Rabu, 23 Mac 2011

Perkasa says not involved in sex video, wants RCI


Ibrahim Ali denied Perkasa's involvement but said the trio should be lauded for exposing the truth if the claim is true.
KUALA LUMPUR, March 23 — Perkasa says it did not play any part in the sex video that shows a man alleged to be Datuk Seri Anwar Ibrahim having sex with a Chinese prostitute, despite the involvement of its treasurer Datuk Shuib Lazim. Perkasa president Datuk Ibrahim Ali said that Shuib had explained to him that he was only there after being invited by Abdul Rahim and had acted of his own volition.
“Just because one man does something, it does not mean the whole organisation is involved.
“If it comes up in the next executive council meeting, then we will discuss it but in fact he has asked many times before to step down as treasurer,” the Pasir Mas MP said when asked if Perkasa would take any action against Shuib.
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik had admitted today that businessman Datuk Shazryl Eskay, Shuib and himself were collectively the mysterious “Datuk T” behind Monday’s screening of the 21-minute sex video.
Umno’s former Malacca chief minister also admitted that both he and Shazryl were behind the video.
He told reporters at a joint press conference together with Shazryl that they intended to show that “a person who wants to be national leader and PM was not qualified.”
Ibrahim added that to be fair to both Shuib and Anwar, the matter should be investigated by a royal commission as it has become “a huge controversy” of national importance.
“Now Umno is involved, PKR is involved and even an NGO like Perkasa.
“Anwar has been accused but there is no proof yet. But if what Shuib and the others claim is true, then they should be honoured for exposing the truth,” said the former Umno supreme council member.
Abdul Rahim had also claimed that PKR Sungai Petani MP Datuk Johari Abdul had demanded money to defect after the latter was shown the video on Monday afternoon.
Johari himself had accused Abdul Rahim and Shazryl of attempting to entice him and other PKR MPs to defect after he had viewed the recording, which he said was of a person who only vaguely resembled Anwar.
He had suggested earlier today that businessman Shazryl was the mysterious “Datuk T”, and that Abdul Rahim was among those behind the screening of a sex video.
According to Johari, Abdul Rahim had also promised to bring him to see Prime Minister Datuk Seri Najib Razak after he had viewed the sex video.
Anwar has already accused Najib of being directly involved with the screening of the sex video.

Badrulamin cabar Mahkamah Syariah dakwa penyebar fitnah

KUALA LUMPUR: Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrulamin Bahrom mencabar mahkamah Syariah  mendakwa individu yang terlibat dengan penyebaran fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya terlibat dalam video seks baru-baru ini.
Dr Badrulamin berkata, penyebar fitnah tersebut boleh didakwa kerana menuduh orang berzina tanpa mengemukakan 4 saksi, sepertimana yang digariskan dalam syariat Islam.
“Saya cabar Mahkamah Syariah untuk mengheret individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah itu supaya dijatuhkan hukuman yang setimpal.
“Kalau betul-betul mahkamah syariah bebas dan mengamalkan sistem Islam, mereka tidak perlu tunduk dengan Umno seperti yang pernah berlaku sebelum ini melibatkan qazaf Anwar ditolak,” katanya.

Menurut Badrul, mahkamah syariah boleh mengambil tindakan di bawah peruntukan qazaf,  berikutan sudah ada laporan polis yang dibuat terhadap individu yang mendedahkan rakaman video seks, yang kononnya dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.
Katanya, perbuatan memfitnah yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik  disifatkan sebagai ‘syaitan bertopeng manusia’ kerana  merancang untuk mengaibkan orang lain dengan menggunakan kemudahan teknologi moden.
“Ini kerja ‘syaitan manusia’ yang sanggup menaburkan fitnah III kepada Anwar dengan pemalsuan video dan sebagainya. Perbuatan ini dikategorikan sebagai kezaliman kepada masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.
Beliau yang kesal dengan tindakan Abdul Rahim sehingga sanggup melakukan kerja hina dan tidak berakhlak itu, tidak menolak tindakan itu bermotif politik dan dendam.
“Dari segi agama, itu semua kerja orang hina dan tidak berahklak kerana sanggup menyebarkan keaiban dan memfitnah orang lain.
“Kerana permusuhan, manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga mencalarkan maruah dan imej orang lain yang sememangnya ditegah dalam Islam.
Sementara itu, Badrulamin memberitahu negara kini dilanda krisis akidah dan ekonomi akibat politik murahan yang dianjurkan Umno.
“Rakyat sudah jelak dengan isu dubur, DNA dan seks oleh Umno yang tidak mendidik mereka ke arah yang lebih baik.
“Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan rakyat di luar sana sudah bijak untuk menilai pemimpin yang zalim dan mereka yang berada di pihak benar,” katanya.

DUN Sarawak: PBB nafi taja Snap pecah undi

KUCHING, 23 Mac — Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini menafikan sekeras-kerasnya khabar angin bahawa parti itu menaja Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) untuk memecah undi pembangkang dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak 16 April ini.
Penolong Bendahari PBB Mohd Naroden Majais berkata anggota dan pemimpin ‘‘sedia ada’’ parti berkenaan tidak pernah meletakkan calon bebas atau pihak ketiga sebagai proksi dalam mana-mana pilihan raya.
“Bukanlah budaya PBB untuk menaja pihak ketiga untuk memecah undi. Saya tidak fikir anggota dan pemimpin PBB sedia akan akan berbuat demikian (menaja pihak ketiga untuk memecah undi).
“Bagaimanapun, jika ia membabitkan bekas anggota atau pemimpin PBB, itu saya kurang pasti,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan ke-39 Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak di sini hari ini.
Beberapa pemerhati politik mendedahkan bahawa Snap, sebuah parti yang dikuasai kaum Dayak dan diasaskan pada 1961, ditaja oleh pihak ketiga untuk memecah undi pembangkang dalam pilihan raya negeri akan datang. — Bernama

Post Mortem Video Lucah 18 SX


MISTERIUS video lucah yang dibabitkan dengan Anwar Ibrahim dan siapa producernya sudah hampir terbongkar. Hari ini ada dua kenyataan akhabr mendedahkan berhubung video berkenaan. Pertama oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dan kedua oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay. Mulanya Shazryl Eskay inilah dikenali dengan nama Datuk T.

Sidang akhbar oleh Johari seperti mana kenyataan penuhnya yang dipostkan di bawah. Saya tidak mahu menghurai panjang mengenai pendedahan Johari itu. Cuma apa yang boleh dismpulkan beliau tidak mempercayai watak dalam video berkenaan adalah bosnya, Anwar.

Memahami apa yang diceritakan Johari, video itu telah digunakan untuk memerangkapnya agar meninggalkan PKR. Video itu dijadikan bukti kononya Anwar terlibat dengan skandal sex dan melakukan sex dengan pelacur. Tujuan video itu disondolkan kepadanya agar beliau benci dan meninggalkan Anwar dan menyertai Umno.

Kata Johari juga kalau dia sedia untuk mengkhianati Anwar serta membawa rakan-rakan (MP) lain segalanya ditanggung beres termasuk soal keselamatan dan juga kewangan. Dalam erti kata lain video berkenaan digunakan untuk membeli Johari. Manakala kegiatan membeli Johari dan MP PKR lain dalam strategi mengukuhkan kedudukan kerajaan UBN.

Apabila Johari dan rakan-rakan lain tidak bersedia menjual dirinya, di sinilah menyebabkan video berkenaan didedahkan kepada umum. Ia boleh dianggap sebagai dendam dan kemarahan. Anwar khasnya dan PKR amanya harus mengucapkan syabas dan tahniah kepada Johari yang setia kepada Anwar dan PKR. Penolakan Johari atas tawaran itu satu pengorbanan yang besar. Kalau Johari tidak mempunyai keimanan yang tinggi dan hilang moral sebagai manusia Islam sudah tentu beliau akan tergelap mata dan menerima tawaran berkenaan.

Dengan mengambil kira apa yang didedahkan Johari itu boleh dianggap di sini bagi individu yang telah mengkhianati dan kencing Anwar adalah kerana tergelap mata dengan tawaran kebendaan itu. Mereka sanggup dan rela dicaci sepanjang hidupnya kerana sedikit wang bagi menyumbat poket seluar yang tembus. Tanpa mereka sedar selepas ini untuk mereka menjadi pencaci tahi pun belum tahun boleh.

Berbalik kepada isu tadi, pendedahan oleh Shazryl Eskay enjelaskan bahawa beliaulah penanggungjawabnya. Paling mengejutkan ia turt sama terlibat dan memikul tanggungjawab dalam pendedahan video itu ialah bekas KM Melaka, Rahim Tamby Chik. Kata Rahim Datuk T bukan seorang tetapi ia didhomankan kepada tiga orang Datuk. T adalah trio.

Seorang lagi Datuk ialah orang bernama Shuib Lazim (foto). Rahim tidak menjelaskan bahawa beliau termasuk dalam trio itu, namun penjelasan itu menunjukkan dialah seorang lagi Datuk itu.
Kenapa Shuib Lazim tidak hadir dalam sidang akhbar berkenaan? Shubib Lazim adalah kawan baik kepada Anwar Ibrahim. Pada satu majlis hari raya beliau pernah hadir ke rumah Anwar dan saya melihatnya sendiri.

Shazrly mengakui bahawa salah satu watak dalam video berkenaan seperti dijelaskan Johari adalah dirinya? Sekiranya video itu merakam adigen maksiat jelas bahawa beliau juga terbungkus sama dalam video berkenaan. Kalau watak dalam video itu Anwar, ini bermakna dia juga boleh dibabitkan sebagai terlibat dalam video berkenaan.

Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazim turut sama bersuhabat dalam melaksanakan kerja yang keji itu.

Kenapa ia didedahkan? Inilah misteri yang belum terurai dan bukan payah untuk difahaminya. Anwar adalah musuh kepada perdana menteri dan juga isterinya, Rosmah Mansor. Rahim Tamby Chik pula pernah merasa teraniayaan oleh Anwar menyebabkan beliau terpecat dari jawatan ketua Pemuda Umno. Rahim mengira takdir itu adalah kerana Anwar. Ada orang bercerita beliau dikatakan bersumpah akan membalas dendam terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.

Kesimpulan mudah disini, kalau beliau terlibat dengan pendedahan video untuk memburukkan Anwar itu, jawabnya kerana dendam. Apa dilakukan itu untuk membalas dendam lamanya. Tetapi apa hal pula dengan Sharzly, dia seorang ahli perniagaan. Khabarnya dia sedang menghadapi masalah dan dijanjikan dengan mega projek. Mungkin kerana untuk mendapatkan projek maka beliau harus menawan ahli Parlimen PKR menyertai Umno dan dalam masa sama damegkan Anwar Ibrahim. Selepas itu baru dia mendapat upahnya.

Macam mana dengan Shuib Lazim? Apakah peranan dan tuntutan beliau dalam hal ini. Kenapa beliau terlibat dengan Trio T itu? Dan yang menjadi persoalan kenapa beliau tidak hadir pada sidang akhbar itu. Kalau T itu adalah trio setelah Shuib maka ia tidak menjadi tiro lagi tetapi jadi dwi T.

Apakah beliau juga bersubahat kerana ingin mendapat imbuhan kerana sedang berdepan dengan masalah kewangan? Kita akan cuba selidik mengapa dan atas sebab apa penglibatannya. Mudah-mudahan Shuib akan muncul dalam tempoh sehari dua ini menjelaskan sejauh mana penglibatannya dalam pembikinan wayang 18 SX itu.

Seperkara lagi yang hendak saya sebutkan di sini, mungkin juga versi video inilah yang pernah ditayangkan kepada beberapa orang pemimpin Pas dan juga kawan dan sahabat awal Anwar. Katanya para sahabat awal Anwar mulai goyah dan mempersoalkan syaksiah Anwar setelah mendengar cerita atau melihat tayangan promo video berkenaan.

Adalah baik bagi pemimpin Pas maupun sahabat awal Anwar yang mendengar kisah video ini atau pernah menyaksikan promonya membuat mahasabah balik. Jelas dari dua versi penjelasan sidang akhbar tadi video berkenaan adalah sebuah filam wayang yang diwujudkan dengan demikian rupa dengan bantuan makenisme dan peralatan IT yang moden.

Bagi saya pula, saya tidak mahu melihat kebejatan manusia yang menjadi pelakon dalam video berkenaan, tetapi yang saya kesal dan benci ialah mereka yang mendedahkannya. Kerja sebegitu yang mereka lakukan tidak ubah seperti menjolok buah rambutan dengan galah yang berlengeh dengan tahi. Memang buah itu manis tetapi ianya diapati dengan hasil yang buruk dan busuk.
MSO.

Sejarah Datuk T. Dia Seorang Perogol

Nota: Perogol ini dan ini adalah dua daripada tiga orang yang terlibat dalam pengedaran dan tayangan filem lucah. Satu perkara yang hampir pasti ketiga-tiga haramjadah ini tidak akan disiasat apatah lagi didakwa.. ! 


Nak harapkan PDRM..? Alahai... !! Lupakanlah beb... Ta'kan dah lupa... Ketua Polis Negara adalah kepala haramjadah number satu negara..!! Cerita Sultan ni pun senyap beb... 
Abdul Rahim Tamby Chik dan Noryati Binti Mohamad Yusop

Nenek Mangsa Rogol Rahim tamby Chik meluahkan isi hatinya


"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim
Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Lim Guan Eng ditangkap kerna
membantu mangsa yang
dirogol olih Rahim Thamby Chik
Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka .

Video seks: Jangan kaitkan pengakuan tiga ‘Datuk T’ dengan Umno..ha..ha..ha....!!!!


KUALA LUMPUR, 23 Mac — Pemimpin-pemimpin Umno menjauhkan diri mereka selepas Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama dua yang lain mendakwa mereka adalah “Datuk T” — bertanggungjawab atas pendedahan rakaman video seks, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.
“Kami parti dengan tiga juta orang ahli, jika seorang atau dua menggunakan hak mereka untuk memawa perkara ini, tiada apa yang kami boleh lakukan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.
“Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini (pendedahan ini),” kata Ahli Parlimen Padang Rengas.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Rais Yatim berkata perkara itu adalah soal kesalahan jenayah dan tidak harus dibuat tuduhan sembarangan.
“Ia mesti disiasat oleh polis dan Peguam Negara. Siasatan adalah untuk memastikan tiada nama atau parti diheret ke dalam isu ini dan fitnah,” kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini.
Beliau juga meminta ketiga-tiga lelaki berkenaan agar membuat aduan polis agar siasatan boleh dijalankan mengikut undang-undang negara.
Misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab hari ini.
Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara dua hari lepas.
Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama Rahim Thamby di sebuah hotel di sini petang ini.
Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.
Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian “Datuk T” bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.
Dalam pada itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata Shuib telah menjelaskan kepadanya bahawa beliau hanya dijemput oleh Abdul Rahim dan bertindak atas kemahuan sendiri.
“Jika perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat majlis eksekutif akan datang, maka kami akan membincangkan. Sebenarnya beliau ada tanya pada saya banyak kali mahu meletakkan jawatan sebagai bendahari (Perkasa),’ kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini ketika ditanya sama ada Perkasa akan mengambil tindakan ke atas Shuib.
Ibrahim menambah untuk berlaku adil kepada Shuib dan Anwar, perkara itu harus disiasat oleh suruhanjaya diraja.
“Anwar telah dituduh tetapi belum ada bukti lagi. Tetapi jika Shuib dan yang lain mendakwa benar, maka mereka harus dihargai kerana mendedahkan kebenaran,” katanya lagi.

Video seks: Najib bertanggungjawab teruskan fitnah

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab terhadap rakaman klip video fitnah membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, perkara itu dibuktikan melalui pendedahan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul bahawa bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Chik adalah dalang video seks berkenaan.
Menurut Saifuddin, Najib turut terbabit dalam skandal itu menerusi satu rancangan pertemuan yang diatur oleh Abdul Rahim, sekiranya Johari dan ahli pimpinan KEADILAN meninggalkan perjuangan parti itu.
“Mengikut Johari, beliau dipujuk Rahim tamby Chik untuk keluar parti (KEADILAN) dan berjanji untuk membawanya berjumpa PM dengan tawaran kewangan.
“Ini membuktikan bahawa PM mengetahui berhubung perkara ini malah saya berani menyatakan bahawa PM terbabit dengan fitnah ini. Asas ini cukup membuktikan semua ini rancangan jahat pimpinan Umno untuk menjatuhkan Anwar,” kata Saifuddin.
Menurut Saifuddin, perkara itu jelas menunjukkan Najib meneruskan budaya fitnah yang diamalkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau sehubungan itu mahu Najib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas rakaman video seks fitnah berkenaan.
“Najib perlu bertanggungjawab di atas kesemua fitnah ini malah bertanggungjawab kerana membiarkan pemfitnah terlepas tanpa dihukum malah ditawarkan ganjaran untuk memburukkan nama Anwar termasuk meninggalkan parti,” tegas Saifuddin.
Sebelum ini, Anwar berulang kali menjadi mangsa fitnah kerajaan Umno bermula sejak beliau dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 1998.
Beliau dituduh melakukan seks luar tabie, salah satu cara yang digunakan Umno bagi membunuh karier politik beliau.
Selepas dibebaskan daripada penjara pada 2004, Anwar kembali semula ke persada politik tanahair. Namun kemunculannya menjadi igauan negeri bagi Umno-Barisan Nasional sehingga terpaksa menggunakan skrip yang sama pada 1998 bagi memenjarakan semula pejuang rakyat itu.
Pada 16 Julai 2008, Anwar menghadapi kes liwat terbaru, selepas satu laporan polis dibuat Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah di pejabatnya pada Jun 2008.
Menurut Saifuddin, Umno-BN semakin terdesak dengan kredibiliti Anwar dan Pakatan Rakyat yang semakin hampir ke Putrajaya, dengan menyebar fitnah kotor dan jijik, kali ini membabitkan tuduhan seks dengan wanita.
“Terbaru dakyah politik kotor Umno BN sekali lagi menyerang Ketua Umum KEADILAN itu dengan mendakwa Anwar adalah individu yang beraksi dalam klip video seks dan kali ini membabitkan seorang wanita pula.
“Perkara ini disahkan oleh Datuk Johari Abdul (dalam sidang media) pagi tadi dan beliau mengesahkan dakwaan ini berlandaskan tiga perkara.
“Pertama, fitnah ini didalangi oleh pimpinan Umno, kedua pimpinan tertinggi terbabit dan merupakan dalang di sebalik (fitnah ini) adalah Rahim Thamby Chik,” katanya kepada Suara Keadilan.

Fitnah Video Lucah, Serampang Dua Mata Umno Kaburi Mata Rakyat


KUALA LUMPUR 23 MAC : Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat senada fitnah video lucah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat ekoran tekanan hebat yang diterima Umno-Barisan Nasional dalam usaha mereka meraih semula keyakinan rakyat.
Ia juga digunakan sebagai serampang dua mata untuk membeli ahli-ahli parlimen PKR yang kuat mendokong karier politik Anwar.

Ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hal ini jelas walaupun zaman kegagalan Umno-BN dalam pilihanraya kecil sudah berlalu, namun ia belum mampu menghilang keresahan pimpinan tertinggi Umno itu.

"Ini jelas menunjukkan bahawa Umno BN khususnya pimpinan tertinggi Umno dalam keadaan cukup tertekan.  Dalam keadaan di mana mereka menang beberapa pilihanraya berturut-turut bermula dengan Bagan Pinang, Galas, Tenang, Kerdau, mereka masih mahu mengambil tindakan jelek seburuk ini.
"Dengan kata  lain, mereka memang tidak ada keyakinan bahawa mereka telah memenangi apa yang disebut sebagai memenangi kembali sokongan rakyat terutamanya kaum Melayu, India dan Tiong Hua,"kata Dr Dzul.
Tembelang Umno hari ini pecah apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengakui mereka adalah dalang di sebalik video lucah itu.
Sementara Perdana Menteri Najib Razak pula memberi kebenaran kepada Rahim untuk membeli ahli-ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat dan menggunakan video berkenaan untuk meyakinkan mereka.
Hal itu didedahkan oleh ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini apabila beliau turut ditawarkan imbuhan lumayan untuk meninggalkan PKR.
" Maksudnya Umno masih lagi menaruh harapan kepada MP Pakatan, khususnya PKR yang mereka anggap boleh  dibeli dengan wang ringgit.
" Kami dalam PR berjuang atas dasar prinsip membina dan membangunkan negara,  agama, bangsa, segalanya, jadi kalau mereka sangka bahawa mereka boleh dibeli dengan wang ringgit,  berkali-kali diugut. Ini semua sudah berlalulah, politik kuno seperti ini. Berapa ramai lagi MP PKR,"katanya lagi ketika ditemui Tv Selangor, di lobi parlimen hari ini.

Sementara itu, ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, tindakan kurang bijak Rahim yang sememangnya seteru politik Anwar menonjolkan dirinya dan menggunakan modal video berkenaan untuk menarik ahli parlimen Keadilan untuk menyertai Umno, sangat menjengkelkan.  

Apatah lagi, Rahim dan Shazryl sebelum itu menyifatkan tayangan video secara terbuka itu kononnya untuk mendedahkan karektor sebenar Anwar.

" Sebab itu, bagi saya, seharusnya mereka, kalau benar video itu membabitkan Anwar, isunya ialah tindakan mereka sepatutnya bukan mengajak orang Keadilan keluar menyertai Umno tetapi tindakan kepada Anwar, iaitu membuat laporan kepada pihak berkuasa, polis atau pihak berkuasa agama, kerana ia membabitkan isu sebagai orang Islam kerana berkaitan dengan zina dan sebagainya,"katanya.

"Yang peliknya, tindakan mereka untuk mengajak orang menyertai Umno, meninggalkan parti Keadilan, yang keduanya adalah mereka hanya memberi amaran bahawa dalam seminggu Anwar dan Wan Azizah kena lepas jawatan,"katanya lagi.

Manakala menurut ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh pula, cubaan membeli ahli parlimen PKR oleh Umno kerana merasa tergugat dengan parti itu.

Beliau yang juga naib presiden PKR berkata, ia adalah taktik usang Umno-BN yang tidak terkesan lagi pada hari ini.  

" PKR ini merupakan parti yang menjadi penentang utama kepada BN. PKR adalah cabaran sebenar kepada BN. Sebab itu mereka akan buat apa sahaja, dengan cara menunjukkan video itu mereka mahu menghilangkan kepercayaan pemimpin-pemimpin PKR. Saya ingin beritahu kepada BN bahawa taktik politik kotor ini adalah taktik lapuk yang seharusnya tidak digunakan lagi dan ianya boleh memakan diri sendiri,"kata Fuziah.

Rahim & Co: We are Datuk T

One of them is convinced that the man in the 21-minute long recording is Anwar.

KUALA LUMPUR: Former Malacca chief minister and Umno veteran Rahim Thamby Chik today said that Datuk T stood for “Datuk Trio” – himself, Shazryl Eskay Abdullah and Perkasa’s Shuib Lazim.
He said that they were the ones who had broadcast a sex video allegedly involving Opposition Leader Anwar Ibrahim to the media on Monday.
Rahim, a former Umno vice-president, disclosed the identity of the whistleblower Datuk T at a press conference at Impiana Hotel here.
Shuib was not present.
“We had the footage a week ago, and someone managed to produce it. But we didn’t release it then because Rahim wasn’t around,” Shahzryl told reporters.
He was also convinced that the man in the 21-minute long recording was Anwar.
Shahzryl also said that he was in the tape, although he refused to comment on his role in the recording.
“I was in the tape. I was in there. Why should I lie to you?” he said.
The sex tape was shown under a shroud of secrecy to journalists at Carcosa Seri Negara hotel on Monday.
It showed an unidentified man having sex with a female Chinese prostitute in her 30s.
Some quarters have claimed that the man was Anwar. Anwar however has denied it was him and called it a BN conspiracy.
Pakatan Rakyat leaders have vehemently denounced the recording as an Umno-laid trap.
Perkasa: We are not involved

Perkasa, however, has distanced itself from this matter and insisted that Shuib was acting in his personal capacity.
Perkasa secretary-general, Syed Hassan Syed Ali, told FMT that he had already spoken to Shuib who had confirmed that he was not representing Perkasa on this matter.
“Perkasa has absolutely nothing to do with the release of this clip,” he said. “We’re very shocked that we have been dragged into it and we will be clearing our name at a press conference tomorrow.”
When asked if Shuib would be attending the conference, Syed Hassan said, “No because he is currently up north.”
He said that while Shuib was still Perkasa’s treasurer, he had not been discharging his duties in the past few months due to ill health.
“In fact, he wanted to resign three months after being appointed last March because of poor health, but agreed to stay on as we couldn’t find a suitable replacement. But he stopped attending our meetings shortly after. So his only link to Perkasa is the role that he still holds.”
Perkasa will also be calling for the setting up of a royal commission of inquiry to investigate this issue.

Pemimpin Umno BN keterlaluan

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Tindakan para pemimpin Umno BN itu, menurut beliau, amat keterlaluan kerana untuk mengekalkan kuasa mereka sanggup melakukan apa sahaja terasuk penipuan dan mengabaikan kepentingan rakyat di tanah air sediri.
"Terbaru, mereka juga sanggup membuat dan menayangkan video lucah kepada golongan tertentu yang mengaitkannya pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tidak sedarkah mereka dengan bahaya fitnah yang dibuat oleh mereka itu. Pada hal dalam Islam fitnah itu ditegah oleh Allah dan bahayanya amat besar," kata Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib.
Antara bahaya fitnah, katanya, ia akan menyebabkan seseorang itu terkena dosa khazah, merrosakkan diri sendiri, masyarakat dan negara.
"Orang yang membuat dan menyebarkan fitnah juga perlu sedar, jika hari ini dia membuat fitnah kepada seseorang, suatu hari nanti fitnah yang dibuatnya itu akan turut menimpa dirinya sendiri pula," tegasnya.
Sehubungan itu  beliau menasihati orang ramai agar berfikir lebih jauh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN dan tidak lagi memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah negara dalam PRU Ke-13 akan datang.
Selain itu, katanya Umno atau BN difahamkan telah meluluskan kemasukan 90,000 pekerja asing ke negara ini yang akan berperanan sebagai pengundi bagi pihak parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Selain PRU, mereka juga didakwa akan turut dipergunakan oleh Umno BN dalam siri pilihan raya kecil dari semasa ke semasa untuk menghadapi Pakatan Rakyat bagii membolehkan mereka menempa kejayaan.
Ketika mendedahkan perkara itu berkata, daripada angka itu, 45,000 orang didatangkan dari India manakala selebihnya dari negara-negara lain termasuk Myanmar.
Menurut beliau, pekerja dari Myanmar kini kebanyakannya tinggal di Langkawi dan bekerja sebagai nelayan sehingga menyebabkan nelayan-nelayan tempatan di Langkawi mengalami kerumitan untuk menangkap ikan akibat persaingan daripada mereka.
Kata, keadan itu terjadi kerana mereka sendiri yang lebih berkuasa dalam aktiviti menangkap ikan berbanding nerlayan tempatan kerana dibantu dan disokong sepenuhnya oleh para pemimpin Umno.
"Peliknya pula mereka juga sanggup membawa masuk pekerja dari India sedangkan orang-orang India yang dah ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada kerja.
"Selain itu, mereka sanggup membantu pekerja-pekerja India dari India dalam segala segi sedangkan orang-orang India yang ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada rumah," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

'Video seks umpan BN beli MP Pakatan'

BN sedang menggunakan video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai umpan untuk beli ahli parlimen pembangkang, dakwa pemimpin PKR hari ini.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, adalah jelas itulah rancangan mereka untuk menunjukkan video tersebut kepada ahli parlimen PKR bagi menimbul keraguan dan membuat tawaran membeli mereka.

NONEBeliau menegaskan demikian dalam satu sidang media di ibupejabat PKR
di Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) yang mendakwa percubaan seumpama itu turut dibuat terhadapnya.

Johari berkata, beliau telah ditunjukkan video itu pada hari Isnin dan ditawarkan untuk dibawa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mendakwa, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik turut hadir.

Johari berkata, Abdul Rahim memberitahunya yang dia boleh mengatur satu pertemuan dengan perdana meteri, dan mereka akan 'menjaganya', serta menguruskan keperluan kewangan dan keselamatannya.

NONEKatanya, dia mengesyaki BN mahu dia melompat parti dengan tawaran imbuhan kewangan dan mereka cuba menggoncang kepercayaannya terhadap Anwar dengan menunjukkan video seks - yang didakwa memaparkan ketua umum PKR itu melakukan aksi seks dengan wanita yang tidak dikenalinya - kepadanya.

Johari juga berkata Abdul Rahim (kiri) kemudiannya memintanya membawa lebih banyak ahli parlimen Pakatan untuk menonton video tersebut.

Katanya, beliau mengesyaki motif mereka ialah untuk menarik lebih ramai ahli parlimen supaya menentang Anwar dan PKR.

Saifuddin pula mencelah bahawa mereka menunjukkan video tersebut serta berjanji imbuhan.

Eskay: 'Saya dalam video itu'

"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin. Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.
NONEShazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

Video : Penglibatan RTC Serlahkan Pembabitan Najib..

Video Lucah : Penglibatan RTC Serlahkan Pembabitan Najib



PETALING JAYA 23 MAC : Pembabitan Tan Sri Rahim Thamby Chik,  pegawai khasnya Kamalulail Sulaiman  serta ahli perniagaan  Datuk Eskay Shazril Abdullah dalam fitnah video lucah adalah bukti nyata  Perdana Menteri Najib Razak turut terlibat dalam konspirasi  memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari politik.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution berkata Rahim dan Kamalulail bertanggungjawab terhadap tempahan bilik untuk tontonan video lucah itu bagi wartawan di Hotel Sri Carcosa  pada Isnin lalu.
 “Rahim Thamby Chik adalah Pengerusi Risda.  Tempahan yang dibuat di Carcosa Sri Negara untuk tontonan para wartawan dibuat oleh Timbalan Pengerusi UMNO Bukit Gantang, Datuk Kamalulail yang juga pegawai khas kepada Tan Sri Rahim.  Bayaran (bilik) dibuat menggunakan kad kredit  beliau,”  kata Saifuddin.
Saifuddin menyifatkan Eskay yang sebelum ini dikenali sebagai Datuk T, seorang ahli perniagaan yang mengaut projek berjuta-juta ringgit daripada kepimpinan UMNO.  
“Datuk Eskay yang ditemui Datuk Johari mempunyai ladang buah naga terbesar di kedah dan perniagaan chalet di Langkawi,” kata Saifuddin.
"Watak ini kita kenal dalam minggu lepas terbabit dalam kes saman dengan Datuk Yahya Jalil dan Gerbang Perdana dalam isu Jambatan Bengkok. kerana beliau (Eskay) membuat perjanjian dan mendakwa Datuk Yahya memungkiri janji membawa masuk sebagai rakan kongsi dalam perniagaan sebaliknya membawa Sultan Johor,” kata beliau.
Saifuddin berkata ketiga-tiga watak itu mempunyai kepentingan dalam  Umno dan cuba mengejar  pengaruh politik serta memenangi keyakinan Najib.
“Kes ini membuktikan pembabitan PM, UMNO dan orang yang mempunyai masalah dalam perniagaan kemudian kesemuanya mereka memangsakan DSAI dan serentak itu untuk membawa motif menghancurkan KEADILAN dengan menawarkan bukan saja video tapi ganjaran,” kata Saifuddin.
“Kita tahun watak-watak ini  mempunyai masalah. Tan Sri Rahim Thamby Chik, apapun alasannya. mungkin mahu melakukan 'comeback' dalam politik kerana dendamnya dengan DSAI akibat terbuang dari UMNO.
Saifuddin menegaskan Najib tidak lagi boleh menafikan peranan beliau dalam pusingan terbaru ini untuk menfitnah Anwar.
“Pembabitan UMNO terlalu jelas dengan janji Rahim untuk bawa Datuk Johari berjumpa Perdana Menteri. Perdana Menteri  tak mampu lagi berselindung dengan membuat penafian,’ kata Saifuddin.

Eskay akui beliau dalam video seks

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah iaitu lelaki misteri yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T, mengaku bahawa beliau ada didalam rakaman video seks yang didedahkan kelmarin.

"Saya dalam video itu," katanya seperti lapor Malaysiakini.

Beliau membuat pengakuan itu pada satu sidang media hari ini selepas ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Eskey yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Turut tampil pada sidang media itu adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Rahim pada sidang media sama juga turut memaklumkan beliau, Eskey dan seorang lagi adalah lelaki misteri yang digelar “Datuk T”.

Beliau juga mengaku bertanggungjawab bersama Eskey mendedahkan rakaman video tersebut.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

Datuk T bukan seorang tapi tiga, kata Rahim Thamby

Abdul Rahim Thamby Chik (kanan) menjawab soalan wartawan bersama Shazryl Eskay Abdullah. - Foto Choo Choy May
 
KUALA LUMPUR, 23 Mac — Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik hari ini mengaku beliau, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Abdullah adalah lelaki misteri yang bergelar “Datuk T” — yang menayangkan rakaman video seks kepada media kelmarin, didakwa melibatkan pemimpin kanan Pkatan Rakyat (PR). Pada sidang media yang diadakan petang ini, Abdul Rahim juga mengaku beliau dan Shazryl adalah individu di belakang tayangan video seks itu yang ditayangkan di Carsosa Seri Negara.
“Datuk T ini bukan seorang sahaja, tapi ia adalah datuk tiga iaitu saya, Datuk Shazryl dan Datuk Shuib, yang mana kami telah berkawan begitu lama,” kata beliau.
“Selain itu, kami merasakan isu yang ada sekarang (video seks) perlu dibuat penyelarasan supaya tidak timbul salah faham. Saya fikir semua pihak perlu tahu kebenarannya, jadi kami jemput beberapa pemimpin media ke Carcosa Seri Negara sebab ia lebih selamat.
“Di situ kami tunjukkan supaya pemimpin media faham perkara sebenar dan kami ke depan kerana mahu tegakkan keadilan... sebab pemimpin yang nak jadi perdana menteri tidak layak, yang mana kita tak boleh terima pemimpin yang mempunyai akhlak yang rendah,” katanya.
Nama-nama mereka didedahkan oleh Ahli Parlimen PKR kerusi Sungai Petani Datuk Johari Abdul pada sidang media tengah hari tadi.
Kedua-dua mereka mengadakan sidang media di sebuah hotel di Jalan Ampang kira-kira 4 petang, empat jam selepas sidang media Johari di Petaling Jaya.
Beliau menjelaskan tindakan mendedahkan video seks itu kerana mahu menunjukkan bahawa “individu yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”
Jelas Abdul Rahim, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut.
“Tubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat ketulenan video seks ini. Kita boleh letakkan pemimpin Pakatan dalam suruhanjaya ini, media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mungkin pihak luar supaya kebenarannya dapat dibuktikan.
“Orang yang terlibat pula boleh membawa pakar forensik untuk tentukan kebenaran, kita hanya mahukan kebenaran,” katanya.
Beliau juga meminta Anwar yang juga Ketua Umum PKR agar meletakkan jawatan mencontohi jejak langkahnya yang sudah bersara dari bidang politik.
“Sekiranya pemimpin mempunyai masalah peribadi yang serius ia boleh merosakkan kepentingan negara.
“Kita tidak akan edarkan video seks ini, harap pihak yang membantah faham,” katanya.
Kelmarin Datuk T telah menayangkan video seks tersebut kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara.
Rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mirip Anwar sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.
Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.
Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.
Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.
Sementara itu, Shazryl yang turut hadir dalam sidang media itu memberi jaminan video seks itu tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak termasuk polis sehingga suruhanjaya diraja ditubuhkan.
“Saya beri jaminan video ini tidak akan jatuh kepada mana-mana pihak...saya boleh jamin.
“Ia (pita video) ada pada saya,” katanya.
Beliau juga mengaku ada dalam video itu, namun enggan mendedahkan secara terperinci.
“Saya dalam video itu,” jawabnya.
Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.
Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.
Anwar juga telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks itu semalam.
Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

UMNO&PERKASA: Rahim Tamby Chik masih berdendam dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik ialah individu yang masih berdendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, akibat kejatuhan karier politiknya satu ketika dahulu.
Demikian dinyatakan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, mengulas pendedahan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini.
Johari dalam sidang media tengahari tadi mendedahkan beliau dijemput oleh Rahim untuk menonton rakaman video seks yang didakwa dilakukan Anwar di sebuah hotel di ibu negara, melalui kenalannya, bekas konsultat kehormat Thailand, Datuk Shazryl Eskay .
Namun Johari segera menafikan individu dalam rakaman video itu ialah Anwar berdasarkan bentuk tubuh badannya. Dalam pertemuan itu juga, Rahim turut mengajak Johari bersama pimpinan Keadilan yang lain supaya meninggalkan KEADILAN dengan menawarkan ganjaran.
 ”Pendedahan ini tunjukkan beliau (Rahim) sebagai seorang pendendam kepada Anwar disebabkan kejatuhan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka dan pemimpin Umno satu ketika dulu,” kata Dr Muhammad Nur.
 ” Nampak jelas Rahim ialah seorang pendendam yang akan sentiasa berusaha untuk menghalang Anwar muncul sebagai seorang tokoh pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat ,” tegasnya yang menyertai Umno empat tahun sebelum Anwar dipecat.
Terbabit  konspirasi dengan Mahathir.
Menurutnya lagi, budaya fitnah yang dilakukan Umno telah berakar umbi sejak pentadbiran Mahathir lagi, dan semakin menjadi-jadi ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.
 ”Rahim Tamby Chik, ialah antara individu yang dikatakan terlibat menjatuhkan Anwar, sekali dengan Tun Mahathir pada 1998,” ujar beliau.
Ini kerana pada waktu itu Anwar dilihat lantang mengkritik kepimpinan Mahathir yang mengamalkan rasuah dan kronisme.
“Pemimpin Umno tidak takut dengan Allah SWT, terhadap azab daripada Allah. Mereka terlalu gila kuasa dan sanggup mengaibkan orang lain.
“‘Fitnah ini berlarutan sejak zaman Mahathir, sejak 12 tahun lalu. Sepatutnya ia telah berakhir tapi umno sanggup memfitnah tanpa melihat persoalan agama, iman, akhlak, dosa pahala dan syurga neraka,” ujar beliau.
Rahim Tamby Chik, yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka dan bekas Ketua Pemuda Umno, pernah terlibat dalam skandal seks membabitkan gadis bawah umur pada awal 1990an.
Namun beliau dibebaskan dari tuduhan berkenaan selepas pendakwa menggugurkan kes tersebut pada 1994.
Anwar, yang pada masa itu pemimpin nombor dua negara, dikatakan memberi tekanan supaya Rahim berundur dari jawatan kerajaan dan Umno akibat salah laku dan moral yang dilakukannya ketika itu.
“Sebab itu dia berusaha menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan Anwar Ibrahim. Sebab dia begitu marah kepada Anwar kerana menjatuhkannya disebabkan kehidupannya yang tidak memberi contoh teladan yang baik dan tidak bermoral,” katanya lagi.

UMNO & PERKASA : Rahim akui beliau, Shazryl dedah rakaman video seks

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengaku ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay adalah lelaki misteri “Datuk T” yang mendedahkan rakaman video seks, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat kepada media kelmarin.
Selain itu, beliau dan Shazryl adalah pihak yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video tersebut.

Fitnah Video Lucah- Logikkah Najib Tidak Tahu?


MUNASABAH atau tidak? Pembikinan dan penayangan klip video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim didakwa diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan.
Ini bermaksud projek ini membabitkan Perdana Menteri, Najib Razak, sepupunya, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan unit tertentu dalam Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.

Cuba renungkan. Memiliki, malah apatah lagi menayangkan video berunsur lucah untuk tontonan orang lain adalah satu kesalahan jenayah di negara ini.
Bagaimanapun sekumpulan lelaki yang diketuai oleh seseorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T boleh menawarkan pratonton khas kepada sebilangan wartawan kanan tempatan di sebuah hotel mewah di ibu negara tanpa “gangguan” polis.

Mungkin ketika itu polis belum dapat maklumat. Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri selang beberapa jam tayangan video kepada wartawan itu dibuat segera membuat penafian bahawa polis terbabit dalam pembikinan dan penayangan video lucah itu.
Pun begitu, mungkin boleh diterima kenyataan Hishamuddin bahawa beliau memang baru menerima maklumat dan meminta sesiapa yang terbabit atau rasa teraniaya untuk membuat laporan polis.

Semalam Anwar membuat laporan polis di Balai Dang Wangi Kuala Lumpur. Hishamuddin memberi jaminan satu pasukan siasatan khas yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Polis Negara ditubuhkan. Namun ketelusan pasukan ini meragukan.

Sepatutnya mengambil kira kecekapan Polis Diraja Malaysia, identiti Datuk T hari ini sudah boleh diketahui umum. Apakah payahnya untuk polis menyiasat dengan pihak hotel siapa yang membuat tempahan di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu?

Mengandaikan polis sudahpun mengenalpasti Datuk T, adakah lelaki misteri itu sudah menyerahkan video berkenaan untuk siasatan lanjut? Tentu polis sudah tahu kandungan dan kini sepatutnya sudah mendapatkan salinan asal video untuk dibuat ujian forensik ke atas barang kes itu.

Rakyat mahu tahu hasil siasatan polis dari minit ke minit. Kes ini membabitkan maruah dan keluhuran sistem politik negara. Menteri, Perdana Menteri terutamanya, tidak wajar mengambil kesempatan untuk memperpanjangkan siasatan hanya untuk mempalit lumpur ke atas maruah Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat.

Namun seperti lazimnya, Umno dan Barisan Nasional akan memerah seberapa banyak dividen politik daripada kes seumpama ini untuk tujuan kemenangan politik dalam saingan dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh kewibawaan dan kemampuannya di mata rakyat.
Dilihat dari perspektif ini salahkah Anwar dan Pakatan Rakyat untuk merumuskan bahawa Datuk T mendapat kerjasama atau sekurang-kurangnya laluan mudah daripada pihak berkuasa untuk menyebarluaskan video lucah berkenaan?
Motif? Adalah terang dan nyata. Bagi yang jahil politik tentu akan dapat menyimpulkan bahawa jika Anwar disibukkan dengan kes ini, tentu payah untuk beliau beri tumpuan untuk menumbangkan Barisan Nasional di Sarawak dalam pilihanraya 16 April depan.
Yang tidak munasabah dan tidak dijangka oleh mereka yang menggerakkan projek jelek ini ialah identiti mereka dapat dikenalpasti kurang 48 jam dari pendedahan video seks ini.
Hari ini Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul mendedahkan siapa mereka. Bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, bekas tukang urut sukan dan kini ahli perniagaan besar, Shazryl Eskay Abdullah.

Tempahan hotel dibuat atas nama Risda di mana Rahim Thamby Chik adalah pengerusinya. Yang menarik, Johari Abdul dipujuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat oleh Rahim.
Johari disaran mengajak beberapa ahli parlimen PKR lain untuk menonton dan turut keluar parti; keselamatan dan imbuhan kewangan yang lumayan ditawarkan.

Memang agak munasabah bagi Rahim Thamby Chik memilih Johari sebagai sasaran utama dalam projek meminggirkan Anwar. Beliau dan gerombolannya mencongak bahawa soal pertalian persaudaraan Johari dengan Shuaib dan secara tidak langsung Shafie Afdhal akan memudahkannya meragut umpan politik Umno.
Ternyata makar atau rancangan jahat manusia ada hadnya. Walaupun Hishamuddin beria-ia benar menyatakan polis tidak terbabit dan akan menubuhkan pasukan siasatan khas, kini khalayak umum sudah maklum siapa yang menggerakkan projek video ini.
Rakyat ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh polis selepas mendapat maklumat Johari ini.

Polis dan akhirnya Hishamuddin wajib menyiasat pendedahan Johari ini. Semua pelaku yang disebut dalam gerakan ini ada motif. Rahim masih berdendam kerana kehilangan jawatan Ketua Menteri Melaka pasca kes jalin hubungan seks dengan gadis sekolah 14 tahun.
Rahim anggap Anwar melalui anak-anak buahnya yang “mengenakannya”.
Maka dia dikatakan terbabit mengatur Khalid Jafri untuk menerbitkan buku “50 Dalil Mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri” untuk melempiaskan dendamnya terhadap Anwar.

Silap Rahim ialah kebencian terhadap Anwar terlalu memuncak dalam jiwanya sehingga tidak sabar menonjolkan identitinya kepada Johari.

Shazryl Eskay pula sudah biasa dapat imbuhan besar bagi kerja-kerja politiknya. Di antara projek raksasa yang dikurniakan kepadanya ialah Projek Jambatan Bengkok Johor Bahru Singapura.
Anwar ada maklumat lengkap mengenai projek lain beliau; maka adalah lebih tenang dan senang baginya jika Anwar tidak sampai menakluki Putrajaya.

Jika Shuaib Lazim, bapa mertua Naib Presiden Umno, Shafie Afdhal terbabit, munasabahkah dikatakan beliau tidak tahu dengan skim jahat ini?
Sementara jika sepupunya ada maklumat mengenai projek busuk ini, munasabahkah Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia pula akan mengaku tidak mengetahuinya? Siapakah yang akan mendapat manfaat jika Anwar kali ini benar-benar tersungkur?

Who is Datuk T and the People Behind the Screening of the Sex Tape ?

by Malaysian Unplug

Politikus hanya fikir untuk menang pilihan raya…

Oleh Abdul Shukur Harun
SEJAK PAS berdepan dengan kekalahan demi kekalahan di kawasan majoriti Melayu dalam siri pilihan raya kecil baru-baru ini, muncul desakan yang sangat kuat, dengan pelbagai cara, supaya PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
Para pemimpin BN, beberapa pengulas politik yang biasanya datang dari kampus serta ‘penulis politik’ di media tradisional telah mengemukakan desakan bertalu-talu supaya PAS tidak lagi bersama DAP, atau dengan kata lain PAS boleh bertanding bersendirian dalam pilihan raya akan datang tanpa bersama dengan DAP dan KeADILan dalam Pakatan Rakyat


Menurut mereka, dengan berbuat demikian, PAS kononnya dapat meraih kembali sokongan pengundi Melayu yang kini sudah ‘lari’ daripada PAS kerana PAS bergabung dengan DAP dan KeADILan di mana PAS kononnya menjadi alat DAP.
Desakan ini sebenarnya bukan baru, malah bermula sejak kekalahan BN dalam tsunami politik pilihan raya umum (PRU) ke-12 Mac 2008 dulu. Ini antara iktihar Umno-BN untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat, sekali gus memencilkan PAS daripada Pakatan Rakyat. Dengan itu mudahlah BN memenangi kembali negeri-negeri yang ditawan oleh Pakatan Rakyat dalam PRU 2008.
Bagaimanapun, kita yakin pimpinan PAS dan para pendukungnya sangat sedar hal ini dan tidak mudah terjebak dengan jerangkap yang dipasang oleh musuh politiknya, serta mereka yang tidak faham dengan sejarah dan kaedah perjuangan PAS. PAS telah memeterai janji setia dalam apa yang dipanggil ‘tahaluf siyasi’ iaitu bekerjasama dengan parti-parti lain, termasuk parti yang didukung oleh ahli bukan Islam.
Dari pandangan Islam berasaskan hadis dan Sunnah Nabi s.a.w. serta dari segi hukumnya mengenai ikatan politik ini telah dihuraikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dalam tulisannya di Harakahdaily baru-baru ini. Beliau mengemukakan hujah yang kuat dari segi syara’, sekali gus menggambarkan keterbukaan Islam yang dipancarkan melalui sikap dan langkah Nabi s.a.w.
Memang sukar diharapkan bahawa musuh PAS akan menerima hujah ini dengan sikap rasional, terbuka berdasarkan ilmu, justeru mereka terperangkap dengan prejudis perkauman yang amat tebal.
Lebih-lebih lagi pemikiran Umno dibina berasaskan perkauman dan hidup mati parti itu kekal mendukung fahaman tersebut. Ini kaedah untuk survival parti mereka dan tidak mungkin ada ruang pemikiran rasional di sana untuk membahas dan mengkaji persoalan ini.
Sejak kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke-12 2008 dulu, PAS sudah mengadakan tiga kali muktamar tahunannya - di Ipoh, Shah Alam dan Kelantan. Setiap kali muktanar, PAS telah mengulangi janji setia dan berikrar untuk sama-sama memperkukuh Pakatan Rakyat.
Tidak ada sebarang suara, baik dalam PAS mahupun Pakatan Rakyat, yang mempersoalkan hal ini dan saya yakin dalam muktamar tahunan PAS bulan Jun ini pun, ikrar setia kawan ini akan terus didengar. Ini suatu kematangan politik pemimpin dan pendukung PAS.
Ikrar ini ternyata dapat dilaksanakan dengan sangat berkesan. Walaupun PAS kalah dalam beberapa siri pilihan raya kecil, amat jelas ikatan perpaduan tiga parti dalam Pakatan Rakyat begitu menyerlah.
Ahli DAP dan KeADILan bertungkus-lumus dalam setiap kempen membantu calon PAS, begitu juga ahli PAS bersungguh-sungguh membantu calon DAP atau KeADILan.
Tidak menyenangkan Umno-BN
Perpaduan erat tiga parti ini sama sekali tidak menyenangkan Umno-BN walaupun mereka menang beberapa kali dalam siri pilihan raya kecil. Kejayaan perpaduan Pakatan Rakyat ini sangat menggugat dan menjadi cabaran besar musuh politik Pakatan ini. Sebab itu semakin hampir PRU ke-13, semakin kuat tekanan, desakan, rayuan dan pelbagai lagi cara dilakukan oleh musuh Pakatan untuk memencilkan PAS daripada Pakatan Rakyat, di mana matlamat akhir mereka untuk menghancurkan Pakatan.
Ketika berkempen mereka mengadu-domba PAS dengan DAP. Di kawasan majoriti Melayu mereka mengatakan PAS menjadi alat DAP, sementara di kawasan Cina, mereka mengatakan DAP menjadi alat PAS.
Ini adalah kempen berunsur perkauman yang sangat dahsyat, di mana bagi golongan terpelajar merasa sangat pelik bahawa cara yang sangat primitif ini masih diguna pakai dalam kempen setelah 53 tahun Malaysia merdeka.
Sepatutnya kempen pilihan raya yang sesuai dengan masa kini ialah membangkitkan isu demokrasi, keadilan kepada rakyat seperti apa yang disyariatkan oleh Islam, hak-hak rakyat, kemakmuran bersama, serta idea-idea besar lain untuk menjadikan Malaysia unggul.
Namun seperti apa yang kita saksikan, tukang kempen menaburkan fitnah dan serangan peribadi tanpa merasa gerun (istilah yang sering dipakai oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat) dengan persoalan dosa dan pahala. Tukang kempen bercakap mengenai hal remeh-temeh yang sangat jijik – disebutkan semata-mata untuk mendapatkan respons ketawa daripada mereka yang mendengar. Yang paling popular disebut dalam siri kempen itu tentunya mengenai hubungan PAS dan DAP. Konon betapa salahnya PAS berbaik dengan DAP. Ini tentunya untuk menarik perhatian orang kampung yang biasanya terkesan dengan kempen serupa ini, terutama generasi lama.
Kempen perkauman ini memang sukar berakhir, bahkan akan berlanjutan hingga beberapa pilihan raya akan datang, selagi ada orang suka mendengar kempen seumpama itu. Lebih-lebih lagi tukang kempen itu pandai berkelakar.
Saya beberapa kali berada di Indonesia, mengikuti kempen Pemilu (pilihan raya Presiden) dan juga mengikuti siaran pilihan raya Presiden Amerika melalui siaran daripada agensi berita luar negara. Ternyata para tokoh yang berdebat – kedua-dua pihak – mengemukakan hujah yang sangat rasional, jauh daripada serangan peribadi dan persoalan remeh-temeh. Kedua-dua pihak mengemukakan pelbagai idea menarik, gagasan dan wawasan mereka jika menang. Mereka berbahas dengan cara yang sangat demokratik.
Ketika menyaksikan semuanya itu saya terfikirkan bilakah kita akan dapat menyaksikan debat yang sangat demokratik seperti itu dapat kita lihat di negara ini. Rupanya kita sangat jauh ketinggalan.
Harapan ini hanya boleh berlaku jika ahli politik kita bersikap rasional, mahu berdebat dengan pemikiran terbuka, mempunyai idea dan visi yang hebat, tidak bersedia menimbulkan isu perkauman, remeh-temeh, serangan peribadi dan seumpamanya.
Untuk itu saya teringat kepada sebuah pesan daripada James Freeman Clarke, “A politician thinks about the next election — the statesman thinks about the next generation.” Inilah bezanya. Barangkali yang banyak di antara kita, hanya ahli politik yang semata-mata memikirkan – dengan apa cara - untuk menang pilihan raya, bukan negarawan yang memikirkan generasi akan datang. Maka tidak hairanlah kempen perkauman dan serangan peribadi datang daripada ahli politik yang semata-mata untuk menang pilihan raya.

Tunggulah Akibat Fitnah!

Oleh salmanalbustaniy

"Di akhir zaman banyak kematian mengejut berlaku seperti kemalangan jalanraya, rebah dan mati, sakit jantung, mati kerana virus kencing tikus, mati kerana tekanan perasaan apabila kalah dalam pilihanraya, mati ditetak anak sendiri, mati dicekik ayah sendiri yang sakit mental, mati kerana dicekup dengan bantal oleh emak sendiri, mati ditikam oleh emak sendiri, mati ditikam oleh bekas suami selepas mengurut, mati sendiri tidak membunuh diri atau tidak dibunuh tahu-tahu sudah mati dari tingkat 13 bangunan tinggi,

mati badan berkecai diletup, mati dibunuh dan dibakar dan dibuang abunya ke dalam sungai, mati kepala ditikam mata cangkuk boldozer, mati rentung kerana rumah terbakar, mati kerana curi kabel elektrik, mati ditindih tilam tadika, mati merempit, mati kerana melanggar lori parkir tepi jalan, mati kerana kelab malam runtuh, mati berhimpit ketika pesta, mati di medan tahrir kerana menuntut penguasa zalim berundur, mati kerana alat sulit melekat ketika berzina, mati dipanah petir, mati lemas dalam laut dan sungai, mati kepala terhumban dalam baldi, mati kerana strok, mati disantau dan lain-lain keadaan.

Juga dibimbangi kalau mati ketika asyik beramai-ramai lelaki dan perempuan menonton video lucah bersama wartawan akhbar dan media untuk menulis laporan fitnah dan berita dusta.

Bila mati bye-bye ad dunya. Welcome al akhirah. Bila mati baru menyesal, atas dunia dulu buat fitnah ke atas saudara seagama. Dalam hatinya : “Akulah hero. Tulisan aku betul dan aku yakin bahawa si Fulan memang melakukan seks haram sebagaimana dalam video yang aku tonton!”.

Ingatlah bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh orang sebagaimana dinyatakan oleh al-Quran.

Ingatlah bahawa juru fitnah itu telah mematikan keceriaan orang yang tidak bersalah, mematikan kehormatan orang, mematikan nama baik orang, mematikan hubungan akrab dengan rakan taulan dan sebagainya.

Sebab itu Allah SWT mengatakan fitnah lebih teruk daripada membunuh. Allah kadang-kadang menyegerakan azab di dunia tanpa disedari ke atas tukang fitnah. Antaranya anak-anaknya perangai macam firaun laknat, bini curang, rumah dimasuki perompak, kereta dilanggar lari, motosikal baru beli hilang dicuri, rumah terbakar, anak mati merempit, anak ditangkap khalwat, bini mati dalam kemalangan turun dari genting, pembantu rumah lari dengan harta yang dicuri, hidup merana kerana strok separuh badan, atau koma sepanjang masa..

Mengapa? Semuanya kerana habuan RM yang dapat hasil memfitnah hamba Allah yang tidak bersalah. Kotornya duit itu menghancurkn seluruh kehidupan. Betullah amaran Allah bahawa sesiapa yang berpaling daripada petunjuk al-Quran maka akan disempitkan jiwa dan kehidupannya. Tunggulah wahai juru-juru FITNAH. Laknat Allah atas kamu."

Budaya FITNAH : Malaysia bakal dilanda BALA lebih dasyat dari Jepun

Oleh anak_muara

"Sejak 13 tahun ini Negara Islam ala Malaysia ditimpa satu jenis bentuk bala yang lebih dasyat dari Tsunami iaitu bala Fitnah.Bala Fitnah ini terus menimpa rakyat Malaysia khususnya Umat Melayu Islam.Bala atau gejala buruk ini membuatkan umat Islam Melayu dipandang rendah oleh kaum bukan Melayun kerana orang Melayu suka menabur fitnah dan mengaibkan orang.

Bala Fitnah ini semakin hebat melanda untuk masa sekarang ini dan seterusnya.Yang fitnah jadi benar dan yang benar jadi Fitnah dan yang zalim dan rendah akhlak dipuja dan disanjung tinggi
Bala Fitnah ini telah diangkat dan dibudayakan oleh parti politik yang mendakwa memperjuangkan Melayu dan Islam.Jika sesiapa sahaja yang menentang atau bertentangan pendapat dari segi agama mahupun politik maka individu tersebut adalah halal untuk difitnah dan diabkan tanpa belas.Mereka masih menganggap budaya tersebut salah satu bentuk perjuangan walaupun perbuatan tersebut berdosa besar dan amat keji disisi Allah SWT.
Malangnya ia terus didukung oleh sejumlah Melayu Islam walaupun perjuangan parti semakin banyak bercanggah dengan prinsip Islam yang sebenar.Malah budaya menghalalkan cara dalam menghalang musuh politik semakin galak dibudayakan.Para ilmuan Islam yang berada dalam parti ataupun kerajaan hanya membisu dengan apa yang sedang menimpa negara Malaysia yang tercinta ini.Budaya menfitnah dan mengaibkan orang diberi lampu hijau dalam menewaskan pihak lawan.Fitnah terus disajikan kepada keseluruhan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang begitu tepat dilanda bala Fitnah ini.
Orang Melayu Islam terus hidup bergelumbang dalam fitnah dan kepalsuan cerita mengenai salah laku seks dan moral.Orang Melayu terus hidup dalam keadaan yang keliru apabila bergelumbang dengan dan bergelut dengan fitnah yang bertali arus.Akibat bala fitnah ini orang Melayu ditimpa penyakit yang dianggap bala juga iaitu perpecahan sesama Islam dan bangsa.Orang Melayu kini begitu galak menghina,mengeji dan menfitnah sesama mereka.
Mereka menjadi penyampai fitnah bermula dari keluarga hinggalah kepada masyarakat seluruh negara.Akhirnya bagi yang mudah percaya dan terpedaya amatlah malang kerana mereka melakukan dosa yang amat besar dalam keadaan tidak sedar hanya kerana setia terhadap parti dan terpaksa berpaling dengan larangan keras agama terhadap FITNAH.Begitu dasyat sekali bala yang sedang menimpa khusus umat Melayu Islam sekarang.Ia sedang menghampiri saat kehancuran.
Bagi mereka yang menjadi punca dan pencipta fitnah puaslah dengan apa yang dilakukan demi kerakusan kuasa dan kekayaan.Namun jangan dilupai bahawa janji Allah SWT itu benar.Tidak dibalas di dunia pastinya akan dibalas lebih dasyat diakhirat kelak.Sekarang ini para pencipta fitnah berasa bongkak dengan apa yang mereka ada namun kuasa Allah SWT amatlah jauh lebih hebat dari segalanya.Hari ini para pencipta fitnah berjaya menganiaya saudara mereka sendiri dalam menjerusmus ke lembah bala fitnah yang begitu keji sekali.
Kepada para Ilmuan Islam di Malaysia yang ilmu agamanya setinggi langit sia-sia sahaja dan berdosa besar kerana membiarkan sahaja bala fitnah ini menguasai segenap pelusuk negara dan masyarakat.Mungkin benar di akhir zaman nanti ada golongan ulama yang menjadi perosak dan pemusnah kepada umat Islam.Jika hari ini kita bercakap soal bala Tsunami di Jepun maka tunggulah bala yang jauh lebih hebat akan melanda Negara Malaysia ini.Apabila fitnah berleluasa dan masyarakat hidup dalam keadaan yang berdosa maka tunggu sahaja Allah SWT berbicara melalui bahasanya.Adalah jelas bahawa peringatan Allah SWT dan Rasulullah SAW akan akibat bala Fitnah ini.Nauzubillah.... 

Video Seks: Jangan Amal Undang-Undang Rimba

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD
SATU kejutan yang tidak disangka-sangka berlaku pada Isnin lalu selepas sekumpulan wakil media diminta ke Seri Carcosa Negara tiak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur.
Tujuannya bagi dipertontonkan dengan klip rakaman video yang berdurasi hampir 30 minit. Kesemua wartawan terbabit mengurut dada masing-masing selepas melihat dengan mata kepala sendiri video yang memaparkan individu yang didakwa sebagai pemimpin tertinggi parti pembangkang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China.


Rakamannya jelas, menampakkan wajah si lelaki beraksi bersama wanita yang tidak dikenali itu.
Individu yang bertanggungjawab mendedahkan kepada media klip berkenaan pula hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T' yang mendakwa menemui secara tidak sengaja perakam selepas diminta mengambil jam tangan jenama Omega dari bilik yang dikatakan sebagai lokasi perbuatan maksiat itu dilakukan.
Rentetan pendedahan berkenaan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bingkas menafikan bahawa lelaki di dalam video seks itu adalah dirinya dengan mengemukakan alibi bahawa pada 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam - tarikh dan masa yang tertera pada klip berkenaan itu - beliau mendakwa berada di rumah bersama kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu.
Dan sambil tersenyum sinis semasa sidang media di ibu pejabat PKR pada Isnin, beliau berkata: "Individu dalam video seks itu begitu mirip dengan dirinya kecuali perut individu tersebut sedikit buncit. Lihat, saya lebih kurus."
Dan kemudiannya beliau, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi meminta siasatan sepenuhnya dilakukan atas dakwaan yang dikatakan fitnah yang mahu menjatuhkan nama dan karier politiknya.
Pemimpin pembangkang lain dengan pantas menafikan pembabitan Anwar dan mengecam kononnya ini perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu menjatuhkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi.
Namun apa yang menarik perhatian penulis ialah kiriman e-mel kepada media yang dikatakan daripada 'Datuk T' yang seolah-olah mahu membelakangkan undang-undang kerana berkeras enggan menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa.
Sebaliknya beliau menegaskan hanya mahu menyerahkan video tersebut untuk dianalisa oleh 'suruhanjaya awam' yang dianggotai oleh pengamal media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
'Datuk T' berkata, keputusan itu diambil selepas Anwar membuat laporan polis pagi Selasa bagi menafikan sebarang pembabitannya.
Tindakan itu ternyata mengundang 1,001 persoalan, adakah Malaysia ini tidak mempunyai undang-undang? Di manakah kedaulatan undang-undang? Jika 'Datuk T' mahukan keadilan berasaskan proses perundangan, dia sepatutnya menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa untuk disiasat. Kenapa memilih 'suruhanjaya awam' dan atas kapasiti apakah suruhanjaya itu boleh ditubuhkan?
Jika itu caranya, perundangan rimbakah yang mahu diaplikasikan?
Serahkan kepada polis dengan kepakaran mereka untuk menyelesaikan kes ini. Jangan memandang rendah kepada pihak berkuasa.
Tindakan degil enggan menyerahkan pita rakaman itu seolah-olah mahu mengheret rakyat melanggari Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan bahan-bahan lucah.
Anwar yang terkenal sebagai pembangkang tegar yang pernah mempertikaikan kredibiliti polis pun, melangkahkan kaki ke IPD Dang Wangi menuntut siasatan yang adil dilakukan.
Kita perlu ingat bahawa negara memiliki undang-undang sama ada konvensional dan syariah melibatkan kesalahan ini. Gunakan segala saluran yang betul jika mahukan keadilan.
Jika Anwar bersalah, beliau akan dibuktikan dengan menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa. Rakyat akan menilai siapakan sebenarnya pemimpin pembangkang tersebut.
Dan jika sebaliknya, rakyat akan berpuas hati dan ini sekaligus mengangkat kredibiliti polis sebagai pihak berkuasa yang telus dan meletakkan keadilan itu mengatasi segala-galanya.
Biarkan polis menjalankan tugas mereka merungkai persoalan di benak kira-kira 25 juta rakyat Malaysia ketika ini.
Pegang pada janji Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa polis akan menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Dan jika sabit kesalahan mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya kerana mengedarkan bahan-bahan lucah.M/Star

4 cameras, 1 Omega watch - double trouble for Anwar? Not really ...

“Double, double toil and trouble

Fire burn, and cauldron bubble.” Act IV, Scene 1, 'Macbeth' by William Shakespeare
Often misquoted as ‘bubble, bubble, toil and trouble’ these are the famous demonic incantations uttered by the three Scottish witches as they summon Satan and hope to add more woes to Macbeth:
As the ghost of Banquo did to Macbeth, Anwar seems to haunt the collective bad conscience of the leaders of our ruling party and their supporters like an itch that simply won’t go away, ever. And like the ‘D’ Grade movie that it surely is, the plotters of the latest ‘expose’ on Anwar toiled and troubled to produce a damp squib in 1M (not Israel) land.
What exactly were these plotters up to? I mean, even the CIA and MOSSAD will not use 2 cameras for entrapment; if they have to leave in a hurry, having to dismantle 4 cameras in a hotel room would dangerously slow them down. It would be an operational nightmare and unwarranted risk.
John Woo and HK movie directors have a penchant for mounting 6 cameras to shoot Kung Fu and 'Shoot! Shoot! Miss! Miss! Kill! Kill!' movies. But this is done to capture the action in ‘slo mo’ from a multiplicity of angles so that the audience can climax in its pursuit of vicarious thrill from blood and gore spatter and spurt on giant screens.
So, 4 cameras seem like huge overkill for Anwar and mind you, a hotel room does not have that many places for even single camera concealment without being discovered easily – it’s usually in the ceiling or behind the dressing table mirror.
So, who has such connections and power to mount a covert operation even MOSSAD would take its hat off to? And convene hacks from the top MSM for a superbly organized porn screening at Carcosa Sri Negara, formerly the British High Commissioner’s Official Residence and now fully owned by 1M (not Israel) Government?
Notice the discrepancies and contradictions from ‘Datuk T’?
1. What was he doing in a fcuk shop?
2. He was a trusted aide. Huh? Come again?
3. He "stumbled" upon a camera while (as Anwar’s aide apparently) searching for allegedly, Anwar’s Omega watch. How did he know there were 4 cameras then? Was he snooping around for 3 more Omega watches?
4. Video shot in black and white. In today’s world? What, they were hoping to submit it as a ‘noir’ entry at Cannes?
5. How did he remove all the evidence and watch if he was just Anwar’s aide and “stumbled” upon the scenario. The original plotters and hotel management caved in totally to our half-assed, half masked Caped Crusader?
6. What happened to the pimp who procured the so-called ‘woman of leisuee’ and the lady herself?
7. Why did he not go the police first or, er, like Saiful, the Prime Minister?
What really were Datuk T and his cabal hoping to achieve?
In 1M (not Israel):
1. We had a lawyer deny at a Royal Commission of Inquiry (RCI) he was the person seen in a video recording attempting to fix the appointment of judges despite testimony from the cameraman himself. After some 2 years, 1M (not Israel) government has not proceeded with prosecutions despite the RCI clearly recommending it do so.
2. A senior Minister was caught on film having extra-marital sex with a woman. The Minister confessed to his ‘inappropriate’ actions and resigned his post. The AG did not prosecute and the Minister then famously went on to become leader of his Party!
Notice too, the desperation. Datuk T and the plotters want Datin Wan Azizah, Anwar’s wife to quit PKR and politics? What is she guilty of that she cannot lead the nation if she gets elected and wants to? What are they really afraid of?
If anything, it will paint the government in a blacker picture than it already is and prove that Sodomy1, Sodomy II and now Macbeth 2 involves a continuing conspiracy of and by, if not some rogue elements from the corridors of government, then, the government itself, wouldn't it?
Were they hoping in their desperation to force DNA out of Anwar in an ensuing police investigation and kill two birds with 1 stone. Or “Wag The Dog’ and influence voters in the Sarawak elections?
How stupid do they think our citizens are? Do they really think that a judge should break with sensible long established Constitution, law and rules and become police investigator, prosecutor, jury and executioner to make up for police and prosecutorial incompetency and bias? And how can the judge, when Anwar has not been called to the stand and testified to anything? Whatever happened to the PRINCIPLE of 'presumtpion of innocence until proven guilty'?
If anything, the latest shenanigans will enhance Anwar’s chances of claiming the ultimate prize in his march to Putrajaya!!

“Round about the cauldron go;
In the poison'd entrails throw.
Toad, that under cold stone
Days and nights has thirty-one
Swelter'd venom sleeping got,
Boil thou first i' the charmed pot......
Fillet of a fenny snake,
In the cauldron boil and bake;
Eye of newt and toe of frog,
Wool of bat and tongue of dog,
Adder's fork and blind-worm's sting,
Lizard's leg and owlet's wing,
For a charm of powerful trouble,
Like a hell-broth boil and bubble......
Scale of dragon, tooth of wolf,
Witches' mummy, maw and gulf
Of the ravin'd salt-sea shark,
Root of hemlock digg'd i' the dark,
Liver of blaspheming Jew,
Gall of goat, and slips of yew
Silver'd in the moon's eclipse,
Nose of Turk and Tartar's lips,
Finger of birth-strangled babe
Ditch-deliver'd by a drab,
Make the gruel thick and slab:
Add thereto a tiger's chaudron,
For the ingredients of our cauldron....”
- by will s. peare , donplaypuks® intrepid correspondent for nefarious political plots affairs
donplaypuks® with Omega watches and cameras, man!