Khamis, 17 Mac 2011

Fitnah II: Gapet anjur demo sokong Anwar, lawan Gaps

KUALA LUMPUR: Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet) akan mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada Anwar dalam menghadapi kes Fitnah II.
Perhimpunan aman tersebut dijangka berlangsung di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada hari Isnin 21 Mac, 2011.
Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan menolak bukti yang diperoleh secara muslihat dan tipu helah dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri  Anwar Ibrahim sewaktu beliau ditahan secara tidak sah pada 16 Julai 2008.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa, sewaktu bercakap kepada KeadilanDaily.com berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai isyarat jelas dari rakyat bahawa Anwar mendapat sokongan padu segenap rakyat dalam menghadapi fitnah tersebut.
“Kita dengan tegas mahu mereka tahu bahawa Anwar bukan sahaja tidak perlu memberikan sampel DNA-nya kepada mahkamah tetapi kes itu juga perlu digugurkan dengan segera,” kata Fariz.
Menurutnya lagi, berdasarkan risikan yang diterima Gapet, NGO perkauman Melayu iaitu Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pekida dijangka turun berdemo untuk menimbulkan huru-hara pada masa dan tempat yang sama.
Oleh itu, Fariz berharap ahli KEADILAN dapat hadir seramai yang mungkin bagi menyatakan sokongan mereka kepada Anwar pada hari Isnin depan.

Hina rakyat Malaysia di luar negara, Nazri digesa minta maaf

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz digesa meminta maaf kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara kerana membuat kenyataan yang menyinggung perasaan mereka baru-baru ini.
Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok susulan kenyataan Nazri yang menyatakan rakyat Malaysia yang  berada di luar negara tidak layak mengundi secara pos kerana tidak sayangkan negara.
Menurut Teresa, kenyataan Nazri itu sangat tidak sensitif, tidak menghormati dan sangat melukakan hati dan sanubari rakyat Malaysia di luar negara.
“Kenyataan Nazri menonjolkan kebebalan beliau tentang sumbangan rakyat Malaysia melalui duit yang dihantar dari luar negeri,” kata Teresa mengulas kenyataan tersebut.
Nazri sebelum ini berkata rakyat Malaysia yang memilih untuk menetap di luar negara berbuat demikian kerana tidak sayangkan Malaysia dan kerana itu mereka tidak perlu diberikan hak mengundi secara pos.
Teresa seterusnya mahu Nazri menarik balik kenyataan beliau dan meminta maaf secara ikhlas terhadap kenyataannya itu yang disifatkan tidak menghargai sumbangan dan peranan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.
“Jika beliau gagal berbuat demikian, ia akan menjadi satu lagi sebab kukuh untuk rakyat Malaysia terus menetap dan bekerja di luar negeri dan menjauhkan diri daripada menteri seperti Nazri,” kata Teresa.

Orang Cina faham Kelantan haram premis judi ..yang tak faham UMNO dan MCA..!!!

M Faqih   
KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.
Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.
”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.
”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.
”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.
Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.
Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.
”Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.
“Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.
”Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini,” ujarnya.
Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama.
Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.
Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis.
Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.
“Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.
“Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA,” ujarnya.
Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan.
Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.
”Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.
”Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit,” tambahnya.
Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.
“Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada,” katanya.
Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari.

Zaman Bik : Rakan Baikku, Kekasih Isteriku


Alor Gajah - Seorang suami yang berpengaruh dan berjawatan tinggi di sebuah agensi kerajaan, dekat sini, kecewa selepas mendapat tahu isterinya menjalinkan hubungan intim dengan rakan baiknya sendiri.

Itulah pengakuan Abd Samad Mohd, 46, (bukan nama sebenar) yang pada mulanya hanya mendengar khabar angin daripada rakan sekerja, menyatakan isterinya itu menjalin hubungan intim dengan rakan sepejabatnya namun dinafikannya.

Menurutnya, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya berumur 33 tahun itu 17 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak perempuan, berumur antara 20 dan 12 tahun.

“Kami bekerja dalam agensi yang sama tetapi berlainan jabatan.

“Memang tidak terduga, isteri yang kerap menghadiri seminar dan rombongan keluar daerah, rupa-rupanya hanya helah untuknya memadu kasih bersama kekasih hati sebelum perlakuan sumbangnya terbongkar,” katanya.

Abu Bakar berkata, sepanjang hidup bersama, isterinya tidak pernah marah, lemah-lembut dan penyayang.

“Apabila rakan sampaikan berita ini, saya tak percaya sebab tiada bukti cuma saya syak berlaku sesuatu apabila sikap isteri mula berubah sejak kebelakangan ini tetapi saya biarkan syak wasangka ini berlalu begitu sahaja.

“Sepanjang perkahwinan, kami tak pernah berkelahi atau bertengkar. Jika adapun perselisihan faham, kami hanya tidak bertegur sapa untuk sementara sahaja dan selepas hilang perasaan marah, kami berbaik semula,” katanya.

Menurutnya, sehinggalah satu ketika, isterinya meminta izin mengikuti rombongan ke Langkawi bersama rakan sepejabat.

“Saya izinkan dia pergi dan menghantarnya ke tempat berkumpul.

“Biasanya, apabila kami berjauhan, dia akan hantar mesej bertanyakan pelbagai perkara tetapi kali ini dia tidak berbuat demikian, malah menyepikan diri sehingga membuatkan hati saya berdetik dan mula memikirkan sebaliknya,” katanya.

Abd Samad berkata, selang dua bulan kemudian, jabatan isterinya mengadakan hari keluarga di sebuah pulau di selatan tanah air.

“Saya cuba halang tetapi tak sampai hati. Selama dua hari satu malam di sana, satu mesej pun dia tak kirim kepada saya.

“Hati saya mula tak sedap. Tambahan pula, rakan sepejabat banyak membantu saya memantau dan menjejak di mana isteri serta teman lelakinya itu sehingga ke selatan tanah air,” katanya.

Menurutnya, selepas diyakinkan oleh rakannya, dia nekad menjejaki isterinya dan terkejut apabila mendapati hanya isteri dan teman lelakinya sahaja berada di sana.

“Luluh hati saya bila melihat isteri berpeluk mesra dengan lelaki yang saya kenali di satu kawasan pantai di pulau terbabit.

“Bagaimanapun, saya pasrah dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan nekad menceraikan dia di hadapan teman lelakinya,” katanya. -SH

Kalau Dah UMNO : Gua ingatkan Negro mana tadi..!!!! : Siri Fitnah Baeeekkkk Punyeaarrr....


Gua ingatkan Negro mana tadi.... wakawakawakaaaaaa...

Ketua umnoapco gombak rupanya.... perghhhh.... !!!! Cayalah.... umnoapco boleh... melayu oopppsss... gua tak tau bangsa apa nih...

Astagfirullahalazim... gua sedang buat fitnah ke ni..... nauzubillah....

Gambar ni kalau dapat kat papagomo and the gang... mesti jadi bahan beb.... lu orang tau papagomo selalu kata apa.... "Ingat umnoapco, Ingat Dangdut, Ingat Zina, Ingat Rasuah, Ingat Judi, Ingat Arak" wa cakap lu.... hahaha....

Sorry... beb... gua tak nak subahat dalam kerja fitnah2 nih... ini pun secara tak sengaja gua dah terbabas dah nih...., .... lu orang rayau kat sini jelah... betul atau tidak negro umnoapco gombak ke... atau negro umnoapco afrika... nih... hahahaha...

chow... chin... chow.... oooolaaaalaaaaa.... memang nak kena Rejam puak2 nih... 
 
ISA

Bagaimana kita menilai 'baik' seseorang??


Baca apa artis ini kata tentang suaminya, seorang bekas menteri dalam kabinet kerajaan Barisan Nasional.


Baguslah... sebagai seorang isteri, kata-kata baik mesti diucapkan terhadap suami bagi menjaga nama baik dan maruahnya. Kalau pun, ditakdirkan tidak lagi menjadi suami isteri.... tak baik kita mendedahkan keburukan orang. Diam jer udah. Setel masalah secara rasional dan baik.

Tapi... ada juga segelintir perempuan-perempuan di luar sana, yang berpegang pada pantun dua kerat ini.... especially yang jenis mata duitan dan materialistik.

Ada duit suami baik
Tarak duit suami taik

Ada duit... I love you!!
Tarak duit... Poodaahh you!!
Kadang-kadang 'buruk dan baik' ini very sabjektif. Terpulanglah bagaimana kita menilainya. Wallahua'lam...

What say you people??

Revolusi Rakyat : Gaddafi Bersiap Sedia Untuk Menyerang Benghazi

Libyan government soldiers test fire an armoured anti-aircraft gun at the west gate of town Ajdabiyah March 16, 2011. Picture taken March 16, 2011.
Libyan government soldiers test fire an armoured anti-aircraft gun at the west gate of town Ajdabiyah March 16, 2011. Picture taken March 16, 2011.
Libyan government soldiers pose at the west gate of Ajdabiyah town in this March 16, 2011 picture. Libya's army pounded an opposition-held city in the country's west and battled fighters trying to block its advance on a rebel bastion in the east on Wednesday amid flagging diplomatic efforts to end the bloodshed.
Libyan government soldiers pose at the west gate of Ajdabiyah town in this March 16, 2011 picture. Libya’s army pounded an opposition-held city in the country’s west and battled fighters trying to block its advance on a rebel bastion in the east on Wednesday amid flagging diplomatic efforts to end the bloodshed.
A Libyan government soldier holds a pistol at the west gate of town Ajdabiyah March 16, 2011. Picture taken March 16, 2011.
A Libyan government soldier holds a pistol at the west gate of town Ajdabiyah March 16, 2011. Picture taken March 16, 2011.
A Libyan government soldier poses for the camera at the west gate of Ajdabiyah town March 16, 2011. Libyan rebels have fought back against Muammar Gaddafi's troops around the eastern town of Ajdabiyah, hampering their push towards the insurgent capital Benghazi.
A Libyan government soldier poses for the camera at the west gate of Ajdabiyah town March 16, 2011. Libyan rebels have fought back against Muammar Gaddafi’s troops around the eastern town of Ajdabiyah, hampering their push towards the insurgent capital Benghazi.

Libyan army sets ultimatum to clear Benghazi

Tentera Gaddafi mengarahkan kepada orang awam supaya  meninggalkan lokasi yang dikuasai pejuang dan lokasi yang berdekatan dengan stor simpanan Senjata Pejuang..

LIBYA — The Libyan Army has told residents in the opposition stronghold of Benghazi to leave rebel-held positions and arms storage areas, RFE/RL reports.
A text on Al-Libya television said the army was coming “to cleanse your city from armed gangs.”
A midnight ultimate passed with no reports of fighting. Residents in Benghazi said the city remains quiet.
Libyan leader Muammar Qaddafi told Lebanese TV that he did not expect a battle in Benghazi.
Fearing violence, the International Committee of the Red Cross has withdrawn its aid workers from the town.
Some 150 kilometers south in Ajdabiyah, rebels say they have pushed back Qaddafi’s forces moving toward Benghazi.
At the UN, the Security Council could vote as soon as today on a resolution to impose a no-fly zone over Libya.
Council ambassadors met behind closed doors to debate the text for more than eight hours on March 16.
UN Secretary-General Ban Ki-moon has called for an immediate cease-fire by all parties.
………………………………………………………………………………………………..

Battle for Benghazi looms

Libyan government soldiers battled rebels on the road to the insurgent stronghold of Benghazi on Thursday as the United States raised the possibility of air strikes to stop Muammar Gaddafi’s forces.

The army told people to leave opposition-held locations and arms dumps. But its advance on Benghazi — and the prospect of a decisive battle in the insurrection — was hampered by clashes around Ajbadiyah, a strategic town on the coastal highway.
Slow-paced international efforts to halt the bloodshed moved up a gear when the United States, previously cool on the idea of a foreign military intervention, said the U.N. Security Council should consider actions beyond a no-fly zone over Libya.
“We are discussing very seriously and leading efforts in the Council around a range of actions that we believe could be effective in protecting civilians,” US Ambassador to the United Nations Susan Rice said in New York.
“The US view is that we need to be prepared to contemplate steps that include but perhaps go beyond a no-fly zone.”
Washington had initially reacted cautiously to Arab League and European calls for a no-fly zone over Libya, with some officials concerned it could be militarily ineffective or politically damaging.
Diplomats told Reuters that the United States, Britain and France now supported the idea of the council authorizing military action such as airstrikes to protect civilian areas.
Russia, however, and other council members are resisting the proposals.
The change appeared to driven by the increasing plight of the rebels, who are fighting to end 41 years of rule by Gaddafi.
Their ill-equipped forces have been driven back by troops backed by tanks, artillery and war planes from towns they had seized last month in the early days of the uprising.
A message on Al-Libya state television told people in Benghazi, seat of the insurgents’ provisional national council, that the army was coming “to support you and to cleanse your city from armed gangs”.
“It urges you to keep out by midnight of areas where the armed men and weapon storage areas are located,” it said.
Benghazi residents poured scorn on the army announcement and said the eastern city was quiet.
Jibril al-Huweidi, a doctor at al-Jalaa Hospital in Benghazi, said ambulances were shuttling between there and Ajdabiyah, 150 km (90 miles) to the south on the Gulf of Sirte.
“They could not have made it repeatedly back and forth tonight if the evil forces were closing in on Benghazi” he said.
Muammar Gaddafi said on Lebanon’s LBC TV he did not expect a battle in Benghazi because Libyan people have been helping get rid of “al Qaeda” elements there — repeating his contention that the rebels are linked to the Islamist militant organisation.
One of Gaddafi’s sons, Saif al-Islam, had told Euronews TV on Wednesday morning that Libya’s second largest city would fall whether or not the international community agreed to impose a no-fly zone. “Everything will be over in 48 hours,” he said.
SUPPLY LINES STRETCHED
Aid agencies the International Committee of the Red Cross (ICRC) and Medecins Sans Frontieres have withdrawn their workers from Benghazi due to safety concerns. [ID:nLDE72F2L4]
But Libyan rebels fought back against Gaddafi’s troops around Ajdabiyah, hampering their advance.
One rebel officer said on Wednesday morning the town had been lost and the fighters who remained had handed over their weapons. But on Wednesday evening, residents said the rebels held the centre of town while government forces were mostly on its eastern outskirts.
In New York, anti-Gaddafi Libyan diplomat, Ibrahim Dabbashi, told reporters that foreign powers had 10 hours to act against Gaddafi’s troops.
“We think that…in the coming hours, we will see a real genocide in Ajdabiyah if the international community does not move quickly and prevent him from attacking it with a large force,” he said.
A rebel spokesman in Benghazi, Mustafa Gheriani, told Reuters by telephone that they were holding Ajdabiyah.
“But the fighting is fierce. His supply lines are stretched so he can’t push on from Ajdabiyah. We’ve got some surprises in store. We’re going to fight on and we’re going to win.”Reuters

DAP, SAM gesa Putrajaya batal segera projek loji nuklear

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta kerajaan supaya menghentikan segera cadangan untuk membina loji nuklear dan empangan besar bagi menangani isu krisis tenaga kerana bimbang berlaku kebocoran reaktor seperti yang berlaku di Jepun baru-baru ini (gambar).
Presidennya S.M Mohamed Idris berkata trajedi yang berlaku di Jepun menunjukkan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidak mustahil Malaysia juga akan mengalami perkara yang sama.
“Kita perlu mengambil iktibar daripada pengalaman lepas yang telah menunjukkan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami akibat tenaga nuklear.
“Mana-mana negara termasuk Malaysia dengan aspirasi nuklear perlu pertimbangkan risiko bencana kemalangan sumbangan negatif utama teknologi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dipetik Bernama, beliau berkata pada masa ini, jumlah penggunaan elektrik negara dianggarkan hanya 14,000 megawatt (MW) sedangkan kapasiti bekalan yang ada pula sebanyak 23,000 MW yang memberikan negara margin yang amat selesa.
Mohamed Idris berkata dengan rangka kerja yang berkesan, sempurna serta fiskal yang betul untuk tenaga diperbaharui, ia mampu menyumbang secara berkesan kepada rizab tenaga negara.
Katanya masyarakat dunia juga telah menyedari bahawa terdapat sumber tenaga. altenatif yang lebih selamat, murah dan boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan angin.
“Satu lagi cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga ialah dengan memperbaiki kecekapan tenaga dalam semua sektor. Usaha ini perlu ditingkatkan kerana ia bergerak terlalu perlahan.
“Dengan menggabungkan langkah kecekapan tenaga dan tenaga diperbaharui, permintaan tenaga di negara ini akan berjaya dipenuhi. Kita tidak perlukan tenaga nuklear dan empangan  besar,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw juga menggesa kerajaan persekutuan mempertimbangkan semula cadangan membina loji tenaga nuklear ekoran krisis di Jepun.
Beliau berkata kerajaan persekutuan perlu menjadikan kejadian di Jepun sebagai pengajaran dan tidak cuba untuk mengulangi perkara sama di Malaysia.
Tambah Dr Tan, laporan lengkap mengenai perkara itu harus dibentangkan agar rakyat mendapat penjelasan.
“Laporan lengkap mengenai cadangan projek dua loji kuasa nuklear di Malaysia mestilah dibentangkan, agar orang awam dapat memahaminya kerana projek ini dikehendaki melalui penelitian yang rapi sebelum keputusan diambil ekoran malapetaka nuklear Jepun yang sangat membimbangkan.
“Laporan yang lengkap wajib diadakan mengenai projek ini termasuk implikasi ekoran bencana loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi.
“Kementerian Tenaga dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi Malaysia, ERMS, Lembaga Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia haruslah telus dan akauntabel mengenai data radiasi dan cadangan dua loji kuasa nuklear tersebut,” katanya.

Masing: Anda boleh bertaruh p'raya S'wak April

Jika tiada berlaku sesuatu di luar dugaan, maka pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 “hampir pasti” diadakan bulan depan, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

azlanPresiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk James Jemut Masing berkata, Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud telah memberi bayangan yang jelas mengenainya dalam mesyuarat kabinet negeri pagi ini, bahawa pilihan raya negeri akan diadakan pada bulan April.

“Beliau membayangkan demikian, meminta kita bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya,” kata Masing ketika dihubungi Malaysiakini.

“Jika anda mahu bertaruh, anda boleh bertaruh pilihan raya akan diadakan pada bulan April,” kata Masing, yang juga menteri pembangunan tanah Sarawak.

”Ada kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan hujung bulan ini untuk mengadakan pilihan raya bulan depan,” katanya.

“Saya yakin hanya ketua menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tahu tarikh pembubaran DUN, tetapi beliau (Taib) tidak memberitahu kami bila.

“Tetapi anda boleh mengagak bila ia akan diadakan. Ia umpama mengagak bila akan hujan dengan melihat pada awan hitam di langit,” tegasnya.

Sebaik sahaja DUN dibubarkan, kata Masing, maka terpulanglah kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian diadakan.

NONEPilihan raya negeri kesembilan diadakan pada 20 Mei 2006 dengan
hari penamaan calon pada 9 Mei, untuk memilih 71 wakil rakyat di negeri itu.

DUN dibubarkan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng (kiri) pada 24 April 2006 atas nasihat Taib.

Pada hari penamaan calon, BN menang dua kerusi tanpa bertanding. Bagaimanapun BN kalah sembilan kerusi lain kepada pembangkang pada hari pengundian.

BN kini mempunyai 63 ADUN, termasuk Johnical Rayong (Engkilili) yang melompat dari SNAP untuk menyertai SUPP awal tahun ini.

DAP pula mempunyai enam kerusi, manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi,

DAPSY Kumpul 100 Ribu Tanda Tangan Bantah Projek Nuklear


KUALA LUMPUR 17 MAC: Susulan keenganan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) memansuhkan cadangan pembinaan loji nuklear di Malaysia, Pemuda Sosialis DAP(DAPSY) akan mengumpul 100 ribu tandatangan rakyat seluruh negara bagi membantah pendirian kerajaan itu.

Tindakan ini bagi mengenakan tekanan kepada Perdana Menteri Najib Razak untuk membatalkan hasrat meneruskan agenda kepentingan korporat yang dikhuatiri mampu mendatangkan kesan buruk jangka panjang kepada negara.

"DAPSY akan melancarkan kempen mendapatkan tandatangan untuk membantah projek ini bermula Ahad akan datang. Ia akan bermula di Miri. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui cuba lari daripada menjawab mejawab soalan kami," ujar Ahli Parlimen Rasah yang juga Ketua DAPSY, Anthony Loke pada sidang media di parlimen.

Tambahnya, kesemua 100 ribu tandatangan tersebut akan dikumpul dalam masa sebulan untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri Malaysia.

Justeru katanya, kempen tersebut akan bermula di Miri pada Ahad ini berikutan potensi pembangunan loji nuklear berhampiran dengan sumber air.

Tambah beliau, rakyat yang menetap di persisiran pantai harus diberi pendedahan menyeluruh tentang bahaya loji nuklear sebelum kerajaan mengambil keputusan untuk meneruskan projek berkenaan.

Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merancang untuk meneruskan pembinaan dua loji nuklear meskipun mengetahui kesan negatif yang dialami oleh Jepun ekoran gempa bumi dan tsunami yang berlaku minggu lalu.

Susulan itu, loji-loji tenaga nuklear di timur laut Jepun itu dilaporkan berhadapan dengan masalah kegagalan reaktor berfungsi dan pembebasan gas radioaktif yang didakwa boleh memudaratkan masyarakat setempat.

Oleh yang demikian, Anthony berharap dengan usaha kempen anjuran pihak pembangkang itu akan membuka minda pemimpin-pemimpin kerajaan untuk mengambilkira pandangan masyarakat sebelum melaksanakan sebarang projek berisiko tinggi di negara ini.

"Kita harap kerajaan akan mempertimbangkan respon yang diberikan oleh rakyat tidak lama lagi," ujar beliau lagi.

Pemuda PAS: Bawa pulang segera rakyat Malaysia di Jepun

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Dewan Pemuda PAS pusat menggesa kerajaan persekutuan agar bertindak secara proaktif dengan membawa pulang rakyat Malaysia termasuk pelajar di Jepun yang didakwa kini berhadapan dengan kesan radiasi nuklear.
Menurut Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS pusat Raja Ahmad Al-Hiss, kerajaan perlu menyediakan tindakan sewajarnya yang proaktif terhadap kebajikan rakyat dan pelajar Malaysia di Jepun.
“Rakyat Malaysia yang telah ditempatkan di pusat pemindahan di Iwate dan Sendai umpamanya perlu difikirkan pelan tindakan bagi mereka kerana sememangnya kemusnahan yang dialami mereka tiada pembelaan sewajarnya daripada kerajaan Malaysia, tindakan beberapa universiti seperti Universiti Tohuku yang menyediakan penginapan alternatif kepada pelajar Malaysia adalah satu tindakan yang patut dipuji.
“Bagi pelajar Malaysia yang  terdedah secara tidak langsung seperti di Yamagata dan Ibaraki, pelan tindakan sewajarnya perlu diambil segera kerana suasana kelam-kabut di wilayah-wilayah berhampiran Fukushima memberikan kesan yang besar terutamanya kepada rakyat luar,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Raja Ahmad, ekoran penularan kesan radiasi nuklear di Jepun kerajaan perlu mengambil tindakan segera agar rakyat Malaysia di sana tidak berada dalam kerisauan.
“Di samping bencana tsunami yang melanda Fukushima yang memusnahkan demografi setempat serta harta benda, ancaman utama sekarang ialah kesan radiasi nuklear terutamanya kawasan Ibaraki dan Sendai yang mana ramai pelajar Malaysia bermastautin di sana dan kesannya sangat membimbangkan seluruh rakyat Jepun hari ini.
“Sekiranya penduduk di Tokyo sendiri sudah mula berpindah ke kawasan selatan buat sementara waktu, maka kerajaan Malaysia sewajarnya menyediakan alternatif yang lebih meyakinkan dan jangan membiarkan mereka dalam keadaan ketakutan dan kebingungan,” katanya.
Beliau berkata langkah terbaik adalah membawa pulang kesemua rakyat Malaysia di Jepun buat sementara waktu sehingga masalah yang berlaku di negara itu reda.
Dalam pada itu, kerajaan bersedia menampung kos bagi membawa balik 293 rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Mereka yang terlibat adalah penuntut dan rakyat Malaysia yang bekerja di empat kawasan iaitu Fukushima, Iwate, Miyagi dan Ibaraki, katanya.
Beliau berkata jumlah mereka yang terlibat mengikut kawasan ialah Fukushima seramai 39 orang, Iwate (29 orang), Miyagi (60 orang) dan Ibaraki (165 orang).
“Bagaimanapun bagi mereka yang tinggal di kawasan yang tidak terjejas, harus menanggung sendiri harga tiket jika ingin pulang ke Malaysia.
“Tetapi sekiranya keadaan meruncing dan memaksa kita untuk  membawa keluar semua rakyat kita di sana, kerajaan akan menimbang keperluan tersebut (menanggung tiket),” katanya dipetik Bernama.
Anifah berkata setakat ini 50 orang rakyat Malaysia dari kawasan yang terjejas teruk itu telah mengesahkan untuk pulang dan dijangka tiba di tanah air dalam masa dua hari.
Beliau turut mengulangi nasihatnya kepada mana-mana rakyat Malaysia yang ingin pulang agar memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di Tokyo sebelum berlepas pulang.
“Kita juga telah berunding dengan Malaysia Airline (MAS) agar memberi keutamaan 150 tempat duduk kepada rakyat Malaysia yang mahu pulang ke tanah air,” katanya.
Mengulas mengenai tahap radiasi di loji nuklear Fukushima, seperti yang dimaklumkan oleh pihak berkuasa Jepun, Anifah berkata ia masih terkawal dan tidak membahayakan penduduk di kawasan luar dari Fukushima.
“Kerajaan Jepun bagaimana pun telah mengarahkan penduduk di kawasan tersebut agar berpindah jauh dari 20 kilometer radius bagi mengelak risiko radiasi jika keadaan di loji tersebut tidak terkawal,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, tiada rakyat Malaysia yang dikesan tinggal dalam lingkungan 20 kilometer radius dari loji tenaga nuklear Fukushima.
Ditanya adakah kemungkinan operasi menyamai Ops Piramid akan dijalankan bagi membawa keluar rakyat Malaysia, beliau berkata ia tidak akan dilakukan sehingga kerajaan Jepun mengeluarkan amaran supaya membawa keluar semua rakyat Malaysia.
Terdahulu Anifah ketika menggulung perbahasan usul takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Jepun atas tragedi pada 11 Mac itu berkata, setakat pukul 9 pagi ini, Kedutaan Malaysia di Tokyo memaklumkan bahawa terdapat 1,690 rakyat Malaysia masih di Jepun dan disahkan selamat.
“Oleh itu jika ada teman Yang Berhomat yang menghubungi secara langsung, sila maklumkan dan saya akan maklumkan kepada kedutaan supaya mereka ini boleh dihubungi dan dibantu untuk dibawa balik ke negara ini,” katanya menjawab celahan Tian Chua (PKR-Batu).
Usul berkenaan dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi tadi dan dibahaskan oleh sembilan anggota Parlimen sebelum diluluskan sebulat suara petang ini.

Ibu Rayu Bawa Anak Pulang Dari Jepun



PUTRAJAYA 17 MAC : Hati ibu mana yang tidak gusar dan gelisah bila anak yang berada ribuan batu jauhnya memberitahu keadaan berbeza dari apa yang diberitahu di televisyen.

Shamsiah Bahrain hari ini muncul bersama Pemuda Pakatan Rakyat yang cuba menghantar memorandum menggesa rakyat Malaysia dibawa keluar dari negara Jepun berikutan situasi meruncing selepas kebakaran loji nuklear Fukushima Daiichi.

Menurut Shamsiah, beliau dikhabarkan oleh anaknya, walapun berada di Tokyo iaitu 250 kilometer dari Fukushima, keadaan bencana telah menimbulkan situasi umpama darurat.

"Mereka tak tahu nak pegi mana. Nak ke Selatan pun tak boleh sebab minyak dicatu. Tak ada panduan. Yang mustahaknya masalah makanan. Makanan yang terdedah seperti ikan, tak ada siapa berani nak makan," kata Shamsiah kepada wartawan di hadapan Wisma Putra hari ini.

Dipercayai terdapat hampir 5 ribu rakyat Malaysia yang berada di Jepun termasuk 2,100 pelajar berada di seluruh Jepun.
242 pelajar yang mendiami kawasan terjejas seperti di Iwata dan Miyagi telahpun dikenalpasti namun menurut Shamsiah Kerajaan Pusat turut disaran mengambil
tindakan terhadap pelajar di Wilayah lain khususnya Tokyo sebelum terlambat.

Jepun kini menghadapi krisis berikutan gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter 11 Mac lalu yang mengakibatkan tsunami setinggi 12 Meter di wilayah Miyagi
dan Iwata dan kebakaran 4 loji reaktor di Fukushima.

Sehingga kini angka rasmi kematian meningkat kepada 5,198 dengan hampir 9 ribu masih hilang dan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Menurut Shamsiah, pihak kedutaan tidak memeriksa keadaan pelajar di Tokyo yang turut terjejas dengan perkara ini kerana kekurangan makanan dan hanya
mengambil perhatian setelah pelajar sendiri menghubungi kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.

"(Pelajar) Tiada tempat untuk mengadu stok makanan kurang, tiada pengangkutan,. Bukan pelajar yang memanggil kedutaan tapi pihak kedutaan perlu ambil
perhatian terhadap para pelajar," tegas beliau.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Khairul Anuar Zainuddin yang berada di situ turut mahukan pelan evakuasi dibentang kepada rakyat Malaysia.

"Sekurang-kurangnya jelaskan 'exit plan', sekarang tahap radiasi di Jepun meningkat. Keluarga dan sanak saudara di Malaysia risau. Semua sedia maklum negara
besar seperti Amerika telah keluarkan arahan untuk rakyatnya keluar," katanya.

Milik siapa jawatan Timbalan KM Sabah?

Musa Aman mengumumkan pengguguran Peter Pang dari jawatan Timbalan Ketua Menteri berkuatkuasa serta merta.

KOTA KINABALU: Persoalan siapakah yang bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah baru bagi kuota kaum Cina kini menjadi tanda tanya setelah Datuk Peter Pang dilucutkan dari jawatan itu kelmarin.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan pengguguran Pang yang juga wakil rakyat bagi kawasan Karamunting dari jawatan Timbalan Ketua Menteri berkuatkuasa serta merta.
Musa yang mempunyai kuasa mutlak untuk melantik atau menggugurkan mana-mana ahli kabinet negeri mengambil keputusan tersebut sehari selepas Pang mengumumkan keputusannya untuk menyertai parti Gerakan di Sandakan yang disaksikan oleh Musa sendiri serta Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan pemimpin tertinggi parti itu dari Sabah.
Namun, Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah mengekalkan Pang sebagai Menteri Belia dan Sukan Negeri.
“Kita telah mengadakan mesyuarat kabinet pagi tadi dan mengalu-alukan kemasukan Pang ke Gerakan yang merupakan parti komponen Barisan Nasional.

Rombakan kecil

“Ada rombakan kecil dalam kabinet dimana Pang dikekalkan dalam jawatannya sebagai Menteri Belia dan Sukan namun bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri pula, akan diputuskan kemudian,” beliau memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di pejabatnya, Bangunan Innoprise.
Terdahulu, Pang mengumumkan beliau keluar dari Parti Liberal Demokratik (LDP) pada 1 September tahun lalu selepas Timbalan Presiden LDP, Chin Su Phin mengumumkan pucuk pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerja dengan Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.
Selepas beberapa bulan tidak menganggotai mana-mana parti, semalam, beliau bersama 118 penyokongnya menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Gerakan di Sandakan, Sabah pada hari Selasa.
Dalam pada itu Pang ketika ditemui berkata amat berterima kasih kepada semua yang menyokongnya ketika menggalas jawatan Timbalan Ketua Menteri sejak 13 Mei 2009.
“Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan penuh ketika menggalas jawatan tersebut dan amat bersyukur di beri kesempatan untuk terus berbakti kepada rakyat (melalui jawatannya sebagai menteri).
“Keputusan ini saya terima secara terbuka dan mengenai kouta pemilihan timbalan dari golongan masyarakat Cina nanti tertakluk kepada pucuk pimpinan kerajaan Sabah untuk memutuskannya,” katanya, enggan mengulas lanjut mengenai pengguguran tersebut.
Sabah mempunyai tiga Timbalan Ketua Menteri yang dibarisi oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Yahya Hussin sementara satu lagi kosong setelah Pang digugurkan daripada jawatan berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua Publisiti LDP, Albert Kok, mendakwa Pang tidak layak memegang jawatan dalam kabinet berikutan tindakan beliau menyertai parti Gerakan.
Katanya, Pang memenangi kerusi Karamunting semasa pilihan raya umum 2008 sebagai calon LDP dan jawatan dalam kabinet negeri tersebut adalah kuota bagi LDP berdasarkan kepada prinsip perkongsian kuasa dalam Barisan.
“Justeru itu, Pang tidak layak dan berhak untuk menjawat sebarang jawatan dalam kabinet yang agihkan kepada LDP mengikut kuota dan perkongsian kuasa dalam BN,” tegas Kok lagi.

PAS tanding 6 kerusi Dun di Sarawak

Mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan di Sarawak baru-baru ini bersetuju memberi enam kerusi Dun kepada PAS.

PETALING JAYA: PAS akan bertanding di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sarawak di mana majoriti pengundinya adalah orang Melayu beragama Islam pada pilihan raya negeri (PRN), di jangka April ini.
“Mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan di Sarawak baru-baru ini bersetuju memberi enam kerusi Dun kepada PAS,” kata Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan menamakan enam kerusi yang akan ditandingi oleh PAS itu.
Pada PRN 2006, PAS bertanding satu kerusi di Dun Beting Maro dalam Parlimen Batang Lupar. Calon PAS, Alem Din bagaimanapun kalah kepada calon Barisan Nasional (BN), Bolhasan Di.
Selepas PRN 2006, BN menguasai 63 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) (12), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), masing-masing lapan kerusi.
Kerusi Pembangkang pula dimenangi oleh DAP enam, manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi. Mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat Julai ini.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid sedia bertanding di Dun Sadong Jaya, sekiranya BN memilih anak kedua Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, sebagai calonnya.
“Saya sedia menentang siapa saja dan memang bagus sekiranya BN mahu meletakkan Mahmud (Abu Bekir) sebagai calonnya di Dun Sadong Jaya. Soal menang atau kalah itu adalah urusan Allah.
“Memang kami mengetahui BN akan meletakkan calon baru di Dun Sadong Jaya tetapi saya tidak menjangkakan Mahmud kerana beliau lebih terkenal sebagai ahli perniagaan,” katanya seperti dilaporkan blog Pemuda PAS Sarawak.

Ampu Bik : Henti menipu mengenai Rosmah kata Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz meminta ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya memperbetulkan fakta mereka dan berhenti menyebarkan fitnah ke atas isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pembangkang, kata Nazri bertindak nakal apabila menuduh Rosmah mempersalahkan kerajaan Jepun yang dikatakan cuai dan tidak mengamalkan pembangunan mesra alam sehingga menyebabkan gempa bumi dan tsunami, minggu lalu yang membunuh ribuan rakyatnya.

"Betulkan fakta dulu. Ini masalahnya dengan PAS, suka ambil sebaris dan tidak lihat kenyataan yang menyeluruh,” katanya ketika menjawap soalan tambahan daripada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) semasa sesi soal jawab di parlimen.

Awal minggu ini, ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) menuduh Rosmah membuat kenyataan seumpama itu, berdasarkan klip video TV Selangor yang dimuat-naik di laman sesawang CNN iReport.

Kriteria tertentu untuk jadi calon PKR

KUALA TERENGGANU – PKR Terengganu akan mengambil kira kriteria tertentu sebelum mencadangkan individu berpotensi sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Azan Ismail berkata, pihaknya mempunyai formula dan strategi tersendiri bagi memastikan PKR dan pakatan pembangkang terus kukuh di Terengganu dan Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya akan melihat dari segenap sudut termasuk kebarangkalian calon tersebut menjadi ‘katak’ atau sebaliknya, berikutan segelintir calon PKR yang menang dalam pilihan raya umum lalu melompat parti dan menjadi Bebas.

“Potensi calon memang kita ada tetapi antara formula yang mustahak ialah mengambil kira posibiliti bukan hanya kita tetapi juga faktor ‘katak’.

“Kriteria untuk menjadi calon mustahak kerana kita mengambil kriteria itu dan formula memang ada,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Berhubung pengagihan calon pembangkang di negeri ini, beliau tidak melihat sebarang kerumitan sebagaimana digembar-gemburkan pihak tertentu kerana pimpinan pembangkang pada peringkat Pusat akan menentukan calon untuk diletakkan di kerusi tertentu.

Beliau berkata, PKR akan berbincang dengan Pas dan DAP bagi mengatur strategi dalam memastikan PR bertambah kukuh di negeri ini.

“Buat masa ini, kita tidak nampak ada kerumitan perbincangan mengenai representasi ini dan saya nampak kepimpinan Pas peringkat negeri memang dalam keadaan yang sangat selesa untuk kita sama-sama berbincang berkenaan mengatur strategi.

“Soal pengagihan kerusi memang ada persetujuan bersama tetapi keputusan tertinggi akan dibuat pada peringkat Pusat. Kita lega dan selesa kerana pada peringkat ini, kita berbincang mengenai formula strategi, kita banyak masa dan ruang berbincang pasal ini,” katanya.

Mengulas lanjut, PKR tidak pernah berdepan dengan ketidakpuasan hati berhubung pengagihan kerusi calon pembangkang, sebaliknya dakwaan berhubung perkara itu dimainkan Barisan Nasional (BN) untuk melaga-lagakan PR.

Beliau berkata, taktik itu tidak lain hanya untuk meregangkan hubungan kerjasama antara Pas, PKR dan DAP.

“Taktik itu kalau untuk zaman 70-an boleh buat tetapi kalau guna strategi itu lagi memang tidak berkesan dan tidak munasabah. Kita tiada apa-apa masalah, kita ada formula dan boleh kita guna, Insya Allah,” katanya.

Pemikiran Cetek BN, Timbul Kekeliruan Dasar Baik Buku Jingga


KUALA LUMPUR 17 MAC: Pandangan yang diutarakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam sidang Dewan Rakyat semalam berhubung dasar penswastaan tol yang termaktub dalam Buku Jingga ternyata bukan berlandaskan inspirasi rakyat.

Ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof menyifatkan tahap pemahaman cetek pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) mengakibatkan kekeliruan berhubung beban tanggungan kerajaan sekiranya konsesi tol dimansuhkan.
"Isunya di sini bukan isu tidak cukup wang. Isunya ialah tata kelola. Bagaimana hasil yang cukup untuk diagihkan sama rata. Macam Ghandi kata apa yang kita ada ini adalah cukup untuk keperluan tapi tidak cukup untuk ketamakan kita.
"Jadi Rembau ini tidak akan faham isu ini. Pada pandangan saya kalau penswastaan yang dimaksudkan untuk mengurangkan beban kerajaan membina prasarana, sekarang konsesi ini patut ditamatkan," jelas Yusmadi.
Khairy semalam mendakwa, pemansuhan tol seperti yang digariskan Pakatan Rakyat dalam janji 100 hari pentadbirannya akan membebankan kerajaan.
Namun kenyataan itu disanggah oleh Yusmadi yang berkata, perkongsian perkhidmatan menerusi tata kelola yang baik mampu mewujudkan kesamarataan seraya memberi pulangan besar kepada rakyat tanpa membebankan tanggungan kerajaan.

Ini sekaligus menyangkal tomahan kerajaan Umno-BN yang cuba memanipulasi kefahaman rakyat sehingga membuat kesimpulan bahawa negara akan muflis jika dasar ini dilaksanakan Pakatan Rakyat.
Sidang Dewan petang semalam dihangatkan apabila ahli-ahli parlimen Umno-BN cuba mencetuskan kesangsian terhadap pelaksanaan dasar Buku Jingga yang sering menjadi sasaran ejekan dan dakwaan tidak munasabah dalam dewan.

Yusmadi menambah, maksud penswastaan bukan menyerahkan secara total kepentingan kerajaan dan negara namun hanya sehingga suatu tahap di mana pulangan dikitar semula untuk manfaat kepada rakyat.

Katanya lagi, prinsip perkongsian pintar yang diketengahkan mampu menyangkal sebarang bentuk penindasan asalkan diurus dengan tata kelola yang bertanggungjawab.

"Penswastaan itu sendiri bukan bertujuan untuk membebankan, tapi untuk berkongsi perkhidmatan dan sampai ke suatu tahap kembali kepada rakyat. Bagi saya pandangan beliau (Khairy) ialah bukan pandangan berkepentingan rakyat dan tidak faham apa yang dimaksudkan dengan agenda penswastaan," kata beliau lagi.

Antara perkara yang dinyatakan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah dengan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Selain penghapusan kadar tol, buku jingga berkenaan turut menjanjikan pemansuhan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA), merombak subsidi negara, membatalkan Felda Plantations, menaikkan royalti minyak di Sabah dan Sarawak dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman negara.

Shahrizat, it's the rape of Penan women and kids, not Anwar and DNA

Shahrizat, it's the rape of Penan women and kids, not Anwar and DNAPKR Women’s chief Zuraida Kamaruddin ticked off her counterpart in Umno, telling Sharizat Abdul Jalil that she should focus on getting the federal government to act on long outstanding issues such as the rape cases against the Penan women and children, rather than poke her nose into the Anwar Ibrahim sodomy trial.
"Wanita Keadilan Sarawak will be most grateful and appreciative if Wanita Umno can help to call on the Ministry to address the cases on the alleged rape of the Penan girls and women by loggers. It has been a year since the National Task Force report on the rapes was sent to Dato Shahrizat in Kuching," Zuraida, who is also Ampang MP, said in a statement.
Nearly 1,000 Wanita Umno members had gathered in Perak last weekend in a blitz co-ordinated by Prime Minister Najib Razak’s Umno party to pressure Anwar, the Opposition Leader, to give his DNA sample to the High Court.
Anwar has denied sodomising his former aide Saiful Bukhari Azlan and has accused Najib and wife Rosmah Mansor of master-minding the conspiracy to bring him down.
Lies and exaggeration - but from whom?
Sharizat, who led the protest in Perak, had been accompanied by another of Anwar’s former aides Rahimi Osman, who has since switched allegiance from PKR to Umno, giving the entire rally further overtones of political vengeance against Anwar.
Meanwhile, there is growing national and international concern over the plight of the Penan women and children. Independent NGOs have verified and published many reports stating that the tribal folk continue to remain exposed to systemic rape by illegal loggers sanctioned by corrupt officials in the Sarawak state government.
But Sharizat has refused to get drawn into the issue, taking the line that such news and police reports were exagerrated.
Yet, a report from the federal government’s National Task Force had found truth in rape allegations that Sarawak Chief Minister Taib Mahmud has frequently denied.
In July 2010, amid growing public unhappiness over the issue, both Najib and Shahrizat promised to personally look into the complaints. Shahrizat was sent to the Ulu Baram area to have a first-hand look into the problem.
“It is not an easy straight-forward situation but I am very keen to reach out to them,” she told The Star upon her return from her fact-finding mission.
“I want to have a feel of the place and to have a chance to meet some of the Penan people face-to-face. I want to know how they feel and see how best the Government can help them. Only then can we propose the next agenda for the National Task Force (NTF) to look specifically into the plight of Penan women and children."
Publicity but nothing done
Shahrizat even urged the police to take the Penan rape allegations seriously.
“Rape is rape, there are no two ways about it. Whether it occurred in the deep jungle of Sarawak with Penans or in Jalan Chow Kit in Kuala Lumpur, the perpetrators must be punished," she had said then.
“We have to be very transparent and tell the real story, especially about the plight of Penan women and children in relation to these rape allegations. The Penan community should know that now they have someone to champion their cause and that is us.”
But after that blaze of publicity, there has been no follow-through from her or her ministry.
In the NTF report released in 2009, the incidents of sexual abuse among Penan women and children, lack of access to basic services, including healthcare and education, and problems related to registration of identity cards and birth certificates were highlighted.
There are about 16,000 Penans living in Sarawak with about 300 of them leading nomadic lives.

Najib skirts around Rosmah query

The prime minister allows his minister Nazri Aziz to defend his wife over her foreign trips and 'green technology' comment.

KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Tun Razak today evaded a question directed at him in Parliament about his wife, Rosmah Mansor.
Najib, who was in the Dewan Rakyat, instead allowed Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Aziz to respond to the matter.
Umno-Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman had asked the prime minister to elaborate on Rosmah’s contributions with reagrd to her foreign visits.
Nazri told the House that Rosmah had made several trips overseas, including to Saudi Arabia from Jan 6 to 10.
He also said that the prime minister’s wife undertook these foreign visits after being invited, as opposed to going abroad on her own accord.
Tajuddin then expressed satisfaction with Nazri’s answer, adding that it should also be sufficient for the opposition.
The Umno MP also asked Nazri what the government was doing to combat the negative perception raised by certain opposition members against Rosmah.
The minister replied that the questions raised outside the House about Rosmah were “coffeeshop and cendol stall talk”.
This answer drew an angry response from PAS-Rantau Panjang MP Siti Zailah Mohd Yusoff, who pointed out Rosmah’s comments over the earthquake and tsunami tragedy in Japan.
According to a Selangor TV video clip, now available on Youtube, Rosmah had told reporters that the incident should serve as a lesson to other countries.
“They should first study the surrounding environment and relate to climate change and green technology including our own country,” she had said.
Rosmah had come under intense attack in cyberspace, with some commentators pointing out that earthquakes were natural disasters, while others noted that her husband himself was pushing for nuclear plants in Malaysia.
Nazri, however, blamed PAS for not looking at the big picture.
“This is PAS’ style. You only read a bit of it. You should have read it (Rosmah’s comments) in the whole context, and what she was talking about,” he said.
Nazri claimed that there was more to Rosmah’s “green technology” comment than what was originally explained.

Kita anggap Nik Nazmi kurang matang

Kenyataan Zaid Ibrahim berhubung isu sampel DNA Anwar Ibrahim berasaskan kebenaran - Setiausaha Kita.

PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) menyifatkan Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai kurang matang apabila memberi pandangan berhubung isu sampel DNA membabitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Setiausaha Kita Abd Latif A Tambi, kenyataan pengasas Kita, Datuk Zaid Ibrahim berhubung isu ini adalah berlandaskan kebenaran.
“Oleh itu maka tidak wujud hubung kait dengan pihak lain seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) atau Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) yang ditimbulkan oleh Nik Nazmi,” katanya.
Semalam melalui laporan media, Nik Nazmi menyifatkan kenyataan Zaid itu sebagai merendahkan martabat beliau sendiri, setaraf dengan Perkasa mahupun Gaps, ekoran nasihat beliau agar Anwar menyerahkan sampel DNA berhubung kes tuduhan liwat.
Semuanya bermula apabila Zaid memberi nasihat agar Anwar menyerahkan sampel DNA dengan alasan ia akan membantu pemimpin pembangkang itu membuktikan bahawa beliau tidak bersalah, sekali gus menaikkan kredibilitinya.
Kita menurut Abd Latif, turut mencabar Nik Nazmi agar mengemukakan bukti yang mengatakan Zaid bersetuju bahawa kes liwat terhadap Anwar bermotifkan politik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Jelas kenyataan Nik Nazmi ini cetek akal dan kurang matang sehingga mengaitkan maruah Zaid dengan Perkasa dan Gaps. Cukup pelik bila timbul kenyataan mengenai isu Anwar, maka ia akan dikaitkan pula dengan konspirasi sesebuah parti untuk menjatuhkan beliau.
“Dakwaan Nik Nazmi bahawa Zaid sudah terlupa merupakan satu lagi pembohongan. Kami cabar beliau agar kemukakan bukti bahawa
Zaid ketika menjawat jawatan dalam PKR setuju kes liwat ini dicipta untuk membunuh karier politik Anwar,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Kita pagi tadi.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kita, Muhammad Firdaus Christopher dan Rashid Azad Khan yang mewakili Zaid yang kini berada di luar negara.
Sistem perundangan
Menurut Rashid Azad pula, kenyataan Nik Nazmi yang meragui ketelusan sistem perundangan itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah.
Malah dakwaan Nik Nazmi bahawa pihak pendakwaan cuba ‘mereka-reka’ sampel DNA Anwar ke atas Saiful hanya akan memudaratkan kes yang sedang berlangsung.
“Jelas bahawa, beliau lekas membuat kesimpulan sedangkan pandangannya itu hanya memudaratkan kes ini dan tindakan itu satu penghinaan terhadap mahkamah kerana tidak mempercayai sistem perundangan yang sedia ada.
“Jangan buat sebarang andaian kerana ia mencabar proses perundangan dan kehakiman,” katanya.
Nik Nazmi semalam berkata pasukan pembelaan menolak memberi sampel DNA Anwar itu ekoran meragui sistem perundangan sedia ada malah ia hanya akan membantu pihak pendakwaan mengesahkan keputusan yang menimbulkan syak wasangka.
Ketika ditanya sama ada sebarang tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap Nik Nazmi mahupun PKR, Rashid Azad menyatakan perkara itu masih belum dipertimbangkan.

Skim Cepat Kaya : Ummi saman Baginda Minda, Malaysiakini RM100 juta

Baginda Minda 'anjing simpanan Anwar' - Ummi Hafilda.
VIDEO INSIDE
KUALA LUMPUR: Personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas rakan perniagaan beliau,
Nor Azman Abdullah atau Baginda Minda sebagai defendan pertama dan portal berita Malaysiakini sebagai defenden kedua.
Writ saman tersebut didaftarkan oleh peguam Khairul Azam Abd Aziz dari Sarihan & Hamdan pada pukul 12.30 tengahari tadi di pejabat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ia berhubung kenyataan Nor Azman dalam laporan Malaysiakini bertarikh 15 Mac yang bertajuk ‘Ummi’s ex-partner threatens to ‘tell all’.
Ummi Hafilda yang ditemui media mendakwa Nor Azman berhutang sebanyak RM600 juta kepada sebuah syarikat.
“Tidak keterlaluan jika saya katakan (Nor Azman) ialah anjing simpanan Anwar,” katanya.
Beliau turut menyangkal dakwaan Nor Azman seperti yang dilaporkan Malaysiakini.
Fitnah dajal
Beliau menegaskan, “adalah menjadi impian saya untuk menegak kebenaran. Apa yang dikatakannya adalah fitnah dajal. Saya berharap melalui tindakan undang-undang, kebenaran akan terbongkar.”
Peguam beliau, Khairul Azam berkata, saman ini difailkan anak guamnya bukan kerana dia takut tetapi kerana kenyataan yang diterbitkan adalah fitnah semata.
“Norazman dan Malaysiakini menjatuhkan maruah anak guam saya sebagai seorang Muslim,” ujar beliau.
Ummi Hafilda antara lain turut menuntut injunksi yang melarang kedua-dua defenden secara sendiri atau melalui wakil daripada terus mengucap, menulis atau menyebar artikel fitnah.
Selain gantirugi am sebanyak RM100 juta, beliau turut menuntut ganti rugi teladan dan gantirugi teruk padar kadar faedah 8% setahun, kos dan lain-lain relif.

766 peneroka Serting saman Felda RM200 juta

Sebahagian peneroka Serting bersama peguam selepas memfail saman terhadap Felda.
SEREMBAN: Seramai 766 peneroka Felda Serting memfail saman RM200 juta terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Seremban semalam.
Peneroka Felda Serting mendakwa Felda menipu peratusan Kadar Perahan Gred (KPG) hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200 juta kepada mereka.
Ujian makmal menunjukkan peratusan KPG sebenar yang diperoleh mencecah 24 peratus sedangkan mereka hanya memperoleh 18 peratus KPG daripada Felda.
“Yang peneroka saman kerana ia adalah hak peneroka, bukan Felda,” kata Setiausaha Biro Masyarakat Felda Dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Birham kepada KeadilanDaily.
Felda sebelum ini kalah dalam kes-kes seumpamanya yang melibatkan peneroka di Gugusan Jengka, Felda Sungai Koyan, dan Felda Kemahang 3.
Hadir di mahkamah ialah Ketua Peneroka, Karip Mohd Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Taufik Ghani dan peguam, T Kumar.
Mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan yang menyatakan pihaknya sedia RM90 juta jika kalah dalam kes berkenaan, Rebim mempersoalkan perbuatan itu.
“Kenapa hendak tunggu peneroka saman baru nak bayar? Ini menunjukkan Felda sedar dengan penipuan yang mereka lakukan,” katanya.
Mahkamah kemudian memutuskan kes akan didengar semula pada 15 April depan.

PAS kemuka usul bincang isu Libya di Parlimen

KUALA LUMPUR, 17 Mac: PAS hari ini menghantar satu usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi mencadangkan agar isu ketegangan di Libya dibincangkan.
Usul tersebut dicadang Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) yang dibuat di bawah peraturan mesyuarat 18(1).
Dalam usul yang dikemukakan itu, beliau antara lain mahu Malaysia, sebuah negara anggota OIC, bertindak segera menyelamatkan nyawa rakyat di Libya.
Beliau juga turut mengemukakan enam cadangan termasuk mendesak kerajaan Malaysia segera menghantar misi bantuan kemanusiaan ke negara bergolak itu.
Beliau juga mahu sidang Parlimen Malaysia yang berjalan sekarang segera mengusulkan supaya semua agensi antarabangsa sepetrti OIC, UN, Liga Arab, Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika mengambil inisiatif supaya krisis di Libya diselesaikan dengan rundingan demi mengelakkan pertumpahan darah terus berlaku.
Ketegangan yang sedang berlaku, antara golongan anti Gadafi dan tentara pro-kerajaan sekarang semakin meruncing sehingga mencetuskan perang saudara yang amat merbahaya.

Sejak pergolakan pertengahan Februari lalu, ribuan termasuk orang awam dilaporkan terbunuh apabila tentera Gaddafi menggunakan jet pejuang untuk menyerang kawasan yang dikuasai oleh golongan pemberontak.

Pakatan Rakyat syor Interlok diganti novel lain

Sidang media Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini sepakat untuk mengesyor kerajaan supaya menggantikan novel Interlok yang digunakan untuk Komponen Sastera (Komsas) mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi Tingkatan Lima, dengan karya sastera lain.
Pada sidang media di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Sungai Pertani, Datuk Johari Abdul, berpendapat novel itu tidak sesuai kerana mengandungi elemen sensitif.
Beliau berkata, mereka tidak bersetuju jika Kementerian Pelajaran mahu meminda kandungannya kerana keaslian sesebuah karya sastera perlu dikekalkan.
“Ia boleh digunakan oleh masyarakat umum sebagai bahan bacaan biasa. Tetapi untuk menjadikan bahan bacaan wajib mata pelajaran Bahasa Malaysia, saya rasa ia bukan keputusan bijak,” katanya.
Johari berkata, pandangan kerajaan melalui penubuhan panel bebas yang mengkaji cadangan pindaan novel itu, tidak akan berhasil kerana rakyat Malaysia, umumnya berasa sensitif, dan novel itu perlu diganti karya lain.
“Rakyat merasa bahawa buku ini sensitif. Bayangkan seorang guru Melayu yang mengajar anak-anak muridnya yang terdiri dari kaum India. Bagaimana cara dia mahu mengolah, dan dalam olahan itu akan berlaku kesilapan?
“Sensitiviti itu subjektif. Kita tidak harus mengambil risiko,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, masa depan generasi masa depan di Malaysia perlu dibentuk oleh pandangan yang dirujuk dari karya yang mempunyai nilai dan norma yang harmoni.
“Hak untuk berkarya adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tetapi, untuk menjadikan buku ini sebagai buku teks pelajar SPM, ia tidak wajar,” katanya.
Turut hadir pada sidang media itu ialah, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan M Kulasegaran (Ipoh Barat) dan M Manogaran (Teluk Intan).

Kemana Proton selepas AFTA 2015?

Sekali lagi persoalan keisiapsagaan negara khususnya kereta nasional Proton dan Perodua menjadi satu yang dipertikaikan. Persoalan besar rakyat yang menantikan jawapan dari kerajaan masih tidak lagi terjawab.
Umum tahu bagaimana selama ini kerajaan telah melindung kereta nasional dengan mengenakan regim tarif dan eksais yang tinggi atas kereta-kereta impot dan tempatan  sehingga harga kereta-kereta impot termasuk kereta nasional kita contohnya model Waja tempatan adalah dua kali ganda berbanding di saudi Arabia.
Perlindungan itu juga datang dalam bentuk grant R&D dari kerajaan. Tinjauan laporan kewangan untuk tiga tahun mutakhir PROTON mendapati bahawa andainya tidak dibantu dengan pemberian grant, maka PROTON akan berada dalam defisit dan kerugian (in the red).
Dalam tahun 2008, laporan tahunan menyebutkan keuntungan bersih (nett profit) sebanyak RM184.5 juta tetapi melaporkan juga tentang grant R&D dari kerajaan sebanyak RM193.7juta. Kalau tidak tentunya rugi sebanyak RM9.2 juta.
Tahun 2009 melaporkan keuntungan  bersih sebanyak RM301.8 juta. Gran R&D diberikan sebanyak RM80.7 juta. Tahun 2010 melaporkan keuntungan bersih RM289 juta tetapi dalam waktu yang sama mendapat gran R&D sebanyak RM143 juta yakni setengah dari keuntungan bersihnya.

Kerajaan diingatkan bahawa negara-negara jiran telah pun besiap dengan pelbagai pendekatan. Malaysia sehingga kini masih belum nampak bersedia.
Thailand contohnya, akan meningkatkan dan bakal mengeluarkan sebanyak 3 juta unit kereta dalam tahun 2015. 2 juta adalah keperluan ekspot dan 1 juta unutk keperluan domestik. Terdapat 7 syarikat antarabangsa – 2 dari Amerika Syarikat (Ford dan General Motor) dan 5 dari Jepun (Toyota, Nissan, Mitsubishi, Honda dan Isuzu). Mereka jelas memilikki dayasaing dan berjaya mendapat penglibatan pengeluar-pengeluar besar automobil antarabangsa.
Begitu juga Indonesia yang telah merangka langkah-langkah konkrit untuk berdepan dengan persaingan yang lebih sengit selepas penguatkuasaan AFTA nanti. Indonesia akan meningkatkan pengeluaran mereka sebanyak 2 juta unit – 1juta untuk ekspot dan 1juta untuk keperluan domestik.
Perlu diketahui bahawa peningkatan ini dipacu sebagai pemangkin utamanya oleh SMEs dari negara Jepun dan bukan syarikat-syarikat besarnya seperti yang disebut tadi. Jelasnya Indonesia juga telah berjaya mengamit pelaburan dari SMEs dari Jepun sekaligus membuktikan bahawa mereka lebih ’kompetitif’ atau berdaya saing berbanding kita sendiri.
Persoalan besar dan strategik yang menjadi kritikal kepada kereta nasional sekarang ini adalah tergantung kepada faktor ’economy of scale’ atau faktor ’skala ekonomi’. Persaingan selepas penguatkuasaan AFTA pada tahun 2015 tidak lagi akan mengizinkan kereta nasional dilindungi dengan dasar ”Protectionism” samada dengan kaedah Tariff dan Eksais mahupun pemeberian gran termasuk pelbagai lagi cara.
Saya juga menyedari akan usaha kerajaan meningkatkan daya saing pengeluar komponen dan alat ganti serta meningkatkan sumbangannya dalam industri automotif dan ekonomi, dana Pembangunan Automotif (ADF) dan Dana Penyelarasan Industri (IAF) akan diteruskan.
Namun persoalan besar sehingga kini adalah kegagalan Proton mendapatkan rakan strategik yang sekaligus akan mampu melonjakkan sektor automobil ini menjana ’skala ekonomi’ atau economy of scale’ dengan memenafaatkan keupayaan teknologi ’niche’ rakan strategiknya seperti kereta elektrik contohnya, serta rangkaian pasaran yang lebih luas dan ’branding’ global rakan berkenaan..
Malaysia diingatakan bahawa kita hanya mampu menjual sejumalah 620,000 unit tahun lalu. Tuntutan ’economy of scale’ menuntut supaya kita mengeluarkan paling tidaknya 10,000 unit sebulan. Kalau benar-benar kita mahu mendayasaingkan kereta nasional kita selepas AFTA 2015, maka tidak ada caranya untuk kita lakukan kecuali dengan mendapatkan rakan strategikyang hebat sekaligus menyelamatkan 250 syarikat vendor dan ’dealers’ dalam sektor automobil nasional ini.
Berdepan dengan penguatkuasaan AFTA, saya dari PAS dan Pakatan Rakyat, tidak nampak kerajaan mengambil langkah-langkah konkrit ke arah mendepani cabaran AFTA-2015 dan menggesa kerajaan supaya memberi fokas kepada penyelesaian ini termasuk menganjurkan kaedah ”Merger dan Acquisition” samada di antara Proton dan Perodua serta juag di antara syarikat vendors dan dealers bagi meningkatkan dayasaing dalam matlamat rasionalisasi dan konsolidasi.

Dr Dzulkefly Ahmad

Ahli Parlimen Kuala Selangor

17 hb Mac 2011

Kabinet pro-Mahasiswa dibentuk tanpa Masturah

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) yang menguasai kerusi dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) kini membentuk barisan kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dalam "terpaksa" tanpa kehadiran dua calon umum mereka.

Ia berikutan pihak universiti "menggantung kemenangan" calon popular mereka Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang lebih 24 jam sewaktu kehangatan kempen berlangsung.

NONEManakala Tan Tiong Yih - pelajar fakulti kejuruteraan - pula sedang disiasat polis atas dakwaan memalsukan surat cuti sakit.

"Kami diberi pilihan oleh HEP sama ada untuk menangguhkan pembentukan kabinet atau meneruskannya.

"Jadi (kami) meneruskan (pembentukan kabinet) kerana terpaksa, bahkan pelajar lain merungut supaya menubuhkan kabinet," kata Yang Dipetua MPM kampus itu Mohd Syahid Mohd Zaini (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya lagi, pihaknya terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk mengetahui hasil siasatan pihak polis berhubung kedua-dua kes berkenaaan.

Dalam pilihan raya kampus 21 Februari lalu, pro-M menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Masturah dan Tan turut turut terpilih.

Mohd Syahid berkata, pembentukan kabinet semalam dihadiri 38 calon yang menang, tidak termasuk Masturah dan Tan.

Manakala seorang calon daripada kumpulan lawan mereka Penggerak Mahasiswa tidak hadir kerana berada di Sabah.

Nasihat peguam


Walaupun jumlah keanggotaan kumpulan mereka kini tinggal 21 kerusi sahaja, itu sudah memadai kerana Penggerak Mahasiswa hanya mendapat 16 kerusi manakala bebas cuma dua.

Mohd Syahid berkata, pihaknya membangkitkan dan mempertahankan dua calon mereka di hadapan Timbalan Naib Canselor (TNC) HEP Prof Datuk Rohana Yusoff dalam pertemuan lebih tiga jam semalam.

masturah abu bakar"Pro-M tidak bersetuju dan terkejut dengan keputusan (penggantungan) itu. Mereka sebelum itu tidak pernah dipanggil sebelum digantung.

"Tidak ada perbicaraan atau diambil keterangan, tiba-tiba sahaja digantung," kata pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam itu.

Mohd Syahid berkata, mereka berpendapat bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) memperuntukan bahawa penggantungan pelajar hanya boleh dibuat berdasarkan kepada keputusan perbicaraan, bukannya ketika masih dalam siasatan.

Malangnya, Mohd Syahid mendakwa, universiti tetap dengan keputusan bahawa Masturah dan Tan tidak boleh menganggotai kabinet MPM sehingga siasatan ke atas mereka selesai.

Ditanya mengenai tindakan pro-M selepas ini bagi membela kedua-dua calon itu, Mohd Syahid berkata pihaknya sudah mendapatkan nasihat peguam, sekali gus menimbangkannya membawa ke mahkamah.

Mohd Syahid turut menjelaskan pihak pentadbiran UM akan memanggil Tan untuk memberi keterangan berhubung dakwaan memalsukan surat cuti sakit pada 24 Mac ini.

Isu Rosmah : Bukan tuduhan melulu

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) menyanggah dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membuat tohmahan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Zailah berkata, Pakatan Rakyat bukan membuat tuduhan melulu sebaliknya bercakap berdasarkan laporan media mengenai kenyataan Rosmah mengenai tsunami di Jepun baru-baru ini.
Rosmah seperti dilaporkan media berkata, tsunami yang berlaku itu adalah kerana kegagalan Jepun melaksanakan pembangunan yang mesra alam.
"Saya menyanggah kenyataan Menteri di JPM bahawa Pakatan Rakyat membuat satu fitnah (terhadap Rosmah) sedangkan kenyataan ini ialah realti dan dikeluarkan media," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Zailah yang juga Timbalan Muslimat PAS Pusat juga menyifatkan kenyataan Rosmah itu sebagai memalukan negara dan menggambarkan beliau kurang sensitiviti terhadap rakyat Jepun.
"Ini satu perkara tak bertaggungjawab yang dilakukan Rosmah, dalam keadaan Jepun menghadapi peristiwa menyayat hati seharusnya kita bersimpati.
"Beliau mengeluarkan kenyataan ini atas kapasiti sebagai wanita pertama negara, ini adalah perkara yang memalukan negara dan rakyat Malaysia," katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF) melibatkan Rosmah yang gagal dijelaskan Nazri meskipun ianya jelas menghina Rasulullah s.a.w dan Islam.
"Berkaitan IFF ini memang bercanggah dengan Islam sendiri, pakaian yang menjolok mata dan keadaan yang menghina Rasulullah s.a.w.
"Sebab itu kita tanya apa bidang kuasa sebenar wanita pertama sebab kita tak mahu dia mencampuri urusan yang bukan kepakarannya kerana itu menjejaskan imej negara," katanya.
Zailah ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di dalam dewan sebelum itu meminta Nazri menjelaskan bidang kuasa Rosmah kerana dilihat sering mencampuri urusan negara yang di luar bidang kuasanya.
Nazri dalam jawapannya terus berdolak dalik dengan menuduh Zailah dan Pakatan Rakyat yang lain membuat tuduhan tidak berasas mengenai kenytaan Rosmah berkaitan tsunami di Jepun.
"Ini memang stlye PAS, kalau nak baca baca sekerat je. Kena baca semua first lady (Rosmah) kata apa.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad (kanan) kemudiaannya mencelah dengan meminta Nazri membacakan kenyataan itu secara penuh.
Nazri bagaimanapun meminta Pakatan Rakyat menghantar notis dahulu.
"Lain kali bagi notis dulu baru boleh baca. Bangun berdiri tanya terus macam mana?” katanya.
Berkenaan IFF pula, Nazri berkata ianya sebagai menghormati permintaan orang bukan ISlam.
"Majlis yang dijemput kita pergi. Kalau Yang Berhormat tak suka hadir fesyen show saya percaya ramai lagi yang suka. Di Malaysia 45 peratus bukan Islam, jadi ada perkara yang ada kaitan dengan orang bukan Islam yang kita perlu ambil kira," katanya.
Sementara itu, ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (kiri) pada sidang media sama berkata, bukan isu ianya dihadiri oleh bukan Islam tetapi yang dipersoalkan ialah pakaian yang diperagakan itu menghina Nabi Muhammad.
"Nazri kata IFF dituntut oleh orang bukan Islam. Itu bukan isunya tapi isunya ialah festival fesyen itu ialah festival Islam dan menunjukkan fesyen Islam tak kira siapa penontonnya," katanya yang juga Ketua Wanita PKR.
Terdahulu, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) meminta Perdana Menteri menyatakan peranan dan sumbangan kepada negara oleh wanita pertama negara dalam beberapa siri lawatan ke luar negara.

Judi: Kelantan dukacita Pusat lulus lesen

KOTA BHARU, 17 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno BN di peringkat Pusat adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kerajaan negeri tetap berpendirian menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.
“Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Sebagaimana semua pihak sedia maklum bahawa polisi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 adalah berteraskan prinsip pentadbiran Islam. Dalam isu pengharaman premis judi dan perjudian haram, kerajaan negeri sedia melaksanakan pematuhan kepada ajaran Islam yang tidak membenarkan penganutnya berjudi atau terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan perjudian.
Begitu pula, sebelum pelaksanaan penguatkuasaan larangan premis judi dan aktiviti perjudian dibuat pihak kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di luar kerajaan. Antaranya berunding dengan badan-badan NGO dan wakil-wakil dari semua agama seawal 1991.
Hasilnya telah sepakat dan bersetuju dengan hujah bahawa perjudian wajar dilarang atas pendirian bersama bahawa perjudian memberi banyak keburukan daripada kebaikan dan mudaratnya sehingga boleh membawa seseorang itu menjadi  muflis, mengalami kerosakan dan kehancuran kerukunan rumah tangga.
Perjudian melupakan ‘akal fikiran’ manusia, menyebabkan manusia hanya berserah kepada ‘nasib’. Apa kata kalau manusia menyerahkan kepada nasib semata-mata dalam semua aktiviti hidup? Pasti akan jahanam dan porak-peranda. Manakala perniagaan dihalalkan kerana berniaga mencetuskan aktiviti rasional manusia.
Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan telah diarah menggubal peraturan penguatkuasaan yang tidak membenarkan mana-mana premis menyediakan khidmat perjudian dan aktiviti berkaitan. Penguatkuasaan itu adalah selari dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri big sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada legal adviser untuk melihat dari sudut perundangan yang ada.
Apa pun, pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan. Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.
Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno-BN di peringkat Pusat sana adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.
Sekian. Terima kasih.
Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Kota Darulnaim, Kota Bharu.
12 Rabiulakhir 1432
17 Mac 2011

BN tanam pemikiran kuno untuk kekal kuasa

PARIT BUNTAR, 17 Mac: BN selama ini memainkan sentimen menakutkan rakyat bagi mengekalkan kuasa di mana isu yang sering dipahat dalam ingatan rakyat ialah kononnya tanpa BN di Malaysia rakyat akan susah.
"Inilah pemikiran kuno dan sesat yang sering ditanam kepada rakyat demi untuk kekal berkuasa," kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri berkata, rakyat sering diingatkan oleh pemimpin BN supaya jangan ada rasa untuk menukar kerajaan.
Ini, katanya bagi merasai bagaimanakah jika Malaysia ditadbir oleh kerajaan selain BN, ia semakin menjadi-jadi apabila pilihan raya semakin hampir.
Katanya, kebimbangan BN semakin memuncak bila hampir dengan PRU dan mereka sanggup melalukan apa saja untuk menipu rakyat supaya terus menyokong BN.
"Sebenarnya Malaysia lebih selamat andai ditadbir oleh Pakatan Rakyat, perkara ini disokong dengan fakta kukuh di mana 4 negeri yang diperintah oleh Pakatan sekarang mendahului negeri BN dalam banyak hal dan isu," katanya yang juga Adun Titi Serong.
Baginya, rakyat sudah matang berpolitik dan dapat menilai apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat lakukan kepada rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Selain itu, beliau juga mengesahkan bahawa selama 11 bulan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Perak merupakan suatu perkara yang akan dikembalikan oleh rakyat.
“Dan kita akan kembali diberi mandat oleh rakyat Perak sebagai kerajaan,” katanya.
Khalil juga optomis bahawa semua kebaikan yang dilakukan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat diketahui oleh pengundi di negeri lain walaupun media BN cuba menutup dan memutar belit fakta yang sebenar.
"Kerana itu media alternatif sangat ditakuti oleh pemimpin BN kerana ianya menjadi pilihan utama setelah media pro BN nampaknya sangat  tidak adil dalam menyiarkan berita," katanya.
Oleh  kerana itu, katanya Pakatan Rakyat berjanji untuk mengambil berat soal kebajikan rakyat dari segala aspek tanpa mengira agama dan bangsa.
"Kerana itu tawaran Pakatan seperti yang tercatat pada Buku Jingga program 100 hari Pakatan Rakyat adalah bukti yang jelas dari kami," ujarnya lagi.
Justeru, beliau menyeru rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dengan memenangkan calon-calon daripada PAS, DAP dan PKR dalam PRU ke 13 nanti.

Kerajaan tidak bersungguh selamatkan nyawa rakyat- AMK

PUTRAJAYA: Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Lee Khai Loon berkata, kerajaan tidak bersungguh menyelamatkan nyawa rakyat sendiri kerana masih enggan membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Jepun.
Ia berikutan tsunami dan gempa bumi yang melanda negara itu serta kesan kebocoran nuklear yang diakibatkan bencana alam tersebut.
“Negara seperti Amerika Syarikat, Korea, China dan negara lain sudah pun membawa rakyat masing-masing tetapi Kerajaan Malaysia lembap bertindak. Ini membuktikan kerajaan tidak bersungguh dalam menjaga keselamatan rakyatnya sendiri,” kata Lee selepas menyerahkan memorandum kepada Kementerian Luar di  Putrajaya bagi menggesa kerajaan membawa balik semua rakyat Malaysia yang  terkandas.
Memorandum itu disampaikan Timbalan AMK Pusat, Khairul Anuar Zainuddin kepada wakil kementerian itu yang berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Keselamatan.
Sehingga kini kata Lee, Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung tahap keselamatan rakyat Malaysia di negara itu.
Sehubungan itu, katanya, AMK menggesa kerajaan menggunakan semua kaedah termasuk pengangkutan udara tentera bagi tujuan penghantaran pulang semua rakyat Malaysia di negara matahari terbit itu.
“Kita juga mendesak kerajaan agar menyediakan perkhidmatan keselamatan terbaik sepanjang proses membawa balik rakyat Malaysia di Jepun sehinggalah mereka tiba di negara ini kelak,” katanya.
Turut serta pada majlis itu, Setiausaha AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, puluhan anggota AMK dan Samsiah Bahrain, seorang ibu kepada anaknya yang menuntut di Tokyo, Jepun selain beberapa anggota Pegawai Cawangan Khas dari Bukit Aman.

Kerajaan belanja RM5.9 juta kempen di Tenang

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.
Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011.
Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011.
Kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan NGO, persatuan penduduk dan rukun tetangga, jawatankuasa masjid dan kuil.
Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu.
"Saya difahamkan peruntukan untuk satu Dun hanya RM250,000 sahaja. Kalau Tenang dapat hampir RM6 juta, maknanya pembangunan di Tenang standard Kuala Lumpur la.
"Tapi habis sahaja PRK Tenang, penduduk ditimpa banjir juga. Jadi pembangunan apa yang dibuat," soalnya.
Katanya, jika mengambil kira jumlah itu, bermakna kerajaan telah membelanjakan lebih RM95 juta untuk 16 kali PRK sejak 2008 lalu.
Maka tambahnya, tidak hairanlah jika ada orang Umno menjadi kaya raya selepas habis pilihan raya kecil kerana mendapat projek sepanjang kempen.
"Biasanya kalau termasuk dalam bajet, bulan Mac baru mula, ini bulan Januari. Tak apalah, kita yakin dengan jawapan ini, cuma pelik sikit lah. Mungkin SPRM boleh siasat," katanya.
Pada PRK Tenang 31 Januari lalu, BN menang menerusi calonnya, Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707.
Mohd Azahar mendapat undi 6,699 sementara calon PAS, Normala Sudirman memperolehi 2,992 undi.

Sikap Perkauman Muhyiddin Punca Panel Bebas Interlok Gagal


SHAH ALAM 17 MAC : Bekas Naib Presiden MIC, Datuk SS Subramiam menyifatkan sikap perkauman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi punca kepada kegagalan panel bebas Interlok bagi merungkai kemelut novel kontroversi karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussin.

Beliau ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sikap perkauman sempit Muhyiddin dapat dilihat dengan jelas apabila semua wakil rakyat dari India dalam panel berkenaan sebulat suara mengundurkan diri.    

" Tan Sri Muhyiddin yang menjadi punca kepada semua masalah, dia yang menjadi pendorong kepada ahli-ahli panel Melayu. 

" Semua orang tahu (Muhyiddin) mengamalkan perkauman. semua polisi beliau juga mengamalkan perkauman,"katanya.

Pada mesyuarat susulan panel bebas berkenaan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, ketiga-tiga wakil India itu memutuskan untuk berundur dari badan yang
dibentuk kerajaan itu.

Menurut salah seorang penulis, Uthaya Sankar, tindakan itu dibuat setelah ahli-ahli panel lain menolak kira-kira 100 pindaan yang dicadangkan mereka walalaupun pada awalnya sudah disepakati bersama.

"Jadi, kami rasa dikhianati," katanya dipetik dari Malaysiakini.

Sementara itu, dua lagi anggota yang mewakili masyarakat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.
Panel itu yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan dianggotai lapan orang yang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India.
Menurut Subramaniam, beliau setuju dengan tindakan ketiga-tiga wakil masyarakat India itu mengundurkan diri kerana mereka mewakili kepentingan seluruh masyarakat India di negara ini.

" Ini berkaitan satu kaum, bukan masalah satu atau dua orang," jelasnya yang menyifatkan novel berkenaan banyak mengandungi perkataan sensitif kepada kaum
itu.

Mesyuarat bersama Muhyiddin semalam walaupun memutuskan untuk menggugurkan perkataan "paria" namun lain-lain pindaan yang diputuskan panel masyarakat itu sebagai menghina kaum mereka, ditolak oleh Muhyiddin dan panel lain.