Ahad, 13 Mac 2011

RM888 Billion : Ku Seru Blogger umnoApco....

Anwar Ibrahim tak henti2 menyerang Najib Razak menuntut penjelasan kemana menghilangnya atau dalam ertikata yang lebih sodap di dengar..., kemana mengalirnya wang haram hasil dari penyelewengan kerajaan bn (Najib) seperti yang dilaporkan oleh badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini.

Perkara ini jika ianya datang dari mulut Anwar Ibrahim gua pun tak kesah sangat sebab bagi gua hanya sebagai serangan politik peribadi jer.... so apa ada hal kan... nama pun politik... dan politik pulak kalau tak menipu tak sah... hahahahaaa...

Memandangkan perkara ini, Anwar pun cilok dari laporan sebuah badan kewangan antarabangsa... takan gua nak salahkan Anwar kot.., maknanya ini sudah jadi kes besar bagi negara beb.... RM888 billion..????

Lu gila ke apa Najib...???

Jadi gua nak seru... blogger2 umnoapco supaya minta penjelasan sikit dengan Ulul Amri lu orang tuuuu..., mana lesapnya wang tersebut. Seperti yang Anwar kata... seperti yang di laporkan oleh GFI..;-
 “Wang haram adalah wang rasuah, kedua, wang jualan dadah bernilai berbilion ringgit dan ketiga, wang yang dikumpulkan pembesar dan tauke-tauke besar. Ini dijelaskan dalam laporan GFI,” 
Weiiii... ulul amri umnoApco - Najib Razak, Anwar kata dah sebulan lebih dia mendesak jawapan dari lu... apa dah jadi bro... lu kalau ada teloq jawap jelah dakwaan tersebut jangan jadi bisu pulak... rakyat nak tau jugak. Kalau takdak teloq nak jawap... baik cabut jer.. teloq tuuuu... bagi makan kat anjing... tak pun bagi Rosmah pakai dah tentu2 dengan beraninya dia akan tolong jawap bagi pihak lu sebagai seorang PM...


Khaaakkk ptuiiii..... malang sungguh Malaysia berPM - kan seorang pondan.... dan lebih malang lagi... kepada pengundi2 yang bangang kerana masih mengundi kerajaan bn yang penipu nih... dan melantik si pondan jadi PM..

Kesimpulannya di sini..., Kerajaan manakah yang akan membankrapkan NEGARA...???

Adakah Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah memerintah Malaysia selama 54 tahun atau Kerajaan Barisan Nasional yang sedang bermimpi menakluk Putrajaya... kah..kah..kah...

Hellllllloooooooo... puak2 umnoapco yahudi laknatullah... ini bukannya kes sebungkus serbuk teh cap 888 bhai.... ini kes RM888 billion....!!!! Ingat sikit RM888 billion...!!!! lagi mau jadi bodoh dan di perbodohkan ke...????


ISA.

Geng Midah mencari lelaki Y...

Astaghfirullah-al-Azeem, seronoknya komer bersekongkol dengan fitnah....

Eh... eh.... Rahimi pun ada?? Weh... dah geng dengan Midah, ek?? Siapa perguna siapa, ni?? Or... guna pakai strategi Najib... I help you, you help me, kot?? Atau... atau... mungkin kah nak buat menantu?? Bagus sangat ler tu. Yeah... Rahimi jadi menantu Midah!!

Weh... sanggup bersekongkol dengan Midah demi sebuah fitnah. Midah nak rasa 'nikmat' api neraka, komer pun nak rasa 'nikmat'. Hmm... bagus ler!! Midah perguna komer, mungkin untuk kekal nak jadi YB. Fuluuss masyuk beb!! Komer dapat apa?? Dapat dosa.... dan dapat ler makan free atau gi rombongan ke mana-mana. Bravo!! Bravo!!

Ek ele.... nyuruh Anwar Ibrahim taubat?? Weh... kita ni orang Islam. Tak tau hukum agama ke? Nak buat tuduhan macam tu kena ada 4 mata yang menyaksikan kejadian. Kalau tak da baik ler jangan masuk campur. Buat dosa ler.... Dosa yang dok ada pun mungkin tak tertanggung, ini nak menambah dosa lagi. Eee.... tak pasai!!

Jangan ikut lara hukum sekular.... bala kita tanggung dosa fitnah. Ater... depa yang buat tuduhan, tanggung jawab depa ler untuk produce bukti bagi membuktikan kesabitan kes yang mereka bawak. Apa pasai pulak Anwar yang kena bagi dan serahkan bukti??

Jadi... apa hal hangpa riuh rendah hangpa suruh Anwar bagi DNA dia. Nampak sangat hangpa bangang. Buat kerja tak pakai otak dan akai. Ek ele.... lupa pulak!! Puak-puak UMNO ni bukan ke otak depa di lutut, akai depa di bontot. Patut ler buat kerja bangang!!
 
A Mum Of Three Mohd

BULU DAN DNA : Ahli GAPS, PERKASA protes di ibupejabat PKR

Kira-kira 50 orang berkumpul di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini untuk membantah keengganan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi DNA kepada polis.

gaps protest at pkr hq 130311 hamidzun khairuddinDiketuai oleh pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, mereka menuntut supaya Anwar tidak diberi layanan istimewa oleh mahkamah kerana dia ketua pembangkang.

Katanya, keadilan bukan sahaja mesti diberikan kepada Anawr tetapi juga kepada Mohd Saiful Bukhari Bukhari Azlan.
Saiful telah mendakwa dia telah dilihat oleh Anwar dan perbicaraan kes itu sedang berjalan.
Turut hadir ialah 10 wakil PERKASA, termasuk pengerusi PERKASA Selangor, Abdullah Mansur.
Abdullah berkata, bagi PERKASA, sekiranya Anwar berkata dia di pihak yang benar, maka tidak apa yang harus ditakutkan oleh ketua pembangkang itu.

Peta Jepun Berubah, Kedudukan Pulau Honshu Berganjak 2.4 Meter

Tokyo: Gempa bumi kuat yang melanda timur laut Jepun kelmarin, bukan hanya meragut sekurang-kurangnya 1,700 nyawa, manakala 10,000 lagi dikhuatiri hilang, malah meninggalkan kemusnahan besar termasuk ancaman radiasi di bahagian utara negara itu berikutan letupan di salah satu reaktornya selain impak fizikal yang menyaksikan peralihan paksi bumi kira-kira 25 sentimeter.

Anggaran kerugian AS$15 bilion (RM52.5 bilion). Malah, gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Richter kelmarin yang juga kelima terkuat di dunia itu menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak 
sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer – impak yang menurut saintis Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi Sumatera, sebelum ini.

Jepun mengerahkan lebih 50,000 askar, manakala anggota mencari dan penyelamat melakukan tugas mencari mangsa selepas gempa yang berpusat di pantai Pulau Honshu yang juga kawasan berpenduduk paling padat di Jepun dengan kemusnahan sekurang-kurangnya 3,600 rumah, dilaporkan.

Bagaimanapun, lebih 30 jam selepas kejadian itu, Perdana Menteri, Naoto Kan, berkata anggota penyelamat masih belum tiba di kawasan paling teruk terjejas akibat bencana itu.

Seramai 215,000 penduduk di kawasan timur lautnya yang terjejas teruk itu, berlindung di penempatan sementara ketika sekurang-kurangnya 5.6 juta penduduk pula terpaksa bergelap akibat terputus bekalan elektrik dan air bersih.

Semua talian telefon terputus ketika ramai penduduknya yang terselamat, beratur panjang mendapatkan bantuan.

Sebanyak 400 mayat ditemui di bandar Rikuzentakata, wilayah Iwate yang dilaporkan musnah dan tenggelam sepenuhnya, manakala di bandar Sendai, sekurang-kurangnya 300 mayat turut ditemui.

Agensi berita Kyodo melaporkan, sebuah kapal yang membawa sekurang-kurangnya 100 penumpang, dihanyutkan tsunami dan nasib mereka belum diketahui hingga sekarang.

Ketika harapan menemui lebih ramai mangsa masih hidup kian tipis, Jepun dikejutkan dengan kejadian kebocoran radioaktif di salah reaktor nuklearnya di *****ushima, utara Tokyo akibat letupan di bumbung loji terbabit berikutan gempa bumi kuat.

Perkembangan itu meningkatkan ancaman radiasi jika reaktor itu terbakar dan memaksa kerajaan memindahkan penduduk yang tinggal di lingkungan 20 kilometer dari reaktor Daichi 1 berusia 40 tahun itu.

Pengumuman oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano itu dibuat ketika rakaman televisyen memaparkan imej kepulan wap panas dari loji itu yang memaksa syarikat pengendalinya, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) berusaha mengurangkan tekanan dalam teras reaktor berkenaan.

Sementara itu, kesan tsunami turut dirasai di beberapa negara sekitar kawasan Pasifik dan Amerika Syarikat, dengan berjuta-juta penduduk terpaksa mencari perlindungan di kawasan lebih tinggi selepas menerima amaran tsunami.

Sekurang-kurangnya seorang dilaporkan terbunuh, manakala lima lagi dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan ombak besar di Cresent City California. – AP/AFP/Reuters

Malaysia: Apa kata orang lain

Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Benarkah ketegangan antara kaum, politik, sosial kini meningkat? Adakah hak mutlak Peribumi (dengan perlindungan kukuh hak-hak rakyat lain) satu masalah? Ya! Mengikut orang asing yang suka jaga tepi kain orang lain dan juga bagi setengah rakyat kita sendiri yang mahu penyamarataan tanpa mengira sejarah.
Benarkah kemunduran kita kerana Islam, Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan warisannya? Apa yang jelas dan nyata kedudukan Peribumi tanpa DEB semestinya seperti kedudukan kaum asal di Australia dan Red Indians di Amerika Syarikat (AS) tegas Dr Mahathir berkali-kali, tanpa jemu.


Di bawah pentadbiran Tun Razak, Dr Mahathir Mohamad terutamanya Peribumi telah ditransformasikan secara fundamental kalau pun tidak secara total. Diharap pula di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kesinambungan transformasi, reformasi dan ‘enrichment’, tegas Speaking akan berlaku lebih laju, sesingkat masa kerana waktu tidak memihak Peribumi! Enrichment mesti berlaku deras: memperkayakan kualiti, taraf hidup, pendidikan, sosial, bahasa, tamadun dan kuasa politik dan militer.
Kalau anda percaya pada satu dua kerat media barat yang beragenda negara kita sedang menuju keretakan; ‘fracturing’ terang Speaking. Itulah idaman mereka dahulu, kini dan bila-bila pun. Elemen anti-Malaysia telah banyak membuat ramalan keruntuhan bangsa dan tanah air kita. Mereka terus geram kerana kita terus teguh dan berjaya kecuali perpisahan Singapura 9 Ogos 1965.
Malaysia ramai musuh; Peribumi lagi ramai jumlahnya – dalam dan luar negara: musuh dalam kain selimut dan gunting dalam lipatan. Sebenarnya majoriti media barat tidak kisah pun, ketiadaan minat langsung; tidak peduli terhadap kita. Justeru janganlah kita peduli sangat apa setengah media barat kata tentang kita. Apa pun kerajaan mesti teruskan agendanya tanpa segan dan takut.
Kata The Wall Street Journal (WSJ), iaitu kitab Injil atau Bible kapitalisme, Malaysia di bawah Najib sedang menuju ke arah keretakan. Ketegangan ras dan agama sedang ‘boiling’ yakni sedang mendidih seperti air panas; semenjak menjadi PM Najib dakwa WSJ lebih keras terhadap media, memenjarakan bloggers dan tidak membenarkan demonstrasi apa sebab pun semuanya atas nama memelihara perpaduan dan kestabilan. Semua ini kerana hendak melindungi kepentingan Peribumi.
Maka segala yang tidak baik yang wujud di Malaysia adalah kerana DEB! Cina dan Hindraf tidak suka dasar Najib yang nampaknya memihakkan Bumiputera sebab itu tiada reformasi meritokrasi. (WSJ, 4-6 March 2011). Apa pun Merlimau dan Kerdau telah memberi jawapan yang terang, jelas dan tegas.
Ramai di luar dan dalam negara hatta ada juga peribumi sendiri tidak suka pada DEB yang telah melahirkan ‘Kelas Menengah Peribumi’ termasuklah mereka yang kacang lupa kulit itu. Tanpa DEB anak-anak nelayan, penoreh getah, peserta FELDA, guru, ustaz, pemandu dan buruh kasar dan pekebun kecil dan penjaga dusun tidak akan berjaya seperti pada hari ini; ada antaranya sudah bergelar Tun!
Betul, ramai juga yang telah menyalahgunakan DEB tetapi lebih ramai lagi yang menerima faedahnya terutama dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. Pelaksanaan DEB yang tidak adil, pembahagian kontrak, AP, saham dan bantuan melalui pilih kasih tidak dinafikan tetapi mestikah kita musnahkan DEB kerana itu atau dasar-dasar yang pro Peribumi lain apa nama pun? Bakar kelambu kerana nyamuk? Pengundi harus menuntut kerajaan mesti cuba membasmi penyalahgunaan ini sekarang dan selepas PRU13 dan pemilihan UMNO kelak.
DEB cerita lama. Bagi penentangnya tiada kesudahan hinggalah matlamat mereka tercapai. Kalau kerajaan tidak prihatin dan mengendurkan DEB dan dasar serupa itu saya percaya, saya yakin base/tapak sokongan kerajaan akan roboh, UMNO dan sekutunya parti Peribumi lain akan hilang kuasa! Dalam masa itu peribumi janganlah ‘take things for granted’ tidak mahu berdikari dalam iktisad dan pendidikan. Peluang bagi bukan Peribumi tidak pernah tertutup bahkan ramai mereka pukul rata lebih kaya dan senang lagi dari Peribumi.
Seperti Peribumi ramai juga bukan Peribumi miskin dan mereka juga wajar dibantu secara saksama. Sungguhpun penduduk Peribumi menjangkau lebih 65 peratus sekarang mereka hanya mempunyai 20 peratus kekayaan negara! Yang bakinya dipunyai oleh bukan Peribumi dan pemodal asing. Kerajaan hanya cuba dalam konteks demokrasi membetulkan keadaan yang tidak seimbang dalam kerjaya, ekonomi dan pendidikan yang kita pusakai dari kerajaan British. Walaupun sudah 53 tahun kita merdeka kita masih belum merdeka dalam ekonomi. Kita belum lagi berjaya menyelesaikan warisan buruk British itu.
Perasaan iri hati (dendam?) pada peribumi nampaknya meluap-luap dipihak sisa-sisa imperialisme, bapa kapitalisme yang mahu memperluaskan ekonomi mereka terutama dalam industri, perkhidmatan kewangan, insurans dan investment. Mereka mahu pengaruh dan kekayaan mereka tiada had; mereka mahu mendominasi cara hidup dan pendekatan sosial kita.
Kebudayaan mereka jadi ikutan dan ukuran hingga kita, lambat laun, kehilangan keperibadian dan jati diri! Apalah ada pada Peribumi sekarang? Adakah mereka mahu peribumi dipinggirkan seperti sebelum merdeka dahulu?
Tiap tahun majalah Forbes (risalah/majalah kapitalisme) dan Malaysian Business (kepunyaan sahabat penulis Datuk A Kadir Jasin) menyiarkan senarai orang kaya di dunia dan di Malaysia. Tiada Peribumi antara seratus orang terkaya di seluruh alam. Ramai Cina dan India termasuk dari Malaysia. Oleh kerana ekonomi terus berkembang dan bursa saham ‘bullish’ yakni laris dan kukuh orang kaya seluruh dunia semakin kaya dan yang miskin semakin miskin! Biarlah kita hanya bicara tentang 40 orang terkaya di tanah air kita.
Mengikut Malaysian Business (Februari 16, 2011) kekayaan bersih atau ‘net worth’ mereka naik 30 peratus tahun lepas berbanding tahun 2009. Empat puluh manusia ini mempunyai jumlah harta RM206.37 bilion! Encik Robert Kuok, 87 tahun, anak kelahiran Johor Baru bernilai RM50.040 bilion dan Encik Ananda Krishnan, 72 tahun, anak kelahiran Brickfields, Kuala Lumpur RM45.780 bilion. Saya kenal kedua-dua ini dan kedua-dua telah menolak gelaran Tan Sri apalah lagi Datuk. S
iapa mahu darjat, bintang dan medal kalau sudah begitu kaya? Ananda adalah tauke Maxis, Astro dan banyak lagi; Robert tauke Kerry Group/Kuok Group, Shangri La, gula, kelapa sawit dan minyak sawit. Nombor tiga ialah Tan Sri Teh Hong Piow, 81 tahun, RM12.775 bilion, pengasas dan pemegang saham terbesar Public Bank.
Nombor empat Tan Sri Lee Shin Cheng, 72 tahun RM12.739 bilion, IOI Group – kelapa sawit dan hartanah. Nombor lima Tan Sri Lim Kok Thay, 59 tahun RM10.895 bilion, anak bekas mendiang Tan Sri Lim Goh Tong - Genting Group. Tan Sri Quek Leng Chan, 68 tahun RM10.751 bilion, pengasas Hong Leong Bank dan Hong Leong Group. Nombor tujuh peribumi tunggal, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 60 tahun RM8.840 bilion dari Albukhary Foundation. Nombor lapan Puan Sri Lee Kim Hua, 82 tahun balu Lim Goh Tong dari Genting Group RM7.429 bilion. Seorang dari Sarawak, Tan Sri Tiong Hiew King, 76 tahun RM4.772 bilion, Rimbunan Hijau dan tuan punya, kalau saya tidak silap, akhbar Sin Chew Jit Poh.
Nombor sepuluh Datuk Ong Beng Seng, 65 tahun RM3.987 bilion Hotel Properties. Kan sekarang sudah terang? Masakan mahu disuluh lagi? Kalau dasar kerajaan dan DEB penghalang masakan sembilan daripada sepuluh mereka ini kaya raya? Mereka kaya raya kerana mereka gigih berusaha, entrepreneurship yang pintar, tekun, well-connected, networking mereka class satu dan banyak lagilah sifat yang membuatkan mereka begitu sukses. Ramai orang kita miskin tetapi mereka kaya dengan budi bahasa. Kalau harta/wang setinggi Gunung Kinabalu pun tanpa budi bahasa dihina orang juga.
Di mana pun, politik dan ekonomi bagai lagu dan irama. Politik perlu wang dan ekonomi kestabilan politik. Parti dan siapa yang boleh menjamin keamanan, kesuburan ekonomi, keteguhan pentadbiran, kesejahteraan rakyat, keadilan dan kurangkan rasuah dan jenayah akan menang PRU13!
Kalau WSJ percayakan Al Gore (bekas Naib Presiden AS), John Malott (bekas duta AS di Kuala Lumpur) dan khadam-khadam mereka, biarkan. Mereka ini tiada kewibawaan, tidak objektif dan tiada locus standi untuk membicarakan realpolitik kita.

Gerakan untuk Perubahan buat laporan polis terhadap Taib

Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS), pimpinan Francis Siah telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

MoCS leader Francis SiahBagaimanapun, pelawaannya pada 4 Mac kepada Taib supaya hadir

di balai polis pusat (CPS), tempat Francis membuat laporan polis, tidak disambut - di mana Taib ataupun wakilnya tidak datang.

Siah (kiri - tengah) mahu Taib datang ke CPS jam 1 tengahari supaya mereka sama-sama membuat laporan polis.

Siah secara rasmi membuat laporan itu pada jam 1.15 tengahnya kepada Koperal Norsiti Raffidah. Beliau juga mengemukakan kompilasi siri laporan yang dipetik dari Sarawak Report, Bruno Manser Fund dan portal berita.

Siah berkata, kenyataannya akan diambil oleh pegawai penyiasat Inspektor Mohd Enzry, minggu depan.

“Saya membuat laporan polis jenayah pengubahan wang haram, rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Haram loteri: MCA mahu jumpa MB Kelantan

MCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu petang ini.
"Pejabat saya telah hubungi pejabat menteri besar Kelantan untuk (tetapkan) tarik sesuai bagi kita bertemu dan mendapatkan penjelasan daripadanya
"Kami tidak beminat untuk berjumpa dengan sesiapapun selain Nik Aziz kerana beliau diiktiraf sebagai (mursyidul am) PAS.
"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.
Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.
"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.
"Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi.
Tambahnya, MCA juga akan menyokong tindakan undang-undang yang akan diambil oleh salah seorang anggota jawatankuasa pusat parti itu ke atas Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam.
Chua berkata, Datuk Ti Lian Ker akan mengambil tindakan itu memandangkan pihak berkuasa tersebut bertanggungjawab menguatkuasakan pengharaman berkenaan.
"Kita mahu mahkamah buat keputusan sama ada tindakan ini selari dengan perlembagaan," kata Chua lagi.

Elok benar Akademi Fantasi ditamatkan!

Oleh SYAFIQ KAMARUL
ANTARA perkara yang wajar disyukuri ialah pengumuman bahawa program realiti TV popular Astro, Akademi Fantasia (AF) adalah yang terakhir pada tahun ini.
Sejak dimulakan pada 2003, hanya Mawi yang boleh dianggap sebagai juara yang amat berbekas dalam hati para peminat seni suara tanah air, terutama remaja Melayu Islam (ramai yang mengatakan Mawi sebagai satu fenomena, telah ditentukan rezekinya sedemikian walaupun ada peserta lain yang lebih baik, dan pernah tersingkir pada peringkat awal, tetapi dimasukkan semula).


Dalam AF3 (2005) dengan Pengetuanya, M Nasir, Mawi menjadi juara (meskipun ramai yang mengatakan suara pemenang ketiga, Felix, lebih merdu) dan penyanyi tanah air paling popular setanding Siti Nurhaliza. Sementelah selepas itu dalam album pertamanya, Yang Tercinta, Mawi turut merakamkan lagu "Lagu Jiwa Lagu Cinta" (lirik oleh Allahyarham Loloq) yang hit bersama Nasir (yang mencipta melodinya).
Bagaimanapun, secara keseluruhannya, tiada juara AF yang berjaya menjadi legenda. Seperti kata Siso (bekas ahli kumpulan Kopratasa), sia-sia sahaja jika gagal melahirkan legenda.
Mawi sendiri kian tenggelam. Auranya bukan sahaja malap, malah hampir padam. Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, dia langsung tidak tersenarai dalam lima calon akhir kategori Penyanyi Lelaki Popular. Yang tetap teguh dan bertahan iaah M Nasir sendiri (living legend) walaupun sejak sedekad lalu hanya muncul dengan dua buah album (Phoenix Bangkit/2001 dan Sang Pencinta/2006) sahaja – lima tahun sekali.
AF dijalankan selama tiga bulan. Cukupkah tempoh itu melahirkan yang ampuh, apatah lagi menjadi legenda - tanpa mengira siapa pengetuanya. Antara tokoh selain M Nasir yang pernah menjadi Pengetua AF ialah Freddie Fernandez, Ramli MS, Ramli Sarip, Datin Tiara Jacquelina, dan Norman Abdul Halim (Norman KRU).
Tiara sendiri mencetuskan kontroversi dan teguran penonton kerana penampilannya selalu seksi (tidak sopan) di hadapan pelajarnya, sementara Norman mengatakan dia lebih baik daripada pengetua sebelumnya (Norman menjadi Pengetua AF8-2010). AF di bawah Ramli Sarip pula dianggap paling lemah.
Mawi dianggap paling bertuah kerana sangat diminati walaupun dia juga artis "mi segera". Dia kini  menjadi sebaliknya selepas menjuarai AF3 apabila tidak lagi menjadi rebutan, dan buruan media. Prestasi semakin tenggelam Mawi dikatakan ada kaitan dengan skandal cinta (?) bersama pelakon/penyanyi Diana Rafar, dan perkahwinannya dengan Ekin.
Filem lakonan keduanya, Jin Notti pula menyerlahkan betapa dia tidak boleh berlakon dengan baik. Mujur Magika (filem ketiganya, juga terbitan KRU Studios) yang diangkat sebagai Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 seperti membantu dia dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Skandal dan perkahwinan, ditambah dengan terbengkalainya filem Aduh Saliha, arahan M Nasir, semakin memudarkan bintang Mawi.      
Aura Mawi selepas menjuarai AF3 sangat-sangat mempengaruhi dan menarik ramai remaja mahu menjadi penyanyi, serta mewah sepertinya. Kesederhanaan penampilannya ditambah dengan imej warak (Islam) sehingga timbul anggapan bahawa Mawi itu boleh diterima kerana dia "telur penyu" yang boleh dimakan, sedangkan AF adalah “penyu” yang haram dimakan oleh orang Islam. Lucu!
Namun, tidak semua mampu menjadi sepertinya. Ramai yang menyertai AF. Tetapi, ramai yang tidak menjadi sepertinya, termasuk juara AF4, Faizal, yang kini menjadi pelakon drama TV, dan filem.
Diuar-uarkan AF9 sebagai musim terakhir; adakah hanya sekadar strategi untuk menarik kembali minat penonton yang dikatakan merudum. Jadi, ia hanya gimik dan isyarat akan dteruskan? Memang elok sangat AF dihentikan, tidak kiralah terikat dengan kontrak atau tidak. Sudah terlalu ramai penyanyi di negara kita yang tidak membawa sumbangan bermakna apa-apa pun. Masih tidak cukup-cukupkah? Sudah ada Mentor, One in A Million, dan LG Star.
Tidak cukup dengan itu, ada pula Bintang Kecil di TV9 yang bertujuan mencungkil bakat penyanyi kanak-kanak, tetapi menyanyi lagu yang langsung tidak sesuai dengan usia mereka. Sepatutnya Bintang Kecil digunakan untuk mengetengahkan lagu rakyat yang lebih bermanfaat, ketimbang lsgu komersial dewasa berbaur cinta kecewa hampa memujuk rayu sendu-senduan!
Belum lagi RTM yang berterusan dengan penganjuran Bintang RTM, Bintang Klasik Nasional, dan pelbagai bintang lagi. Cuma, bintang tujuh jula juli sahaja yang belum.
AF, Mentor, dan lain-lain sebenarnya tidak peduli pesertanya akan menjadi penyanyi atau tidak. Yang penting bagi mereka ialah wang masuk menerusi iklan, dan penajaaan.
Mentor, sebagai contohnya, ada antara calon peserta diuji menyanyi di hadapan penyanyi dan komposer, Ajai, misalnya, sebagai penguji. Jika gagal menyanyi dengan baik (meskipun sebenarnya lagu itu tidak sesuai dengan suara calon peserta tersebut – bukankah penyanyi yang menghasilkan album hanya memilih (dipilih oleh penerbit) lagu yang sesuai dengan suaranya sahaja? Bukan semua penyanyi boleh menyanyikan semua lagu). Calon peserta itu gagal dan disuruh pulang begitu sahaja bersama wang tambang!
Jadi, di mana keikhlasan dan kejujuran program realiti itu? Sepatutnya lagu yang sesuai, bukan lagu yang dipaksa (wajib). Sudahlah program hiburan tidak bermanfaat, niat pula tidak baik. Stesen TV dan juri atau mentor yang mendapat "habuan". Jadi penyanyi atau tidak, engkau punya pasallah!
Sebenarnya, yang lebih penting ingin dipersoalkan dalam tulisan ini ialah sejak 2003, telah sekian banyak wang remaja Melayu Islam mengalir ke dalam kantung pemilik Maxis, Tan Sri Ananda Krishnan.
Tidak kira siapa pengetuanya, AF wajar dihentikan. Lucu pula ada yang menganggap penganjur tiada semangat patriotik kerana melantik seniman Indonesia sebagai Pengetua AF9. Sejak bila pula AF merupakan program yang (bertujuan) menyemai patrotisme?
AF akhirnya hanya melahirkan ramai pelakon dan pengacara TV atau penyiar radio swasta. Ramai johannya yang tidak ke mana-mana sebagai penyanyi. Selain Faizal, Vince (juara AF1), Zahid (AF2), serta finalis seperti Marsha Londoh yang akhirnya menjadi pelakon.
Cuma, yang nampak lebih positif sedikit ialah finalis AF1, Farah yang kini menjadi pengacara program Nasi Lemak Kopi O di TV9 (bergandingan dan sering diusik oleh Aziz Desa). Lebih menariknya, Farah bertudung dan mahu kekal begitu.

Foto : Jepun Selepas 48 Jam Gempa Dan Tsunami


A resident is rescued from debris in Natori, Miyagi, northern Japan March 12 after one of the country's strongest earthquakes ever recorded hit its eastern coast March 11. (Asahi Shimbun, Noboru Tomura/Associated Press)

A fishing boat rests surrounded by debri in the city of Kamaishi in Iwate prefecture on March 12. (Yomiuri Shimbun/AFP/Getty Images) #

Rescue workers search for victims from the rubble in Rikuzentakata, northern Japan, March 13 after the magnitude 8.9 earthquake and tsunami struck the area. (Toru Hana/Reuters) #

People walk on a muddy road as they evacuate to a shelter in Natori city, Miyagi prefecture on March 12. (AFP/Getty Images) #

A survivor looks at a board showing names of other survivors at a shelter in a village ruined by an 8.9 magnitude earthquake and tsunami, in Rikuzentakata in Iwate prefecture, northeast Japan March 13. (Lee Jae-Won/Reuters) #

People build a raft on the roof of a building struck by a tsunami and earthquake at Sendai Airport in northeastern Japan March 12. Japan confronted devastation along its northeastern coast on Saturday, with fires raging and parts of some cities under water after a massive earthquake and tsunami. (Kyodo/Reuters) #

Minamisanriku is submerged after Friday's strong earthquake-triggered tsunami in Miyagi prefecture, northern Japan, March 12. (Kyodo News) #

A woman cries after learning that her mother was successfully rescued from a building following an earthquake and tsunami in Miyagi Prefecture, northeastern Japan March 12. (Kyodo News/Reuters) #

People in a floating container are rescued from a building following an earthquake and tsunami in Miyagi Prefecture, northeastern Japan March 12. (Kyodo News/Reuters) #

An official in protective gear talks to a woman who is from the evacuation area near the Fukushima Daini nuclear plant in Koriyama March 13. Japanese Chief Cabinet Secretary Yukio Edano confirmed on Saturday there has been an explosion and radiation leakage at Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi nuclear power plant. (Kim Kyung-Hoon/Reuters) #

A helicopter flies past Japan's Fukushima Daiichi No.1 Nuclear reactor March 12. An explosion blew the roof off the unstable reactor north of Tokyo on Saturday, Japanese media said, raising fears of a disastrous meltdown at a nuclear plant damaged in the massive earthquake that hit Japan. (Kim Kyung-Hoon/Reuters) #

Officials in protective gear check for signs of radiation on children who are from the evacuation area near the Fukushima Daini nuclear plant in Koriyama. (Kim Kyung-Hoon/Reuters) #

Japanese soldiers make their way atop a wall to get around vehicles swept by a tsunami at Kesennnuma, northeastern Japan March 12. (Kyodo News/Associated Press) #

A child is held by rescue workers after being rescued from a building at Kesennuma, northeastern Japan March 12. (Kyodo News/Associated Press) #

Japanese soldiers carry on with rescue operations as they walk past a damaged building in the city of Rikuzentakada in Iwate prefecture on March 12. (Yomiuri Shimbun/AFP/Getty Images) #

A man holding a dog walks on a street in Kesennuma city, Miyagi prefecture on March 12. (AFP/Getty Images) #

A man rides a bicycle through a debris-strewn street in Miyako, Iwate Prefecture in northeastern Japan March 12. (Kyodo/Reuters) #

A man who was trapped by a tsunami is rescued by a Japan Self-Defense Force soldier in Kesennuma City in Miyagi Prefecture in northeastern Japan March 12. Japan confronted devastation along its northeastern coast on Saturday, with fires raging and parts of some cities under water after a massive earthquake and tsunami. (Kyodo/Reuters) #

Displaced vehicles are seen at Sendai Port in Sendai, northeastern Japan March 12. (Koji Sasahara/Associated Press #

Cars of a train lie overturned in Shinchi March 12 after being washed away by an earthquake-triggered tsunami. The powerful tsunami created by one of the strongest earthquakes ever recorded swept away Japan's east coast. (Kyodo News/Associated Press) #

A vessel sits after it was washed away by tsunami into urban area in Kesennuma, Miyagi, northern Japan March 12. (Kyodo News/Associated Press) #

Burned-out cars are pictured at Hitachi Harbour, Ibaraki Prefecture in northeastern Japan March 12. (Kyodo/Reuters) #

Cargo containers are strewn about in Sendai Japan March 12. Japan launched a massive military rescue operation Saturday after a giant, earthquake-fed tsunami killed hundreds of people and turned the northeastern coast into a swampy wasteland, while authorities braced for a possible meltdown at a nuclear reactor. (Itsuo Inouye/Asociated Press) #

A man walks outside a two-story house, with its first floor structure destroyed by the tsunami in Natori March 12. (Kyodo News/Associated Press) #

Vehicles and rubble cover a road in Kesennuma Japan March 12 after being washed away by an earthquake-triggered tsunami. (Miho Iketani/Associated Press/The Yomiuri Shimbum) #

Rescue workers carry a quake victim on a stretcher in Miyako March 12. (Kyodo News/Associated Press) #

Vessels washed away by the tsunami sit on land in Minami Soma, Fukushima, northern Japan March 12. (Kyodo News/Associated Press) #

Cracks are seen on the snow-covered ground in woodlands near the earthquake and tsunami-devastated town of Sendai March 12. (Jo Yong-Hak/Reuters) #

A vehicle is half submerged at a crossroad in Sendai, northeastern Japan, March 12. (Jo Yong-Hak/Reuters) #

Smoke rises from a burning factory in Sendai March 12. (Kyodo/Reuters) #

An aerial view shows tsunami damage and flooding in Natori city, Miyagi prefecture on March 12. (Jiji Press/AFP/Getty Images) #

Buildings are covered with mud in Minamisanriku, Miyagi prefecture, March 12. (Naoki Ueda/The Yomiuri Shimbum/Associated Press) #

A man and child look out over destroyed homes March 12, a day after the tsunami and earthquake hit northeastern Japan. (Kyodo/Reuters) #

A volunteer firefighter searches for victims of the tsunami at Rikuzentakada, Iwate Prefecture, northern Japan March 13. (Shizuo Kambayashi/Associated Press) #

People walk on debris scattered across the town of Minamisanriku in Miyagi prefecture on March 12. (Yomiuri Shimbun/AFP/Getty Images) #

Pictures left in a destroyed building in Natori City, Miyagi Prefecture, northeastern Japan March 12. (Kyodo/Reuters) #

People evacuated from a nursing home located in the evacuation area around the Fukushima Daini nuclear plant, rest at a temporary shelter in Koriyama, March 13. Japanese Chief Cabinet Secretary Yukio Edano confirmed on Saturday there has been an explosion and radiation leakage at Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi nuclear power plant. (Kim Kyung-Hoon/Reuters) #

People evacuate to higher ground during a tsunami warning after the area was struck by an earthquake and tsunami in Iwate prefecture March 12. (Kyodo/Reuters) #

A soldier carries an elderly woman on his back as people are evacuated to a shelter at Kesennuma city in Miyagi prefecture on March 12. (Jiji Press/AFP/Getty Images) #

Evacuees hold blankets as they stand in a line to enter a temporary shelter after radiation leaked from an earthquake-damaged Fukushima nuclear reactor, in Koriyama, northeastern Japan March 12. (Jo Yong-Hak/Reuters) #

People who were isolated at an elementary school, head for a safe place in Sendai, northern Japan Saturday, March 12. (Asahi Shimbun, Shiro Nishihata/Associated Press) #

A resident is rescued by a self-defense force helicopter in Rikuzentakata, Iwate, northern Japan March 12 after one of the country's strongest earthquakes ever recorded hit its eastern coast on March 11. (Asahi Shimbun, Shiro Nishihata/Associated Press) #

People wait to be rescued atop a building with the letters "SOS" in Kesennuma, Miyagi Prefecture March 12. (Yomiuri/Reuters) #

A man prays in front of a house devastated by tsunami in Minami Soma, Fukushima, northern Japan after Japan's biggest recorded earthquake slammed into its eastern coast March 11. #