Rabu, 16 Mac 2011

Analogi kisah Nabi Yusuf-Siti Zulaikha bukti Anwar tak bersalah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli hari ini membawakan kisah Nabi Yusof a.s yang dituduh mencabul Siti Zulaikha dengan mengaitkannya dengan isu pembuktian dalam kes Fitnah II.
Pada sesi perbahasan Dewan Rakyat, Hatta menceritakan kembali kisah yang terkandung dalam al-Quran mengenai Nabi Yusuf yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti bahagian belakang baju Yusuf, terkoyak.
Kisah itu dianalogi untuk menjelaskan persamaan dalam kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau isunya m**n belakang, kenapa belah depan (seluar Saiful Bukhari Azlan) ada air mani, itu yang pelik,” katanya dipetik dari Harakah Daily sambil mengingatkan semua pihak, sebarang bukti yang dibawa ke mahkamah harus diteliti supaya tidak tersalah membuat keputusan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini, mendengar keterangan seorang pakar dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong yang mengakui menemui kesan air mani di bahagian depan seluar panjang hitam milik Saiful Bukhari Azlan, pengadu yang mendakwa diliwat.
Dalam perbahasan itu, Hatta juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.
“Riuh satu negara demonstrasi sana-sini. Itu menghina mahkamah. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.
“Sekarang siapa beruk dan monyet ini…oh DNA, DNA,” katanya.
Perbahasan Hatta juga hangat apabila beliau menyentuh kempen KEADILAN sebagai respons kepada isu kes Fitnah II bertemakan DNA: Datuk-Najib-Altantuya.
“Kita kena teliti perkara ini, kalau nak tengok DNA Altantuya ke macamana. Kalau boleh isu menteri dituduh (rogol amah) pun kita nak mintak DNA, tapi tak adalah sampai ke situ.
“Sampai sekarang timbul makna baru DNA, tapi saya tak nak sebut,” katanya.
Azan Ismail (KEADILAN-Indera Mahkota) kemudian bangun mencelah dan bertanya, “Saya bukan bidang perubatan, saya nak tahu DNA yang disebut Ini, DNA yang baru Ini makna apa?”
Lalu dijawab Hatta: “Saya pun tak tahu, tapi ada orang kata ‘Datuk Najib Altantuya’.
Jawapan itu mengundang kemarahan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Demo bantah DNA, Ketua, Timbalan AMK Pulau Pinang ditahan polis

Adakah polis akan bertindak sama terhadap demontrasi pro-Umno?
NIBONG TEBAL: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali dan timbalannya yang dikenali sebagai Haji Wan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Jawi di sini, petang ini.
Mereka ditahan jam 6 petang dan disoal siasat selepas mengadakan demontrasi membantah mana-mana pihak mengenakan tekanan untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerah DNA kepada mahkamah.
“Ketua Polis Daerah memberi masa dua minit untuk bersurai dan kami akur. Sebaliknya, mereka meminta kad pengenalan Amir dan Haji Wan sebelum dibawa ke balai polis,” kata Zulfadli Md Noordin kepada KeadilanDaily.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Cabang Bayan Baru, berkata demontrasi itu disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan.
Rakyat Pulau Pinang bangkit mempertahankan Anwar dari manipulasi bukti mahkamah
Ironinya, satu demontrasi yang disertai badan bukan kerajaan (NGO mesra Barisan Nasional, antaranya Perkasa dan Gaps di depan ibu pejabat KEADILAN, baru-baru ini pula tidak ‘disentuh’ polis.
Undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran.
Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya  dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti.

Dedah cek RM1.4 juta: Saifuddin tidak gentar disaman Gobala

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail tidak gentar dengan amaran Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan untuk menyamannya RM12 juta.
Ahli Parlimen Machang itu berkata pendedahan beliau sebelum ini bahawa Gobala dibayar RM1.4 juta untuk meninggalkan KEADILAN, berasaskan fakta.
“Beliau berhak berbuat apa-apa sahaja (untuk menyaman saya) kerana itu haknya. Kita biar mahkamah tentukan. Sama ada saya perlu membayar (RM12 juta) atau tidak, kita akan tahu kelak, ” kata Saifuddin.
Saifuddin juga tidak akan membuat permohonan maaf kepada Gobala berhubung pendedahannya itu.
“Kenapa saya perlu minta maaf? Dan saya perlu minta maaf untuk apa? Saya sudah nyatakan, fakta saya berkenaan urus niaga itu. (Dan) Gobala kelihatannya menggelabah,” kata Saifuddin.
Beliau mempunyai bukti Gobala terlibat secara peribadi dalam urus niaga berkenaan dan ia tidak melibatkan ahli keluarga beliau seperti didakwa Gobala.
Lanjutan itu, beliau bersedia berhadapan dengan Gobala di mahkamah.
“Saya akan berhadapan dengan beliau di mahkamah. Beliau berbohong. Biarkan dia ‘berjuang’. Saya akan jumpa dia di mahkamah,” katanya dalam laporan MalaysiaKini.
Minggu lalu, Saifuddin membuat pendedahan di Parlimen mengenai Gobala mebayat bayaran pajakan tanah syarikatnya seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan RM1.4 juta melalui dua cek masing-masing bernilai RM700,000 dan RM701,250.
Hutang itu dijelaskan Embun Megah Sdn Bhd, syarikat milik Gobala kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd.

Papan-Bukit Merah Radioactive Controversy Video

KITA tanding semua kerusi Dun di Selangor

Bagi kerusi negeri, KITA akan meletakkan 28 calon Melayu; Cina (18) dan India 10 orang.

PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam pilihanraya umum akan datang.
KITA juga akan bertanding disemua 22  kerusi Parlimen Selangor, kata Penyelarasnya, S Kottapan hari ini.
Beliau berkata, di peringkat DUN parti itu akan meletakkan 28 calon Melayu; Cina (18) dan India 10 orang.
Katanya, jika  calon orang Cina tidak mencukupi kerusi tersebut akan ditandingi oleh calon orang Melayu.
Beliau menambah, sebahagian calon sudah ada tetapi parti sedang berusaha mendapatkan yang lain.
“Saya sedang mencari calon yang berwibawa, yang mempunyai peluang menang untuk bertanding atas tiket KITA di Selangor.
“Mereka yang berminat termasuk bekas pemimpin PKR boleh berhubung dengan saya.
“Saya diberi tanggungjawab oleh Presiden Kita,  Datuk Zaid Ibrahim untuk memilih mereka yang layak untuk menjadi calon kerusi DUN.
“Bagi kerusi Parlimen calon akan dipilih sendiri oleh Zaid,” katanya ketika dihubungi.
KITA sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) hanya sebuah parti kecil yang pernah bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2007 dan Parlimen Kuala Terengganu pada 2009.
Bagaimanapun, Zaid yang gagal dalam saingan kerusi timbalan presiden PKR keluar parti itu dan mengambilalih kepimpinan Akim pada akhir tahun lalu.
Kepimpinan baru yang diketuai Zaid telah menukar nama Akim kepada Kita dan sebahagian pemimpinnya merupakan bekas pemimpin PKR.
Menurut Kottapan, KITA mempunyai manifesto sendiri dan tidak akan menghentam Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Rakyat.
“Sasaran kami ialah untuk mendapatkan undi dari mereka yang tidak menyokong BN dan Pakatan rakyat.
“Kami akan tunaikan semua manifesto yang tawarkan dan bukannya hanya untuk bercakap kosong,” katanya lagi.

Video : Raja Petra Kamarudin (RPK) in conversation with Nicholas Farrelly,

Hormati hak pemilik tanah Kg Baru

Isu Kampung Baru tidak boleh dilihat melalui sudut perundangan semata-mata, sejarah serta latarbelakang berhubung isu ini perlu diambil kira.

SHAH ALAM: Kerajaan perlu menghormati pemilik tanah Kampung Baru kerana mereka berhak membuat keputusan berhubung pemilikan tanah di kawasan terbabit, kata pakar undang-undang Prof Dr Aziz Bari.
Beliau  berpendapat isu Kampung Baru ini tidak boleh dilihat melalui sudut perundangan semata-mata.
Sejarah serta latarbelakang berhubung isu ini perlu diambil kira, katanya.
“Bila bercakap mengenai masa depan Kampung Baru,  saya berpendapat perbincangan berterusan perlu ada. Banyak sisi politik yang melibatkan harta rezab Melayu dan perlu ada kajian secara terperinci sebelum keputusan diambil oleh kerajaan,”
“Mungkin kerajaan boleh kata ia adalah hak mereka untuk ambil atau tidak kawasan itu tapi isunya nanti akan jadi isu politik dan juga isu perlembagaan.
“Memang dari segi undang-undang kerajaan ada kuasa untuk ambil tanah penduduk cuma pampasan itu mesti selaras dengan harga pasaran,  maksudnya harga yang munasabah,” katanya ketika ditemui FMT di wacana ekonomi di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.
Menurut beliau, pemilik tanah boleh mencabar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di mahkamah bagi membuktikan majoriti pemilik tanah di kawasan itu bersetuju dengan cadangan mewujudkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010.
Dr Aziz berkata sehingga hari ini Raja Nong Chik masih belum membuktikan secara bertulis majoriti bahawa pemilik tanah bersetuju dengan cadangan tersebut.
Nong Chik, katanya ,  berkata hampir 90 peratus pemilik telah bersetuju.
“Isunya sekarang hak penduduk untuk kekal di situ, dengan cara hidup mereka. Ini adalah isu besar dan kerajaan tidak boleh melalui Parlimen meluluskan rang undang-undang ini.
“Rang undang-undang ini tak perlu, ia adalah kehendak rakyat bukan keputusan kerajaan,  maknanya kerajaan kena akur dengan kehendak rakyat.
“Lainlah kalau kerajaan boleh buktikan majoriti bersetuju, itu lain cerita tapi ia susah nak buat…adakah ada kajian yang dibuat? Kalau kata 90 peratus setuju tapi adakah ia sahih, adakah ia betul?
“Maka penduduk boleh membawa masalah ini ke mahkamah untuk mencabar buktikan kesahihan perkara itu,” jelas beliau.
Cadangan untuk mewujudkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 mendapat tentangan hebat pemilik dan pewaris tanah di kawasan itu.
Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti  dikatakan Raja Nong Chik.
Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar.
Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010  akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jun ini.

No g'tee Najib won't U-turn on Malay Bibles in future via Allah court appeal

No g'tee Najib won't U-turn on Malay Bibles in future via Allah court appealIf Prime Minister Najib Razak thinks that his surprise move to release the Malay Bibles will boost his popularity among Christians, he may be in for a surprise.
The community is thankful that the books will finally reach the intended destination, but is adamant that they should not have been put through so much hassle and anguish in the first place.
There is also fear that Najib might take advantage of a yet-to-be-heard court appeal against non-Muslims using the word Allah to describe God to renege on his words in the future, especially once the Sarawak state elections were over.
“I hope next time, everything is done in good faith and in all sincerity,” Rev Thomas Philips, president of faith group MCCBCHST, told Malaysia Chronicle.
Najib may use the backdoor
Meanwhile, in a sign that Najib’s ruling Umno party was not about to give up on ‘politicizing’ the issue, the Malaysian Ulama Association (PUM) has insisted that Allah was an exclusive term for Muslims which Christians have no right to use.
The PUM comments raised eyebrows as the crux of the Umno-backed Bible detention was because the word Allah had been used to describe God in the books. Umno has insisted that Allah is exclusive to Malays and Muslims.
PUM president Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir admitted that non-Muslims in other countries already used Allah with little or no controversy, but he also reiterated that Muslims in Malaysia had the right to demand exclusivity.
“The issue is that in most countries non-Muslims have used the word Allah but we want to defend Allah because we feel that it should be for Muslims,” Malaysian Insider had reported Abdul Halim as saying.
“The reason being is that Allah cannot be equated with any [other] version or concept of God. It is not an issue of translation. I will still defend this view, even though I agree that Christians should have the right to Bibles being printed in Malay, because Bahasa Malaysia is the national language.”
Neither Allah nor Bahasa Malaysia is exclusive to Malays and Muslims
To other Malaysians, including devout Muslims, the PUM president's words were not logical.
“The statement (from PUM) is quite confusing as the word Allah would surely be contained in the Bible which they released,” PAS vice president Tuan Haji Tuan Man told Malaysia Chronicle.
Najib and Umno have been accused of stoking racial and religious tensions in the country to divide the different ethnic groups and cling to power.
Meanwhile, Pakatan Rakyat leaders have also demanded that Najib, as head of the BN government, apologized to the Christian community for “insulting” them by detaining and confiscating the Bibles.
“The Bibles have been released but the damage is done,” PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
He also warned there was no guarantee the BN would not U-turn and begin confiscating such Bibles again in the future.
“The government has not promised they won’t let it happen again and there is still the law of prohibiting the use of the word Allah,” said Tian.

MCA a subsidiary of Umno?

MCA a subsidiary of Umno?If MCA is not a subsidiary of Umno, why should the MCA President bring his letter of resignation from his party to see Umno President cum Prime Minister in the first instant?
This is exactly what happened when MCA President Chua Soi Lek held a meeting with Premier Najib Razak on Mar 15 Tuesday morning.  Chua told reporters that he took his resignation letter with him with intention to submit his immediate resignation as MCA President if a certain outstanding issue faced by Chinese independent school graduates could not be resolved with Najib.
The outstanding issue surrounds the entry requirement of these graduates to government teachers’ training colleges.  The problem arose when education ministry advertised on its website on Monday that  Chinese school graduates may apply for admission to the teaching colleges provided they possess 4 credit passes in the government SPM.  This caused alarm to the Chinese community which was earlier assured by the MCA President that the United Examination Certificate (UEC) held by the Chinese school graduates was also acceptable for admission, provided the students scored at least 4 credit passes which should include one subject of Bahasa Malaysia from SPM.
This ministry announcement which ran contrary to Chua’s announcement, was therefore a slap on the face of Chua Soi Lek.
To redeem his credibility, Chua took a high-power team to meet Premier Najib.  Apart from the Deputy President Liow Tiong Lai (health minister), Vice President Ng Yen Yen (tourism minister) and Youth Chief Wee Ka Sion (deputy education minister) also tagged along.
Emerging from the meeting with Najib, Chua said he was pleased that Najib had promptly assured that for these graduates, 4 UEC credit passes and 1 SPM credit pass in Bahasa Malaysia were sufficient qualification for entry to the teaching colleges.
Chua also disclosed that he, together with Wee Ka Siong (who also brought along his resignation letter), would have immediately resigned as MCA President and deputy education minister respectively, if Najib were to renege on the earlier promise to accept the UEC for entry to the colleges.  He added that Najib’s assurance was so prompt that they didn’t need to inform  him about their resignation letters.
Following the meeting, Najib immediately instructed the education ministry head to discuss with Wee to work out the details, according to Chua.
MCA'S BOSS IS NAJIB?
Chua mighty have felt mighty proud in making these statements to reporters – that he had fought and won "concessions" for his community, for which he had prepared to make the greatest personal sacrifice, the presidency of the party.  But in reality, this incident laid bare once again MCA’s servile existence under Umno, and the untenability of the communal system of governance of Barisan Nasional.
MCA’s subsidiary status is confirmed when Chua took his resignation letter to see Najib.  If Chua wanted to resign his party presidency, shouldn’t he have tendered his resignation to his party? Why approached Najib instead?  Chua’s mindset reveals that he looks upon Najib as his boss, and by bringing his resignation letter to Najib, he seems to say: “Sorry boss, either you let me have this, or I have to quit, since I can’t be useful any more”.  Presumably, Najib would be so concerned about losing Chua or MCA’s service that he would relent.  Such must be Chua’s thinking.
As further indication that MCA is playing roles of minions in the Cabinet, Najib had to order the education ministry officer concerned to talk to the same ministry’s deputy minister Wee Ka Siong to sort out the problem.  If it is just a matter of miscommunication that resulted in an advertisement that did not reflect agreement reached at the political leadership level as claimed by Chua, why couldn’t the deputy minister just call up the officer concerned and have the error corrected?  Why must he go with chief of his party to see the PM, before he could get his subordinate officer to do what he wanted?  Isn’t it obvious that deputy minister Wee had no authority whatsoever over his subordinate civil servants?
In fact, the mindset of the entire leadership of MCA has been so attuned to this master-servant relationship that they have already lost the sensibility that such conduct could raise eyebrow among not only the Chinese community but also among all Malaysians.
If MCA is an equal partner of Umno – as it was the case at the time of founding of the nation and as it should be now or in the future – such outstanding issue between the communities should be settled between the bosses of component parties on an equal footing.  For the MCA president to throw into tantrum in the presence of Umno president with threats to quit his own party, it would have been considered a totally unthinkable act at the time the political alliance was cemented.
With such miserable failure to live up to its self-proclaimed role as champion and protector of the interests of its community, one never ceases to marvel how MCA leaders could still weather the sense of shame to fight their political cause (or no-cause) with such stubbornness.
If the second largest component party MCA within the Barisan Nasional coalition (BN) could not hold up its head in the presence of Umno, what can we expect from other component members, all of whom dwarf in size to MCA?
BN'S ARCHAIC RULE NUMBERED?
Such is the sad song of Barisan Nasional that though the coalition professes power sharing and consensus and mutual respect among its numerous component members, it is in effect a camouflage for Umno hegemony, with Ketuanan Melayu (Malay the master race) as its unflinching guiding principles.
Perhaps few Malaysians realize that Malaysia is the only country governed by a coalition (BN) of more than a dozen racial parties, each representing the interests of its own communal group.  Such a system of governance might have been justified at the time of gaining independence when the sense of nationhood was at its budding stage.  That this archaic formula of rule have persisted half a century on under the same anachronistic coalition until today has undoubtedly made Malaysia a museum piece in this modern age.
Imagine the immeasurable energy of our people dissipated in endless racial squabblings  over all these decades.  If only the time and human resources wasted over these frictions and conflicts have been harnessed for productive nation building, Malaysia would have made immensely greater strides, rather than slipping badly against our regional neighbours as has been the case in recent years.
It is still not too late to make the changes now.  Malaysia has no choice but to discard the defunct, if it wants to keep pace with the modern world.

- Kim Quek is a well-known political writer and the author of the banned "March to Putrajaya"

Kekayaan Taib Mahmud Di Australia..

"Wang tunai untuk darjah kebesaran di Universiti Adelaide?

Sarawak Report telah mengambil masa beberapa minggu untuk mendapatkan penjelasan daripada Universiti Adelaide apakah faktor mereka menamakan sebahagian dari kampus mereka sempena nama Ketua Menteri Sarawak.

‘Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak Court’ telah dinamakan khas sebagai menghormati seorang ahli politik yang penuh kontroversi dari Malaysia Timur pada tahun 2008. Pada ketika itu ianya dikatakan sebagai “suatu ruang sosial yang telah dilanskapkan”, yang mana terdapat sekeping gambar menunjukkan seorang ahli politik berstatus multi-jutawan dilihat sedang berjalan-jalan di suatu kawasan di situ bersama Timbalan Chancelor, Professor James McWha.

Namun permintaan kami tidak mendapat sebarang respon dari pihak universiti. Email-email kami tidak berjawab malah soalan-soalan lisan menerusi telefon kami pun tidak mendapat sebarang layanan. Beberapa orang ahli alumni Malaysia yang telah menuntut di situ telah meluahkan rasa kesal mereka terhadap penghormatan Taib Mahmud pada bulan Disember lalu, mengemukakan aduan bersama di dalam surat mereka:

“Sungguh memalukan kami bahawa universiti kami menganugerahkan seorang kleptomaniak dan seseorang penyalahguna hak asasi kemanusiaan” Alasan kegagalan untuk mendapatkan respon dari pihak universiti mungkin memandangkan Taib Mahmud mampu mencurahkan sejumlah derma yang amat banyak, tetapi tidak mampu dilakukan oleh Sarawak Report mahupun warga alumni universiti berkenaan.

‘Pemberian peribadi’ Taib diberikan dengan pelbagai cara!

Taib tamat pengajiannya dari Adelaide dalam jurusan perundangan dalam tahun 1961, tetapi seterusnya menerima darjah doktor kehormat dalam tahun 1994, diikuti dengan anugerah-anugerah lain kerana sokongannya. Pengumuman-pengumuman dari universiti itu menyatakan beberapa sumbangannya dalam masa beberapa tahun, namun setelah mereka mendiamkan diri sejak kebelakangan ini, kita sukar untuk membuat sebarang perkiraan.

Adelaide telah mengikhtiraf derma pertama Taib yang dilakukannya pada tahun 1987, enam tahun setelah beliau menjadi Ketua Menteri dan beliau telah mula memperlihatkan tahap pendapatan yang di luar jangkaan. Syarikat hartanahnya di Amerika Utara, Sakti International, telah diasaskannya bersama-sama ahli-ahli keluarganya pada tahun berkenaan dan kini bernilai beratus-juta dollar Australia. Menurut universiti itu, derma pertamanya adalah untuk menaiktaraf kelengkapan Sekolah Perundangan di situ. Baca seterusnya disini. /SR

Jepun perlu lima tahun pulih, kos bantuan dijangka RM180 bilion

Gambar gabungan dirakamkan satelit menunjukkan timur laut pesisir pantai Jepun sebelum (kiri) dan selepas dilanda tsunami Jumaat lalu. – Foto Reuters
TOKYO, 16 Mac – Jepun kemungkinan memerlukan sekurang-kurangnya lima trilion yen (sekitar RM180 bilion) bagi menampung kos bantuan bencana berganda di sebelah timur laut negara itu dan kemungkinan terpaksa mendorong kepada jualan bon untuk menambah dana. Kerja-kerja pembinaan semula pula dijangka memakan masa lebih lima tahun berbanding situasi di Kobe, yang dilanda gempa bumi pada 1995.
Kos operasi bantuan dan pembinaan semula selepas gempa bumi skala 9 pada Jumaat lalu sudah pasti mencecah tiga trilion yen (RM111 bilion) yang dibelanjakan selepas gempa Kobe pada 1995 dan kemungkinan mencecah lima trilion yen seperti yang diramalkan pembangkang utama Parti Liberal Demokratik, kata Keiichi Ishii iaitu ketua dasar New Komeito, parti pembangkang kedua terbesar negara itu.
“Ada kemungkinan perlunya terbitan bon-bon menampung defisit,” kata beliau kepada Reuters.
Ishii berkata kerajaan harus memberi tumpuan untuk memotong perbelanjaan-perbelanjaan lain yang kurang diperlukan agar dapat berjimat cermat bagi kerja-kerja pembinaan semula sebelum membuat pinjaman dengan menerbitkan bon-bon baru.
Katanya, salah satu opsyen ialah menyalurkan wang daripada perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu seperti dana yang diperuntukkan untuk penambahbaikan faedah-faedah sokongan kanak-kanak dalam bajet tahunan kewangan akan datang bermula April ini.
“Terbitan bon kemungkinan kelihatan ketara buat sementara. Tetapi kerajaan perlu menunjukkan bahawa ia akan cuba untuk meletakkan terbitan bon baru serendah yang boleh dengan memotong apa yang boleh dalam bajet negara,” katanya lagi.
Katanya lagi, kerajaan harus timbang untuk mengatasi ketidakstabilan pasaran kewangan dengan langkah-langkah seperti melarang jualan singkat saham atau campur tangan dalam pasaran mata wang dengan mengawal kenaikan nilai yen.
Ishii dilihat sebagai pemimpin yang mahir dalam hal ehwal kewangan dan pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri kewangan di bawah LDP sebelum parti itu kalah kepada Parti Demokratik pada 2009.
Kerajaan Perdana Menteri Jepun Naoto Kan memerlukan kerjasama parti-parti pembangkang seperti New Komeito untuk meluluskan bajet di Parlimen yang kekuatannya kini berbelah bahagi.
Dalam pada itu, laporan Reuters dari Amsterdam pula berkata, Jepun memerlukan lima tahun untuk kembali pulih daripada kemusnahan dan kerosakan dialami sekarang.
Meskipun Jepun, pasaran pembinaan ketiga terbesar di dunia itu, mempunyai sumber, kemahiran dan kepaduan untuk membina semula dengan cepat, tetapi bencana kali ini kemungkinan akan menyebabkan ia berfikir dengan mendalam mengenai perancangan dan perlindungan.
Selain gempa bumi dan tsunami ia juga berhadapan dengan krisis nuklear.
“Proses pembinaan semula selepas gempa bumi Kobe di Jepun pada 1995 mengambil masa kurang lima tahun. Saya menjangkakan pembinaan semula di sini akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun,” kata Abhas Jha, ketua program unit pengurusan risiko Asia Timur, Bank Dunia.
Ada yang meramalkan kos pemulihan dan pembinaan semula dijangka menelan hampir RM530 bilion (AS$180 bilion) atau tiga peratus output ekonomi tahunan Jepun.
Bagaimanapun Jha mengingatkan bahawa angka itu lazimnya akan disemak semula.
“Ini adalah bencana sekali dalam setiap 100 hingga 20 tahun,” kata Hirokazu Anai, penganalisis kanan di J.P. Morgan Securities di Jepun.
“Ini akan memaksa kami untuk berubah dalam pemikiran infrastruktur dan peraturan keselamatan, dan ia akan memakan masa,” katanya lagi. – Reuters

PAS Sabah nafi ahli sertai umno

Badan Perhubungan Pas Negeri Sabah ingin merujuk kepada laporan akhbar Utusan Borneo bertarikh pada 16hb Mac 2011 pada muka surat 2 yang bertajuk “PAS guna Masjid, Surau sebar politik kata Jumat”.

1. Ingin ditegaskan bahawa PAS Sabah tidak pernah mempunyai ahli yang bernama Ag Hanafi Pg Tajudin dan cawangan PAS Kg Rampayan serta ahli berjumlah 50 orang.  Oleh yang demikian Kenyataan bahawa ahli PAS keluar parti dan cawangan dibubar adalah tidak benar sama sekali.
2. PAS juga ingin menafikan ada menubuh Sekolah Tahfiz di Bandar Sierra Kota Kinabalu sepertimana yang didakwa. PAS tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan sekolah tersebut.

3. Berhubung tuduhan PAS menjadikan Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik, PAS ingin mencabar kepada UMNO dengan memberi bukti-bukti bahawa UMNO tidak terlibat langsung dan tidak langsung menjadikan Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik bagi kepentingan UMNO.

PAS Sabah akan terus berjuang membela nasib dan hak-hak rakyat negeri ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama demi negeri Sabah yang tercinta.PAS menyeru kepada rakyat negeri ini agar membuat perubahan politik dan seterusnya menafikan Sabah negeri simpanan tetap Barisan Nasional.


PAS For All - Islam Adil Untuk Semua

Haji Muhamad Bin Abdullah
Pesuruhjaya PAS Sabah
019-5848069

Banjir: Amaran awal elak kerugian RM205 juta

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) berkata, RM205 juta kerugian akibat banjir hujung tahun lalu dan awal tahun ini, boleh dikurangkan jika kerajaan cekap menguruskan sistem amaran awal.
Kerana kegagalan mewujudkan sistem amaran awal juga katanya, beliau bersama Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) terperangkap di Johor baru-baru ini selepas kempen Pilihan Raya Kecil Tenang.
"Saya dengan Pokok Sena terperangkap dalam banjir, tak ada amaran sedangkan hujan tujuh hari berturut-turut semasa kempen pilihan raya Tenang.
"Saya masuk jalan, tak ada orang jaga untuk beritahu di hadapan banjir, sampai kami terperangkap," katanya.
Beliau turut menyelar sikap pemimpin BN sebelum ini yang menghina kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dalam isu bantuan banjir.
Katanya, bila banjir serupa berlaku di Johor iaitu negeri Timbalan Perdana Menteri, segalanya ditonjolkan seperti baik belaka.
"Masa banjir di Kedah, Timbalan Perdana Menteri kondem Menteri Besar Kedah kononnya tak aktif, sedangkan rumah Menteri Besar sendiri dilanda banjir.
"Tapi bila Pagoh kena, tempat Timbalan Perdana Menteri, senyap tak kata apa-apa," katanya.

WHO: Tiada bukti radiasi Jepun menular negara lain

Keadaan reaktor No.3 dan 4 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang rosak teruk akibat bencana berganda sejak gempa bumi di Jepun, Jumaat lalu. – Foto Reuters
BEIJING, 16 Mac – Perwakilan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di China hari ini menegaskan bahawa tiada bukti radiasi dari kompleks tenaga nuklear di timur laut Jepun menular secara ketara ke negara-negara jiran. “WHO mahu memberi jaminan kepada kerajaan dan orang ramai bahawa tiada bukti buat masa sekarang penularan antarabangsa secara signifikan dari loji nuklear (di Jepun),” kata Michael O’Leary, wakil WHO di China, dalam satu kenyataan.
“Khabar angin disebarkan menerusi mesej berteks dan cara-cara lain kononnya ancaman radiasi menular merentasi Asia dan negara-negara lain ekoran kemudahan nuklear yang rosak di Jepun,” katanya.
“Kerajaan-kerajaan dan orang ramai digalak supaya mengambil langkah untuk menghentikan khabar angin (seperti ini), yang membawa kesan buruk kepada moral orang ramai,” katanya lagi. – Reuters

Panel bebas Interlok tumbang, ahli India tarik diri

Kemelut sekitar Interlok dilihat makin sukar diselesaikan apabila panel bebas yang mengkaji cadangan pindaan novel kontroversi itu kehilangan semua wakil daripada masyarakat India.

indian plight forum 391106 uthaya shankarDalam mesyuarat susulan mereka di parlimen selepas bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, ketiga-tiga wakil India dalam panel itu memilih berundur daripada badan yang dibentuk kerajaan itu.

Menurut penulis Uthaya Shankar SB (kanan), tindakan itu diambil setelah mendapati anggota penel lain berubah fikiran dengan menolak satu demi satu daripada kira-kira 100 pindaan yang dicadangkan mereka.

"Jadi, kami rasa dikhianati," katanya sambil menegaskan perkara itu sudah pun disepakati dalam perbincangan mereka sebelum ini.

Selain Uthaya, dua lagi anggota yang mewakili masyarakat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.

dr shamsul amriAwal petang tadi, panel lapan orang yang diketuai pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Shamsul Amri Baharuddin (kiri) mengadakan pertemuan tertutup dengan Muhyiddin bagi membentangkan hasil perbincangan mereka.

Ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Uthaya menjelaskan, selepas membentangkan cadangan mereka kepada timbalan perdana menteri, semua pihak sepakat menggugurkan perkataan "paria" dalam novel itu.

Muhyiddin: Terlalu banyak...
Bagaimanapun, menurutnya, Muhyiddin menyifatkan cadangan melibatkan kira-kira seratus pindaan itu terlalu banyak dan minta ia dikurangnya.

"Beliau (Muhyiddin) selepas itu beredar. Kami pun terus berbincang semula sehingga tiga jam. Tetapi semua (cadangan asal) dibantah," katanya dengan nada tidak puas hati.

NONEDitanya tentang butiran perbincangan hari ini, Uthaya menjelaskan, ia antaranya mengenai pengguguran peribahasa India yang salah, ejaan "tali" yang merujuk kepad ikatan perkahwinan masyarakatnya dan penggunaan huruf "t" besar bagi merujuk kepada Tuhan bukan Islam.

"Kata mereka (semua penggunaan) itu tidak sensitif. Mana mereka tahu sensitif atau tidak?

"Kami masyarakat India, kami tahulah mana yang sensitif, mana yang tidak," kata novelis dan penulis cerpen terkenal itu.

Uthaya bagaimanapun enggan menyifatkan tindakan itu sebagai satu protes sebaliknya hanya mengambil tindakan yang "sepatutnya".

"Kami dibawa masuk bagi melihat perkara yang sensitif bagi masyarakat India. Jadi, kalau kami tidak ada, tidak tahulah," jawapnya ketika ditanya pandangannya sama ada panel tersebut boleh dianggap telah tumbang.

Penarikan diri ketiga-tiga mereka menyebabkan panel itu terpaksa menamatkan sidang mereka, tambah Uthaya.

Berbilion-bilion ringgit untuk pelihara Dinosaur Ekonomi

Di Malaysia, industri pertahanan dalam bidang ekonomi pada hakikatnya merupakan "dinosaur" yang harus disingkirkan sejak awal lagi.  Berbilion-bilion ringgit diperuntukkan kerajaan kita untuk menggerakkan sektor yang berorientasikan kecanggihan teknologi ini, namun tidak membawa apa-apa kesan ekonomi secara langsung mahupun tidak langsung sebaliknya.
Perbelanjaan pertahanan adalah antara perbelanjaan kerajaan yang tertinggi, menelan bilion, malah belasan bilion ringgit setiap tahun.  Menurut statistik daripada Stockholm International Peace Research Institute, perbelanjaan pertahanan Malaysia mencatat USD 4.078 bilion (lebih RM12.5 bilion) pada tahun 2009, bersamaan 2% daripada GDP.
Sejak Jun 2010, kerajaan Malaysia telah memberi kontrak dengan jumlah nilai RM9 bilion sekurang-kurangnya untuk pembelian aset pertahanan baru dan pemeliharaan aset yang sedia ada.  Kontrak yang bernilai kira-kira RM6 bilion dianggarkan akan diberikan seterusnya, dan kedua-duanya membawa kepada jumlah RM15 bilion.  Selain itu, dalam Defence Fair pada tahun lalu, kerajaan telah menandatangani kontrak pertahanan negara yang nilai keseluruhannya berjumlah lebih RM10.4 bilion.
Kerajaan telah memperuntukkan bajet RM 21 bilion kepada pertahanan di bawah Rancangan Malaysia kesembilan (tahun 2006-2010), bersamaan 10.6% perbelanjaan pembangunan.  Bajet peruntukan ini melonjak kira-kira 10%, kepada RM 23 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (tahun 2011-2015).  Daripada perkiraan di atas, purata perbelanjaan tahunan untuk pertahanan mencatat RM4.4 bilion, dalam tempoh tahun 2006 hingga 2015.
Industri pertahanan bercanggah dengan logik ekonomi
Jika mengikut teori ekonomi, peruntukan kerajaan Malaysia yang mencecah bilion ringgit ke dalam bidang yang berorientasikan kecanggihan teknologi, seharusnya menikmati peningkatan produktiviti dan penurunan kos daripada ciptaan teknologi baru.  Namun, mengapa sektor industri pertahanan Malaysia gagal mengecapi manfaat ini daripada teknologi yang canggih, sebaliknya terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang semakin tinggi dari tahun ke tahun?
Persoalannya, mengapa sektor pertahanan ini bercanggah dengan logik ekonomi?  Terdapat dua masalah pokok di sini.
Pertamanya, bidang pertahanan adalah sebahagian daripada dasar afirmatif bumiputera.  Atau lebih tepat, merupakan salah satu saluran penting kerajaan untuk menyokong kroninya.  Keistimewaan sektor ini adalah, hampir kesemua syarikat yang terlibat dimiliki bumiputera, malah tiada "persaingan pasaran".  Semua kontrak pertahanan diberikan secara terus.  Kontrak yang diberikan bertujuan untuk memanfaatkan usahawan bumiputera, terutamanya kroni.  Lantaran daripada itu, dengan syarat "tidak kira apa pun harga yang perlu dibayar", maka nilai kontrak semakin melonjak.
Misalnya, kerajaan memberi satu kontrak pembinaan enam buah patrol vessel kepada PSC Industries Bhd, yang dikuasai korporat bumiputera terkenal, Amin Shah Omar Shah.  Harga asal pembinaan adalah RM5.35 bilion, tetapi tundaan yang berlaku telah melonjakkan kosnya kepada RM6.75 bilion pada Januari 2007.
Tiada perpindahan teknologi
Keduanya, perbelanjaan pertahanan negara lebih kepada pembelian aset ketenteraan seperti Armored Personnel Carrier (APC), kapal selam, patrol vessel; atau perbelanjaan untuk memeliharanya, hampir tidak melibatkan kajian dan penyelidikan teknologi yang canggih, malah tidak melibatkan perpindahan teknologi.
Dalam pembangunan industri pertahanan, penguasaan kemahiran teknologi adalah kuncinya, dan juga aset yang paling bernilai.  Semakin canggih, semakin kompleks malah semakin kuat kuasanya senjata ketenteraan, maka semakin tinggi harga produknya.
Untuk Malaysia yang ketinggalan dari segi kecanggihan teknologi, kita hanya bergantung kepada teknologi alat pertahanan negara lain, dan kemudian memasang di tempatan (misalnya APC), atau terus import dari luar negeri (misalnya kapal selam).  Kesemua ini tidak melibatkan perpindahan teknologi dari luar ke dalam negeri, malah juga tidak melibatkan penyelidikan yang bakal berakhir dengan penemuan atau ciptaan baru.  Dalam perkara ini, pengalaman PROTON menjadi pengajaran terbaik.  Sungguhpun industri otomobil Malaysi telah mempunyai sejarah 25 tahun, namun PROTON tetap gagal bersaing di pasaran antarabangsa - kerana selama ini kita hanya tumpu kepada kerja pemasangan - tiada penyelidikan, atau perpindahan teknologi.
Selain itu, industri pertahanan adalah sektor industri dengan sensitiviti yang tinggi.  Apabila pelabur mencurah wangnya untuk penyelidikan teknologi senjata tercanggih, ia berkemungkinan besar melibatkan rahsia ketenteraan, yang sudah pasti tidak akan dikongsi teknologinya.
Dalam suasana dan keterbatasan sedemikian, bidang pertahanan di Malaysia bukan satu sektor ekonomi yang "produktif", malah cenderung sebagai sektor "belanja" atau "tidak produktif".  Keadaan ini menjelaskan mengapa peruntukan bilion, malah belasan bilion ringgit ke dalam bidang ini tidak mendatangkan manfaat ekonomi secara langsung atau tidak langsung.  Malah, ia tidak mendatangkan manfaat dalam hal civilian use yang menggerakkan tamadun manusia.
Pertahanan vs Keselamatan vs Ancaman
Pada dasarnya, perbelanjaan pertahanan mempunyai hubungan yang langsung dengan keselamatan negara dan ancaman luar.  Perbelanjaan pertahanan akan melonjak apabila keselamatan negara hendak dipertingkatkan, atau ketika kita berdepan dengan ancaman luar.  Peningkatan keselamatan atau penangkisan ancaman luar melalui pertambahan peruntukan pertahanan negara akan membawa kesan positif external (luaran) terhadap ekonomi negara, termasuk produktiviti ekonomi, pertumbuhan ekonomi yang stabil dan mengukuhkan keyakinan pelabur asing.
Namun demikian, 54 tahun sejak kemerdekaan Malaysia (Tanah Malaya) - selain ancaman daripada Parti Komunis Malaya dan Konfrontasi Indonesia pada peringkat awalnya, kita tidak berdepan dengan peperangan atau ancaman serangan luar untuk 40 tahun yang lalu.  Kekuatan pertahanan atau ketenteraan Malaysia bukan pertimbangan pelabur asing sejak permulaannya.  Sebaliknya, pelabur asing lebih mementingkan pasaran yang bebas, struktur ekonomi dan politik yang sarat dengan amalan rasuah, struktur dan kerenah biroktasi, sumber manusia yang tidak berdaya saing, kadar penjenayahan dan sebagainya.
Oleh itu, peningkatan perbelanjaan pertahanan langsung tidak mencerminkan, malah memenuhi keperluan realiti yang sebenar.  Dengan erti kata lain, peningkatan perbelanjaan pertahanan untuk melindungi negara dari serangan luar langsung tidak berfungsi untuk memantapkan pembangunan ekonomi dan mengukuhkan keyakinan pelabur asing, sebaliknya menimbulkan masalah "perbelanjaan yang terlebih".
Lebih tepat, bidang industri pertahanan yang didukung dengan wang berbilion-bilion ringgit ini sekadar untuk menyokong aktiviti merentir (rent-seeking) kroni, untuk mengekalkan politik naungan (patronage), dan tidak membawa apa-apa kebaikan ekonomi.

*Neo Chee Hua

Nuklear di Jepun dan Rare Earth di Kuantan

Saya turut serta rakan - rakan Ahli Parlimen yang lain di dalam solidariti dan menyampaikan ucapan takziah kepada Negara serta rakyat Jepun.  Ribuan nyawa manusia telah kehilangan akibat tragedi tersebut.  Ribuan manusia bersedih di atas kehilangan dan kematian keluarga tercinta.  Malah seluruh dunia berdukacita diatas bencana yang Alam Sekitar dan keselamatan penduduk bukan merupakan satu isu yang selalu mendapat perhatian awam di Malaysia sehinggalah tragedi seperti ini berlaku dan kita semua telah menyaksikan dengan perasaan gerun bercampur terharu serta sedih melalui kaca televisyen tentang bagaimana dasyatnya keadaan di Negara Jepun apabila tsunami melanda.
Sehubungan dengan perbahasan Alam Sekitar ini, saya ingin membawa isu berkenaan refinery plant ataupun logi pemprosesan rare earth kepunyaan Lynas Corp Ltd di Kuantan.  Perkara ini telah saya bangkitkan buat pertama kalinya di dewan yang mulia ini pada 18 November 2008 dan seterusnya buat beberapa kali lagi.  Namun perkara ini masih belum dianggap penting oleh Kerajaan Malaysia.  Projek ini masih diteruskan sehinggalah seorang wartawan NYT, Keith Bradsher telah terbang jauh ke Kuantan untuk membuat penyelidikan dan seterusnya akhbar New York Times pada 7 November 2011.
Apabila masyarakat antarabangsa mula mengambil perhatian tentang perkembangan yang berlaku di Malaysia berkenaan isu ini, maka rakyat di Malaysia juga sudah mula bercakap dan berbahas di kedai kopi serta di media sosial dan internet.
Setelah lebih dua tahun berbahas mengenai isu ini saya masih tidak faham apakah rasionalnya Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Pahang bertegas dan beria-ia mahu meneruskan projek ini.  Jelas tiada siapa yang akan mendapat keuntungan dari projek ini.
Memang industri ini merupakan industri yang strategik akan tetapi, wajarkah Malaysia melibatkan diri didalam keadaan tiada keuntungan buat Negara kita? Memang kita tiada mendapat keuntungan langsung.  Hanya risiko yang menanti.
Hanya risiko yang menanti
Saya jelaskan dan tegaskan keadaan ini adalah kerana:-
1. LYNAS CORPORATION LTD merupakan syarikat milik penuh Australia (tiada 'local partner' di atas kertas).  Maksudnya tiada syarikat milik rakyat Malaysia yang akan mendapat keuntungan dengan projek ini.
2. LYNAS CORPORATION LTD dianugerahkan oleh MITI "Strategic Pioneer Status" - tidak perlu membayar cukai import atau export selama 12 tahun.  Maka tiada keuntungan buat Malaysia dari segi cukai korporat yang dikutip.  Syarikat LYNAS Corp Ltd akan mendapat US$1.7 billion setahun daripada nilai export rare earth dan Malaysia tidak akan dapat satu sen pun dalam bentuk cukai selama 12 tahun.
3. Logi pemprosesan rare earth di Gebeng apabila beroperasi hanya akan mengambil 450 orang pekerja (tidak 'labour intensive').  Kebanyakan pekerja pula akan merupakan tenaga mahir dari luar Negara dan sedikit sahaja bilangan buruh dari tempatan.
Yang ada kesan ke atas kita, hanyalah risiko di atas sisa buangan thorium yang mengandungi bahan radioaktif.  Malaysia mendapat penghormatan menjadi "dumping ground" atau tapak buangan sisa bahan radioaktif dan rakyat Kuantan menjadi mangsa tak pasal-pasal.
Di seluruh dunia, buat ketika ini, selain di Negara China, hanya Negara India yang punyai logi pemprosesan rare earth - itu pun dalam skala yang amat kecil.  Malaysia pula merupakan hanya satu-satu Negara di dunia yang akan melibatkan diri dalam pemprosesan rare earth ini di dalam rangka masa 30 tahun kebelakangan ini.  Apabila seluruh dunia sudah punyai kesedaran tentang bahaya rare earth dan menolak untuk memproses bahan ini selama lebih tiga dekad, Malaysia buat keputusan untuk menerima pula?
Cucu-cicit boleh jadi mangsa
Negara China memang ada kepentingan untuk memproses "rare earth", kerana mereka sekarang mengawal pasaran dunia di dalam industri strategik ini.  Malah kilang LYNAS di Negara China sebelum ini diarahkan tutup kerana Negara Cina mahu mengawal pasaran dunia.  Sekarang ini Negara China juga meletakkan embargo ke atas "rare earth" ini demi untuk menjaga harga di pasaran dunia dan mengaut keuntungan yang lebih banyak.
Negara Amerika Syarikat dan Canada juga mempunyai deposit "rare earth" akan tetapi berhenti melombong bahan ini kerana Negara China dapat menghasilkannya dengan lebih murah.  Negara China yang mempunyai lombong "rare earth" mereka sendiri, mempunyai lebih kurang 30% daripada deposit di dunia akan tetapi mengawal 97% dari produk rare earth dalam pasaran.  Maka di atas sebab itu mereka ada sebab untuk meneruskan pemprosesannya di sana, walaupun logi pemprosesan mereka di Shanghai sungguh-sungguh tidak menepati piawaian Alam Sekitar yang di tetapkan dunia antarabangsa.
Malaysia tiada lombong "rare earth" dan Malaysia tidak PERLU untuk proses "rare earth" ini.  Seluruh dunia selama tiga dekad sudah pun menolak untuk memproses bahan ini.
Penegasan dari saya ialah Negara Malaysia mahupun Kerajaan Negeri Pahang tidak mendapat keuntungan dari jumlah export LYNAS CORP sebanyak US$1.7 billion setahun hasil dari pemprosesan bermula pada penghujung tahun ini.
Apa yang rakyat Malaysia, khususnya warga Kuantan hanya akan dapat ialah sisa buangan yang mengandungi thorium.  Satu bahan yang radioaktif serta juga carcinogenic (boleh menyebabkan cancer).
Yang paling merisaukan ialah, kesan-kesan negatif dari bahan buangan radiaoaktif bukan sahaja akan berlarutan selama satu atau dua tahun - tetapi beribu-ribu tahun!!!  Ini bermaksud, Cucu kita, cicit kita, dan cucu kepada cicit kita juga boleh menjadi mangsa!
Kenyataan PM dan TPM
Saya di fahamkan bahawa Malaysian Atomic Energy Licensing Board (AELB) hanya mengeluarkan lesen kepada LYNAS Corp Ltd untuk bina logi pemprosesan di gebeng Kuantan akan tetapi belum lagi mengeluarkan Lesen untuk beroperasi memproses rare earth. (Memetik Kenyataan Ketua Pengarah AELB)
Timbalan Perdana Menteri juga berkata beliau tidak pasti samada logi Lynas di Gebeng sudah mendapat kebenaran beroperasi atau tidak.  Timbalan Perdana Menteri juga berkata beliau akui bahawa ada kerisauan rakyat berkenaan pembinaan logi rare earth di Gebeng Kuantan ini.
Akan tetapi Perdana Menteri sudah pun membuat kenyataan bahawa semua langkah keselamatan telah diambil di logi Lynas Gebeng.  Mana mungkin PM membuat kenyataan demikian di dalam keadaan AELB masih lagi meneliti prosedur keselamatan berkenaan pengurusan sisa buangan di logi Lynas.
Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya kepada AELB selain dari laporan dalaman agensi, adakah AELB sudah berusaha mendapatkan laporan dan kajian dari Badan Bebas (Independent Risk Assessment) berkenaan risiko yang akan kita bakal hadapi dan impak daripada bahan sisa buangan yang mengandungi thorium ini.  Selama ini apabila saya menuntut satu DEIA dibuat ke atas projek ini, pihak Kementerian buat tak tahu juga.
Tregedi Bukit Merah
Buat masa ini LYNAS masih belum ada perancangan konkrit berkenaan bagaimana sisa yang mengandungi thorium itu akan diselenggara.
Saya tegaskan di sini bahawa apa yang terbaik patut dilakukan oleh AELB ialah hentikan segala niat untuk keluarkan lesen memproses rare earth kepada LYNAS.  Logi LYNAS kini masih di dalam binaan dan belum bermula operasi sehingga penggal terakhir tahun ini.  AELB masih sempat balik ke pangkal jalan dan buat keputusan yang terbaik demi rakyat.
Adakah kita mahu tunggu ada kes seperti di Bukit Merah, ada anak pekerja yang lahir cacat, abnormal, baru kita mahu bertindak?  Adakah nyawa dan keselamatan rakyat Kuantan begitu tidak berharga kepada Kerajaan Malaysia?
Pada ketika ini, kebanyakan rakyat Kuantan sudah pun menyedari risiko yang dibawa oleh logi Lynas ini dan sedang bangkit untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka.  Sekiranya selama ini pihak MOSTI, Kerajaan tempatan mahupun LYNAS mampu memperkecilkan isu ini dengan membuat "PR exercise", kini tidak lagi.
Selaku wakil rakyat di Kuantan usaha saya membela keselamatan rakyat Kuantan akan saya teruskan sehinggalah logi pemrosesan LYNAS yang kini dalam binaan ditutup dan kita hantar mereka balik ke Australia.  Kalau mereka terdesak sangat mahu memproses rare earth mereka, buat lah logi pemprosesan di Negara mereka sendiri.
Sehubungan dengan itu, saya gesa sekali lagi, AELB, untuk hentikan serta merta segala usaha yang menjurus kepada pengeluaran lesen kepada LYNAS untuk beroperasi.  Malah pada saya isu ini tidak seharusnya timbul untuk dibahaskan kerana Kerajaan Malaysia sepatutnya sudah awal-awal lagi menolak projek yang tidak mendatangkan manfaat serta tidak membawa keuntungan serta faedah di dalam semua aspek kepada Negara ini.
Latar belakang maklumat Pemprosesan bahan yang sama di Malaysia sebelum ini:
1. November 1979: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit.  Sisa buangan yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.
2. Jun 1982: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.  Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.  Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.
3. 24 Mei 1985: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.  Kemudian seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan.  Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.  Pelbagai tunjuk perasaan telah diadakan oleh masyarakat setempat sebagai membantah tindakan kerajaan ini.
Kemudian pada 19 September 1985, sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengunjungi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia.  Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.
4. 11 Januari 1985: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu.  Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.  Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan.  Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear.  Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
Kemudian Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil.  Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.
5. Kemudian pada 19 Januari 1994 ARE telah memberhentikan operasinya.

*Fuziah Salleh (gambar kiri) ialah ahli parlimen Kuantan, merangkap Naib Presiden PKR.  Tulisan ini disedut daripada ucapan Perbahasan Titah DYMM SPB Yang Di Pertuan Agung sidang parlimen Penggal Ke-4, Parlimen Ke-12.

Nasib pembeli rumah terbengkalai

Oleh Dr Siti Mariah Mahmud   
Semua kita tahu dan akui yang memiliki rumah menjadi impian setiap rakyat yang menjadi ketua isi rumah. Ketiadaan rumah tidak lah sampai menyebabkan kita mati namun ianya tetap menjadi keperluan asas. Mana-mana kerajaan perlu memikirkan bagaimana  merumahkan rakyat mengikut kemampuan mereka. Namun rumah juga kini menjadi satu “komoditi“ yang diperniagakan.


Perniagaan rumah atau pemajuan hartanah rumah merupakan salah satu perniagaan yang memberi keuntungan besar. Anihnya di dalam perniagaan menjual rumah di Negara kita, risikonya ditanggung oleh pihak pembeli semata-mata. Pemaju rumah juga menanggung risiko namun pemaju rumah dan pemodal mempunyai kuasa dan daya untuk menentukan projek mereka boleh berjaya atau tidak. Berlainan dengan pembeli yang tidak mempunyai kuasa (not within their control at all) langsung untuk menentukan yang kepentingan mereka dilindungi.
Di dalam perniagaan biasanya risiko ditanggung oleh peniaga atau pemodal. Kuasa pembeli terhenti apabila mereka menandatangani dokumen perjanjian jual beli @sales and purchase @ S&P untuk pembelian rumah. Selepas itu sekiranya apa-apa terjadi kepada projek perumahan mereka, bank tetap akan mendapat bayaran balik pinjaman yang dikeluarkan mereka kepada pemaju. Syarikat pemaju pula kalau tidak berjaya melaksanakan projek perumahan kerana apa sebab pun tidak menerima hukuman. Syarikat mungkin ditutup dan  di istiharkan bangkrap, projek perumahan terbengkalai dan dahsyat lagi tidak dapat diselamatkan langsung.
 Pengarah syarikat, CEO syarikat, jurutera dan kontraktor semuanya terlepas bebas. Paling keras pengarah syarikat disenarai hitamkan. Tiada ganti rugi, tiada pembelaan setimpal  kepada pembeli. Yang menanggung adalah pembeli yang terpaksa mengemis hak mereka di sana sini untuk mendapat pembelaan. Mereka “diperas ugut” oleh pihak bank menuntut pembeli membayar hutang bank walaupun rumah tidak siap dan tidak boleh diduduki, jika tidak membayar pinjaman bank mereka akan di CTOSkan, disenarai hitamkan  tanpa belas kasihan. Oleh kerana tiada pilihan lain, pembeli terus membayar pihak bank kerana takut dibangkrapkan oleh pihak bank pula dan urusan pinjaman di masa depan dengan institusi kewangan tidak dibenarkan. Inilah penganiayaan, penindasan dan kezaliman yang canggih dan dibenarkan oleh pihak pemerintah dihalalkan oleh undang-undang. Ini yang dikatakan the RULE OF LAW! Undang-undang digubal untuk memberi keadilan tetapi di dalam undang-undang yang mengawal pemajuan dan pembelian rumah, ia tidak melindungi pembeli. Ia menganiayai pembeli. Di dalam perbahasan persidangan parlimen bulan Disember lepas, saya memohon satu skim insurans atau ganti rugi digubal untuk membantu pembeli rumah terbengkalai. Wakil rakyat BN tak sokong pun, kata bukan tanggung jawab kerajaan kerana masalah ditimbulkan pihak pemaju, kenapa kerajaan perlu tanggung menggunakan guna duit rakyat. Kalau tidak boleh dahulukan rakyat jangan cakap pencapaian diutamakan. Kalau tidak keluarkan duit rakyat untuk bantu rakyat, perketatkan undang-undang atau ujudkan polisi yang adil kepada rakyat.
Kerajaan seolah-olah merestui perkara ini berlanjutan puluhan tahun dengan enggan bertindak terhadap pemilik dan pengarah-pengarah syarikat perumahan. Menjadi pengetahuan umum yang pemilik dan pengarah syarikat perumahan yang dikatakan bangkrap ini akan terus bermain di pesada industri perumahan. Mereka boleh menubuhkan syarikat pemaju perumahan baru dengan memakai proksi yang tiada sejarah hitam yang memang bersih. Hakikatnya mereka terlepas dari tindakan undang-undang kerana tiada undang-undang dalam Negara ini yang mempertanggung jawabkan mereka di atas kecuaian dan amalan pengurusan buruk yang menyebabkan projek perumahan terbengkalai. Saya tertanya juga Dato’ yang di Pertua, kenapa Pengarah Pengurusan syarikat tidak boleh dipertanggung jawabkan bila projek perumahan gagal? Kenapa pihak bank tidak menjadikan mereka penjamin kepada pinjaman syarikat  bila memohon pembiayaan projek perumahan. Kenapa setiap kali projek perumahan gagal, yang menanggungnya ialah pembeli sahaja, pemaju terlepas.? Pihak bank tetap mendapat bayaran balik. Peminjam menanggung segala kerugian dan kepayahan. KPKT tidak dapat buat apa-apa terhadap pemaju. Beritahu Dewan ini berapa buah syarikat pemaju atau pengarahnya pernah diheret ke mahkamah dan apa tuduhan yang dikenakan dan apa hukuman yang mereka terima?
Mungkin bila ditanya, ada pihak akan menjawab, pemaju pun bukannya sengaja atau mahu projek mereka tidak siap. Kerajaan sudah mengadakan pelbagai peraturan dan langkah untuk memantau kemajuan projek. Ini tidak mencukupi dan jika kita tinjau jawapan-jawapan mengenai jumlah rumah terbengkalai kepada KPKT perkara ini masih berlaku. Masalah ini bukan baru. Sudah berdekad. Namun Kerajaan enggan melaksanakan dasar BTS/ bina dan jual kepada pemaju atas alasan ia akan melembabkan industry pembinaan dan kalau dilaksanakan hanya syarikat bermodal tinggi sahaja yang akan mampu menjadi pemaju rumah dan akan menyebabkan monopoli dan harga rumah akan naik. Ini seolah-olah memberi tanggapan yang menteri atau kerajaan tiada kuasa untuk menetapkan harga rumah atau dengan sengaja tidak mahu menentukan dasar penetapan harga rumah. Pada masa yang sama kerajaan mengatakan yang harga rumah sentiasa dipantau tetapi tertakluk kepada harga pasaran. Sungguh mengelirukan.
POLISI BTS@BINA DAN JUAL
Di Negara kita, cadangan untuk membina BTS (Bina dan jual) rumah sudah bercambah dari tahun Sembilan puluhan lagi 1990’s. Persatuan Kebangsaan Pembeli rumah dan Perstuan Pengguna (atau National House buyers association HBA) sudah lama memperjuangkan isu konsep BTS. Hingga kini sudah 20 tahun perjuangan mereka. Malaysia masih tidak kemana. Kerajaan enggan mengenakan polisi yang mewajibkan pembinaan rumah secara BTS ini dan hanya membiarkan REHDA (Real Estate and Housing Developers Association) yang menentukan bila mereka bersedia untuk melaksanakannya.  Berbagai alasan yang mereka berikan dan kerajaan menerima bulat-bulat tanpa sedikit pun mahu mengenakan tekanan ke atas mereka.
Di Singapura konsep pembinaan rumah secara DBSS (Design,Build and sell Scheme ) bermula sejak tahun 1960an lagi. Walaupun konsep pasaran bebas diamalkan di Singapura, namun dalam mendahulukan rakyat, jelas yang di dalam  polisi merumahkan rakyat terbanyak, jiran kita lebih maju dan terkedepan 30 tahun. Mungkin mereka terpaksa berbuat demikian kerana tanah Singapura sekangkang kera dan Malaysia mempunyai tanah yang banyak.
MY FIRST HOME /POLISI RUMAH PERTAMA KU
Pengumuman Perdana Menteri di dalam bajet 2011 pada Disember yang lepas seolah-olah memberi kelegaan kepada golongan muda. Pinjaman 100% kepada golongan Muda berpendapatan bawah RM3000 sebulan untuk pekerja SWASTA untuk membeli rumah berharga di antara RM100,000 ke RM220,000 dan memanjangkan masa bayaran balik sehingga 35 tahun hingga ke generasi selepas peminjam pun boleh dipertimbangkan. Sekali pandang memang nampak seolah-olah akan menyelesaikan sebahagian masalah pemilikan rumah. Kita tidak menafikan yang sebahagian daripada golongan muda yang tinggal di luar kota besar akan mendapat faedah dari skim Rumah Pertama ku ini. Yang tinggal di kota besar seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baru, Ipoh dan lain-lain Bandar akan terpaksa tinggal jauh dari Bandar untuk membeli rumah dalam lingkungan kos ini. Masalahnya dibandar-bandar besar rumah di dalam lingkungan kos ini sudah tiada atau amat sedikit berbanding dengan permintaan. Di lembah Kelang ini pun, harga purata rumah ia lah RM390,000 (mengikut CAP). Kajian Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REHDA), harga purata rumah teres di Lembah Kelang suku akhir 2011 ialah RM430,000.
 Memang banyak rumah yang dibina tetapi nisbah rumah mampu dibeli dengan permintaannya sangat tidak sepadan. Ini telah dibuktikan dengan Jawapan kepada soalan bertulis saya kepada KPKT pada bulan Disember 2010 yang menunjukkan dari 2,875,600 unit rumah yang telah dibina di Lembah Kelang di antara tahun 2005 hinggan bulan ogos 2010, 80% (2,296,900 buah) adalah kos rumah harga tinggi. Rumah kos sederhana hanya 10%  dan rumah kos rendah juga hanya 10% sahaja. Bagaimana pihak kerajaan boleh meluluskan permohonan sebegini apabila 40% daripada rakyat kita masih berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan. Saya kira rumah di antara RM100,000 ke RM220 jatuh di bawah kategori rumah kos sederhana. Ini bermakna pekerja swasta yang berpendapatan isi rumah RM3000 sebulan tidak akan dapat membeli rumah di lembah Kelang. Mereka kena beli rumah di MERU, SERENDAH, KUALA SELANGOR dan pekan-pekan lain di luar KL dan berulang kerja berpuluh KM. Dengan masalah pengangkutan awam yang tidak efisien dan harga petrol yang tinggi, adakah kumpulan ini akan ada “disposable income” @ pendapatan boleh belanja lagi selepas membayar pinjaman rumah, pinjaman kenderaan dan lain-lain perbelanjaan perlu? Saya skeptical dengan skim ini. Ia hanya indah khabar dari rupa.
Paling akhir pengerusi REHDA sudah awal-awal lagi mengatakan kajian REHDA dikalangan ahlinya menjangka harga rumah akan melonjak 20% dalam enam bulan pertama tahun ini disebabkan kenaikan harga petrol dan bahan binaan. Malah mereka dari awal mengatakan yang mereka tidak boleh bina rumah yang berharga RM200,000 di  Lembah Kelang kerana kos tanah yang tinggi. REHDA awal-awal lagi meminta kos rumah yang dibenarkan di bawah skim ini di tingkatkan ke RM350,000. Kalau ini dibenarkan oleh pihak kerajaan, bermakna samada peminjam di bawah skim ini akan makan pasir atau bayaran balik hanya boleh diselesaikan oleh generasi kedua!
Apakah perancangan kerajaan untuk memastikan polisi ini disokong oleh pihak pemaju? Apakah polisi kerajaan untuk memastikan nisbah rumah mampu milik dengan jumlah pembeli mencukupi? Adakah kerajaan akan memastikan di dalam melaksankan “greater KL” nanti peruntukan kawasan perumahan kos rendah sederhana dan rendah dibina berhampiran dengan laluan MRT dan tidak hanya mementingkan pembinaan kawasan perniagaan semata-mata.? Apakah polisi kearajaan untuk memastikan yang rumah kos rendah dan sederhana dimajukan berhampiran pusat-pusat Bandar dan aktiviti ekonomi. Skim ini akan gagal jika pihak kerajaan tidak mewujudkan kawasan-kawasan perumahan kos rendah dan sederhana ini di tanah-tanah milik institusi kerajaan seperti di RRI dan Sg Besi. Jangan apabila kawasan ini dibangunkan ianya dipenuhi dengan rumah tidak mampu milik rakyat. Nanti hanya yang kaya akan tinggal di KL dan pusat-pusat Bandar.
Trend pembangunan Bandar di Negara ini telah menunjukkan setiap kali sesebuah kawasan dibangunkan, rumah atau pangsapuri yang dibina berhampiran dengan nadi ekonomi terlalu mahal dan tidak mampu dibeli golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Penduduk yang telah lama tinggal di situ akan di usir dan dipindahkan di satu tempat yang jauh dari tempat mereka mencari rezeki.  Kerajaan terlalu memberi muka kepada pemaju hingga mengabaikan golongan berpendapatan rendah. Sekarang trend memajukan kawasan ladang-ladang beribu-ribu ekar, yang dahulunya memberi tempat tinggal berpuluh tahun kepada pekerja ladang, bila hendak dibangunkan pemilik enggan memberi tanah untuk rumah dan ganti rugi yang diberikan terlalu sikit, tidak dapat beli rumah kos rendah pun… kalau dulu pekerja ladang tergolong sebagai golongan luar Bandar yang miskin , bila kawasan mereka dimajukan, mereka jadi golongan miskin Bandar pula. Kita lihat sekarang bagaimana pekerja estet di Sepang diberi gantirugi hanya RM11,000 sebagai ganti rugi….

Pemantau media jangka lebih sekatan di internet

Kumpulan pemantau kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menjangkakan kawalan lebih ketat ke atas internet apabila Malaysia menuju ke arah pilihan raya ke-13.

Dalam laporan tahunannya yang berjudul 'Internet Enemies' atau 'Musuh Internet' kumpulan pemantau itu berkata tidak mungkin kerajaan mengurangkan tekanan khususnya kepada penulis internet dan blog kerana ia dilihat sebagai “sumber yang lebih berwibawa berbanding media tradisional” di Malaysia.

NONERSF berkata internet di Malaysia membekalkan “perbicangan dan landasan bagi berdebat yang tiada bandingannya” dan “ubat paling mujarab bagi menentang penapisan sendiri” yang dilakukan oleh media tradisional kerana gentar lpermit yang diberikan menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ditarik balik.

“Penulis blog Malaysian masih ditekan tetapi mendapat sokongan di kalangan rakyat yang tidak lagi berpuas hati dengan versi rasmi 'sesuatu kenyataan', kata laporan yang dikeluarkan pada Hari Menentang Penapisan pada 12 Mac lalu.

“Dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, cengkaman pihak kerajaan ke atas penulis blog dijangka semakin kukuh.”

Nuklear: MPMUKM seru semua pihak bersikap rasional

BANGI, 16 Mac: Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM (MPMUKM) menyeru kepada semua pihak agar bersikap rasional dan matang dalam memahami dan menangani isu kemalangan reaktor di Jepun.
“Kita seharusnya bersikap rasional dan matang dalam hal (kemalangan reaktor) ini,” kata Speaker MPMUKM, Mohd Arif Misrol.
Katanya, kekalutan dan kekeliruan maklumat yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab harus ditangani dengan cermat agar ia tidak menimbulkan polemik kepada semua.
Ketika diminta mengulas tentang kemalangan di Kompleks Reaktor Fukushima Daiichi di Jepun, beliau yang juga merupakan siswazah Sarjana Keselamatan Sinaran dan Nuklear berkata, letupan yang berlaku bukanlah letupan daripada tindak balas nuklear, tetapi berpunca daripada tindak balas kimia gas hidrogen dengan oksigen.
“Teras (core) reaktor tidak mengalami kebocoran dan masih stabil. Tidak timbul isu kemalangan ini bakal mengulangi peristiwa Chernobyl pada 1986,” katanya.
Tambahnya,  kesan kemalangan itu tidak merebak ke Malaysia.
Menurutnya lagi, sehingga hari ini, pengesan keradioaktifan di stesen-stesen terpilih di negara ini menunjukkan bacaan yang normal.
“Pada peringkat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kemalangan ini berada pada tahap 4 (paling tinggi 7) iaitu kemalangan yang memberi ‘kesan pada peringkat tempatan’ (accident with local consequences)”
“Berkaitan dengan kesan radiasi, bacaan tertinggi dicatatkan dalam reaktor, tetapi tahap radiasi ini akan menurun ke tahap yang secara relatif masih selamat di luar reaktor. Cuma sebagai langkah berjaga-jaga, pemindahan orang awam dilakukan,” ujarnya.
Sambil menasihatkan pengamal media dan pemimpin negara agar berhati-hati dan mengkaji dalam menyampaikan maklumat dan memberikan pandangan, beliau berkata, pengamal media tidak harus menggunakan peristiwa itu sebagai bahan sensasi yang menimbulkan suasana yang tidak selesa di negara ini.
Katanya, mereka perlu menanamkan kefahaman yang betul kerana ini yang lebih baik dalam usaha menunaikan tuntutan mereka untuk mendidik rakyat.
Beliau menambah, pemimpin negara harus berilmu dan dilihat berpengetahuan dalam menyampaikan pandangan.
Baginya, agak memalukan sekiranya penerangan yang diberikan tersasar dan bersalahan dengan fakta yang sebenar.
Justeru, beliau mencadangkan agar pakar-pakar yang berkaitan dengan perkara itu, terutama daripada Jabatan Sains Nuklear UKM, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)  diberikan peluang seluas-luasnya oleh semua pihak untuk memberikan pandangan dan nasihat, sama ada dalam temuramah televisyen, penulisan akhbar dan kenyataan akhbar agar polemik ini dapat ditangani dengan sihat dan matang.

Sensasi: Gara-Gara Kebajikan Mereka Tidak Di Jaga

Maka Blogger Pembela Negara (BPN) Dan Unit Media Baru (UMB) UMNO Akhirnya Bertempur Di Alam Siber

Terkadang kami rasa simpati dengan nasib yang menimpa Blogger Pembela Negara (BPN), iaitu satu kumpulan blogger "hardcore" yang kerjanya menyokong apa saja kerja buat Kerajaan UMNO BN tanpa menggunakan otak dan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Mereka menyokong secara membuta tuli segala yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN hatta merasuah, menipu rakyat, menyeleweng wang rakyat dan menindas rakyat. Malah, kalau ditanya kepada blogger-blogger ini, bagi mereka hanya UMNO BN sahaja yang layak memerintah negara ini sehingga ke hari kiamat. Iman dalam dada mereka terlalu nipis untuk melihat kebenaran. Mereka lebih rela menerima hakikat bahawa "pakatan karat" itulah yang patut memimpin negara ini biarpun tahu bahawa sejak akhir-akhir ini mereka sendiri tertipu dengan segala janji-janji manis oleh pemimpin UMNO BN itu sendiri. Terbaru, krisis diantara bloggers dengan Unit Media Baru UMNO (UMB) yang berlarutan sehingga menyebabkan berlakunya cabar mencabar dan tuduh menuduh antara satu sama lain. Bagi BPN mereka kecewa kerana tidak mendapat layanan istimewa seperti UMB setiap kali berlakunya pilihanraya. Terbaru, di Kerdau dan Merlimau yang menyaksikan BN menang "tak bermaruah" di kedua-dua kawasan itu. Puak-puak BPN kecewa kebajikan mereka tidak dijaga sedangkan sebelah pihak lagi "ditatang bagai minyak yang penuh". Sedangkan, bagi mereka BPN telah menjalankan tugas lebih baik dari UMB itu sendiri. Kekecewaan itu tambah berpanjangan hingga ada sikap tidak puas hati dan kecewa dengan perjuangan "mata pena" mereka selama ini.


Inilah logo Blogger Pembela Negara lawan Unit Media Baru UMNO
Malah, paling menarik mereka bukan sahaja bergaduh sesama sendiri tetapi juga sanggup menyerang pemimpin UMNO sedia ada sekarang. Antara pemimpin yang terus diserang oleh BPN ialah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan terbaru Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdulah (Ahli Parlimen Temerloh). Berbagai tuduhan dibuat kepada pemimpin terbabit kononnya mereka adalah "Kuda Trojan PKR" dalam UMNO dan mendesak PM memecat Saifuddin daripada kabinetnya. Maknanya, kumpulan ini akan menentang mana-mana pemimpin UMNO yang cuba untuk menyatakan kebenaran seperti apa yang berlaku kepada Saifuddin yang banyak mempertahankan hak-hak dan kebebesan Mahasiswa dan mahu Akta Universiti Kolej & Universiti (AUKU) dikaji semula selasa dengan perkembangan semasa. Maka, Saifuddin dituduh pengkhianat hanya kerana hadir dalam satu majlis forum mahasiswa bersama Nurul Izzah Anwar di Universiti Malaya baru-baru ini.

Blogger BPN Pahang, Braveheart Semakin Meracau
Di Pahang, blogger BPN yang paling "hardcore" ialah Braveheart (foto) Beliau antara blogger terawal dan terunggul menyokong kerajaan UMNO BN di Pahang dengan membuta tuli. Baginya hanya UMNO yang layak memerintah negeri Pahang walau pun tahu isu rasuah, penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh pemimpin terbabit. Braveheart dilihat semakin "kemaruk" selepas "Bossnya" yang mahu diangkat semula sebagai pemimpin UMNO Pahang tiba-tiba menghembuskan nafas yang terakhir pada 28 Februari lalu. Beliau yang dimaksudkan ialah Datuk Azizan Yaakob, blogger Melayu Raya Daily yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar. Braveheart antara orang yang kecewa apabila Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob membuang nama Datuk Azizan sebagai calon Pilihanraya Umum ke-10 ketika itu. Baginya pemimpin terbabit masih muda dan mempunyai tenaga untuk menyumbangkan jasa. Malah Datuk Azizan dipercayai pernah mendapat anugerah daripada PM Mahathir Mohamad satu ketika dulu. Bagi Bravehearts, tindakan MB tidak mencalonkan Datuk Azizan sesuatu yang amat malang. Justeru itu, beliau dan proksi-proksinya di Jerantut berusaha untuk menganggat semula pemimpin terbabit. Malah, terdapat juga satu "master plan" yang dibuat untuk memastikan Datuk Azizan bangkit semula dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. Mereka mahu beliau menjadi calon Parlimen Jerantut bagi menggantikan wakil rakyat sedia ada. Malah, banyak blog-blog yang pro kepada UMNO dibina oleh Bravehearts untuk menjatuhkan UMNO Jerantut sendiri. Sebab itu kita tidak hairan, blog-blog terbabit banyak menyerang pemimpin UMNO bahagian itu, sedangkan mereka sendiri adalah pro UMNO. Semua itu bagi memastikan pemimpin yang ada sekarang dijatuhkan dan ditolak rakyat dan pemimpin yang mereka kehendaki diangkat. Inilah perancangan licik yang tidak diketahui oleh pemimpin UMNO Jerantut sebenarnya. Namun, Allah lebih sayang kepada Datuk Azizan dan beliau telah kembali ke rahmatullah hujung bulan lalu. Ini menyebabkan, Braveheart dan team bloggernya di Jerantut bagai "cacing kepanasan" dan mula "meracau tidak tentu hala". Mereka menyerang Pahang Daily Online yang terus membongkarkan kepincangan UMNO BN itu. Sebaliknya mereka terus menyokong parti yang telah banyak merosakkan masa depan orang Melayu itu sendiri.
PDO.

Kitab Injil: Persatuan Ulama kata BM untuk semua, usah halang Kristian

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkata langkah kerajaan mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang dirampas Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang adalah keputusan bijak dan tidak wajar dihalang menggunakan terbitan itu.
Menurut Yang Dipertua PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir, pihaknya tiada halangan dengan keputusan terbaru kerajaan ini kerana Bahasa Malaysia milik semua rakyat Malaysia termasuk yang beragama Kristian.
“Ia bagus, bagi saya ia tiada masalah dan saya juga boleh membaca kitab Injil itu kalau ada.
“Kita di Malaysia ini Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan rakyat kita terdiri daripada pelbagai latar belakang... ada yang Islam, ada yang Kristian, ada yang Buddha dan ada yang Hindu dan banyak lagi.
“Jadi kenapa kita perlu halang mereka dari gunakan Bahasa Malaysia dalam buku-buku mereka, sebenarnya ia memang tiada masalah, kalau boleh terjemahkan dalam semua buku agama dalam Bahasa Malaysia,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Semalam, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang, sejak 2009, — beberapa hari selepas pelbagai pihak mendesak kerajaan berbuat demikian.
Keputusan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicap dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”.
Beberapa pihak termasuk PAS berpendapat tidak wajar kitab Injil dalam Bahasa Malaysia seharusnya tidak ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata sejak 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya.
Kata Sheikh Abdul Halim, Bahasa Malaysia sepatutnya tidak dipolitikkan atau dibahaskan termasuk penggunaannya dalam kitab Injil.
“Saya positif dalam perkara ini, bila ada dalam Bahasa Malaysia orang Islam boleh baca dan boleh buat perbandingan dengan al-Quran, bahasa inikan perantara jadi ia bukannya isu. Jadi kenapa mesti diperbesarkan.
“Sebagai contoh al-Quran, ia telah diterjemahkan dalam banyak bahasa..bukan hanya Bahasa Malaysia tapi bahasa-bahasa lain,” katanya.
Jelas beliau, penggunaan Bahasa Malaysia dalam kitab Injil tidak memberikan sebarang kesan terhadap agama Islam yang merupakan agama rasmi negara.
“Bukan ia (kitab Injil) itu boleh jejaskan Islam sebaliknya ia memudahkan penganut Kristian yang tak faham Bahasa Inggeris faham apa yang ada dalam buku itu.
“Jadi buat apa nak sekat, kalau ia ada beri kesan kepada Islam itu lainlah,” katanya.

Kuantan MP pledges to send mining firm back Down Under

Fuziah
KUALA LUMPUR, March 15 — Kuantan MP Fuziah Salleh pledged in Parliament today to keep fighting until the controversial construction of a rare earth refinery in Gebeng is stopped and Australian mining firm Lynas Corporation leaves Malaysia.
“If they are so desperate to process rare earth, they can do so in their own country,” she said this evening when debating the motion of thanks on the royal address.
The PKR lawmaker added that due to reports in both foreign and local media on the negative effects of the plant, Kuantan residents were now fully aware of the risks that Lynas’ plans would bring to their home state.
“If until today, the ministry, state government and Lynas was able to trivialise this issue through PR exercises (public relations exercises), they can do this no more.
“And as their elected representative, I will keep on fighting until Lynas’s refining plant, which is presently under construction, is shut down. We will send them back to Australia,” she said.
Fuziah also urged the Malaysian Atomic Energy Licensing Board (AELB) to stop any effort to award a license to Lynas allowing it to operate its plant and process rare earth.
“I understand that AELB has only given a licence to Lynas to build the processing plant in Gebeng, Kelantan, but has yet to issue the licence to allow it to process rare earth.
“I would like to stress here that this is the best thing for AELB to do now. The plant is still under construction and is not due to commence operations until the fourth quarter of the year.
“It is not too late for AELB to return to the right path and make the best decision for the people,” she said.
This, stressed Fuziah, was due to concerns that the firm was yet to come up with a concrete plan on how to dispose of its radioactive wastes.
“Do we want a repeat of the Bukit Merah case where the children of factory workers were born with birth defects and only then we plan to act? Are the lives and safety of the Kuantan residents worth so little to the Malaysian government?” she asked.
Australian mining company Lynas Corporation is building the world’s biggest rare earth refinery in Najib’s home state, raising fears of a repeat of the radiation pollution in Bukit Merah, Perak that has been linked to at least eight leukaemia cases in the local community there.
Fuziah also said that despite claims that the Lynas plant would generate over RM5 billion a year in exports for Malaysia, the country stood to face more risks than benefits if the RM700 million project were to proceed.
Among other reasons, she explained that Lynas was a fully-owned Australian firm without any local partners.
With its “Strategic Pioneer Status” from the International Trade and Industry Ministry, the firm did not need to any import or export duties for 12 years, she added.
“Lynas will earn USD1.7 billion (RM5 billion) a year from rare earth exports while Malaysia will not earn a single sen in taxes for 12 years,” she said.
Fuziah also said that the plant in Gebeng, when operational, would only provide job opportunities for 450 people (non labour intensive) while many posts would require foreign expertise.
“The only spin-offs we will feel are the risks posed from exposure to the radioactive material thorium. Malaysia will then be merely known as a dumping ground for toxic wastes and the residents in Kuantan will become victims,” she said.
Thorium is the radioactive element found in nearly all rare earth deposits.
Malaysia, she added, was the only country in the world in the past 30 years that was willing to involve itself in the processing of rare earth.
“When the whole world is aware of the dangers of rare earth and have rejected proposals to process these materials for more than three decades, Malaysia decides to do so,” she said.
The New York Times reported this week that the refinery in Gebeng, just 70km north of the Pekan constituency, will be the first such plant outside China in nearly three decades.
Environmental hazards have made other countries wary of rare earth processing, leaving China to control 95 per cent of global supply of rare earth metals.
The metals are crucial to high technology products such as the Apple iPhone, Toyota Prius and Boeing’s smart bombs.
The newspaper said that if prices of the metals stayed at current levels, the Lynas plant would generate over RM5 billion a year in exports for Malaysia, or nearly one per cent of its entire economy.
Fuziah, who has also pledged to raise the issue in the Australian Parliament, reminded the government of the radiation scare in Japan, resulting from the series of explosions in the Fukushima Daiichi nuclear plant damaged during last week’s earthquake.
“To date, four nuclear reactors have exploded and radioactive contamination has caused a great scare among the general public, not just in Japan, but across the region.
“Now, hundreds or maybe thousands of people are exposed to radioactive materials resulting from the explosions and many have been evacuated to safer zones.
“The environment and public safety is not often an issue that receives much attention and concern in Malaysia until tragedy such as this happened. Now, we are watching with mixed feelings of fear and humility at how tragic the situation has become in Japan because of the tsunami,” she said.
Lynas corporate and business development vice-president Matthew James has denied that the plant will be dangerous and told The Malaysian Insider that radiation will be minimal as the raw material used has only 2 per cent of the thorium found in the material processed in Bukit Merah.
Dr Jayabalan A. Thambyappa, the toxicologist who treated radiation victims linked to the Bukit Merah rare earth plant, has dismissed claims there will be no health hazards from a renewed attempt to process the valuable metals in Gebeng.
He told The Malaysian Insider that “the issue of safe levels of radiation does not arise, carcinogens are carcinogens” and warned that the government was going down the same route as the Bukit Merah refinery that shut down in 1992.