Sabtu, 19 Mac 2011

4 ribu setinggan di Miri perlu penempatan semula

Oleh Hazel LeeMIRI– Miri memerlukan lebih banyak tanah dan peruntukan bagi menempatkan lebih 4,000 penduduk setinggan yang kebanyakkan menetap di sepanjang Sungai Miri.

Statistik Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri terkini mendedahkan, terdapat lebih 4,000  penduduk setingggan tinggal di Kampung Baru Pujut 7, Kampung Pujut Sungai Adong, Kampung Merapak Pujut 8 dan Kampung Damai Jaya, Piasau Utara.

Pemandangan rumah-rumah setinggan yang didirikan di sepanjang Sungai Miri.
Pemandangan rumah-rumah setinggan yang didirikan di sepanjang Sungai Miri.


Tinjauan Sarawak Update mendapati, majoriti daripada penduduk itu sudah menetap di kawasan setinggan berkenaan sejak 20 hingga 35 tahun yang lalu, namun sehingga hari ini hanya sebilangan kecil yang mengambil inisiatif membeli rumah sendiri.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Pujut 7, Ding Lah berkata, majoriti penduduk yang tinggal di kawasan Kampung Baru Pujut ialah kaum Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah manakala selebihnya Melanau, Bidayuh, Iban dan Cina.
“Kami merayu kepada kerajaan untuk menyediakan lot tanah kerana kebanyakkan daripada mereka daif dan sudah menetap di kawasan setinggan itu lebih 35 tahun yang lalu,” katanya sambil menambah sebanyak enam keluarga kini ditempatkan di Tudan Desaras Fasa 6 berikutan pembinaan jambatan Pujut 7 yang baharu.
Walaupun kawasan setinggan, namun kerajaan bermurah hati menyediakan kemudahan seperti bekalan air, jalan dan tadika perpaduan.
Mengulas perkara ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Andy Chia berkata, kerajaan memerlukan tempoh tertentu sebelum dapat menempatkan semua penduduk setinggan di bahagian Miri berikutan kekurangan dana dan tanah.
“Tidak semua setinggan dapat ditempatkan semula dalam masa terdekat, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memindahkan mereka dari masa ke semasa,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk setinggan dari Kampung Baru Pujut 7 di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Pujut.
Beliau memberitahu, sebelum ini kerajaan telah menempatkan beberapa ribu penduduk setinggan di Bukit Kanada ke Tudan Desaras Fasa 6 manakala ribuan lagi masih tinggal di kawasan setinggan.
Katanya, kerajaan melalui JTS kini terus memantau bagi memastikan tiada lagi penempatan setinggan yang baru diwujudkan.
“Isu penempatan setinggan ini merupakan cabaran besar kepada kerajaan dan kita berharap penduduk setinggan sama-sama mencari jalan untuk membaiki taraf hidup mereka,” katanya.
Andy memberitahu, terdapat juga ahli-ahli SUPP sebelum ini tinggal di kawasan setinggan namun mereka berdikari sehingga mampu membeli rumah yang lebih selesa.
Mengenai permintaan Kampung Baru Pujut 7 untuk ditempatkan semula, Andy memberi jaminan akan mengemukakan perkara itu kepada JTS untuk tindakan sewajarnya dan beliau berharap akan mendapat maklumbalas bulan depan.

PGU 2: PAS Terengganu bakal buat perubahan

BESUT, 19 Mac: Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut percaya Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Zon Utara Besut/Setiu "PAS Ganti Umno" (PGU 2), hari ini merupakan satu langkah ke arah mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Selaku pengerusi panitia, beliau berkata PGU 2 merupakan program lanjutan dari Himpunan Kebangkitan Rakyat "PAS Ganti Umno" di Kemaman pada 15 Januari lalu.
Beliau percaya program kedua itu menjadi lambang kesungguhan sekaligus menggambarkan kekuatan PAS Terengganu yang akan mencipta suatu perubahan.
"Program ini adalah lambang kesungguhan sekaligus menggambarkan kekuatan yang kita mula bina bagi mencipta perubahan di negeri ini khususnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
"Ini sudah tentu akan membuahkan satu hasil yang memberangsangkan kepada perjuangan parti kita menuju kemenangan," ujarnya yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu.
Perasmian PGU2 disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 2.30 petang di Dataran PGU Belakang Masjid Jertih, di sini.
Sebelumnya, sekitar jam 12.30 tengah hari, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan program Jamuan Rakyat dengan mengagihkan kepada para hadirin.
Pengarah program, Datuk Hussin Awang berkata PGU2 yang diadakan di Besut kali ini berada dalam suasana kebangkitan rakyat terhimpit dengan ketidakadilan, tekanan kenaikan harga barang, amalan demokrasi yang tempang, masalh ekonomi, politik dan birokrasi.
Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu menyifatkan kehadiran seluruh para peserta ke program PGU 2 merupakan jihad Fisabilillah kerana menentang segala kepincangan tersebut.
"Saya selaku pengarah program ini mengalu-alukan kehadiran para peserta dan ahli-ahli parti dari Pakatan Rakyat dan hadirin seluruhnya. Semoga ia diganjari sebagai amalan jihad Fisabilillah," tegasnya.
Antara pimpinan PAS negeri yang hadir ialah pesuruhjaya, Datuk Harun Taib, bendahari, Muhyidin Abdul Rashid, ketua muslimat, Safinah Jusoh dan ketua pemuda, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Najib: Titik permulaan optimistik

Datuk Seri Najib Tun Razak yakin suasana ceria dan sambutan menggalakkan yang diterima oleh beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan bersama ke Sarawak hari ini merupakan satu titik permulaan optimistik untuk mereka turun padang ke setiap negeri bagi berjumpa dengan rakyat.

"Kita merasa optimis. Insya-Allah sokongan kepada BN berada di tahap yang baik," kata Perdana Menteri pada persidangan akhbar bersama-sama Muhyiddin di Lapangan Antarabangsa Kuching.

Turut hadir Ketua Menteri sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Najib dan Muhyiddin yang tiba di Kuching semalam di bawah program turun padang pemimpin yang bermula hari ini sehingga September depan, telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari, termasuk program Sejiwa Senada di Serian, kira-kira 60km dari Kuching.

Perdana Menteri berkata dengan adanya program turun padang itu, kerajaan dapat mengenal pasti masalah rakyat dan menyelesaikan perkara yang menjadi rintangan di peringkat akar umbi.

Mengenai pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan bulan depan, Najib berkata: "Peringatan yang saya lazim berikan sama ada di peringkat nasional, negeri atau pilihan raya ialah kita mesti mengatur langkah yang tepat dan bijak."

Pengerusi BN itu berkata BN mesti memastikan jentera mereka bergerak dengan rancak dan bekerja kuat.

"Maknanya semua jentera parti BN mesti disusun rapat dan mengambil keputusan yang tepat, terutamanya untuk mengetengahkan calon yang boleh menang pada pilihan raya nanti".

--Bernama

Demo jalan raya untuk demokrasi pilihan raya

Alhamdulillah, satu permulaan sangat baik untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) di Besut, malam tadi (Jumaat, 18 Mac). Dianggarkan lebih 10 ribu hadirin membanjiri Dataran PGU yang terletak di belakang Masjid Bandar Jertih. Diharap sambutan luar biasa sebegitu berlanjutan dalam sesi-sesi seterusnya sepanjang hari ini hingga ke penghujung acara tengah malam nanti.
 
Sepertimana kebiasaan bagi mana-mana perhimpunan besar dianjurkan PAS, majlis malam tadi juga berlangsung penuh tertib dan adab. Lautan hadirin seramai itu masih berupaya meminimakan sebarang kesulitan, kacau-ganggu atau apa-apa kesan negatif terhadap pihak yang tidak ikut serta, khususnya penduduk sekitar lokasi.
 
Tidak syak lagi ketertiban itulah antara yang meyakinkan kepimpinan PAS untuk menganjurkan sebarang perhimpunan berskala besar. Mereka tahu ahli dan penyokong parti sangat mengutamakan disiplin diri. Mereka tahu adab, sama ada ketika menggunakan jalan raya, sepanjang berhimpun, mahu pun bersurai.
 
Hakikat itu mewajarkan pendirian kita betapa pihak lain tidak sepatutnya gusar atau menelah dengan berbagai andaian negatif dan buruk sekiranya PAS berhasrat mengadakan sebarang perhimpunan. Lebih-lebih lagi itulah antara isyarat dan penegasan penting dalam ucapan penceramah utama malam tadi, Haji Mohamad Sabu.
 
Beliau yang juga pengerusi lajnah berkaitan mobilisasi massa untuk demokrasi sekali lagi mengulangi pendiriannya berhubung kepentingan rakyat berhimpun menunjukkan sikap terhadap sebarang salahlaku atau kepincangan parti pemerintah.
 
Isu paling ditekankan beliau ialah soal pengurusan pilihan raya negara ini yang disifatkannya masih belum meyakinkan. Rakyat memang tidak menilai keadaan proses demokrasi itu setakat ini diurus secara adil, telus dan bersih.
 
Banyak sangat kepincangan dan kelompangan dalam urustadbir pilihan raya kita. Kita telah menyaksikan bagaimana kemuncak rasa benci dan muak rakyat terhadap penyelewengan dan ketidakadilan proses pilihan raya telah membuahkan satu perhimpunan lebih 100 ribu rakyat di ibu negara beberapa tahun lalu.
 
Mereka menuntut pilihan raya negara diurus secara adil dan bersih. Antaranya, daftar pemilih dibersihkan daripada sebarang perkara meragukan, pendaftaran pemilih dibuat secara automatik, penghapusan undi pos dan penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berulang. Rakyat juga menuntut akses lebih luas dan adil kepada parti pembangkang dalam media arus perdana, termasuk yang dikuasai kerajaan.
 
Seluruh negara gempar dengan komitmen luar biasa ditunjukkan rakyat menuntut keadilan demokrasi. Pada suatu peringkat Barisan Nasional (BN) kelihatan seolah-olah bakal meraikan tuntutan itu. Beberapa aspek perjalanan pilihan raya dikatakan lebih telus dan adil ketika pilihan raya umum lalu.
 
Namun, tsunami politik yang terhasil daripada proses lebih demokratik itu tidak memihak kepada BN. Ia tumbang di lima negeri dan hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.
.
“Inilah bukti, apabila demokrasi dilaksanakan dengan sebenarnya, rakyat diberi peluang memilih secara adil, BN boleh ditumbangkang. Betul atau tidak?”, terjah Mohamad Sabu, dengan gaya yang menjadi ‘trademark’ beliau itu.
 
Menurutnya, ekoran keputusan mengejutkan itu BN seakan hilang punca. Riak dan tingkahnya selepas itu hingga kini tidak menampakkan ia bersedia mengulangi proses pemilihan setelus pilihan raya 2008. Ia jelas tidak menguntungkan BN.
 
Justeru, rakyat tidak meletakkan harapan tinggi untuk melihat proses demokrasi lebih baik dalam pilihan raya nanti. Setakat ini BN bukan sahaja tidak menunjukkan komitmen meyakinkan untuk memenuhi tuntutan rakyat.
 
Pendaftaran pengundi secara automatik masih dalam perbahasan. Penggunaan dakwat kekal belum diterima, pembersihan daftar pemilih tidak dilakukan. Keadilan media untuk pembangkang pula suatu yang masih terlalu jauh untuk direalisasikan.
 
Paling mengusik kesabaran rakyat ialah pendirian kerajaan berhubung undi pos. Jangan dikatakan ia bakal dihapuskan, kerajaan sebaliknya berura-ura memperkasa dan memperbanyakkan lagi kategori pemilih yang layak didaftarkan sebagai pengundi pos.
 
Sebelum ini yang disenaraikan sebagai pengundi kategori itu majoritinya adalah anggota pasukan keselamatan, iaitu polis dan tentera. Namun kedengaran kebelakangan ini hasrat menjadikan suami atau isteri mereka pula sebagai pengundi pos. Bahkan, kecenderungan itu juga diura-ura turut melibatkan anggota pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
 
“Jika benar anggota Rela pun nak dijadikan pengundi pos, ini terang-terang usaha menyelamatkan BN. Awas! Kita memberi amaran, kita tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalan raya,” Mohamad Sabu memberi amarannya, disambut laungan takbir hadirin.
 
Beliau menafsirkan pendirian meragukan ditunjukkan kerajaan, terutama pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seakan berusaha menukar status anggota Rela daripada pemilih biasa kepada pengundi pos yang banyak diperkatakan masyarakat sebelum ini.
 
Semua kita akui undi pos setakat ini tidak pernah memihak kepada pembangkang. Ia bagaikan deposit tetap buat BN. Sebab itu sebarang usaha memperluaskan kategori pemilih yang layak didaftarkan sebagai pengundi pos secara mudahnya memang boleh dianggap usaha menambah undi tetap untuk BN. Logik, bukan?
 
Ertinya undi pos adalah perkara yang sering menjadi bahan utama pertikaian. Ia dikaitkan sebagai lambang ketidaktelusan dan taktik jahat BN mengekalkan kuasa. Ia juga dilihat medan paling subur untuk penipuan BN demi mendapatkan undi tinggi.
 
Apatah lagi kumpulan pengundi pos berada dalam persekitaran yang tertakluk sepenuhnya kepada manipulasi kuasa dan kawalan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang menguntungkan BN selaku kerajaan.
 
Justeru, jika benar Rela turut dijadikan undi pos, ia sebenarnya menambahkan kekecewaan rakyat dan memburukkan persepsi tidak telus perjalanan proses demokrasi negara.
 
Apakah rakyat harus berdiam diri melihat penodaan itu di depan mata? Apakah menjadi kesalahan sekiranya rakyat sekali lagi menggunakan jalan raya untuk menuntut keadilan pilihan raya?
 
Itulah intipati persoalan dilontar Mohamad Sabu malam tadi. Beliau menjelaskan apa yang bakal dilakukan PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat adalah bagi memastikan demokrasi terpelihara.
 
Justeru, kemungkinan demonstrasi jalan raya yang disebutnya adalah dalam rangka memulihkan proses demokrasi dan menuntut keadilan pilihan raya, tidak lebih dari itu.
 
Sebelum ini Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Harakah 1618, 28 Februari lalu) membayangkan kemungkinan mengadakan himpunan Bersih ke-2 jika kerajaan BN gagal memperbaiki kelemahan sistem pilihan raya diamalkan kini.

Sarawak Akan Terus Dikuasai Legasi Taib..! Tolak BN...!!!

Lapor malaysiakini:
Undur selepas pilihan raya, ulang Taib

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini.

Taib - yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata, beliau akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan.

Ini merupakan kali ketiga Taib mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkata yang sama di Mukah dan Betong awal tahun ini.

Kemungkinan untuk beliau bersara semakin dekat, akuinya.

Taib yang memimpin Sarawak sejak 1981 berkata, masa itu akan tiba apabila orang yang didiknya boleh membentuk pasukan untuk berkhidmat kepada negara dan pelbagai bangsa.
Perhatikan kenyataan seorang Diktator... sama je macam lain-lain Diktator... Tak kan lepaskan jawatan sebelum kerjanya selesai. sebelum lepas jawatan kena pastikan "proksi" menang supaya agenda lama dapat diteruskan dengan menggunakan "proksi".

Orang yang boleh dicucuk hidungnya akan dinaikkan mengganti beliau. kununnya orang ini terlatih & tahu bagaimana untuk mentadbir, yang kita tak tau ialah, orang ini sebenarnya tidak dilatih untuk mentadbir sebaliknya telah dilatih dengan cara bagaimana untuk terus merompak hasil kekayaan negeri dan bagaimana cara untuk menyalurkan semua hasil rompakan kepada orang-orang rapat.

Dalam erti kata lain, Sarawak akan terus dikuasai legasi Taib selagi Barisan Nasional berkuasa di Sarawak. orang-orang Sarawak kena ambil tahu strategi Taib, masyarakat Orang Asli Sarawak WAJIB tahu bahawa Pehin akan terus menjajah Tanah-tanah Orang Asli Sarawak walaupun Pehin tidak lagi menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Anak-anak muda Sarawak mesti diberitahu hal ini & anak-anak muda Sarawak WAJIB memberitahu hal ini kepada orang tua mereka di Sarawak.

Pehin akan terus berkuasa di Sarawak selagi Barisan Nasional menang di Sarawak.

Warga Sarawak mesti bangun menolak Dacing dalam Pilihanraya kali ini, matlamat utama warga Sarawak kali ini bukan menjatuhkan Pehin sebaliknya menjatuhkan "LEGASI PEHIN" & warga Sarawak mesti difahamkan bahawa "LEGASI PEHIN" hanya akan berakhir setelah Barisan Nasional direbahkan dalam pilihanraya kali ini.

Ini warga Sarawak kena faham.

Perisik Rakyat.

DNA. Tak tau, jangan tunjuk pandai...

Sementara menunggu Dr. mencuci gigi Iman petang tadi, aku menyelak kertas Utusan Malaysia yang kununnya berformat baru mulai hari ni.

Aku tak impress langsung. Isinya macam sampah seperti format lama.

Beberapa siri tunjuk perasaan di seluruh negara mendesak Anwar menyerahkan DNA mendapat liputan utama. Ahh...aku apa peduli?

Cumanya (aku harap ini kekal laporan sampah) cerita kununnya Ustaz Harun Taib bersetuju untuk menasihatkan Anwar untuk menyerahkan secara sukarela DNAnya kepada pihak berkuasa jika Anwar meminta nasihat daripadanya, membuatkan aku menggaru kepala.

Harap2 sangatlah Utusan Malaysia kekal bengong kerana kalau sahih bagai yang dilapor, Ustaz Harun Taib patut sangatlah berfikir panjang. Kaji2lah tulisan Dr. Dzulkefly Ahmad di bawah ini. Tidak semuanya straight forward kalau bersilat dengan UMNO ni. Wallahu'alam.

The Malaysian DNA Conundrum – MPF
By Dr.Dzulkefly Ahmad

(I’ve been invited to be on Selangor TV this evening ~5 pm sharing the time with Shamsul Iskandar, the AMK Chief on DNA. Just as I was perusing the many writings and reports about the world-infamous Sodomy 2.0 trial now on-going, an old colleague called. This piece has just been emailed to me subsequently and Im taking liberty to just now post it, for the benefit of all and sundry. Having left academia and medical laboratory practice for more than a decade now, I find this piece this handy and insightful. It has said it all and perhaps a lot better than what I could piece together as it is the colloboration of 3 very distinguished medical personalities. Thank you again, to all you good doctors. Continue serving humanity without fear or favour! – Dr Dzul)

by Dr. Sheik Johari Bux, Dr. Farouq Musa, and Dr. Musa Mohd. Nordin (Muslim Professionals Forum, MPF).

Virtually the whole of Malaysia is now talking about DNA. DNA (Deoxyribonucleic Acid) has become a buzz word, featuring in conversations at coffee shops; offices and even our august parliament.

We must thank Crick and Watson who discovered the double stranded helical structure of the DNA molecule in 1954 which has since unleashed a plethora of advances in biotechnology. Forensic DNA is one of the many breakthroughs in this research in an impassioned endeavour towards advancing justice through DNA technology.

Justice and fairness should be the buzz word of the rakyat, the parliament , political leadership and the impartial media. This unfortunately is a far cry considering the various statements issued and the nuances of the mainstream media. Overnight, a handful of parliamentarians have turned pseudo-geneticists, shouting for surrender of DNA material ! Some have even sentenced the alleged assailant an unequivocal guilty verdict !

Beginning with the end, it is important to emphasise upfront that with all of the available DNA techniques, conviction cannot be based on DNA evidence ALONE if there are a host of other conflicting and non-corroborative evidence. For example, if a victim claimed rape in a condominium in KL whilst the accused was addressing a seminar in Singapore at the material time, no amount of DNA recovered at the crime scene is going to make any difference.

We hope this would moderate the DNA mania which is incessantly hyped, the latest by the father of the alleged victim.

Notwithstanding, what is worrying from the hypothetical case scenario is, how DNA of the alleged assailant got into the condominium. In the language of forensic medicine, there is an outright breach of the chain of custody in this hypothetical case.

Surrendering blood for DNA testing is NOT the central issue in the current stalemate. Maintaining the chain of custody is the CRITICAL factor for any DNA evidence. It demands a strict record of individuals who have had physical possession of the evidence and the process used to maintain and document the chronological history of the evidence. The chain of custody of the specimens must be strictly guarded to ensure the collection, delivery, testing, storage and rigorous documentation of the results are preserved and protected from any unauthorized and illegal access.

The historic trial of 1998 laid bare the extreme flaws of the country’s DNA squad, by design or otherwise. The grave concern from all quarters, national and international on the conduct of the current investigation is understandable and reasonable given the experience we were subjected to the last time this play was enacted. The accused and family who endured those humiliating moments of the last sham trial must be gutted by this sequelae.

We offer below a short brief on DNA as an idiots guide to the correct medical procedures to be followed in cases of alleged sodomy. It is grounded on back to basics forensic medicine, founded on evidence and not emotions.

If the alleged victim claimed “the latest violation” on 26th June 08, had “counsel on 27th June 08 and reported to police on 28th June 08, it is highly likely that nature’s most efficient plumbing system would have flushed out whatever foreign fluids and tissue deposited within that most currently spoken of orifice. Almost all humans need to answer the big call at least once a day!
Notwithstanding the above, if indeed the alleged accused’s specimen was obtained from the “hole”, it would be imperative to verify the authenticity of the collection to ensure no foul play was involved in collecting the specimen.

DNA from the sample obtained in (2) can then be readily compared with the DNA fingerprint of the accused, assuming his DNA profile from the last trial had been safely archived. That is the role of the National DNA Database. It is hence nonsensical for the incessant calls for the accused to give his fresh blood to perform a match with the sample from (2). Unless of course in typical Malaysia Bolehland fashion, the accused’s DNA fingerprint records have gone missing! This then does not speak well of the professionalism of the investigating team. But then again it is but a recurring theme in so many other investigations of late.

The prime minister and the deputy IGP, amongst others have insinuated that old DNA from 10 years ago is of little or no use in the current saga. Let it be known by all and sundry that there is no expiry of DNA. For purposes of DNA fingerprinting alone, even the Jurassic dinasours DNA can be analysed , unless of course there is a sinister intention for use of the accused’s fresh DNA that is almost unthinkable.

We offer the following solution to the current impasse for the authorities kind consideration :

If at all it is legally required for the DNA of the accused to be analysed from a fresh blood sample, the following is the recommended procedure.

There must be three specimens

(i) Blood from the accused

(ii) Blood from the alleged victim

(iii) Specimen from the “hole”

There must be two aliquots (portions) of each specimen and these must be presented concurrently to prevent any tampering by either or both parties. The chain of custody of the specimens must be strictly adhered.

DNA analysis of the three specimens can then be conducted independently by a laboratory of their choice (both parties getting 1 aliquot of each specimen). A holding watch of each process can be agreed upon.

DNA matching from the above can then be used as corroborative evidence to either acquit or convict. DNA does not lie provided humans handling them don’t.

As all Malaysian citizens would have realized by now, politics and medicine is a very volatile mix. The political sodomy of medicine in the trial of 1998 should make all of us even more wary of the innuendos which the current saga brings to fore.. This, despite the exclusion of the IGP and AG from the investigating and prosecuting teams and all the assurances from the powers that be.

The Malaysian public in particular and interested parties around the world awaits the truth of the matter in this episode of “Sodomy Malaysian Style”. We pray that this time around truth will not be sacrificed at the altar of political gamesmanship!

In ALLAH we trust and HE knows best.

MPF.

Bala Allah : Adenovirus, perhatian kepada polis, SB, Ketua Polis dan Menteri KDN

 Oleh: rozmal

"Negara kita diancam satu lagi bala, iaitu Adenovirus yang setakat ini telah menyebabkan kematian 2 orang pelatih Pulapol. Saya tahu Blog saya juga dipantau oleh polis dan SB. Jadi saya minta sangatlah kepada pihak polis dan SB yang memantau Blog saya supaya menyampaikan mesej kepada pihak atasan mengenai kaedah untuk membunuh segala jenis virus yang terdapat di persekitaran dengan kaedah yang selamat,

iaitu dengan menggunakan air sahaja yang melalui proses elektrolisis menggunakan mesin canggih untuk menghasilkan air elektrolisis yang boleh membunuh semua virus , insyaAllah.


Jadi tak perlulah nak pikul tilam-tilam untuk dibuang atau dijemur untuk membunuh virus tersebut.
 
Saya cakap ini ialah kerana saya amat bersimpati dengan para pelatih Pulapol kita dan wabak ini boleh berlaku dimana-mana.
 
Dan saya serius dengan apa yang saya perkatakan ini , bukan kerana saya pakar dalam perkara ini, tapi kerana saya telah berjumpa orang yang pakar dalam perkara ini, yang professional, yang ada ijazah yang diiktiraf,  yang penting dia anak tempatan.
 
Kalau tak percaya cakap saya, boleh search sendiri di Internet dengan kata kunci Neutral Electrolyzed Water atau baca di pautan berikut http://aquaox.blogspot.com/2010/05/electrolyzed-water-applications-in.html
Neutral Electrolyzed Water (NEW) is produced near neutral 6.5 pH where the predominant antimicrobial agent is Hypochlorous Acid, the most efficient and efficacious specie of chlorine. Hypochlorous Acid kills microorganisms (bacteria, fungi, algae, spores, staff infections/MRSA and viruses). 
Apa-apa pun kita manusia hanya berusaha, yang menyembuhkan dan yang membunuh Adenovirus ini hanyalah Allah yang Maha Esa.
 
Hidup di dunia hanya sementera, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila
 
Salam dari saya
 

Buat Rakyat Sarawak!! Mahukah anda ditipu lagi??

Satu pendedahan bagaimana pemilik tanah asal diperbodohkan oleh Taib Mahmud dan Kroninya hingga tanah bertukar milik akhirnya ..Eksklusif dari Sarawak Report..

Balingan, Pusat rampasan tanah Taib Mahmud
Taib Mahmud telah menjanjikan pembangunan, tetapi dia telah mendatangkan kemusnahan kepada kawasan pilihanrayanya sendiri.

Kini terdapat banyak komuniti yang mengalami kejutan akibat gelombang apa yang kami namakan sebagai ‘pembangunan kemusnahan’ pada kawasan-kawasan yang kebanyakannya adalah tanah-tanah rezab hutan (Forest Reserve).

Kajian kami mendapati syarikat-syarikat di sebalik pemusnahan ini yang telah mendatangkan keuntungan kepada Taib Mahmud, saudara-mara terdekatnya atau kroni-kroni perniagaannya dan individu-individu yang dikenali dan yang biasanya bertindak sebagai proksinya.


Gambar-gambar pada entri asal (berbahasa Inggeris), yang diambil dalam perjalanan kami melaksanakan kajian dan siasatan kami itu, menunjukkan kesan kemusnahan akibat tsunami – tetapi tsunami ketamakan yang dilakukan oleh seorang lelaki tua bersama gerombolan kroni penyangaknya ke atas kawasan-kawasan pengundinya sendiri.

Setiap satunya untuk saya – tiada untuk kamu
Taib telah berpura-pura memberi ‘kemajuan dan pembangunan’ kepada rakyatnya. Beliau telah berkali-kali menasihatkan para pendengar khutbahnya untuk ‘bersabar’, tetapi dalam pada itu dia tidak menunjukkan sebarang kesabaran untuk meranapkan apa sahaja tanah yang mempunyai nilai yang telah didiami rakyatnya sejak beberapa generasi lagi.

Individu-individu ini telah dibayar RM250 untuk satu ekar tanah-tanah NCR mereka, sungguh memilukan – mana kala ada pula yang tidak dibayar satu sen pun!

Seorang Iban yang berusia 80 tahun telah memaklumkan kami bahawa dia dan keluarga sehingga lima generasi telah membuka kawasan itu, dan mengusahakan dusun buah-buahan, yang kini telah dimusnahkan tanpa sebarang pampasan.

Pada satu lagi kes, jentolak milik syarikat perladangan telah hampir-hampir merobohkan rumah panjang orang-orang di situ. Para penyiasat dan pengkaji dari Sarawak Report telah mengesahkan bahawa orang-orang yang dibayar pampasan adalah sebenarnya ketua-ketua kaum yang dilantik oleh kerajaan, yang kini diberi gaji bukan untuk mewakili kaum-kaum mereka, tetapi untuk menjadikan mereka sentiasa tunduk dan akur kepada arahan-arahan dari kerajaan BN.

RM250 adalah suatu jumlah yang amatlah kecil berbanding dengan nilai kayu-kayan dan konsesi-konsesi ladang kelapa sawit atas tanah-tanah berkenaan, yang akan kami bentangkan pada bahagian lain dalam artikel ini.

Mendatangkan kekayaan kepada keluargaku dan rakan-rakan niagaku atas nama ‘pembangunan’



Lihat para "tentatif" yang diletakkan! Nampak sekarang
bagaimana Taib menipu??

Kajian dan siasatan Sarawak Report ke atas pengambilan tanah-tanah di kawasan Balingian dan Mukah oleh Taib telah berjaya membongkar suatu tahap penipuan yang amat mengejutkan. Cubaan-cubaan untuk menutup dan menyembunyikan jumlah wang yang amat besar yang terjana untuk keluarga dan rakan-rakannya, telah dapat kami bongkar yang membuktikan berlakunya rasuah.

Tanah-tanah yang diambil oleh Arip dan Taib sendiri melalui Mesti Bersatu
Salah satu contohnya adalah satu kawasan tanah di Balingian, yang dianggarkan 34,000 hektar luasnya, telah diserahkan pada awal 2000-an kepada saudara Taib ketika itu, arwah Arip Mahmud.

Kami telah mengenalpasti terdapat 7 plot yang luas dari pejabat pendaftar tanah, yang telah diserahkan kepada beberapa syarikat yang jelasnya diuruskan oleh Lanco Plantation, milik arwah Arip. Lanco Plantation Sdn Bhd berpejabat di 458/459, Sublot 62, Jalan Padungan, Kuching, Sarawak. Pengurus syarikat berkenaan adalah Patrick Embol dan peguam mereka adalah Lim Jit Meng.

Kami mendapati wakil Arip adalah Hamni bin Juni dan Haji Anwar Susadd bin Razali, kerana mereka telah menggunakan alamat yang sama dengan Lanco Plantation di dalam rekod pendaftar tanah



Setengah kawasan dikhususkan kepada kroni Taib dalam DUN nya sendiri.
Palmyn dan Golden Star-Ace diserahkan kepada

Cubaan-cubaan untuk menyembunyikan pemberian tanah-tanah kepada Lanco menggunakan nama-nama syarikat yang berasingan, namun jaringan-jaringan itu dapat kita kesan di pejabat pendaftar tanah. Kedua-dua syarikat Palmlyn dan Hariyama menggunakan alamat dan nombor telefon yang sama dengan Lanco, nombor telefon pengurusnya, Patrick Embol, juga digunakan pada Rajah Mutiara Sdn Bhd.

Lim Jit Meng merupakan peguam yang sama untuk pengambilan dua ladang di Pulau Bruit bagi pihak Arip Mahmud (Easter Eden dan Poh Zhen) yang telah berjaya memperolehi keuntungan sebanyak RM40 juta untuk Arip dan Ketua Menteri ketika dijual semula 12 hari kemudian!

Semua syarikat yang telah kami dedahkan di atas telah berkontroversi dengan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kroni pembalakan Taib yang terkenal rakus di seluruh dunia, Tiong Hiew King.

Terdapat keuntungan syarikat-syarikat itu dimasukkan ke dalam syarikat-syarikat awam untuk keluarga Taib, walaupun selebihnya masuk ke syarikat-syarikat peribadi Tiong di mana transaksinya masih tidak diketahui.



Semua syarikat yang tersenarai di atas kesemuanya jelas milik Taib Mahmud!!


Dalam kes Hariyama, yang telah memperolehi sebanyak 10,600 hektar tanah hutan simpan terlindung Retus, kita mendapati Arip Mahmud telah merundingkan transaksi sebanyak RM6.8 juta pada 24hb Februari 2003 dan kemudian menjualkannya kepada syarikat Jaya Tiasa milik Tiong dengan harga RM23.5 juta empat hari kemudian iaitu pada 28hb Februari 2003 untuk mendapat keuntungan sebanyak RM17 juta.

Keluarga Taib juga memiliki saham-saham dalam Jaya Tiasa, maka dengan itu mereka tetap akan menikmati keuntungan dari pengeksploitasi kawasan-kawasan itu menerusi ladang kelapa sawit.

Begitu juga, kita mempunyai bukti yang menunjukkan 5,000 hektar ladang Palmlyn, di mana Arip telah diminta untuk menjelaskan premium sebanyak RM3 juta pada 12hb Februari 2004, telah dipindahkan ke Subur Tiasa, juga milik Tiong, pada 30hb September 2004 dengan harga RM11.7 juta, keuntungan RM9 juta.

Rajah Mutiara dan Golden Star-Ace yang kini didaftarkan sebagai dimiliki oleh syarikat-syarikat peribadi Tiong, iaitu Rimbunan Hijau Group.

Atas alasan ini, harga yang dibayar kepada keluarga Taib Mahmud tidak direkodkan secara terbuka, tetapi kami boleh menganggarkan lebih banyak juta-juta yang diperolehi oleh keluarga yang terkaya di Sarawak.

Raziah dan skandal Sarawak Plantation
Raziah dan suaminya, Robert Geneid, telah mendapat 27,000 hektar tanah menerusi konsesi dalam rantau itu, di bawah syarikat-syarikat Miracle Harvest dan Green Ace Resources, di mana syarikat awam Kwantas telah mendapat 70% saham setelah menerima konsesi.

Konsesi kini telah dijual untuk mendapatkan keuntungan sebanyak berjuta-juta ringgit. Raziah juga menerima syarikat Saradu Plantation dari saudaranya, Ketua Menteri, berjumlah 5,000 hektar.

Namun, skandal Sarawak Plantation telah mendedahkan suatu amalan rasuah yang dilakukan di tengah-tengah kerajaan Taib, di mana dia menggunakan proksi dan wakil-wakil untuk mengawal perniagaan utamanya di Negeri Sarawak dan menswastakan aset-aset negeri ke tangan ahli-ahli keluarganya.

Hamid Sepawi dan Hasmi Hasnan adalah dua orang ‘saudagar kaya’ yang bertindak sebagai proksi atau wakil utama kepada Taib Mahmud.
Kedua-dua orang berkenaan bertindak sebagai Pengerusi-pengerusi/Pemegang-pemegang utama atas saham-saham dalam pelbagai usahasama negeri dan juga usahasama ‘yang diswastakan’ yang sering menerima kontrak-kontrak dan kementerian-kementerian pimpinan Abdul Taib Mahmud. Hamid Sepawi adalah sepupu Taib, mana kala Hasmi Hasnan adalah kenalan Taib yang juga seorang bekas pegawai Jabatan Tanah dan Survei.

Kedua-dua orang ini, yang berasal dari keluarga sederhana, telah mendapat tempat sebagai pemimpin multi-perniagaan, yang juga tersenarai di kalangan 30 orang terkaya di Malaysia, setelah Taib menjadi menteri dalam tahun 1981.

Mereka bertindak sebagai pengurus bersama bagi rangkaian usahasama yang dibiayai oleh Taib – salah satunya adalah Sarawak Plantations yang berskandal kini.

Menswastakan keluarganya sendiri
Profil syarikat Sarawak Plantations Bhd jelas menunjukkan bahawa ianya telah ditukar menjadi sebuah syarikat awam “sebagai mekanisma untuk menswastakan aset-aset milik Sarawak Land Development Board (SLDB).

Ini jelas bermakna sayarikat berkenaan telah menerima kawasan-kawasan tanah yang amat luas yang pada asalnya merupakan tanah negeri.

Taib dan keluarga tidak sedikit pun didengar memohon maaf ketika mereka ‘membangunkan’ tanah-tanah NCR yang mereka dapati. Tetapi perolehan keuntungan itu terdapat pada maklumat-maklumat pemegang saham yang telah diumumkan untuk syarikat ‘awam’ itu.

Kedua-dua Hamid Sepawi dan Hasni Hasnan yang memegang jawatan-jawatan utama dalam syarikat tersebut, maka pegangan saham-saham mereka pun harus diperjelaskan di bawah undang-undang.

Lebih 60% dari bank tanah Negeri Sarawak, termasuk suatu kawasan yang amat luas di kawasan pilihanraya Taib sendiri telah ‘diswastakan’ kepada Hamid Sepawi dan Hasni Hasnan yang bertindak selaku proksi kepada si tua bangka itu.

Adakah Ketua Menteri itu ingin mengelirukan para pengundi di kawasan pilihanrayanya bahawa dia bukan hanya mewakili mereka, tetapi berhakmilik atas kawasan mereka?

Memandangkan mereka belum berpuas-hati dengan pemilikan yang tak langsung ke atas beribu-ribu hektar tanah di Balingian melalui Sarawak Plantation, kedua-dua orang proksi Taib berkenaan kini memiliki ladang-ladang berasingan dalam kawasan itu, sebagai mana direkodkan dalam pejabat Pendaftar Tanah.

Kroni-kroni lain yang mendatangkan masalah-masalah kepada para pemilik tanah
Terdapat beberapa buah syarikat lagi yang turut membawa masalah kepada orang-orang tempatan di Balingian. Mereka itu juga merupakan pemegang-pemegang konsesi yang lain. Desacorp (di mana anak rakan politik Taib, Hamid Bugo ada pegangan saham) dan Empire Plantations yang besar, dimiliki oleh keluarga Wong, kroni perniagaan utama Ketua Menteri menerusi syarikat mereka, WTK.

Kini terdapat empat buah rumah panjang di Ulu Kenyana telah menemui ketua PKR Baru Bian untuk mewakili kes mereka.

Linggam anak Ngabok dari komuniti Iban Rumah Randi di Kenyana, menceritakan kepada kami bahawa masalah-masalahnya bermula dua tahun lalu apabila Empire Plantations telah mencerobohi tanah-tanah adatnya dan memusnahkan lanskap, termasuk pokok-pokok buah.

Namun pemilik ladang enggan mengikhtiraf hak-hak orang-orang kampung di situ.

“Apabila mereka mengadakan mesyuarat dengan Pegawai Daerah (DO) untuk membincangkan beberapa perkara, mereka tidak membenarkan kami masuk. Mereka hanya menuntut untuk bercakap dengan Penghulu dan Tuai Rumah” kata Limnggam.

Mesej yang dibawa balik oleh Penghulu untuk anak-anak buahnya adalah “Tanah itu adalah Tanah Negeri (State Land), jadi kamu tak boleh buat apa-apa” kata orang-orang kampung itu.

Tetapi mereka tahu bahawa tanah-tanah itu adalah milik mereka sejak berkurun lamanya.

Mereka juga sedar bahawa ketua-ketua mereka yang dilantik oleh Barisan Nasional, yang mewakili mereka, telah dipaksa untuk bersetuju dan diberi RM250 untuk setiap hektar dan bukan untuk anak-anak buah mereka.

Orang-orang kampung mengatakan bahawa ketua-ketua mereka juga bertindak sebagai pemegang saham-saham dalam ladang-ladang tersebut, yang memberikan mereka lebih banyak insentif untuk bertindak menentang kepentingan orang-orang yang mereka wakili.

Telampau banyak kata-kata Taib mengenai ‘modenisasi’ yang boleh membawa kebaikan untuk orang-orang kampung. Mereka telah dipinggirkan dan tidak menerima apa-apa, walaupun mereka berada dalam kawasan pilihanraya Taib.

Kini mereka semakin sedar.

“Kali ini kami tidak akan mengundi BN lagi. Tidak sama sekali”.

Pilihan Raya Sarawak: KEADILAN sudah lama bersedia

KUCHING:  KEADILAN sudah lama bersedia dan sentiasa bersedia untuk berdepan Pilihan Raya Negeri Sarawak pada bila-bila masa, kata Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian.
Baru mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.
Bercakap kepada Suara Keadilan, Baru menjelaskan, tahap kesiap siagaan parti itu kali ini lebih baik berbanding pilihan raya negeri 2006.
“Kita baru sahaja selesai mengadakan Konvensyen KEADILAN dan gerak kerja aktif dalam kalangan parti diteruskan. Mudah-mudahan kita mampu melakukan kejutan kali ini,” katanya kepada Suara Keadilan.
Menyentuh mengenai agihan kerusi sesama komponen Pakatan Rakyat, Baru berkata, gabungan parti itu bersama PAS, DAP dan SNAP menjadikan meja rundingan sebagai penyelesaian secara kekeluargaan.
Menurut Baru yang juga Biro Politik KEADILAN Pusat, tindakan media pro BN mempropagandakan isu itu sekadar usikan nakal untuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat.
“Hakikatnya, hanya wakil komponen Pakatan Rakyat yang berunding. Laporan media BN hanya berprasangka jahat dan saya yakin persepsi yang ingin mereka cipta akan memakan diri,” katanya.
Tambah beliau,  krisis yang melanda sekutu BN di Sarawak, semakin parah dan sukar diselesaikan sehingga kini meskipun dengan campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sekalipun.
“DUN Pelagus misalnya, Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Taib Mahmud mahukan kaum Cina, Larry Sng Wei Shen sebagai calon. Manakala Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), James Jemut Masing mahukan calon Dayak.
“Berpuluh tahun mentadbir, satu kerusi yang diwakili menteri (Larry) pun terlalu sukar  diselesaikan?” soal Baru.
Menurut rekod, DUN Pelagus merupakan kuota untuk PRS namun sehingga kini, Taib tetap mahu Larry bertanding di kawasan itu.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Sarawak mengundi setiap calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kali ini sekaligus memberikan peluang untuk perubahan dasar secara menyeluruh dilaksana negeri itu melalui agenda Buku Jingga Pakatan rakyat.
“Esok, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali akan ke Sarawak untuk memuktamadkan senarai calon akhir parti itu untuk bertanding pada pilihan raya negeri  kali ini sebelum membawanya ke mesyuarat Biro Politik di Kuala Lumpur pada Rabu depan,” kata Baru.

Menteri Umno Perlu Kursus Perakaunan



SHAH ALAM 19 MAC : Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyarankan kerajaan pusat supaya menghantar barisan menterinya, termasuk  Datuk Seri Noh Omar menjalani kursus perakaunan agar lebih memahami selok belok urus tadbir kewangan.
Faekah berkata demikian berikutan kegagalan barisan kepimpinan Umno dalam memanfaatkan laporan audit Yayasan Selangor yang dibentangkan kerajaan negeri baru-baru ini.
 “Rata-rata nampaknya pemimpin UMNO walaupun telah menjadi Menteri tidak mempunyai pengetahuan dalam perakaunan. Justeru mereka gagal memanfaatkan laporan audit yang kita bentang. Mereka gagal memahami apa yang dikatakan belanjawan, keuntungan dan kerugian serta aliran tunai dalam satu-satu akaun.
“Kita suka mencadangkan agar kerajaan pusat menghantar mereka menjalani kursus perakaunan agar lebih memahami akan selok belok akaun dan tadbir urus kewangan,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Faekah berkata demikian bagi mengulas reaksi beberapa pemimpin Umno, termasuk Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Selangor yang mendakwa kos majlis makan malam yang ditanggung Yayasan Selangor, berjumlah RM800,000 pada sambutan ke 40 tahun yayasan itu 15 November lalu.
Menurut Faekah, kos sebenar majlis makan malam berkenaan hanyalah RM300, 000 dan kos yang disebut Noh Omar adalah jumlah kos keseluruhan program sambutan 40 tahun yayasan itu.
Katanya lagi, defisit yang berlaku dalam kewangan YS bukan berlaku dalam tempoh setahun atau sekelip mata sebaliknya akibat pengurusan dan pemantauan buruk  ketika pentadbiran kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional.
“Pakatan Rakyat berdepan tugas berat dalam memperbaiki kesilapan yang terkumpul sejak 52 tahun lalu untuk memastikan semua syarikat kerajaan termasuk Yayasan Selangor diurus dengan baik,” katanya lagi.
Tambah beliau,  pimpinan Umno Selangor seharusnya kagum dengan kejayaan kerajaan negeri yang berani mendedahkan laporan kewangan Yayasan Selangor yang tidak diaudit selama lima tahun di bawah Umno-BN.
“Kita cabar Kerajaan Pusat agar memulakan tindakan tersebut kerana bukan sahaja gagal membentangkan belanjawan yang seimbang sejak 12 tahun yang lalu malah terdapat terlalu banyak kepincangan yang disumbat di bawah kapet.
“Mendesak Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim, mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan, mereka berkata seolah-olah  mereka tidak mempunyai cermin,” sinis beliau.

Kencing Lagi : Malaysia Adalah Negara Maju, Muhyiddin Beritahu Pengundi Iban


SHAH ALAM 19 MAC : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin mengisytiharkan Malaysia sebagai negara maju, malah antara yang terbaik di seluruh dunia.
“Perisytiharaan” penting itu dibuat kepada sekumpulan pengundi Iban di sebuah rumah panjang berhampiran Sri Aman Sarawak, menjelang pilihanraya negeri Sarawak.  
Semua agensi-agensi antarabangsa masih menyenaraikan Malaysia sebagai sebuah ekonomi membangun, malah kerajaan Umno-BN sendiri mensasarkan 2020 untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, jika ekonomi berkembang purata lapan peratus setahun.
Namun lain pula maklumat yang diberikan oleh Muhyiddin kepada pengundi Iban dalam usaha menyakinkan mereka untuk menyokong Barisan Nasional.
“Kita kini berada dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia,” Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata.
“Kestabilan politik inilah yang kita perlukan untuk negeri ini, malah di seluruh negara untuk terus maju dan berkembang, tambah Muhyiddin.   
Muhyiddin berkata demikian dalam majlis pemimpin bersama rakyat di rumah panjang Iban 29 pintu, Rh.Wilson Bada di kampung Gran B Stumbin, Lingga, kira-kira 20 kilometer dari Sri Aman.
Muhyiddin yang berasal dari Johor, turut menyifatkan Pakatan Rakyat sebagai ‘‘hantu dan jembalang’’ dari Semenanjung yang harus di tolak oleh pengundi Sarawak.
Muhyiddin berkata “hantu dan jembalang” itu akan berbuat apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang.
“Kami bimbang sekiranya rakyat membenarkan diri mereka diperdayakan, tahap pembangunan akan menjadi perlahan,” kata beliau.
Dalam ceramah itu, Muhyiddin tidak menjelaskan kenapa Sarawak masih antara negeri yang termiskin di Malaysia sungguhpun kaya dengan sumber asli termasuk minyak.
Beliau juga tidak menyentuh isu rampasan tanah adat penduduk asal atau dakwaan-dakwaan rasuah terhadal Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud dan kerabatnya.
 Beliau cuma mengulangi bahawa kerajaan persekutuan sedar bahawa Sarawak sebuah negeri yang sangat besar dan memerlukan lebih banyak peruntukan pembangunan.

Dakwa curi ‘hasil’ tanah orang asal: Umno penipu, celaka dan haram jadah

KUALA LANGAT: Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata tuduhan bahawa kerajaan Selangor ‘memunggah hasil’  tanah orang Asal di Kuala Langat sebagai satu pembohongan besar.
“Umno ini penipu, pembohong, pencacai, celaka haram jadah. Dia buat isu ini, dia patut tunjukkan bukti” tegas Abdullah Sani kepada Keadilan Daily.
Beliau mengulas dakwaan Umno Barisan Nasional (BN) melalui akhbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, mengambil hasil tanah orang Asal di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat.
Akhbar utama Umno BN itu memuatkan laporan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyerahkan Tanah Simpanan Sakai itu kepada ‘pihak ketiga’ tanpa pengetahuan 4,000 penduduk orang Asal berketurunan suku Temuan di situ.
Menyifatkan berita itu satu ‘penipuan bodoh’ dan berdasarkan ‘cakap-cakap orang’ tanpa menyelidiki kebenaran sebenar, kerajaan Selangor katanya tidak pernah mengambil tanah rakyat sesuka hati seperti dilaporkan akhbar Umno BN itu.
“Dia (Utusan) patut tunjuk bukti. Kita tak pernah ambil walau satu inci pun tanah rakyat, kita lagi bagi (tanah) ada lah. Kalau betul, dah tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis atau badan-badan tertentu dah datang ketuk pintu rumah kami (kerajaan Selangor),” tambahnya.
Jelasnya lagi, Umno BN harus berdepan dengan kerajaan Selangor sebagai ‘anak jantan’, bukan dengan melakukan propaganda jahat di media.
“Mereka ini (Umno BN) kalau tak menipu, mereka tak boleh hidup. Sila berdepan kami sebagai anak jantan, bukan dengan menipu di media perdana,” katanya.
Justeru, Abdullah Sani berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya Umno BN mengaitkan beliau dalam isu ini.
“Kalau dia sebut apa-apa berkaitan saya, saya tak akan teragak untuk saman mereka,” katanya.

Isu rampas tanah, ledakan tumbang BN Sarawak

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUCHING: Isu diskriminasi dan rampasan tanah membabitkan rakyat tempatan sarawak akan menjadi ledakan isu yang boleh menumbangkan pemerintahan BN di sini, kata Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Sarawak, Baru Bian.
Baru yang juga seorang peguam terkemuka berkata, isu hak ke atas tanah adat dan bumiputra ini dihadapi semua kalangan orang asal Sarawak dan ianya semakin meruncing. "Ianya menjadi isu hangat, dan saya percaya sejak kita bawa isu ini,  pemerintah BN sarawak ambil berat isu ini," katanya ketika ditemui semasa Majlis Himpunan Tanah Rakyat Sarawak dekat sini 13 Mac lalu.


Ianya berkaitan penafsiran dalam Kanun Tanah Sarawak 1958, kerana semua provosi atau ayat-ayat hak ini dicatat dalam akta tersebut, katanya.
Ujar Baru, seksyen 2 kanun ini menerangkan tanah hak asal itu wujudnya, samada ia individu atau kelompok yang telah duduk di Sarawak dan mengusahakan tanah tersebut sebelum 1 Januari 1958.
Ertinya, kata beliau, sekiranya orang asal Sarawak, hanya orang asal ikut Perlembagaan Persekutuan selain dari kaum Cina, India dan Euroasian, selebihnya di sarawak adalah orang asal.
Mereka terditri daripada suku Murut, Lumbawang dan banyak lagi bumiputera asal di negeri ini, kata Baru yang juga daripada suku Lunbawang.
 
Penduduk Sarawak ditindas apabila tanah-tanah mereka dirampas elit penguasa BN 
Menurut masyarakat di sini, tanah itu adalah  nyawa bagi mereka kerana kehidupan mereka sejak nenek moyang sangat berkait rapat dengan tanah adat mereka ini, katanya.
Beberapa kes yang dibawa ke mahkamah berkaitan tuntutan pemilikan tanah orang asal seperti kes di Batu Pagi dan Jalan Parang, tanah mereka ini dirampas, katanya.
Bagi masyarakat di sini, rampasan tanah seumpama merampas nyawa mereka,  namun kerajaan Taib Mahmud sejak dahulu merampas tanah-tanah mereka ini dengan kanun yang menjamin hak kerajaan, bukannya hak rakyat, katanya.
"Ramai yang tinggal di sini sejak 1.Januari 1958 iaitu sejak dari nenek moyang mereka, namun kita tidak  boleh mendapat (hak tanah) jika tanpa izin dari pemerintah," katanya.

Majlis ceramah Baru Bian diganggu pihak polis, yang diperalatkan BN Sarawak
Baru juga menerangkan beberapa seksyen dalam Kanun Tanah Sarawak yang dimanipulasi oleh pemetrintah untuk kepentingan mereka, namun mutakhir ini ramai pemilik tanah yang mula sedar dan menuntut hak mereka melalui proses undang-undang.
"Dua kes kita menang di Kuching, di kalangan tanah orang Melayu," katanya.
Ujar Baru, hak tanah boleh dilenyapkan mengikut selera kerajaan, tetapi rakyat yang sedar akan hak mereka boleh membawa kes kemahkamah untuk mendapat hak dengan berdasarkan bukti-bukti yang nyata.
Jika rakyat sedar akan kewujudan hak mereka menurut perlembagaan, tanah yang dirampas oleh kerajaan dan diberikan kepada kroni boleh dicabar dan pemilikan kroni dianggap sebagai tixak sah menurut Seksyen 15 kanun tersebut, katanya.
Beliau banyak mengendalikan kes-kes rampasan tanah termasuk yang diberikan kepada tauke-tauke balak kroni Taib Mahmud.
Beliau mendedahkan, banyak tanah orang asal diambil oleh kerajaan untuk diserahkan kepada kroni hanya kerana tanah-tanah rakyat itu tiada 'title' dan tidak didaftar ke pendaftar tanah.
"Kalau kita memerintah, kita nak ubah ini, kita akan siasat dan kaji NCR di sarawak ini kita akan ikut adat asal, Pesuruhjaya boleh berikan 'title' geran, kita buat dasar ini, sekarang ini di bawah kerajaan yang ada tak ada dasar," katanya lagi.
Beliau juga menyahut cabaran beberapa orang pemilik tanah daripada Miri yang dirampas tanahnya agar mengheret Taib Mahmud ke pengadilan dan dikenakan tindakan akibat rampasan tanah rakyat Sarawak.
"Jangan risau, jika kita memerintah kita akan heret beliau (Taib) dan suku sakatnya ke muka pengadilan, ini jaminan kita," ujarnya lagi.

Sekadar isu, belum cukup kuat untuk heret Taib Mahmud, BN Sarawak jatuh?

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Pada tanggapan umum, laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya mudah disekat oleh "simpanan tetap" BN di Sarawak. Dalam pilihan raya umum 2008, tsunami politik tidak berjaya melanda Laut China Selatan sehingga Sarawak (dan Sarawak) terselamat daripada badai yang mengejutkan itu. Kini, sebelum PRU13 menjelma, keutuhan BN akan diuji lebih awal dalam pilihan raya negeri ke-10, yang mesti diadakan sebelum 24 Julai depan.


Meskipun isu-isu politik di Sarawak semakin panas dan heboh diperkatakan bukan setakat di sekitar Kuching, malah sudah diangkat menjadi agenda nasional -- dan turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa -- namun di atas kertas seolah-olah kekuatan BN di bawah teraju Ketua Menteri, Taib Mahmud, yang genap memerintah 30 tahun, sukar digugat.
 
Taib bersama anggota keluarganya, termasuk Almarhumah isterinya. 
Sekali pandang, cabaran paling getir yang dialami Taib mungkin dalam pilihan raya negeri 1987 apabila Dun Sarawak terpaksa dibubarkan pada 13 Mac berikutan tuntutan 27 Adun (jumlah Adun ketika itu 48 orang) mendesak Taib meletakkan jawatan atau menghadapi undi tidak percaya. Bekas ketua menteri, Abdul Rahman Yaakub, yang juga bapa saudara Taib mengetuai Kumpulan Maju (terdiri dari Permas dan PBDS), yang popular dengan peristiwa Hotel Ming Court.
Kumpulan Maju berjaya merebut 20 kerusi, tetapi kebanyakannya (15 kerusi) di kawasan majoriti kaum Dayak. Rahman sendiri kalah. Belum pun berakhir tahun 1987, sembilan Adun Kumpulan Maju telah melompat parti, dan dengan itu saingan sengit buat Taib boleh dikira berakhir.
Selepas 25 tahun, Taib masih kekal berkuasa, tetapi dicemari dengan rekod buruk penyalahgunaan kuasa dan pengumpulan kekayaan yang dahsyat. Tempoh tiga dekad Taib berkuasa mengingatkan rakyat Malaysia tentang pemerintahan diktator Mesir, Hosni Mubarak, yang akhirnya berjaya ditumbangkan melalui revolusi rakyat.
Maka ramai mula membayangkan, jika Mubarak yang disokong hampir 100 peratus dalam setiap kali pilihan raya boleh diusir dengan begitu hina, apakah Taib yang nampak gagah langsung tidak terusik dalam siri pilihan raya negeri sebelum ini akan terus bertakhta, sambil menimbun kekayaan dan "merampas tanah" untuk diri, anak-anak, saudara-mara, suku-sakat dan kroninya?
Namun, timbul persoalan besar, apakah rakyat Sarawak, terutama yang tinggal di kawasan pedalaman, yang terhimpit dengan kemiskinan, kedaifan dan penindasan, mampu serta bersedia untuk berubah? Apakah mereka akses dengan maklumat dan pendedahan tentang penyelewengan Taib yang banyak disebarkan melalui media baru?
Apa lagi dalam politik Sarawak, khabarnya budaya samseng ugut-mengugut masih bermaharajela dan ini agak membimbangkan golongan prihatin yang mahu menyedarkan komuniti mereka terhadap kezaliman yang berlaku.
Perhimpunan politik terutama membabitkan penjelasan terhadap isu-isu rakyat bawahan selalu dihalang. Taib dikatakan memperalatkan pihak polis bagi kepentingan diri dan survival BN. Beberapa tokoh politik Semenanjung juga dihalang daripada memasuki negeri itu.
Sarawak menyaksikan jurang pendapatan dan kehidupan yang cukup ketara di antara golongan kaya dengan kelompok miskin. Ahli-ahli politik dan kroni Taib mengumpulkemewahan yang melampau-lampau. Negeri makmur terutama dengan hasil mahsul buminya tetapi majoriti rakyat papa kedana. Apa pun, rakyat yang dikepung kemelaratan dan sentiasa terikat dengan bantuan kerajaan, seringkali sukar melakukan reformasi.
Dun Sarawak menawarkan 71 kerusi, BN menawan 63; pesaing terdekat adalah DAP yang menguasai 6 kerusi, manakala KeADILan dan Parti Cinta Malaysia, masing-masing satu. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dikemudi Taib menang semua 35 kerusi yang ditandinginya. Hanya SUPP (Sarawak United Peoples' Party) -- parti pertama ditubuhkan di Sarawak -- yang bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina menerima tamparan hebat daripada DAP apabila ramai calon-calonnya kalah pada 2006, dan yang terakhir calonnya juga tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.
Gelombang peralihan undi masyarakat Tionghoa  yang melanda Semenanjung pada 2008 -- dan momentumnya berkekalan di Sibu pada Mei 2010 -- dijangka banyak memberi kelebihan kepada DAP dalam pilihan raya umum negeri tidak lama lagi. Ramai pemerhati politik meramalkan DAP boleh menambah jumlah Adunnya menjadi 12. Sarawak mempunyai 15 kerusi yang majoritinya pengundinya Cina.
Justeru, Taib dilihat cuba memberi lebih tumpuan untuk menarik hati pengundi Cina dan memperkukuhkan kekuatan SUPP. Bagaimanapun, trend pengundian masyarakat Cina dijangka tidak berubah bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga di Semenanjung. Beberapa "pembaharuan" yang cuba diperkenal Perdana Menteri, Najib Razak seperti slogan 1Malaysia seperti tidak berbekas di kalangan orang Cina. Namun, sekiranya SUPP tewas semua kerusi pun, majoriti dua pertiga BN masih gagal dinafikan.
Difahamkan, pengundi Melayu-Melanau agak payah untuk menolak BN. Kesedaran untuk berubah dirasakan lebih mudah di kalangan pengundi Iban. Kebetulan isu diskriminasi dan rampasan tanah adat NCR banyak membabitkan mereka (tetapi juga tidak terkecuali masyarakat Melanau, asal-usul Taib sendiri). Seperti kata Pengerusi KeADILan negeri, Baru Bian, tanah bagi majoriti penduduk Sarawak ibarat nyawa kerana kerana kehidupan mereka sejak nenek moyang sangat berkait rapat dengan tanah adat itu. Isu rampasan tanah dijangka menjadi polemik besar dalam kempen pilihan raya nanti.

Adun Padungan, Dominique Ng semasa mengulas isu rampasan tanah penempatan kaum Iban, menegaskan: "Ketamakan keluarga Taib tiada hadnya, dan telah melampaui batasan rasa malu. Mereka tetap akan mencuri, dan mencuri lagi, sepanjang masa mereka dapat lakukannya, sehinggalah mereka dilucutkan dari kekuasaan atau mati."
 
Taib dan anak lelakinya, Mahmud Abu Bekir yang dikatakan memiliki aset lebih RM1 bilion 
Terbaru, kes tuntutan harta sepencarian sebanyak RM400 juta isteri anak Taib, Shahnaz Majid terhadap suaminya, Mahmud Abu Bekir Taib cukup mengejutkan. Kekayaan Abu Bekir dijangka melebihi RM1.3 bilion. "Itu baru seorang anak, bagaimana dengan tiga lagi anaknya yang lain? Bagaimana dengan adik beradiknya pula, lelaki dan wanita, juga tidak terkecuali  dengan aset ipar-duainya. Hampir semua suku-sakatnya terbabit dengan kontrak kerajaan negeri tanpa melalui tender terbuka," kata seorang penganalisis politik yang tidak mahu dikenali.
"Harta mereka banyak tersimpan di luar negara, tetapi Taib dan suku-sakatnya tidak segan silu memperagakan kemewahan yang diperolehi daripada khazanah negeri. Cuba anda rujuk laman web sarawakreport.org, banyak aksi-aksi menjengkelkan dirakam. Tuduhan keluarga Taib memonopoli projek kerajaan negeri, tanah dan balak disertakan dengan dokumen sahih," ujarnya.

Santa Jib : Peruntukan RM250j untuk Projek Rakyat di Serian dan Tebedu

SERIAN 19 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM252.85 juta untuk pelbagai projek rakyat di kawasan Serian dan Tebedu.
Beliau berkata, peruntukan itu bagi bekalan air bersih luar bandar untuk 2,910 rumah di Tebedu membabitkan peruntukan sebanyak RM105 juta dan untuk 4,409 buah rumah di Serian sebanyak RM116.5 juta.
Sementara RM13.39 juta untuk projek bekalan elektrik di Serian yang melibatkan 408 buah rumah, selain peruntukan RM12.5 juta untuk projek klinik kesihatan di Pedawan dan RM120,000 untuk pembelian pendingin hawa untuk Dewan Masyarakat Serian, katanya ketika melancarkan program “Sejiwa Senada” untuk bahagian Kota Samarahan, di sini.
Program itu merupakan program peringkat negeri yang diadakan sejak tahun lepas dan telah menjelajah ke sembilan bahagian di Sarawak bagi tujuan merapatkan hubungan antara rakyat dan penjawat awam melalui promosi perkhidmatan yang dapat membantu rakyat mempercepatkan proses urusan rasmi.
Lawatan Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama beberapa menteri Kabinet persekutuan ke Serian merupakan permulaan program turun padang oleh pemimpin negara ke semua negeri bagi mendekati rakyat, dan ia dijangka berakhir September ini. — Bernama

Pilihan raya Sarawak 16 April; Bidayuh akan protes BN?

Oleh DR JENERI AMIR 
Pada hujung minggu lepas saya telah balik ke tempat asal saya, Mukah. Saya sempat singgah di beberapa bandar dan pekan Sarawak iaitu Serian, Sri Aman dan Sibu. Serian, sekitar sejam perjalanan dari Sibu merupakan kawasan Bidayuh, Sri Aman didominasi kaum Iban, bandar Sibu kaum Cina, manakala Mukah kebanyakannya didiami etnik Melanau.


Dalam persinggahan di pekan berkenaan, menjadi kebiasaan saya untuk singgah di kedai kopi tempat tumpuan orang ramai. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 28 kerusi mempunyai majoriti Melayu/Melanau, Iban 19 kerusi, Cina 15 kerusi, Orang Ulu tiga kerusi, dan Bidayuh enam kerusi.
Keunikan Sarawak terletak kepada kewujudan masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan agama dan budaya yang berlainan. Meskipun berbeza dari segi kepercayaan, sikap tolak ansur dan saling menghormati menyebabkan mereka dapat hidup dalam keadaan harmoni. Tidak pernah berlaku konflik atau ketegangan hubungan kaum di negeri ini.
Pemimpin dan ahli politik bagai faham akan hakikat bahawa mereka perlu sentiasa menjaga sensitiviti dan perasaan kaum lain. Sikap sedemikianlah yang menjadi rahsia dan resipi kestabilan sosial dan keharmonian hubungan kaum di Sarawak.
Mereka tidak terpengaruh oleh sesetengah ahli politik yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik. Mereka sedar, keadaan sekarang perlu dipelihara.
Masyarakat Sarawak hidup harmoni
Di kedai kopi milik orang Cina di bandar berkenaan saya dapati masyarakat pelbagai kaum duduk semeja memperkatakan pelbagai isu. Sudah pasti isu paling hangat dan banyak diperkatakan adalah tentang politik dan tarikh pilihan raya.
Ramai yang tiba-tiba menjadi nujum pak belalang atau tukang ramal. Penduduk luar bandar sentiasa menunggu pilihan raya yang datang setiap dua tahun sekali di negeri ini, iaitu pilihan raya parlimen dan negeri.
Mereka menganggapnya seolah-olah seperti pesta. Pada waktu menjelang pilihan raya mereka berpeluang melihat pelbagai wajah pemimpin yang hanya dapat disaksikan melalui kaca televisyen.
Sesungguhnya, pilihan raya negeri Sarawak kesepuluh semakin dekat. Bahang pilihan raya semakin terasa di mana-mana, tidak kira di bandar atau di rumah panjang dan kampung di pedalaman.
Berdasarkan perkembangan terkini, besar kemungkinan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Serian bagi menghadiri program Sejiwa Senada ialah petanda ada sesuatu yang penting akan berlaku sesudah peristiwa itu. Kunjungan Ketua Menteri ke Astana Negeri Khamis, 17 April dikatakan satu lagi petanda.
Pilihan raya 16 April
Saya menjangkakan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan 21 Mac ini manakala hari penamaan calon 9 April dan pilihan raya besar kemungkinan seminggu kemudian, iaitu 16 April.
Sejiwa Senada merupakan program penting bagi mendekatkan kerajaan dengan rakyat. Program ini dilancarkan tahun lalu, dan boleh disifatkan memberi petunjuk penting bila pilihan raya diadakan. Program itu hampir mencapai puncaknya dengan yang terakhir dijangka diadakan di Kuching menjelang akhir bulan ini.
Apakah tujuan Perdana Menteri ke Serian?
Yang jelas, beliau ingin menyelami secara dekat aspirasi masyarakat tempatan sesuai dengan gagasan 1Malaysia. Kawasan kediaman masyarakat Bidayuh itu merupakan penyokong kuat Barisan Nasional, tetapi enam kerusi DUN Bidayuh bukanlah boleh dikatakan dapat dimenangi dengan mudah jika diambil kira pelbagai isu yang membelenggu masyarakat itu.
Keunikan masyarakat Bidayuh
Masyarakat Bidayuh dengan penduduk 200,000 jiwa merupakan 6 peratus daripada 2.5 juta penduduk Sarawak. Kebanyakan mereka tinggal di Bau, Lundu, Siburan, Penrissen, Padawan dan Serian.
Masyarakat Bidayuh terdiri daripada Bukar-Sadong yang tinggal di Serian, Biatah di Kuching, Bau-Jagoi di Bau, dan Selako-Lara di Lundu.
Masyarakat Bidayuh mempunyai sembilan kerusi, tiga kerusi Parlimen, iaitu Mas Gading, Serian, dan Mambong, dan enam kerusi DUN. Kerusi DUN berkenaan diwakili Ranum ak Mina (N1 Opar), Datuk Peter Nansien Ngusie (N2 Tasik Biru), Dr Jerip ak Susil (N16 Bengoh), Roland Sagah (N17 Tarat), Datuk Sri Michael Manyin (N18 Tebedu), dan Federick Bayoi Manggie (N19 Kedup).
Masyarakat Bidayuh menganggotai pelbagai parti – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengakibatkan suara mereka berpecah meskipun mereka semua bernaung di bawah PBB. Seorang daripada wakil rakyat Bidayuh dijangka digugurkan dalam pilihan raya nanti.
Sejauh manakah enam kerusi Bidayuh selamat dalam pilihan raya nanti? Meskipun peluang semua kerusi itu dimenangi BN cerah, tetapi pertarungan di dua kawasan, iaitu kedup dan Bengoh dijangka sengit.
PKR bakal mengemukakan calon daripada kalangan intelektual dan profesional Bidayuh. Pemimpin politik Bidayuh sedar akan hakikat bahawa kali ini mereka tidak lagi boleh mengambil mudah akan ancaman dan tentangan pihak pembangkang,
Secara khusus, antara isu yang dimanipulasikan parti pembangkang di kawasan Bidayuh ialah tanah hak adat bumiputera (NCR). Penduduk mendakwa bahawa tanah NCR yang diwarisi daripada nenek moyang mereka diambil tanpa pampasan munasabah oleh pihak kerajaan.
Satu daripada punca kekecewaan masyarakat Bidayuh ialah SUPP dikatakan tidak begitu mempedulikan masyarakat Bidayuh. Dikatakan sebahagian pengundi di kawasan terbabit akan memprotes dengan mengundi calon pembangkang dalam pilihan raya nanti.
Mungkinkah masyarakat Bidayuh rela mengorbankan kerusi sebagai manifestasi kekecewaan dan protes?
Perlukah mereka berbuat demikian?
Kehadiran Perdana Menteri sekali lagi ke pangkuan masyarakat Bidayuh membuktikan keinginan dan kesungguhan beliau untuk menangani isu dan masalah yang membelenggu masyarakat itu.
*Penulis ialah penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak

Undang-undang SPR

SAYA sebagai rakyat Malaysia yang cintakan sistem pemerintahan demokrasi terpanggil untuk mengajak para ahli dan pemikir politik serta pencinta keamanan berkaitan sistem dan amalan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negara ini.
Antara isu yang sering dibangkitkan pada setiap kali berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) ialah berkaitan dengan penglibatan parti-parti politik semasa kempen pilihan raya, di mana pihak SPR tidak membenarkan parti yang tidak bertanding menggunakan sebarang lambang atau bendera parti semasa membantu parti rakan berkempen.


Perkara tersebut sering berlaku ke atas parti Pakatan Rakyat (PR) kerana kerjasama antara komponen parti tersebut tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Perkara tersebut tidak menimbulkan masalah kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana walaupun parti komponen mana yang masuk bertanding, rakan komponen lain yang turun membantu hanya menggunakan lambang ‘Dacing ‘ atau BN sahaja.
Yang pelik dan menghairankan saya berkaitan peraturan dan undang-undang SPR tersebut ialah mengapa parti yang tidak bertanding pada PRK tidak dibenarkan menggunakan lambang atau logo parti masingmasing khususnya bendera parti yang dipasang di markas parti yang turun membantu kempen parti sahabat, tetapi mereka atau parti tersebut dibenarkan pula menubuhkan kerajaan pakatan selepas pilihan raya? Parti yang menang majoriti mengikut perlembagaan sememangnya dibenarkan untuk membentuk kerajaan.
Begitu juga dengan parti yang memperolehi kemenangan tipis pula dibenarkan bergabung dengan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan dengan hanya pengakuan lisan sahaja untuk mereka bekerjasama membentuk kerajaan, sedangkan mereka tidak pun mendaftar lebih awal dengan ROS sebagai parti ysng bergabung.
Begitu juga dengan calon bebas mereka boleh membuat keputusan sesuka hati mereka untuk memberi sokongan kepada parti yang mana agar parti berkenaan dapat membentu kerajaan. Keadaan tersebut telah menyebabkan berlakunya huru-hara dan tidak kestabilan politik berlaku di negara ini, sebagaimana yang berlaku di Perak. Begitu juga dengan isu lompat parti selepas menjadi wakil rakyat seberapa ketika.
Sepatutnya undang-undang berkaitan lompat parti juga dapat dirangka kerana semasa mereka bertanding dalam pilihan raya mereka menggunakan lambang parti tertentu sebagai simbol mereka yang bermaksud bahawa mereka mewakili parti ‘A’ atau ‘B’, tetapi selepas kemenangan diperolehi mereka dibenarkan pula melompat ke parti mana yang mereka suka.
Bukankah ianya sudah bermaksud bahawa calon tersebut telah menipu pengundi kerana kemungkinan undi yang diperolehi mereka adalah disebabkan pengundi memilih parti bukanya calon.
Saya menyarankan agar SPR atau Parlimen dapat mengubal undang-undang berkaitan lompat parti di mana setiap calon diberi pilihan sama ada memilih menggunakan lambang parti sekiranya calon tersebut sememangnya terbukti menjadi ahli yang sah kepada perti berkenaan. Manakala pilihan satu lagi ialah menggunakan gambar mereka sendiri yang mengambarkan bahawa calon tersebut bertanding mewakili diri sendiri dan bukannya mana-mana parti yang berdaftar.
Bagi calon yang memilih mewakili mana-mana parti politik untuk bertanding mereka tidak boleh melompat parti melainkan terpaksa mengosongkan kerusi tersebut terlebih dahulu atau perlucutan sebagai Adun atau Ahli Parlimen secara automatik dan terpulanglah parti berkenaan untuk menggantikan dengan calon yang lain untuk mewakili parti tersebut bagi mengisi kekosongan.
Dengan itu PRK yang membazirkan wang rakyat tidak perlu diadakan. Begitu juga jika kekosongan berlaku disebabkan kematian, parti yang menang tersebut perlu diberikan hak untuk melantik calon baru bagi mengisi kekosongan tanpa perlu mengadakan pilihan raya.
PENCINTA DEMOKRASI.
Terengganu

Kit Siang: P/Raya Sarawak Pelengkap Tsunami 2008



SHAH ALAM 19 MAC : Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk membebaskan Sarawak daripada belenggu pemerintahan rasuah dan penyelewengan kuasa Barisan Nasional, susulan pembubaran Dewan Undangan  Negeri Isnin ini, kata pemimpin-pemimpin gagasan pembangkang itu. 
DAP yang mempunyai enam kerusi DUN di Sarawak, berharap pilihanraya negeri yang bakal diadakan menjadi “kemuncak” yang melengkapkan tsunami politik PRU 12 tahun 2008 di Semenanjung, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang. 
Pihaknya telah membuat persiapan rapi bersama rakan komponen dalam Pakatan untuk menamatkan pemerintahan 30 tahun Abdul Taib Mahmud, tambah Kit Siang. 
"Saya tidak mahu meramal berapa kerusi kita boleh menang, Namun, pilihanraya Sarawak 2006 menandakan satu permulaan untuk perubahan yang diikuti oleh tsunami politik di Semenanjung pada tahun 2008. Kali ini kami berharap ia akan menjadi kemuncak tsunami politik untuk perubahan Malaysia khususnya di Sarawak," kata Kit Siang.  
PRU 12 menyaksikan Pakatan Rakyat menamatkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen dan menguasai Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah selain mengekalkan Kelantan. Bagaimanapun Perak kembali kepada BN selepas tiga ADUN Pakatan Rakyat lompat keluar gagasan itu.
Kit Siang berharap Suruhanjaya Pilihan Raya akan menetapkan tempoh berkempen yang “lebih daripada seminggu’ memandangkan saiz negeri terbesar di Malaysia itu dan masalah logistik untuk menyampaikan mesej di kawasan luar bandar.  
 "Kita harap tempoh yang cukup diberikan untuk berkempen, bukannya hanya satu minggu kerana ini  tidak munasabah dan tidak adil.
Namun ini yang kita khuathir kerana (kita tahu) SPR bukannya satu badan yang bebas seperti yang diperlukan "
Namun Kit Siang berharap SPR yang akan bermesyuarat minggu depan untuk menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi akan “mengambil pendekatan demokratik" dengan menetapkan tempoh berkempen yang realistik. 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga ahli Biro Politik PKR menyifatkan pilihanraya negeri Sarawak sebagai detik yang paling penting untuk masa depan anak negeri itu. 
 “Inilah masa untuk membuat perubahan.  Perubahan ini bukan untuk kami, tetapi untuk anda sekalian, “ kata Khalid Ibrahim kepada wakil-wakil penduduk Penan dari Baram Sarawak. 
ADUN Padungan Dominique Ng, satu-satunya wakil PKR dalam DUN Sarawak, yakin Pakatan Rakyat  mampu mengubah landskap politik Sarawak bersandarkan sentimen politik semasa di kalangan pengundi  negeri itu.
Beliau berkata Pakatan Rakyat tidak lagi menampilkan diri sebagai pembangkang semata-mata tetapi sebagai sebuah gagasan yang mampu mengubah nasib penduduk Sarawak, jika diberi mandat.    
“Kali ini agak berlainan kerana kita akan bertanding di semua 71 kerusi DUN Sarawak dan kita harap kali ini kita boleh bawa perubahan yang terbesar sekali  di Bumi Kenyalang iaitu untuk membebaskan Sarawak daripada  BN,” kata beliau. 
BN kini menguasai 63 kerusi di DUN Sarawak , dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pimpinan Taib menang 35 kerusi, Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) 12 kerusi.
Dua parti komponen lain dalam BN Sarawak, iaitu Parti Rakyat Sarawak dan Parti Progresif Demokratik (SPDP) masing-masing memegang lapan kerusi.
Pakatan Rakyat pula mempunyai tujuh kerusi, enam daripadanya dimiliki DAP enam dan satu lagi oleh  PKR. 
Parti Cinta Malaysia (PCM) memiliki satu kerusi.    

Dun Sarawak Bubar, Kubang Kerian Calon Mohamad Sabu

ADA dua berita yang mengejutkan saya hari ini. Satu berita dari Sarawak mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak, katanya akan dilakukan pada Isnin depan. Notis mengenai pembubaran itu telah pun dihantar kepada Yang Dipertuan Negeri Sarawak.

Berita ini sudah pun diduga oleh banyak pihak.

Tetapi satu lagi berita yang benar memeranjatkan saya ialah dari Kelantan. Pas kawasan Kubang Kerian yang mengadakan muktamar kawasan hari ini katanya telah mencalonkan Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden Pas yang akan direbut pada muktamar awal Jun nanti.

Apa yang memeranjatkan, Kubang Kerian merupakan kawasan yang diketuai oleh Husam Musa, calon timbalan presiden dua tahun lepas yang turut menjadi calon untuk merampas jawatan berkenaan dari Nasharudin Mat Isa bersama Mohamad Sabu.

Pencalonan Mohamad Sabu itu memberi signifiken dan akan ditafsirkan dengan berbagai-bagai pentafsiran. Apakah ia satu tektik yang diatur sedemikian rupa untuk dijadikan ikutan kawasan-kawasan lain? Logiknya kalau tidak ada mengadakan masakan Kubang Kerian bermurah hati untuk membuat muqadimah mencalonkan Mohamad Sabu.

Sebelum ini saya ada mendengar desas desus mengatakan Husam akan memberi laluan kepada Mohamad untuk merebut jawatan timbalan presiden satu lawan dengan penyandangnya Nasharudin. Tetapi berat untuk saya menerima strategi demikian.

Mulanya saya tidak percaya akan desas desus berkenaan. Ia dianggap sebagai satu prejudis atau berita angin saja. Tetapi apabila hari ini kawasan Kubang Kerian mencalonkan bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu, ia mengesahkan desas desus itu. Soalnya apakah politik Husam di sebalik pencalonan Mohamad itu?

Ataupun pencalonan itu adalah kehendak kawasan Kubang Kerian dan tidak merupakan endorsement Husam? Kalaulah ia tanpa campur tangan Husam apakah Husam begitu lemah di kawasannya sendiri? Mengejutkan juga, katanya Husam hanya dicalonkan untuk merebut jawatan kuasa sahaja? Tetapi tidak sesuatu yang menghairankan kalau Husam benar-benar bersikap demokratik di dalam hal ini.

Sementara itu Pas Kawasan Kubang Kerian tidak membuat pencalonan terbuka untuk jawatan Naib Presiden dan Presiden dan menyerahkan kepada Jawatankuasa untuk berbuat demikian. Adalah dipercayai Pas Kubang Kerian akan mengekalkan ahli Parlimennya, Sallahuddin Ayub untuk jawatan Naib Presiden.

InsyaAllah saya akan ulas dan memberi gambaran mengenai perkembangan ini beberapa hari nanti setelah melihat reaksi dari tindakan Pas Kubang Kerian itu. Kita sama-sama renung dan selidiki apakah muslihat di sebalik ini ataupun tindakan Pas Kubang Kerian itu seolah memberi umpan beracun yang akhirnya termakan oleh Yang Dipertuanya sendiri?
MSO.

'Sakit hati' boleh lapor pada SKMM..ha..ha..Ramai yang sakit hati dengan Bik dan Santa Jib...boleh lapor tak..!!!

Penulis blog Mohd Nur Hanief Abdul Jalil mendakwa beliau disiasat tiga jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ada yang "sakit hati" tentang kandungan blognya.

"Mereka (SKMM) kata ada orang yang laporkan saya sebab 'sakit hati'.

"Kalau orang ada sakit hati tentang gambar atau kandungan blog mereka kata boleh laporkan pada SKMM untuk disiasat," kata Hanief.

Dalam soal-siasat pagi jam 10 pagi tadi di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, Hanief hadir berseorangan kerana peguamnya N Surendran tidak dapat hadir.

Katanya, walaupun bapanya dibenarkan hadir sama tetapi beliau memilih menjalani sesi itu berseorangan.

SKMM meolak permohonan Surendran supaya siasatan itu ditunda ke masa lain supaya beliau dapat turut serta.

Hanief, 27, bagaimanapun berpendapat cara SKMM menangani kes itu seperti mahu menakut-nakutkan penulis blog.

Revolusi Rakyat : Bandar Benghazi Dibom.. Jet Pengebom Gaddafi Ditembak Jatuh

A Libyan jet bomber crashes after being shot down in Benghazi on March 19, 2011 as Libya's rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city's south sending thick smoke into the sky.
A Libyan jet bomber crashes after being shot down in Benghazi on March 19, 2011 as Libya’s rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city’s south sending thick smoke into the sky.
A Libyan jet bomber crashes after being shot down in Benghazi on March 19, 2011 as Libya's rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city's south sending thick smoke into the sky.
A parachute (L) is ejected from a Libyan jet bomber as it crashes after being hit over Benghazi on March 19, 2011 as Libya's rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city's south sending thick smoke into the sky.
A parachute (L) is ejected from a Libyan jet bomber as it crashes after being hit over Benghazi on March 19, 2011 as Libya’s rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city’s south sending thick smoke into the sky.
A parachute (L) is ejected from a Libyan jet bomber as it crashes after being hit over Benghazi on March 19, 2011 as Libya's rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city's south sending thick smoke into the sky.
A parachute (L) is ejected from a Libyan jet bomber as it crashes after being hit over Benghazi on March 19, 2011 as Libya’s rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city’s south sending thick smoke into the sky.
A Libyan jet bomber crashes after being shot down in Benghazi on March 19, 2011 as Libya's rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city's south sending thick smoke into the sky.
A Libyan jet bomber crashes after being shot down in Benghazi on March 19, 2011 as Libya's rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city's south sending thick smoke into the sky.
A huge explosions is seen over the outskirts of Benghazi after a plane of Gadhafi's forces was shot down over eastern Libya, Saturday, March 19, 2011. Explosions shook the Libyan city of Benghazi early on Saturday while a fighter jet was heard flying overhead, and residents said the eastern rebel stronghold was under attack from Muammar Gaddafi's forces.
A huge explosions is seen over the outskirts of Benghazi after a plane of Gadhafi’s forces was shot down over eastern Libya, Saturday, March 19, 2011. Explosions shook the Libyan city of Benghazi early on Saturday while a fighter jet was heard flying overhead, and residents said the eastern rebel stronghold was under attack from Muammar Gaddafi’s forces.
Smoke billows after a Libyan jet bomber crashed after being shot down in Benghazi on March 19, 2011 as Libya's rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city's south sending thick smoke into the sky.
Smoke billows after a Libyan jet bomber crashed after being shot down in Benghazi on March 19, 2011 as Libya’s rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city’s south sending thick smoke into the sky.
Smoke billows from a Benghazi neighbourhood on March 19, 2011 as Libya's rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city's south sending thick smoke into the sky.
Smoke billows from a Benghazi neighbourhood on March 19, 2011 as Libya’s rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city’s south sending thick smoke into the sky.
Smoke billows from a Benghazi neighbourhood on March 19, 2011 as Libya's rebel stronghold came under attack, with at least two air strikes and sustained shelling of the city's south sending thick smoke into the sky.

Tanpa memperdulikan kritikan Dunia,Bandar Benghazi Terus Dibom

‘Pro-Gaddafi forces enter Benghazi’

Forces loyal to Libyan ruler Muammar Gaddafi have entered the opposition-controlled city of Benghazi as fighter jets keep shelling the city’s south, reports say.
Planes carried out at least two air strikes in the eastern city and columns of black smoke were seen rising from the targeted areas as pro-Gaddafi forces advanced to western suburbs of Benghazi, AFP reported.
Meanwhile, reports said one warplane has been shot down over the city as anti-government forces returned fire. There are also reports of heavy artillery and gunfire in the turmoil-hit city.
The revolution that began on Feb. 15, in the eastern city of Benghazi and spread east to the capital Tripoli has been sliding toward a civil war that could be prolonged, with opposition forces backed by mutinous army units going on the offensive to try to put an end to Gaddafi’s 41-year-old despotic rule.
The attack comes despite the announcement by the Libyan regime that forces loyal to Gaddafi have halted all their military operations.
On Thursday night, the UN Security Council passed a resolution, co-sponsored by France, Britain, Lebanon and the United States, endorsing a no-fly zone over crisis-hit Libya and military strikes on pro-Gaddafi forces to guard civilians.
Hours after the vote, Libyan Foreign Minister Moussa Koussa stated that the regime has declared an immediate ceasefire and stoppage of all military operations.
Pro-Gaddafi troops, backed by heavier armor and a monopoly on air power as compared to poorly armored opposition forces, have reportedly wrest back control of Zawiya and Zuwara west of the capital, Tripoli, and have tightened their siege of Misrata over the past few days.
They have also pushed revolutionary forces out of oil port cities of Ras Lanuf and Brega, and captured a strategic road junction at Ajdabiya.
Gaddafi’s forces, however, have lost vast swathes of Cyrenaica, the country’s fertile eastern coastal region to anti-government forces, who are struggling to penetrate deep into the front line westward toward the capital Tripoli, Gaddafi’s main stronghold.PressTV
………………………………………………………………..

Serangan udara ke atas Benghazi walaupun sudah ada gencatan senjata

Airstrikes hit Benghazi despite ceasefire

A fighter jet has bombarded an area southwest of opposition-controlled city of Benghazi in breach of Libyan regime’s announcement of a ceasefire on Friday.
A fighter jet has pounded an area southwest of Libya’s opposition-controlled city of Benghazi as the battle between pro-Gaddafi troops and opposition forces rages on in the country.
Two columns of smoke were seen rising from the targeted zone in the southwestern part of the city after the attack, while anti-government forces in the city were returning fire, AFP reported.
Earlier reports said a string of loud explosions and airstrikes wrere heard in the eastern city of Benghazi.
According to some witness accounts, the explosions started about 2 a.m. local time and Gaddafi’s forces are advancing approximately 20 km (12 miles) from Benghazi.
The attack comes despite the announcement by the Libyan regime that forces loyal to Libyan ruler Muammar Gaddafi have halted all their military operations.PressTV
……………………………………………………………………………..
Semalam…
A Libyan rebel flashes the victory sign as he arrives with his weapon to the frontline near Sultan, south of Benghazi, Libya, Friday, March 18, 2011. The U.N. Security Council voted Thursday to impose a no-fly zone over Libya and authorize "all necessary measures" to protect civilians from attacks by Moammar Gadhafi's forces, hours after the Libyan leader vowed to crush the rebellion with a final assault on the opposition capital of Benghazi.
A Libyan rebel flashes the victory sign as he arrives with his weapon to the frontline near Sultan, south of Benghazi, Libya, Friday, March 18, 2011. The U.N. Security Council voted Thursday to impose a no-fly zone over Libya and authorize “all necessary measures” to protect civilians from attacks by Moammar Gadhafi’s forces, hours after the Libyan leader vowed to crush the rebellion with a final assault on the opposition capital of Benghazi.
A man holding a placard thanking France, looks at Libyan rebel fighters parade in the center of Benghazi with an injured member of Moamer Kadhafi's forces captured on the outskirts of the city on March 18, 2011 as thousands gathered in the rebel stronghold for prayers and celebrations after a UN vote approved a no-fly zone.
A man holding a placard thanking France, looks at Libyan rebel fighters parade in the center of Benghazi with an injured member of Moamer Kadhafi’s forces captured on the outskirts of the city on March 18, 2011 as thousands gathered in the rebel stronghold for prayers and celebrations after a UN vote approved a no-fly zone.
Protesters attend Friday prayer in Benghazi March 18, 2011. Al Jazeera television reported that pro-Gaddafi forces were advancing quickly towards the rebel stronghold of Benghazi on Friday evening, despite a ceasefire declared earlier in the day.
Protesters attend Friday prayer in Benghazi March 18, 2011. Al Jazeera television reported that pro-Gaddafi forces were advancing quickly towards the rebel stronghold of Benghazi on Friday evening, despite a ceasefire declared earlier in the day.
Protesters attend Friday prayer near a courthouse in Benghazi March 18, 2011. Al Jazeera television reported that pro-Gaddafi forces were advancing quickly towards the rebel stronghold of Benghazi on Friday evening, despite a ceasefire declared earlier in the day.
Protesters attend Friday prayer near a courthouse in Benghazi March 18, 2011. Al Jazeera television reported that pro-Gaddafi forces were advancing quickly towards the rebel stronghold of Benghazi on Friday evening, despite a ceasefire declared earlier in the day.