Selepas hampir 10 tahun, kes tersebut telah dipindahkan kepada tiga hakim, sebelum dipindahkan kepada Hakim Datuk VT Singham, dan didengar bulan ini.

Awal minggu ini, Hakim Singham telah menetapkan 5 Mei untuk mengumumkan keputusannya.

Dalam kes itu, Shazryl menuntut RM20 juta dari Merong Mahawangsa and Yahya kerana didakwa mungkir kontrak selepas dia membantu mendapatkan projek tersebut

Mahti telah memberi keterangan dalam perbicaraan itu sebagai saksi pertama plaintif (Eskay) apabila dia memberi keterangan bahawa dia melihat bekas bosnya, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob, yang ketika itu merupakan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, memberi surat EPU kepada Eskay untuk melaksanakan projek jambatan menggantikan tambak Johor.

Anwar’s trial reaches mind-boggling phase

Hanipa Maidin

MARCH 25 — Tell me if the following rulings by the judge in Anwar Ibrahim’s trial is not mind boggling.
First the court ruled that a towel, a toothbrush and a mineral water bottle introduced by the prosecution were inadmissible as they had been unlawfully obtained.
Subsequently, the same judge overruled his own decision and held that the items are now admissible and can be relied upon by the prosecution.
Perhaps because Anwar has been accused by the prosecution of indulging in an unnatural sexual act, an unnatural trial is therefore to be expected.
What I mean is that people are too naive or foolish if they expect Anwar’s trial to be placed in the same category as other ordinary criminal trials involving the average person.
Don’t believe me? Can anyone tell me if any other sodomy complainant has been allowed to see the prime minister or his wife at their official residence?
Or if other victims could personally contact the IGP?
Or allowed to provide their police statement in the privacy and comfort of a hotel room?
Or if Anwar is not being put on trial in the court of public opinion, courtesy of the pro-government media?
Or if other prosecution affidavits are published in newspapers before they are submitted to the trial?
Or if we have unrelated organisations organising protests to pressure the accused into surrendering his DNA samples?
And the lists goes on.
Like it or not Anwar’s trial has never been usual and natural to begin with. You don’t see many such stunts appearing anywhere else but here.
When Anwar is tried, it seems that the entire machinery of the government have been in operation to viciously finish him off. As far as Umno is concerned, Anwar is the enemy of the State thus any means to destroy him is justified.
One must be crazy to even dream that Anwar would be accorded a genuine due process. What transpired inside and outside the trial reaffirms the people’s belief that the ghost of his first sodomy trial has now returned with a vengeance.
Judging from what has happened throughout his trial so far, people suspect something must be wrong somewhere.
Is his a legal or political trial? Is he or our administration of justice being tried? What do his enemies really want?
Many well-planned coincidences also emerge in Anwar’s fiasco.
When Anwar was to be nominated as a candidate for Permatang Pauh’s by-election, the public were suddenly shown Saiful’s oath in the Federal Territory mosque.
Now, when people are to go to the polls in Sarawak, they are shown yet with another stunt — a sex video tape purportedly featuring Anwar as the main actor of the scene.
For the first time, a sex video was publicly viewed without any interference from the police. And for the first time, Malaysians are told Datuk T comprises of three individuals .
Anyway Anwar should be thankful to his political rivals as they do not mind Rahim Tamby Chik’s role in this new release video.
When Rahim shows his utmost concern on sex related materials, history is being rewritten.
Never mind Anwar... lawan tetap lawan

Umno Di Semenanjung Tapi "Pengaruhnya" Sampai Ke Sarawak..!!

SHAH ALAM 25 MAC : Ketidakwujudan parti Umno di Sarawak tidak bermaksud amalan biasa oleh parti itu tidak menular ke Bumi Kenyalang seperti isu-isu penyelewengan, rasuah dan skandal moral.

Hakikat, umum mengetahui, khazanah dan kekayaan rakyat Sarawak terus dibolot oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan parti komponen yang mewarisinya secara turun temurun dari Umno.

Demikian pandangan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Baru Bian kepada Tv Selangor yang mengulas tentang keadaan di Sarawak ketika negeri itu bakal
menempuh pilihanraya negeri yang ke-10 bulan depan.

" Ya benar, Taib boleh halang Umno dari masuk ke Sarawak. Tapi faedahnya untuk siapa? Siapa yang mendapat keuntungan? Untuk dia sendiri. Itu isunya,"kata Baru.  

Baru berkata demikian dalam rancangan Terus Terang di Tv Selangor.

Beliau ditanya pengacara rancangan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, apakah perbezaan amalan autonomi
yang akan dibawakan oleh Pakatan Rakyat jika mentadbir Sarawak.
 
" Auntonomi bagi kita, ialah mementingkan rakyat di Sarawak. Ini terletak dalam konsep perjanjian 1963. Kalau bukan Umno,Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan makan harta rakyat. Ini bukan isu Umno masuk ke Sarawak, adakah pentadbiran Barisan Nasioanal sekarang ini mementingkan atau mengutamakan isu rakyat," soal Baru. 

Empat parti komponen Barisan Nasional Sarawak ialah PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif
Sarawak (SPDP).

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak sememangnya terkenal dengan jolokan pemimpin yang hebat mengaut keuntungan negeri demi memenuhkan kantung keluarga dan kroninya. 

Bukan hanya didakwa merampas tanah adat (NCR) di negeri itu, Taib dan keluarganya juga didakwa mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

Menurut Baru, inilah masa yang dinantikan oleh rakyat di Sarawak yang sekian lama dahagakan perubahan.

Jika dulu katanya, rakyat Sarawak mungkin naif untuk menilai tipu helah Taib, namun kini semuanya sudah berubah.

Isu NCR misalnya begitu berbekas di hati rakyat Sarawak yang rasa tertindas di bawah pentadbiran kuku besi Taib. 

" Bila mereka lihat dengan mata mereka sendiri, kuasanya telah diceroboh oleh orang luar, oleh syarikat, baru mereka percaya.Maksud saya di sini, banyak sudah yang dilihat oleh orang asal di sini, kerana itu saya percaya, mesej yang kita sampaikan ini adalah benar-benar dasar pemerintah boleh dipercayai. Isunya bagi saya ialah, bolehkah kita meyakinkan minda atau mentaliti masyarakat?,"katanya lagi.

UAE negara Arab paling Bangang di dunia

 UEA Ikut-ikutan Kirim Pesawat Tempur Untuk Terapkan No Fly Zone Bagi Libya

Jumat, 25/03/2011 sumber (eramuslim.com)
Menurut kantor berita Emirat pada hari Jumat ini (25/3) melaporkan bahwa Uni Emirat Arab akan mengirim 12 pesawat tempur untuk ikut berpartisipasi dalam menerapkan resolusi Dewan Keamanan PBB yang menetapkan adanya zona larangan terbang atas Libya.

Menurut kantor berita tersebut Menteri Luar Negeri UEA Syaikh Abdullah bin Zayid Al-Nahayan, mengatakan: "Angkatan Udara dari UEA akan berpartisipasi dalam menegakkan zona larangan terbang di atas langit Libya dengan mengirimkan enam pesawat F-16 dan enam pesawat Mirage."
Syaikh Abdullah bin Zayid Al Nahyan menegaskan bahwa partisipasi UEA akan di mulai dalam beberapa hari mendatang.
Pernyataan Menteri Luar Negeri UEA itu juga menegaskan bahwa pesawat-pesawat ini akan menjadi perpanjangan dari operasi kemanusiaan yang dilakukan UEA di Libya.(fq/imo)

Bahrain : Dah Macam Israel!


Kelmarin di daerah Malkiya, Bahrain beberapa ratus remaja dan kanak-kanak keluar membantah kekejaman pemerintah Bahrain, Hamad Khalifa. Dalam satu pertemuan dengan utusan khas kerajaan Saudi, Putera Bandar Sultan Abdulaziz Al-Saud, PM kita berkata: "Kami menyokong penuh semua keputusan yang diambil oleh GCC yang bertujuan menjaga kestabilan dan keselamatan di rantau itu bagi memastikan keamanan dan keharmonian rakyat mereka. Malaysia mengutuk sebarang kumpulan berkaitan pengganas yang merosakkan kestabilan dan keselamatan negara."

Selain pengganas dengan belon di atas, marilah kita lihat wajah-wajah pengganas yang dimaksudkan di bawah:















Soalannya sekarang; ganas tak?
Takkan budak-budak pun hendak ditembak dan disembur gas pemedih mata?
Memang macam Zionis.
Mangsa kekejaman pemerintah Bahrain.

Badan hak asasi manusia yang independen iaitu Amnesty International melaporkan apa yang berlaku di Bahrain ialah pencabulan hak asasi manusia yang serius.

Amnesty International today revealed evidence of the Bahraini security forces' systematic use of excessive force in cracking down against protesters, as fresh violence left as many as eight people dead.

In a new report released today, Bloodied but Unbowed: Unwarranted State Violence against Bahraini Protesters, the organization documents how security forces used live ammunition and extreme force against protesters in February without warning and impeded and assaulted medical staff trying to help the wounded.

The report, which is based on first hand testimonies given to an Amnesty International team in Bahrain, comes as the country is gripped by further violence, after Saudi Arabian and UAE forces entered the small Gulf state three days ago and Bahrain's King declared a national state of emergency.

Baca lanjut di sini

Laporan Amnesty International itu selaras dengan laporan Ben Farmer, wartawan The Telegraph yang melaporkan tentera masuk menyerbu dewan pembedahan di Hospital Salmaniya lalu menahan petugas hospital serta mencegah mereka dari melakukan rawatan:

Surgeons in operating theatres were stopped mid procedure and ordered to take off their masks. Once inside the soldiers took charge of wards and searched and questioned staff, though did not use their weapons. Cameras were confiscated and locked doors were knocked in. (Lihat sini)



Kediaman Hisham al Sabbaq, tokoh pembangkang, digelidah tentera.

Kenyataan akhbar Navi Pillay, UN High Commissioner for Human Rights turut mengecam pembunuhan dan kekejaman terhadap penunjuk perasaan di Bahrain: “My office has been receiving desperate calls and emails from numerous individuals in Bahrain, terrified about the armed forces’ intentions. There are reports of arbitrary arrests, killings, beatings of protesters and of medical personnel, and of the takeover of hospitals and medical centres by various security forces. These reportedly include Bahraini police, defence forces and troops from the Gulf Cooperation Council’s Peninsula Shield Force. This is shocking and illegal conduct. Police and armed forces must immediately leave health-care facilities and cease their harassment and intimidation of health professionals." (Sumber di sini)

Dan, setelah semua laporan bebas itu menjelma, Yusuf Qaradhawi masih mengatakan 'I don’t have the enough information on what is happening' (sini).